Kkd2063 khairiah abdulkadird20121061507kepentingan sahsiah

  • 868 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
868
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
13
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KDK 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH TAJUK TUGASAN 2 Sejauhmana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu anda dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh membantu memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan beserta contoh. KUMPULAN EL AO3(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON KHAIRIAH BT ABDUL KADIR D20121061507 019-5586942NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR DR. ABDUL MALEK BIN ABDUL RAHMANTARIKH SERAH: 8 DECEMBER 2012 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Perkara M.Surat 1 Definasi 3 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah 3 3 Ciri-ciri Sahsiah Unggul 3 Mengetahui atribut atau ciri persamaan dan perbezaan 4 4 individu. 5 Perubahan Sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri 5 6 Proses Pertumbuhan Kendiri 5 7 Memerihal Sahsiah Secara Menyeluruh 6 Mencorakkan kendiri serta mengawal dan memperbaiki 8 7 tingkahlaku. 9 Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti 8 10 Penjelasan secara teoritikal 9 Mengukur dan menilai serta mengklasifikasi personality 11 dan membentuk intervensi yang sesuai kea rah 10 perubahan personality yang unggul 12 Rumusan 11 13 Rujukan 12 2
  • 3. 1 DefinasiPembangunan sahsiah merupakan semua tingkahlaku yang tetap yang pasti pada sesaorangindividu, namaun ia berbeza bagi setiap individu. Setiap tingkahlaku mewakili perwatakanseseorang individu yang dapat dilihat dan dinilai melalui tingkahlaku yang ditunjukkan.2 Kepentingan Pembangunan Sahsiaha) Ciri-ciri Sahsiah UnggulTerdapat 4 aspek bagi ciri-ciri Pembangunan sahsiah:- i) Kognitif – cara berfikir, cara menangani stress, keperluan bekerja/belajar. Cara urus diri. ii) Fizikal – Cara menunjukkan tingkahlaku, cara bergaya , cara urus diri. iii) Sosial – cara beinteraksi, cara orang lain menerima diri,cara member dan menerima pendapat. iv) Rohani – hubungan dengan tuhan, semangat jiwa, dan konsep diri.Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu bergantung kepada 4 aspek. Individu akan mengalamiperubahan sama ada positif atau negatif. Proses sebegini adalah lumrah bagi prosespertumbuhan kendiri. 3
  • 4. Berikut adalah ciri-ciri sahsiah unggul Mesra Baik hati Sopan santun Sensitif Rebut peluang Rebut peluang Beri peluang Bertolenrasi Bermatlamat Berani Menolong Tenang Dominan Sabar Periang Optimis Boleh dipercayai Teratur Pragmatik Bercita-cita Mesra Bijaksana Sensitif Pemurahb) Mengetahui atribut atau ciri persamaan dan perbezaan individu. Papalia (2001) mengatakan manusia berbeza dari segi jantina, berat, tubuhbadan,kesihatan, tenaga personaliti dan emosi. Begitu juga dengan faktor persekitaran, gaya hidup dansosio ekonomi keluarga, persekitaran sekolah dan rumah juga komuniti masyarakat. Jaclin(1974) menyatakan kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki, sedangkanmurid lelaki lebih dari segi kecerdasan ruang. Sheldon (1942) menyatakan terdapat perbezaanpembangunan sahsiah berlaku melalui endomorph (pergaulan), Mesomorf (tubuh badan),Ektomorf (perasaan). Kagan (1965) membahagikan gaya kognitif kepada dua iaitu reflektif danimpulsif. Terdapat banyak lagi pendapat dan pandangan dari pakar pengkaji tentang ciripersamaan dan perbezaan dalam pembentukan pembangunan sahsiah. Sebagai individu sudahtentu kita dapat melihat ciri-ciri ini dikalangan rakan sekerja, pelajar juga ahli keluarga melaluipengalaman dan pemerhatian. 4
  • 5. c) Perubahan Sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri Secara asasnya kita berminat ntuk mengetahui lebih mendalam tentang diri kita dan diriorang lain. Dalam menganalisa perlakuan diri sendiri kita begitu susah untuk menentukan corakpengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi membantu pelajar selaras dengan keupayaan dankekuatan diri walaupun rakan yang lain telah dapat memilih dan membuat keputusan. Kita jugamungkin berfikir sejenak mengapa kita begitu kompetetif dengan guru yang lain ketikamenjalankan tugas sedangkan berada dan bertugas dalam satu sekolah yang sama, kelabpersatuan yang sama. Mengambil kira semula pengalaman-pengalaman yang dilalui denganindividu yang lain dalam bidang sebenarnya dapat membantu diri untuk membuat perubahanyang adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. Ketika proses perubahan, kitaberhadapan dengan konflik dalaman dan penyelesaian tersebut membawa diri kepada tahapperingkat pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup.Menurut Ryckman (2004),pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahapproduktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang dalam bidang sosial.d) Proses Pertumbuhan Kendiri Pertumbuhan kendiri adalah bermula dari faktor baka , faktor persekitaran, faktorlatarbelakang, faktor asuhan, faktor pemakanan, faktor sosioekonomi dan faktor sekolah. Setiapfaktor menyumbangkan peranan bagi membentuk sahsiah setiap individu. Setiap individumemiliki sahsiah yang tersendiri. Ianya merupakan aras sesaorang kearah pencapaian diriindividu didalam kehidupan. Sahsiah yang ada pada sesaorang merupakan aset utama didalam 5
  • 6. kehidupan. Pembentukan pengalaman masa lalu dan masa hadapan adalah sangat bergantungkepada sahsiah yang terbina di dalam diri sesaorang. Apabila anda dijangka akan menjadi gurukanan pentadbiran, sudah tentu rakan sekeliling merasakan bahawa anda adalah seorang guruyang berkelayakan terutama sahsiah yang anda tunjukkan. Begitu juga seorang pelajar yanganda pilih sebagai ketua pelajar, sudah tentu kita akan memilih berdasarkan sahsiah sebagai salahsatu aras atau piawaian sesaorang. Sahsiah yang kita miliki boleh juga menghadkan ataumembolehkan individu mencuba atau memilih peluang yang ada. Contohnya pelajar yang tidakmahu berkongsi maklumat antara rakan dan pelajar yang selalu mengambil kesempatan ke atasrakan yang lain. (buli yang tidak nyata). Dengan ini sahsiah boleh membuatkan sesaorangberkelakuan terbuka atau tertutup diantara satu individu dengan individu yang lain begitu jugadengan dunia luar mereka. Menurut Schultz (2009) keupayaan memberi penjelasan itu bukansahaja membantu kita memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahu yang timbul , akan tetapiboleh memberikan kita rasa kawalan danlam kehidupan.e) Memerihal Sahsiah Secara Menyeluruh Apabila merujuk kepada sahsiah yang unggul ianya berkait dengan individu yang bersifatmesra, selesa untuk berhubung , peramah dan mudah bergaul. Adakah kita tahu sekerap manamereka menunjukkan keunggulan sahsiah mereka? Bagaimana pula dengan pelajar? Apakahcirri-ciri keunggulan sahsiah dapat ditonjolkan? Bagaimana pula caranya kita mengesan danmemilih mereka? Sebagai seorang guru kelas bagaimana kita menentukan cirri-ciri pelajar yangkita ingin pilih? Segala persoalan di atas merupakan bonus bagi kita memilih sesaorang yangmempunya sahsiah terpuji. Antara ciri-ciri sahsiah yang jelas kita lihat adalah senyuman, ucapan 6
  • 7. terimakasih dan salam, pertolongan secara spontan (bantu guru membawa barang), memberiucapan dan kata semangat, boleh bersosial dengan baik dan berbagai ciri lagi. Sebagai seorangguru, biasanya kita akan dapat mengetahui ciri-ciri pelajar yang diistilahkan sebagai pelajar yangbermasalah (teruk). Kemungkinan sebagai seorang guru juga kita akan bertemu atau dikurniakanpelajar yang menguji kita yang sering menunjukkan ciri permusuhan. Ciri pelajar bermasalahadalah seperti membuat hal sendiri, agresif, tidak mesra, sukar dibantu, degil (tidak mendengarkata),dan lain-lain ciri negatif. Kesimpulanya, sebarang keputusan tentang individu ianya adalahberdasarkan persepsi kita terhadap sahsiah yang ditonjolkan oleh setiap individu. Ianya adalahberbeza bagi setiap individu.f) Mencorakkan kendiri serta mengawal dan memperbaiki tingkahlaku. Melalui sahsiah diri, ia dapat membantu bagaimana membentuk pengalaman yang telahditempuhi mahu pun yang akan datang. Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaankita tentang masa depan akan mempengaruhi sahsiah diri kita. Berdasarkan pengalamankehidupan dan interaksi dengan pelbagai lapisan individu , biasanya sesaorang akan memperolehmakna atau idea apa maksud sahsiah. Kesannya ia boleh membantu sesaorang membuatperancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimana memberiakan tindakbalas padamasa akan datang bersesuaian dengan keadaan . Walau bagaimana pun tidak semua dapatmenerapkan pengalaman tersebut kedalam pengalaman baru yang bakal ditempuh. Kitamungkin mengenali diri, rakan sekerja, pelajar yang mempunyai masalah dalam keyakinan diriatau sering berahsia (sukar bersifat terbuka). Dapatkah individu yang berpengetahuan danberpengalaman membantu mereka keluar dari masalah itu? Bagaimana pula cara merekamembantu? 7
  • 8. Apabila kita benar-benar mengetahui tentang sahsiah seseorang, kita akan berupayamembuat jangkaan tentang tingkahlaku sesaorang. Dengan memahami diri sendiri dan orang lainkita juga akan dapat melakukan banyak perkara untuk mengatasi sesuatu situasi yang sukar.Sebagai seorang guru mengenalpasti keupayaan dan potensi pelajar adalah penting. Ia akanbanyak membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun semasa aktiviti luar.Mengenal dan memahami sahsiah pelajar berarti memudahkan guru menyelesaikan masalahindividu pelajar. Sebagai contoh semasa sedang berlaki pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas seorang pelajar kelihatan sangat aktif dan perfikiran positif, semasa disoal, pelajar ini dapatpula menjawab dengan cemerlang. Sebagai seorang guru sudah tentu akan melihat pelajar inimemiliki pembangunan sahsiah yang boleh dicontohi oleh pelajar di dalam kelas.g) Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Allport (1980) mendefinasikan personaliti sebagai tingkahlaku yang dinamik iaitusentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran yang dapat menyesuaikan diri dengan alamsekeliling mengikut cara yang tersendiri. Imam Al-Ghazali (1979) personaliti menunjukkankepada sifat yang terpuji seperti taubat, zuhud, syukur, sabar, tawakal dan redha. Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun sebaliknya mengikut peredaran masa.Namun ada pandangan yang mengatakan sebaliknya. Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yangstabil (Cervone danPervin, 2008). Mengapakah ini berlaku? Manusia berubah kemungkinankerana mereka belajar dari kesilapan. Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang,semakin sukar untuknya berubah. Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama keranamengubah pelbagai aspek yang ada dalam diri bukanlah suatu yang mudah. Terdapat banyak 8
  • 9. faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya. Oleh yangdemikian kefahaman tentang sahsiah dari pelbagai aspek dan landasan asas diperlukan bagimembolehkan perubahan personaliti dapat dicapai. Personaliti merupakan jangkaan tingkahlakusecara keseluruhan yang boleh di perhatikan dan dinilai dengan objektif oleh orang lain. Iamenggambarkan keseluruhan diri seseorang termasuklah cara berfikir, beraksi, beremosi,berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Faktor –faktoryang mempengaruhi personaliti adalah baka dan persekitaran.Faktor baka ialah :  Saiz badan  Kecerdasan  Penyakit  Tabiat  Emosi  KeluargaFaktor persekitaran ialah :  Suasana rumah  Pemakanan  Taraf sosio ekonomi keluarga  Pengaruh sekolah  Rakan sebaya  Pengalaman awal  Masyarakat dan kebudayaan  Media massa 9
  • 10. h) Penjelasan secara teoritikal Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah unggul atau sahsiah teruk adalahsuatu yang kompleks. Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh berubahberdasarkan situasi dan juga dengan siapa mereka berhubung. Pengalaman diri sedia ada hasildari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby, Day dan Macaskill(2007). Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaianbidang dan individu. Selain menggunakan pengalaman sedia ada, olahan makna dan idea secaraformal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu seseorang untuk lebih memahami danmembantu individu lain termasuk rakan sekerja, murid mahu pun diri sendiri secara efektif.i) Mengukur dan menilai serta mengklasifikasi personality dan membentuk intervensi yang sesuai kearah perubahan personaliti yang unggul. Adakah kita sedar yang pembentukkan sahsiah anda sebenarnya turut dipengaruhibeberapa teras yang lain? Secara asasnya, terdapat tiga teras utama yang turut mempengaruhifaktor yang telah dinyatakan iaitu wawasan Negara, Wawasan 2020, Falsafah PendidikanNegara (FPN) serta Etika Perguruan dan buat perbandingan. Berasaskan matlamat pembangunannegara, Malaysia mendokong wawasan dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagai sebuahnegara maju. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malahmerangkumi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaandan kebudayaan. Pendidikan wadah utama menentukan kemajuan dan kemakmuran negara, sekali gusmenjadi peneraju dalam membangunkan generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran 10
  • 11. dan berkeperibadian mulia. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikandilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.Matlamat akhirnya sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberisumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Mampu menghasilhan anak didik yangmempunya sahsiah dan personaliti positif. Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasiatau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar. Ia bermula daripada cara gurumengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara secara berkesan. Mereka mesti memahami agendatransformasi yang dilaksanakan. Justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikutirentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan. Guru perlu mempunyai rasapertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi masing-masing.Rumusan Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan mengalami perubahan. Prosesyang dialami ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat sebagai proses pertumbuhankendiri. Dengan memahami situasi, jenis individu yang kita berhubung serta peraturan, kesemuaini akan menggambarkan diri individu. Apabila kita dikatakan memahami seseorang denganbaik, bijak membuat keputusan dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan, iasebenarnya bermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkan sahsiah secara menyeluruh danobjektif. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita untuk mendapatkan gambaran tentangkeperibadian sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Ini kerana melalui pemahaman teorikita akan berupaya menapis unsur biasa pengalaman peribadi dalam memahami sahsiah diri danjuga orang lain. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan peningkatan usia, sahsiah 11
  • 12. juga merupakan satu unsure yang stabil. Oleh demikian, sebagai guru kita dapat menjalankantugas dengan lebih baik kerana dapat membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku yangdipamerkan oleh rakan sekerja dan murid. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah.Walaupun secara dasarnya, manusia mempunyai faktor yang sama, namun kita menggunakanfaktor yang berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah diri.RujukanModul KDK2063 (Kepentingan Pembangunan Sahsiah) UPSIhttp://berita-harian-online.com/minda-guru-pencetus-transformasi/http://ppgupsisesamakita.blogspot.com/search/label/Tips%20atau%20panduahttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/04/tajuk-2_kepentingan-pembangunan-sahsiah.pdfhttp://ppgusm.com/mod/forum/discuss.php?d=164http://www.scribd.com/doc/53258694/46/Faktor-faktor-yang-mempengaruhi-personaliti 12