Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan

2,791 views

Published on

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,791
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan

  1. 1. Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British 1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan: a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. b. Kurikulum sekolah berbeza. c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin. 2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Timur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. 3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. 4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya, i.King Edward VII, Taiping di Perak dan ii.Clifford School, Kuala Lipis, Pahang. 2. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh. 3. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang untuk pembelajaran agama. 4. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah- sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah. 5. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada
  2. 2. untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.6. Sekolah-sekolah Tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.7. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.8. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.9. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system di mana guru-guru dibawa dari England dan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh dan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.10. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.11. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.
  3. 3. ( Sumber : http://gurusejarah.blogspot.com/2005/11/fakta-pendidikan-zaman-penjajahan.html ) Penafian/Disclaimer.Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini Dibina pada 14 Apr 2007 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006

×