UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

13,929 views

Published on

nota kuliah UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam

Published in: Education
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
13,929
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
153
Actions
Shares
0
Downloads
405
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)

  1. 1. 1 BAB IV TEKNOLOGI DALAM ISLAMOBJEKTIFDi akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan peringkat perkembangan sains dan teknologi. 2. Menjelaskan perspektif Islam terhadap sains dan teknologi. 3. Menghuraikan prinsip utama yang menjadi landasan sains dan teknologi Islam.KONSEP TEKNOLOGIAjaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi.Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim. Bukti-buktidaripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmupengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukummengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhukifayah.Teknologi Menurut IstilahKonsep teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan ada pula yangmenganggap sinomin dengan perkataan sains itu sendiri. Sebenarnya anggapan tersebut tidakbegitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujukkepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992). Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasaldaripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksudwacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifatpraktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal. Dari segi istilah pula, perkataanteknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkandengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapatdengan sains kejuruteraan. Dalam sejarah sains dan teknologi Islam, kalimah yang bertepatan dengan istilahteknologi dalam bahasa Arab ialah sina’ah yang bererti ilmu gunaan. Dalam menghuraikanmaksud kalimah sina’ah ini, al-Jurjani menyatakan bahawa ilmu yang tiada kaitan denganaktiviti (praktikal) dipupuk untuk tujuannya yang tersendiri maka dipanggil ilm, tetapi sekiranyaia tiada kaitan dengan sesuatu aktiviti (praktikal) dan dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka iadipanggil sina’ah. Kesimpulannya, ilmu teknologi ialah ilmu praktis atau teknik yangmembolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.Definisi dan Konsep TeknologiTeknologi ditakrifkan sebagai penggunaan pengetahuan yang umum kepada ‘sains perusahaan’(Fowler dan Fowler, 1964), alat-alat termasuk jentera, alat-alat intelektual seperti bahasakomputer dan teknik analisis dan yang memakai ilmu matematik (Mesthene, 1971), penerapan
  2. 2. 2yang teratur terhadap sains atau pengetahuan yang tersusun bagi tugas-tugas secara praktis(Galbraith, 1974). Menurut Sardar (1977), teknologi lebih merupakan suatu kesan sosial daripada suatutakrif, yang mana semakin dekat kita kepada kesan tersebut, maka semakin sukar bagi kita untukmemberikan takrif baginya. Manakala Dickson (1974), menyatakan bahawa penggunaanperkataan teknologi telah digunakan dalam pengertian sosial yang lebih luas dengan cara yangmenunjukkan hubungan antara bahasa, perkataan dan pengucapan. Sidik Baba (1997) pulamendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkansesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka iaboleh mensejahterakan hidup manusia. Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagitidak bercanggah dengan ajarannya. Al-Quran malah memberitakan bahawa manusia adalahkhalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkan posisi alam ini untuk digunakan olehmanusia dengan usaha-usahanya yang baik. Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud: “Allah yang menjadikan semua yang ada di bumi untuk kamu (manusia).”Dalam ayat yang lain (Ibrahim 14: 70) Allah menegaskan yang maksudnya; “Allah telah menciptakan langit, bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian air hujan itu menumbuhkan berbagai-bagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus tersebar dalam orbit dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”. Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang material, sebagai hasil daripadaperkembangan teknologi moden tidak boleh dihukumkan sama sekali. Hal ini demikian keranateknologi adalah sesuatu yang bersifat bebas nilai. Dalam perspektif yang mudah difahami,kecanggihan teknologi akan memberi manfaat kepada manusia jika digunakan dengan cara yangbetul.SEJARAH TEKNOLOGIKepesatan pembangunan sains dan teknologi telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru,usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains dan teknologi semakin hari semakin mendapatsambutan di seluruh dunia. Dalam hal ini, perkembangan teknologi dapat dikategorikan kepadatiga peringkat, iaitu fasa pra-revolusi, fasa revolusi teknologi pertama, dan fasa revolusiteknologi kedua.
  3. 3. 3 Fasa pra-revolusi teknologi bermula dengan berkembangnya pemikiran manusia untukmencari jalan penyelesaian kepada masalah asas dalam kehidupan. Manusia pada fasa iniberusaha mencari idea untuk memperoleh makanan dengan menggunakan bongkah batu sebagaialat. Contohnya, manusia pada zaman ini menggunakan batu untuk memecahkan cengkerangsiput dan buah yang keras. Batu yang kecil diasah untuk mendapatkan ketajaman dan digunakansebagai alat untuk memotong daging binatang buruan dan mempertahankan diri daripada musuh.Manusia pada zaman ini juga menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu.Ini membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas. Manakala komunikasi jarak jauh antara manusia pada zaman tersebut adalahdengan menggunakan api dan asap. Fasa ini juga memperlihatkan daya kreativiti manusia yangmampu membina piramid dengan menyusun atur bongkah-bongkah batu besar yang digerakkandengan menggunakan kayu bulat. Selaras dengan perkembangan masa, idea ini telahdikembangkan sehingga terciptalah roda. Selain itu, manusia pada fasa ini juga merupakanpencetus kepada teknologi pembuatan seperti anyaman dan kraftangan yang ringkas. Di peringkat kedua, iaitu fasa revolusi teknologi pertama, daya pemikiran dan kreativitimanusia semakin berkembang. Jika pada zaman sebelumnya, manusia hanya menghasilkansesuatu yang bersifat statik namun pada fasa ini manusia mula menggunakan barangan yangstatik untuk mendapatkan suatu hasil baru yang lebih bermanfaat. Dengan menggabungkanbeberapa komponen, manusia berupaya mencipta kereta, mesin, telefon dan sebagainya. Inimenuntut manusia pada zaman ini untuk berusaha menyesuaikan diri dengan mesin yang diciptaagar manfaat yang maksimum dapat diperolehi. Selain daripada itu, bidang pembinaan jugamula mendapat perhatian sehingga pada tahun 1884 terbinanya bangunan pencakar langitpertama di Chicago yang dikenali sebagai Home Insurance Building. Bangunan ini dibinadengan menggunakan kerangka logam kalis api dengan ukuran ketinggiannya 55 meter,walaupun kemudiannya pada tahun 1931 bangunan ini terpaksa dirobohkan. Sehingga kiniteknologi dalam sektor pembinaan terus mendapat sambutan dengan terhasilnya berbagai bentukrekaan bangunan selaras dengan perkembangan pemikiran dan kreativiti manusia dari zaman kezaman. Fasa seterusnya ialah fasa revolusi teknologi kedua yang memperlihatkan kepelbagaianpenemuan baru yang lebih moden dan canggih. Manusia zaman ini sudah berupaya menciptaberbagai jenis mesin serta sistem yang lebih kompleks dengan hasil yang lebih baik untuk tujuanpeningkatan kualiti hidup manusia. Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hari semakinhebat perlu dikendalikan dengan cara yang baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alatuntuk kemudahan manusia tidak menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi. Olehitu, elemen kerohanian sepatutnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi agarmanusia dapat menikmati keseimbangan dalam aspek spiritual dan material.PRINSIP TEKNOLOGI DALAM ISLAMKelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam. Iamerangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah(kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran). Teknologi moden yang digunakan pada hari ini
  4. 4. 4perlu diolah dan dibangunkan berasaskan pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagimemastikan kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.TauhidAntara perkara paling utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid menurutbahasa adalah meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada satu dan tiadayang lain. Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu Tuhan, iaituTuhan Pencipta Seluruh Alam (Rabbul Alamin). Maksudnya, kita mengakui bahawa tiada yangdipanggil sebagai Tuhan atau disembah sebagai Tuhan melainkan Allah sebagaimana kenyataanal-Quran (al-Dhariyaat 56: 51): ‫وما خلقت الجن والسنس إل ليعبدون‬ “Dan tidaklah sekali-kali Aku mencipta jin dan manusia itu, melainkan agar mereka berbakti kepada-Ku semata-mata” Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawabmelaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakinisepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalamapa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi. Sains dan teknologidalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta danpenghasilan teknologi tersebut. Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariatIslam, ia akan menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapatkeredhaan daripada Allah S.W.T. Para saintis Muslim telah menjalankan kajian denganberpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hasil kajian yang mereka perolehi adalahbertepatan seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran itu sendiri. Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan padajalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil-dalilal-Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkanmanusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untukmemakmurkan alam ini. Contoh, dengan adanya teknologi aero angkasa, manusia berupayamencipta peralatan dan roket yang mampu membawa manusia meneroka ruang angkasa lepas.Dengan itu, teknologi tersebut membolehkan manusia melihat ruang angkasa lepas danmemikirkan betapa ajaib dan Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya. Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan olehmanusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Sebagai contoh, dengan adanyateknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam kedasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat. Justeru, manusiaseharusnya bukan sekadar melihat keindahan lautan dan hidupan di dalamnya bahkan sewajarnyaberfikir tentang kehebatan pencipta-Nya yang menciptakan lautan yang sebegitu indah denganpelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang amat menakjubkan. Bagaimana mungkin pencipta-Nya tidak hebat sedangkan Dia mencipta lautan yang luas dengan berbagai jenis hidupan didalamya. Malah jika direnung betapa hebatnya pencipta-Nya (Allah) yang menciptakan ikan-ikan yang tidak pernah habis walaupun telah menjadi sumber makanan manusia sejak zaman-
  5. 5. 5berzaman. Kesemuanya itu merupakan antara tanda-tanda kewujudan dan keagungan Allah.Oleh itu, teknologi seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi kecintaandan ketundukan manusia kepada Allah.KhilafahHakikat penciptaan manusia terdiri daripada unsur jasad (fizikal) dan rohani (spiritual) adalahuntuk memperhambakan diri kepada Allah (hamba Allah) dan sebagai khalifah yangbertanggungjawab dan berusaha untuk menjadi manusia yang baik, mengajak manusia lainmenjadi baik, dan seterusnya memakmurkan alam ini. Khalifah menurut pengertian yangdinyatakan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang dipertanggungjawabkan olehAllah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supayakehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untukmencapai keredhaan Allah”. Hakikatnya, manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan olehPenciptanya. Dalam aspek ini, peranan ilmu sangat penting dalam mengurus atur kehidupanmanusia. Oleh yang demikian, Islam menjelaskan kewajipan dan kepentingan menuntut ilmudan perkara ini secara mudahnya dapat difahami menerusi ayat pertama yang diwahyukankepada Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu ayat 1-5 daripada surah al-Alaq. Menurut perspektif Islam, manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagaisyarat utama dalam membangun ketamadunan dan teknologi moden. Ini bermaksud teknologidan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yangsalah (mungkar/maksiat). Teknologi seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkanalam dan bukannya digunakan untuk merosak atau memusnahkan alam. Seorang khalifahdipertanggungjawabkan dengan suatu amanah yang besar untuk mengatur kehidupan manusiaberdasarkan wahyu dan syariat Allah agar kehidupan manusia teratur serta menuju keredhaanAllah S.W.T (Sheikh Abdullah Basmeih, 1999). Dalam teknologi, manusia diamanahkan supayamelakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang olehAllah. Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalamprogram-program komputer haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengangambar-gambar yang dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan programharuslah tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah). Dalam era globalisasi, seseorang khalifah boleh berdakwah menerusi pelbagai salurandakwah berasaskan ICT seperti laman sosial Facebook, Twitter, dan blog malah proses dakwahjuga boleh dijalankan melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Selain daripada itu, media massaseperti radio dan televisyen juga boleh memainkan peranan dalam aktiviti menyampaikandakwah secara lebih berkesan memandangkan kedua-dua medium dakwah ini mempunyailiputan yang meluas dalam masyarakat khasnya dalam kalangan remaja.Halal dan Haram
  6. 6. 6Pada dasarnya setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah halal dan harus (mubah). Perkataanhalal bermaksud baik dan berfaedah sementara perkataan haram pula bermaksud buruk danmembawa kerosakan. Berbanding dengan perkara-perkara yang halal, perkara-perkara yangdiharamkan sebenarnya amat sedikit sekali berdasarkan keterangan-keterangan dalam al Qurandan Hadis. Apa yang nyata, setiap perkara yang diharamkan dalam Islam jelas merosakkanmanusia sebagai individu dan merosakkan alam secara keseluruhannya. Halal bermaksud baik dan bersih dari segi fizikal dan rohani sementara bersih pulamembawa maksud suci daripada bahan-bahan yang kotor. Dalam sains dan teknologi Islam,halal adalah satu tuntutan yang baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarangdalam Islam. Justeru, Islam amat mementingkan aspek halal dan haram dalam apa jua perkarakerana natijah daripada halal dan haram akan mempengaruhi hati dan membentuk kehidupanmanusia di dunia malah ia akan dipersoalkan di akhirat nanti. Konsep halal dan haram bukansahaja terhad kepada pengambilan makanan bahkan turut meliputi seluruh urusan kehidupanseharian umat Islam. Begitu juga dalam aspek teknologi, sebarang aktiviti dan kegiatanteknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud,penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam.Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentudalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesanbarangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkanpengharamannya dalam syarak secara muktamad (qat’ie). Antara contoh lain bagi penggunaan teknologi yang haram ialah pengklonan manusiayang natijahnya akan hanya menghuru-harakan kehidupan manusia seperti menimbulkanmasalah dalam nasab dan keturunan manusia bahkan banyak lagi akibat buruk di sebalikpengaplikasian teknologi tersebut. Dengan kata lain, halal dan haram hendaklah sentiasamenjadi pertimbangan manusia dalam rangka pembangunan dan penggunaan teknologi itusendiri. Secara tidak langsung ia juga berkait dengan persoalan adab dan akhlak Islam yangmerujuk kepada tindakan yang betul dilakukan oleh seseorang dan bersesuaian serta bertepatandengan suasana, masa serta keadaan dan terlebih penting ialah tindakan tersebut menepatiperintah Allah S.W.T. Ini bermaksud, sains dan teknologi tidak sewajarnya mengkesampingkanagama bahkan seharusnya digunakan sebagai alat untuk membangunkan agama dan mentadbirdunia dengannya. Halal daripada sudut hukum bererti sesuatu yang bukan haram, manakala haram pulamerupakan sesuatu yang boleh mengakibatkan dosa dan balasan seksa. Imam al-Ghazalimentakrifkan halal sebagai suatu istilah yang berkait rapat dengan ketentuan hukum danmerupakan suatu perkara yang bersalahan dengan syarak yang menyebabkan ia dilarang.Melakukan sesuatu yang haram adalah berdosa manakala ganjaran pahala disediakan sekiranyaseseorang Muslim itu meninggalkan perkara yang haram. Antara nas al-Quran yang menyebutberkenaan haram ialah ayat 59, Surah Yunus yang menyeru manusia supaya memilih makananyang bukan sahaja halal bahkan makanan yang baik untuk tubuh badannya, manakala tenagayang terhasil daripada sumber makanan yang halal juga perlu digunakan untuk melaksanakanaktiviti seharian yang halal termasuklah dalam aspek penggunaan sains dan teknologi. Secararingkas dapat disimpulkan bahawa teknologi dan apa jua hasil daripadanya mestilah
  7. 7. 7mengingatkan manusia kepada Allah serta tanggungjawab kekhalifahan yang diamanahkanuntuk dilaksanakan mengikut lunas dan menepati nilai-nilai Rabbani.IbadahManusia merupakan hamba Allah yang diperintahkan untuk mematuhi dan melaksanakan segalaperintah dan menjauhi larangan-Nya. Segala tindak tanduk manusia tertakluk kepada ruanglingkup pengabdian diri kepada Allah bagi memperolehi rahmat dan mendapatkan keredhaan-Nya. Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup pengabdiankepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan ganjaran pahala di sisiAllah. Ibadah yang dilaksanakan itu juga akan memberikan faedah kepada kehidupan manusiadan alam semesta. Perkataan ibadah menurut pengertian syarak bermaksud melaksanakan tuntutankehambaan dan pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati (qalb) ataudengan perbuatan sekalipun dilakukan secara terang-terangan mahupun secara bersembunyiandengan hanya bermatlamatkan kerana Allah (sebagai tanda kepatuhan, memohon keredhaan danmengharapkan ganjaran pahala disisi-Nya). Perkara-perkara yang tergolong dalam ibadahantaranya solat, menunaikan zakat, bercakap benar, berbuat baik kepada orang tua, menjalinkansilaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat baik, melarang perbuatan jahat, lemah lembutterhadap jiran tetangga dan anak yatim, dan membuat kebajikan kepada orang-orang miskin danfi sabilillah (berjuang di jalan Allah). Kalimah ibadah sering dikaitkan dengan ganjaran pahala yang mana umat Islamdisarankan agar mengaplikasikan konsep ibadah ini dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.Ibadat merupakan perantara (wasilah) antara makhluk dengan Penciptanya, antara langit danbumi, dan juga antara alam dunia dan alam sam’iyyat (akhirat). Keperluan manusia kepadaibadah adalah kerana ia merupakan makanan rohani yang dapat menyuburkan ruh manusia yanghatinya sentiasa memerlukan pergantungan kepada Allah S.W.T. ( Al-Qaradhawi, 1980). Yusuf Al-Qaradhawi menekankan dua aspek pengertian ibadah sebagaimana berikut: i- Beriltizam dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dan dengan apa yang disebut oleh rasul-rasulnya, baik dalam bentuk perintah, larangan, penghalalan dan juga pengharaman. Ini menggambarkan unsur ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.WT. ii- Pengiltizaman ini terkeluar daripada hati yang cintakan Allah kerana tiada sesuatu yang wujud yang lebih berhak dicintai selain daripada Allah S.W.T. Dialah yang empunya kelebihan dan juga Ihsan (Al-Azhari Basri Ibrahim, 2003) Pengertian ibadah ini bukan sahaja terhad kepada ibadah fardhu yang disyariatkan sahajabahkan turut merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang baik tidak terkecuali jugadalam bidang teknologi. Ibadah dalam konteks teknologi dilihat sebagai apa jua aktivititeknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara yang halal dan tidakmenyalahi syarak. Umpamanya dalam bidang bioteknologi, persenyawaan luar rahim antarasperma lelaki dan wanita yang sah sebagai suami isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan
  8. 8. 8zuriat. Pengaplikasian teknologi dengan cara yang menepati hukum Islam adalah ibadah selainturut membantu pasangan yang bermasalah untuk melangsungkan kesenambungan keturunanumat manusia. Namun, sekiranya teknologi disalahgunakan, maka ia bukan sahaja memberimudarat kepada manusia bahkan turut mengundang azab Allah di akhirat kelak. Ringkasnya,dapat disimpulkan bahawa setiap aktiviti teknologi yang baik dan memberikan faedah adalahibadah sekiranya dilaksanakan dengan menepati hukum Islam dan disertai dengan niat yangmulia tanpa mengharapkan pujian dan kemegahan.Adil dan ZalimKalimah adil berasal daripada kalimah bahasa Arab adl yang bererti persamaan antara duaperkara yang berbeza atau antara dua pertelingkahan tanpa kecenderungan terhadap mana-manapihak dengan mengambil tindakan yang saksama. Manakala daripada sudut syarak pula, adilmembawa maksud mengambil tindakan dan membuat pertimbangan yang bertepatan denganwahyu Ilahi dan ijtihad (Abdul Hadi Awang, 2009). Adil dalam Islam pula merangkumibeberapa takrifan, iaitu keseimbangan, pemeliharaan persamaan hak tanpa sebarang pencabulanterhadapnya, pemberian hak kepada mereka yang berhak dan juga meletakkan sesuatu padatempatnya (lawan bagi zalim). Kesemua takrifan di atas saling berkait antara satu sama lain.Justeru, dapat disimpulkan bahawa adil bermaksud memberikan kepada mereka yang berhakakan hak mereka mengikut kadar masing-masing secara seimbang dan saksama tanpa menindasatau menzalimi hak orang lain. Penggunaan teknologi juga seharusnya diaplikasikan secara adil, iaitu dengan meletakkanteknologi sebagai suatu wasilah dan alat untuk melihat dan mengkaji bukti-bukti kewujudan dankeagungan ciptaan Allah yang sekaligus membuktikan kehebatan Penciptanya. Teknologiaeroangkasa yang digunakan secara adil membolehkan manusia meneroka alam angkasarayaserta melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah dengan pergerakan planet-planet yang bergerak diatas orbitnya dan tidak bertembung antara satu sama lain yang menunjukkan wujudnya peraturanyang ditetapkan oleh Maha Pencipta. Manakala zalim juga merupakan kalimah yang berasal daripada bahasa Arab iaitu “al-zulm” adalah sesuatu yang berlawanan dengan perkataan adil. Perkataan zalim bermaksudmemesongkan sesuatu yang hak kepada kebatilan. Kezaliman membawa bencana sertakemusnahan kepada kehidupan, alam semesta selain merupakan punca kejahatan berleluasa.Larangan dan pengharaman menyokong golongan yang zalim termaktub dalam al-Quran (SurahHud : 113) yang bermaksud; “Janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh oleh api neraka, kemudian kamu tidak lagi ditolong”. Kezaliman boleh berlaku dalam dua keadaan sama ada dengan memeras atau merampasharta benda atau hak orang lain atau boleh juga berlaku dengan menentang hukum-hukum Allah.Kezaliman dalam konteks teknologi adalah dengan menyalahgunakan teknologi. Contohnya,mencipta teknologi-teknologi yang bertentangan dengan hukum Islam seperti pengklonan
  9. 9. 9manusia atau menghasilkan hidupan lain hasil daripada gabungan genetik manusia dan anjingadalah jelas merupakan suatu penyalahgunaan teknologi.Istislah dan Dhiya’Istislah bermaksud kepentingan awam manakala Dhiya’ pula bermaksud pembaziran. Islammengharuskan penciptaan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kepentinganmasyarakat umum. Ajaran Islam membolehkan umatnya menerima dan menggunakan apa juahasil daripada teknologi asalkan ia tidak membawa kepada maksiat dan memberikan manfaat.Walau bagaimanapun, sekiranya teknologi itu menyebabkan manusia lalai daripada mengingatiAllah (zikir) dan fikir serta meruntuhkan nilai kemanusiaan, maka peringatan dan panduanseharusnya diberikan kepada pengguna teknologi tersebut agar tidak tersasar jauh daripadamatlamatnya. Penciptaan teknologi enjin dan pembuatan kereta dan berbagai jenis pengangkutanlain memberi kemudahan kepada manusia untuk bergerak dengan lebih cepat seterusnya dapatmeminimumkan penggunaan masa dan mengoptimumkan prestasi kerja. Begitu juga penciptaanteknologi yang digunakan dalam perawatan dan penyaluran air bersih untuk kegunaan seharianmanusia, jelas memberikan manfaat kepada kehidupan manusia yang dahulunya terpaksabersusah payah mengangkut air dari perigi dan sungai selain menyebabkan penempatan di tepi-tepi sungai dan di kawasan sumber-sumber air mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi jikadibandingkan dengan kawasan-kawasan penempatan yang lain. Dengan kata lain, Islam tidakmenghalang apa jua pembaharuan dan pembangunan mahupun teknologi asalkan ia tidakbercanggah dengan al-Quran dan Sunnah. Konsep Dhiya’ dalam teknologi, iaitu pembaziran dilarang dalam Islam yang sangatmenitikberatkan sifat kesederhanaan dan melarang perbuatan membazir. Rasulullah s.a.wsebagai contoh ikutan umat Islam adalah seorang yang sentiasa bersederhana, iaitu tidak terlalukedekut dan tidak membazir. Sabda baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yangbermaksud: “Berperangai baik dan bersifat sederhana merupakan dua puluh bahagian daripada kenabian” Dalam konteks penggunaan teknologi, seringkali berlaku pembaziran. Contoh yangpaling mudah adalah dalam penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS). Masyarakat seolah-olah memandang ia sebagai suatu perkara yang remeh sedangkan penggunaan SMS dalamperkara-perkara yang tidak perlu adalah dikategorikan sebagai membazir. Sebagaimana yangtelah sedia maklum, setiap SMS ditentukan kadar rata tanpa mengira bilangan patah perkataanyang dihantar oleh pengirim. Justeru penggunaan khidmat pesanan ringkas atau SMSseharusnya digunakan secara berhemah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran tanpa disedaripengguna. Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan teknologi sebagai contoh, teknologi janakuasaelektrik sangat memberi manfaat dan memudahkan urusan kehidupan manusia. Namun,bagaimana pula kaedah terbaik untuk menghargainya agar tidak berlaku sebarang pembaziranketika menggunakannya? Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik di rumah mahupun dipejabat sewajarnya digunakan dengan bijak. Begitu juga dengan penggunaan alat pendingin
  10. 10. 10hawa (aircond) yang sepatutnya hanya di “on” kan ketika perlu sahaja dan dalam kadar suhuyang sederhana. Teknologi hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Hal ini demikian keranakewujudannya bukan sahaja bermanfaat bahkan beriringan dengannya keburukan jika tidakdiurus dan digunakan dengan cara yang betul dan cekap. Kepelbagaian maklumat dan aplikasiyang boleh dicapai dengan hanya satu klik di hadapan komputer akan membawa musibah jikadisalahgunakan. Justeru, manusia seharusnya bijak ketika memilih laman-laman web.Pemilihan perlu diutamakan kepada laman web yang dapat memberikan info yang bermanfaatdan mengelakkan daripada menjelajahi laman-laman yang berunsur negatif seperti keganasan,perkauman, seks, ajaran sesat, dan sebagainya. Kesedaran ini perlu bagi memastikan hanyalaman-laman web dan maklumat yang bermanfaat sahaja diakses bagi mengelakkan berlakunyapembaziran masa. Ringkasnya, dalam apa jua perbuatan atau kegiatan seharian, manusiasepatutnya menggunakan dan memanfaatkan teknologi dengan cara yang berhemah.Mewarnakan Teknologi Dengan Wajah IslamSarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagimengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni.Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternatifadalah berdasarkan “pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untukmenghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua”. Teknologi alternatifyang dipilih daripada suatu spektrum teknologi di pasaran mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;ia mungkin primitif, rendah dan tinggi atau terletak di antara ketiga-tiga keadaan tersebut, tetapimestilah sesuai dengan atau tiadanya sumber-sumber negara dan mestilah selaras dengan objektifekonomi, sosial, budaya, dan politik negara tersebut serta tidak merosakkan alam sekitar. Hubungan antara teknologi dan masyarakat boleh dilihat dalam dua cara : 1. Ia telah membuktikan bahawa satu-satunya teknologi untuk masyarakat ialah teknologi yang dapat berkembang tanpa bantuan luar. Ia merupakan ciptaan tempatan oleh negara-negara yang sedang membangun itu sendiri. 2. Teknologi alternatif tidak boleh dikembangkan mengikut rangka kerja falsafah dan intelektual peradaban barat. Tegasnya dalam menggunakan teknologi asing, umat Islam perlu membuang nilai-nilaiyang diimport dan menerima intipati yang sesuai dengan keadaan tempatan. Lebih khusus lagi,keperluan-keperluan tempatan itu ialah: i- Kesedaran atas sistem nilai yang terkandung dalam teknologi-teknologi ii- Keyakinan terhadap kemampuan masyarakat itu dari segi tamadun iii- Persetujuan bahawa perubahan yang tidak baik dalam masyarakatnya tidak akan berlaku. iv- Pemilihan dan penyelidikan yang teliti terhadap teknologi asing v- Penyesuaiannya jika perlu sebelum ditiru vi- Mengesan akibat daripada teknologi asing; dan vii- Penolakan dan pembuangannya jika ia terbukti telah meninggalkan kesan yang tidak baik.
  11. 11. 11KESIMPULANTeknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat Islam. Walaupun Islamsebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam danpenjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakangdalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadahtangan untuk menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawabersama-samanya ideologi kepakaran. Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perludifikirkan oleh dunia Islam untuk meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke ataskeutuhan budaya Islam yang murni serta memunculkan dunia Islam dengan teknologi yangditandai dengan roh dan jiwa Islam.RUJUKANAl Quran dan Terjemahannya.Abdul Hadi Awang. (2009). Islam Adil Untuk Semua. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.Ahmad Baharuddin Abdullah. (2004). Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan Islam: Persepsi dan Sumbangan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.Afzalur Rahman. (1992). Ensiklopedia Sirah Jilid I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Al-Azhari Basri Ibrahim. (2003). Salah Faham terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.Al-Qaradhawi Yusuf. (1980). Matlamat dan Tujuan Ibadah Dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Malaysia.Baharudin Yatim. (1995). Pengurusan Penyelidikan Sains dan Teknologi dari Perspektif Islam. Seminar al-Quran & Isu-isu Semasa II peringkat kebangsaan pada 12-13 september di bilik jumaah UKM Bangi. Anjuran Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Sunnah FAKULTI PENGAJIAN Islam UKM.Endang Mohd Zain. (1989). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Galbraith J.K. (1974). Economics and the Public Purpose. London : Andre DeutschHairudin Harun. (1992). Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  12. 12. 12Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.Ibnu Taimiyah. (1982). Al’Ubudiyyah Mu’ammal Hamidy. Surabaya : PT Bina IlmuKamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.M. Quraish Shihab. (1997). Wawasan al-Quran Tafsir Maudu’I atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Penerbit Mizan Khazanah Ilmu-ilmu Islam.Mesthene E.G. (1971). Technological Change Its Impact on Man and Society. Cambridge Mass: Harvard University Press.Moehammad Thahir Badrie. (1984). Syarah Kitab al-Tauhid Muhammad bin Abdul Wahab. Jakarta: PT Pustaka Panjimas.Mohd Yusoff Othman (2009). Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.Ramli Awang et al. (2001). Falsafah Sains dan Teknologi Dari Perspektif Islam. Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)Shahir Mohd Zain. (1989). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dawan Bahasa dan Pustaka.Sidek Baba. (1997). Penglibatan Masyarakat Islam di dalam Pembangunan dan Penggunaan Teknologi Maklumat. Seminar Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam. 25 – 26 Mac 1997.Sulaiman Noordin. (1993). Sains Falsafah dan Islam. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaZawiyah Mohd Yusof et. Al. (2005). Teknologi Maklumat & Komunikasi Etika, Undang- undang dan Sosial. Malaysia: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.Ziauddin Sardar. (1977). Science, Technology and Development in the Muslim World. London: Croom Helm.Ziauddin Sardar. (1990). Masa Hadapan Islam, Bentuk Idea Yang Akan Datang (Penterjemah: Mohd. Sidin Ahmad Ishak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

×