Etika & profesionalisme perguruan

7,470
-1

Published on

Etika dan Profesionalism Perguruan

Published in: Education
0 Comments
15 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
7,470
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
15
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Etika & profesionalisme perguruan

  1. 1. ETIKA & PROFESIONALISMEPERGURUAN
  2. 2. PENGENALANWawasan 2020• Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
  3. 3. GURU ?• GURU ialah mereka yang dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya.
  4. 4. Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman AwangDialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum manjadi dewasaDialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmatJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasaSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-bacaDi mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu bukuSemakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negaraJadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat
  5. 5. • MOTIVASI KEGURUAN bermaksud daya rangsang seseorang untuk muncul sebagai seorang yang memiliki hati, akal, watak, minat dan bakat mendidik, pembimbing/fasilitator dan pemimpin supaya berkemampuan melahirkan sifat-sifat kemanusiaan optimum dengan sifat-sifat negatif yang paling minimum.
  6. 6. pelajar kita mempunyai :• hati, akal, perasaan, jiwa dan harapan,• pelbagai adunan bakat, minat, sikap dan emosi,• pelbagai ramuan keistimewaan dan kekurangan,• tanggapan dan harapan yang tinggi kepada guru,• latarbelakang, pengalaman, penilaian yang sama atau berbeza dengan kita.
  7. 7. PROFESIONALISME• Pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus,• Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi,• Mempunyai autonomi dalam bidang tersebut,• Mempunyai badan atau lembaga yang menjaga kepentingan ahli.
  8. 8. Pembetukan etika profesionaladalah berlandaskan prinsip..• Kesaksamaan• Keterbukaan• Kerahsiaan• Ketekunan• Kesetiaan (terhadap tanggungjawab profesional)• Mengelakkan konflik kepentingan.
  9. 9. GURU : UNDANG-UNDANG vsETIKA• Perintah Am Bab D• Akta Pendidikan 1996 vs• Kod etika perguruan
  10. 10. Kepentingan kod etika perguruan• Garis panduan untuk bertingkahlaku• Menyatakan dengan jelas tanggungjawab profesion perguruan• Meningkatkan imej profesion perguruan
  11. 11. ISU DALAM ETIKA PERGURUAN• Penilaian dalam Pendidikan (kesahan, kebolehpercayaan, formatif, sumatif).• Sistem pengaliran dan penjurusan.• Gangguan seksual (lisan, isyarat, visual, psikologi, fizikal).
  12. 12. • Keadilan dalam Pendidikan.• Prasangka dalam perkauman.• Salah laku guru.• Akauntabiliti guru dari aspek moral (selari dengan falsafah pendidikan, penilaian pelajar, kuasa guru).
  13. 13. ETIKA KERJA MENURUT KPM• Definisi : panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berasaskan nilai- nilai akhlak mulia.• Terdapat 2 komponen utama :  prinsip dan nilai yang terkandung dalam etika kerja menjadi panduan setiap warga KPM.  etika kerja yang wujud berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja,
  14. 14. PRINSIP ETIKA KERJA KPM
  15. 15. NIAT YANG BETUL PERLAKUAN YANG BAIK BERDISIPLIN PRINSIP & BERADAPPENGGERAK KE ARAH MENGOTAKAN APA KEBAIKAN YANG DIKATA
  16. 16. APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARIASPEK PRINSIP
  17. 17. Niat yang betul• Guru melaksanakan tugas dengan betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan.• Bagaimana guru menjalankan tugas berlandaskan FPK – melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI?
  18. 18. Perlakuan yang baik• Guru melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi.• “ Buat apa yang cikgu suruh, jangan buat apa yang cikgu buat “ ?• Penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa.
  19. 19. Penggerak ke arah kebaikan• Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.• Penambahbaikan secara berterusan.
  20. 20. Mengotakan apa yang dikata• Guru telah diberi amanah untuk mendidik anak-anak bangsa.• Contoh : Piagam pelanggan sekolah.
  21. 21. Berdisiplin dan beradab• Menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama,• Mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah,• Contoh : Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Sukatan Pelajaran, Akujanji, Pekeliling Ikhtisas.
  22. 22. NILAI DALAM ETIKA KERJA KPMNILAI DALAM ETIKA KERJA KPM AMANAH AMANAH BENAR BENAR BIJAKSANA BIJAKSANA BERSYUKUR BERSYUKUR DEDIKASI DEDIKASI IKHLAS IKHLAS PENYAYANG PENYAYANG
  23. 23. APLIKASI ETIKA KERJA KPM DARIASPEK NILAI
  24. 24. Amanah• Bertanggungjawab terhadap pihak yang berkepentingan (pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat).• Contoh - empati pada pelajar, rasuah, masa bekerja.
  25. 25. Benar• Melakukan sesuatu tanpa agenda tersembunyi.• Contoh – perkongsian ilmu, menjalankan tanggungjawab.
  26. 26. Bijaksana• Kesedaran bahawa wujud perbezaan antara pelajar.• Menggunakan seluruh tenaga, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas.• Menjalankan tugas dengan profesional, bukannya mengikut emosi.
  27. 27. Bersyukur• Tidak membandingkan pendapatan dengan persekitaran.• Menghargai nikmat (cuti, kerja separuh hari).
  28. 28. Dedikasi• Timbul dari minat yang mendalam.• Kesediaan untuk menjalankan tugas tanpa helah.• Sabar dalam mengharungi cabaran.
  29. 29. Ikhlas• Melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi, bukannya pangkat dan kedudukan.Penyayang• Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga yang besar.
  30. 30. PRINSIP & NILAI ETIKA KERJA…• Sifat dan kualiti (guru, profesional dan sosial).• Tugas guru (tugas kepada negara, pelajaran, pelajar, diri sendiri).
  31. 31. • Tatasusila Profesion Perguruan (Tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan).• Akauntabiliti Guru (pekerjaan, sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion).
  32. 32. LAGU : KAMI GURU MALAYSIA• GURU MALAYSIA Kami guru malaysia berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

×