• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Laporan analisis 2 (1)
 

Laporan analisis 2 (1)

on

  • 2,864 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,864
Views on SlideShare
2,864
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
143
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • thanks a lot
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Tq. Banyak membantu dalam menyiapkan tugasan saya.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Laporan analisis 2 (1) Laporan analisis 2 (1) Document Transcript

    • KRP 3013 : KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAHLAPORAN ANALISIS 2 1. a. Bahasa Malaysia b. Tahun 2 2. a. Skop/Liputan KLSR : Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada hafalan dan bersifat umum. Matapelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas. Pengajaran berpusatkan guru. KBSR : Fokus kurikulum dalam KBSR ialah membaca, menulis dan mengira (3M). Bidang utama yang diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi, perkembangan diri individu, manusia dan alam sekelilingnya. Bentuk linear. Contohnya, pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 adalah meliputi tema Keluargaku Sayang: Keluarga Bahagia; Hargai Pengorbanan Ibu Bapa dan Membantu Amalan Terpuji. KSSR : Fokus kurikulum dalam KSSR ialah memabaca, menulis, mengira dan menaakul. Ianya berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Bentuk modular. Contohnya, pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 adalah meliputi tema Keluarga Harmoni: Hari Keluarga; Hobi Mak Su dan Sepupu Adam. b. Kesepaduan/integrasi KLSR : Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan penggal 1, 2 dan 3. KBSR : Mengabungjalin kemahiran dan penyerapan isi dengan matapelajaran yang lain. Contohnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 yang bertajuk “Keluarga Bahagia” berhubungkait dengan matapelajaran Pendidikan Muzik dan disisipkan dengan Pendidikan Agama Islam.
    • KSSR : Mengabungjalin kemahiran berfikir dengan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit. Contohnya, matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 yang bertajuk “Hari Keluarga” menghubungkaitkan pengalaman yang pernah berlaku dirumah pelajar dengan tajuk yang diajar oleh guru.c. Imbangan KLSR : Kurang keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Kurang menekankan nilai dan sikap serta kemahiran melalui pembelajaran. KBSR : Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 yang bertajuk “Keluarga Bahagia” dapat diterapkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah sayang menyayangi dan bekerjasama. KSSR : Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 yang bertajuk “Hari Keluarga” dapat diselitkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah mengenal pasti dan BCB pula ialah mendengar dengan berkesan. 3. Pandangan/Ulasan : Tidak dapat dinafikan penambahbaikan amat diperlukan dari masa kesemasa untuk mencapai wawasan 2020 dan seiring dengan Negara maju. Setiap kurikulum yang dibuat oleh kementerian adalah bersesuaian dengan keperluan pelajar semasa. KLSR lepas merdeka (1982) adalah satu kurkulum yang hasil dari Laporan Kabinet, tajuk pembelajaran sentiasa berulang-ulang, tidak ada kaitan diantara satu sama lain yakni kehidupan harian dan hanya menggunakan buku teks.. KBSR (1982-2010) pula, bahan kurikulum adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran tetapi masih banyak kelemahan manakala KSSR (2011 hingga kini) menggunakan Dokumen Stardard Kurikulum. Pengaruh ICT menyebabkan wujudnya KSSR.
    • LAPORAN ANALISIS 11. a.
    • b. Gambar diatas menunjukan benda maujud iaitu sebiji buah epal dan sebiji buah oren. Buah epal berwarna merah dan buah oren pula berwarna kuning. Kedudukan buah epal pula dari sisi manakala buah limau dari bawah. Buah-buahan ini baik untuk kesihatan pelajar.2. a. Dunia Seni Visual (DSV) b. Tahun 3 c. Topik/Subtopik : Alam Semulajadi/ Buah Epal OrenSTANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang, imbangan, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis 1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 1.1.1.4 Ruang – ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian - hal benda (subject matter)
    • 1.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - tiada 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan 1.2.2.1 Teknik – garisan selari atau garisan bersilang atau gabungan kedua-dua garisan 1.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisand. Melalui keadaan dalam gambar dapatlah guru memahami pengetahuan sedia ada murid ialahmengenali buah-buahan dan harga sebiji buah tersebut. Secara langsung pengetahuan tentangkeusahawanan dipelajari oleh pelajar. Kemahiran pelajar ialah bergantung kepada kreativiti merekasendiri menyusun atur kedudukan dan memilih dan memanipulasikan bahan untuk menggambar objektersebut. Inovasi baru ini boleh diceritakan kepada rakan sebaya.e. Cadangan saya untuk gambar tersebut boleh digantikan dengan buah-buahan tempatan yangterdapat dipersekitaran pelajar.