Your SlideShare is downloading. ×
0
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Standard guru malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Standard guru malaysia

916

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
916
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
87
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide
  • Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan ialah suatu usaha untuk membentuk guru yang memiliki towering personality dan mempunyai world view ke arah melahirkan guru yang unggul.
  • Kerangka Konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan: Nilai-nilai utama dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan adalah berlandaskan Tujuh Dimensi Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG) yang juga mengambil kira Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam, Prinsip Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Tonggak Dua Belas.
  • Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan: 1. Domain Diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan. 2. Domain Profesion ialah pegangan nilai yang diperoleh dan dikembangkan semasa mengikuti latihan keguruan. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini termasuklah menjaga imej profesion dengan keterampilan diri yang sesuai, kecintaan terhadap profesion dan menjaga integriti profesion keguruan semasa menjalankan tugas. Guru patut menjadi teladan kepada murid, rakan sejawat dan masyarakat, dan mengamalkan semangat kerja sepasukan. Selain itu, guru patut mempunyai sikap proaktif dalam melaksanakan amanah, berfikiran kreatif, dan sentiasa bermotivasi serta berupaya merangsang minat belajar dalam kalangan murid.   3. Domain Sosial : Guru patut berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, domain sosial perlu dititikberatkan dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan ketika guru berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran.
  • Domain Diri: Kepercayaan kepada Tuhan merujuk kepada pegangan hati dan keyakinan terhadap wujudnya zat yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan berkuasa terhadap segala sesuatu. Kepercayaan ini dimanifestasi melalui penganutan agama. Penghayatan kepada agama ini akan memberi panduan hidup yang positif kepada penganutnya. Amanah : Guru patut menerima tugas dan tanggungjawab sebagai satu amanah yang mesti dilaksanakan. Apabila bidang pendidikan dianggap sebagai satu amanah maka unsur-unsur yang berkaitan dengan kepentingan peribadi, sifat-sifat negatif, tindakan-tindakan yang tidak profesional akan dapat dihindari. Ikhlas : Guru patut menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara dengan semangat sukarela, berintegriti dan akauntabiliti. Menjalankan tugas dengan suci hati untuk mendapat keredhaan Tuhan. Berilmu : Guru patut berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk menimba ilmu sebagai satu amalan hidup demi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri. Kasih sayang merupakan suatu nilai murni yang sangat utama bagi seseorang guru. Setiap agama menekankan aspek kasih sayang dalam ajarannya. Dengan kasih sayang, pendidikan akan lebih berkesan demi menjaga kesejahteraan murid. Kesabaran merupakan kesediaan guru menerima segala cabaran dan dugaan dengan tenang, memikirkan, dan berusaha menyelesaikannya dengan sistematik dan tidak mudah berputus asa. Kesabaran akan meningkatkan kewibawaan guru. Budi bahasa merupakan jati diri rakyat Malaysia. Kekuatan budaya dan sistem nilai masyarakat sebenarnya menjadi kayu ukur dan petunjuk kepada kemajuan sesebuah negara. Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkaya lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi kepada generasi seterusnya. Usaha kita mempertahankan budaya perlu juga disertai oleh aspek tingkah laku berbudi bahasa. Sifat adil berkait rapat dengan sifat kejujuran, kesaksamaan, dan tindakan yang mengambil kira semua aspek dalam membuat keputusan. Seseorang guru hendaklah bersikap adil terhadap dirinya dan semua pihak yang berkaitan dengan amalan profesional dan peribadi. Bertimbang rasa ialah perasaan kasih, simpati, empati dan belas kasihan kepada manusia dan makhluk lain. Dalam mengambil dan membuat sesuatu keputusan atau tindakan, seseorang guru haruslah mengutamakan sifat bertimbang rasa agar keharmonian dapat diwujudkan. Daya Tahan, Daya Saing, Tahan Lasak : Guru patut menghadapi dan menyelesaikan masalah atau situasi yang mencabar dirinya dengan tenang dan proaktif serta tidak mudah berputus asa. Di samping itu, guru mempunyai semangat persaingan yang sihat. Cergas Aktif dan Sehat : Guru patut melibatkan diri secara aktif dan konsisten dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti anjuran organisasi yang menjurus kepada kecemerlangan pendidikan negara. Guru patut yakin dan dapat berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan dan santun demi memelihara keharmonian. Secara peribadi, guru sentiasa bermuhasabah dalam usaha menambah baik diri secara berterusan.   Semangat Sukarela : Guru haruslah bersedia melibatkan diri dan komited dalam aktiviti organisasi dan masyarakat atas kerelaan hati yang luhur. Di samping itu, guru patut bersedia dan rela untuk berkhidmat di luar waktu tugas rasmi Efisien : Guru patut memiliki kecekapan mengurus diri, masa, emosi, kesukaran, dan kemantapan rohani. Dapat menyampaikan ilmu secara signifikan mengikut tahap kebolehan murid dan dengan strategi yang cekap dan berkesan.
  • Domain Profesion : Kecintaan Terhadap Profesion : Guru patut menunjukkan perasaan cinta dan sayang terhadap profesion keguruan. Kecintaan ini dinyatakan melalui kesediaan memelihara imej profesion, kesetiaan terhadap kerjaya, dan kesanggupan berkorban demi memartabatkan profesion. Berketrampilan : Guru patut memartabatkan profesion keguruan dengan memelihara keterampilan diri. Keterampilan guru memberikan satu gambaran bahawa guru sememangnya mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi serta nilai diri yang positif dan minda yang sihat. Integriti : Guru patut berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab dengan mengamalkan sikap yang positif, penuh komitmen, amanah, dan mementingkan kesempurnaan hasil tugas. Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur , boleh dipercayai dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk kepentingan diri sendiri. Teladan : Guru patut menunjukkan teladan yang baik bagi mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku murid. Tingkah laku guru patut menjadi teladan dalam pembentukan sahsiah diri murid. Setiap tindakan perlu dilakukan secara bijaksana, mempamerkan kematangan, sikap bekerjasama dengan rakan sejawat dan mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dalam mengendalikan aktiviti di sekolah atau organisasi. Kerja Sepasukan : Guru yang berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna, memerlukan sokongan, dorongan dan bimbingan daripada rakan sejawat dan masyarakat atau persekitaran. Seseorang guru tidak boleh berfungsi dengan baik secara bersendirian bahkan mereka harus mengamalkan budaya kerja sepasukan menerusi amalan kolaborasi, koperatif, keakraban dan kesepakatan. Proaktif : Guru yang proaktif akan sentiasa berfikiran progresif dan mengambil inisiatif dalam usaha menambah baik diri dan organisasi. Seseorang guru juga patut merancang, melaksana serta bertindak untuk menyempurnakan segala tugas yang diamanahkan. Kreatif dan Inovatif : Guru yang kreatif dan inovatif ialah guru yang berkemampuan dan berkebolehan mencipta dan mencuba idea dan kaedah baru untuk meningkatkan nilai tambah kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru patut lebih kreatif dan inovatif dalam mengamalkan sifat ingin tahu dan dahagakan ilmu.
  • Domain Sosial: Keharmonian : Guru patut mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja dengan mengamalkan kerja sepasukan yang merentas perbezaan agama, bangsa, kaum, jantina dan fahaman. Dalam pergaulan seharian, guru patut menganggap perbezaan pendapat sebagai satu rahmat yang membawa kepada semangat hormat menghormati dan saling memahami serta kesepaduan keputusan atau tindakan. Kemahiran Sosial : Guru patut menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial bagi mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pergaulan di dalam dan di luar sekolah. Guru patut menyesuaikan diri dalam semua aktiviti formal dan tidak formal. Semangat Kemasyarakatan : Guru patut melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti setempat. Penglibatan ini hendaklah dilakukan secara ikhlas dan sukarela. Patriotisme : Guru patut memupuk semangat patriotisme dalam dirinya dengan memberi sumbangan dan taat setia kepada negara. Guru juga patut menjaga imej negara, sentiasa memartabatkan nama baik negara di mata dunia luar dan memperlihatkan jati diri bangsa Malaysia yang unggul dari segi penampilan, perawakan, fahaman dan pergaulan. Kecintaan Terhadap Alam Sekitar : Guru patut menunjukkan kecintaan terhadap alam sekitar dengan memastikan sekolah, bilik darjah dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Guru juga patut melibatkan diri dalam hal pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur kebersihan, kesihatan, dan keselamatan persekitaran sentiasa dipelihara.
  • S2.1 Falsafah, matlamat & objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan P&P mengetahui, memahami dan menghayati FPK dan menterjemahkannya ke dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran, mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengetahui dan memahami nilai pendidikan dan tahu bagaimana nilai tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran,dan mengetahui, memahami dan menghayati konsep 4K (Kepegawaian, Kepimpinan, Kejurulatihan, Kepengelolaan) dan tahu bagaimana konsep tersebut dilaksanakan dalam pengurusan kokurikulum.
  • Menterjemah falsafah kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran Menterjemah matlamat dan objektif dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan hasil pembelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran Aplikasi kemahiran generik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
  • Penggunaan sukatan pelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran yang diajarkan Strategi penyerapan dan pengggabungjalinan unsur mata pelajaran lain Perkembangan terkini matapelajaran yang diajarkan Perkaitan matapelajaran yang diajarkan dengan kehidupan seharian Persediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarkan dan pelaksanaan kokurikulum
  • Penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap perkembangan murid Penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ciri murid kurang upaya Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan laras bahas yang sesuai dengan tahap kebolehan murid Menghormati kepelbagaian budaya setempat Prosedur pengurusan bilik darjah
  • Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Kriteria pemilihan dan penggunaan sumber pendidikan Etika penggunaan TMK
  • Strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat Strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria Strategi penyusunan kedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran Strategi untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihat Strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha dan pemikiran terbuka Strategi untuk mewujudkan hubungan interpersonal yang positif
  • Penggunaanl bagai kaedah pentaksiran dan penilaian Prosedur dan prinsip pembinaan instrumen pentaksiran dan penilaian yang berkualiti Penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap murid Penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian untuk membina program intervensi Penggunaan maklumat pentaksiran dan penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran guru Penggunaan prosedur penyelidikan tindakan dalam memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
  • Mengenal pasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahap pencapaian Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu Penggunaan kemahiran asas, kejurulatihan, kepengelolaan, dan kepegawaian untuk meningkatkan potensi murid melalui kokurikulum
  • S 3.1KEMAHIRAN MENYEDIAKAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru boleh membuat perancangan pengajaran tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan takwim. Berdasarkan rancangan pelajaran tahunan guru boleh menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menentukan hasilpembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaransumber, penilaian hasil pembelajaran dengan mengambilkira perbezaan tahap kebolehan murid, pengetahuan sedia ada murid dan jangkaan pencapaian murid.
  • S 3.2 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru boleh membuat perancangan pengajaran tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan takwim. Berdasarkan rancangan pelajaran tahunan guru boleh menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menentukan hasil pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran sumber, penilaian hasil pembelajaran dengan mengambil kira perbezaan tahap kebolehan murid, pengetahuan sedia ada murid dan jangkaan pencapaian murid. Peranan guru sebagai pemudahcara, penyampai ilmu, pemimpin pembelajaran Prihatin terhadap perbezaan murid –gaya pembelajaran murid, kepelbagaian kecerdasan, minat tahap pencapaian murid Pemilihan sumber dan keberkesanan penggunaannya –mencukup isesuai, bermakna, selamat Mengintegrasi kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran Pemilihan strategi dan teknik P&P yang sesuai Aktiviti yang merangsangkan ,penglibatan murid secara maksima, menggalakan pemikiran kreatif, menyediakan aktiviti pemulihan dan pengayaan Menggalakan pembelajaran kendiri Pelaksanaan Kokurikulum Guru perlu menguasai 4 K Kemahiran Asas Kokurikulum Kepegawaian Kejurulatihan Kepenglolaan Menjadi hakim, juri pertandingan
  • S3.3 KEMAHIRAN MEMANTAU MENTAKSIR DAN MENILAI Standard ini memerlukan guru mempelbagaikan strategi pemantauan dan pentaksiran untuk menilai kemajuan pelajaran murid sama ada menepati tahap yang telah ditentukan dalam Sukatan Pelajaran. Memberi maklum balas segera kepada murid untuk membantu mereka membuat refleksi. Mengguna maklumat pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk menambah baik perancangan pengajaran dan pembelajaran. Memerlukan guru menguasai pelbagai strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian yang berterusan Menggunakan pelbagai strategi dan kaedah menilai perkembangan pembelajaran murid Melaksanakan pemantauan,pentaksiran dan penilaian secara berterusan Mengubahsuai perancangan untuk penambahanbaikan Menganalis pencapaian murid Merekod pencapaian murid dan membuat ulasan prestasi yang bermakna untuk ibu bapa Membuat refleksi untuk meningkat pencapaian kendiri
  • S 3.4   KEMAHIRAN M ENGURUS BILIK DARJAH Standard ini memerlukan guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kearah mengalakkan aktiviti pembelajaran yang bermakna. Pengurusan bilik darjah juga mencakupi keupayaan guru menguruskan disiplin bilik darjah. Bilik darjah merujuk kepada mana-mana tempat atau ruang yang digunakan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan pengurusan manusia,masa, ruang, sumber utk mencapai pembelajaran bermakna dan berkesan Membina persekitaran pembelajaran yang kondusif Penyusunan bahan sumber - memudahkan penggunaan, pelbagai,melibatkan murid, selamat Melaksanakan peraturan bilik darjah Mengurus disiplin untuk mewujudkan tingkah laku positif Mengesan dan mengenal pasti masalah tingkah laku murid
  • Transcript

    • 1. Standard Guru Malaysia
    • 2. Latar Belakang‣ Misi negara - pembangunan modal insan‣ Modal insan - jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, dan berkemahiran‣ Cabaran - globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan, perkembangan ICT‣ Tugas KPM - membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia 2
    • 3. Rasional‣ Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran P&P yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan‣ Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan yang jelas dan lengkap‣ KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang dapat dijadikan showcase‣ SGM menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan MQF yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi 3
    • 4. Tujuan•SGM digubal untuk mengenal pasti:‣Tahap kompetensi profesional guru dalam aspek: ‣ Amalan nilai profesionalisme keguruan ‣ Pengetahuan dan kefahaman ‣ Kemahiran pengajaran dan pembelajaran‣Keperluan latihan yang patut disediakan oleh agensidan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahapkompetensi profesional guru yang ditetapkan tercapai•SGM dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunanpendidikan guru yang patut ditambah baik. 4
    • 5. SGMMenggariskan kompentesi profesionalkeguruan yang patut dicapai oleh guru(Standard), dan Keperluan yang patutdisediakan oleh agensi & institusi latihanperguruan bagi membantu guru mencapaitahap kompetensi yang ditetapkan.
    • 6. Dokumen SGM1 Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia Panduan Standard dan2 Panduan Standard dan Keperluan Keperluan Instrumen Standard dan3 Instrumen Standard dan Keperluan Keperluan 6
    • 7. Proses Penggubalan• Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, dan realistik• Standard dan Keperluan berasaskan dapatan penyelidikan• Penandaarasan amalan terbaik latihan guru di luar negara• Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif dengan pihak-pihak berkepentingan 7
    • 8. RUJUKAN• Teacher Training Agency, London, United Kingdom• Training and Development Agency, London• Teachers Council, New Zealand• IPTA• Jabatan/Bahagian KPM - Jemaah Nazir Sekolah, Institut Aminuddin Baki, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Sekolah, Bahagian Sumber manusia, BTP, EPRD• Kogres Kesatuan Guru• Majlis Pengetua/Guru Besar
    • 9. Penggunaan Guru Guru Pensyarah Pensyarah Refleksi kendiri prestasi Refleksi kendiri prestasi Refleksi kendiri, Refleksi kendiri, pencapaian Standard pencapaian Standard memantau, membimbing memantau, membimbing Pengurus & Pentadbir Institusi Pengurus & Pentadbir Institusi Guru Besar & Pengetua Sekolah Guru Besar & Pengetua SekolahMemantau dan menambah baikMemantau dan menambah baik Memantau dan menambah baik Memantau dan menambah baik Standard & Keperluan Standard & Keperluan Standard Standard Agensi Latihan Perguruan Agensi Latihan Perguruan Memantau Standard & Memantau Standard & Keperluan dan mengkaji semula Keperluan dan mengkaji semula dasar dasar 9
    • 10. Kerangka SGM S1: Amalan Nilai Profesionalisme S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard Standard Keguruan S2: Pengetahuan dan Kefahaman S2: Pengetahuan dan Kefahaman S3: Kemahiran P&P S3: Kemahiran P&P •• Misi Nasional Misi NasionalAsas Penentuan •• FPK FPKAsas Penentuan Standard & •• FPG FPG Guru Modal Standard & Keperluan •• Tatasusila Profesion Tatasusila Profesion Unggul Insan Keperluan Keguruan Keguruan •• Etika Kerja KPM Etika Kerja KPM K1: Kelayakan Masuk Program K1: Kelayakan Masuk Program Latihan Perguruan Latihan Perguruan K2: Latihan, Pentaksiran K2: Latihan, PentaksiranKeperluanKeperluan & Penilaian & Penilaian K3: Kolaborasi K3: Kolaborasi K4: Infrastruktur & Infostruktur K4: Infrastruktur & Infostruktur K5: Jaminan Kualiti K5: Jaminan Kualiti
    • 11. • Usaha untuk membentuk guru yang:  memiliki towering personality  mempunyai world view yang positif
    • 12. Kerangka Konsep Kerangka Konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Ketuhanan • Nilai-nilai utama dalam S1 berlandaskan:  Tujuh Dimensi Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG)  Tatasusila Profesion Keguruan  Nilai murni dalam kurikulum sekolah Sosial  Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam Profesion  Prinsip Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia  Tonggak Dua Belas DiriKemasyarakatan Kenegaraan
    • 13. 3 Domain 3 Domain Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Ketuhanan • Guru patut berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. • Terdapat 5 nilai dalam domain ini • Pegangan nilai yang diperoleh dan Sosial dikembangkan semasa mengikuti latihan keguruan Profesion • Terdapat 7 nilai domain ini • Pegangan nilai diri guru yang sedia Diri ada dan patut dikembangkan • Terdapat 14 nilai dalam domain iniKemasyarakatan Kenegaraan
    • 14. Keterampilan ilmu di kalangan guru merupakanfaktor utama merealisasikan misi nasionalmelahirkan modal insan berkualiti• meningkatkan kuasa profesional, keberkesanan tugas, kreativiti dan inovasi, keyakinan diri dan kewibawaan guru dalam pelaksanaan tugas
    • 15. Pengetahuan Dan Kefahaman
    • 16. S2.1 Falsafah, matlamat & objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan P&P
    • 17. S2.2 Pengetahuan dan Kefahaman Falsafah, Matlamat, Objektif Kurikulum dan Kokurikulum, Hasil Pembelajaran, dan Keperluan Pengajaran dan Pembelajaran
    • 18. S2.3 PengetahuandanKefahaman Mata Pelajaran
    • 19. S2.4 Pengetahuan dan Kefahaman Ilmu Pendidikan
    • 20. S2.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan Sumber Pendidikan
    • 21. S2.6 Pengetahuan dan Kefahaman Strategi Untuk Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran
    • 22. S2.7 Pengetahuan dan Kefahaman Pentaksiran dan Penilaian, dan Penyelidikan Tindakan
    • 23. S2.8 Pengetahuan dan Kefahaman pengembangan potensi murid
    • 24. Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantapdapat meningkatkan keyakinan guru melaksanakan tugasprofesional dan mengekalkan keberkesanannya.Pelaksanaan standard pengetahuan dan kefahaman ini akanmenjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggidan mengekalkannya relevan dengan perkembanganpendidikan.
    • 25. Dengan mengamalkan kesemua domain dalamStandard Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan: Guru mempunyai hala tuju, matlamat, wawasan pendidikan yang jelas. Guru mempunyai prinsip diri yang utuh berupaya membuat perubahan, menyesuaikan diri dan bersikap proaktif . Guru berusaha mempertingkatkan keupayaan diri, komitmen, inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam melaksanakan tugas profesionalnya.
    • 26. “The best teachers are those who thinkcarefully about what they are going to do in their classes and who plan how they are going to organise the teaching and learning.” Jeremy Harmer (1991)
    • 27. STANDARD 3
    • 28. Kemahiran Merancang Pengajaran dan PembelajaranJAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT NOV DIS
    • 29. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah
    • 30. Penguasaan kemahiran merancang,melaksana, memantau, mentaksir danmenilai serta pengurusan bilik darjahyang baik dapat menghasilkanpengajaran dan pembelajaran yangefisien, bermakna, dan menyeronokkan
    • 31. Keperluan• Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa.• Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenal pasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:
    • 32. Keperluan 1Kelayakan Masuk dan ProsedurKemasukan Program Latihan Perguruan • Mengiklankan permohonan • Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan • Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
    • 33. Keperluan 1• Melaksanakan sesi temu duga calon guru• Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya• Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran• Menandatangani perjanjian latihan perguruan
    • 34. Keperluan 2Latihan, Pentaksiran dan Penilaian • Kurikulum latihan • Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi • Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah • Sumber pengajaran dan pembelajaran • Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuat kuasa
    • 35. Keperluan 3 Kolaborasi • Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: • Sekolah • Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara • Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan
    • 36. Keperluan 4 Infrastruktur dan Infostruktur • Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuat kuasa. • Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
    • 37. Keperluan 5 Jaminan Kualiti • Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi; • Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard • Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan • Penandaarasan latihan perguruan • Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
    • 38. QuickTime™ and a QuickTime™ and aDV/DVCPRO - NTSC decompressor DV/DVCPRO - NTSC decompressor are needed to see this picture. are needed to see this picture. Model Standard Guru Malaysia 46
    • 39. QuickTime™ and a Model SGMDV/DVCPRO - NTSC decompressor are needed to see this picture. Keperluan G Kemahiran P&P QuickTime™ and a Pengetahuan YUV420 codec decompressor areAmalan Nilai this picture. needed to see dan Profesionalis me Kefahaman Keperluan 47
    • 40. Manual Instrumen• Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai• 1 Lemah,• 2 Kurang baik,• 3 Baik, dan• 4 Cemerlang
    • 41. 1. Lemah• Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah.2. Kurang Baik• Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.
    • 42. 3. Baik• Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang.4. Cemerlang• Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan.
    • 43. Standard / Elemen / Domain Skor MinS1 – Amalan Nilai Profesional Keguruan S1.1 Domain Diri S1.2 Domain Profesional Jumlah skor / 107 item S1.3 Domain SosialS2 – Pengetahuan dan Kefahaman Jumlah skor / 70 itemS3 – Kemahiran S3.1 Perancangan S3.2 Pelaksanaan Jumlah skor / 96 item S3.3 Memantau, Mentaksir dan Menilai S3.4 Pengurusan Bilik Darjah
    • 44. Julat Skor Min Standard1.00 hingga 1.99 Lemah2.00 hingga 2.99 Kurang Baik3.00 hingga 3.49 Baik3.50 hingga 4.00 Cemerlang
    • 45. Kajian Rintis• Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap SGM di mana 403 orang Pensyarah IPG, 2022 orang guru pelatih KPLI dan 100 orang guru sekolah rendah telah digunakan sebagai responden• Kebolehpercayaan item dianalisis berdasarkan setiap standard dan subdomain yang mewakili standard berkenaan• Hasil analisis menunjukkan semua standard, domain dan subdomain instrumen SGM berada dalam nilai yang baik dan diterima sebagai instrumen yang boleh dipercayai untuk mengukur standard guru di Malaysia
    • 46. SekianTerima Kasih Standard Guru Malaysia

    ×