UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)

5,597 views
5,447 views

Published on

nota kuliah UICI 2022 - Bab 01 manusia dan ilmu

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,597
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
16
Actions
Shares
0
Downloads
156
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)

  1. 1. BAB I MANUSIA DAN ILMUOBJEKTIF Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut sarjana Islam dan Barat. Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang merangkumi epistemologi, ontologi, dan aksiologi. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu dalam tamadun manusia. Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia.PENDAHULUANManusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan Tuhan danterdiri daripada duaunsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa1 Menurut al-Quran (al-Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkandengan ilmu untuk membantunya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumidengan diajar oleh Allah untuk mengetahui nama segala benda.Imam al-Ghazali(1986: 51) menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsimembezakan antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal inilah manusiadapat membangun dan memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnyamenurut apa yang direncanakannya.DEFINISI ILMUPersoalan berkaitan definisi ilmu sememangnya mendapat perhatian yang meluas dikalangan ilmuwan sama ada Muslim mahupun non-Muslim. Antara persoalan yangpenting tentang ilmu ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Apakah adasesuatu yang bukan ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat? Menurut WanMohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan ini perlu ditanya dan dijawab denganbetul kerana kesilapan memahami pengertian ilmu akan menghasilkan usaha yang sia-sia, merugikan, dan merosakkan. Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu walaupunsusah ditakrifkan, tetapi maknanya tidak begitu susah untuk difahami. Umumnya istilah ilmu dalam Kamus Inggeris disebut sebagai „knowledge‟2dan„science‟3yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dankepandaian.4Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab “alima,ya‟lamu, ilman”5.Justeru, ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima”yang meletakkannya antara “alim” (yang mengetahui) dan ma‟lum (yang diketahui).Dengan kata lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yangdiketahui (objek). Memandangkan kita membincangkan tentang ilmu manusia, makajika objek (yang diketahui)itu bersifat terhad dan tidak sempurna, maka dengansendirinya iamengertikan ilmu manusia juga bersifat tidak sempurna. 1 Baca seterusnya dalam S.M.N. Al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of theHuman Soul, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 1. 2 Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Oxford University Press, New York, 2005, ed. ke-7,hlm. 854, 1357. 3 Maan Z. Madina, Arabic-English Dictionary, Pocket Books, New York, 1973, hlm. 450. 4 Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 657. 5 Lihat al-Munjid fi al-Lughah wa’l-A‘lam, hlm. 526-527.
  2. 2. 2 Dalam membahaskan definisi ilmu terdapat berbagai pendapat daripada kalangansarjana. Pendapat tokoh-tokoh falsafah mengenai ilmu secara umum ialah sepertiberikut;1. Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani dan rohani dari segenap segi yang membawa kepada kesempurnaan.2. Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal untuk menerima sokongan luar.3. Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah menyediakan manusia menjalani hidup yang sempurna, kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan teratur fikirannya.4. J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah untuk menciptakan manusia yang sempurna dalam pelbagai urusan hidup serta berusaha mengatasi segala kesulitan mengenainya.5. Immanuel Kant [1724-1804]: Ilmu bertujuan untuk menyampaikan manusia kepada taraf kesempurnaan yang semaksima mungkin.6. Albert Einstein [1879-1955], menegaskan hubungan antara ilmu dengan agama lalu mengatakan “ilmu tanpa agama adalah buta, dan agama tanpa ilmu adalah lumpuh”.7. F. Frobel seorang pendidik Barat mengatakan “ilmu hendaknya memimpin manusia untuk mengenal siapa dirinya, alam sekeliling, juga kepercayaan terhadap keEsaan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang suci dan murni”.8. Imam Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T”.9. Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan kumpulan ilmu pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu dengan yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan. Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifanilmu yang dipetik daripada107 definisi.Sebahagian besar daripada takrifan tersebut diambil daripada golonganAhli Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash‟ari, al-Juwayni, al-Ghazali dan Ibn Hazm.Antara takrifan tersebut ialah:1. Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.2. Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya takrifan al-Baqilani bahawa: “ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar”.3. Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.4. Ilmu adalah suatu rupa bentuk (surah). Contohnya takrifan Ibn Sab‟in bahawa ilmu adalah perkara yang menerangkan kebenaran dan memberikan maklumat tanpa tertinggal apa-apa yang perlu diselidiki. S.M. Naquib Al-Attas (1975: 154) pula mentakrifkan ilmu sebagai ketibaansesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diriseseorang.Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagaisumber asal segala ilmu.Takrifan tersebut menunjukkan bahawa autoriti ilmu adalahdi bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu.Allah S.W.T selaku Penciptasekalian alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya.Dialah Yang MahaMengetahui hakikat segala ilmu dan juga makna sesuatu yang dikurniakan kepadasesiapa yang dikehendaki oleh-Nya. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa konsep ilmu menekankan maknakebenaran dan bukannya kepalsuan kepada jiwa seseorang.Ilmu yang benar itumenyuluh kebenaran sebagai kebenaran dan menyuluh kebatilan sebagai kebatilan
  3. 3. 3dan dengannya juga manusia dapat membezakan antara yang benar dan batil.Segalafakta dan maklumat yang banyak itu tidaklah bererti dan bernilai sekiranya tidakmempunyai nilai kebenaran.Justeru, jika takrifan ilmu dipersempitkan maknanyakepada pengetahuan tentang maklumat semata-mata maka ia adalah takrifan yangboleh dipertikaikan kebenarannya. Ilmu juga merupakan suatu sistem yang menghasilkan kebenaran dan salah satudaripada usaha manusia untuk memperadabkan dirinya (memajukan tingkatkehidupan manusia daripada aspek jasmani dan rohani).Ilmu juga meliputipengetahuan dan cara yang dikembangkan oleh manusia untuk mencapai tujuantersebut.ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAHDari segi falsafah, ilmu merupakan kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciritertentu yang membezakan ilmu daripada yang lain. Menurut Jujun Suriasumantri(1993: 3), ciri-ciri keilmuan ini didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepadatiga persoalan pokok, iaitu: apakah yang ingin kita ketahui?bagaimanakah kitamemperolehi pengetahuan?dan apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?Persoalanpertama merujuk kepada teori ontologi (teori wujud), manakala persoalan keduamerujuk kepada epistemologi (teori ilmu), dan persoalan ketiga pula merujuk kepadaaksiologi (teori nilai). Dari sudut falsafah, ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusiadalam menjawab persoalan-persoalan di atas.Untuk menghargai ilmu menurutkewajarannya yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah diketahui dengansebenarnya. Pengertian yang mendalam terhadap hakikat ilmu bukan sahaja akanmengikat seseorang terhadap ilmu malahan juga membuka matanya terhadap pelbagaikekurangannya.KONSEP ILMU MENURUT BARATKalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran Kristianmelihat bahawa ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata-mata.Berpuncadaripada aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya ilmu.Akal manusia inilah yangmenyimpan segala maklumat serta pengalaman insan, kemudian memprosesnya danseterusnya menganalisis.David Hume (dalam Titus et. al, 1984: 81) menyebut bahawaakal dan kekuatan atau daya-daya serta sifat-sifat kehidupan mental tidak lain adalahasosiasi idea-idea dan pengalaman. Akal adalah istilah untuk sejumlah pengalaman,idea keinginan yang menempati perhatian dan kehidupan seseorang.Akal jugamerupakan suatu kemasan pengalaman atau kumpulan rasa inderawi. Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yangtertinggi.Oleh itu, mereka berpegang kepada konsep rasional sebagai ukuran dalammenerima atau menolak sesuatu ilmu.Apabila sesuatu perkara itu dianggap sebagairasional dan dapat diterima akal, maka ia diterima sebagai ilmu. Manakala sesuatuyang tidak rasional dan akal menolaknya, maka ia tidak boleh diterima dan tidakdianggap sebagai ilmu. Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains yanghanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh bukti-bukti saintifik (empirikal).Apabilakaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia dianggap tidak wujud. Justeru,ilmu pada pandangan Barat hanya berkisar pada perolehan manusia dengan akal yangdimilikinya.Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan,pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera manusia itubersifat serba kekurangan lalu konsep ilmu menurut masyarakat Barat dilihat tidakmampu untuk membimbing manusia menuju kepada kesejahteraan.Hal ini demikiankerana manusia terdiri daripada jasad dan roh yang masing-masing mempunyai
  4. 4. 4kaedah dan pendekatan tersendiri dalam memahaminya.Apabila kaedah yang bersifatfizikal digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang bersifat kerohanian, makaternyata ia menyalahi dan begitulah sebaliknya. Dalam menjelaskan tentang sumber ilmu, John Hospers (1988: 41-47)menyebutkan tujuh sumber ilmu yang terdiri daripada persepsi (tanggapan),introspeksi (menilik diri), memori (ingatan), alasan atau keterangan (reason),kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan).Kesemua pernyataansumber ilmu tersebut boleh dipertikaikan kebenarannya.Justeru,Barat kelihatannyaberpegang kepada sumber ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya.Turut dapatdirumus daripadanya bahawa konsep ilmu menurut Barat hanya bersifat luaran danberdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-mata.Iajuga tiada hubungandengan alam ghaib atau wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber pertamabagi keilmuan manusia. Konsep ilmu menurut ajaran Kristian terkandung dalam teks Bible yangmempercayai bahawa tafsiran bagi pohon yang buahnya dimakan oleh Adam a.s. ialahpohon ilmu yang ditegah oleh Allah daripada Adam menghampirinya ataupunmemakan sesuatu daripada buahnya. Old Testament menyebut: “And the Lord God commanded the man, “you are free to eat from any tree in the garden; but you must not eat from the tree of the knowledge of good and evil, for when you eat of it you will surely die”. [Genesis 2:15-17]. Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam danatas pujukan isterinya yangdiperdaya oleh ular (syaitan), maka mereka berdua memakan buah larangan pokokilmu tersebut.Justeru, selepas memakan buah larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.smemperolehi ilmu yang tidak diketahui sebelumnya.Adam dan Hawa tidakmengetahui hakikat keduanya tidak berpakaian dan tidak mempunyai rasamalu.Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya diketahui oleh Adam setelahmemakan buah daripada pohon ilmu tersebut.Atas tafsiran bahawa akal mengarahkankepada kejahatan maka gereja mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yangmempelajari ilmu sains dan menghukumnya dengan hukuman yang berat.Sehubungandengan itu, A. Nadwi menyebut: “Between 1481 and 1801 the inquisition punished three hundered and forty thousand person, nearly thirty two thousand of who were burnt alive including the great scientist Bruno”.6 Galileo juga menerima nasib yang serupa dan akhirnya mati dalam penjara.7Nasibilmuwan lain yang turut dihukum bakar hidup-hidup oleh gereja antaranya MichealServetus, Adam Duff, George van Parris, Martin Cellarius, Ludwig Hoetzer, LelioCocinus, Faustus Socinus, Giorgo Blandrata, Geogry Pauli dan Francis David. Keadaan pada zaman itu dan sebelumnya agak berbeza di sebelah Timur(masyarakat Islam).Negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaan Muslimmenunjukkan perkembangan ilmu yang maju dan mereka menikmati hasil kemajuanilmu pengetahuan tersebut.Thomas Arnold dan Alfred Guillaume (1965: 9) dalamLegacy of Islam menulis: “Cordoba in the tenth century was the most civilized city in Europe, the wonder and admiration of the world, a Vienna among Balkan states. Travellers from the north heard with something like fear of the city which contained 70 libraries and 900 public baths; yet whenever the rulers of 6 Giordano Bruno (1548-1600) adalah ahli falsafah Itali yang digelar "the Nolan", dan pemikirhebat mengenai Renaissance. Kesannya, pihak gereja telah menjatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup pada tahun 1600 M kerana menyebarkan fahamannya yang dianggap berbahaya. Lihat AliNadwi, Islam and the World, S.H. M. Ashraf, Lahore, 1967, p. 126-127. 7 Ibid.
  5. 5. 5 Leon, Navarre or Barcelona needed such things as a surgeon, an architect, a dressmaker or a singing-master, it was to Cordoba that they applied. Queen Tota of Navarre, for instance, brought her son Sancho the Fat to be cured of his corpulence. She was referred to a famous Jewish physician; and not only was the treatment successful, but the government made use of the doctor to negotiate with the Queen an important treaty”. Jeosoef Sou`yb dalam tulisannya berkenaan kisah ini menyebut: “Don Sanchosendiri di Navarre makin menderita sejenis penyakit yang amat berat disebabkankegemukan tubuhnya yang berlebih-lebihan. Memandangkan para tabib dalamwilayah Kristian tidak mampu mengubatinya maka Raja Navarre, Don Garcia II,meminta bantuan tabib istana daripada Khalifah Abdulrahman III diCordoba.Historian‟s History of the World (vol X, hlm. 45) mencatat peristiwa yang amatbersejarah ini dengan ungkapan: “As no Christian leech could be found skilful enough to effect the change, and as the physicians of Cordova were renowned over all the Eroupe, he wrote to Abd al-Rahman III for permission to visit that capital. It was readily granted: Sancho was courteously received and magnificently entertained by the Caliph: by the juice of certain herbs in a short time he was effectually rif of his cumbrous mass of flesh, and restored time he was lightness and agility”. Bersandarkan alasan untuk mencapai kemajuan inilah maka masyarakat Baratmemilih untuk membelakangi arahan gereja dan mendatangi negeri-negeri yangberada di bawah kekuasaan Muslim khususnya Sepanyol dan Sicily dengan tujuanmenuntut ilmu.KONSEP ILMU MENURUT ISLAMIslam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan bertujuanmembolehkan orang berilmu – para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan danulama mengembangkan dirinya, masyarakatnya dan alam sekitarnya sebagai usahapengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanahnya sebagaikhalifah.Aplikasi ilmu itu pula hendaklah sesuai dengan kehendak Allah sebagaimanaditegaskan dalam ayat-Nya [al-Baqarah: 269] yang bermaksud: “Ia memberi hikmat kebijaksanaan [ilmu yang berguna] kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yangditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allahdengan sebenar-benar pengenalan yang membawa kepada keyakinan dan mampumeletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dankedudukannya.Kesimpulannya pengertian berilmu pengetahuan ialah mencarikeredaan Allah kerana tiada keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki melainkanterletak dalam keredaan Allah jua.KLASIFIKASI ILMUTerdapat berbagai istilah yang digunakan oleh ulama dalam pembahagian ilmu.Namun demikian jika dilihat secara terperinci dapat dibahagikan kepada dua bahagianiaitu: ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu fardukifayah/perolehan akal).1. Ilmu Naqli [Wahyu]Ilmu Naqli adalah ilmu yang berdasarkan al-Quran dan Sunah yang biasanya dikenalisebagai ilmu wahyu.Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim (fardu ain) inimengandungi ajaran-ajaran berkaitan akidah, syariah, dan akhlak yang tidak
  6. 6. 6akanmampu dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripadaAllah. Justeru, ilmu ini bersifat mutlak, paling tinggi tahapnya serta berada di luarjangkauan fikiran dan cerapan pancaindera manusia. Ilmu inilah yang menjadi santapan rohani manusia dan pedoman yang bernilaiabadi.Kesejagatannya merentasi perbezaan segala bangsa dan sempadan negara.Ilmuinilah yang boleh memimpin manusia ke tahap mengenal Tuhan dengan sebenar-benar pengenalan (makrifatullah) melalui tanda-tanda kewujudan ciptaan Allah yangmenggambarkan kekuasaan-Nya.Ringkasnya, ilmu inilah yang membawa manusiamengenal Tuhan melalui perantaraan nas daripada al-Quran dan Sunah Rasul.2. Ilmu Aqli [Perolehan Akal]Jenis ilmu yang kedua ialah ilmu aqli atau sering dinamakan ilmu fardu kifayah.Iaadalah ilmu yang diperolehi melalui akal manusia. Ilmu ini mencakupi ilmukemasyarakatan, ilmu sains tabii, ilmu sains fizik, ilmu sains gunaan, ilmu sainskemanusiaan termasuk ekonomi pentadbiran dan sebagainya. Ilmu ini diperlukan bagi menjamin kesempurnaan hidup.Manusia memerlukanpengetahuan tentang alam fizikal dan masyarakatnya untuk membolehkannyamenghayati pemberian Ilahi dan menjalankan fungsinya dengan penuh ketaatansebagai pentadbir yang mewakili Allah di atas muka bumi (khalifah Allah). Kewajipan menuntut ilmu hanya terbatas kepada segolongan manusia. Jikaterdapat segolongan umat Islam yang mempelajarinya, maka terlepaslahtanggungjawab umat Islam lain. Sebaliknya jika tiada sesiapa yang mempelajari ilmufardu kifayah tersebut, maka hukumnya bertukar menjadi fardu ain pula.Inimenunjukkan bahawa mereka yang mempelajari ilmu fardu kifayah tidak terlepasdaripada menguasai dan memahami tuntutan ilmu fardu ain.Bahkan setiap Muslimyang berilmu dalam bidang yang diceburi mestilah juga memahami ilmu-ilmu Islamlain yang menjadi asas kepada setiap individu Muslim. Sebagai contoh setiap saintisMuslimtidak terkecuali daripada mentaati dan melaksanakan segala tuntutan agamasamaada dalam melakukan perkara yang disuruh mahupun meninggalkan perkarayang dilarang. Namun, apa yang berlaku pada zaman moden ini ialah kedapatan ahlisains yang jahil tentang agama, malah sebahagian mereka menyebarkan ilmu tanpasebarang tapisan atau rujukan kepada agama terlebih dahulu. Masyarakat Islam dewasa ini kebanyakannya keliru dalam memahami konseppembahagian ilmu.Pada tanggapan mereka dengan mempelajari dan mempraktikkanilmu fardu ain sahaja tanpa menghiraukan ilmu fardu kifayah telah mencukupi bagimereka untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.Pemahaman mereka dalammempraktikkan ilmu fardu ain juga kelihatan agak pasif. Jika seseorang Muslim itumemahami dengan sesungguhnya tuntutan rukun iman dan rukun Islam dalamkonteks ilmu fardu ain, mereka akan melihat bahawa ilmu fardu ain juga mempunyaikaitan yang rapat dalam membentuk ilmu fardu kifayah. Sebagai contoh, salah satukewajipan dalam rukun Islam adalah solatlima waktu. Melakukan solat mestilahdengan menutup aurat dan mengikut syarat-syarat tertentu.Oleh itu, usaha dan kerjamencari pakaian bagi menutup aurat hukumnya wajib.Hal ini demikian kerana solattidak dikira sah kecuali dengan menutup aurat.Justeru, usaha bekerja mencari rezekiyang dikategorikan sebagai fardu kifayah juga menjadi suatu kewajipan dalammembantu agar terlaksana fardu ain.Ringkasnya, fardu ain tidak akan sempurnakecuali dengan tertunainya fardu kifayah. Ini bermakna setiap Muslim harus sentiasa berusaha dengan mengaitkankesepaduan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah sebagai tanggungjawab terhadapagama.Di sini dapat dipastikan bahawa ilmu secara umumnya adalah wajib dituntutoleh semua umat Islam tanpa pengecualian.Pembahagian tersebut tidaklah terbataskepada masa dan tempat.Malah pembahagian harus dilihat dalam rangka
  7. 7. 7kemaslahatan umat itu sendiri.Misalnya jika sesebuah daerah hanya mempunyaibeberapa orang doktor atau jurutera sedangkan kemaslahatan umat tidak mencukupi,maka ilmu kedoktoran dan kejuruteraan dengan sendirinya bertukar menjadi ilmufardu ain bagi penduduk daerah tersebut. Pembahagian ilmu dalam Islam juga dapat dikelaskan menurut hierarkinya.Adailmu yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan Rasul-Nya yang dipanggililmu naqli.Selain itu, ada ilmu yang dihasilkan oleh usaha manusia yang dipanggil ilmuaqli atau kasbi.Ilmu yang ditanzilkan bersifat mutlak benar manakala ilmu manusiapula bersifat relatif yang diperolehi daripada akal dan pancaindera sama ada menerusipengalaman mahupun intuisi. Dalam sejarah, manusia pertama yang ditanzilkan kepadanya ilmu adalah NabiAdam a.s. yang telah dilengkapkan dengan segala yang diperlukan bagi kehidupanduniawi, iaitu ilmu sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memakmurkan bumi.Begitulah selanjutnya para Nabi dan Rasul yang dipenuhi dengan ilmu-ilmu yangditanzilkan oleh Allah.Dalam historiografi ilmu Islam, tidak dinafikan bahawa Allahdari masa ke masa telah mentanzilkan ilmu termasuk sains dan teknologi kepada parautusan-Nya.Ilmu yang ditanzilkan ini merupakan ilmu hakiki yang dapatdikembangkan oleh akal manusia.Ia sesuai dengan alam yang diciptakan oleh Allah.Hukum alam yang tidak berubah bersama dengan fenomenanya tetap akan serasidengan apa yang ditanzilkan oleh Allah. Kosmos atau tabii adalah jalan kedua dalammemberikan ilmu selain wahyu Allah yang merupakanbuku yang dibaca (kitab al-tadwin wa ayat maqru‟ah), sementara alam pula adalah kitab yang dapat dilihat (kitabal-takwini wa ayat manzurah). Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada empat kelompok, iaitu; (1) ilmuteoritikal dan praktikal, (2) Ilmu mendatang (huduri) dan ilmu pemerolehan (husuli),(3) ilmu keagamaan (shari‟yyah) dan ilmu intelektual („aqliyyah), dan (4) ilmu fardu aindan fardu kifayah. Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada ilmu terpuji(mahmud) dan ilmu terkeji (madhmum), dan ilmu yang harus dipelajari(mubah).Mulla Sadra pula mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmukeakhiratan.Walau bagaimanapun, untuk perbincangan ini, jenis-jenis ilmudiklasifikasikan mengikut alat pencapai ilmu.1. Ilmu WahyuIlmu Wahyu ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah.Iamewakili ilmu-ilmu seperti al-Quran, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitandengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf.Ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagaiilmu syariah, ilmu agama, revealed knowledge dan ilmu naqli [ilmu yang bersumberkannas-nas Al-Quran ataupun Sunah]. Ilmu-ilmu ini mempunyai taraf Fardu ain keranamengandungi ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapaimelainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah daripada Allah. Kebenaran-kebenaran yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran-kebenaran yang bersifat mutlak, paling tinggi dan kadang kala di luar jangkauanfikiran, akal dan pancaindera.Ilmu ini mengisi keperluan rohani manusia dengan tepatdan secukupnya di samping memberikan panduan-panduan yang bernilai abadi dansejagat untuk kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ketatanegaraan.Ilmu inimembawa manusia mengenali tanda-tanda kewujudan dan kekuasaam Allah melaluiKitab Allah dan Sunah Rasul untuk membolehkan manusia berfungsi sebagai hambaAllah di dunia dengan sebaik-baiknya. Namun, untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat,ilmu naqli sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggipada pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentangalam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala
  8. 8. 8potensi yang ada sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangunkandiri, alam sekitar dan masyarakatnya serta membentuk sejarah sesuai dengan tuntutanakidah tauhid dan syariat Allah.2. Ilmu IlhamIlmu ini yang turut dikenali dengan namailmu ladunni bersifat lebih menjurus kepadakehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semuaorang. Biasanya ia diberikan kepada orang-orang yang hatinya benar-benar hampirdengan Tuhan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Lalu mereka mendapati seorang daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniai rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajar sejenis ilmu [yakni ilmu Ladunni] dari sisi Kami”.[Surah al-Kahfi 18: 65]. Mengikut ayat ini, ilmu Ladunni ialah satu kurniaan atau anugerah yang dianggaprahmat daripada Allah.Ilmu ini dianugerahkan melalui jalan ilham.Manusia seperti kitasepatutnya mencontohi kehidupan dan peri laku mereka, baik dari sudut kerohanianmahupun keduniaan. Kita juga perlu mengambil iktibar daripada proses perjalanankehidupan kerohanian mereka ke arah pembersihan jiwa, diri, dan hati demimendekati Allah. Yang terpenting ialah bagaimana mereka mengintegrasikankehidupan kerohanian dengan kehidupan keduniaan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.Ilmu kashf [terbuka mata hati] dan juga ilmu rasional ialah ilmu yangberdasarkan daya kekuatan akal, penerapan pancaindera dan pengumpulan maklumatsecara rasional yang melibatkan fikiran logik [mantiq].Iabersifat terbatas kepadapengetahuan yang hanya dapat dialami oleh pancaindera, yang dapat diukur dandisukat [boleh diberi kuantiti] dan boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah-kaedah logik. Dalam bidang-bidang ilmu perolehan (acquired knowledge) dan ilmu-ilmuduniawi, proses penafsiran, eksperimen dan pemerhatian akan menghasilkan pelbagaihukum atau teori. Ilmu ini amat berguna dan sesuai untuk mendapatkan ilmu danmaklumat alam lahiriah dan kuantitatif.Akan tetapi kaedah-kaedah yang berdasarkanilmu rasional atau kaedah-kaedah saintifik tidak boleh digunakan untuk mengkajialam rohaniah, jauh sekali daripada mengkaji sifat-sifat Tuhan.Alam rohaniah tidakdapat dialami dengan pancaindera, tidak dapat diberikan kuantiti dan tidak tertaklukkepada hukum-hakam dan teori-teori apa jua ilmu dunia. Dalam penafsiran tabii dan sains fizikal, akal mungkin boleh melanjutkan prosespenafsiran sehingga menyentuh aspek ketuhanan dengan syarat kepercayaan dankeimanan tentang agama telah sedia ada dalam diri seseorang ilmuan.3. Ilmu EmpirikalIlmu empirikal ialah ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancainderalahir.Fakta-fakta yang ditanggapi oleh pancaindera haruslah dibawa ke arahmemahami kehendak-kehendak wahyu.Akal pula berfungsi sebagai alat untukmerumuskan dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera.Asasilmu empirikal terletak pada keupayaan pancaindera, manakala ilmu rasional terletakpada keupayaan aktiviti akal.Kedua-duanya mestilah disepadukan dengan ilmuwahyu.Ini bermakna ilmu emperikal dan rasional tidak harus meminggirkan elemen-elemen wahyu khususnya ketika membuat sesuatu penafsiran dalam sebarangpenemuan. Ilmu empirikal dan rasional penting untuk menanggapi fenomena-fenomena alamdan semesta, kerana itu akan menyingkap jiwa manusia kepada keagungan Ilahi.Dasar-dasar ilmu empirikal dan rasional yang seharusnya dimaklumi ialah penggunaansemaksimum mungkin akal dan indera untuk menguatkan kepercayaan beragama,
  9. 9. 9keyakinan kewujudan Tuhan dan seterusnya mengarifi keagungan Tuhan semestaalam, Pencipta segala makhluk.EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI, DAN AKSIOLOGI DALAM ISLAMPersoalan ilmu dalam falsafah dilihat daripada tiga bidang ilmu, iaitu epistemologi,ontologi, dan aksiologi.1. EpistemologiEpistemologi dari sudut bahasa adalah berasal daripada gabungan dua perkataanYunani, iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang bermaksud sains atau kajian(Titus, Smith dan Nolan, 1984: 187; Ahmad Sunawari Long, 2008: 127).Epistemologiadalah sebahagian daripada perbahasan utama dalam falsafah sebagaimanadiungkapkan dalam kamus The Lexicon Webster Dictionary (1985: 331) sebagai “Thetheory or study of the origin, nature, methods, and limits of knowledge.”Justeru, epistemologisecara ringkasnya boleh difahami sebagai sains atau kajian secara falsafah yangberkaitan tentang ilmu atau lebih ringkas lagi disebut teori ilmu. Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi aspek yangberkaitan dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi danmentafsir bentuk ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan justifikasiyang boleh dibuat (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127). Menurut Webster‟s NewExplorer Desk Encyclopedia (2003: 400), satu persoalan utama dalam epistemologi ialahadakah semua pengetahuan diperolehi daripada pengalaman? Satu lagi persoalanyang berkaitan ialah adakah kepercayaan (beliefs) yang tidak dapat disahkan (verified)atau dipalsukan (falsified) oleh pengalaman boleh dianggap sebagai pengetahuan?Para failasuf telah sekian lama membincangkan persoalan adakah pengetahuanmerupakan sejenis kepercayaan.Dalam hal ini, Plato mengkategorikan pengetahuansebagai kepercayaan sebenar yang telah dibuktikan (justified true belief). Bertolakdaripada pernyataan tersebut maka bermulanya kebanyakan perbincanganepistemologi pada zaman moden. Dalam bentuk persoalan secara epistemologi, antara yang sering bermaindalam fikiran seorang ahli epistemologi ialah : Apakah itu ilmu? Apakah kriteria atausifat sesuatu ilmu?Bagaimanakah seseorang itu mengetahui sesuatu?Berapa banyakkahilmu yang boleh manusia kuasai?Adakah ilmu sesuatu yang mungkin?Apakah sumberilmu bagi seseorang?Adakah ilmu yang diperoleh bersifat mutlak atau relatif?Persoalan yang lebih penting ialah: Bagaimana seseorang itu tahu bahawa iamengetahui sesuatu? Persoalan lain ialah dalam keadaan manakah kita boleh katakanseseorang itu mengetahui? Adakah kesemua ilmu tentang hakikat alam inibersumberkan pengalaman pancaindera atau adakah seseorang itu mempunyai suatuilmu yang bebas daripada pengalaman pancaindera? Sekiranya pancaindera itumelahirkan beberapa kemungkinan, bagaimanakah mungkin kita memperolehikeyakinan atau ketepatan yang mutlak seperti yang dicapai dalam bidang matematikdan logik? (Ahmad Sunawari Long, 2008: 127). Asas ilmu ialah tahu dan kebenaran. Oleh itu, ilmu menurut seorangepistemologis boleh difahami sebagai kepercayaan yang benar yang boleh dibuktikan.Definisi sebegini melibatkan tiga perkara; pertama, mengetahui sesuatu bermaknaseseorang itu mesti mempercayainya; kedua, kepercayaannya mestilah betul danbenar; dan ketiganya, kepercayaan tersebut mestilah disertakan dengan alasan atauboleh dibuat justifikasi. Aspek yang terakhir ini perlu memenuhi beberapa kriterialain seperti memerlukan unsur sukarela dan pendalilan secara kemas (AhmadSunawari Long, 2008: 128).
  10. 10. 10 Dalam kehidupan seharian manusia terdapat pelbagai penggunaan ataumaksud tahu yang digunakan. Adakalanya seseorang mendakwa „tahu‟ apabila diabiasa dengan sesuatu atau seseorang. Umpamanya A mengatakan: “Ayah sayamengenali atau „tahu‟ Encik Ahmad”. Kadangkala seseorang dikatakan „tahu‟ tentangsesuatu dalam erti kata dia mempunyai kemampuan dan kemahiran melakukannya.Umpamanya B mengatakan saya tahu bermain bola. Akhirnya juga didapatiseseorang dikatakan „tahu‟ berdasarkan tahap pengetahuannya. Sebagai contoh Cmengatakan: “Everest adalah gunung tertinggi di dunia”. Penggunaan bentuk ketigaini adalah bentuk yang hendak dikaji oleh seorang epistemologis yang melibatkanpersoalan bagaimana, tahap ilmu pengetahuan, dan kesahihan ilmu seseorangterhadap kepercayaannya. Bentuk ketiga ini juga menimbulkan persoalan apakah asasyang digunakan oleh seseorang dalam mempercayai apa yang diketahuinya? Atausejauh manakah kepercayaan yang dipegangnya adalah benar? Melalui pancaindera,intelek atau kedua-duanya sekali? (Ahmad Sunawari Long, 2008, 128-129). Syed Muhamad Dawilah al-Edrus (1993: 21) menjelaskan bahawa dalam ilmufalsafah, pada dasarnya asas pengkajian terbahagi kepada tiga teori: Teori Ontologi(Teori Wujud), Teori Epistemologi (Teori Ilmu), dan Teori Aksiologi (Teori Nilai).Dalam menjelaskan hubungan antara ketiga-tiga teori tersebut, Suriasumantri (1995:105) menegaskan bahawa setiap jenis pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang spesifikmengenai apa (ontologi), bagaimana(epistemologi), dan untuk apa (aksiologi)pengetahuan tersebut disusun. Ketiga-tiga asas ini saling berkaitan. Jika kita inginmembicarakan epistemologi ilmu, maka hal ini harus dikaitkan dengan ontologi danaksiologi ilmu. Epistemologi Islam bukanlah semata-mata persoalan yang bersifat falsafah,malahan ia merupakan tindak balas terhadap persoalan-persoalan kehidupan,kemasyarakatan dan kenegaraan yang merangkumi seluruh kehidupan keduniaan dankeakhiratan (Azhar Hj Md Aros, 2001: 277-278).Epistemologi Islam menekankanpengalaman dan realiti secara keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai cara dankaedah untuk mempelajari dan mengkaji alam tabii. Konsep ilmu dalam Islammenggabungkan hampir setiap bentuk ilmu yang bermula daripada semata-matapencerapan hinggalah kepada metafizik.Justeru itu, Islam menjadikan wahyu dan akal,pencerapan dan intuisi, tradisi dan spekulasi teori sebagai punca ilmu.Meskipunterdapat pelbagai medium untuk mempelajari alam tabii, namun kebenaran wahyutetap menjadi tonggak utama dalam tamadun Islam (Fadzlullah Shuib, 2007: 9). Di samping sifat kepelbagaian kaedah pencarian dan pencapaian ilmu,epsitemologi Islam juga menekankan interaksi antara pelbagai cabang ilmu.Segalabentuk ilmu adalah saling berkaitan dan bertautan dengan wahyu.Islam bukan sekadarmewajibkan pencarian ilmu malah menjadikannya sebagai suatu urusan ibadah yangtertinggi.Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam yang lain seperti kepimpinan(khilafah dan imamah), amanah, adil, dan kepentingan umum (istislah). Sehubungan itu kita boleh meninjau keunikan epistemologi Islam yangmeletakkan sains intelek (merangkumi sains, falsafah, dan teknologi) sejajar dengansains transmisi (sains wahyu) sebagai kefarduan dan menjadi tanggungjawab secarakolektif (fardu kifayah) kepada umat Islam untuk menguasai berbagai bidang sainsdan teknologi.Manakala ilmu wahyu pula menjadi tanggungjawab kepada setiapindividu Muslim untuk mempelajarinya secara fardu ain. Dengan perkataan lain,urusan ilmu menjadi ibadah, amanah, dan perjuangan umat Islam seluruhnya.Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling berinteraksi ini memberikan satu ciriyang sangat unik kepada epistemologi Islam yang menunjukkan bahawa ia adalahuntuk (Fadzlullah Shuib, 2007: 9-11);
  11. 11. 11 1. Memastikan agar tiada satu pun bentuk ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan dijadikan satu-satunya kriteria untuk mencapai kebenaran. 2. Memastikan supaya dalam menuntut sesuatu ilmu menerusi sesuatu kaedah itu tidak pula menafikan keabsahan penggunaan kaedah lain.2. AksiologiAksiologi berasal daripada perkataan Inggeris axiology yang bermaksud sains nilai,teori, dan sistem nilai.Istilah aksiologi terdiri daripada dua suku kata Greek, iaitu axios[harga atau nilai] dan logos [logik atau teori] yang membawa maksud teorinilai.Kemajuan sains membolehkan manusia mengukur secara objektif dan tepattentang nilai seperti jangka suhu mengukur haba. Apakah yang dikatakan nilai?Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkanperlakuan manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsurterpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai juga digambarkansebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan.Nilai ditunjukkan dengankenyataan-kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan. Aksiologi mempunyai berbagai-bagai faedah.Ia menggerakkan maklumat danpengetahuan baru mengenai dunia seharian dan membentuk kerangka rujukan yangmembolehkan kita melihat diri, persekitaran, hubungan sesama makhuk dan Tuhandengan cara baru. Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah aksiologimenyumbangkan pengetahuan serta maklumat yang objektif dan bebas daripadamana-mana pengamatan pengkaji.Pelbagai pencapaian dalam bidang teknologi dansains telah diketahui oleh semua.Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi denganproduk-produk zaman saintifik seperti automobil, kapal terbang, elektrik, televisyendan lain-lain lagi. Sumbangan teknologi moden tidak semuanya positif. Sebagaicontoh, kuasa atom di samping untuk tujuan sumber tenaga dan keamanan telahmenjadi ancaman kepada kemusnahan.Industri yang menyumbangkan kemakmurankepada Barat melahirkan hujan asid dan produk-produk yang mengancam alamsekitar dan udara. Aksiologi Islam menentukan gerak, tindakan dan tingkah laku manusia di bawahnilai-nilai Islam pada sebarang masa dan tempat berdasarkan konsep suruhanmelakukan perkara makruf dan larangan melakukan perkara munkar (al-amr bi al-ma‟ruf dan al-nahy „an al-munkar). Dalam Islam terdapat lima nilai yang dipertanggungjawabkan ke atas manusiasama ada dalam hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, atauhubungan dengan alam sekitar, iaitu: 1. Fardu atau wajib [Nilai ini menjadi suatu kemestian dan dikira amat baik untuk dilaksanakan] 2. Sunat [Nilai ini amat digalakkan dan dikira sebagai suatu kebaikan] 3. Harus [Nilai ini dikira seimbang antara melakukan atau meninggalkannya] 4. Makruh [Nilai ini dibenci dan merupakan sebahagian daripada keburukan] 5. Haram [Nilai ini adalah dilarang dan dikira sebagai yang terburuk]. Nilai-nilai Islam mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan etika, nilaiestetika, nilai instrumental, nilai tradisi, nilai intrinsik dan ekstrinsik, nilai sosial dannilai budaya. Aksiologi juga dikaitkan dengan konsep memahami nilai kebergunaan ilmu.Dalam kata lain, iabermaksud dasar penggunaan dan aplikasi ilmu yang menghasilkannilai tertentu.Ilmu seperti yang diketahui umum bersifat neutral (berkecuali). Ilmuwanitulah yang mencorakkan ilmu yang ada padanya sama ada menjurus arah nilaikebaikan atau sebaliknya. Ilmu diibaratkan sebagai sebilah pedang yang mempunyaidua mata, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan untuk tujuan sebaliknya. Pedang itu
  12. 12. 12sendiri tidak berupaya untuk bertindak.Manusia yang menguasai pedang itulah yangmenentukan kegunaannya.Pendeknya, pengamal ilmu itulah yang mencorakkan ilmuuntuk kebaikan dan keindahan hidup serta keharmoniannya ataupunmencorakkannya dengan kekacauan dan kemusnahan kepada alam seluruhnya. Ilmuyang berada pada diri orang Mukmin lagi bertakwa akan mencorakkan nilaikesejahteraan sementara ilmu yang berada pada orang musyrik akan mencorakkannyakepada nilai kehancuran.3. OntologiPerkataan ontologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu onto yang bererti sesuatuyang wujud manakala perkataan logi atau logos pula bererti ilmu pengetahuan yanglogik (Runes, 1976).Oleh itu, ontologi bermaksud menjelaskan sesuatu perkataan atauilmu pengetahuan mengenai hakikat atau sifat sesuatu benda, kenyataan atau hakikatsesuatu yang wujud secara abstrak.Dengan itu, ontologi adalah suatu bidang ilmusemantik, teori kewujudan, ilmu tentang hakikat benda dan ilmu tentang prinsipdasar. Persoalan ontologi ilmu yang diteliti dalam penulisan ini adalah untukmenjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik (etimologi dan terminologi),kepelbagaian maksud perkataan ilmu yang berulangan sebanyak 750 kali dalam al-Quran; perkataan yang sinonim (seerti) dengan ilmu seperti perkataan makrifah(pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan), fikr (pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ululal-absar (pemerhati atau pengkaji). Persoalan ontologi ilmu ini adalah untuk menjawab tiga persoalan utama, iaitupertama apa yang diteliti oleh sesuatu ilmu? Untuk menjawab persoalan ini makaperlu menjelaskan konsep falsafah ilmu dari segi semantik dan teori falsafahilmu.Kedua, bagaimana hakikatnyasesuatu ilmu itu wujud?Untuk menjawab persoalanini maka perlu menjelaskan teori falsafah ilmu pengetahuan.Ketiga, bagaimanahubungan ilmu dengan tanggapan melalui fikiran dan pancaindera manusia yangmenghasilkan pengetahuan?Untuk menjawab persoalan ini maka perlu ada penelitiansecara ilmiah dan saintifik (Jujun, 1994). Oleh itu, penjelasan tentang ontologi dalambahagian ini dapat memberikan kita pengertian ilmu secara semantik, etimologi,terminologi, dan pengertian ilmu dalam al-Quran yang terdapat 77 bentuk dan dalam750 perkataan (Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad, 2012: 7-8).SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH DAN ILMUDari segi sejarah, Phytagoras (580-500 S.M.) adalah orang yang pertamamenggunakan perkataan falsafah dan beliau sendiri dikenali sebagai wise man olehmasyarakat Yunani. Phytagoras menjadikan falsafah sebagai suatu cara hidup danasas dalam melatih generasi muda Yunani untuk menjadi manusia yang betul-betulberfalsafah. Beliau menggabungkan bidang perubatan (untuk menyucikan badan)dengan bidang muzik (untuk menyucikan roh). Khusus dalam bidang perubatan, Phytagoras memberi perhatian utamakepada pemakanan dan keserasian terhadap beberapa jenis makanan dan minuman.Beliau juga menekankan latihan mental yang mengutamakan latihan membangunkanminda. Antara aktiviti yang perlu diikuti oleh muridnya ialah mengingati semula apayang dibuat atau diperkatakan pada setiap pagi sebelum kuliah bermula (Luce 1992,34). Murid Phytagoras juga diajar pelajaran agama dan peraturan supaya dapat hidupberdasarkan undang-undang alam. Apa yang ditekankan oleh Phytagoras ialahpencarian hikmah dan bukan pencapaian hikmah atau ilmu. Phytagoras menyatakanbahawa hikmah pada dirinya bermaksud mengetahui yang dirinya jahil. Oleh itu,dirinya tidak sepatutnya dipanggil sebagai wise man tetapi sebagai pencinta hikmah(Ewing, 1968: 13).
  13. 13. 13 Walaupun Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapanahli falsafah atau falsafah hanya menjadi lebih bermakna seterlah dipopularkan olehdua ahli falsafah Yunani terkenal, iaitu Plato (427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322S.M.). Ringkasnya, sejarah perkembangan falsafah dunia dibahagikan kepada empatperingkat utama, iaitu Zaman Awal, Zaman Pertengahan, Zaman Moden, dan ZamanKontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman-zaman tersebut, namundari segi sifatnya ia tetap sama, iaitu menggunakan akal dalam mencari kebenaran(Ahmad Sunawari Long, 2008: 42-105).Peringkat Pertama: Falsafah Zaman Awal (Ancient Philosophy)Peringkat awal perkembangan falsafah diiktiraf bermula lebih kurang pada abad ke-6S.M. di Yunani. Ia tidak menafikan wujudnya falsafah yang lebih awal seperti di Indiadan China. Namun, kerana falsafah Yunani bersifat rasional dan sistematik tanpadikaitkan dengan agama berbanding kedua-dua falsafah Timur tersebut yang bersifatintuitif dan mistik, maka ia dianggap tapak bermulanya falsafah dunia. Pada peringkatini, falsafah dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan, iaitu bermula denganfalsafah Yunani (Milesians School-Aristotle), falsafah Yunani-Rom, dan falsafahzaman Neoplatonisme. Pada peringkat ini juga terdapat tiga isu utama- iaitu hakikatdan perubahan, akal, etika – yang menjadi persoalan pokok dalam falsafah Yunaniyang menjadi asas kepada corak dan pembentukan pemikiran terkemudian. Sifatutama falsafah pada peringkat ini cuba memahami secara rasional dunia alam semulajadi.Peringkat Kedua: Falsafah Zaman PertengahanFalsafah Zaman Pertengahan dirujuk kepada abad ke-4 M, iaitu selepas kejatuhanEmpayar Rom dan penutupan Academy di Athens oleh Justinian I pada 529 M danseterusnya berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Falsafah peringkat ini penting dalamsejarah perkembangan falsafah Barat kerana ia adalah kemuncak kepada pertemuanantara falsafah Yunani dan agama. Ahli falsafah pada zaman ini mewakili tigakelompok utama dunia, iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian yang kesemuanya terdedahkepada karya Plato, Aristotle, dan Neoplatonis yang mempengaruhi dalam mentafsiragama. Golongan yang mewakili ketiga-tiga agama tersebut berhadapan dengandilemma utama, iaitu sama ada mengutamakan agama atau mengutamakan falsafahatau mengharmonikan antara kedua-duanya. Namun, kebanyakan mereka telahmemilih jalan ketiga dengan membina teori Dua Kebenaran yang menganggapfalsafah dan agama atau akal dan wahyu kedua-duanya sebagai pembawa kebenaran.Teori ini didakwa oleh mereka sebagai telah berjaya menyelamatkan agama,menjadikannya disanjung dan mempunyai nilai yang rasional. Merasionalkan agamabukan bermakna memusnahkannya, tetapi sebaliknya menggalakkan supayamasyarakat memberi perhatian yang lebih kepadanya. Teori Dua Kebenaran jugamenampakkan nilai sejagat dalam al-Quran dan kitab agama lain. Falsafah ZamanPertengahan boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama, iaitu zaman paderi, zamanskolastik (keseronokan hasil renungan akal terhadap sesuatu perkara), dan zamankebangkitan pemikiran Averoisme.Peringkat Ketiga: Falsafah Zaman ModenFalsafah Zaman Moden bermula di Barat khasnya di Benua Eropah pada abad ke-17Masihi dengan kemunculan aliran rasionalisme. Ahli falsafah rasionalis menyatakanbahawa kebenaran adalah bersumberkan kepada ketaakulan, ia juga lebih agung danwujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera dan ilmu pengetahuan adalahbersifat a priori. Falsafah moden dimulakan dengan Rene Descartes (1596-1650 M)walaupun dari segi zaman, beliau adalah seangkatan dengan Francis Bacon, namun,
  14. 14. 14dari segi corak falsafahnya ia amat berlainan. Beliau digelar sebagai bapa falsafahmoden kerana usahanya yang bersungguh-sungguh mencari suatu kaedah dalamseluruh cabang penyelidikan mengenai manusia dan juga usahanya memperkenalkanbanyak konsep dan hujah yang boleh dijadikan asas dalam falsafah. Beliau telahmengubah corak pemikiran tradisi skolastik dan gerakan kemanusiaan pada zamanRenaissance. Beliau juga melakukan reformasi secara radikal dalam bidang intelektualyang menghasilkan perspektif baru dalam falsafah dan akhirnya aliran skolastikditolak oleh masyarakat. Falsafah moden mempunyai tiga ciri utama, iaitu bersifat rasional (denganmenjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dalam mencapai ilmu pengetahuan), bersifatnaturalistik (menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifatluar biasa), dan bersifat saintifik serta berkaitan dengan ilmu yang menyentuhpersoalan metafizik (Thilly, 1975: 280-282). Ahli falsafah bernama Russel (1991: 481)menambah dua ciri lagi, iaitu bersifat individualistik (keyakinan terhadap ilmuberdasarkan keyakinan kewujudan diri sendiri), dan bersifat subjektif (kewujudan ilmuberdasarkan persepsi individu).Peringkat Keempat: Falsafah Zaman Kontemporari (Abad 18, 19 dan 20 M)Falsafah pada abad ke-18 ialah falsafah Empirisme setelah falsafah RasionalismeContinental mendapat tentangan daripada ahli falsafah Empiris British yangmendakwa tidak ada ilmu bersifat a priori sebaliknya ia mesti bersifat a posteriori, danteori kewujudan ilmu secara lahiriah hendaklah ditolak. Antara tokoh aliran ini ialahJohn Locke (1632-1704), George Berkeley (1685-1753) dan David Hume (1711-1776). Abad ini juga dikenali sebagai Zaman Pengajaran bagi falsafah Barat. Falsafah pada abad ke-19 ialah falsafah Romantisme dan Pasca Kantianisme.Kemunculan gerakan Romantisme adalah akibat daripada reaksi terhadap falsafahrasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan libertaria dan egalitariaRevolusi Perancis. Di samping itu, kemunculannya didorong oleh perasaan marahdan simpati terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan perang saudara di negaraPerancis, England, dan Jerman. Akibatnya timbul gerakan yang ingin kembali kepadaalam tabii dan kebaikan semulajadi dalam diri manusia, menghargai kepahlawananindividu, memuliakan pancaindera, emosi mengutamakan akal dan intelek, ideaprimitif dan nasionalistik, kekaguman terhadap binatang dan lanskap. Pada abad ke-19 juga, falsafah Barat diwarnai falsafah Pasca Kantianisme yang menggambarkanreaksi kepada pemikiran Immanuel Kant (1724-1804)- pelopor falsafah Idealisme.Kant melalui falsafahnya menekankan kepada kebebasan memilih dan doktrin realitikepada hakikat tertingginya adalah berbentuk spiritual dengan menganggap alam tabiisebagai cermin roh. Pemikiran Kant telah membuka pemikiran baru di Barat samaada dalam bentuk persetujuan atau pertentangan dengan ideanya. Antaranya, falsafahrealisme oleh Johann Friedrich Herbart (1776-1841), idealisme mutlak oleh GeorgeWilliam Hegel (1770-1831), pesimisme oleh Arthur Schpenhauer (1788-1860) danpositivisme oleh Auguste Comte (1798-1857). Falsafah pada abad ke-20 ialah falsafah Pragmatisme walaupun pada zahirnyatidak boleh dilabelkan dengan nama tertentu. Hal ini demikian kerana pada ketika itutidak dapat dibezakan dengan jelas antara satu kumpulan falsafah dengan kumpulanyang lain- sebahagian ahli falsafah menganut fahaman kumpulannya dan pada masayang sama menerima juga aliran lain. Jika dilihat dalam konteks arus pemikiran,falsafah ketika itu boleh dibahagikan kepada tiga aliran utama, iaitu; 1. Pendukung falsafah Neo-Kantianisme dan Neo-Hegelisme seperti Ernst Cassirer (1874-1945) dan Paul Nartorp (1854-1924).
  15. 15. 15 2. Aliran pragmatisme pimpinan Charles S. Pierce (1839-1914), William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Aliran ini adalah yang paling menonjol pada abad ke-20 berbanding dua aliran yang lain. 3. Golongan realis, iaitu mereka yang mengutamakan sains dan yakin bahawa falsafah tidak membawa apa-apa kebenaran dan gagal menunjukkan sebarang jalan bagi mencapainya.BUDAYA ILMU: KONSEP DAN PENGAPLIKASIANNYAKonsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Prof. Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyaratdan perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudansuatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidaklangsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentu dandiputus serta dilaksana berdasarkan ilmu pengetahuan (Zaini Ujang, 2009: ix; WanMohd Nor Wan Daud, 1997: 34). Dalam semua tamadun, apatah lagi tamadun Islam, budaya ilmu menjadi teraskemajuan dan jati diri. Menerusi budaya ilmu, program dan aktiviti berkaitan ilmuseperti pendidikan, penggubalan dasar, atur cara majlis, gaya, cara hidup, dansebagainya mestilah berteraskan kefahaman dan martabat ilmu yang dianggap suatukeutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di semua peringkat.Budaya ilmu sama sekali tidak boleh terhad kepada usaha keilmuan yang dilakukanoleh segolongan kecil ahli masyarakat sahajam apatah lagi sekiranya dibebankanhanya kepada golongan mahasiswa dan pensyarah dalam konteks pembinaanmasyarakat berpendidikan tinggi di kampus. Namun begitu, disebabkan kualiti ilmuitu tidak terbatas sifatnya, maka pengkhususan ilmu amat diperlukan berdasarkanteras dan paksi yang sama untuk mewujudkan kesatuan ilmu. Hal ini demikian keranahakikatnya suatu ilmu adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Ringkasnya, dalam sesebuah masyarakat yang mendukung budaya ilmu yangsubur dan mantap, maka tingkah laku masyarakat di seluruh peringkat dan lapisan –tanpa mengenal usia, kerjaya, harta, dan status sosial – akan berteraskan pengajiandan penghayatan ilmu. Olehitu, kepentingan dan pertimbangan lain, apatah lagi jikapertimbangan tersebut berasaskan sentimen dan dimensi sempit kelompok politik,status sosial, percaturan ekonomi, sentimen kesukuan atau mazhab sama sekali tidakboleh menjadi asas utama dalam sistem nilai. Justeru, menerusi sistem nilai yangberteraskan budaya ilmu ini, maka akan terhasil keharmonian, keberkatan, dankesejahteraan kerana nilai kebenaran dan keadilan menjadi tonggak dan asasmasyarakat tersebut (Zaini Ujang, 2009: x). Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1997: 2-4), masih terdapat salah fahamtentang ilmu dan peranannya di kalangan kita. Ada kalangan berpendapat yang kitasangat perlukan hari ini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara lain yang mengikutmereka adalah lebih asas. Ada yang menyuarakan bahawa perkara terpenting yangdiperlukan oleh masyarakat kita hari ini adalah iman dan amalan keagamaan, dan adajuga yang menyatakan kekuatan ekonomi; manakala sebahagian lain pulamenyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Kita tidak menafikan peri-pentingnya perkara-perkara tersebut, tetapi perkara-perkara ini hanyalah hasil atauakibat hal yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidakdidasarkan kepada ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di ataspasir atau sekuat sarang labah-labah; datang ribut tumbanglah ia. Jika iman atauagama didasarkan kepada ilmu, bukan sahaja akan mengukuhkan peribadi orangberkenaan, malah akan memberi kesejahteraan kepada manusia dan alam.
  16. 16. 16 Justeru itu, Allah S.W.T dalam al-Quran menegaskan bahawa hanya orangyang berilmu supaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad s.a.w.juga telah menggariskan pendirian ini apabila baginda menyatakan bahawa seseorangyang berilmu agama lebih kuat menentang syaitan daripada seribu orang yangberibadat (tanpa ilmu yang cukup). Para sahabat seperti Muaz bin Jabal memahamipenekanan ini yang terbukti dalam kata-katanya, “Ilmu adalah ketua bagi amalanmanakala amalan menjadi pengikutnya.” Kepentingan budaya ilmu dan pengaruhnya terhadap ketamadunan manusiaboleh disandarkan kepada hasil kajian Profesor Paul Kenedy dari Universiti Yale,Amerika Syarikat, dalam bukunya The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Changeand Military Conflict from 1500-2000. Hasil kajian terhadap faktor-faktor pentingkebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dari abad ke-16 hingga abad ke-20Masihi, seperti kerajaan Islam Turki (Uthmaniyyah), kerajaan Mughal di India, DinastiMing di China, kerajaan Jepun, Rusia dan negara-negara Eropah mendapati bahawadua faktor utama yang saling berkaitan ialah kewibawaan sistem dan kuasa ekonomi,dan kekuatan teknologi ketenteraan. Namun, masih boleh disimpulkan daripadaanalisis tersebut bahawa faktor yang menjadi dasar bagi kedua-dua „faktor akibat‟masih lagi tertumpu kepada sikap terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmu. Dalam menggarap konsep dan merencanakan perlaksanaan budaya ilmu, WanMohd Nor Wan Daud (1988: 6-14) mencadangkan beberapa aspek dan gagasanuntuk menyuburkan budaya ilmu (Zaini Ujang, 2009: 26-27). Antaranya ialah: (1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya sistem nilai (aksiologi), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di dalamnya. (2) Dalam sistem nilai perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya yang dianggap sebagai idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca dan pendorong bagi mencetuskan segala kebaikan yang lain. (3) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara utama, iaitu konsep Tuhan, manusia, dan alam semesta. (4) Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan perkara penting yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang sekalipun semasa akhir hayatnya. (5) Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani. (6) Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan. (7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai „the highest good‟ kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai bagi individu dan masyarakat. (8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (life long learning) , dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu. (9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosio ekonominya. (10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
  17. 17. 17 (11) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan. Untuk membolehkan budaya ilmu menyerap dalam minda, jiwa, dan amalan wargauniversiti, maka lima pelan tindakan perlu dilakukan (Zaini Ujang, 2009: 43-44); (1) Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam pemikiran, minda, kehidupan dan warga kerja universiti, termasuklah mahasiswa, staf akademik dan staf sokongan. (2) Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan kedudukan yang sewajarnya dari segi penghormatan, peranan, dan tanggungjawab. (3) Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat dalam proses peningkatan dan penghayatan ilmu. (4) Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial, makmal dan kerja lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati Ilahi. (5) Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat sombong, ego, dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain.PENUTUPIslam menekankan pentingnya diintegrasikan ilmu dunia dengan ilmu akhirat, begitujuga nilai-nilai keduniaan dan keagamaan. Islam menganggap kehidupan di duniasebagai persediaan untuk menuju akhirat dan gunanya agar dunia ini dijadikan sebagaijambatan emas ke alam akhirat manakala ahirat itu sendiri sebagai matlamat utama danterakhir. Penegasan bahawa wahyu itu sebagai sumber utama ilmu dalam Islammerupakan satu ironi agar umatnya betul-betul mendalami dan mengambil pengertianyang jauh tentang hakikat bahawa Al-Quran dan Sunah itu merupakan khazanah ilmuyang tidak terbilang, disamping sebagai petunjuk dan rahmat untuk sekalian alam.BIBLIOGRAFIAl-Quran al-Karim.Ahmad Sunawari Long. 2008. ed. ke-2. Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Al-Ajurri, Abi Bakr bin al-Husayn bin Abdullah. T.th. Akhlaq al-Ulama. Madinah: Dar al-Da‟wah.Ali Nadwi. 1967. Islam and the World. Lahore: S.H. M. Ashraf.Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A„lam. 1975. Beirut: Dar al-Masyriq.Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1975. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.____________________________. 1990. The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul. Kuala Lumpur: ISTAC.Azhar Hj Mad Aros et. al. 2001.TITAS 1. Kuala Lumpur: Fajar Bakti,Fadzlullah Hj Shuib. 2007. Syari‟ah Sains dan Teknologi. Ed. Muhammad Sabri Sahrir & Mohd Puzhi Usop. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.Al-Ghazali, Abu Hamid. Sharaf al-„aql wa mahiyatih. 1986. ed. Mustafa Abdul Qadir „Ata. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.H. Aboebakar Atjeh. 1970. Toleransi Nabi Muhammad dan Sahabat-sahabatnya.Semarang: C.V.Ramdhani.Ha‟iri Yazdi. 1992. The Principles of Epistemology in Islamic Philosophy, Knowledge by Presence. New York: State University of New York.Harold H. Titus, et.al. 1984. Persoalan-persoalan Filsafat, terj. H.M. Rasjidi. Jakarta: Bulan Bintang.
  18. 18. 18Harun Nasution. 1982. Akal dan Wahyu dalam Islam. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia.Ibn „Abd al-Barr al-Qurtubi. 1968. Jami„ bayan al-„ilm wa fadlih. 2 juzuk. Madinah: al- Maktabah al-Salafiyyah.Ibn Majah. T.th. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr.Ibn Qudamah al-Maqdisi. 1978. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin. taklik Syu„aib al-Arna‟ut & Abdul Qadir al-Arna‟ut. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.Ibrahim Abu Bakar. 1990. Konsep Kerasulan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.John Hospers. 1988.An Introduction to Philosophical Analysis. New Jersey: Prentice Hall.Jujun S. Suriasumantri. 1993. Ilmu dalam Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan. 1998. Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Longman Dictionary Contemporary English. 1991. London: Longman Group UK Limited.Maan Z. Madina. 1973. Arabic-English Dictionary. New York: Pocket Books.Minerva Kamus Dwibahasa. 1999. Seremban: Minerva Publications.Muhsin al-Kashani. 1983. al-Mahajjat al-Bayda‟ fi Tahdhib al-Ihya‟. komentar Ali Akbar al-Ghifari. Beirut: Mu‟asasah al-A‟lami lil Matbu„at.Ramli Awang. 1997. Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.Thomas Arnold & Alfred Guillaume.1965. Legacy of Islam. Oxford: Oxford University Press.W. K. Hartman. 1987.Astronomy the Cosmic Journey. California: Wadsworth Publishing Company.Wan Mohd Nor Wan Daud. 1997. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Wan Zailan Kamaruddin. 1997. Hakikat Kenabian menurut al-Quran.Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu Dalam al-Quran: Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi. Johor Bahru: Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia.Yusuf al-Qaradawi. 1996. Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama‟, terj. M. Junaid al- Hashim. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.Zaini Ujang. 2009. Memperkasa Budaya Ilmu: Konsep dan Amalan. Skudai: Penerbit UTM Press.Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan. Ed. ke- 2. Skudai: Penerbit UTM Press.

×