Istimewanya sistem perundangan islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
772
On Slideshare
772
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
11
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Istimewanya Sistem Perundangan Islam Susunan: Zuridan Mohd Daud Antara ciri-ciri keistimewaan kesyumulannya yang syariat merangkumi Islam semua ialah aspek kehidupan manusia. Dalam situasi pergolakan sesama manusia yang menjadi lumrah kehidupan, Allah SWT telah menyediakan jalan penyelesaian bagi meleraikan sebarang pergolakan dan sengketa yang berlaku. Maka wujudlah satu sistem perundangan yang merupakan kaedah terbaik penyelesaian sengketa manusia yang bersifat adil dan saksama. Sistem perundangan ini dibentuk melalui pensyariatan hukum yang begitu adil dan realistik dengan tempat dan masa bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan manusia dalam penganiayaan , memelihara memelihara nyawa daripada harta daripada pencerobohan dan memelihara maruah diri daripada fitnah. Sistem perundangan ini adalah bersumberkan ilahi dan berbeza dengan perundangan manusia yang bersifat lemah dan terhad.
  • 2. Peranan Qadhi Bagi memastikan perundangan ini dilaksanakan para fuqaha telah memutuskan bahawa perlantikan seorang qadhi adalah merupakan fardhu kifayah kerana perlaksanaanya tidak akan sempurna tanpanya. Hidup manusia tidak akan tenteram tanpa adanya peleraian terhadap sengketa yang berlaku dan qadhilah yang menjadi pemandunya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 49: Maksudnya: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan
  • 3. sebahagian dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 105: Maksud: Sesungguhnya kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), Karena (membela) orang-orang yang khianat. Allah SWT berfirman dalam surah Shaad ayat 26: Maksudnya: Hai Daud! Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.
  • 4. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 135: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu Kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. Menurut Imam al-Qurtubi kesemua ayat di atas adalah menjadi asas kepada perlaksanaan sistem perundangan Islam. Mengenai tanggungjawab qadhi, Nabi SAW telah memuji mereka yang terlibat dalam urusan menegakkan keadilan dengan menjanjikan mereka ganjaran pahala,
  • 5. tetapi dengan syarat hukuman yang ditetapkan dan keputusan yang dibuat adalah berpaksikan kepada keadilan. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: Maksudnya: “Janganlah berdengki kecuali dalam dua perkara: (Iaitu terhadap) seorang yang dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan kepada kebenaran dan seorang yang dikurniakan hikmah (pengetahuan) lalu dia menghukum dengannya dan dia mengajarkannya”. Ibnu Hajar al-Asqallani berkata: “Dalam hadis tersebut di atas ada galakan kepada mereka yang memenuhi syarat untuk menjadi qadhi atau hakim, juga memiliki kekuatan dalam menegakkan kebenaran dan mempunyai penolong-penolong, kerana ia adalah kerja amar makruf, membantu orang yang dizalimi,
  • 6. mengembalikan hak kepada yang berhak, menghalang tangan yang zalim dan mendamaikan antara manusia. Semua itu adalah sebahagian dari amal kebaikan taqorrub kepada Allah. Kerja ini telah dilaksanakan oleh para Nabi, kemudian diikuti oleh para khulafa alRasyidin, kemudian (para fuqaha) sepakat bahawa ia adalah fardhu kifayah, kerana urusan hidup manusia tidak akan sempurna tanpanya….”. (Maktabah Syamilah:Juz 20 hal 158). Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Apabila hakim menetapkan hukuman lalu berijtihad kemudian ijtihadnya betul maka baginya dua ganjaran pahala, dan apabila dia menghukum lalu berijtihad kemudian salah, maka baginya satu ganjaran pahala”. Dalam pada itu tugas qadhi atau hakim juga adalah terdedah kepada ancaman daripada Allah SWT
  • 7. sekiranya tidak melaksanakan hukuman berdasarkan hukuma Allah Taala. Di dalam surah al-Maidah ayat 47, Allah SWT berfirman: Maksudnya: Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. Oleh itu adalah wajib bagi seorang qadhi melengkapkan diri dengan persiapan ilmu dan kemahiran berijtihad agar keputusan yang dibuat adalah tepat, benar dan adil. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwiyatkan oleh Ibnu Majah (Maktabah Syamilah:7/104): Maksudnya: “Qadhi itu ada tiga jenis: Dua (dimasukkan) dalam neraka dan satu dalam syurga. Qadhi yang mengetahui tentang kebenaran dan berhukum dengannya maka dia (dimasukkan) dalam syurga, qadhi yang menghukum di kalangan manusia di atas kejahilan adalah dalam neraka dan qadhi yang zalim pada hukuman maka dia juga dalam neraka”.
  • 8. Oleh itu bagi memastikan amanah melaksanakan keadilan dalam undang-undang dan menentukan hukuman dapat dilaksanakan dengan betul dan adil, para ulama telah menetapkan beberapa syarat kepada seorang qadhi, iaitu seperti berikut: 1) Beragama Islam. 2) Hendaklah dia seorang lelaki, baligh dan berakal. 3) Memiliki kebijaksanaan. 4) Merdeka, bukan hamba. 5) Berlaku Adil. 6) Baik pendengaran, penglihatan dan percakapan. 7) Mempunyai pengetahuan mengenai hukum syarak. Di samping itu seorang qadhi hendaklah bersikap saksama dalam muamalahnya dengan kedua-dua belah pihak yang bersengketa. Dia hendaklah memberikan peluang yang sama kepada keduanya untuk bertemu dengannya, mendengar penjelasan secara adil dari kedua belah pihak dan hendaklah melayan keduaduanya secara adil tanpa pilih kasih, meskipun dia mengenali salah seorang darinya. Jika sebaliknya berlaku ia akan meruntuhkan kepercayaan sebelah
  • 9. pihak terhadap qadhi dan mengikis keyakinan kepada keadilan perundangan Islam. Justeru Allah SWT sangat menekankan soal keadilan dalam setiap urusan sepertimana firmanNya dalam surah al-Nisa ayat 135: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. Seorang qadhi juga harus berada dalam keadaan terbaik ketika melakukan sesuatu penghakiman iaitu dia tidak terganggu fikiran dengan urusan lain, tidak terlalu lapar dan dahaga dan tidak dalam keadaan emosi atau marah yang boleh mengganggunya dalam memahami
  • 10. situasi sebenar sesuatu kes dan mempengaruhinya dalam membuat keputusan. Keistimewaan Perundangan Islam. Islam telah menetapkan bahawa hukuman ke atas manusia berlaku di dunia dan juga di akhirat. Di dunia bagi menjamin ketenteraman hidup manusia manakala di akhirat sebagai balasan abadi kerana engkar kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Meskipun secara umumnya semua manusia mengakui keperluan wujudnya peraturan dalam hidup, namun masih ramai juga yang tidak berpuas hati dengan perundangan yang ada. Manusia secara umumnya boleh diketegorikan kepada dua kelompok dari sudut kepatuhan kepada undangundang dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Pertama mereka yang percaya dan taat kepada undangundang Islam kerana yakin ia adalah satu kewajipan dan membawa kebaikan. Kedua mereka engkar dan melanggar undang-undang samada kerana jahil atau
  • 11. tahu tetapi enggan patuh. Bagi golongan kedua, tiada cara lain untuk memberikan kesedaran kepada mereka melainkan dengan dikenakan hukuman dan hukuman tersebut pula mestilah setimpal dan benar-benar mampu memberi bekas kepada mereka. Disyariatkan hukuman di dunia pada hakikatnya dalah satu rahmat kepada manusia, ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (Maktabah Syamilah:8/414) : Maksudnya: “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seorang hamba akan disegerakan hukuman ke atasnya di dunia dan apabila Allah menghendaki keburukan kepada seorang hamba akan ditangguhkan baginya hukuman atas dosanya hingga disempurnakan pada hari Kiamat kelak”. Hukuman terhadap mereka yang melanggar hukum syarak adalah umpama ubat yang diberikan buat
  • 12. anggota tubuh badan yang sakit bagi menyekatnya dari merebak kepada anggota tubuh yang lain. Begitulah hukuman kepada pelaku jenayah dalam Islam, ia bukan sahaja bertujuan menghukum tetapi ia lebih kepada memelihara maslahah masyarakat umum. Sistem hukuman dalam Islam juga dibentuk tanpa membezakan setiap individu dalam masyarakat, kerana manusia adalah sama berdepan dengan undangundang Islam, malah Islam menganggap bahawa membezakan golongan tertentu dalam perlaksanaan undang-undang adalah penyebab utama kehancuran kepada sesebuah Negara Islam. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (Maktabah Syamilah:11/294): Maksudnya: “Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu, bahawa apabila ada di kalangan orang ternama di kalangan mereka mencuri mereka biarkan, manakala
  • 13. jika ada orang yang lemah mencuri, mereka kenakan hudud ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Rasulullah mencuri nescaya ku potong tangannya.” Para pemerintah Negara Islam pula tidak seharusnya mencipta seribu alasan untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud, kerana keengganan melaksanakan hukum Allah SWT adalah penyebab kepada berkurangnya rezeki dan tercabutnya nikmat keamanan dalam sesebuah Negara Islam. Rasulullah SAW diriwayatkan oleh bersabda Ibnu dalam Majah hadis yang (Maktabah syamilah:7/431) : Maksudnya: “Hukum had (hudud) dilaksanakan di muka bumi lebih baik bagi penghuni bumi daripada diturunkan hujan kepada mereka selama 40 pagi.” Dari aspek perlaksanaannya, undang-undang Islam
  • 14. menjadikan dua perkara utama sebagai terasnya iaitu keadilan dan menakutkan: Apa yang dimaksudkan dengan teras pertama iaitu „keadilan‟ ialah setiap hukuman yang dikenakan adalah melihat kepada ukuran jenayah yang dilakukan tanpa sebarang unsure melampau atau terlalu ringan. Ini kerana ia datang dari Allah SWT yang menciptakan manusia dan Maha Mengetahui apa yang sesuai untuk manusia, berbeza dengan hukuman yang dikenakan di bawah undang-undang manusia yang lemah dan terbatas. Sebagai contoh hukuman potong tangan terhadap pencuri. Ada yang mendakwa ia kejam kerana pencuri akan hilang tangannya selama-lamanya, tetapi jika diukur dengan jenayah yang dilakukan iaitu mencuri harta orang, memecahkan rumah, membuat ugutan, menimbulkan kekacauan awam malah mengancam jiwa manusia dengan tangannya, maka hukum potong tangan adalah wajar . Ia bukan sahaja boleh memberi pengajaran berguna kepada pencuri malah masyarakat
  • 15. umum mendapat pendidikan bahawa perbuatan mencuri perlu dijauhi kerana hukumannya terlalu berat. Sebaliknya dengan menolak hukum potong tanganlah telah menyebabkan jenayah mencuri tidak dapat dibendung malah semakin menjadi-jadi waktu ini. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38: Maksudnya: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya..”. Ada juga yang mendakwa bahawa perlaksanaan undang-undang Islam menyebabkan hak individu terhalang seperti zina dan minum arak. Dakwaan ini secara tidak lansung terjawab apabila kita melihat kesan zina dan minum arak itu sendiri. Zina meskipun ia melibatkan individu, namun penyakit yang merebak akibat perzinaan sudah tidak dapat dibendung lagi. Perbuatan zina bukan sahaja menyebabkan penyakit berjangkit di kalangan pelakunya malah masyarakat umum terdedah dengan penyakit yang tiada penawarnya iaitu Aids. Begitu juga dengan minum arak, memanglah peminumnya adalah individu tetapi kesannya amat besar kepada mereka yang berada di
  • 16. sekeliling seperti anak dan isteri, jiran tetangga dan masyarakat umum. Jenayah, kemalangan jalanraya, kecurian dan pembunuhan yang berlaku hari ini adalah berpunca dari ketagihan arak. Tidak dapat disangkal lagi bahawa zina dan arak sebenarnya menjadi punca keruntuhan nilai dalam semua masyarakat dunia pada hari ini. Justeru pengharamannya bukan menyekat kebebasan tetapi sebaliknya mahu membebaskan manusia dari perbuatan terkutuk yang memusnahkan kerukunan dan keharmonian hidup. Teras yang kedua pula ialah „menakutkan‟ iaitu hukuman yang dikenakan di bawah undang-undang Islam seperti potong tangan, sebatan dan rejam adalah bersifat sangat keras. Ini bertujuan menakutkan jiwa penjenayah yang akan mempermainkan undang- undang jika ia tidak keras dan menakutkan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38: Maksudnya: “….(sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Kesimpulan
  • 17. Bagi menjamin keberkesanan undang-undang dalam mengekang jenayah yang semakin berleluasa, dua faktor utama yang perlu diberikan keutamaan iaitu pertama faktor qadhi atau hakim yang benar-benar adil dan takutkan Allah SWT, dan kedua ialah faktor undangundang itu sendiri mestilah bersumberkan wahyu Allah SWT. Ini adalah kerana bagi membetulkan tingkah laku manusia hanya Allah SWT sahaja sebagai Tuan dan Pencipta manusia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Jika kedua-dua faktor ini tiada atau hanya salah satu sahaja yang wujud maka selama itulah keadilan untuk manusia tidak akan dapat ditegakkan.