UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)

on

  • 852 views

nota kuliah UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu

nota kuliah UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu

Statistics

Views

Total Views
852
Views on SlideShare
852
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
30
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota) UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota) Document Transcript

  • BAB II PERPINDAHAN ILMUOBJEKTIF Membincangkan konsep perpindahan ilmu. Menjelaskan latar belakang sejarah perpindahan ilmu dari dunia Islam ke dunia Barat. Membincangkan faktor dan kesan daripada berlakunya perpindahan ilmu dari dunia Islam ke dunia Barat.PENDAHULUANPerkembangan ilmu di barat menyaksikan berlakunya gerakan pembudayaan ilmu danintelektual secara besar-besaran pada sekitar abad ketiga belas hingga abad ketujuhbelas Masihi.Kebangkitan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepertikesusasteraan, kesenian, seni bina, sains, matematik dan sebagainya. Kebanyakan penulis Barat mengatakan kebangkitan ini bermula di Itali dankemudiannya tersebar ke seluruh Eropah.Walaubagaimanapun kesahihan pandangantersebut dipertikaikan oleh Robert Briffault (1876-1948) dalam ensiklopediasejarahnya yang terkenal, “The Making of Humanity” dengan menegaskan bahawaRenaissance yang sebenarnya telah berlaku melalui kebudayaan Islam dan bermula diSepanyol dan bukannya di Itali.Kata Briffault lagi: “It is highly probable that but for the Arabs, modern European civilization would never have arison at all.” Catatan sejarah menunjukkan bahawa pada abad-abad pertengahan, Eropahsedang mengalami zaman yang paling mundur dan gelap gelita.Ketika jalan-jalan dikota-kota besar seperti London masih berlumpur, jalan-jalan raya di Baghdadtelahpun berturap dengan batu-batu.Begitu juga ketika kota-kota besar di Eropahsedang diselimuti kegelapan, sedangkan kota-kota di negara-negara umat Islam telahditerangi oleh lampu-lampu jalan raya yang berderetan.Kota-kota besar di Eropahsunyi sepi daripada kegiatan intelektual dan keilmuan, manakala bandar-bandar utamadi dunia Islam seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Toledo, dan Cordova merupakanpusat perkembangan tamadun dan intelektual. Di sinilah bermulanya kehidupan baruyang akhirnya berkembang menjadi Tamadun Moden terutama Eropah. Sehubungandengan itu, J.Chipperfield dalam tulisannya,TheArtistic and Scientific Acheivements of EarlyIslam antara lain menyebut: “Kekuatan dan keagungan Islam yang berada pada kemuncaknya telah dijelmakan dalam pemaparan gemilang daripada tamadunnya dengan beberapa gelombang kemunculan.Ia bermula dari abad ke 10 hingga abad ke 15 Masihi. Waktu itu kota-kota seperti London dan Paris masih merupakan bandar-bandar yang usang dengan jalan- jalan raya yang dipenuhi lumpur, sistem saliran yang berbau busuk lagi menyedihkan dengan rumah-rumah berupa pondok kecil yang diperbuat daripada kayu.Tetapi di sana, di sebelah Timur Tengah, telah wujud pancaran cahaya di bahagian-bahagian tertentu dengan bandar-bandar yang cerah bermandi cahaya; tersergam indah bangunan-bangunan dengan hasil kerja kesenian tangannya. Konstantinople, ibu empayar Rom Timur yang merupakan bandar terpencil lagi tersoroktelah ditawan oleh
  • 2 tentera Islam Turki pada 1453M dan kemudian ditukarkan namanya menjadi Islambul (kota Islam). Nama ini kemudiannya diubah menjadi Istambul oleh Barat.Kota ini menjadi pusat pembelajaran dan kebudayaan Islam terbesar pada waktu itu.Minuman air seperti kopi telah sedia dikenali dan menjadi kegemaran orang-orang Arab sejak abad ke 9 M.Ia mengambil masa selama tujuh kurun bagi orang-orang Barat untuk menghasilkan ramuannya. Kopi mocha adalah berasal dari bandar Mocha di negara Arab (sebuah bandar yang terkenal dengan eksport kopi).Pada tahun 1580 kopi ini telah dieksport ke Italy, disusuli kemudiannya ke London, Oxford, dan Paris.Semua itu tidak berlaku kecuali sesudah tahun 1683M.”Apa yang dikenali sebagai „sains‟ muncul di Eropah sebagai natijah daripada semangatpenyelidikan baru, metode percubaan, penelitian dan ukuran baru (new methods ofinvestigation, experiment, observation and measurement). Semangat dan metode saintifik initelah diperkenalkan oleh orang-orang Islam ke dunia Eropah.Berbeza dengan orang-orang Greek yang lebih berminat dalam teori dan generalisasi (falsafah), orang Islammengarahkan pemerhatian mereka kepada mencari fakta-fakta yang konkrit dan cubamendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan sesuatu fenomena. Merekamembuat penyelidikan dan percubaan bagi membuktikan sesuatu teori itu benar-benar tepat.Sumbangan umat Islam terhadap perkembangan ilmu di Eropah meliputipelbagai bidang. Walaubagaimanapun sumbangan umat Islam yang paling ketara ialahdalam bidang sains sebagaimana dinyatakan oleh Briffault dengan katanya: “Science is the most momentous contribution of Arab civilization to the modern world .... It was not science only which brought Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.”Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam diSepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaanmasyarakat, hubungan antara agama dan ilmu yang tidak terpisah.Ramai pelajar dariEropah mengunjungi pusat-pusat pembelajaran Islam di Sepanyol dengan maksudmencari ilmu pengetahuan yang hanya boleh ditemui di sana pada waktu itu. Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanyamenerusi usaha-usaha penterjemahan secara besar-besaran dan pembukaan beberapabuah universiti di Barat.Abad ke 12 dan 13 M adalah tahap kemerosotan ciri-cirikreatif sains muslim sedangkan kegiatan terpenting di Barat pada masa itu ialahpeniruan dan penyerapan bahan-bahan intelektual dan kebudayaan. Menurut Sarton,dunia Barat menyifatkan kedua-dua abad tersebut sebagai „zaman peralihan‟ dan„penyatuan‟ apa yang ada di timur oleh Barat. Penyebaran ilmu ke Barat ini terus berkembang melalui cara-cara yang telahdinyatakan tetapi satu hakikat yang terpaksa diterima bahawa pada zaman tersebutsegala ilmu pengetahuan yang berkembang di barat adalah bersumberkan daripadailmu cendekiawan Arab dan Islam.Ini bertepatan dengan tulisan Phillip K. Hitti(1886-1978)1 dalam bukunya History of the Arabs:1 Beliau ialah Philip Khuri Hitti, lahir di Shilman pada tahun 1886M di Suriah Uthmaniyyah (kini Lebanon). Seorang orientalis dan pengkaji Islam kenamaan yang memperkenalkan sejarah kebudayaan Islam Arab ke Amerika. Beragama Kristian Maronit, iaitu salah satu cabang mazhab dalam Katholik. Pada asalnya penganut mazhab ini menggunakan bahasa Aram, bagaimanapun sejak abad ke 18 Masihi mereka menggunakan bahasa
  • 3 “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteen centuries .... The Arabic speaking people were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout theworld. Moreover they were the medium throughwhich ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to make possible the renaissance of Western Europe.”PROSES PENGHIJRAHAN ILMUIlmu dan tamadun orang Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanya menerusiusaha-usaha terjemahan yang dilakukan secara besar-besaran.Contohnya, di Toledo,sekolah terjemahan yang teratur telah lahir hasil daripada inisiatif ArchbishopReymond I (1126-1152).Siri-siri penterjemahan telah berkembang pesat sekitar tahun1135 hingga 1284 Masihi.Pada tahun 1145, Robert of Chester telah menyiapkanterjemahan karangan al-Khwarizmi dalam bidang algebra dan pada tahun yang samajuga Robert bersama dengan Hermenn the Dalmatian telah menyempurnakanterjemahan al-Quran buat pertama kalinya dalam sejarah. Dalam usaha penyebaran ilmu orang Islam di Eropah, sarjana bernama GerbertAurillac (955-1003M)2 telah membawa balik buku-buku matematik dan astronomiserta mengajar murid-muridnya kedua-dua ilmu tersebut sehingga beliau mendapatkredit sebagai orang pertama yang memperkenalkan sistem perpuluhan.Adelard ofBath3 seorang sarjana berbangsa Inggeris pada abad ke-12 yang mampu menguasaibahasa Arab dengan baik telah menterjemahkan karya-karya umat Islam (Arab)seperti astrologi, astronomi, falsafah, dan matematik ke bahasa Latin. Beliau jugatelah membawa pulang bersamanya sejumlah koleksi buku yang banyak dari Cordovadan telah menyebarkannya dengan aktif di England dan Perancis.Seorang lagi yangmemberikan sumbangan yang aktif dalam penyebaran ilmu ke Barat ialah Daniel deMorley (1140-1210M)4 yang telah datang ke Cordova untuk mempelajari ilmumatematik dan astronomi dan kemudian menerbitkan terjemahan karya besar al-Khawarizmi dalam ilmu algebra.Beliau juga mempopularkan angka perpuluhan yangtelah disempurnakan dan dikenali kemudiannya sebagai algoritma (algorithm). Antara mereka yang aktif mempopularkan karya-karya orang Islam ialah Gerard ofCremona (1114-1187M)5.Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 60 buahterjemahan termasuk kitab Almagest dan Astronomi Ibn al-Haythamdenganmenghabiskan usianya selama 50 tahun di Cordova.Begitu juga dengan Micheal Scotyang telah mengunjungi Cordova beberapa kali dengan tujuan untuk mendapatkanmanuskrip-manuskrip dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Eropah.Proseskebanjiran para pelajar Eropah yang datang mempelajari ilmu pengetahuan di Arab. Hitti banyak menulis buku khususnya yang berkaitan dengan sejarah dan kebudayaan Arab serta lain- lain peradaban.2Lahir di kawasan pergunungan Auvergne di tengah Perancis. Mempelajari bahasa Latin dengan seorang guru bernama Raymond. Atas cadangan seorang rahib, Gerbert dibawa ke Sepanyol untuk mempelajari sains dan matematik yang sedang berkembang di sana ketika itu.3 Adelard of Bath (Latin: Adelardus Bathensis). Catatan sejarah tentangnya kehidupannya disebut antara 1116- 1142M. Dilahirkan di bandar Bath di England4 Seorang sarjana dan ahli falsafah Inggeris. Lahir di Norfolk. Pernah menuntut ilmu di Oxford dan Paris. 5Gerard of Cremona (Italian: Gerardo da Cremona; Latin: Gerardus Cremonensis) dilahirkan di Cremona.Beliau merupakan seorang penterjemah yang prolifik dan banyak mengalih karya-karya bahasa Arab ke bahasaLatin terutama yang bercorak sains ketika beliau berada di Toledo.
  • 4Sepanyol dan kegiatan penterjemahan telah berterusan sehingga ke hari-hari terakhirpemerintahan kerajaan Islam di sana. Pada zaman Constantine African, peperangan dan permusuhan Kristian terhadaporang Islam semakin menjadi-jadi sama ada di Sepanyol mahupun di Pulau Sicillyyang menyaksikan institusi-institusi pengajian tinggi Islam pada waktu itu berpusat diToledo. Pada tahun 1085 Masihi, kota Toledo telah jatuh ke tangan tentera Kristian.Orang Islam diberi ultimatum, iaitu kata duasama ada menganut agama Kristian ataudibunuh (biasanya dibakar). Ramai ilmuwan Muslim di institusi-institusi pengajiantinggi di sana terpaksa mengaku sebagai Kristian demi untuk menyelamatkan nyawamasing-masing. Golongan ini dinamakan „Mozarabes‟.Mereka bagaimanapunmemainkan peranan yang utama dalam menyebarkan ilmu pengetahuan Islam keseluruh Eropah sehingga membolehkan pusat pengajian Islam di Toledo terusmenerima kunjungan daripada orang-orang Eropah untuk mempelajari ilmu daripadacendekiawan Arab-Muslim.FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN ILMUPenghijrahan ilmu ke Barat dapat dilihat melalui beberapa faktor seperti perananPeperangan Salib, pembukaan Pulau Sicilly, hubungan diplomatik dan kebudayaan,Andalus dan juga gerakan penterjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin.i. Perang SalibPeperangan Salib yang dilancarkan oleh orang-orang Kristian Eropah ke atas negara-negara Islam selama hampir 200 tahun dan menerusi lapan siri peperangan antaratahun 1097-1270M telah meninggalkan kesan kepada orang-orang Eropah. Antarakesan-kesan peperangan ini kepada orang-orang Eropah ialah: i. Dalam bidang keintelektualan Perang Salib telah mematangkan pemikiran orang-orang Eropah. Interaksi daripada peperangan menyebabkan orang barat belajar bahasa Arab serta menguasai teknik dan kemahiran daripada orang- orang Islam. Contohnya, apabila Sultan Mamalik al-Ashraf al-Khalil menggunakan burung merpati untuk menghantar berita peperangan, ia telah ditiru oleh orang-orang Barat. Ramai orang Eropah berminat terhadap ilmu pengetahuan contohnya Constantine yang telah mendalami ilmu perubatan di Andalus sementara Leonard dari Pisa, Itali telah mempelajari ilmu matematik. ii. Dalam bidang sosial, orang-orang Barat meneliti hati budi orang-orang Islam yang bertimbang rasa seperti tidak membunuh orang-orang yang tidak melawan, kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Mereka juga meniru cara orang-orang Islam merawati pesakit-pesakit yang cedera dalam peperangan. iii. Dalam bidang ekonomi, mereka terpegun melihat pelabuhan-pelabuhan Islam seperti di Syria, penggunaan Laut Mediteranean sebagai penghubung, serta penguasaan teknik baru dalam pertanian, industri, dan kraftangan. iv. Dalam bidang keagamaan, mereka menyedari bahawa cara kekerasan untuk menyebarkan agama tidak akan berjaya. Oleh itu, mereka mula mengkaji ilmu, budaya, dan cara hidup orang Islam untuk memudahkan kerja-kerja menyusup jarum untuk menghancurkan orang-orang Islam. Antaranya ialah suatu
  • 5 ketetapan telah dibuat oleh Raja Louis Perancis dengan melancarkan serangan pemikiran terhadap orang-orang Islam.ii. Pulau SicillyKedudukan pulau Sicilly di tengah-tengah antara Eropah dengan benua Afrika telahmenjadikannya sebagai jambatan pengaliran tamadun Islam ke Eropah.Pulau Sicillytelah dibuka pada abad ke-2Hijrah (902-1091M), iaitu pada zaman Khalifah al-Mansur.Bidang ilmu pengetahuan telah berkembang di sini sehingga ke zamanDinasti Fatimiyyah.Cendekiawan Barat ramai yang datang ke pulau ini sehinggalah iadijajah oleh orang-orang Norman. Namun, orang-orang Norman telah mengekalkanciri-ciri keislaman di pulau ini malahan membayar gaji yang mahal untuk orang-orangIslam yang berkhidmat di Sicilly.iii. Hubungan Diplomatik dan KebudayaanPara pemerintah kerajaan Islam sama ada di Baghdad, Andalusia dan tempat-tempatlain telah mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan Islam melalui dasar pintuterbuka, iaitu mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan Islamkhususnya di Eropah. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham I (172- 180 H), kerajaan Jerman telah menghantar satu rombongan diplomatik ke Cordovayang diketuai oleh King Phillip Weelmin yang bertujuan untuk mengkaji sistempentadbiran dan keintelektualan Islam.Sementara itu, Khalifah Harun al-Rasyhid diBaghdad pula telah dikunjungi oleh Maharaja Charlemange dari Perancis.Hasildaripada lawatan diplomatik tersebut, kedua-dua pihak telah melakukan pertukarankebudayaan dan buku-buku ilmiah.Antara barang-barang yang dibawa pulang kePerancis ialah jam air, kain-kain yang bermutu tinggi, permaidani, dan wangi-wangian.iv. AndalusAndalus yang juga dikenali sebagai Semenanjung Iberia (merangkumi Sepanyol danPortugal) telah dipengaruhi oleh orang-orang Islam sejak kurun ke 8M.Andaluspertama kalinya dibuka oleh kerajaan Islam pada zaman kerajaan Umawiyah di bawahpemerintahan khalifah al-Walid bin Abdul Malik pada bulan Julai 710 M.Pembukaanrasmi sepenuhnya pula bermula apabila pemerintahan Visigoth dikalahkan oleh Tariqbin Ziyad lima tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 715 M. Andalus mencapaikeagungannya pada zaman Khalifah Abdul Rahman III (912-961M) dan Islam terusbertapak kukuh sehingga 1492 M.Sumbangan utama tamadun Islam di Andalus ialahmemaju dan membangunkan bandar-bandar seperti Cordova, Toledo, Seville danGranada yang dipenuhi dengan keindahan seni bina, budaya keintelektualan,perdagangan, dan kesusasteraan.Di samping itu, banyak sekolah dan universiti yangdibina yang sebahagiannya diasaskan di masjid-masjid. Kegemilangan Andalus sebagaijambatan aliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah telah dicatatkan oleh KhawajaAbd al-Wahhab dalam bukunya, Islam and the Origin of Modern Sciencedengan ungkapanbeliau yang bermaksud: “Hampir 800 tahun dibawah pemerintahan Islam, Andalus telah menjadi satu sumber tamadun kepada dunia Eropah.Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi, kemajuan Andalus dalam bidang seni, sastera, dan sains
  • 6 tiada tolok bandingnya di benua Eropah.Penuntut dari Perancis, Jerman, dan England datang ke Andalus untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang hanya terdapat di bandar-bandar Andalus.Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi, kajihayat, sejarah, falsafah, dan ilmu-ilmu hukum hanya boleh dipelajari di Andalus sahaja.”v. Gerakan PenterjemahanFaktor terpenting pemindahan ilmu yang dilakukan oleh Eropah adalah melaluigerakan penterjemahan.Orang-orang Eropah yang menyedari ketinggian tamadunIslam telah melakukan terjemahan ilmu-ilmu Islam ke dalam bahasa Latin. Antaranyaialah AlphonseThe Great dan Alphonse the Wise adalah dua nama yang palingbanyak memainkan peranan dalam gerakan terjemahan. Alphonse VII telahmenubuhkan pusat terjemahan di Toledo pada tahun 1130 M yang berperanan dalammenterjemahkan buku-buku berbahasa Arab kedalam bahasa Latin yang berlanjutansehingga sehingga kurun 13 M. Sarjana Barat yang paling produktif dalam aktiviti penterjemahan ialah Gerarddari Cremona yang telah menterjemahkan sebanyak 90 buah buku berbahasa Arab kebahasa Latin yang meliputi bidang matematik, astronomi, geografi, perubatan, danlain-lain. Gerard telah menterjemah Kitab al-Asrardan Kitab al-Judari wa al-Hasbahkaryaal-Razi ke dalam bahasa Latin dan Inggeris serta diulang cetak sebanyak 40 kali dandijadikan teks di universiti-universiti di Eropah. Begitu juga dengan kitab al-Qanun fial-Tibb (Canon of Medicine) karangan Ibnu Sina yang telah diterjemahkan dan dicetaksebanyak 16 kali di Milano, Itali pada abad ke 15 M.KESAN-KESAN PERPINDAHAN ILMUPerpindahan ilmu telah meninggalkan banyak kesan kepada perkembangan sains,teknologi, dan manusia. Antaranya ialah;i. Sikap dan cara hidup orang-orang Eropah berubah kepada perkembangan pemikiran. Mereka yang selama ini terkongkong dengan pemerintahan feudal gereja akhirnya bertemu dengan cahaya kebebasan akal sehingga mencetuskan zaman kebangkitan (Renaissance). Walaubagaimanapun wujud pula di Barat apa yang dinamakan sebagai pemisahan agama daripada cara hidup seharian atau dikenali dengan nama fahaman sekularisme.ii. Orang Barat mula meningkatkan usaha untuk mendapatkan ilmu yang menyebabkan berlakunya pemindahan ilmu secara meluas. Kesan daripada pemindahan ilmu ini juga menyebabkan tertubuhnya beberapa universiti milik penganut Kristian yang tidak lagi anti kepada ilmu seperti Universiti Palencia (1214 M) yang diasaskan oleh Alfonso VII dan Universiti Lerida (1300 M) yang ditubuhkan oleh Jaime IX.iii. Mengalirnya karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah seperti karya al-Khawarizmi dengan algebra dan aritmatik, karya Ibnu Sina dengan Canon of Medicinedan begitu juga karya-karya Ibn Zuhr,Ibn Rusyd, al-Idrisi dan lain-lain yang telah menghasilkan ramai sarjana Barat seperti Alexander of Holle, Thomas Aquinas, Alberto Magnus, Roger Bacon, Peter of Abano dan lain-lain.
  • 7iv. Gerakan terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin yang bermula sekitar kurun ke 12 M bukan sahaja mengalirkan ilmunya tetapi turut mengubah nama-nama Islam menjadi ala kebaratan. Contohnya, nama al- Zarqali menjadi Azarquiel, al-Battani menjadi alBatanius, al-Ghazali menjadi Algazel, al-Razi menjadi Rhazes, Abu al-Qasim menjadi Abulcases, Ibn Sina menjadi Avicenna, Ibn Rusyd menjadi Averros, dan juga Jabir bin Hayyan menjadi Geber.v. Ramai sarjana Islam yang menjadi guru di kebanyakan universiti di Eropah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kesannya ialah peninggalan banyak istilah ilmu Islam-Arab dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu yang ada hingga kini. Contohnya, perkataan algebra (al-jabar), zero-cipher (sifr), algorism (al-jabar wal-muqabalah), nadir (nadir), azimuth (al-thumuth), kimia (kimiya’), alchemy (al-kimya’), alkohol (al-kuhul), dan alkali (al-kaliyy).PENUTUPPerpindahan ilmu adalah proses interaksi antara sebuah tamadun dengan tamadunlain. Ia adalah proses yang tidak boleh disekat memandangkan sifat ilmu itu sendiriyang terus berkembang dan mengalami perubahan dari masa ke masa. Kemajuansains dan teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada prosesperpindahan ilmu yang terus berlaku dan akan terus berlaku. Islam memberiperhatian kepada perkembangan ilmu dan tidak pernah menghalang umatnya daripadaterlibat dalam proses perpindahan ilmu. Hal ini dibuktikan secara amali oleh umatIslam yang pernah mengalami zaman kegemilangan tamadun tetapi pada masa yangsama mereka tidak bersifat kedekut dengan menyekat perpindahan ilmu ke dunia luarkhasnya dunia Barat. Kesan daripada itu, berlakulah proses perpindahan ilmu yangmenyaksikan kebangkitan tamadun Barat sebagaimana kita kenali pada zaman modenini.Dorongan perpindahan ilmu terdiri sama ada bersifat keagamaan, keduniaanmahupun dorongan materialistik dan politik. Masyarakat yang menerima prosesperpindahan ilmu berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologidi samping menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.BIBLIOGRAFIAl-Quran al-Karim.Briffault, Robert. 1919. The Making of Humanity. T.tp: G. Allen & Unwin Ltd.Chipperfield, J. TheArtistic and Scientific Achievements of Early Islam.Hitti, Phillip K. 1970. History of the Arabs.London: Mac. Millan St. Martin‟s Press.Khawaja Abd al-Wahhab.Islam and the Origin of Modern Science.