Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani

9,182 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,182
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
39
Actions
Shares
0
Downloads
385
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani

  1. 1. PJ 1311 Pengenalan Kepada Pendidikan JasmaniPENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATANPENGENALANJika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengarmasalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat.Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yangsedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaranPendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam PendidikanJasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspektersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal.Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dankegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. PendidikanJasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuanseseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normalgemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta inipendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepadapembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkanpengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANIPendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yangmerangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalamisendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe2005)Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidupaktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapidan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dandapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatandalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina.Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahirandan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu,matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatankognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua inimenjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membinaperkembangan keseluruhan kanak-kanak.Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan disekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor.Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkaninsan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif(Asiah Abu Samah,1993).
  2. 2. Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuknilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan JasmaniKognitif Afektif Psikomotor• Amalan berfikir• Proses penerokaan• Inkuiri penemuan• Penyelesaian masalah• Sikap ingin tahu• Proses imaginasi• Permikiran kreatif• Permikiran kritis • Konsep kendiri• Permahaman kendiri• Penghargaan kendiri• Kawalan kendiri• Emosi • Kecergasan• Kekuatan otot• Daya tahan otot• Pengamatan motorAspek KognitifPembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir sertamenginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiranyang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan
  3. 3. pengukuhan.Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapatdilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlumempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dandisiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luarmembawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yangdiceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan sajamemberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Denganberfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnyadiserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.Aspek AfektifMatlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpukepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkansikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pulamelibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberisumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrabakan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yangberguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpinserta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yangpenting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya.Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranansecara luaran dan dalaman diri.Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial.Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahlimasyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luarsebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.Aspek Kemahiran PsikomotorAspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampudipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Didalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahapminimum aspek fizikal dan psikomotor.Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untukmemberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telahdigariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979)yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk
  4. 4. kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dankeperluan pelajar sebagai matlamat.Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikanseseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankantentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan,kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorangditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur inidapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalankesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalahmatapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktivitifizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng BoonTong 2001).Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yangmemberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikalyang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya jugabertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukannilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIFFalsafahFalsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cintakepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi(ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalahsesuatu yang terletak di antara sains dan teologi.Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan.Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalamsesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:• Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.• Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.• Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.• Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberipenerangan.• Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yangmampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dankonsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamatkandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.
  5. 5. Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahamisemua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melaluifalsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannyayang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjukarah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamatsecara tersusun dan berterusan.Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayatitanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkankesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yangberlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.Matlamat dan ObjektifMenurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam PendidikanJasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:1. Memahami apa yang hendak dilakukan.2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan denganmasalah.3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalamprogram di bawah penjagaan mereka.Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yangterancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu muridmenghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlusentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu:.″Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melaluipembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan″(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yangdigariskan seperti berikut:1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan danperlakuan motor;2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagaikegiatan fizikal5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapaitahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986)
  6. 6. persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antaraamalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yangmampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapatdirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam prosespengajaran dan pembelajaran.Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkaninsan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui PendidikanJasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasiyang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988)Kementerian Pendidikan Malaysia.1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANIKetika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaanuntuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalanganmanusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalamkegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarahperkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktivitiPendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga kezaman moden.Zaman Manusia Purba dan KecergasanPada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika disetiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untukterus hidup.Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalamkehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjayamendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagaiaktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untukbersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik inilebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasanyang tinggi dan konsisten.
  7. 7. Zaman Neolitik – Revolusi PertanianZaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidupprimitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagiberpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat denganbekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidupmanusia dan pertanian atau dikenali sebagai ”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamalgaya hidup ”sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.Tamadun Kuno China dan IndiaDi negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktivitikecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan,mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman ataukini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagaiaktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fudicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepadabeberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatangberlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari,lawan pedang dan gusti.Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu danBuddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itumengabaikan aktiviti kecergasan.Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengankepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ributahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaanfalsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaanyang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan,pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti inidapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri merekadengan alam sekitar.Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa programkecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yogadapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.Timur TengahPemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon,Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahapkecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatanini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntutsemua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-
  8. 8. kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihanseperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan inibertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikankesihatan.Zaman Greek – AthensMasyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlambidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utamaPendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat,manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi.Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan.Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otakmempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengankepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting.Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untukjiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakantempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumisebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari,gusti dan melompat.Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih iniakan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihandiawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’.1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIASejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:1) Zaman sebelum penjajahan British2) Zaman pemerintahan British3) Sebelum merdeka4) Selepas merdekaZaman Sebelum Penjajahan BritishKetika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satusistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyaktertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakalakedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidakmemiliki objektif yang jelas.
  9. 9. Zaman Pemerintahan BritishPihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikanyang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu dinegeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dandibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hinggaempat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmanidiajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu diSingapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan Britishbersikap sambil lewa.Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar ditiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolahmenengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengahatas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang(1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all,2003)Zaman Sebelum MerdekaPada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untukmenggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatanpelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Padatahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatanlatihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan muladihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang PendidikanJasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.Zaman Selepas MerdekaPada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan olehMaktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaiandan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaanpada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan SetahunPendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dandikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998).Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-duamatapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikutioleh semua pelajar di sekolah.
  10. 10. 1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANITerbahagi kepada 2 komponen iaitu :• sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia• sains dalam tubuh badan manusiaSains Dalam Perkembangan Pertumbuhan ManusiaKajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia.• Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu samalain• Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan• Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh• Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi SenamSel + sel > tisu-tisu > organ + organ > systemSel• Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh• Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah• Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian• Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besarTisu• Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama• Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot• Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbezaOrgan• Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
  11. 11. • Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkanSistem• Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system• System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lainSistem Rangka• Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan• Badan kita mempunyai 206 tulang• Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulangsesamoid• Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dansetor kalsiumSistem Otot• Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain• Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh• Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka• Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada :- isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasaterhadap beban yang tetap dan tidak bergerakcth : menolak dinding- isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan ototcth : otot bisep semasa mengangkat dumbellSistem Saraf• Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia• System ini menerima dan menghantar mesej• System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patutdilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan- Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalanatau involuntari.cth : bernafasSistem Respiratori• Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan• Pernafasan luar/ eksternalPertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
  12. 12. • Pernafasan dalaman/ internalPertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya• Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbondioksidaSistem Kardiovaskular• Dikenali sebagai system peredaran darah• Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena• Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabangmembentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badandan kembali semula ke jantung.• Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melaluipeningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantungSistem Pencernaan• Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru danmembolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh• Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dansystem limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel• System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan ususkecilSistem Pembiakan• Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organperlu ( Gonad ) dan organ aksesori• Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam prosespembiakanLelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktusganetalia, kelenjar dan struktur penyokong.- Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon- Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukanpersenyawaanWanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari- ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
  13. 13. Senaman Dan Latihan• Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang• Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot,pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap• Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapaitahap kecergasan yang maksimumKesan Senaman Dan Latihan• Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantumengawal berat badan• Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkanpenggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak• Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman danlatihan dilakukan.• Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlakudengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normalselepas masa senaman dan latihan itu tamat.Contoh : peningkatan kadar nadi• Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu :- Jangka pendek- Jangka panjangKesan Jangka Pendek• Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gaskarbon dioksida• Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenagabagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dangas karbon dioksida• Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen
  14. 14. dalam darah• Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendarabanpengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (strokevolume )• Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorangyang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itumengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat ataubersenam• Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senamandilakukan• Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhankulit• Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkanserangan sakit jantung dan penyakit sakit angina• Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot• Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan seleramakan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaantenagaKesan Jangka Panjang• Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam ototgentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian• Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorangyang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantungitu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat ataubersenam• Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatandaya tahan otot dan vascular
  15. 15. Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan ManusiaPusat Graviti Dan Kerja.Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan.Contoh:-Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangandibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama.AerodinamikBentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara.Contoh:-Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak daririntangan angin dan mendapat pecutan yang baik.TenagaIalah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri.Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran.Tenaga PotensiContohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke ataskerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampakrakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongketitu.Tenaga PutaranTenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principleof moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban ataumemanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggampada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala denganmemendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.
  16. 16. KestabilanKestabilan terbahagi kepada dua :1. Statik2. DinamikKestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnyakedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pulaadalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjangmelakukan jaringan secara terbang.GeseranAdalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnyapemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidaktergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.Hukum NewtonTerbahagi kepada tiga:1. Hukum inersia2. Hukum pecutan3. Hukum aksi-reaksiHukum InersiaSuatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerakakan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh dayaluar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehinggadipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola ituboleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain.Hukum PecutanHukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arahyang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidakperlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
  17. 17. Hukum Aksi-ReaksiHukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindakbalas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabilapasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.GerakanGerakan terbahagi kepada dua iaitu:1. Gerakan linear.2. Gerakan putaran.Gerakan LinearGerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengankelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari.Gerakan PutaranGerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yangberpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putarandari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaiksahaja ia berlepas dari tangan.Sistem TuasSistem tuas terbahagi kepada tiga:1. Tuas kelas pertama.2. Tuas kelas kedua.3. Tuas kelas ketiga.Tuas kelas pertamaApabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.Tuas kelas keduaApabila beban berada diantara daya dengan fulkrum.Tuas kelas ketiga.Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum.Contohnya ; ketika menolak bola hoki.

×