Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5

8,986 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,986
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5

  1. 1. Sistem Pentadbiran yang Sistematik 1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik 2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan 3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan 4. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat 5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari 6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah 7. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat 8. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah 9. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka Peranan sultan * Lambang perpaduan rakyat * Menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi * Ketua agama Islam * Ketua adat istiadat Melayu * Mengetuai hubungan diplomatik * Melantik pembesar negeri 10. Sultan juga dianggap mempunyai Kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam 11. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka 12. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka
  2. 2. Sistem Pembesar Empat Lipatan 1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematik 2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran 3. Bendahara * Menteri utama * Penasihat utama sultan dalam pentadbiran * Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar * Ketua istiadat * Ketua turus angkatan perang * Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara 4. Temenggung * Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri * Penguasa bandar dan kota Melaka * Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul * Protokol istana * Hakim di darat 5. Laksamana * Ketua angkatan laut * Menjaga ketenteraman laut * Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan * Mengetuai utusan diraja ke seberang laut * Ketua duta * Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara * Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  3. 3. Kawasan Pegangan 1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan 2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya 3. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. 4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai Kawasan pegangan 5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu a. Bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan b. Penghulku Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar c. Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik d. Temenggung tiada kawasan pegangan e. Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan 6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai 7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah kawasan pemakanan 8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultanPentadbiran Berwibawa 1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang 2. Malalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing- masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan 3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah
  4. 4. Kedudukan Geografi 1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan perdagangan anatara Timur dan Barat 2. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal 3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera 4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka 5. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan 6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah 7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh 8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.
  5. 5. Kemudahan Pelabuhan 1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka 2. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. 3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang 4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun 5. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanunPeranan Syahbandar 1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya 2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka 3. Syahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. 4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah a. Menguruskan cukai b. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal c. Menguruskan gudang d. Menguruskan pasar e. Menjaga kebajikan pedagang g. Menjaga keselamatan pedagang h. Menjadi hakim di pelabuhan 5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang
  6. 6. Syahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari Gujerat Syahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang dari a. China b. Ryukyu c. Champa Syahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang dari a. Kalingga b. Pegu c. Benggala d. Parsi Syahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang dari a. Pulau Jawa b. Banda c. Borneo d. Filipina e. Maluku f. Kalimantan g. PasaiKeberkesanan Undang-undang 1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka 2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal 3. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi
  7. 7. a. Peraturan dan tatatertib berniaga b. Cara berjual beli c. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal d. Larangan dan tanggungjawab bakhodaCukai Perdagangan 1. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan 2. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu: a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduan b.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar 3. Selainitu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri 4. Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga 5. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar b. Sumber pendapatan kerajaan 6. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan 7. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%
  8. 8. Penggunaan Sistem Mata Wang 1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang 2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut 3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains 4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu 5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan GujeratPenggunaan Sistem Mata Wang 1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot 2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan MelayuBahasa Melayu sebagai Lingua Franca 1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka 2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka 3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka 4. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
  9. 9. Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau 1. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. 2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti a. Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras b. Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah c. Kampar dan Siak-membekalkan emasPasai 1. Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam 2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan 3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam 4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya 5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat- menghormati dan tolong menolong 6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat 7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai
  10. 10. Kampar dan Siak 1. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas 2. 2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah 3. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka 4. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka 5. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, jambi dan LinggaHubungan Antarabangsa dengan China 1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. 2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka 3. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China 4. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka 5. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama- sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. 6. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409 7. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China
  11. 11. 8. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka 9. Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolask ke IndiaHubungan Diplomatik dengan Siam 1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam 2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam 3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi 4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jatiHubungan Melaka dengan Ryukyu 1. Melaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an 2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah 3. Dalam kandungan surta tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka 4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka 5. Ini terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka
  12. 12. Hubungan Melaka dengan Gujerat 1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat 2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka 3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu 4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di MelakaHubungan Melaka dengan Arab 1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka 2. Mereka juga membeli a. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu b. Kain sutera dan teh dari ChinaPusat Perkembangan Agama Islam 1. Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam 2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah 3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi 4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.
  13. 13. Teori Pengislaman MelakaTeori 1 1. Megat Iskandar Shah iaitu Sultan Melaka yang telah memeluk Islah setelah berkahwin dengan puteri Pasai 2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelataTeori 2 1. Sayid Abdul aziz yang datang dari Jeddah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud Shah 2. Teori pengislaman Melaka ini adalah menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin. 3. Pedagang-pedagang dari arab dan India juga berperanan penting seperti berdakwah semasa berdagang 4. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk menjalankan dakwah di Melaka 5. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka 6. Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebut kerana meliputi a. Toleransi b. Adil c. Rasional
  14. 14. Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam 1. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam 2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah 3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka 4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam 5. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendaklwah 6. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata 7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam 8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah 9. Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran 10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan 11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil 12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti
  15. 15. a. Menterjemah kitab-kitab b. Menyadur kitab-kitab c. Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan 13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah a. Hikayat Amir Hamzah b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah 14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarahKegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia TenggaraPerkahwinan Diraja 1. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari RokanSiak dan Inderagiri 2. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan denganputera Raja Siak 3. SiakPerkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut 4. tersebutSelain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna IslamPenaklukan Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak 1. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan ataulayanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setiakepada Sultan Melaka 2. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri
  16. 16. Peranan Ahli Sufi 1. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan MindanaoPedagang 1. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan 2. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di JawaAskar Upahan 1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama 2. Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau JawaUsaha Pemerintah 1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama 2. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam Sinar Islam dan Kesannya Terhadap MelakaKesan Politik 1. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran seri yang berunsur agama Hindu 2. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi
  17. 17. kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri 3. Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal 4. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang- undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf 5. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arakKesan Ekonomi 1. Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15 2. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya 3. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekahKesan Sosial 1. Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting 2. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu 3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca
  18. 18. 4. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Dzulkarnain 5. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu 6. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu sepertiKesenian • Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainyaTulisan • Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat Amalan • Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkankedudukan Islam semakin kukuh di Melaka8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajaragama
  19. 19. atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhuhaji9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yangtahumanulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawanPusat kegiatan IlmuPeranan Istana sebagai Pusat kegiatan IntelektualJurutulis pengarang dan Ulama di Istana 1. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis 2. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya 3. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana 4. Tugas jurutulis ialah • Mengarang surat rasmi untuk raja • Menggubal perjanjian • Menjadi guru kepada anak-anak raja5. Tugas pengarang ialah • Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu • Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu • Mencatat diari istana • Menyusun salasilah raja-raja6. Tugas ulama ialah • Menulis kitab agama Islam
  20. 20. • Menterjemah Kita agamaKarya Sastera 1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka 2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi 3. Antara karya sastera teremahan ialah a. Hikayat Amir Hamzah b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah c. Hikayat Iskandar Zulkarnain 4. Karya sastera saduran pula ialah a. Hikayat Bulan Belah b. Hikayat Nabi Bercukur c. Hikayat Bakhtiar d. Hikayat Nabi Wafat e. Hikayat Nabi Yusof 5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telha dihasilkan. Antaranya a. Hikaya Hang Tuah b. Hikayat Bayan Budiman 6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut Melaka telah digubal 7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
  21. 21. Istana Melaka 1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama 2. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek ketuhanan 3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka 4. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asingBahasa Melayu 1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah 2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan 3. Tulisan jawi juga telah digunakan 4. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab a. nya b. ga c. pa d. nga e. ca

×