• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pelan strategik ict btp
 

Pelan strategik ict btp

on

  • 822 views

 

Statistics

Views

Total Views
822
Views on SlideShare
743
Embed Views
79

Actions

Likes
0
Downloads
34
Comments
0

1 Embed 79

http://bibliografi.moe.edu.my 79

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pelan strategik ict btp Pelan strategik ict btp Presentation Transcript

    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 ISI KANDUNGANKata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM 2Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4Pengenalan 5Wawasan 2020 & Misi Nasional 7Pelan Transformasi & Modal Baru Ekonomi Malaysia 9BTP : Misi, Visi & Fungsi 13Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 15Bidang Utama Bahagian Teknologi Pendidikan 16Strategi 18Matriks Perancangan Strategik, Pembestarian BTP 2011-2015 20Rumusan 28Task Force Pelan Strategik Pembestarian Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan 29 B ahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana berjaya menerbitkan Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 – 2015. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting bagi membantu pencapaian matlamat pendidikan. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21. Bagi menerajui usaha ini, KPM perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT yang optimum berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan telah digariskan oleh KPM iaitu literasi ICT untuk semua murid,mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendididikan sebagai kurikulum dan alat P&P, dan menekankan penggunaan ICTuntuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan organisasi pendidikan.Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan hala tuju Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologipendidikan dan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia dipacu berlandaskan satu perancangan yang kemas dan terancang, merupakansuatu usaha yang harus dipuji.Saya berharap agar buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam melaksanakan keperluan pendidikan yang dapatmembangkitkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lestari, seterusnya merealisasikanhasrat negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.TAN SRI DR. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG 2| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya, Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 – 2015 dapat dihasilkan sebagai panduan dalam pencapaian matlamat pembangunan pendidikan. Ini adalah selaras dengan dasar negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial yang membanggakan, antaranya termasuk pengembangan sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan ICT yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dilaksanakan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan murid. Walau bagaimanapun, matlamat pembangunan pendidikan berteraskan ICT tidak dapat lari daripadabeberapa isu yang kadang kala memberikan cabaran hebat dalam pelaksanaannya, antaranya, pembangunan infrastruktur ICT,akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, pengintegrasian ICT dalam P&P, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT, penggunaanICT dalam pengurusan pendidikan, pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT serta penyelidikan dan pembangunan dalam ICT.Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini yang diharapkan dapat memberikan garis panduankepada semua agensi pelaksana dalam menangani isu dan cabaran pelaksanaan ICT dalam pendidikan. Adalah menjadi harapansaya, dokumen ini dijadikan rujukan dan ditafsirkan dalam bentuk program dan aktiviti yang memenuhi aspirasi Falsafah PendidikanKebangsaan dan menjurus ke arah pembangunan pendidikan bertaraf dunia.TAN SRI DATO HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM 3| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 - 2015 dapat diterbitkan. Buku ini merupakan dokumen rujukan utama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai bidang fokus utama BTP bagi mencapai matlamat Pembestarian Pendidikan. Penerbitan buku ini bertujuan memberi panduan kepada semua warga BTP pusat dan cawangan seluruh negara. Ini adalah kerana setiap fungsi dan tanggungjawab semua ahli berkait rapat antara satu sama lain dalam satu rangka kerja yang sistematik. Strategi yang telah dirangka pula adalah asas kepada keseluruhan proses kerja yang dilaksanakan oleh BTP dalam pelaksanaan Pembestarian Pendidikan. Oleh itu, saya yakin sekiranya setiap warga BTP memahami dan menghayati isi kandungan buku ini, Insya-Allah BTP akan menjadi hub ICT dan Multimedia untuk Pembestarian Pendidikan yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia malah di peringkat antarabangsa.Adalah menjadi harapan saya, seluruh warga BTP akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bagimemastikan pencapaian matlamat Pembestarian Pendidikan seterusnya menyokong hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020.Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Timbalan – Timbalan Pengarah, Ketua - Ketua Sektor,Pasukan Kerja Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan semuayang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan dokumen ini.Sekian, terima kasih.DATIN DR SITI ZALEHA BINTI ABDULLAH SANI 4| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 PENGENALAN Di negara ini, penggunaan teknologi pendi dikan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memperjelas dan mengukuhkan konsep pembelajaran serta memperkayakan suasana pembelajaran melalui penggunaan bahan audio dan visual (AV) telah ber mula sebelum merdeka lagi.“The challenge ofestablishing a scientific Seawal tahun 1949 lagi, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandangand progressive society, Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskana society that is innovative penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajarand forward-looking, one dalam P&P. Ini seterusnya diikuti dengan Jawatankuasa Alat Pandangthat is not only a consumer Dengar Negeri dan penubuhan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri padaof technology but also a tahun 1950-an.contributor to the scientificand technological Dengan rombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, pengurusancivilisation of the future.” APD dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sekolah dan ini membawa kepada menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan danVision 2020 sebanyak 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara. Usaha memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran dengan penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah dan pada tanggal 18 Mei 5| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah- Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran dengan bantuan serta sokongan Kementerian Penerangan. Melalui hasil kajian En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London), kerajaan, pada tahun 1971, bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Projek TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Fungsi utama PSP pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi dan bertambahnya kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam P&P, PSP pada tahun 1988 telah ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah dan penggunaan teknologi baru dalam P&P. Hari ini, BTP terdiri daripada 11 sektor dengan rangkaian 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh negara. Dalam usaha memartabatkan pendidikan dan peng- gunaan teknologi pendidikan secara berkesan, pada 21 April 2006, BTP6| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management S ystems-Requirements bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mencapai piawaian kualiti yang diterima dunia. WAWASAN 2020 DAN MISI NASIONAL Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991, oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keroha- nian dan kebudayaan. Satu rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 digariskan melalui Misi Nasional (2006 – 2020). Misi Nasional memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Peranan pendidikan adalah amat penting dalam me njayakan kelima-lima teras Misi Nasional terutamanya Teras 2 dan 3 iaitu ‘Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama’ dan ‘Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosioekonomi Secara Membina dan Produktif’.7| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 Bagi memenuhi hasrat ini, misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Semenjak tahun 1990-an, pendidikan di Malaysia telah meningkat maju dengan begitu jelas dari segi pertambahan bilangan sekolah dengan kemudahan diberikan untuk pendidikan sains, teknologi dan ICT. Selaras dengan perkembangan teknologi, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan se perti Projek Rintis Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, pembekalan kemudahan ICT untuk PPSMI, pengenalan mata Pelajaran ICT, Latihan ICT untuk guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam pendidikan. Justeru, bagi merealisasikan misi KPM, memacu pelaksanaan Misi Nasional dan memastikan pencapaian Wawasan 2020, Perancangan Strategik Pembestarian dibina agar satu ran gka kerja yang terancang, k emas dan bersepadu dapat menjadi garis panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan pembestarian pendidikan.8| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN & MODEL BARU EKONOMI MALAYSIA Dalam usaha memastikan Wawasan 2020 menjadi suatu kenyataan, Kerajaan Malaysia telah menyediakan perancangan hala tuju baru ekonomi negara dengan mengenal pasti Bidang Petunjuk Utama“The Government will Ekonomi Nasional (NKEA) yang merupakan peneraju kepada aktiviti ekonomi dalam memajukan serta meningkatkan kadar pertumbuhancontinue to work hard to ekonomi negara.transform the Malaysiaeconomy into an Sektor yang bakal dikenal pasti sebagai NKEA merupakan sektor yanginnovation-based mempunyai kelebihan dari segi daya saing dan berpotensi tinggi sepertiknowledge-economy with sektor: • Elektrikal dan elektronikhigher value add and • Industri berasaskan minyak kelapa saw it, minyak dan gashaving knowledge, • Pelancongantechnology and innovation • Perkhidmatan per niagaanas a key drivers of growth.” • Industri asas tani ber nilai tinggi dan • Teknologi maklumat dan perhubungan (ICT).YAB Dato’ Sri Najib Tun RazakPrime Minister of Malaysia9| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 ICT-I Membina industri ICT dengan FDI sebagai pemangkin DDI ICT sebagai ICT-E ICT pengupaya kepada kerajaan dan sektor ekonomi bagi meningkatkan ICT untuk memaju, kecekapan dan menghubung dan produktiviti negara memantap kualiti, sosio ekonomi, taraf • FDI: Foreign Direct Investment (Pelaburan Langsung Asing) ICT-S kehidupan rakyat serta menambah • DDI: Domestic Direct Investment (Pelaburan Langsung Domestik) • ICT-I: ICT Industry baik kualiti modal • ICT-E: ICT Economy insan • ICT-S: ICT Social10 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 S eiring dengan Pelan Transfor masi Kerajaan, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Razak juga telah melancarkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan. Pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MBE yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun. Dijangkakan Malaysia menjelang 20 20 berdasarkan MBE akan mempunyai ciri-ciri berikut: • Berpandukan Pasaran • Tadbir Urus yang Rapi • Berintegrasi Serantau • Keusahawanan • Inovatif Kualiti hidup rakyat juga dijangkakan lebih baik dengan pendapatan tinggi yang dinikmati secara terangkum oleh semua serta memenuhi k eperluan hari ini dan masa akan datang.11 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 Model Baru Ekonomi Semua rakyat perlu berusaha bersama-sama menyokong dan memastikan hasrat serta harapan kerajaan beroleh kejayaan yang gemilang. Ini akan dapat dicapai jika rakyat mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan dan generasi aka n datang diberi pendidikan berkualiti.12 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BTP : MISI, VISI DAN FUNGSI Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologi dan ICT bagi tujuan pendidikan berperanan menggalakkan pengintegrasian pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Setiap murid diberi peluang menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. VISI Meneraju transfor masi generasi bestari melalui teknologi pendidikan MISI Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembud ayaan inovasi teknologi pendidikan MOTO ` Teknologi Untuk Pendidikan Bestari 13 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 Fungsi BTP adalah seperti berikut: 1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan; 2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT; 3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah; 4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media; 5. Merancang, menyelaras, menilai da n memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi maklumat; 6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak; 7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah; dan 8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativi ti teknologi pendidikan di sekolah.14 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011 – 2015 Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 disediakan untuk memastikan kesinambungan dan kelestarian pembestarian pendidikan. Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 merupakan perancangan jangka panjang yang menjadi asas kepada Program Pembestarian S ekolah 2011-2015 seperti di bawah.15 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Sebagai peneraju teknologi pendidikan unt uk pendidikan bestari, BTP memberi tumpuan kepada lima (5) bidang utama: 1. Pembangunan Infrastruktur ICT Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Abad ke-21 melihat ICT sebagai satu pengupaya yang mampu meningkatkan kemahiran guru menyampai dan murid menerokai ilmu. 2. Sokongan Pedagogi dan Teknikal BTP berperanan memberi sokongan pedagogi dan teknikal yang relevan bagi membantu guru dalam P&P dan pengurusan.16 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 3. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi Teknologi dalam P&P BTP sebagai peneraju dalam menyedia dan memberi khidmat kepakaran dalam teknologi pendidikan yang sesuai untuk generasi akan datang. 4. Modal Insan dan Pembangunan Kapasi ti BTP perlu menyediakan tenaga kepakaran dan kemahiran yang secukupnya bagi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur ICT yang dibekalkan. Semua pegawai BTP dan rangkaian ter masuk agen teknologi di sekolah seperti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari (GP B) perlu disediakan dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi menyokong P&P Abad ke- 21. 5. Komunikasi Korporat BTP perlu menyediakan jaringan komunikasi yang berkesan bagi meningkatkan penyampaian maklum at berkaitan produk dan perkhidmatan. Melalui lima (5) bidang utama ini, BTP berperanan sebagai pemacu transfor masi dan kelestarian pembestarian pendidikan bagi mencapai k-masyarakat ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang merupakan agenda utama negara.17 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 STRATEGI Bagi memastikan lima bidang utama BTP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, tumpuan diberi kepada tujuh strategi utama: 1. Peningkatan infrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara BTP dengan kerjasama Bahagian KPM berkaitan akan melaksanakan peningkatan dan penambahbaikan infrastruktur ICT dalam pelaksanaan P&P secara terancang, sistematik dan berkesan. Sepanjang RMK-10, semua sekolah akan dilengkapi dengan infrastruktur teknologi dan ICT yang sesuai bagi menampung keperluan pendidikan bestari. 2. Persekitaran Pembelajaran Ubiquitous Persekitaran pembelajaran ini membolehkan murid belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui penggunaan media komunikasi yang pelbagai. Melalui kaedah ini, pembelajaran dapat dilaksanakan secara maya (virtual lear ning) dan tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah sahaja. 3. PKG sebagai Pusat Bimbingan Profesional Teknologi Pendidikan PKG menjadi pusat bimbingan profesional yang mampu menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan kemahiran kepada semua war ga pendidik setempat. Kaedah pengajaran terbaik berbantukan teknologi mampu mengoptimumkan pembelajaran.18 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 4. Kerjasama dan Kolaborasi Pintar Menyediakan satu platform bagi semua pihak berkepentingan dalam pendidikan berkomunikasi, berkongsi dan berkolaborasi bagi tujuan kemajuan pendidikan. Ruang ini juga digunakan untuk melihat peluang baru bagi pelaksanaan teknologi dalam pendidikan secara perkongsian pintar bersama industri, akademia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). 5. Pembinaan bahan P&P melalui pendekatan participatory Pendekatan participatory membolehkan para pendidik membina dan mengubahsuai bahan sumber P&P mengikut keperluan setempat dan memenuhi gaya pembelajaran murid untuk pelbagai persekitaran pembelajaran. Satu platfor m kolaboratif perlu disediakan untuk para pendidik berkongsi bahan pengajaran. 6. R&D Teknologi Pendidikan berterusan BTP sentiasa melaksanakan R&D dalam teknologi pendidikan. Ini adalah bagi memastikan teknologi dan pedagogi yang terkini dan berkesan disampaikan kepada pengguna. 7. BTP sebagai hub ICT dan multimedia pendidikan terunggul Sebagai hub kecemerlangan ICT dan multimedia, khidmat kepakaran dan kemahiran yang disediakan oleh BTP boleh dijadikan rujukan ke arah meningkatka n kualiti P&P.19 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 MATRIKS PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011-2015 Berikut adalah matriks bagi pengisian Perancangan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015. BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti Menyediakan Menyediakan Menyediakan dan Menyediakan skema Menyediakan 1 infrastruktur ICT yang perkhidmatan mengurus Portal latihan yang kaedah pelaksanaan sesuai bagi tujuan sokongan teknologi Pendidikan yang terancang dan pengurusan, P&P untuk : pendidikan bagi : merangkumi : komprehensif bagi : penggunaan dan pengintegrasian • semua 10,000 • teknologi ICT • Sistem • semua pegawai teknologi dalam P&P sekolah yang • teknologi rangkaian Pengurusan BTP Peningkatan merangkumi • teknologi untuk P&P Sekolah • semua pegawai secara berkesan bagi: infrastruktur ICT peralatan seperti: dan pedagogi • Sistem Pengurusan BTPN semua sekolah o komputer meja Pembelajaran • semua pegawai • semua pentadbir o komputer riba • Platform PTPB dan PKG seluruh negara o sistem operasi perkongian dan • semua GPB/ GPM sekolah • semua pegawai dan aplikasi kolaborasi P&P PKG yang sesuai • Pangkalan Ilmu • semua GPM/GPB o projektor LCD Pendidikan o pencetak (Education o pengimbas, Knowledge Base) o kamera digital o interactive Menjalankan R&D white board (IWB)20 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti (IWB). Teknologi dan visualiser pedagogi ICT terbaik Rangkaian setempat dalam persekitaran Lain-lain peralatan pembelajaran yang ICT yang diperlukan pelbagai. IPTV Pusat Data VOIP Pendidikan di BTP RSS dan lokasi lain yang Podcasting sesuai bagi Lain-lain teknologi keperluan P&P yang sesuai untuk dengan peralatan P&P seperti: pelayan storan core switch NMS SSO DRC Lain-lain keperluan pusat data Rangkaian luas (WAN) serta21 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti lebar jalur yang secukupnya dan sesuai dengan keper- luan P&P Infrastruktur asas lain seperti: Tenaga elektrik Ruang/bilik/ makmal untuk P&P Menyediakan Menyediakan perkhid- Menyediakan dan Menyediakan skema Menyediakan kaedah 2 Infrastruktur ICT yang matan sokongan mengurus Portal latihan yang terancang pelaksanaan penguru- sesuai untuk tujuan P&P teknologi pendidikan Pendidikan bagi dan komprehensif bagi san, penggunaan dan di mana-mana dan dalam talian atau pembelajaran pembelajaran berben- pengintegrasian pada bila-bila masa pusat panggilan bagi: ubiquitous yang tuk ubiquitous bagi: teknologi ubiquitous (ubiquitous) seperti: merangkumi: dalam P&P secara Persekitaran • Bantuan teknologi Sistem Pengurusan semua pegawai berkesan bagi: Pembelajaran Repositori P&P ICT Pembelajaran BTP yang boleh dicapai Bantuan teknologi EduwebTV semua pegawai semua pentadbir Ubiquitous sepanjang masa rangkaian Pangkalan Ilmu BTPN sekolah yang mengandungi Bantuan teknologi Pendidikan semua pegawai semua pegawai PKG Kelas atas talian P&P dan pedagogi (Education Knowl PKG semua GPM/GPB Tutorial dan latihan edge Base) semua GPB/ GPM22 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti Sistem pengurusan pembelajaran 3 Menyediakan Menyediakan Menyediakan PKG Menyediakan PKG Menyediakan PKG Infrastruktur ICT yang perkhidmatan dengan persekitaran dengan ilmu dan dengan ilmu dan sesuai untuk menjadi- sokongan setempat simulasi bagi menguji kepakaran yang sesuai kepakaran yang sesuai kan PKG sebagai bagi kepakaran dan melapor dan seperti: sebagai: pusat kepakaran, pedagogi dan menyelesaikan pusat rujukan dan teknologi pendidikan keperluan teknologi Kemahiran mengu- Pusat promosi PKG sebagai pusat latihan setempat secara terus dan pedagogi. rus dan membantu teknologi P&P Pusat setempat bagi P&P dan dalam talian mengurus P&P Pusat galak-guna Bimbingan berbantu teknologi bagi: Menyediakan pegawai berbantu teknologi teknologi P&P Profesional seperti: PKG dengan Kemahiran kurikulum Pusat latihan Teknologi ICT kepakaran khusus bagi dan pengurusan penggunaan Teknologi Kemudahan latihan Teknologi rangkaian menyokong keperluan kurikulum teknologi P&P Pendidikan Kemudahan simulasi Teknologi P&P dan P&P setempat. Kemahiran teknikal Pusat teknologi ICT dan P&P pedagogi asas baru P&P berbantu Kemudahan Kemahiran reka- teknologi bantuan dalam Berfungsi sebagai Pusat bentuk pengajaran talian Sokongan Setempat Kemahiran P&P Teknologi Aras 2 abad ke-2123 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti Menjadi rujukan ICT Menjalin perkongsian Menjalin kerjasama Menjalin kerjasama Menjalin saluran dalam P&P kepada pintar dengan dan perkongsian bagi tujuan perhubungan yang 4 kolaborasi dan pelbagai agensi pintar dengan perkongsian ilmu berkesan bagi kerjasama dengan awam, pihak NGO pelbagai pihak R&D berkaitan kerjasama dan industri teknologi dan swasta dalam dan pembangun serta perkembangan kolaborasi dengan dalam menjadikan bidang sokongan pengeluar teknologi teknologi terkini pelbagai pihak R&D institusi pendidikan perkhidmatan ICT dan tinggi dalam dalam penggunaan dan pembangun Kerjasama dan negara sebagai teknologi semasa dan perkakasan, rangkaian teknologi dalam serta pengeluar sekolah angkat akan datang dan pembangunan pendidikan serta teknologi tinggi Kolaborasi bahan dan aplikasi ICT trend masa hadapan dalam perkakasan, Pintar yang melibatkan rangkaian dan Menjalin kerjasama industry players, pembangunan dan perkongsian pintar IPTA/IPTS, NGO, GLC bahan dan aplikasi dengan pelbagai pihak dan semua pihak ICT yang mengurus dan yang berkepentingan melaksana piawaian dalam bidang ICT dan ICT dalam P&P pendidikan serta seperti: IPGM/BPG, Kolej ISTE Matrikulasi danjuga IEEE Education pegawai BTP/BTPN/ ADL PKG SCORM dan lain-lain24 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti pihak yang melaksana- kan fungsi yang sama Menyediakan Menjadikan Menyediakan satu Menyediakan satu Menyediakan satu infrastruktur yang BTP/BTPN/PKG/ GPB Platform P&P yang mekanisma untuk mekanisma untuk sesuai bagi dan GPM sebagai bersesuaian dengan melatih dan menyedarkan dan membolehkan satu pemangkin kepada persekitaran, teknologi membudayakan mempengaruhi bentuk perkongsian kelompok masyarakat semasa, aras masyarakat masyarakat pendidik 5 bagi tujuan pendidikan pembangun melalui pembelajaran dan pendidikan dengan akan budaya P&P diwujudkan untuk yang berupaya cara belajar. kemahiran yang sesuai abad ke-21 yang masyarakat pendidik. berkongsi dan untuk menyokong berbentuk perkongsian berkolaborasi untuk Menyediakan pembangunan bahan dan kolaboratif dalam Menggunakan menghasilkan bahan pendekatan pedagogi secara perkongsian talian. Platform sumber P&P berkualiti serta berbantu ICT yang dan kolaboratif bagi Pembinaan terbuka atau berbayar sentiasa kemaskini dan sesuai dan berkesan persekitaran P&P bahan P&P seperti: diurus oleh komuniti untuk meningkatkan berbantu teknologi melalui Moodle pendidik. P&P dalam talian. Sakai pendekatan- Microsoft Share Point Menjadikan Guru Menjalin perkongsian participatory Lain-lain Platform Cemerlang dan guru pintar dengan kolaborasi untuk lain yang pelbagai agensi awam, pendidikan yang pihak NGO dan sesuai. persekitaran swasta25 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti berminat sebagai dalam bidang sokon- penyumbang dan gan perkhidmatan ICT pengurus Platform dan teknologi semasa perkongsian dan dan akan datang. kolaborasi bahan P&P dalam talian untuk tujuan pendidikan. 6 Menyediakan Menyediakan dapatan Melaksanakan kerja- Menyediakan pasukan Mewujudkan satu kemudahan dan laporan serta kerja R&D dalam khas atau SIG (Special jaringan perhubungan infrastruktur ICT dan cadangan bagi bidang teknologi Interest Group) yang dan kolaborasi yang persekitaran teknologi kebolehgunaan pendidikan baru dan terdiri daripada rapat dengan pemain baru bagi tujuan ujian teknologi baru dalam sedang dipelopori pegawai DG dan F industri dalam bidang dan simulasi teknologi pendidikan hari ini dan secara berkesan di yang mempunyai teknologi dan R&D Teknologi P&P masa kini dan masa hadapan negara lain minat dan kecenderun- pendidikan bagi Pendidikan akan datang. gan dalam bidang memastikan berterusan kemajuan teknologi kesesuaian dan dalam pendidikan keserasian wujud masa hadapan dalam integrasi dan penggunaan dan pelaksanaan ICT dalam pendidikan Negara.26 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 BIDANG UTAMA 1 2 3 4 5 STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan Pendidikan Teknikal Kapasiti 7 Dengan semua yang telah dirancang, diurus, dilaksana, dinilai dan dilapor semula kepada semua pihak berkepentingan BTP dan rangkaiannya seharusnya secara sendirinya menjadi pakar dan rujukan penggunaan amalan terbaik teknologi bagi tujuan P&P Negara dan juga di peringkat serantau. BTP sebagai hub ICT dan multimedia pendidikan terunggul27 | B ahagi an Tek nol ogi Pendidi k an Kementer ia n Pelajaran M alays ia
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 RUMUSAN Perancangan Strategik Pembestarian menggaris dan membentangkan rangka kerja serta strategi Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020, Misi Nasional dan misi KPM melalui pelaksanaan Pembestarian Pendidikan secara terancang dan bersepadu. Perancangan ini dibina bagi memenuhi tuntutan dasar-dasar utama negara, perubahan pesat ICT dan keperluan pendidikan semasa. BTP sebagai pemacu transformasi dan kelestarian pembestarian pendidikan, perlu mengambil langkah proaktif dan dinamik bagi memastikan usaha membangunkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21, bertanggungjawab, berdaya tahan, mampu bersaing di pasaran kerja global di samping dapat berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat dan pengetahuan, menjadi satu realiti. Adalah diharapkan penerbitan ini dapat dijadikan rujukan agensi pelaksana dalam memastikan tindakan yang dibuat berlandaskan perincian strategi yang digariskan dalam dokumen ini.28 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 TASK FORCE PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Penaung : Y.Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha Binti Abdullah Sani Pengarah BahagianTeknologi Pendidikan Penasihat : Puan Hawa Binti Hj. Said Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan : Puan Rosnani Binti Mohamed Ali Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Pengerusi : Y.Bhg. Datin Dr. Hjh Fowzia Binti Osman Ketua Sektor Sektor Pembestarian Sekolah Setiausaha 1 : Puan Vanida Binti Krishna Sektor Dasar Setiausaha 2 : Puan Maimunah Binti Mohd.Tahir Sektor Pembestarian Sekolah Ahli : Tn. Hj. Haliza Bin Adnan - Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan En. Shamsuddin Bin Hassan - Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan En. Mohd. Azemi Bin Mohd - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Zulkefli Bin Mohammad - Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Pn. Dorothy Dewitt - Sektor Pembestarian Sekolah29 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
    • PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015 Pn. Hafidzah Binti Omar - Sektor Pembestarian Sekolah Encik Mohd. Azmi Bin Zakaria - Sektor Pembestarian Sekolah Cik Aishah Binti Othman - Sektor Resos Pembelajaran Pn. Qhamariah Binti Samu - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Pn. Fadzliaton Binti Zainudin - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Hjh. Zarina Binti Paijo - Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Encik Ahmad Tarmizi Bin Abdul Kadir - Sektor Repositori dan Rangkaian Cik Ruzana Binti Tukimin - Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme Pn. Sri Banun @ RD Sri Ayu Binti Khirotdin - Sektor Kejuruteraan Rekabentuk Grafik dan Susun Atur : En.Mohd. Yassim Bin Ngah - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Abdul Muaasis Bin Lokman - Sektor Penyiaran Pendidikan En. Abdul Halim Bin Sikit - Sektor Penyiaran Pendidikan Pn. Mary Anne Joseph - Sektor Penyiaran Pendidikan Pembaca Pruf : En. Mahmud Pa’aid Bin Yusof - Sektor Pembestarian Sekolah30 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a