Kerja kursus perlembagaan

  • 6,464 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
6,464
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
135
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 1.0 Pengenalan. Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campu rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
  • 2. 2 status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969. Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik negara.
  • 3. 3 2.0 Konsep Perlembagaan Menurut K.C. Wheare dalam bukunya Modern Constitutions, perlembagaan bermaksud.....ʺthe whole system of goverment of a country, the collection of rules which establish and regulate or govern the goverment. These rules are partly legal...And partly non-legal or extra-legal, taking the form of usages, understandings, customs, or conventions.....ʺ Manakala menurut S.A. De Smith dalam bukunya Constitutional and Administrative Law mendefinisikan perlembangaan sebagai...ʺ Constitutions are primarily about political authority, and power-the location, conferment, distribution, exercise and limitation of power among the organs of State. They are concerned with matters of procedures as well as subtance. More often than not they also include eplicit guarantees of the rights and freedoms of individuals and sometimes they incorprate ideological pronouncements- principles by which the state ought to be guided or to which it ought to aspire, and statement of the citizensʺ.... Berdasarkan definisi diatas , perlembagaan adalah suatu dokumen yang mempunyai keluhuran undang-undang khas yang menetapkan struktur, fungsi dan kuasa badan-badan kerajaan. Perlembagaan juga adalah badan atau kumpulan kaedah-kaedah, dan amalan- amalan yang menubuhkan dan mengawal badan-badan kerajaan serta mengawal. perhubungan antara individu dengan negara. Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mendasari sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub, sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Dalam erti kata lain, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menubuhkan dan mengawal kerajaan sesebuah negara. Perlembagaan juga merupakan satu undang-undang tertinggi yang menjamin hak-hak dan kebebasan individu sebagai insan dan warganegara.
  • 4. 4 3.0 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN DAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN. 3.1 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN KONSEP PERLEM BAGAAN Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara. Berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya Bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara
  • 5. 5 3.2 PETA MINDA UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN. Unsur- unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia Bahasa Melayu Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Cth-penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak atau elektronik,disekolah- sekolah- ada subjek bahasa iban, kadazan,cina dan tamil di sekolah. BahasaMelayudijadikanalatperpaduanetnik di Malaysia. Agama Islam Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi.Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agama- agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam persekutuan Malaysia. • •Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa, pendidikan, permit dan lesen perniagaan, selain itu berkaitan dengan perezaban tanah perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti. Pemerintahan beraja Perkara 32,38(4) Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara, Kewujudan institusi ini adalah sebagai simbol kuasa,kestabilan politik dan perpaduan etnik.
  • 6. 6 4.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Unsur-unsur tradisi ialah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia. dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia ini meliputi 4 aspek termasuklah bahasa Melayu, agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja. Keempat-empat unsur-unsur tradisiini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting dalam Perlembagaan Persekutuandan ia berperanan dalam menstabilkan sistem politik negara. Unsur-unsur tradisi ini amat penting sekali sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan 1971 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, agama Islam menjadi agama Persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini merupakan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu haruslah dikekalkan dan diperkukuhkan lagi.Pra-syarat ini merupakan mekanisme penyelesaian masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan yang pertama adalah kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hak keistimewaan ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya
  • 7. 7 telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat seseorang yang demikian. Bagi Perkara 161A untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu pertama untuk Bumiputera Sarawak yang terdiri daripada mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau merupakan keturunan campuran daripada kaum tersebut.Bagi Bumiputera Sabah pula, mestilah tergolong daripada anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan yang telah dilahirkan di Sabah barulah layak dikategorikan dalam Bumiputera Sabah. Rasional Perkara 153 ini dalam Perlembagaan Malaysia telah menyebabkan orang Melayu dan bukan Melayu telah memupuk semangat toleransi yang begitu tinggi dalam kalangan Melayu dan bukan Melayu yang sanggup berkongsi kuasa. Pada masa itu juga dalam Perkara 153 orang Melayu menerima prinsip jus soliyang merujuk kepada tempat kelahiran mereka dan hak ini tidak boleh dipertikai oleh kaum lain.. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu bekerja dengan kerajaan. Dalam Perkara 153 kerajaan fokus kepada keutamaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bekerja disektor awam kerana kekurangan mereka dalam perkhidmatan awam ini. Pada masa itu orang Melayu banyak sebagai pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu kerana majoriti orang Melayu adalah miskin terutama yang tinggal diluar bandar. Mereka orang Melayu juga sangat naif dalam menceburi bidang perniagaan dan ini menyebabkan mereka tidak berani untuk menceburi perniagaan ini. Jadi mereka ini hendaklah dibantu dan dibimbing bagi menaiktaraf hidup dan pencapaian ekonomi serta pendidikan kerana peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains masih lagi rendah dibandingkan dengan kaum lain terutamanya kaum Cina dan India. Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara
  • 8. 8 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun dalam Perkara 152, bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dan seterusnya memperuntukan bahawa tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Rasionalnya dalam Perkara 152, Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini adalah sangat penting dan mustahak dalam menyatupadukan penduduk Semasa perlembagaaan sedang dirangka, pemimpin-pemimpin kita telah memutuskan bahawa sebuah negeri Asia yang merdeka tidak dapat terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika ia hendak menyatupadukan penduduknya.Seperti yang kita sedia maklum, Tanah Melayu mula diduduki oleh orang China dan India semasa zaman penjajahan Inggeris.Kemasukan mereka secara beramai- ramai adalah sebagai buruh. Impak daripada perkara tersebut, masyarakat di sini menjadi masyarakat yang pelbagai.Secara kolektifnya, bangsa-bangsa selain Melayu ini telah mengalami sedikit sebanyak akomodasi atau penyesuaian terutama sekali dalam perhubungan seharian. Mereka sudah mula memahami dan ada yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu, mereka tidak menguasai bahasa Cina dan India. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Maka adalah rasional untuk bahasa Melayu di jadikan bahasa rasmi negara. Selain itu juga rasionalnya bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya terutama sekali dari segi perdagangan.Ianya merupakan bahasa yang mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain. Bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri
  • 9. 9 Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pada tahun 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kepada Gabenor Singapura dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95% jawatan kumpulan 1 perlu mempelajari bahasa melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu pada ketika itu. Jadi jelaslah bahasa Melayu ini telah diterima sebagai bahasa rasmi sejak sebelum dan semasa zaman penjajah. Unsur tradisi dalam Perlembagaan yang seterusnya ialah menjadikan agama Islam ialah agama Persekutuan. Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih 600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam.Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-majlis keagamaan. Perkara 181 iaitu Pemerintahan Beraja merupakan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan yang terakhir. Menurut perkara 181 ini menyatakan tentang kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja dan hak kedaulatan institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berpelembagaan. Raja Berpelembagaan ini akan bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan. Dalam sistem pemerintahan Beraja ini pula Raja tidak boleh berkuasa secara langsung dan peranan Raja hanya menjalankan tugas secara simbolik sahaja. Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri .Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.
  • 10. 10 5.0 SUMBANGAN UNSUR-UNSUR TRADISI Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam proses pembinan negara bangsa serta kearah mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman bagi mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan etnik menjadi semakin utuh dan erat. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu pilihan yang tepat apabila aspek sejarah dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986) sebagai contoh pada zaman penjajah lagi bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu, bahasa ibunda kaum lain di negara kita ini tidak akan tergugat. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan atau agama Rasmi Malaysia kerana Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan.Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan
  • 11. 11 atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak di beri keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka merupakan penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum lain. Kerana kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam aspek kedudukan ekonomi. Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM, Cina - KTAR, India – Kolej Tafe. Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi PTPTN untuk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini adalah bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera. Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia pada hari ini. Seperti yang kita ketahui Raja kita memerintah di negeri masing-masing mengikut Sistem Raja Berpelembagaan. Raja pada masa sekarang tidak berkuasa mutlak tetapi mereka berkuasa berlunaskan konsep Raja Berpelembagaan. Hal ini kerana Raja Melayu merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi sama. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara dan seterusnya memupuk perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysi
  • 12. 12 6.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama taraf, maksudnya ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-cita mestilah mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan keutuhan sesebuah negara. Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihak-pihak yang sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan menjdi terlalu tegang atau huru-hara kerana rakyat di negara itu diwajibkan menurut apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah. Manakala yang ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seorang rakyat, mereka tidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka dengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya. Jadi, dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah negara yang kuat dan berpanjangan. Kepentingan yang keempat pula, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar -kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.
  • 13. 13 Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa. Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran pemimpin juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud rakyat. Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
  • 14. 14 7.0 REFLEKSI KENDIRI Pada 23 Februari 2013 yang lalu, kami pelajar semester tiga telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan Etnik. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep perlembagaan, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan, sumbangan unsur-unsur tradisi dalam hubungan etnik dan kepentingannya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. John anak Brodi kerana menjadi hala tuju kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberikan banyak pandangan dan idea bagi menyiapkan tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan, En. John Brodi telah memberikan penerangan yang terperinci mengenai tugasan yang diberikan ini dan tugasan ini dilakukan secara individu. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai perlembagaan dalam nota pembelajaran saya jadi ini dapat memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini pada waktunya. Saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan tugasan ini dengan membeli beberapa buah buku. Selain itu, sumber internet juga telah membantu saya untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan berkaitan tugasan. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah tenang dan sabar, perbincangan dengan rakan-rakan lain serta rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Tuhan, saya akan mempraktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah membuat banyak pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang definisi konsep perlembagaan, sejarah penggubalan perlembagaan dan kaitannya dengan perpaduan dengan lebih mendalam. Saya juga dapat mengetahui kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara dan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan. Saya akan
  • 15. 15 berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di negara Malaysia yang gemilang ini. Walaupun menghadapi sedikit masalah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek yang diberikan ini dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kesungguhan, kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang. Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, rakan-rakan, keluarga dan insan-insan yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan kerja kursus pendek ini.