11.0 HALAMAN PENGAKUAN“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap sat...
22.0 PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, saya dapat melaksanakan tugas...
33.0 LAPORAN TUGASANAJK MAKLUMATSebelum menjalankan tugasan ini, kami telah membahagikan ahli kelas kepadabeberapa jawatan...
4AJK BAHAN PEMBENTANGANSetelah kami menerima bahan daripada jawatankuasa maklumat, kami terusmemahami serta menganalisis m...
5perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Berdasarkan dapatanmaklumat kami, salah satu alat perpaduan di Malaysia...
6kami memberikannya kepada setiap ahli kelas dalam bentuk softcopy untukdiletakkan dalam kerja kursus.
74.0 LAPORAN SEMINARSLOT 1Slot pertama telah membincangkan satu persoalan yang sering berlegar dalamminda masyarakat pada ...
8membangunkan sebuah negara Madinah walaupun terdiri daripada masyarakatyang berbilang bangsa, agama mahupun budaya membuk...
9ilmu membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi pergolakan dunia dancabaran global bagi melahirkan generasi yang memp...
10beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahselesai sembahyang.Dr Hamid juga ada menyent...
11Akhirnya beliau mengatakan bahawa ilmu agama adalah asas yangmenyelesaikan masalah dan isu peradaban yang berlaku.Beliau...
12Saudara Afnan turut menegaskan di akhir kalamnya bahawa masa depannegara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pemb...
13saudara Mohd Fikri bin Mat Arit dari kuliah PISP 1.01, saudara Syed Mohd Zahidbin Syed dari kuliah PISMP 1.06, dan sauda...
145.0 REFLEKSI :AHMAD AMZAR BIN MAT SAIDDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, sayamemanjatkan syukur Alh...
15rakan yang lain tentang slot pertama. Saya mengumpul maklumat dan isi-isipenting daripada mereka. Mengenai tajuk “Malays...
16memberikan saya seribu satu ilmu pengetahuan terutama dalam lima slot yangdibincangkan. Saya paling tertarik dengan slot...
17perlu mencurahkan segala ilmu yang ada di dada kepada generasi muda agarmasa depan negara terjamin dan Wawasan 2020 yang...
18al-asr ayat 1-3 yang bermaksud ” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yan...
196.0 BIBLIOGRAFI:A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan BangsaMalaysia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa da...
20Zainafsiah. (2011).Perpaduan Kaum di Malaysia. Dicapai pada 25Februari 2013, daripadahttp://zaizak69.blogspot.com/2011/0...
21LAMPIRAN
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Esaimen titas complete

288

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
288
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Esaimen titas complete"

  1. 1. 11.0 HALAMAN PENGAKUAN“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”Tandatangan: …………………………………………………………….Nama : …………………………………………………………….Tarikh : …………………………….............................................
  2. 2. 22.0 PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Berkat usaha dantawakal saya sendiri, saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini padatarikh yang telah ditetapkan.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarahTamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS), ustaz Amran bin Abdul Rahmankerana beliau banyak memberikan penerangan dalam proses menyiapkantugasan ini. terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya dari kelas PISMP1.01 kerana banyak membantu. Kami saling berkongsi pendapat danbekerjasama mencari maklumat seterusnya melaksanakan slot pertama seminarTITAS. Tanpa kerjasama yang utuh, kami tidak akan dapat mencapai apa yangkami hajatkan.Apa yang paling penting ialah setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu danbapa saya kerana banyak memberikan kata-kata semangat selama saya beradadi IPG Kampus Pendidikan Islam ini. Syukur alhamdulillah kerana mereka masihdi sisi saya.
  3. 3. 33.0 LAPORAN TUGASANAJK MAKLUMATSebelum menjalankan tugasan ini, kami telah membahagikan ahli kelas kepadabeberapa jawatankuasa iaitu jawatankuasa maklumat, jawatankuasa cetakan,jawatankuasa kertas kerja dan jawatankuasa bahan pembentangan.Jawatankuasa yang perlu bergerak terlebih dahulu iaitu jawatankuasamaklumat.Mereka telah bertungkus-lumus mencari maklumat selaras dengankehendak soalan yang menyentuh isu ketamadunan di Malaysia. Menerusilaman internet serta buku, jurnal dan surat khabar, kami mengumpul, menapisserta memilih maklumat yang relevan dan lengkas berdasarkan skop tugasan.Di samping itu, jika terdapat maklumat yang kami tidak faham, kami akanmerujuknya kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Amran. Ada sesetengahfakta yang diterima dan ada juga fakta yang palsu.Kita juga serba tahu bahawamaklumat di internet kebanyakannya adalah menyeleweng dan salahmemandangkan kita tidak tahu asal usul sumber serta penulisnya. Jadi, buku,jurnal dan risalah menjadi wadah yang tepat untuk kita mencari maklumat-maklumat yang sahih memandangkan ia adalah suatu kajian dan telah ditelitidan ditapis oleh penulis serta pihak yang bertanggungjawab.Setelah kami meneliti, menapis serta menyusun maklumat yang betul,Kami memberikannya kepada jawatankuasa bahan pembentangan.Merekabertanggungjawab untuk mengolah maklumat tersebut dalam bentuk grafikdengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.Ini bagi memudahkan paramahasiswa untuk memahami isi dengan lebih mudah.
  4. 4. 4AJK BAHAN PEMBENTANGANSetelah kami menerima bahan daripada jawatankuasa maklumat, kami terusmemahami serta menganalisis maklumat untuk diringkaskan.Hakikatnyamaklumat yang diberikan adalah banyak dan kami telah membahagikanmaklumat-maklumat tersebut kepada setiap ahli jawatankuasa untukmeringkaskannya.Kemudian, kami membuat draft berdasarkan maklumat tersebutmenggunakan Microsoft PowerPoint.Ia mengambil masa dua hari untukmenyiapkan draft tersebut. Maklumat-maklumat tersebut diolah dalam bentukgrafik yang menarik serta bersahaja. Seterusnya, kami menghias slide tersebutmengikut kreativiti kami bagi menarik minat para mahasiswa untuk membacanya.Walaupun agak bersahaja, namun ia tetap cantik dan diterima oleh semuaorang.Antara halangan yang kami terpaksa tempuhi adalah masa yang diberikanuntuk menyiapkan bahan adalah terlalu singkat memandangkan adajawatankuasa yang lain sedang menunggu bahan kami untuk mereka membuatlaporan tugasan bagi setiap jawatankuasa. Selain itu, bagi memenuhi gaya yangsantai dan bersahaja, kami agak sukar untuk menemui latar belakang slaid untukdisesuaikan dengan isi pembentangan. Malah kami juga masih tidak mahirdalam membina powerpoint yang menarik.Namun begitu, kami yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Antarafaedah yang kami peroleh sepanjang menyiapkan slaid ini adalah kerjasamaantara ahli-ahli jawatankuasa serta jawatankuasa yang lain dapat dibentuk. Bulatair kerana bentuknya, bulat manusia kerana muafakat.Kerjasama antara kamisangat penting kerana setiap ahli mempunyai peranannya sendiri.Jika seseorangahli itu sambil lewa, maka tugasan ini tidak dapat disiapkan atau mungkinmengambil masa yang lama untuk disiapkan.Di samping itu, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan kami dalamsubjek ini. Sebelum ini, kami tidak menyedari tentang cara bagi membentuk
  5. 5. 5perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Berdasarkan dapatanmaklumat kami, salah satu alat perpaduan di Malaysia ialah sistem pendidikankebangsaan yang telah diselaraskan oleh pihak kementerian untuk semua kaumtanpa bangsa, agama dan budaya. Malah, kami juga dapat menambahkemahiran kami dalam menggunakan perisian powerpoint. Sebenarnya adabanyak cara yang kami masih belum menerokainya. Setelah mendapat tunjukajar dari sahabat-sahabat yang lain, akhirnya kami dapat melakukannya denganbaik.AJK BAHAN CETAKANSetelah kami mendapat slaid dari jawatankuasa bahan pembentangan, kamiterus mengira bilangan pelajar bagi setiap kelas.Tugas kami tidak banyak.Hanyamemfotostat dan mengutip duit RM5 bagi setiap orang.Kemudian, sebelumseminar dijalankan, kami memastikan semua pelajar mendapat bahan cetakantersebut.Alhamdulillah, semuanya mencukupi.AJK DOKUMENTASIAlhamdulillah, seminar ini berjalan dengan lancar.Jadi pada kali ini, adalahmenjadi kewajipan kumpulan kami untuk mendokumentasikan segala perjalanangerak kerja kelas kami. Bagi mendokumentasikannya, kami telah memerhatikangerak kerja jawatankuasa lain sebelum seminar itu bermula lagi. Kami telahmenghasilkan timeline berdasarkan apa yang telah mereka lakukan. Bermuladari mencari maklumat sehinggalah bahan pembentangan dicetak dan diedarkankepada semua orang.Ia merupakan suatu komitmen dan pemerhatian yangtinggi kerana dokumentasi adalah bukti bagi setiap ahli jawatankuasa melakukantugas mereka.Setelah kami mendapat butiran-butiran tugas, kami menghasilkan dualaporan iaitu laporan perjalanan gerak kerja dan laporan seminar. Kemudian,
  6. 6. 6kami memberikannya kepada setiap ahli kelas dalam bentuk softcopy untukdiletakkan dalam kerja kursus.
  7. 7. 74.0 LAPORAN SEMINARSLOT 1Slot pertama telah membincangkan satu persoalan yang sering berlegar dalamminda masyarakat pada hari ini terutamanya golongan pendidik iaitu „Bagaimanahubungan mesra dan persefahaman sejagat dapat diwujudkan dalam kalanganrakyat Malaysia,‟ yang disampaikan oleh saudara Mohd Fikri Bin Mat Arit darikuliah PISMP 1.01.Kupasan yang mendalam berkaitan tajuk dari sudut faktor, cara, kesandan peranan guru dalam pembentukan semangat perpaduan khususnya kepadamurid-murid di sekolah oleh pembentang berjaya membuatkan para guru pelatihberfikir sejenak akan peranan seorang guru yang bukan tertumpu di ruanglingkup bilik darjah semata-mata namun kami juga perlu „turun padang‟ ke dalammasyarakat supaya hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negarayang harmoni melalui pembinaan ukhuwah antara kaum tercapai.Slot yang mengambil masa selama 1 jam, bermula seawal pukul 8.30 pagidan berakhir pada pukul 9.30 pagi ini turut mengetengahkan isu-isu semasayang disebabkan kurangnya nilai kejiranan dalam diri setiap individu. Tidak dapatdinafikan gejala sosial yang kian meruncing berpunca daripada sikap masyarakatyang mementingkan diri sendiri daripada mengambil peduli hal orang lain.Sebagai contoh, apabila melihat anak jiran yang lengkap berpakaian seragamsekolah pergi melepak bersama rakan-rakannya, pasti kita hanya berlalu pergitanpa sempat menegur mereka.Mungkin disebabkan sikap kita inilah, merekaberasa tindakan yang dilakukan mereka seperti „kutu rayau‟ adalah betul keranatiada siapa yang menasihatkan.Selain itu, pembentang juga bijak menghuraikan cara yang yang perludiambil oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah perpaduan kaum.Mengambil inspirasi daripada sirah Rasulullah s.a.w yang berupaya
  8. 8. 8membangunkan sebuah negara Madinah walaupun terdiri daripada masyarakatyang berbilang bangsa, agama mahupun budaya membuka mata kami bahawatidak mustahil, perpaduan juga mampu diwujudkan dalam kalangan rakyatMalaysia.Bertempat di Dewan Idris Al-Marbawi, secara keseluruhannya, slotpertama berjalan dengan lancar.Pembentang juga dapat menjawab persoalanyang dilontarkan oleh para pendengar dengan baik dan bijak memperlihatkankewibawaan beliau.SLOT 2Bermula pada jam 10.00 pagi bersambungnya slot yang dibentangkan oleh SyedZahed wakil dari kelas PISMP 1.06.Tajuk yang dibentangkan ialahPembudayaan Ilmu Membina Jati Diri Ketamadunan Dalam MenghadapiPergolakan Dunia Dan Cabaran Global.Kaedah bercerita telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Slotyang dibentangkan lebih kepada kisah-kisah yang berkisarkan tentangpembinaan jati diri. Antara pengisian slot ke-2 juga ialah membicarakan tentangdefinisi ilmu, daripada siapakah ilmu boleh diperoleh dan cara untukmendapatkannya serta kepentingan ilmu kepada seseorang. Slot ke-2 juga diisidengan pertunjukan video yang mendedahkan kepada pelatih guru tentangcabaran-cabaran keruntuhan moral yang akan dihadapi sebagai seorangpendidik. Para pelatih guru didedahkan dengan isu-isu sosial agar sentiasamenyiapkan diri sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.Semasa sesipembentangan berlangsung terdapat kelemahan yang dapat dilihat antaranyaialah penyampaian yang meleret dan power point yang kurang menarik.Pembentang juga menekankan tentang kepentingan dan faedah menuntutilmu kepada seorang guru serta menekankan pembudayaan ilmu dalamkehidupan.Kaedah dan objektif yang disampaikan adalah sangat berkesan danmemberi kesedaran kepada semua guru pelatih.Kesimpulannya, seminar sepertiini haruslah diteruskan agar dapat member pendedahan tentang pembudayaan
  9. 9. 9ilmu membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi pergolakan dunia dancabaran global bagi melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan mental danfizikal dalam menghadapi cabaran yang mencabar dalam arus kemodenan yangsemakin meminggirkan nilai-nilai moral. Ini sekali gus dapat membina sebuahnegara yang bertamadun dari segala aspek.SLOT 3Slot yang ketiga pula ialah slot khas yang dikendalikan oleh Dr Hamid dariJabatan Pendidikan Islam dan Moral. Dalam kalamnya membahaskan tentangsalasilah keluarga Rasulullah S.A.W iaitu Allamah Sayyid Murtadha, penulis kitab“Fadhail al-Khamsah min As-Shihhah As-Sittah”, mengatakan: Hadis tentangbahawa Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dilahirkan dari perkahwinan dan bukandari hasil perzinaanDalam Thabaqat Al-Kubra Ibnu Saad, jilid 1, bahagian 1: 31, dzikrummahat Rasulillah Shallallahu „alaihi wasallam, disebutkan: Imam Ali binHusein (sa) berkata bahawa Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam bersabda:“Sesungguhnya aku dilahirkan dari perkahwinan, aku tidak pernah dilahirkan dariperzinaan sejak dari Adam. Aku belum pernah sedikit pun tersentuh olehperzinaan kaum jahiliyah, aku belum pernah dilahirkan kecuali dari kesucianperkahwinan.”Malah Dr Hamid juga menegaskan sesungguhnya Rasulullah mempunyaiakhlak yang sangat mulia.Antara akhlak yang baginda tunjuk sebagai pedomankepada kita semua adalah jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W.menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susukambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Malah, setiap kalipulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untukdimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untukmembantu isterinya di dapur.Saidatina Aisyah menceritakan "Kalau Nabi beradadi rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga."Jika mendengar azan,
  10. 10. 10beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahselesai sembahyang.Dr Hamid juga ada menyentuh mengenai isu semasa, politik dan juga isusyiah.Banyak perkara yang kami belum tahu mengenai asal-usul syiah, ciri-cirigolongan syiah serta perkara kesesatan yang dilakukan oleh mereka.SLOT 4Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia diteruskan dengan slotpembentangan yang ke empat. Pembentangan ini disampaikan oleh Ilyas binMohd Zainol dari kelas PISMP 1.08. Beliau menyampaikan pembentangan yangbertajuk „generasi muda dan isu-isu peradaban‟. Slot beliu diadakan pada jam11.30 sehingga 12.30 tengah hari.Dalam pembentangan tersebut, beliau menerangkan asas tamadunterlebih dahulu iaitu definisi tamadun dan peradaban. Beliau menerangkandefinisi tamadun dari sudut bahasa iaitu bahasa tamil, bahasa inggeris, latin, danjerman. Seterusnya beliau menyampaikan definisi tamadun menurut pandanganpara sarjana dalam bidang material dan spiritual.Slot beliau diteruskan lagi dengan penyampaian yang menyentuhmengenai peranan golongan muda sebagai generasi yang menentukan hala tujunegara. Antara peranan generasi muda yang difokuskan oleh beliau adalahgenerasi muda adalah aset kepada ummah, sebagai penerus tradisi danwarisan, serta ketamadunan.Selain itu, beliau juga menyenaraikan isu-isu peradaban yang berlakumasa kini dan cara mengatasinya. Antara masalah yang berlaku danmenjejaskan peradaban adalah sambutan hari kekasih, kejadian jenayah, sertakrisis akhlak dan moral.Beliau berpendapat bahawa punca masalah yangdihadapi kini adalah kurangnya ilmu agama.
  11. 11. 11Akhirnya beliau mengatakan bahawa ilmu agama adalah asas yangmenyelesaikan masalah dan isu peradaban yang berlaku.Beliau jugamenayangkan video kebejatan moral yang berlaku masa kini. Secarakonklusinya, beliau menyeru rakan-rakan yang lain agar sentiasa berpegangkepada agama Islam yang syumul ini.SLOT 5Pada slot kali ini, suatu forum telah diadakan. Antara panelis forum ialahSaudara Afnan dan Saudara Ezuwan Zailani serta dipengerusikan oleh SaudaraZaini. Isu yang dibincangkan pada petang itu ialah “ Sejauh manakah Islamdapat membangun seiring dengan arus globalisasi dalam aspek ekonomi danpentadbiran” Forum ini berlangsung secara santai namun isi-isinya sangat padatdan bermaklumat.Secara keseluruhannya, para panelis membincangkan bahawapembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalanasas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamentalialah akidah atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagaipemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam danmengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama. Allah tidak sukaperbuatan merosakkan alam, tempat penghunian manusia dan makhluk Allahyang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah untukpenyembahan dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsanmelatari segala gerak kerja pembangunan.Selain itu, syariat adalah asas pembangunan yangberikutnya.Pengembangan ekonomi mesti merujuk kepada asas-asas yangsyarie dan halal.Segala akad-akad yang fasid serta muamalat yang berunsurgharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan dalam membangunekonomi.Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil, tidak menindas, ataumelalui kaedah yang zalim dan haram.
  12. 12. 12Saudara Afnan turut menegaskan di akhir kalamnya bahawa masa depannegara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan ekonomiyang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusipasaran global. Ia juga bergantung kepada sistem pentadbiran dan pengurusannegara dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politikyang tidak wajar dan berkepentingan .Sistem dan budaya yang bebas dariamalan korupsi, kronisme dan nepotisme di samping penyalahgunaanperbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti tertentu.MAJLIS PENUTUPANMajlis Penutupan Seminar TITAS bermula sekitar pukul 3.30 minit petangbertempat di Dewan Abdul Jalil. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiransemua pelajar PISMP Ambilan Januari 2013. Walaupun pada hariberlangsungnya seminar tersebut turut berlangsung acara olahraga di padangkampus, namun komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sangatlahmemberangsangkan.Majlis penutupan ini dimulakan dengan bacaan doa yang di ketuai olehsaudara Mohd Asarudin bin Che Razak dan diteruskan dengan mendengarucapan dari pengarah program iaitu saudara Mohd Iqbal Arief bin Mohd Sufri darikuliah PISMP 1.08 pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah, majlis berjalandengan lancar seperti yang dirancang. Majlis diteruskan dengan ucapanperasmian yang disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Ahmad Zaidi selaku ketuaJabatan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam. Dalam ucapannya beliaumengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta kerana dapatmemberikan komitmen yang baik walaupun hari sukan sedang meriah dijalankandi padang.Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada 4 orangpenceramah yang telah menyampaikan ceramah sepanjang seminarberlangsung iaitu Dr Abdul Hamid bin Sulaiman dari Jabatan Bahasa Arab,
  13. 13. 13saudara Mohd Fikri bin Mat Arit dari kuliah PISP 1.01, saudara Syed Mohd Zahidbin Syed dari kuliah PISMP 1.06, dan saudara Mohd Ilyas Zainol dari kuliahPISMP 1.08. Diharapkan majlis ataupun program seperti ini akan dapatmenambahkan sedikit sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentangperkembangan tamadun dunia seterusnya dapat melahirkan mahasiswa guruyang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.
  14. 14. 145.0 REFLEKSI :AHMAD AMZAR BIN MAT SAIDDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, sayamemanjatkan syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dankurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun terpaksamenempuhi pelbagai cabaran dan halangan dalam menyiapkannya. Namunbegitu, berkat usaha dan kesabaran, tugasan ini akhirnya dapat juga disiapkandan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, bagi sayatugasan ini bukanlah satu beban kepada saya, namun ia adalah satu cabaransebagai seorang pelajar yang harus saya lalui. Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”Melalui tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, memangtidak dinafikan bahawa pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yangsaya perolehi. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diberi tempohselama dua minggu untuk tugasan ini. Kami diarahkan untuk membuat satuseminar TITAS di Dewan Idris Al-marbawi. Sebelum bermulanya seminartersebut, ketua kelas saya PISMP 1.01, iaitu saudara Nur Muhamad Faiz telahmembahagikan tugas kami masing-masing. Saya diberi tugas sebagaijawatakuasa bahan cetakan. Ahli jawatankuasa bahan cetakan seramai empatorang iaitu saya, saudara Hakimullah, saudari Hidayah dan saudari Masyitah.Kami dipertanggungjawabkan untuk mengumpul bahan-bahan dari setiap AJKdan mencetak semula sebanyak 220 untuk diedarkan kepada setiap kelas.Bagi slot pertama seminar TITAS pada kali ini, ianya diuruskan oleh kelaskami sendiri. Tajuk yang dibentangkan pada pagi itu ialah “Malaysia sebuahnegara yang berbilang kaum”. Namun sebenarnya saya tidak dapatmenghadirkan diri saya pada slot pertama kerana saya turut terlibat denganKejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Saya mengambil acara yang berlangsungpada pagi tersebut. Walaupun begitu, saya tidak mengambil kesempatan untuklari daripada tanggungjawab seorang pelajar. Saya tetap bertanyakan rakan-
  15. 15. 15rakan yang lain tentang slot pertama. Saya mengumpul maklumat dan isi-isipenting daripada mereka. Mengenai tajuk “Malaysia sebuah negara yangberbilang kaum”, banyak isi yang dapat saya perolehi. Antaranya ialah mengenaiproses membentuk perpaduan dalam kelangan masyarakat Malaysia yang hidupaman dan damai walaupun berlainan agama,bangsa dan bahasa. Antaramaklumat penting yang saya perolehi ialah faktor,cara dan kesan perpaduandalam kalangan rakyat malaysia.Saya juga berasa sangat gembira kerana tugasan berbentuk seminar inimemberi saya pelbagai ilmu mengenai proses ataupun sejarah tamadun Islamdan asia dan perkembangan tamadun sejak dari zaman Rasulullah S.A.W.Sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak, ilmu yang sayaperoleh dalam setiap slot seminar pada kali ini sangat berguna untuk sayaaplikasikan ketika berada di medan perjuangan sebenar nanti. Menghayati nilai-nilai ketamadunan dan peradaban manusia merupakan roh dalam setiappembangunan bagi sesebuah negara. Sebagai seorang guru, saya harusmemperlengkapkan diri saya dengan ilmu yang banyak. Jika tidak bagaimanasaya mahu mendidik anak-anak bangsa andai diri sendiri tidak berilmu. Ia seperti”ketam mengajar anaknya berjalan”.Oleh itu, penting bagi seorang guru untuk menghayati sejarahketamadunan yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bagi mewujudkankesedaran tentang beratnya amanah yang dipikul demi mendidik anak bangsaagar berjaya menjadi warga yang berguna dan mengembalikan generasi unggulseperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ilmuan-ilmuanislam yang lain.Pendidik yang berkualiti perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmupengetahuan kerana pendidik akan menjadi rujukan apabila berada di lapanganmasyarakat kelak. Sudah ramai pemimpin negara ini yang telah memberikanpenekanan tentang ilmu dan matlamat yang harus ada dalam mengejarkejayaan. Atas kesedaran inilah saya berasa seminar TITAS yang dianjurkan
  16. 16. 16memberikan saya seribu satu ilmu pengetahuan terutama dalam lima slot yangdibincangkan. Saya paling tertarik dengan slot bersama penceramah jemputaniaitu bersama Dr. Abdul Hamid yang membincangkan mengenai tajuk ”perananmemahami maqasid assyariyyah dalam pembinaan tamadun ummah”. Beliauada menyatakan banyak sejarah-sejarah hebat suatu ketika dahulu yang manakita tidak didedahkan dan kurang dihayati oleh golongan pendidik pada hari ini.saya berasa cukup terasa dengan kata-kata beliau. Ianya kena dengan diri sayayang kurang memberikan penghayatan tentang sejarah-sejarah tamadun Islam.Kini, saya sedar pembudayaan dan penguasaan ilmu amat penting bagi seorangpendidik kerana pendidik adalah kanvas dan arkitek bagi seseorang individu.Firman Allah S.W.T. ”nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yangberiman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuanagama(dari kalangan kamu) beberapa darjat dan ingatlah, Allah Maha mendalampengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.(surah Al-Mujadalah, ayat11). Ianya memang kena bagi kita yang mana sebagai seorang bakal guru.Pada hari ini kita dapat menyaksikan gejala sosial semakin berleluasa,tidak kira di kalangan kanak-kanak mahupu dewasa. Kadang-kadang ianyaberlaku di depan mata kita sendiri seperti kes pembuangan bayi,penyalahgunaan dadah, merokok, buli, seks bebas dan sebagainya. Adakah kitasebagai pendidik mahu melihat saja perkara seperti itu berlaku di kalangan anakdidik kita suatu hari nanti? Apakah tidak ada orang lain yang boleh membendunggejala-gejala tersebut? Seperti yang kita tahu, tugas guru lah untuk mementukanak-anak bangsa selepas ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu sebagai pendidik,saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain agar mempunyaikesedaran yang tinggi dan perlu memikirkan inisiatif yang terbaik bagimembendung permasalahan ini.Dalam forum pada seminar ini, panelis membentangkan bagaimanasemasa zaman pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid yang meletakkan ilmusebagai tunjang dalam pembinaan tamadun bangsa. Oleh itu,setiap pendidik
  17. 17. 17perlu mencurahkan segala ilmu yang ada di dada kepada generasi muda agarmasa depan negara terjamin dan Wawasan 2020 yang dilaungkan olehpemimpin negara kita akan terlaksana dengan jayanya. Seperti kata pepatah,”pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”.Dalam usaha untuk memaksimumkan kefahaman terhadap tugasan yangdiberikan, saya juga mengambil inisiatif untuk bertanya dan berkolaborasisesama pensyarah terutama dengan pensyarah bagi matapelajaran TITAS iniiaitu ustaz Amran bin Abdul Rahman, yang juga merangkap pensyarahpembimbing kami untuk kerja kursus ini. Saya juga turut berbincang denganrakan-rakan yang lain jika menghadapi sebarang masalah dan persoalantambahan agar tugasan yang disiapkan memenuhi kriteria pemarkahan yangcemerlang. Saya berasa amat bersyukur kerana rakan-rakan tidak jemu dantidak kedekut untuk membantu saya. Kami saling bertukar-tukar pendapat danberkongsi ilmu yang ada. Alhamdulillah berkat kerjasama antara kami, sayaakhirnya dapat menambah kefahaman saya terhadap tugasan ini seterusnyamembantu saya untuk menyiapkannya dengan jayanya.Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya mengalami banyak kekanganmasa kerana masalah jadual yang sangat padat hampir setiap hari dan tekananuntuk menyiapkan tugasan lain dalam masa yang sama. Bukannya satu tugasandalam satu minggu tetapi hampir empat tugasan yang perlu dihantar dalam satuminggu. Dalam tempoh itu juga saya juga terlibat mewakili IPG dalam kejohananolahraga jemputan di IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu khas danIPG Kampus Teknik. Selain itu saya juga terlibat dalam kejohanan futsal piala YBDun Serdang. Oleh itu, saya harus bijak dan matang untuk menguruskan masadan merancang jadual antara aktiviti-aktiviti lain dengan tugasan-tugasan yangdiberikan untuk mendapatkan hasil tugasan yang terbaik dan memuaskan.Seperti yang kita ssudah pun tahu, masa itu emas. Ia sangat berharga seakan-akan emas dan merupakan aset penting dalam hidup seseorang individu.Pengurusan masa yang berkesan mampu mencorakkan masa depan yanggemilang. Allah merakamkan kepentingan mematuhi masa dalam firmanya surah
  18. 18. 18al-asr ayat 1-3 yang bermaksud ” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakanamal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihatmenasihati supaya menetapi kesabaran”. maka,kita sebagai umat islamsemestinya perlu mengikut apa yang termaktub dalam kalam suci tuhan iaitu Al-Quran.Secara kesimpulannya, tugasan ini amat penting diberikan kepada semuapelatih guru kerana tugasan ini memberi ruang dan peluang kepada semuapelatih guru untuk mengusai dengan lebih mendalam mengenai tamadun Islamdan tamadun asia. Ia memberikan pengalaman baru kepada guru pelatihbagaimana untuk menguruskan sesuatu program seperti ini. Justeru itu, semuapelatih guru hendaklah menggunakan sehabis baik tenaga dan kudrat yang adadalam menyelesaikan tugasan ini demi kepentingan masa hadapan kita sebagaiseorang bakal guru. Pengalaman yang saya dapat setelah menyiapkan tugasanini ternyata berbaloi dan mengajar saya suatu erti kepuasan setelahmelaksanakan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh kerana kepuasanitu bukannya terletak pada kejayaan tetapi kepuasan terletak pada usaha yangkita lakukan. Ilmu yang saya perolehi akan saya pastikan tersemat kukuh diingatan saya seterusnya diaplikasikan untuk tugasan-tugasan lain pada masaakan datang, insya-Allah.Sekian, terima kasih.
  19. 19. 196.0 BIBLIOGRAFI:A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan BangsaMalaysia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Ismail bin Syed Mustapa, & Ahmad Subki bin Maskon. (2010).Budaya dan Pembelajaran. Puchong, Selangor : PenerbitanMultimedia Sdn. Bhd.Zulhilmi Paidi, & Rohani Ab. Ghani. (2003). Masyarakat di Malaysia.Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Cikgu Anelyza. (2009).Kepentingan Perpaduan. Dicapai pada 25 Februari2013, daripada http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpaduan.htmlDr Nor Raudah Hj Siren. (2011). Satu Malaysia Satu Ummah. Dicapaipada 25 Februari 2013, daripadahttp://ummatanwasatan.net/2011/02/satu-malaysia-satu-ummah-bhg-1/Fisya. (2011).Kepentingan dan Usaha Wujudkan Perpaduan dalamMasyarakat Majmuk. Dicapai pada 25 Februari 2013, daripadahttp://afisya88.blogspot.com/2011/08/kepentingan-usaha-wujudkan-perpaduan.html
  20. 20. 20Zainafsiah. (2011).Perpaduan Kaum di Malaysia. Dicapai pada 25Februari 2013, daripadahttp://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-malaysia.html
  21. 21. 21LAMPIRAN

×