Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

on

  • 3,840 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,840
Views on SlideShare
3,840
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
304
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan Document Transcript

  • 1 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan keturunan. Jadi integrasi nasional amat penting dalam menyatukan pelbagai masyarakat yang terdapat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan adanya penyatuan sedemikian akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di negara kita. Integrasi nasional juga merupakan proses merapatkan hubungan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia dan seterusnya mencapai matlamat 1 Malaysia. 1.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Menurut Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai. ʺThe way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within.ʺ Di samping itu, Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maksudnya kebudayaan perlulah dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
  • 2 Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya seperti yang pertama membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua pula memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Oleh itu, menurut Mohd. Taib Osman 1988, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekililing. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai altenatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Justeru peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya dinegara kita adalah amat penting dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu-padu, mempunyai nilai moral yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang serta adil. Jadi dalam memahami konsep kepelbagaian budaya ini, maka kita seharusnya terlebih dahulu memahami konsep-konsep asas yang berkaitan dengan budaya serta kelompok masyarakat yang ada di negara kita Malaysia pada hari ini.
  • 3 Papan Hitam 2.0 LAKARAN PELAN KASAR BILIK DARJAH. Sudut Bacaan MEJA GURU PintuPintuTingkap SudutBuletinMingguan Meja Murid Meja Murid Meja Murid Meja Murid RAK BUKU Meja Murid Meja Murid Perpustakaan Kelas & tempat perbincangan Meja Komputer Tong Sampah & Peralatan Kebersihan Meja maklumat & Tempat Fail
  • 4 3.0 HURAIAN PELAN KASAR BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA. Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Maka dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pacaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan dan diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Bilik darjah dikenali sebagai bilik darjah apabila di dalamnya terdapat guru dan murid dan kedua-dua pihak ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pula dibantu oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Saya telah memilih pelan kasar bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelah lantai tersebut murid dapat duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama. Selain itu, pelan bilik darjah ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut buletin mingguan, sudut maklumat, tempat letak fail, rak buku, kemudahan komputer, perpustakaan kelas dan tempat perbincangan dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Kelas mestilah sentiasa kemas
  • 5 dan tersusun supaya murid berasa seronok dalam kelas dan dapat mengikuti pengajaran guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Sudut ruang kerja iaitu tempat perbincangan disediakan membolehkan murid bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan. Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian dan tahap penglibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Murid juga dapat belajar menggunakan komputer yang disediakan oleh guru dalam kelas tersebut. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan komputer. Dengan adanya perpustakaan kelas membolehkan murid mencari maklumat dan membaca buku jika ada masa terluang ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat memupuk sikap membaca dikalangan murid dalam kelas tersebut. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menjaga disiplin serta bergaul mesra sesama sendiri dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya akan mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.
  • 6 4.0 FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI KETIDAKSAMAAN PENDIDIKAN. Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang pekerjaankerjaya dan sebagainya. Ada yang berpandangan bahawa ketidaksamaan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Ketidaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu. Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosio-ekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa. Menurut petikan ucapan YB DatoʺSeri Hishamuddin Tun Hussein yang ketika itu sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2006“… merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara.”Berdasarkan petikan ucapan jelaslah terbukti bahawa terdapat jurang dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang dalam bidang pendidikan tersebut. Antaranya ialah kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan kumpulan murid berkeperluan khas. Faktor pertama yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan ialah kelas sosial. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Bagi keluarga yang tidak
  • 7 berkemampuan dalam menyediakan peralatan akses Internet, perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat dengan begitu pantas dan cepat.Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat. Manakala faktor kedua pula dari segi aspek jantina, ketidaksamaan peluang pendidikan agak ketara. Perkara ini wujud sejak zaman penjajahan dahulu lagi iaitu peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki sahaja. Hal ini terbukti apabila kemasukan pelajar ke sekolah bagi sesetengah negara dimonopoli oleh kaum lelaki. Namun begitu, berbeza pula dengan negara kita iaitu bilangan bagi pelajar lelaki yang bersekolah di sekolah menengah kurang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan daripada mereka menamatkan pengajian formal mereka terlebih awal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga. Perbezaan ini juga dapat dilihat di Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melahirkan lebih ramai graduan- graduan dari kalangan wanita berbanding dengan graduan-graduan lelaki. Begitu juga dalam bidang perguruan, ketidaksamaan jantina sudah lama wujud kerana bidang ini mempunyai bilangan wanita yang lebih ramai berbanding kumpulan lelaki. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kuota kemasukan bagi golongan lelaki ke pusat pengajian tinggi ataupun menceburi bidang perguruan sangat terbuka luas jika dibandingkan dengan golongan wanita yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagi memasuki Institut Pengajian Tinggi Kerajaan ataupun Swasta. Di samping itu juga faktor ketiga kumpulan minoriti turut mempengaruhi faktor ketidaksamaan peluang pendidikan ini. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Di Malaysia, kaum Melayu dikatakan kumpulan majoriti manakala kumpulan minoriti pula termasuklah kaum Cina, India, dan kumpulan-kumpulan etnik yang lain termasuklah orang Asli. Isu ketidaksamaan peluang pendidikan timbul bagi kumpulan minoriti disebabkan oleh kedudukan sebahagian daripada mereka yang agak pedalaman dan terpencil terutamanya golongan orang Asli dan juga kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka terpinggir dalam pelbagai perkara. Tambahan pula, kelainan ciri
  • 8 dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus kemodenan negara. Malah, mereka juga turut kekurangan dari segi perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. Ini kerana bentuk muka bumi kawasan mereka agak berbukit- bukau dan dipisahkan oleh laut serta sungai yang menyebabkan bantuan dan kemudahan sukar untuk disalurkan. Faktor ketidaksamaan peluang pendidikan seterusnya ialah kumpulan berkeperluan khas. Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud ketidaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu. Sebelum tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut hanya pada peringkat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sebelum kemerdekaan negara, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan sebarang kemudahan pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh pertubuhan sukarela. Namun pada hari ini kumpulan ini telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti. Wujudnya beberapa isu utama yang berkaitan ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia ialah seperti aspek pembangunan.Aspek pembangunan pendidikan di Malaysia lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama, peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan tentang isu keciciran pelajar dimana seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati puncanya adalah daripada masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta kesukaran ibu bapa di pedalaman untuk menghantar anak ke sekolah. Wujudnya ketidaksamarataan diantara bandar dan luar bandar dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah orang Asli dan pedalaman. Perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi serta jurang perbezaan tahap pencapaian murid dalam menguasai 3 M antara murid bandar dan luar bandar antara isu kepada ketidaksamaan peluang pendidikan ini.
  • 9 Terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya iaitu masyarakat indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya..Mereka ini dikatakan masih taksub dengan kehidupan sistem masyarakat mereka. KetIdaksamaan peluang pendidikan dikatakan berlaku di kalangan masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan yang berkembang di Malaysia masih belum menyentuh sistem belajar asli masyakat tradisional. Masalah ini juga dikaitkan dengan sikap masyarakat indigenous yang masih belum bersedia sebarang perubahan dalam dunia pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. . Masalah ketidaksamaan peluang pendidikan dari segi kekurangan tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Jadi guru tersebut perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung kepada golongan sasaran. Isu ketidaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Dari segi implikasinya kepada individu umumnya, semestinya ketidaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu didada. Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini
  • 10 mungkin membuatkan mereka akan lebih berusaha untuk setaraf denganh pelajar lain atau sekurangnya-kurangnya berdaya saing dengan yang lain. Implikasinya kepada keluarga pula, dimana seperti yang kita ketahui bahawa pendidikan mampu mengubah nasib sesebuah keluarga itu. Jika jurang ketidaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya mereka lebih senang tinggal dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi. Manakala implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripada implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah mesti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifnya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyarakat lain. Sesebuah negara perlu bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar- dasar yang telah digubal pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kekurangan ini menyebabkan modal insan yang dibentuk tidak seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi lebih buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi. . Ketidaksamaan peluang pendidikan telah memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara .Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Aspek bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
  • 11 penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum – kaum lain. Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid –murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni didalam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid.Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik
  • 12 menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati terutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial. Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan bahasa murid. Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.
  • 13 5.0 REFLEKSI KENDIRI Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, kerana atas berkatnya, saya Ronny anak Unan berjaya menyiapkan tugasan yang sebelumnya dianggap susah ataupun sukar untuk disiapkan ini sebelum tempoh penyerahannya kepada pensyarah. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, sememangnya banyak orang yang menjadi „Tulang Belakang‟ untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kehendak tugasan serta format-format tugasan ini. Sememangnya banyak perkara dan cabaran yang saya pelajari setelah membuat tugasan ini.Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet dan membeli beberapa buah buku dikedai buku yang berhampiran. Beberapa buah buku yang saya beli menggunakan baucer 1Malaysia seperti buku Hubungan Etnik di Malaysia dan Malaysia Melangkah ke Hadapan banyak membantu sebagai bahan rujukan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Perkara yang paling membangggakan diri saya ialah, saya dapat menimba ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan budaya dan pembelajaran ini. Saya juga dapat menjelaskan tentang konsepbudaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia, menjelaskan beberapa faktor ketidaksamaan peluang pendidikandan melakarkan sendiri pelan kasar bilik darjah mengikut idea saya sendiri dan sebagainya . Tugasan yang diberikan ini juga telah menyedarkan diri saya bahawa betapa pentingnya pengetahuan tentang konsep budaya dan kepelbagaian kelompok yang terdapat di Malaysia. Melalui tugasan ini juga saya dapat merancang idea saya sendiri untuk melakar pelan bilik darjah mengikut idea saya dan disini saya dapat memahami beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, setelah membuat tugasan ini, saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk menghasilkan satu laporan yang lengkap tentang pelan kasar bilik darjah, menjelaskan tentang faktor-faktor ketidaksamaan peluang pendidikan dan menyatakan dalam laporan tersebut tentang implikasinya kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga dapat membiasakan diri untuk mencari maklumat dengan menggunakan sumber-sumber atau kemudahan yang ada dan ditambah lagi dengan bebanan kerja sebagai pendidik di sekolah saya bertugas.. Segala masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini pula telah mengajar saya bagaimana untuk menghadapi segala masalah yang timbul walaupun saya sedar yang
  • 14 tugas saya sebagai pendidik amat mencabar semasa saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaik-baiknya antara bidang kerja saya dengan tugasan saya ini. Saya juga selalu membuat perbincangan secara kumpulan sesama guru yang belajar dalam pengajian ini untuk membantu saya mengatasi masalah yang di hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini. Saya sungguh berbangga kerana dapat membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini walaupun pada mulanya berasa risau seakan-akan tidak mampu untuk menyiapkannya. Saya amat berharap agar apa yang saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat saya praktikkan kelak semasa saya bertugas di sekolah saya nanti. Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pensyarah mata pelajaran untuk Budaya dan Pembelajaran (EDU) iaitu, En. Adrian Luat kerana telah memberikan tugasan yang amat memberi pengajaran dan berfaedah kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya yang banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dan tak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam saya menyiapkan kerja kursus ini.