Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul data

  • 2,280 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,280
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
179
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Pertimbangan SemasaMengumpul Data•MOHDLUTFI AZMIR BIN TAN NAZIS•MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR
  • 2. Penyelidikan Tindakan:Pertimbangan SemasaMengumpul Data Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias Pensampelan dan bias Kesahan: - Kritikan luaran (keaslian data) - Kritikan dalaman (ketepatan data) - Data triangulation Kebolehpercayaan – generalisasi data Etika
  • 3. Sampel Kajian Sampel kajian pula ialah responden- responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia.
  • 4. Kebolehpercayaan danKesahan "Kesahan" dan "kebolehpercayaan" merupakan dua aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:(1) alat yang digunakan dalam kajian;(2) proses mengutip data; dan(3) kaedah analisis data. Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya berorientasikan proses.
  • 5. Jenis Kebolehpercayaan danKesahan Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan (equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.
  • 6. Tiga jenis kebolehpercayaan Kebolehpercayaan KetekalanKestabilan Kesetaraan Dalaman
  • 7.  Kestabilan Ukuran ketekalan mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama iaitu alat kajian berkenaan boleh digunakan sepanjang masa. Kesetaraan Ukuran kesetaraan antara skor bagi dua ujian yang setara iaitu ujian yang berbeza tetapi mengukur kandungan yang sama.
  • 8.  Ketekalan Ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. Alat ukur dikatakan mempunyai ketekalan dalaman apabila semua item mengukur konsep dan gagasan/konstruk yang sama.
  • 9. Jenis kesahanTerdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan hubungan kriteria (criterion- related validity), kesahan konstruk (construct validity) dan Kesahan muka (face validity).
  • 10. Kesahan Kandungan Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.
  • 11. Kesahan Hubungan Kriteria Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian- ujian ini. Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.
  • 12. Kesahan Konstruk Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang "rajin").
  • 13. Kesahan Muka Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian "nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan muka akan memberi keyakinan kepada responden terhadap item- item yang hendak dijawab, bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang "positif" kepada konstruk yang hendak diukur.
  • 14. (b) Triangulasi Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi.
  • 15. Denzin (1978) mengenal pastiempat (4) kategori triangulasi:1. Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.2. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.3. Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan Iebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.4. Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.
  • 16.  Kajian kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk menyelidik fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini dipercayai Iebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.