Your SlideShare is downloading. ×
Sahifah madinah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Sahifah madinah

4,173
views

Published on

Published in: Education

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • asalamualaikum boleh tak nak tahu maklumat ni dapat dari mana dan kalau dari buku bole tak bagi nama penerbit dan pengarang buku
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
4,173
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
179
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SEBELUM RASULULLAH BERHIJRAH ( SEBELUM ISLAM)Madinah sebelum Islam dikenali dengan nama Yathrib. Penduduknya terdiri daripada 2 golonganBangsa Arab : Daripada suku Aus & Khazraj yang berasal dari Yaman : Menganut pelbagai kepercayaan : Mempunyai kepakaran dlm bidang pertanian & penternakan : Sentiasa bermusuhan & berperangBangsa Yahudi : Terdiri dari Yahudi Bani Nadhir, Bani Qainuqa & Bani Quraizah yang berasal dari Palestin : Berpegang kepada ajaran Agama Yahudi : Memonopoli kegiatan perdagangan di MadinahSuku Aus, Khazraj & Yahudi ini saling bermusuhan di antara satu sama laindisebabkan perasaan dengki & iri hati.
  • 2. SETELAH RASULULLAH BERHIJRAH (SETELAH JADI NEGARA ISLAM)Penduduk Madinah terdiri dari 4 golongan:a. Orang Islam : Terdiri dari Muhajirin & Ansarb. Orang Yahudi : Terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa & Bani Quraizah : Pada awalnya mereka menerima baik kedatangan Rasulullah & pengikutnya, tetapi akhirnya menunjukkan permusuhan penentangan terhadap org Islam kerana gagal menarik nabi ke pihak merekac. Munafiqin : Penduduk Madinah yang berpura-pura Islam. : Mereka adalah talibarut musuh Islam.(Yahudi) : Ketua mereka Abdullah bin Ubai bin Saluld. Musyrikin Madinah : Golongan yang masih berpegang kepada kepercayaan jahiliyah
  • 3. 1.0 PEMBINAAN MASJID Selepas membina masjid Quba’, Rasulullah SAW pun meneruskan perjalanan baginda bersama-sama dengan sahabat ke Madinah yang juga ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Perjalanan yang ditempuh amat jauh dan memakan masa berhari-hari. Cuaca padang pasir yang panas terik dan kering menyukarkan perjalanan. Walaupun begitu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat baginda dan para sahabat untuk berhijrah. Ketika dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba sahaja unta yang ditunggang oleh Rasulullah berhenti dan melutut. Terdapat beberapa orang Islam sedang mengerjakan solat di tempat itu. Baginda dan para sahabat pun berhenti di situ.
  • 4.  Di tempat itu juga terdapat dua orang anak lelaki yatim piatu. Seorang bernama Sahl dan seorang lagi Sohail. Mereka mempunyai sebuah kandang unta di tempat yang betul-betul mengenai tapak Rasulullah ingin membina masjid. Sebagaimana yang diketahui, Rasulullah akan membina masjid di mana sahaja baginda berhenti. Baginda pun memanggil kedua-dua orang lelaki itu. Baginda ingin berunding untuk mendapatkan kandang unta mereka. Tujuan baginda adalah untuk membina sebuah masjid di situ. Mereka pun berkata: “Wahai Rasulullah, ambil sahajalah kandang unta kami itu. Binalah masjid sebagaimana kehendak Allah. Kami amat berbesar hati sekiranya dapat berbakti di jalan Allah.”
  • 5.  Walaupun begitu, Rasulullah menolak tawaran mereka itu. Baginda telah membayar sebanyak 10 dinar dan mengarahkan sahabat untuk membuat pembayaran kepada mereka berdua. Setelah itu, pembinaan masjid Nabawi pun dimulakan. Rasulullah telah mengarahkan pokok- pokok kurma ditebang dan batu-batu dialihkan. Kubur-kubur pada zaman Islam telah digali dan ditanam semula di tempat lain. Kawasan tapak kandang unta itu terdapat air yang bertakung. Baginda pun telah mengarahkan para sahabat agar mengalirkan air itu ke tempat lain sehingga kering.
  • 6.  Masjid Nabawi yang dibina itu mempunyai ukuran panjang dari depan ke belakang lebih kurang 100 hasta dan begitu juga pada bahagian sisi sebelah lagi. Ia berbentuk empat persegi dan dipengaruhi dengan reka bentuk pembinaan pada ketika itu. Binaan asasnya pula berukuran tiga hasta dalam yang dibina di atas tanah. Para sahabat dan baginda membina masjid ini secara bergotong-royong. Rasulullah membuat kiblat ke arah Baitulmaqdis di Palestin kerana pada ketika itu belum diperintahkan arah kiblat menghadap ke Kaabah di Mekah. Unsur-unsur seni bina Masjid Nabawi banyak menyerupai Masjid Quba. Kedua-dua masjid ini mempunyai ciri-ciri rekaan dan binaan daripada Masjidil Haram di Mekah. Pada tahun 700 masihi, Masjid Nabawi diperbaharui atas perintah khalifah Walid Abdul Malik.
  • 7. FUNGSI MASJID1)Fungsi Ibadah: Solat berjemaah lima kali sehari semalam merupakan tonggak segala aktiviti lain2) Pusat pengajaran dan pembelajaran3) Pusat Pentadbiran4) Pusat Kehakiman: Penduduk Madinah mengajukan masalah- masalah mereka kepada Rasulullah s.a.w di masjid dan Baginda juga telah menyelesaikan banyak pertelingkahan di masjid.5) Pusat Penerangan dan Maklumat: Khutbah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan ilmu, maklumat dan nasihat.
  • 8. 6) Pusat Perhubungan: Rasulullah bukan sahaja mengadakan perhubungan dengan sahabat- sahabat baginda bahkan melayani rombongan dan pengunjung-pengunjung bukan Islam dengan baik.7) Pusat Kebajikan: Golongan fakir miskin ditempatkan di suatu ruang dalam masjid Nabawi.8) Pusat Rawatan dan Kecemasan: Selepas peperangan khususnya, mereka yang luka turut dirawat di masjid.9) Pusat Interaksi Masyarakat
  • 9.  Berdasarkan Muhammad (2007) pula, fungsi masjid ketika zaman Rasulullah s.a.w merupakan tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam. Masjid juga dijadikan tumpuan dan pusat bagi sebarang penyelesaian masalah individu dan masyarakat. Walaupun bertempatkan masjid yang serba sederhana, ianya digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk menerima dan berjumpa dengan duta-duta asing, dan tempat yang mana pemimpin-pemimpin Islam bersidang selain digunakan sebagai madrasah dan tempat pengajian bagi menuntut ilmu tentang ajaran Islam.
  • 10. 1.1 PERSAUDARAAN GOLONGAN MUHAJIRIN & GOLONGAN ANSARSIAPAKAH MUHAJIRIN & ANSAR ?Golongan MuhajirinIalah orang Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah atas perintah Allah S.W.T. untuk menyebarkan Risalah Islam.Golongan AnsarIalah orang Islam, penduduk asal Madinah yang terdiri dari kaum Aus & Khazraj.
  • 11.  Prinsip persaudaraan umum antara kaum muslimin telah berdiri sejak permulaan dakwah pada zaman Mekah. Setelah pembinaan masjid teragung di Madinah, Rasulullah meneruskan strategi pembentukan masyarakat Islam Madinah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Ia bermula apabila seramai 90 orang, iaitu terdiri separuh daripada Muhajirin dan separuh lagi golongan Ansar disatukan dalam sebuah majlis yang berlangsung di rumah Anas bin Malik.
  • 12. BAGAIMANAKAH RASULULLAHMEMPERSAUDARAKAN?  Rasulullah berpesan kepada golongan Ansar bahawa golongan Muhajirin adalah lebih dari saudara kandung sendiri.  Justeru itu golongan Ansar berlumba-lumba untuk mendapatkan saudara dari golongan Muhajirin. Contohnya , Saidina Abu Bakar (Muhajirin) disaudarakan dengan Kharizah bin Zuhair ( Ansar), Jaafar bin Abi Talib (M) dengan Muaz bin Jabal ( A) dll.  Golongan Ansar juga telah membantu golongan Muhajirin dengan pelbagai bantuan tanpa mengharapkan keuntungan serta sangup mengorbankan apa sahaja demi kebaikan saudara mereka , untuk mendapatkan keredaan Allah & Rasulullah  Persaudaraan antara golongan Muhaajirin dengan Ansar ini menjadi teras penyatuan masyarakat majmuk di Madinah & pembentukan sebuah negara
  • 13.  Sebab yang menguatkan persaudaraan di kalangan Muhajirin dan Ansar ini ialah kerana ahli masyarakat ini adalah orang-orang yang bertemu atas agama Allah S.W.T. semata-mata. Agama yang mereka anuti mendidik mereka untuk mengatakan dan memperbuat yang demikian, serta iman dan amal yang mengajar mereka berbuat demikian. Persaudaraan yang dimaksudkan tidak sekadar satu pengakuan tetapi usaha penyatuan yang sehingga melibatkan soal pusaka mempusakai. Walaupun pada asalnya, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan. Namun asas pewarisan atau mempusakai seperti itu ditamatkan setelah berlaku Peperangan Badar, iaitu dengan turunnya firman Allah:
  • 14. Dan golongan yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, mereka yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak atas setengah yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al- Anfal: 75)
  • 15.  Dengan turunnya ayat itu maka hak pewarisan ditarik balik tetapi hubungan persaudaraan itu tetap diteruskan. Begitulah juga hendaknya sehingga ke hari ini, umat Islam ialah umat bersaudara tanpa mengira status, pangkat kedudukan, warna kulit dan bangsa.
  • 16. 1.2 PIAGAM MADINAH [SAHIFAH AL-MADINAH]Definisi :Perlembagaan yg ditulis & dipersetujui bersama oleh semua golongan yg terdiri drpd org Islam dan Yahudi yg menjadi warga negara Madinah di bawah pimpinan Rasulullah saw. Sahifah ini merupakan asas pembentukan negara Islam oleh Rasulullah S.A.W.
  • 17. PENGENALAN Perlembagaan Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah. Ia adalah perjanjian politik yang dibuat di antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Ia dirangka oleh Nabi dengan petunjuk wahyu. Ia mengandungi 10 bab yang terdiri daripada 47 fasal. 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang Yahudi. Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
  • 18. TUJUAN PIAGAM MADINAH Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
  • 19. PRINSIP PIAGAM MADINAH Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
  • 20. KANDUNGAN PIAGAM MADINAH(SAHIFAH MADINAH) Rasulullah S.A.W. adalah ketua negara. Perbalahan kaum yang melibatkan orang Islam & bukan Islam, hendaklah dirujuk kpd baginda, Mengakui kewujudan Muhajirin & Ansar sebagai satu ummah Mengakui kewujudan kaum Yahudi & Musyrikin Madinah Semua kaum bebas mengamalkan kepercayaan ( agama) & adat istiadat masing-masing Orang Islam & Yahudi sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah. Mereka juga bertanggungjawab menangkis serangan dari luar.
  • 21.  Orang Yahudi boleh hidup dengan cara mereka sendiri, tetapi tidak boleh menganggu orang Islam. Mereka juga tidak boleh melindungi orang kafir Quraisy. Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan & mewujudkan perpaduan di Madinah. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bermusuh- musuhan & dengki-mendengki.Mereka hendaklah saling tolong-menolong untuk kebaikan. Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar, terutama dengan pihak kafir Quraisy. Piagam ini melindungi semua pihak yang memperakukannya, & berhak mengambil tindakan terhadap sesiapa.
  • 22. KESAN PIAGAM MADINAH Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Syariat Islam dapat dijalankan sepenuhnya dalam pentadbiran negara Terbentuk negara Islam pertama di dunia Rakyat hidup bersatu padu & keamanan dapat diwujudkan Kegiatan dakwah berjalan lancar samada di dalam atau di luar Madinah
  • 23. KEPENTINGAN DAN MATLAMATPENUBUHAN PIAGAM MADINAH Menyediakan satu institusi untuk masyarakat mendapatkan hak –hak individu & keadila Menjadi landasan perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat Menjamin usaha dakwah dapat dijalankan dengan baik & terancang Dapat mewujudkan suasana tenteram di Madinah