Contoh rph al quran

8,562 views
8,093 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,562
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
201
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Contoh rph al quran

  1. 1. TUESDAY, MARCH 24, 2009Model Pengajaran Tilawah Al-QuranPelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1 – 5)Tajuk: Dengung Nun Sakinah dan TanwinTingkatan: SatuBilangan Pelajar: 35 orangMasa : 40 minitObjektif Am : Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan betulObjektif Khas:1. Pelajar dapat membunyikan dengung Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul (padahuruf Fa, Zai, Lam dan Qaf)2. Dapat menyebut ciri-ciri orang-orang Muttaqin.Langkah 1. Induksi setBertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatianpelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia danlain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?.Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yangbertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yangmenerangkan ciri-ciri orang bertakwa.Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan? Ada lagi tak alam selaindaripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahuapa yang ada dalam alam ghaib? Ya, ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi danmacam-macam lagi. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini.Orang yang benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalamgolongan orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hariini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang yangbertaqwa.Langkah 2. Membaca ayat.Guru pamirkan ayat di hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid,LCD atau sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyaiMushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm Uthmani,betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas. Tujuan carta, ialah supayaguru dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid.Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca Al-Quran daripada Mushaf lebih baikdan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran dan jugauntuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf.Guru membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali.Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya secaraperseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan). Bilangan pelajarmengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik daripada di papan tulis.Guru betulkan bacaan yang salah. Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempatyang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.
  2. 2. Langkah 3. Perbincangan hukum bacaanGuru minta murid keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan(senaraikan) di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini?Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan. Jika salah,tunjukan cara membacanya. Ambil perhatian semua murid supaya mendengar danmembaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul. Demikinlah dengan kalimah lainsatu persatu.Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin, dan gurutuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca kalimah berkenaan(satu demi satu). Dengung atau tidak dengung?. Kalau dengung bagaimana caramendengungkannya. Jika murid bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukupharakat, maka guru tunjukkan cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supayamendengar dan mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut denganbetul. Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buatkesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf seperti yangdibincangkan bacaannya adalah dengung.Langkah 4. Latihtubi.Guru bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendakdibaca oleh setiap kumpulan. Pelajar membaca dalam kumpulan selama 7 –10 minit.Guru mengawasi semua kumpulan di samping memberi perhatian lebih kepadakumpulan yang lemah. Dengan cara ini pelajar dapat membina kemahiran membacadan semua pelajar dapat membaca.Langkah 5. Beri pengajaran ayat.Setelah cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Gurubuat kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciriorang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib mendirikansolat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab Allah dan yakinadanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar salin.Langkah 6. PenilaianGuru tulis atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan mintamurid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang sebentartadi. Contoh soalan: Bagaimana membaca ayat ini? Cuba baca ayat ini, Ahmad, danlain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Contoh: Sebutkan 3 ciri orangyang bertaqwa. Minta beberpa orang murid menjawabnya.Langkah 7. Penutup.Guru merumus isi pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran,membaca dengan cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlupertolongan, kerana ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa
  3. 3. 1. PengenalanBacaan Ikut Guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masihmembaca buku Iqra’ dan murid yang membaca al Quran di bawah sukatan sebenar .Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut sukatan yang telah ditetapkan.2. MatlamatMembimbing murid-murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dan murid yangmembaca Al-Quran di bawah sukatan sebenar agar mereka dapat khatam Al-Quran.Memudahkan guru melaksanakan P&P khatam Al-Quran3. RasionalMembantu murid yang belum menguasai bacaan mengikut sukatan khatam Al-Quran4. Sasaran Murid-murid yang masih membaca Iqra’.Murid-murid yang telah membaca Al-Quran tetapi tidak mencapai tahap sukatan yangsebenar.5. Kaedah PelaksanaanTahun 1 (6 bulan kedua pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik).Tahun 2 – 6 (sepanjang tahun pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik)Guru membaca ayat-ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus-putus tanpamencacatkan makna.Murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai di dalam kumpulan, sambil memerhatipergerakan bibir guru.Membaca sehingga satu muka surat Al-QuranSetelah selesai BIG, murid-murid dilatih tubi membaca buku Iqra’ atau membaca semula ayatyang dibaca sebagai pengukuhan dengan bimbingan guru atau dengan bantuan murid turus.Murid juga boleh dilatih secara individu untuk mana-mana ayat yang masih belum dibacasecara BIG.Guru hendaklah mencatat pencapaian murid di dalam Buku/Kad Rekod bacaan al-Quran yangdibekalkan oleh JAPIM:Bagi bacaan sebenar Iqra’ :mempunyai 2 rekod iaitu rekod iqra’ dan rekod bacaan al quransecara BIG
  4. 4. Bagi murid yang telah membaca al Quran : mempunyai 1 rekod sahaja iaitu rekod bacaan alQuran secara BIG atau tahap sebenar bacaanMasaBIG hendaklah dilaksanakan pada awal P&P Al-Quran di antara 10-15 minit sahaja.(Selepas itu P&P Al-Quran diteruskan dengan membaca Iqra’ bagi murid yang belummenguasai bacaan atau membaca Al-Quran di tahap sebenar/ bacaan di rumah)melatih tubibacaan sebenar.MasaBIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.Contoh Rancangan Pengajaran Harian6. Pengurusan P & PGuru menganjurkan murid supaya berwuduk sebelum membaca al-QuranP&P al quran dijalankan di kelas yang sama mengikut kumpulan masing-masing atau mengikutkesesuaianGuru mentasmi’ murid turus terlebih dahulu supaya mereka dapat membantu rakan sebayamentasmi’ bacaanMurid berada di dalam kumpulan masing-masingGuru hendaklah mengoptimumkan masa sebaik mungkinPeringatanMurid yang boleh membaca Al-Quran mengikut sukatan atau melepasi sukatan TIDAK perlu lagimengikuti BIG.Murid yang sudah khatam bolehlah diulang semula bacaan untuk khatam kali kedua ataudiperkenalkan dengan tahsin dan taranum Al-Quran.KesimpulanAdalah diharapkan dengan adanya pelaksanaan BIG ini, dapat membantu murid membaca al-Quran sehingga khatam ketika di sekolah rendah, sama ada mereka itu khatam dengan bacaansendiri atau khatam dengan cara mengikut bacaan guru (BIG)

×