BUDDHISME Agama Buddha 佛教
BIOGRAFI  SIDDHARTA GAUTAMA
Terdapat 7 peringkat dalam penceritaan kelahiran Buddha. Peringkat 1: Mimpi pelik Raja Kapilavastu.  ialah ayah kepada Bud...
Ratu Maha Maya telah melahirkan anak puteranya, Siddharta Gautama (623 M pada saat ratu berdiri memegang dahan pohon sal. ...
Pada masa kelahiran anak putera, perkara pelik telah pun berlaku. Sebaik saja anak putera dilahirkan, anak putera telah be...
Mata anak putera pula melihat ke 4 arah dari sekelilingnya dan berkata: “ Ini merupakan kelahiran saya yang terakhir di du...
Selepas Siddharta Gautama dilahirkan, satu zahid telah meramalkan bahawa Siddharta Gautama bukanlah orang biasa. Sama ada ...
Pada hari ketujuh selepas kelahiran anak putera, ibundanya Ratu Maha Maya telah meninggal dunia. Selepas itu, Siddharta di...
Putera Siddharta minta kebenaran untuk berjalan-jalan di luar istana.  Siddharta ternampak segala keadaan yang amat memilu...
Peringkat 3: Menjadi Zahid/sami Pada usia 20 tahun, Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan juga anak isterin...
Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan d...
Pada suatu hari, Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu sedar tentang kepentingannya keseimbang...
Peringkat 4: Mengusirkan kekuatan jahat Raja syaitan hendak menghalang Siddharta daripada mencapai kefahaman itu. Raja sya...
Selain itu, 3 anak perempuan raja syaitan juga cuba untuk mengoda Siddharta bagi menggagalkan usahanya untuk menemukan keb...
Peringkat 5: Menjadi Buddha Selepas berjaya mengusirkan  Raja Syaitan, pada usia 35 tahun, Siddharta telah berjaya mencapa...
Peringkat 6: Penyebaran ajarannya Buddha memulakan perjalanannya ke merata-rata tempat untuk menyebarkan ilmu dan kebenara...
Pengikut-pengikut Buddha kian bertambah.
Pada suatu hari, semasa Buddha sedang bertapa, tiba-tiba keadaan ayahandanya terpancar dalam otak fikiran Buddha. Buddha t...
Buddha dengan segera memegang tangan ayahnya. Ayahnya berkata bahawa dia tidak menyesal tentang peninggalan Siddharta, ker...
Selepas Buddha muncul di istana, banyak saudara-mara dan kaum kerabat diraja mengambil keputusan untuk mengikut Buddha. Bu...
Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya selama 49 tahun tanpa berhenti di merata-rata tempat.
Peringkat 7: Kematian Buddha Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan kematiannya. Pada jangk...
Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai soal hidup mati dan juga kebenaran-kebenaran mulia yang diajar oleh Buddha tel...
Ciri-ciri Agama Buddha

Buddha  merupakan  manusia ,  bukannya dewa .

Siddhartha Gautama boleh me...
Ciri-ciri Agama Buddha..

Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat </...
Bendera Buddha

6 jenis warna telah digunakan untuk membentuk bendera Buddha

6 jenis warna ini me...
Bunga Lambang Agama  Buddha Bunga Teratai

Semasa Buddha-Siddhartha Gautama dilahirkan, beliau telah berjalan seban...
Perayaan Hari Wesak

Perayaan Hari Wesak merupakan satu perayaan yang paling penting dalam agama Buddha

Pemandian Buddha
Pembacaan Kitab

Kereta Berhias

5 Larangan

Tidak membunuh   -  tidak mengancam nyawa orang lain

Tidak mencu r i   -  tidak men...
Pepatah Agama Buddha

Baik seseorang itu berilmu daripada mempunyai kekayaan.

Setiap satu kelahi...
Pepatah Agama Buddha..

Kesihatan merupakan kakayaan sebenar kepada manusia. Tiada kesihatan, maka tiadanya kekayaa...
..TAMAT..
Sekian, Terima Kasih!!
DISEDIAKAN OLEH :

Lee Seng Ying

Lim Mei Shan

Ong Chui Shan

T...
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Agama Buddha

32,320

Published on

The story of Buddha n other characteristics about Buddism...

Published in: Education, Spiritual
5 Comments
15 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
32,320
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
1,811
Comments
5
Likes
15
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Agama Buddha

1. 1. BUDDHISME Agama Buddha 佛教
2. 2. BIOGRAFI SIDDHARTA GAUTAMA
3. 3. Terdapat 7 peringkat dalam penceritaan kelahiran Buddha. Peringkat 1: Mimpi pelik Raja Kapilavastu. ialah ayah kepada Buddha, iaitu Siddharta Gautama. Walaupun raja dah lama berkahwin dengan Ratu Maha Maya, tetapi masih tidak dapat cahaya mata. Semasa Ratu Maha Maya berumur 40, pada suatu malam, ratu bermimpi pelik. Dalam mimpi itu, ratu ternampak seorang pemuda yang segak menunggang seekor gajah putih yang besar di atas langit dan makin mendekatinya. Pemuda dengan gajah putih itu telah masuk ke dalam perut ratu melalui bahagian bawah lengan kiri ratu. Ratu bangun terkejut dan sedar bahawa itu cuma mimpi sahaja. Tidak lama kemudian selepas mimpi pelik itu, ratu pun mengandung. Peringkat 2: Kelahiran Masa 10 bulan lalu dengan cepat. Pada suatu hari, ratu meminta untuk berjalan-jalan di Taman Lumbini. Selepas itu ratu akan balik ke rumah ibunya untuk melahirkan anaknya. Semasa di tengah-tengah perjalanan dalam Taman Lumbini…
4. 4. Ratu Maha Maya telah melahirkan anak puteranya, Siddharta Gautama (623 M pada saat ratu berdiri memegang dahan pohon sal. Semasa melahirkan anak putera, ratu tidak mengalami sebarang kesakitan atau kesulitan.
5. 5. Pada masa kelahiran anak putera, perkara pelik telah pun berlaku. Sebaik saja anak putera dilahirkan, anak putera telah berjalan sebanyak 7 langkah, dan setiap langkah itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai.
6. 6. Mata anak putera pula melihat ke 4 arah dari sekelilingnya dan berkata: “ Ini merupakan kelahiran saya yang terakhir di dunia ini. Saya dilahirkan supaya menjadi Buddha. Sayalah orang yang paling mulia dan akan membawa ilmu dan ajaran untuk menyelamatkan semua insan di dunia ini.” Selepas kata-kata itu, 2 jenis air turun dari langit telah memandikan anak putera. Selain itu, banyak dewa-dewi telah tiba untuk mengalu-alukan kelahiran bakal Buddha ini. Anak putera tidur di sebelah ibundanya. Tiba-tiba sehelai baju telah jatuh dari langit ke atas badan anak putera. Pada masa itu, segala yang buruk di atas dunia ini berubah menjadi baik secara tiba-tibanya. Raja berasa amat gembira tetapi kerisauan turut menimbul kerana kemunculan semua perkara pelik ini.
7. 7. Selepas Siddharta Gautama dilahirkan, satu zahid telah meramalkan bahawa Siddharta Gautama bukanlah orang biasa. Sama ada bakal seorang raja yang berkaliber ataupun seorang penyelamat dunia yang mulia.
8. 8. Pada hari ketujuh selepas kelahiran anak putera, ibundanya Ratu Maha Maya telah meninggal dunia. Selepas itu, Siddharta dijaga oleh adik kembar Ratu Maha Maya. Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan yang paling bagus. Semasa Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun, Siddharta telah mempelajari segala ilmu yang diajar. Selain itu, Siddharta juga telah mahir dalam ilmu pertahanan. Raja amat takut anak puteranya akan menjadi Buddha kelak. Oleh itu, Raja telah melakukan apa yang sedaya upaya untuk melarang anak putera daripada memikirkan ketidakseimbangan dunia ini. Raja telah mengaturkan perkahwinan Siddharta dengan Puteri Yasodhara. Raja menganggap bahawa perkahwinan ini akan dapat mengikat anaknya daripada menjadi Buddha, tetapi semua usaha Raja tersia-sia.
9. 9. Putera Siddharta minta kebenaran untuk berjalan-jalan di luar istana. Siddharta ternampak segala keadaan yang amat memilukan hatinya. Orang sakit, mayat, orang miskin yang sedang bersusah payah untuk hidup, dan juga pengemis yang bertahan lapar. Banyak soalan telah bertimbunan dalam otak fikiran Siddharta, tetapi tiada sesiapa yang boleh menjawabnya. Akhirnya, Putera Siddharta membuat keputusannya…
10. 10. Peringkat 3: Menjadi Zahid/sami Pada usia 20 tahun, Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan juga anak isterinya, bertekad untuk menjadi seorang zahid/sami.
11. 11. Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan dirinya makan sebiji bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna. Siddharta kian menjadi kurus dan tidak bermaya.
12. 12. Pada suatu hari, Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu sedar tentang kepentingannya keseimbangan. Siddharta tersedar. Bermula dari saat kesedaran Siddharta itu, Siddharta telah menerima susu yang diberikan oleh seorang gadis yang baik hati. Selepas itu, Siddharta telah berjalan sampai ke bawah sepohon pokok yang bernama Bodhi dan memberi sumpahnya bahawa jika tidak dapat menemui kebenaran dan jawapan untuk semua soalan itu, dia tidak akan meninggalkan tempat itu.
13. 13. Peringkat 4: Mengusirkan kekuatan jahat Raja syaitan hendak menghalang Siddharta daripada mencapai kefahaman itu. Raja syaitan cuba mencederakan Siddharta, binatang atau syaitan yang ganas juga diperintah keluar untuk menyerang Siddharta.
14. 14. Selain itu, 3 anak perempuan raja syaitan juga cuba untuk mengoda Siddharta bagi menggagalkan usahanya untuk menemukan kebenaran mulia itu. Walau bagaimanapun, Siddharta masih bertenang seperti air. Siddharta langsung tidak mempedulikan perbuatan-perbuatan Raja Syaitan ini.
15. 15. Peringkat 5: Menjadi Buddha Selepas berjaya mengusirkan Raja Syaitan, pada usia 35 tahun, Siddharta telah berjaya mencapai Makrifat. Pada saat itu, Siddharta Gautama telah menukar gelarannya sebagai Gautama Buddha.
16. 16. Peringkat 6: Penyebaran ajarannya Buddha memulakan perjalanannya ke merata-rata tempat untuk menyebarkan ilmu dan kebenaran mulia. Tanpa mengira kaum atau lapisan masyarakat, Buddha mengajar dengan penuh kesabaran dan menjawab segala persoalan orang ramai dengan bersungguh-sungguh.
17. 17. Pengikut-pengikut Buddha kian bertambah.
18. 18. Pada suatu hari, semasa Buddha sedang bertapa, tiba-tiba keadaan ayahandanya terpancar dalam otak fikiran Buddha. Buddha tahu bahawa ayahnya mengalami sakit yang teruk sekali. Pengikut Raja telah datang kepda Buddha dan memberitahu Buddha bahawa ayahnya ingin melihat anaknya buat kali terakhir. Buddha tidak lagi menolak. Buddha pun balik ke istana untuk menjenguk ayahnya. Tiba di istana, maharaja yang sudah berumur 93 tahun sedang berbaring. Buddha mendekatinya, maharaja menghulurkan tangannya.
19. 19. Buddha dengan segera memegang tangan ayahnya. Ayahnya berkata bahawa dia tidak menyesal tentang peninggalan Siddharta, kerana sekarang Siddharta telah pun menjadi Buddha yang dihormati oleh setiap insan di dunia ini. Selepas kata-kata itu, Raja telah mangkat. Setiap orang di istana menangis teresak-esak kecuali Buddha yang melihat ayahnya dengan tenang.
20. 20. Selepas Buddha muncul di istana, banyak saudara-mara dan kaum kerabat diraja mengambil keputusan untuk mengikut Buddha. Buddha tidak menolak tetapi menerima mereka dengan hati yang ikhlas.
21. 21. Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya selama 49 tahun tanpa berhenti di merata-rata tempat.
22. 22. Peringkat 7: Kematian Buddha Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan kematiannya. Pada jangka masa menunggu masa kematiannya, Buddha masih lagi mengajar pengikut-pengikutnya. Pada bulan 2 hari ke-15, di tengah malam yang pancaran cahaya bulan yang terang dan bulat itu, Buddha telah melelapkan matanya buat selama-lamanya.
23. 23. Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai soal hidup mati dan juga kebenaran-kebenaran mulia yang diajar oleh Buddha telah pun dicatatkan. Dan pada masa kini, agama Buddha telah menjadi salah satu daripada 3 agama utama di dunia ini. Yang 2 lagi agama utama itu ialah agama Islam dan agama Kristian. Keusahaan dan kepayahan Gautama Buddha untuk mencari jawapan kepada semua soalan-soalan itu telah membawa kejayaannya yang agung. Dan kejayaannya telah membawa manfaat kepada orang ramai.
24. 24. Ciri-ciri Agama Buddha

Buddha merupakan manusia , bukannya dewa .

Siddhartha Gautama boleh menjadi Buddha, segalanya bergantung kepada keupayaan dan kecekalannya sendiri, bukannya dilahir semula jadi.

Buddha adalah benar sama rata kepada semua.

Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha.

Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk dunia

Buddha menganggap “dewa” sebagai sesuatu yang diimaginasikan oleh manusia untuk menjadikan satu kepercayaan bahawa dunia ini memangnya dicipta oleh dewa.

25. 25. Ciri-ciri Agama Buddha..

Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat

Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya baik atau buruk

Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan.

Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.

26. 26. Bendera Buddha

6 jenis warna telah digunakan untuk membentuk bendera Buddha

6 jenis warna ini merupakan warna kecahayaan yang terpancar daripada tubuh badan Buddha semasa beliau “cheng dao”

Biru Tua - Bhakti / Pengabdian

Kuning Emas - Kebijaksanaan

Merah Tua - Kasih Sayang

Putih - Suci

Jingga - Giat

Campuran 5 warna - Kombinasi 5 sifat

27. 27. Bunga Lambang Agama Buddha Bunga Teratai

Semasa Buddha-Siddhartha Gautama dilahirkan, beliau telah berjalan sebanyak 7 langkah ke hadapan dan tiap-tiap langkah itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai.

Oleh itu, bunga teratai diperkenalkan sebagai lambangan kelahiran Buddha.

Selain itu, penganut-penganut agama Buddha percaya bahawa keikhlasan dan kecekalan seseorang penganut Buddha semasa menimba ilmu ajaran agama Buddha, dapat dilihatkan melalui perkembangan bunga teratai.

Yang rajin, maka bunga mengembang dengan cantik.

Yang malas, maka bunga menjadi layu.

28. 28. Perayaan Hari Wesak

Perayaan Hari Wesak merupakan satu perayaan yang paling penting dalam agama Buddha

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan

Hari ini merupakan hari peringatan kepada 3 peristiwa yang penting mengenai Buddha, iaitu kelahiran Buddha, penjadian Buddha dan kemangkatan Buddha.

Pada Hari ini, penganut-penganut agama Buddha akan mengunjungi kuil Buddha untuk pemberian penghormatan kepada Buddha dan juga pembacaan kitab-kitab.

Pada hari ini juga, penganut-penganut agama Buddha akan melepaskan burung merpati, memberi makanan kepada orang miskin dan juga kepada sami-sami.

Pada malam pula, perarakan kereta berhias akan diadakan.

29. 29. Pemandian Buddha
30. 30. Pembacaan Kitab
31. 32. Kereta Berhias
32. 34. 5 Larangan

Tidak membunuh - tidak mengancam nyawa orang lain

Tidak mencu r i - tidak mengancam harta benda orang lain

Tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain

Tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain

Tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain

Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang diperkenalkan oleh Tai Shang Lao Jun..

33. 35. Pepatah Agama Buddha

Baik seseorang itu berilmu daripada mempunyai kekayaan.

Setiap satu kelahiran mesti diikuti dengan kematian. Oleh itu, s eseorang itu sepatutnya takut akan kelahiran daripada kematian kerana tiada kelahiran, maka tiadanya kematian .

Kebencian terhadap orang lain adalah suatu kesengsaraan pada diri sendiri.

Air yang tenang tidak dapat melahirkan seorang pengemudi yang baik.

34. 36. Pepatah Agama Buddha..

Kesihatan merupakan kakayaan sebenar kepada manusia. Tiada kesihatan, maka tiadanya kekayaan. Oleh itu, menjaga kesihatan lebih penting daripada menjaga kekayaan.

Seseo rang yang berilmu akan men dapat kegembiraannya daripada sekelilingnya sendiri , manakala sese orang yang tidak berpengetahuan akan meng harapkan kegembiraannya daripada orang lain.

Seseorang yang mengimpiankan dan mengejarkan sesuatu yang salah akan berasa seksa dan menderita.

35. 37. ..TAMAT..
36. 38. Sekian, Terima Kasih!!
37. 39. DISEDIAKAN OLEH :

Lee Seng Ying

Lim Mei Shan

Ong Chui Shan

Teoh Mei Kuan

1. A particular slide catching your eye?

Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.