Teori pembelajaran kognitif

10,489 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
10,489
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
444
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori pembelajaran kognitif

  1. 1. 1) Apakah yang dimaksudkan dengan teori pembelajaran. Pembelajaran adalah satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada disedari atau pun tidak disedari. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Stalling (1973) berpendapat bahawa pengajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama pembelajaran harus menampakan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow & Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran juga menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran, dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Oleh itu, pembelajaran harus diterima sebagai satu proses yang berlaku terhadap murid secara berterusan, iaitu selagi ada berlaku modifikasi atau perubahan terhadap tingkah laku mereka. Proses ini berlaku mengikut tahap tertentu, berperingkat-peringkat secara tersusun dan sistematik. Ia berhubungkait dengan usaha memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru. Justeru itu, pembelajaran melibatkan pemerolehan modifikasi pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. Ia melibatkan kognitif linguistik, motor dan kemahiran sosial. Melalui teori pembelajaran pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar. Selain itu, melalui teori pembelajaran juga pendidik dapat menghubungkait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang digunakan.
  2. 2. 2) Namakan 3 kategori utama atau rangka falsafah di bawah teori pembelajaran Tiga kategori utama di bawah teori pembelajaran ialah teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Ketiga-tiga teori ini adalah tiga teori utama yang dapat memperkukuhkan konsep pembelajaran. 3) Jelaskan behaviorisme dan senaraikan 3 andaian asas bagi behaviorisme Teori pembelajaran behaviorisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas (respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Teori behaviorisme menyatakan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku hasil daripada peneguhan dan maklum balas dan pengajaran. Peneguhan dan maklum balas tersebut akan membimbing pelajar ke arah tujuan yang hendak dicapai.
  3. 3. Tiga andaian asas bagi bahaviorisme ialah pertama, pengukuhan adalah satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki berlaku dengan sempurna. Menurut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diperteguhkan oleh guru dengan cara member pengukuhan yang memberansangkan. Dalam situasi pembelajaran, pengukuhan positif yang kerap dilakukan adalah pujian, member pengiktirafan, galakan dan sebagainya. Kedua, mewujudkan operasi ransangan dan tindak balas dalam pengajaran. Pembelajaran adalah operasi ransangan dan tindak balas. Penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai ransangan boleh dicipta. Ini termasuklah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan murid, mempelbagaikan aktiviti, kaedah dan teknik dan sebagainya. Ketiga, pembelajaran hendaklah berdasarkan persekitaran yang konkrit dan nyata. Semua pembelajaran hendaklah berasaskan sesuatu yang dapat dilihat dan diamati. Ia perlu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Pengaruh persekitaran adalah amat penting. Dalam hal pembelajaran di bilik-bilik darjah, pelajar hendaklah sentiasa dibimbing dengan menggunakan proses induktif dan pengalaman-pengalaman konkrit. Model atau contoh juga, penting bagi membolehkan pelajar menggunakan pengantara deria mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan sebagainya. 4) Jelaskan kognitivisme dan namakan beberapa kogitivisme yang terlibat
  4. 4. Jean Piaget Teori kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviorisme. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Teori ini menumpukan pemerhatian kepada skema dan model mental yang mendorong pelajar kepada pengajaran. Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J. Piaget ditulis dan dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960- an. Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Oleh itu, kognitivisme menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya. Ahli-ahli psikologi aliran kognitf ini termasuklah Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Kohler, Kaffka, Bruner, Gagne, E.H Lennerberg, Robert Lee dan sebagainya. (1) Jean Piaget Istilah kognitif mulai diperkatakan ketika teori-teori Piaget mula mendapat perhatian orang ramai pada permulaan tahun 1960-an. Sejak itu, teori-teori
  5. 5. yang dikemukannya dianggap sebagai teori perkembangan yang sangat penting dalam dunia pengetahuan. Piaget telah banyak menghabiskan masanya untuk mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat proses perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu proses penyerapan dan proses pengubahsuaian. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif ini berlaku berperingkat- peringkat. Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, pertama, peringkat deria pergerakan (0-2 tahun), peringkat olahan (2-6 tahun), peringkat pengolahan konkrit (6-12 tahun) dan peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas) (2) Jerome Bruner Jerome Bruner dipengaruhi dalam mendefinisikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) satu daripada model kognitif yang sangat berpengaruh yang diasaskan daripada prinsip-prinsip konstraktivisme. Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan. Sama seperti piaget, Bruner juga melihat perkembangan kognitif melalui peringkat tertentu bagi semua individu. Menurutnya, terdapat tiga peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak normal dalam perkembangan kognitif mereka iaitu perinkat enaktif, ikonik dan simbolik. 5) Senaraikan dua andaian yang mendasari pendekatan kognitif ini
  6. 6. Dua andaian yang mendasari pendekatan kognitif ialah pertama, pembelajaran merupakan satu proses mental. Pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah tinjauan secara terperinci. Andaian ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik-bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus didedahkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau ransangan-ransangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu beraksi terhadapnya. Andaian ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi, dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.. Kedua ialah pembelajaran adalah juga satu penyiasatan, pembelajaran menurut teori kognitif ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini memberi mereka peluang pelajar bertukar-tukar pandangan, mengetengahkan penemuan, menilai kerja- kerja sendiri dan sebagainya.

×