Kursus haji & modul

11,625 views
11,188 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,625
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
10
Actions
Shares
0
Downloads
183
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kursus haji & modul

  1. 1. PENGENALAN DANOBJEKTIF KURSUS 1 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  2. 2. PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS HAJI BERSIRI (KHB)1. PENGENALAN KHB Kursus Haji Bersiri (KHB) adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 17 siri berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir. KHB terbuka kepada semua umat Islam yang berminat untuk mempelajari ilmu ibadat haji dan umrah serta hal ehwal pengurusan haji di Malaysia. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.2. OBJEKTIF KHB Objektif KHB seperti berikut : 2.1 Memberi pendedahan dan panduan ibadat haji dan umrah kepada bakal haji serta perkara berkaitan dengan Pengurusan Haji dan penjagaan kesihatan; 2.2 sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci; 2.3 membantu mendapat haji mabrur. 2 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  3. 3. MODULKURSUS HAJI BERSIRI 3 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  4. 4. KANDUNGANMODUL KURSUS HAJI BERSIRIMINGGU PERTAMA ( 1 )ADAB-ADAB SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJIDAN PENEKANAN BAHAWA HAJI ITU ADALAH JIHADMINGGU KEDUA ( 2 )PENGENALAN TANAH SUCIMINGGU KETIGA ( 3 )PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH DAN SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAHMINGGU KEEMPAT ( 4 )RUKUN UMRAHMINGGU KELIMA ( 5 )RUKUN HAJIMINGGU KEENAM ( 6 )SAMBUNG RUKUN HAJIMINGGU KETUJUH ( 7 )SAMBUNG RUKUN HAJIMINGGU KELAPAN ( 8 )WAJIB-WAJIB HAJIMINGGU KESEMBILAN ( 9 )SAMBUNG WAJIB HAJIMINGGU KESEPULUH ( 10 )DAMMINGGU KESEBELAS ( 11 )CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJIMINGGU KEDUA BELAS ( 12 )KESIHATANMINGGU KETIGA BELAS ( 13 )KESEMPURNAAN TAHARAH DAN SOLATMINGGU KEEMPAT BELAS ( 14 )PERMASALAHAN WANITAMINGGU KELIMA BELAS ( 15 )ZIARAH MADINAHMINGGU KEENAM BELAS ( 16 )PENGURUSAN HAJIMINGGU KETUJUH BELAS ( 17 )LATIHAN AMALI IBADAT HAJI 4 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  5. 5. MINGGU PERTAMA (1) ADAB-ADAB SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJIDAN PENEKANAN BAHAWA HAJI ITU ADALAH JIHAD MODUL 1.1 Adab-Adab Sebelum Pergi Menunaikan Haji 1.1.1 Keikhlasan diri dan pengabdian kepada Allah. 1.1.2 Mempersiapkan diri dengan ilmu dan sedia beramal. 1.1.3 Penyucian jiwa dan beramal dengan sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah. 1.1.4 Mempastikan jauhi dan tinggalkan amalan syirik dan khurafat. Contoh amalan syirik dan khurafat. 1.2 Haji Adalah Jihad 1.2.1 Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di Tanah Suci. 1.2.2 Pentingnya sifat sabar dan tolak ansur. 1.2.3 Motivasi kepada bakal haji. 5 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  6. 6. MINGGU KEDUA (2) PENGENALAN TANAH SUCIMODUL 2.1 Tanah Haram Makkah 2.1.1 Sejarah Tanah Haram Makkah. 2.1.2 Luas kawasan Tanah Haram. 2.1.3 Adab-adab di Tanah Haram. 2.1.4 Kelebihan Tanah Haram. 2.2 Kaabah dan Masjidil Haram 2.2.1 Sejarah Kaabah dan Masjidil Haram. 2.2.2 Pengenalan Kaabah dan kawasan sekitarnya. 2.2.3 Adab-adab di Masjidil Haram. 2.2.4 Kelebihan Kaabah dan Masjidil Haram. 2.3 Zamzam 2.3.1 Sejarah. 2.3.2 Adab-adab meminum Air Zamzam. 2.3.3 Kelebihan Air Zamzam. 2.4 Kawasan Masya’ir Haji 2.4.1 Arafah. 2.4.2 Muzdalifah 2.4.3 Mina. 6 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  7. 7. MINGGU KETIGA (3) PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH SERTASYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAHMODUL 3.1 Haji Dan Umrah 3.1.1 Pengertian dan Sejarah Haji. 3.1.2 Dalil Wajib Haji dan Umrah. 3.1.3 Falsafah dan Hikmah. 3.1.4 Kelebihan. 3.2 Huraian Syarat-Syarat Wajib Haji Dan Umrah 3.2.1 Islam. 3.2.2 Baligh. 3.2.3 Berakal. 3.2.4 Merdeka. 3.2.5 Berkemampuan. 3.3 Syarat-Syarat Tambahan Bagi Wanita 7 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  8. 8. MINGGU KEEMPAT (4) RUKUN UMRAHMODUL 4.1 Huraian Rukun Umrah 4.1.1 Niat. 4.1.2 Tawaf. 4.1.3 Sa’ie. 4.1.4 Bercukur atau Bergunting. 4.1.5 Tertib kesemua rukun. 4.2 Huraian Wajib Umrah 4.2.1 Niat ihram di Miqat Makani :- / Miqat ketika hendak masuk ke Makkah. / Miqat setelah berada di Makkah. 4.2.3 Menjaga larangan semasa dalam ihram. 4.3 Cara Mengerjakan Umrah 4.3.1 Memakai pakaian ihram. 4.3.2 Berniat ihram di miqat. 4.3.3 Menjaga larangan ihram. 8 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  9. 9. MINGGU KELIMA (5) SAMBUNGAN RUKUN HAJIMODUL 5.1 Erti Rukun Haji 5.2 Huraian Rukun Haji 5.2.1 Niat Ihram -Maksud Niat dan Dalil. -Jenis-jenis haji yang berkaitan dengan niat ihram. -Maksud Ihram. -Pakaian ihram. -Sunat-sunat ihram: -Sebelum berniat. -Semasa hendak berniat ihram.  Berwuduk/ Menghadap Kiblat.  Melafazkan niat. -Selepas berniat ihram. Talbiah (Huraian Talbiah, okum bertalbiah secara nyaring bagi lelaki dan wanita, masa permulaan dan tamat/akhir bertalbiah). 5.2.2 Wuquf - Maksud Wuquf. - Dalil Wuquf. - Syarat-syarat sah berwuquf. - Sunat-sunat Wuquf. - Waktu afdal berwuquf. - Perkara-perkara khurafat semasa di Arafah. 9 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  10. 10. MINGGU KEENAM (6) SAMBUNGAN RUKUN HAJIMODUL 5.2.3 Tawaf - Maksud Tawaf. - Dalil Tawaf. - Jenis-jenis Tawaf. - Syarat-syarat sah Tawaf. - Sunat-sunat Tawaf. - Tawaf Wada’. - Maksud Tawaf Wada’. - Hukum Tawaf Wada’ dan Dam. - Pengecualian Tawaf Wada’. - Tempoh Uruf selepas Tawaf Wada’. - Perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan selepas Tawaf Wada’. 10 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  11. 11. MINGGU KETUJUH (7) SAMBUNG RUKUN HAJIMODUL 5.2.4 Sa’ie - Maksud Sa’ie. -Dalil Sa’ie. - Syarat-syarat sah Sa’ie. - Sunat-sunat Sa’ie 5.2.5 Bercukur atau Bergunting - Maksud bercukur atau bergunting. - Dalil bercukur atau bergunting. - Maksud dan jenis Tahallul dalam Haji dan Umrah. - Perkara sunat ketika bercukur atau bergunting. 5.2.6 Tertib Pada Kebanyakan Rukun - Huraian maksud tertib pada kebanyakan rukun. 11 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  12. 12. MINGGU KELAPAN (8) WAJIB-WAJIB HAJIMODUL 6.1 Erti Wajib Haji 6.2 Huraian Perkara-Perkara Wajib Haji 6.2.1. Niat Ihram di Miqat - Maksud Miqat. - Dalil. - Jenis Miqat. - Tempat dan masa berniat. - Hukum niat sebelum dan selepas Miqat. 6.2.2 Menjaga Larangan Dalam Masa Ihram - Dalil larangan ihram. - Huraian larangan ihram. - Perkara yang dibolehkan daripada larangan ihram seperti cincin, tali pinggang, beg galas, Gelang Pengenalan Haji, sabun mandi, ubat gigi dan sebagainya. 12 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  13. 13. MINGGU KESEMBILAN (9) SAMBUNGAN WAJIB HAJIMODUL 6.2.3 Mabit di Muzdalifah - Maksud Mabit di Muzdalifah. - Dalil. - Tarikh dan masa Mabit. - Amalan-amalan sunat ketika Mabit di Muzdalifah. - Uzur Syarie dari Mabit di Muzdalifah. 6.2.4 Melontar Jamrah Kubra - Masa, tarikh, tempat melontar dan pengenalan jamrah. - Syarat-syarat sah melontar. - Sunat-sunat melontar. 6.2.5. Mabit di Mina - Maksud mabit di Mina. - Dalil. - Tarikh dan masa Mabit. - Amalan-amalan sunat ketika Mabit di Mina. - Uzur Syarie dari Mabit di Mina. - Takrif dan kaifiyat Nafar Awwal Dan Nafar Thani. 6.2.6 Melontar Tiga Jamrah - Masa, tarikh, tempat melontar dan pengenalan jamrah. - Syarat-syarat sah dan sunat-sunat melontar. - Syarat dan kaifiyat wakil lontar. - Uzur Syarie dari melontar jamrah. 13 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  14. 14. MINGGU KESEPULUH (10) DAM MODUL 1. DAMMaksudKonsep Dam. 2. Dalil 3. Tujuh Bahagian Dam 4. Jenis-jenis DamTertib Dan TaqdirTakhyir Dan TaqdirTertib Dan Ta’dilTakhyir Dan Ta’dil MINGGU KESEBELAS (11) CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI MODUL 1. Cara Mengerjakan Haji 1.1 Haji Tamattu’ 1.2 Haji Ifrad 1.3 Haji Qiran 14 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  15. 15. MINGGU KEDUA BELAS (12) KESIHATANMODUL 1.1 Panduan Penjagaan Kesihatan Sebelum ke Tanah Suci 1.1.1 Memahami keadaan di Tanah Suci. 1.1.2 Pemeriksaan kesihatan bakal haji. 1.1.3 Persiapan kesihatan sebelum ke Tanah Suci. 1.1.4 Nasihat khas kepada jemaah haji wanita. 1.2 Penjagaan Kesihatan Semasa Di Tanah Suci 1.2.1 Kemudahan perkhidmatan kesihatan di Tanah Suci. 1.2.2 Penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh jemaah haji di Tanah Suci. 1.2.3 Ubat yang terdapat di klinik-klinik Malaysia di Tanah Suci. 1.3 Nasihat Am Untuk Jemaah Haji 1.3.1 Merokok. 1.3.2 Bakal haji wanita yang hamil. 1.3.3 Peringatan khas kepada jemaah haji yang melanggar peraturan kesihatan. 1.3.4 Nasihat apabila pulang ke Tanah Air. 15 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  16. 16. MINGGU KETIGA BELAS (13) KESEMPURNAAN TAHARAH DAN SOLATMODUL 1.1 Wuduk dan Tayammum 1.1.1 Definisi, hukum dan falsafah. 1.1.2 Kaifiyat wuduk yang betul (Rukun/Sunat). 1.1.3 Kaifiyat Tayammum (Anggota Tayammum) 1.1.4 Mereka yang diharuskan Tayammum. 1.1.5 Qaul Marjuh Mazhab Syafi’e mengenai pembatalan wuduk. 1.1.6 Pemakaian Khuf. 1.2 Solat 1.2.1 Definisi, hukum dan falsafah. 1.2.2 Kaifiyat solat yang betul. 1.2.3 Syarat-syarat sah solat (Rukun/Sunat). 1.2.4 Solat Jenazah. 1.2.5 Solat Jumaat (Kedudukan wanita Solat Jumaat). 1.2.6 Solat kerana menghormati waktu (Dalam pesawat). 1.2.7 Masbuq, Muwafiq dan Mufaraqah dalam solat. 1.2.8 Kaifiyat Solat dalam keadaan sakit. 1.2.9 Waktu-waktu yang diharamkan Solat Sunat. 1.2.10 Kaifiyat dan adab-adab iktikaf. 1.2.11 Sujud Sajadah 16 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  17. 17. MINGGU KEEMPAT BELAS (14) PERMASALAHAN WANITAMODUL 1.1 Permasalahan Wanita Semasa Menunaikan Fardu Haji (fokus isu haid) 1.1.1 Jenis-jenis darah. 1.1.2 Maksud Darah Haid. 1.1.3 Dalil. 1.1.4 Tanda-tanda wanita kedatangan haid. 1.1.5 Perbezaan Sifat Darah. 1.1.6 Maksud Fatrah al-Naqa’ dan Tempoh. 1.1.7 Ibadat yang boleh dilakukan semasa haid dan yang tidak boleh dilakukan semasa haid. 1.2 Hal-hal lain : o Masalah keputihan. o Angin yang keluar dari kemaluan hadapan. o Daim al-Hadath. -Pengambilan pil (tidak digalakkan) 17 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  18. 18. MINGGU KELIMA BELAS (15) ZIARAH MADINAHMODUL 1.1 Ziarah Madinah 1.1.1 Kelebihan Ziarah Madinah Perbezaan Tanah Haram Madinah dengan Tanah Haram Makkah. 1.1.2 Masjid Nabawi Kelebihan Masjid Nabawi. Kelebihan Beribadat di Masjid Nabawi. 1.1.3 Ziarah Maqam Rasulullah S.A.W. dan Dua Sahabat Adab-Adab Ziarah Maqam Rasulullah S.A.W. dan Dua Sahabat. 1.1.4 Rawdah Kelebihan Rawdah. 1.1.5 Perkuburan Baqi’ Kelebihan Perkuburan Baqi’. Adab-Adab Ziarah Perkuburan Baqi’. 1.1.6 Masjid Quba’ Sejarah Masjid Quba’. 1.1.7 Masjid Qiblatain Sejarah Masjid Qiblatain. 1.1.8 Masjid Tujuh 1.1.9 Jabal Uhud Sejarah Jabal Uhud. 18 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  19. 19. MINGGU KEENAM BELAS (16) PENGURUSAN HAJIMODUL1.1 Pengurusan Haji di Tanah Air 1.1.1 Penjelasan mengenai tanggungjawab Tabung Haji di Malaysia, seperti pendaftaran haji, kuota haji,wang perbelanjaan haji dan lain-lain. 1.1.2 Penjelasan tanggungjawab Tabung Haji bersama agensi kerajaan, seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigeresen dan lain-lain. 1.1.3 Penjelasan tanggungjawab Kerajaan Arab Saudi di Malaysia seperti pengeluaran Visa Haji.1.2 Pengurusan Haji di Tanah Suci 1.2.1 Penjelasan tanggungjawab Tabung Haji di Tanah Suci, seperti penyewaan rumah kediaman jemaah haji, rombongan haji dan lain-lain. 1.2.2 Penjelasan mengenai tanggungjawab Kerajaan Arab Saudi di Tanah Suci melalui agensi-agensi seperti berikut:- • Muassasah Asia Tenggara. • Muassasah Adilla’. • Wakil Bersatu (United Agent). 1.2.3 Panduan Penggunaan Kemudahan di Hotel/ Pesawat/ Lapangan Terbang dan Masjid di Tanah Suci serta Perkhidmatan Tambahan yang disediakan. 19 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  20. 20. MINGGU KEENAM BELAS (17) LATIHAN AMALIMODUL 1.1 Pakaian Ihram Lelaki/ Wanita 1.1.1 Kain ihram lelaki. 1.1.2 Pakaian ihram perempuan (tidak ada pakaian khusus). 1.1.3 Perbezaan cara memakai kain ihram lelaki (biasa dan Idtiba’). - Lelaki - Contoh keperluan amali - Kain ihram yang lengkap dengan tali pinggang/jenis kasut yang dibenar semasa dalam ihram/cara menggantung buku doa atau beg selendang. - Wanita – Contoh keperluan amali – Pakaian/ kain telekung yang sesuai, jenis stoking yang dibenarkan.– Fokuskan kepada had aurat muka/rambut/tangan. Penekanan - elakkan pakaian atau telekung yang nipis dan sempit sehingga menampakkan bayangan kulit dan bentuk anggota badan. 1.2 Tawaf 1.2.1 Kawasan Tawaf. 1.2.2 Empat penjuru Kaabah. 1.2.3 Pintu Kaabah dan Multazam. 1.2.4 Kelambu Kaabah. 1.2.5 Maqam Ibrahim. 1.2.6 Hijr Ismail. 1.2.7 Bacaan semasa Tawaf. - Keperluan amali – Sebuah model Kaabah, Maqam Ibrahim dan Hijr Ismail yang lengkap dan diletakkan petunjuk seperti Hajarul Aswad, Multazam, Nama-nama penjuru, Syazarwan dan sebagainya. 20 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  21. 21. 1.3 Menunjukkan Cara Tawaf 1.3.1 Niat (sunat/wajib) dan mengisyaratkan tangan. 1.3.2 Kawasan permulaan Tawaf dan tamat Tawaf. 1.3.3 Mengirikan Kaabah 1.3.4 Tidak menyentuh Kaabah/Hijr Ismail/Syazarwan/Kelambu Kaabah dan Hajarul Aswad semasa tawaf. 1.3.5 Tidak masuk kawasan di antara Kaabah dan Hijr Ismail 1.3.6 Tawaf di tingkat atas Masjidil Haram. 1.3.7 Tawaf cara menggunakan kerusi roda. 1.4 Sa’ie 1.4.1 Kawasan Sa’ie. 1.4.2 Kaki Bukit Safa dan kaki Bukit Marwah. 1.4.3 Kawasan Batnul Wadi. 1.4.4 Bacaan semasa Sa’ie. 1.4.5 Kawasan berlari-lari anak. 1.4.6 Jarak antara kaki Bukit Safa ke kaki Bukit Marwah.- Keperluan amali – Kawasan yang dapat memberi ruang kepada peserta berjalan secara kumpulan dan berlari-lari anak. Penanda bagi kaki Bukit Safa dan kaki Bukit Marwah. Menggunakan tiang atau objek yang sesuai dijadikan sebagai penanda kawasan lampu hijau untuk berlari-lari anak. 1.5 Menunjukkan Cara Sa’ie 1.5.1 Niat (sunat/wajib) dan mengisyaratkan tangan. 1.5.2 Kawasan permulaan Sa’ie dan tamat Sa’ie. 1.5.3 Cara berlari-lari anak. 1.5.4 Cara Sa’ie menggunakan kerusi roda. 1.5.5 Sa’ie di tingkat atas Masjidil Haram. 21 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  22. 22. 1.6 Melontar Jamarat 1.6.1 Tunjukkan tempat jamarat dan jarak antara satu jamrah ke jamrah, terangkan cara pengenalan atau membezakan sesuatu jamrah. 1.6.2 Cara Melontar- Gaya lontaran lelaki dan wanita (penjagaan aurat wanita semasa melontar). 1.6.3 Adab ketika melontar jamrah. 1.6.4 Melontar di tingkat atas. - Keperluan amali - Contoh anak-anak batu dan modul jamrah yang lengkap dengan takungan dan mempunyai tiang tengah atau menggunakan objek/ peralatan yang praktikal dan munasabah serta mempunyai takungan (batu dapat masuk ke dalamnya jika dilakukan lontaran), contoh seperti bekas air yang besar atau sebagainya. 22 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  23. 23. PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS HAJI INTENSIF (KHI)1. PENGENALAN KHI Kursus Haji Intensif (KHI) adalah lanjutan daripada Kursus Haji Bersiri. Ia dilaksanakan selama dua (2) hari dengan memberi penekanan kepada tajuk-tajuk khusus seperti jenis haji dan cara pelaksanaannya. Kursus ini diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban. Peserta kursus terdiri daripada mereka yang telah terpilih dan kategori calon menunggu menunaikan haji pada tahun semasa. Peserta akan ditetapkan mengikut pecahan kumpulan dalam jumlah antara 100- 150 orang dalam setiap kumpulan, mereka diwajibkan hadir ke kursus ini. Kursus ini diadakan di dewan atau masjid yang terpilih di setiap daerah. Kursus ini diadakan sebelum Kursus Haji Khas.2. OBJEKTIF KHI Matlamat KHI ialah: i. Memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih khususnya mengenai jenis dan cara pelaksanaan haji; ii. Melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna; dan iii. membantu mendapat haji yang mabrur. 23 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  24. 24. MODULKURSUS HAJI INTENSIF 24 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  25. 25. MODUL KURSUS HAJI INTENSIFHARI PERTAMA Masa Aktiviti Jangkamasa8.00 pagi – Pendaftaran 30 minit8.30 pagi8.30 pagi – Taklimat Urusetia/Bacaan Doa 15 Minit8.45 pagi Pembukaan dan Talbiah 3 kali9.00 pagi – Ujian Sebelum Kursus9.30 pagi9.30 pagi – Minum Pagi (peserta menukar 30 minit10.00 pagi pakaian ihram selepas makan)10.00 pagi – 12.30 Talbiah 3 kalitgh Penerangan dan Praktikal Ibadat 2 jam 30 minit /Miqat Niat/Tawaf/Sa’ie/Melontar12.30 tgh – Makan Tengah Hari / Solat Zohor2.00 petang2.00 petang - 3.30 Talbiah 3 kalipetang Perbezaan Rukun Haji dan Wajib 1 jam 30 minit Haji 25 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  26. 26. 3.30 petang - 5.00 Talbiah 3 kalipetang Cara Pelaksanaan Haji 1 jam 30 minit - Ifrad – Tamattu’ – Qiran Talbiah 3 kali sebelum bersuraiHARI KEDUA Masa Aktiviti Jangkamasa8.30 pagi – Talbiah 3 kali9.30 pagi Ceramah Khas Wanita 1 jam -Masalah Haid -Adab dan ’Aurat9.30 pagi – Talbiah 3 kali10.30 pagi Kaifiyat Solat Jenazah dan 1 jam Ziarah Madinah10.30 pagi - 10.45 Minum Pagipagi10.45 pagi - 12.45 Talbiah 3 kalitgh Amali Senaman Ringan dan 15 minit Ceramah Kesihatan 1 jam 45 jam12.45 tgh – Makan Tengah Hari / Solat Zohor2.00 petang 26 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  27. 27. 2.00 petang - 2.30 Ujian Selepas Kursuspetang2.30 petang - 4.30 Talbiah 3 kalipetang Ceramah Pengurusan Haji 2 jam4.30 petang - 5.00 Serahan Kertas Jawapanpetang Talbiah 3 kali dan Penutup/Bersurai 27 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  28. 28. PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS HAJI KHAS (KHK)1. PENGENALAN KHK Kursus Haji Khas (KHK) adalah kursus lanjutan daripada Kursus Haji Intensif. Ia dilaksanakan selama satu (1) hari dengan memberi penekanan kepada sesi amali ibadat haji. Peserta kursus seperti berikut : i. Mereka yang tidak tahu membaca dan menulis serta yang dan gagal dalam sesi ujian kefahaman sesi kedua dalam Kursus Haji Intensif (39% ke bawah); ii. mereka yang Kursus ini diadakan di dewan atau masjid yang terpilih di setiap daerah. Kursus ini diadakan sebelum Kursus Haji Perdana.2. OBJEKTIF KHK Objektif KHK ialah: i. Memberi pendedahan secara langsung cara mengerjakan haji melalui amali kepada warga emas dan mereka yang tidak dapat menulis dan membaca; dan ii. melatih secara praktikal amalan haji dengan pelajaran seimbang ke arah keberkesanan bimbingan ibadat haji kepada jemaah haji yang terbabit. 28 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  29. 29. MODUL KURSUS HAJI KHASMODUL 29 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  30. 30. MASA PERKARA8.30 pagi Kehadiran jemaah dan pendaftaran9.00 pagi - Praktikal Umrah Dan Pemasalahan - Niat - Tawaf - Sa’ie - Tahallul - Tertib12.30 tengah hari - Makan tengah hari - Solat2.00 petang - Praktikal Haji Dan Permasalahan - Niat - Wuquf - Mabit Muzdalifah - Mabit Mina - Melontar di Jamratu Kubra - Tahallul Awal - Mabit Mina - Melontar ketiga –tiga jamrah pada 11 Zulhijah - Mabit pada malam 12 Zulhjjah - Melontar ketiga –tiga jamrah pada 12 Zulhijah dan Nafar Awwal (pilihan bagi Nafar Awwal) - Mabit dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijah dan Nafar Thani (pilihan untuk Nafar Thani) - Tawaf Haji - Sa’ie Haji4.30 Petang - Bersurai 30 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  31. 31. PELAKSANAAN HAJI TAMATU’MEMASUKI MAKKAH DENGAN MENGERJAKAN UMRAHBil Amalan Umrah Penceramah Petugas1 -Niat ihram umrah @Memberi tujuk ajar cara pakai @Membawa jemaah (Rukun) kain ihram yang betul (Ittiba’ dan haji keluar dari -Niat di Miqat biasa) tempat kursus sejauh (Wajib) @Penerangan sunat-sunat ½ km sebagai tempat -Larangan Dalam sebelum dan selepas pakai ihram Miqat (Bir Ali) Ihram @Penerangan yang jelas tentang @Sediakan kain (Wajib) larangan dalam ihram dan dam rentang (Nama Miqat) jika melakukan kesalahan. @Lafaz niat ihram umrah @Penerangan mengenai Miqat -Makani dan Zamani -Miqat Haji -Miqat Umrah2 Tawaf @Penerangan tentang pengertian @Di kawasan lapang (Rukun) tawaf jarak kurang lebih ½ @Maklumat tentang Kaabah km dari tempat Miqat @Syarat-syarat tawaf @Sediakan set model @Jenis-jenis tawaf Kaabah lengkap untuk @Sunat-sunat tawaf amali @Permasalahan tawaf @Tunjuk cara tawaf yang betul @Amali tawaf 7 pusingan lengkap 31 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  32. 32. Bil Amalan Umrah Penceramah Petugas3 Sa’ie @Penerangan mengenai sa’ie @Jarak lebih kurang (Rukun) @Pengenalan tempat sa’ie ¼ km dari Kaabah @Syarat sa’ie @Sediakan peralatan @Kawasan sa’ie berkaitan Bukit Safa @Amali sa’ie yang betul dan Marwah serta @Permasalahan sa’ie kawasan bertanda hijau4 Tahallul @Tunjuk ajar cara bercukur dan @Sediakan gunting (Bergunting atau bergunting yang betul untuk bergunting atau Bercukur) @Permasalahan bercukur atau pisau cukur (Rukun) bergunting5 Tertib @Terang kepada peserta @Membantu (Rukun) mengenai tertib pada kebanyakan Penceramah rukun @Permasalah berkaitan dengan perkara tersebutMENGERJAKAN HAJIBil Amalan Haji Penceramah Petugas1 -Niat ihram haji @ Memberi tujuk ajar cara @Tempat kursus (Rukun) memakai kain ihram yang betul sebagai Miqat Haji -Niat di Miqat (ittiba’ dan biasa) (Tanah Haram) (Wajib) @Penerangan sunat-sunat @Memandu jemaah -Larangan Dalam sebelum dan selepas pakai ihram haji keluar dari Ihram @ Penerangan yang jelas tentang tempat kursus sejauh (Wajib) larangan dalam ihram dan dam ½ km menuju jika melakukan kesalahan. kawasan Arafah 32 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  33. 33. @ Lafaz niat ihram haji (Tempat Wuquf) @ Penerangan mengenai Miqat -Makani -Zamani -Miqat Haji2 Wuquf @ Penerangan mengenai Arafah @Pandu Jemaah (Rukun) @ Waktu wuquf berwukuf jarak antara @ Perkara yang mesti dilakukan Makkah ¼ km semasa wuquf @Sediakan kawasan @Syarat-syarat wuquf wuquf untuk amali @Amalan wuquf @Permasalahan wuquf3 Mabit Di @Penerangan mabit di @Sediakan pandu Muzdalifah Muzdalifah arah menuju (Wajib) @Waktu mabit di Muzdalifah Muzdalifah. Jarak @Amalan-amalan sunat antara Arafah ¼ km @Permasalahan dalam perkara Muzdalifah4 Mina- @Pengenalan Mina @ Jarak antara Jamrah Kubra 10 - Mina Jamrah, Muhassir Muzdalifah kurang Zulhijjah (marhalah thalithah)dan Lebih ½ km (Wajib) Muassim (cth : jarak ke @Sediakan pandu tempat jamrah dan arah ke Mina penempatan dan @Sedia tiga jamrah kemudahan) untuk lontaran dan @Waktu melontar Jamrah Kubra namakan jamrah @Syarat-syarat melontar tersebut @ Amalan haji pada Hari Nahar @Sediakan batu @Tunjuk cara melontar yang untuk lontaran 33 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  34. 34. sempura @Sediakan pisau @Tahallul Awwal cukur dan gunting @Penerangan berkaitan dengan untuk bergunting tahallul selepas melontar @Permasalahan semasa melontar @Amali melontar 7 lontaran Tahallul Awwal @Tunjuk ajar cara bercukur dan bergunting yang betul semasa berada di Mina @Permasalah bercukur dan bergunting5 Mabit Di Mina @Penerangan pertukaran hari @ Bantu Penceramah 11 Zulhijjah dalam Islam (Wajib) @Waktu mabit @Amalan pada masa mabit @Permasalah mabit6 Mina- melontar @Penerangan melontar ketiga- @Sediakan arah ketiga-tiga jamrah tiga jamrah (cth jarak antara menuju ketempat pada 11 Zulhijjah penginapan ke jamrah dan jarak Jamrah (Wajib) antara jamrah ke satu jamrah @Pastikan jemaah yang lain) semuanya melontar @Masa masuk waktu melontar @Amalan semasa melontar @Tujuk cara melontar ketiga- tiga jamarah dengan cara yang betul @Permasalahan semasa 11 Zulhijjah 34 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  35. 35. Bil Amalan Haji Penceramah Petugas7 Mina- Mabit Di @Kiraan waktu mabit @Bantu Penceramah Mina @Waktu mabit 12 Zulhijjah @Amalan pada masa mabit (Wajib) @Permasalahan Mina8 Mina- melontar @Melontar ketiga-tiga jamrah @Sediakan arah ketiga-tiga jamrah @Masa masuk waktu melontar menuju ketempat pada 12 Zulhijjah @Amalan semasa melontar Jamrah (Wajib) @Tunjuk cara melontar ketiga- @Pastikan jemaah tiga jamrah dengan cara yang semuanya melontar betul @Syarat-syarat Nafar Awwal @Permasalahan Nafar Awwal9 Mabit Di Mina @Penerangan kiraan waktu mabit @Bantu Penceramah 13 Zulhijjah @Waktu mabit (Wajib) @Amalan pada masa mabit10 Mina- melontar @Melontar ketiga-tiga jamrah @Sediakan arah ketiga-tiga jamrah @Masa masuk waktu melontar menuju ke tempat pada 13 Zulhijjah @Amalan semasa melontar Jamrah (Wajib) @Tunjuk cara melotar ketiga- @Pastikan jemaah tiga jamrah dengan cara yang semuanya melontar betul @Nafar Thani @Permasalahan semasa di Mina 35 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  36. 36. Bil Amalan Haji Penceramah Petugas11 Tawaf @Penerangan tentang pengertian @Di kawasan lapang (Rukun) tawaf jarak kurang lebih ½ @Maklumat tentang Kaabah km dari Mina @Syarat-syarat tawaf @Sediakan set model @Jenis-jenis tawaf Kaabah lengkap @Sunat-sunat tawaf untuk amali @Permasalahan tawaf @Tunjuk cara tawaf yang betul @Amli tawaf 7 pusingan dengan lengkap @Wanita dalam keadaan haid12 Sa’ie @Penerangan mengenai sa’ie @Jarak lebih kurang (Rukun) @Pengenalan tempat sa’ie ¼ km dari Kaabah @Syarat sa’ie @Sediakan peralatan @Kawasan sa’ie tentang Bukit Safa @Amali sa’ie yang betul dan Bukit Marwah @Sa’ie bersama jemaah serta kawasan @Permasalahan sa’ie bertanda hijau13 Tahallul (Tahallul @Penerangan berkenaan tahallul Thani)(Rukun)14 Tertib @Terang kepada Jemaah @Membantu (Rukun) mengenai tertib pada kebanyakan Penceramah rukun @Permasalahan berkaitan dengan perkara tersebut 36 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  37. 37. PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS HAJI PERDANA (KHP)1. PENGENALAN KHP Kursus Haji Perdana (KHP) adalah kursus terakhir yang akan diikuti oleh jemaah haji Malaysia. Ia dilaksanakan selama satu hari setengah (1½ hari) dengan memberi penekanan amali ibadat, seperti tawaf, sa’ie, wuquf, mabit dan melontar. Kursus dilaksanakan pada bulan Syawal di peringkat pejabat TH negeri. Walau bagaimanapun bagi negeri Malaysia Timur, disebabkan oleh faktor geografi dan kemudahan pengangkutan yang terhad, pelaksanaannya dibuat diperingkat daerah iaitu dalam bentuk Taklimat Haji Perdana selama satu hari sahaja. Peserta kursus terdiri daripada mereka yang terpilih menunaikan haji pada tahun semasa.2. OBJEKTIF KHP Objektif KHP ialah : i Melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang mantap dari sudut ibadat, khususnya amali ibadat haji sebagai persiapan terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci; ii mendedahkan kepada peserta kursus suasana dan persekitaran jemaah haji yang ramai semasa melaksanakan ibadat haji; iii memberi maklumat mutakhir berhubung pengurusan haji sama ada di tanah air atau Tanah Suci. 37 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  38. 38. MODULKURSUS HAJI PERDANA 38 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  39. 39. MODULHARI PERTAMA AKTIVITI Masa Aktiviti2.30 petang - Pendaftaran Peserta3.30 petang - Taklimat Kursus4.30 petang - Solat Asar (berpakaian ihram-niat ihram umrah(waktu sebenar adalah sebagai latihan)/Minum petangmengikut negerimasing)5.30 petang - Praktikal Ibadat Umrah(Tawaf Umrah, Sa’ie Umrah dan Tahallul Umrah)7.00 malam - Makan Malam7.30 malam - Solat Maghrib /Isyak (berpakaian ihram)(waktu sebenar adalahmengikut negerimasing)9.00 malam - Perasmian dan Ceramah/Forum – Falsafah dan Haji Mabrur (berpakaian ihram)11.00 malam - Sesi Taklimat dan Praktikal Ibadat Haji (Wuquf, Mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar Jamrah serta Tahallul Awwal Haji)12.30 malam - Minum Malam / Tidur 39 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI
  40. 40. HARI KEDUA AKTIVITI5.00 pagi - Siap sedia untuk Solat Subuh(waktu sebenar adalahmengikut negerimasing)6.00 pagi - Taklimat Tawaf Haji, Sa’ie Haji dan Tahallul Thani Haji6.30 pagi - Praktikal Tawaf Haji dan Sa’ie Haji (berpakaian biasa)8.00 pagi - Sarapan Pagi9.00 pagi - Ulasan Ketua Pembimbing Ibadat10.00 pagi - Taklimat Pengurusan oleh Pengarah TH11.00 pagi - Bacaan Doa Penutup oleh Ketua Pembimbing Ibadat dan Bersurai 40 BIMBINGAN HAJI – LAMAN WEB TABUNG HAJI

×