Your SlideShare is downloading. ×
Projek ilmiah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Projek ilmiah

416
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
416
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
6
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan/ latar belakang Filem didefinisikan sebagai benda tipis daripada seluloid yang dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negetif), gambar bergerak yang ditayangkan pada layar, biasanya di Pawagam, wayang gambar. Filem juga dikenali sebagai sinema, movie atau gambar bergerak dam bahasa Inggerisnya disebut sebagai „motion picture‟ adalah serangkaian gambar-ganmbar yang digabungkan pada sebuah layar bagi tercipata ilusi (tiruan) gerak yang hidup. Filem dikategorikan seperti filem pendek, dokumentari dan telefilem. Filem adalah satu bentuk hiburan yang popular yang mempengaruhi kehidupan manusia dengan seseorang terikut karakter pelakon sesebuah filem yang ditontoni. Filem juga mengajarkan manusia manusia tentang sejarah, budaya, nilai, ilmu pengetahuan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Filem dirakam menggunkan kamera yang dicipta khusus untuk menangkap gambar pada sesebuah adegan atau rol filem. Sejarah filem Malaysia bermula pada awal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Filem cereka bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh Syarikat Motikal Chemikal. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan konsep hikayat cinta dari timur tengah yang dilakonkan oleh pelakon tempatan M.Suki memegang watak sebagai Majnun. Sejak itu pembuatan filem telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit terkenal Shaw dari Cina. Ketika itu, kegiatan perfilem berpusat d Singapura. Kini industri perfileman di
  • 2. 2 Malaysia berkembang maju dan mencipta sejarah tersendiri apabila filem tempatan terpilih untuk pencalonan dalam filem Asia. Kini di Malaysia terdapat banyak produksi filem yang mampu menerbitkan filem yang berbagai genre dan bermutu. Pencapaian ini akan dilihat pada filem Estet. Filem Estet merupakan filem diarahkan oleh Mamat Khalit dan diterbitkan oleh Naga VXS Snd. Bhd. Filem ini dikategorikan sebagai filem cereka yang merangkumi genre aksi dan komedi. Filem ini bertemakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Filem ini juga menggambarkan kehidupan masyarakat India di Estet yang sentiasa mengutamakan budaya tersendiri. Idea untuk menghasilkan filem ini timbul ketika Pengarah membuat sebahagian penggambaran filem Man Laksa di lokasi Estet. Setting filem Estet kebanyakkannya dilakukan di Estet. Filem ini meraih dua anugerah dalam Festival Film Malaysia, tahun 2010. Kedua-dua Anugerah tersebut ialah Anugerah Khas Juri-Menunujukan semangat perpaduan melalui medium sukan dan juga Pelakon Harapan Lelaki-Shashi Tharan. Seterusnya, filem ini juga mendapat pencalonan dalam beberapa kategori di FFM 2010. Antaranya, pencalonan filem terbaik, pengarah terbaik (Mamat Khalid), pelakon wanita terbaik (Jasmin), lakon layar terbaik (Mamat Khalid), cerita asal terbaik (Mamat Khalid), sinematografi terbaik (Indra Che Muda), pelakon pembantu lelaki terbaik ( K.S Mniam), penataan seni terbaik (Dewa) dan poster baik. Secara keseluruhannya, filem Estet kaya akan budaya India dan hal ini membuatkan pengkaji tertarik dan teringin untuk membuat kajian yang lebih lanjut tentang budaya India dalam filem Estet.
  • 3. 3 1.2 Pernyataan masalah Filem adalah bentuk komunikasi massa elektronik yang berupa media audio visual. Filem merupakan teknologi baru yang muncul pada akhir abad sembilan belas. Menurut MC Quail, (1987) filem berperanan sebagai saranan baru yang digunakan untuk menyebarkan hiburan yang sudah menjadi kebiasaan terdahulu, serta menyajikan cerita, peristiwa, musik, drama, lawak, dan sajian lainnya kepada masyarakat umum. Filem Estet merupakan suatu filem arahan sutradara Mamat Khalid, diterbitkan pada 04 November 2010 oleh Naga VXS Snd. Bhd. Dari segi plot filem ini menggambarkan kehidupan orang india dan melayu di Estet yang bernama Estet Cinta Manis. Filem Estet adalah filem yang menggabungkan penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di Tanah Air. Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bola sepak yang akan diadakan bersama Estet Red Copra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan. Menurut Akhbar Utusan Malaysia, “Keistimewaan Estet terletak kepada gabungan budaya kaum Melayu dan India yang saling berhubung rapat, menjadi intipati utama keseluruhan perjalanan filem ini. Orientasi sukan kegemaran ramai, bola sepak pula menjadi subjek utama menghubungkan penduduk Estet Cintamanis dan Estet Red Cobra yang selama ini bermusuhan kerana acara itu”.
  • 4. 4 Filem Estet menarik untuk dikaji kerana memberi gambaran tentang budaya India. Filem ini juga menonjolkan pendekatan yang membangkitkan rasa kasih sayang di antara kaum yang saling menghormati sesama sendiri. Setting filem ini diambil di Estet getah Negeri Perak. Menurut Mamat Khalid, "Idea untuk menghasilkan filem ini timbul ketika membuat penggambaran filem Man Laksa. Sebahagian lokasi penggambarannya dibuat di Estet. Dari situ, saya rasa adalah sangat menarik kalau dibuat sebuah filem mengenai kehidupan masyarakat di Estet". Mamat juga menerbitkan sebuah buku untuk filem „Estet‟ terbitan Matahari Publication. Menurut Mamat Khalid “skrip dalam buku itu juga amat berguna sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil jurusan perfileman,” jawabnya yang turut melancarkan klip video lagu tema filem iaitu „Ayuh Kawan‟ dan „Cahaya Kemenangan‟ ”. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah paparan budaya India dalam filem Estet. Kajian ini akan dikaji berdasarkan jenis budaya India, kesahihan budaya India dan Pertembungan budaya India dalam filem Estet. 1.3 Objektif kajian Berdasarkan kepada persoalan- persoalan kajian yang telah dibincangkan di atas, maka kajian ini telah dibina kepada tiga objektif iaitu: 1. Objektif umum kajian ini ialah mengkaji paparan budaya India dalam filem Estet. 2. Objektif khusus kajian ini adalah seperti yang berikut: a. Apakah budaya India yang di paparkan dalam filem Estet. b. Bagaimanakah budaya India dipaparkan dalam filem Estet.
  • 5. 5 c. Sejauh manakah kesahihan budaya India dipaparkan dalam filem Estet. d. Di manakah pertembungan budaya India dengan Budaya Melayu. 1.4 Persoalan kajian Berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah diketahui kajian ini menyatakan persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah sebenarnya dikatakan budaya India? 2. Apakah budaya India dipaparkan dengan konkrit dalam filem Estet? 3. Siapakah yang sering ditonjolkan budaya India dalam filem Estet? 4. Di manakah pertembungan budaya India dengan Budaya Melayu? 1. 5 Definisi konsep Definisi konsep merupakan penjelasan maksud dari istilah yang menjelaskan secara operasional mengenai penelitian yang akan dilaksanakan. Definisi konsep ini berisi penjelasan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam kajian. Hal ini sebagaimana dikemukakan oleh Komaruddin(1994), bahawa “definisi istilah adalah pengertian yang lengkap suatu istilah yang mencakup semua unsur yang menjadi ciri utama istilah itu”.
  • 6. 6 1.5.1 Paparan Menurut kamus Inggeris, Paparan dimaksudkan sebagai display iaitu sesuatu yang bertujuan untuk menyampaikan kesan yang tertentu yang ditunjukkan kepada orang ramai. Ia juga didefinisikan sebagai representasi visual tertentu dan mempamerkan secara terbuka dalam pandangan umum. Paparan dalam filem bentuk konkritnya dapat diterjemahkan lewat adegan para pelakon mahupun faktor pendukung yang dapat menterjemahkan konsep abstrak penulis cerita filem itu sendiri. Paparan budaya India dalam filem eatet diimplementasikan dalam bentuk adegan-adegan yang menunjukkan sisi budaya mahupun lewat teks diolog dan background yang mendukung adegan yang mengandungi unsur budaya tersebut. 1.5.2 Budaya Menurut Edward Burnett Tylor, budaya merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, budaya adalah saranan hasil karya, rasa dan cipta masyarakat. Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai budaya adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam pemikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan budaya adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata. Misalnya, pola-pola perilaku, bahasa hidup, organisasi sosial, religi, seni dan lain-lain,
  • 7. 7 yang kesemuanya ditunjukkan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. Dalam perkembangannya, hasil pemikiran ini dapat ditampilkan secara nyata lewat beberapa media, seperti tulisan maupun media lain. 1.5.3 Budaya India Budaya India menurut Dr. David Frawly adalah kekayaan hasil pola fikir orang India sendiri yang saat ini telah menjadi kekayaan budaya. Kebudayaan nasional tradisional India adalah hierarki sosial yang paten. Seluruh warga negara India telah diingatkan serta dididik untuk mentaati berbagai peraturan dan adat serta tata krama. Dalam filem Estet ini, berbagai elemen budaya India muncul lewat dalam beberapa hal konkrit. Misalnya pemakaian busana sari untuk pakaian sehari-hari wanita mahupun beberapa adegan yang menunjukkan unsur kekeluargaan yang erat, pengucapan kata-kata lewat bahasa tradisional India mahupun bahasa Melayu yang mejadi bahasa kedua di negara kita, selalu ditampilkan oleh tiap-tiap adegan dalam filem ini. Elemen budaya India meliputi, keluarga adalah pusat segala budaya India, wanita kebanyakan ibu rumah tangga, pakaian tradisional India, musik India, pendoktrinan budaya secara keras, mobilitas rendah dalam mencari kerja, perkahwinan yang diatur, pemberian nama sabgat bergantung kepada agamadan kasta, sapi bahkan jauh lebih dihormati dari wanita, simbol pemberian tanda, festival, makanan, sejarah budaya dan sebagainya.
  • 8. 8 1.5.4 Filem Menurut kamus Dewan, filem dimaksudkan sebagai benda tipis daripada seluloid yang dimasukan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negetif). Filem juga didefinisikan sebagai gambar bergerak yang ditayangkan pada layar, biasanya di Pawagam, wayang gambar- mereka selalu berbicara tentang cerita, bicara wayang bersuara (wayang gambar yang pelakon-pelakonnya berkata-kata), wayang gambar dalam berwarna- warni, dan bisu wayang gambar dalam pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi. Filem adalam sebagai media komunikasi massa dan penyampai pesan. 1.5.5 Filem Estet Filem Estet merujuk kepada sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air. Filem Estet arahan sutradara Mamat Khalid, diterbitkan pada 04 November 2010 oleh Naga VXS Snd. Bhd. Filem ini dikategorikan sebagai filem ceraka yang merangkumi genre aksi dan komedi. Filem ini juga berdurasi sepanjang 101 minit dan formatnya 35 mm. Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja Estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja Estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani Estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu. Setiap penghuni Estet ingin mewakili Estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan
  • 9. 9 oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu. Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku peristiwa semasa perlawanan bolasepak Estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng Estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah. Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa. Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja Estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu- koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang. Pada penghujungnya, pasukan Estet Cinta Manis menang dalam perlawanan bola sepak bersama dengan Estet Red Copra. 1.6 Signifikan Kajian Kajian ini melibatkan filem Estet yang berbentuk DVD dan menonton filem ini. Kemudian mencatat shot-shot yang menggambarkan budaya India dalam filem Estet.
  • 10. 10 Aspek-aspek yang menjadi persolan dalam kajian ini adalah seperti adakah budaya India yang dipaparkan dalam filem Estet, bagaimanakah budaya India di paparkan dalam filem Estet dan sejauh manakah kesahihan budaya India di paparkan dalam filem Estet dan di manakah pertembungan budaya India dengan budaya Melayu. 1.7 Skop Kjian Kajian ini akan diberikan tumpuan kepada filem Estet berbentuk DVD bagi mendapatkan maklumat tentang budaya India dalam filem Estet dari segi jenis-jenis budaya India, pertembungan budaya India dengan budaya Melayu dan kesahihan budaya India. Batasan kajian ini juga hanya tumpu kepada budaya India dalam Estet. Dalam skop kajian pengkaji hanya melihat kepada paparan budaya India dalam filem Estet sebagai aspek kajian. 1.8 Metod Kajian Metod kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah metod kualitatif. Data dikumpulkan dengan menonton filem Estet dan serta data-data dapat diambil daripada majalah, suratkhabar, dan internet sebagai rujukan. Populasi kajian ialah filem Estet yang berdurasi 2 jam serta diolog dan lakon layar yang terdapat dalam keseluruhan filem. Kaedah yang dijalankan ialah dengan cara menonton filem Estet format DVD dan kemudian mencatat shot-shot yang menggambarkan tentang budaya India.
  • 11. 11 1.9 Limitasi Kajian Dalam kajian ini pengkaji dapat mengenal pasti jenis-jenis budaya India yang terdapat dalam filem Estet. Pengkaji juga dapat mengetahui bagaimana budaya India dipaparkan dalam filem Estet. Di samping itu, pengkaji juga dapat mengetahui sejauh manakah kesahihan budaya India dalam filem Estet. Seterusnya, melalui kajian ini jua pengkaji dapat mengenal pasti di manakah pertembungan budaya India dengan budaya Melayu. 1.10 Penutup Bab ini Menerangkan tentang latar belakang kajian yang dijalankan, pernyataan objektif kajian, persoalan kajian, definisi konsep, signifikan kajian, skop kajian dan juga limitasi kajian. Metod yang digunakan dalam kajian ialah metod kualitatif dan lokasi kajian ialah filem Estet yang berdurasi 2 jam serta diolog dan lakon layar yang terdapat dalam keseluruhan filem.
  • 12. 12 BAB 2 ULASAN KARYA 2.1 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Teori- teori yang dikaji adalah berkaitan dengan paparan budaya India dalam filem Estet. Secara keseluhannya, bab ini akan menerangkan tentang teori-teori yang digunakan kajian ini, implikasi teori kepada kajian ini, teori-teori yang digunakan kepada kajian terdahulu dan implikasi kajian terdahulu kepada kajian ini. 2.2 Teori-teori yang digunakan Teori difusi adalah teori tentang bagaimana, kenapa dan apakah nilai dan teknologi baru tersebar dalam sebuah kebudayaan. Menurut Rogers(1983) difusi adalah proses di mana inovasi itu dikomunikasikan melalui pelbagai saluran dan jangka waktu tertentu dalam sesebuah sistem social. Inovasi dimaksudkan di sini adalah idea, perkhidmatan atau alat yang dianggap baru oleh masyarakat. Teori ini juga menyatakan sesebuah inovasi akan tersebar keseluruh masyarakat dalam pola yang boleh diramal. Saya memilih teori ini adalah disebabkan terdapat pandangan positif dan negetif tentang filem Estet. Pengarah filem seorang yang berbangsa melayu dapat mengarah sebuah filem bertemakan perpaduan dengan mengutamakan perwatakan berbangsa India dan
  • 13. 13 bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu, malah terdapat ada segelintir masyarakat mengkritik filem Estet. Mereka berpendapat bahawa dalam filem ini terdapat adegan- adegan yang menjatuhkan maruah kaum India seperti minum arah, lelaki berwatakan sebagai orang lembut, watak yang cuba bunuh diri dan sebagainya. Teori evolusi adalah teori yang menerangkan perubahan kebudayaan terjadi secara perlahan-lahan dan bertahap. Setiap masyarakat mengalami proses evolusi yang berbeza-beza. Oleh karena itu, masing-masing masyarakat menunjukkan kebudayaan yang berbeza-beza. Salah satu masyarakat dikenal telah maju, sedangkan masyarakat yang lain masih dianggap atau tergolong sebagai masyarakat yang belum maju. Teori evolusi dibahagikan kepada dua iaitu teori evolusi universal dan teori evolusi multilinier. Teori evolusi universal dimaksudkan adalah sebuah kebudayaan yang ada dalam sebuah komunitas masyarakat manusia adalah dampak atau hasil dari pemakaian atau penggunaan energi dan teknologi yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka pada fasa-fasa perkembangannya. Manakala teori evolusi multilinier dimaksudkan sebagai terjadinya evolusi kebudayaan berhubungan erat dengan kondisi lingkungan, dimana setiap kebudayaan memiliki culture core, berupa teknologi dan organisasi kerja. Teori evolusi digunakan dalam kajian ini kerana dalam filem Estet pengkaji dapat lihat bahawa budaya India mengalami perubahan kebudayaan. Perkara ini dapat lihat dalam pemakaian masyarakat India dalam filem Estet. Kaum India terutamanya kaum wanita tidak lagi memakai sari dalam kehidupan harian mereka seperti dulu dan mereka hanya memakai pakaian tradisional pada waktu yang khusus misalnya sewaktu perayaan dan perkahwinan. Seterusnya perubahan kebudayaan juga dapat lihat dalam makanan masyarakat India. Dengan adanya teknologi moden, mereka tidak lagi menggunakan
  • 14. 14 pengisar yang dibuat daripada batu iaitu dalam bahasa Tamil disebutkan sebagai „ammi‟ dan „idikal‟ untuk membuat rempah-rempah kari, malah kini mula menggunakan pengisar moden untuk memudahkan kerja harian mereka. 2.3 Kajian-kajian terdahulu Ram Aditya Krista Soselisa (2009) membuat kajian tentang representasi budaya India dalam Filem Slumdog Millionaire. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang representasikan budaya India dalam filem Slumdog Millionaire. Pengkaji menggunakan teori sebagai bahan acuan dan memperkuat fenomena yang ada diantaranya yang teori pertama yang digunakan ialah teori mengenai filem. Pengkaji mengambil filem sebagai objek pengkajian dan budaya, khususnya budaya India juga menjadi teori rujukan pengkaji. Sementara teori mengenai representasi juga menjadi teori yang digunakan oleh pengkaji dan pengkaji juga ingin mengkaji apakah perspektif budaya menurut Danny Boyle sebagai pengarah filem pemenang oscar ini. Akhirnya, bagi mengetahui dan mengkaji secara mendalam representasi budaya India dalam filem Slumdog Millionaire, pengkaji menggunakan teori semiotika untuk dapat mengetahui arti simbol dan tanda yang ada di filem Slumdog Millionaire. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan semiotika sebagai metod kajian. Semiotika merupakan ilmu yang mempelajari tentang keberadaan suatu tanda dan dalam tanda ada sesuatu yang tersembunyi dan disebaliknya bukan merupakan tanda itu sendiri (sobur, 2001). Dalam penggunaannya di media massa metod semiotika dapat menggambarkan perhatian kita kepada praktik apapun separti iklan filem. Dalam kesimpulannya, pengkaji menyatakan bahawa representasi budaya India yang tersaji dalam filem ini adalah sebuah hal yang menarik melihat yang adanya fakta bahawa penggambaran budaya India mencuba
  • 15. 15 diimplimentasikan lewat gambaran seorang individu yang lahir dan besar jauh dari tanah kelahiran tokoh besar Mahatma Gandhi. Kajian yang dijalankan oleh Muhammad Fitri Abdullah (2006) cuba mengenali latar belakang keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat India di Malayasia. Dengan ini pengkaji membuat kertas kerja yang brtajuk “Strategi Dakwah Kepada Masyarakat India”. Tujuan penyediaan kertas kertas kerja ialah bagi membantu para pendakwahnya mengenali latar belakang keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat India di Malaysia. Perbincangan di dalam kertas kerja ini di fokuskan kepada masyarakat India yang menganut agama Hindu supaya para pendakwah dapat mengaplikasikan teknik dakwah yang khusus dan berkesan. Dalam kertas kerja ini pengkaji menerangkan budaya dengan lebih terperinci. Akhirnya, pengkaji membuat kesimpulan bahawa kerta kerja ini dapat membantu kita untuk mengenali kepercayaan dan kebudayaan orang-orang India di Malaysia. Di samping itu membuka jalan untuk berdakwah kepada mereka. Selain itu, kajian ini menjadi harapan pengkaji agar kita dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Negara kita. Manakala kajian yang dijalankan oleh Thilagavayhi Vasudevan (2006) yang bertajuk Perayaan Tamilar Thirunaal (Tamil Festival) di Malaysia: memperkukuhkan warisan sosio- budaya masyarakat India dan perpaduan Inter-Etnik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejarah dan perkembangan serta pencapaian sebuah perayaan unik dikenali sebagai Tamilar Thirunaal (Tamil Festival). Antara persoalan-persoalan kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah yang pertama ialah meneroka genesis Tamilar Thirunaal dan sejarah perkembanganya di Malaysia sejak 1952 sehingga kini, kedua ialah
  • 16. 16 membincang bagaimana Tamilar Thirunaal berpengaruh dalam membina perpaduan di kalangan masyarakat India dan memelihara serta memperkukuhkan warisan sosio- budaya masyarakat India, ketiga ialah menganalisa hubungan antara perayaan Tamilar Thirunaal dengan perpaduan Inter-entik masyarakat India, pendidikan Varnakular, identiti serta kebudayaan masyarakat India dan keempat ialah meninjau peranan tokok- tokok pelapor dan pengganti perayaan Tamilar Thirunaal yang terdiri dari wartawan, penulis dan budayaan. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah Informan utama, kaedah penyelidikan Arkib dan kaedah penyelidikan Perpustakaan. Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa perayaan Thamilar Thirunal berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat India. Terdapat juga satu berita yang menerangkan tentang filem Estet yang berjudul “Estet oh Estet”. Berita ini ditulis oleh Amirah Amaly Syafaat dan diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Dalam beritanya, penulis menyatakan bahawa keistimewaan Estet terletak kepada gabungan budaya kaum Melayu dan India yang saling berhubung rapat, menjadi intipati utama keseluruhan perjalanan filem ini. Orientasi sukan kegemaran ramai, bola sepak pula menjadi subjek utama menghubungkan penduduk Estet Cintamanis dan Estet Red Cobra yang selama ini bermusuhan kerana acara itu. Penulis juga menyatakan bahawa filem Estet ini memaparkan kehidupan masyarakat tradisional India dan juga budaya India menerusi penggunaan sari, doti, dialog Tamil, muzik, tarian dan sebagainya. Menurut penulis, jalan cerita Estet amat mudah dan ringan dengan mengisahkan perlawanan dua pasukan bola sepak iaitu pasukan Cinta Manis dengan pasukan Red Copra yang saling berlawanan sejak 20 tahun lalu.
  • 17. 17 2.4 Implikasi Teori Kepada Kajian Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori difusi (Difusion Theory) dan teori evolusi (Evolution Theory.) Menurut Roger(1961) teori difusi inovasi pada dasarnya menjelaskan proses bagaimana suatu inovasi disampaikan (dikomunikasikan) melalui saluran-saluran tertentu sepanjang waktu kepada sekelompok anggota dari sistem sosial. Menurut Brown(1981), kajian atau penelitian berkaitan teori difusi inovasi mulai dikaitkan dengan berbagai fenomena kontemporer yang berkembang di masyarakat. Berbagai perpektif pun menjadi dasar dalam pengkajian proses difusi inovasi,seperti perspektif ekonomi, perspektif ‟market and infrastructure‟. Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan teori difusi untuk mengkaji paparan budaya India dalam filem Estet serta mengetahui bagaimana persepsi masyarakat tentang filem Estet. Terdapat pandangan positif dan negetif daripada msyarakat tentang filem Estet. Pandangan positif adalah Pengarah filem seorang yang berbangsa melayu dapat mengarah sebuah filem bertemakan perpaduan dengan mengutamakan perwatakan berbangsa India dan pandangan negetif adalah ada segelintir berpendapat bahawa terdapat adegan-adegan yang menjatuhkan maruah kaum India dalam filem Estet. Selain itu, teori yang digunakan di dalam kajian ini adalah teori evolusi (Evolusion theory). Menurut Charles Darwin (1809-1882) telah mempelapori teori pemilihan semula jadi yang menjadi asas utama dalam menerangkan semua evolusi bioligis. Idea evolusi juga mempunyai unsur-unsur seperti kemajuan, pembangunan, pencapaian dan
  • 18. 18 setiap peringkat melambangkan tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat terdahulu dalam kehidupan manusia. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teori evolusi untuk mengkaji paparan budaya India dalam filem Estet. Teori ini memberi implikasi pada perubahan kebudayaan India yang terdapat dalam filem Estet. Antaranya adalah terdapat perubahan kebuadayaan dalam pemakaian dan makanan masyarakat India dalam filem Estet 2.5 Implikasi Kajian Terdahulu Kepada Kajian Semasa Di dalam kajian adalah menjadi suatu kemestian bagi pengkaji untuk merujuk kajian- kajian lepas yang berkaitan dengan kajian semasa yang sedang dijalankan. Hal ini disebabkan, kajian lepas dapat membantu pengkaji menjalankan kajian dengan lebih terperinci dan mendalam. Pendapat mereka yang arif dan bijak di dalam sesuatu kajian amat diperlukn oleh pengkaji bagi menyokong setiap hujah atau penjelasan di dalam kajian yang sedang dijalankan. Metod kajian yang digunakan dalam kajian lepas adalah hampir sama dengan kajian semasa yang dijalankan. Berdasarkan kajian lepas, pengkaji menggunakan adegan- adegan filem yang menggambarkan kehendak kajian adalah sama dengan kajian semasa yang dijalankan, tetapi terdapat perbezaan dalam persoalan yang diketengahkan. Persoalan-persoalan yang digunakan dalam kajian ini adalah apakah budaya India terdapat dalam filem Estet, bagaimanakah budaya India dipaparkan dalam filem Estet,
  • 19. 19 sejauh manakah kesahihan budaya India dalan filem Estet, dan juga di manakah pertembungan budaya India dengan masyarakat Melayu. 2.7 Penutup Di dalam bab ini, penyelidik dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap kajian yang ingin dilakukan dengan merujuk pada kajian yang telah dikaji oleh pengkaji dan tokoh-tokoh terdahulu yang mempunyai kaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal ini disebabkan, kajian lepas dapat dijadiakan sebagai panduan atau rujukan supaya kajian yang dijalankan ini akan mendapat hasil yang tepat dan relevan.
  • 20. 20 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kajian menumpukan terhadap persoalan texual yang memerlukan kajian mendalam terhadap sesuatu penghasilan teks. Bab ini juga membincangkan metodologi kajian berdasarkan reka bentuk kajian, subjek kajian, populasi kajian, pengumpulan data, kaedah analisis data dan instrumen kajian . Selain itu, bab ini diwujudkan atas tujuan untuk megenalpasti beberapa perkara iaitu jenis-jenis budaya India, kesahihan budaya India dan dan pertembungan budaya India dengan masyarakat Melayu. 3.1 Reka bentuk kajian Saya hanya menggunakan metod kualitatif dalam kajian saya untuk mengenalpasti budaya India dan hasil yang berkesan. Metod ini membantu saya untuk mengenalpasti paparan budaya India dalam filem Estet. 3.2 Subjek kajian Subjek kajian adalah filem Estet produksi arahan sutradara Mamat Khalid produksi Perkasa filem Sdn. Bhd, filem 2010, yang meliputi genre aksi dan komedi. Filem ini
  • 21. 21 juga meliputi adegan, scene, diolog, musik, suara, warna, ekspresi, lighting, gerak, setting, camera movement dan sebagainya. 3.3 Populasi Kajian Populasi kajian adalah filem Estet yang berdurasi 2 jam, diolog keseluruhan filem dan gambar atau imej keseluruhan filem. Daripada populasi kajian shot-shot yang berhubungan dengan budaya India akan dipilih sebagai sampel kajian 3.4 Pengumpulan data Data yang akan digunakan untuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Teknik atau strategi yang saya akan gunakan untuk kajian ini adalah dengan cara menonton filem Estet format DVD berulang kali sebanyak 10 kali. Setelah menonton pengkaji mencatat shot-shot dan dialog-dialog yang berhubungan dengan paparan budaya india , pertembungan budaya India dengan budaya Melayu dan kesahihan budaya India pada filem Estet. Hasil kajian akan diklasifikasikan dan lalu ditranskripsikan. Pendekatan ini membantu untuk mengenalpasti budaya India dalam filem Estet.
  • 22. 22 3.5 Kaedah Analisis Data Data kajian yang berbentuk kualitatif akan diambil dengan menonton filem Estet format DVD dan kemudian mentranskripsikan. Analisis data dibuat daripada transkripsi teks demi teks yang dihasilkan berdasarkan imej, diolog dan metafor. 3.5 Instrumen Kajian Instrument kajian adalah filem Estet yang berbentuk DVD dan teks, diolog dan gambar daripada filem yang dijadikan sampel untuk kemudian dianalisis. 3.6 Penutup Metodologi merupakan peringkat yang menentukan hala tuju kajian yang dijalankan. Ia bermula dengan menontonan filem sehingga mentranskripsi data dan melakukan penelitian yang mendalam agar dapatan kajian akan releven. Oleh itu, metodologi adalah penentu di dalam menjayakan sesebuah penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji.
  • 23. 23 BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan Bab ini akan menganalisis data kajian yang akan diperolehi. Kajian ini menggunakan kaedah Kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah menonton filem Estet format DVD dan kemudian mentranskripsikan. Filem Estet format DVD akan dikaji berdasarkan imej, diolog, lakon layar dan metafora. 4.2 Tentang Filem Estet 1. Filem Estet Filem Estet ialah sebuah filem bertemakan 1Malaysia arahan , Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2010. Filem yang dibintangi oleh Farid Kamil, Jasmin dan Gandii Nathenini merupakan filem mengangkat tema perpaduan antara kaum di Malaysia. Filem ini merupakan sebuah jenaka santai yang mengajak manusia terutamanya masyrakat di Malaysia supaya menghayati erti 1 Malaysia dengan naratif yang tenang tanpa membebankan. Filem ini dilihat menyahut seruan kerajaan dan bukan dibuat untuk memenangi anugerah. Idea untuk menghasilkan filem ini timbul ketika membuat penggambaran filem Man Laksa oleh Mamat Khalid. Sebahagian lokasi penggambarannya dibuat di Estet. Dari situ, Mamat Khalid beringin untuk membuat sebuah filem mengenai kehidupan masyarakat di Estet, jelasnya yang tidak mahu ada pihak cuba untuk mempolitikkan filemnya itu. Keistimewaan Estet terletak kepada gabungan budaya kaum Melayu dan India yang saling berhubung rapat dan menjadi
  • 24. 24 intipati utama keseluruhan perjalanan filem ini. Orientasi sukan kegemaran ramai, bola sepak pula menjadi subjek utama menghubungkan penduduk Estet Cinta manis dan Estet Red Cobra yang selama ini bermusuhan kerana acara itu. Paparan kehidupan masyarakat tradisional di bahagian India Selatan dirujuk sepenuhnya dalam penghasilan filem ini. Penggunaan sari, doti, dialog Tamil, muzik dan tarian seiring dengan jiwa hakiki mereka. Paparan kisah cinta tiga segi lakonan, Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Taran menjadi intipati utama Estet. Dalam filem ini menggambarkan keseronokan antara kaum yang ada di Malaysia. Walaupun ia adalah filem yang berlatar belakang masyarakat India di Estet, tetapi penggunaan dialog Melayu digunakan sepenuhnya dan secara keseluruhannya separuh pelakon filem ini dari bangsa Melayu dan separuh lagi India. Ada juga diselitkan dialog bahasa Tamil sebanyak 20 peratus sahaja. Lakonan pelakon yang biasa menyerlahkan mesej yang ingin disampaikan kepada semua tentang perpaduan kaum. Hal ini dapat dilihat pada watak Farid dan Shashi yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Filem ini dilihat gagal dari segi kutipan dengan hanya mengutip RM 0.35 juta apabila tamat tempoh tayangan. Hal ini memberi sediki tkekecewaan kepada pengarah dan juga penerbit filem ini. Hal ini sedikit memberi cabaran kepada Mamat Khalid untuk menghasilkan filem bercorak perpaduan. Filem ini pada awal penalonan dilihat bagai berpeluang cerah untuk meraih kemenangan besar pada FFM 23. Filem ini menerima tamparan apabila tidak tercalon untuk kategori Skor Muzik Terbaik. Filem ini dilihat bersaing hebat dengan filem Magika dari segi pencalonan yang diterima. Pada malam anugerah, filem ini dilihat gagal meraih sebarang anugerah besar pada FFM 23 apabila hanya mendapat dua anugerah dan kalah kepada filem Magika bagi pencalonan Filem Terbaik. Hal ini memberi sedikit rasa terkilan kepada Mamat untuk menghasilkan filem bercorak begini.
  • 25. 25 Beliau merasa terkilan apabila tema perpaduan yang diangkat tidak diberi perhatian oleh juri. Pencalonan bagi Anugerah Skrin 2010 tidak layak kerana sudah melebihi had tahun untuk layak bertanding. Dari segi pencapaian filem Estet ini dicalonkan dalam beberapa kategori dan memenangi dua anugerah daripada pencalonan. Antaranya ialah Anugerah Khas Juri-Menunujukan semangat perpaduan melalui medium sukan(menang), Pelakon Harapan Lelaki-Shashi Tharan(Menang), Filem Terbaik(Pencalonan), Pengarah Terbaik-Mamat Khalid(Pencalonan), Pelakon Wanita Terbaik-Jasmin(Pencalonan), Lakon Layar Terbaik-Mamat Khalid(Pencalonan), Cerita Asal Terbaik-Mamat Khalid(Pencalonan), Sinematografi Terbaik-Indra Che Muda(Pencalonan), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-K.S. Maniam(Pencalonan), Penataan Seni Terbaik- Dewa(Pencalonan), Poster Terbaik(Pencalonan). Pengarah : Mamat Khalid Syarikat Penerbit : Naga VXS Snd. Bhd Bahasa : Bahasa Malaysia Kategori : Filem Cereka Genre : Aksi dan Komedi Klasifikasi : U-Untuk tontonan umum Tarikh Tayangan : 04 November 2010 Durasi : 101 minit Format : 35mm Penulis Skrip : Mamat Khalid
  • 26. 26 Pelakon : Farid Kamil : Farid (Pelakon Utama) Shoffi Jikan : Junna (Pelakon Utama) Jasmin : Geetha (Pelakon Utama) Shashi Tharan : Sashi (Pelakon Pembantu) S.Veerasingam : Pooniah (Pelakon Pembantu) Gandii Nathen : Bapa Shashi (Pelakon Pembantu) Kamarul : Yaakop (Pelakon Pembantu) Mislina Mustaffa : Kak Lina (Pelakon Pembantu) Mohan : Mohan (Pelakon Pembantu) Jayasree : Jayasree (Pelakon Pembantu) Rosyam Nor : Kublai Khan (Artis Jemputan) K.S Manian : Maniam (Pelakon Pembantu)
  • 27. 27 4.2.1 Pelakon-Pelakon Utama dalam filem Estet 4.2.1.1 Geetha Gambar 1 Nama sebenar Geetha ialah Jasmin Michael. Geetha digambarkan sebagai tabah dan ceria dalam filem Estet. Seorang gadis yang cantik dan menawan hati Farid. Geetha memegang watak sebagai seorang gadis India yang agak nakal. Geetha juga digambarkan sebagai seorang yang kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa sehingga dia bersetuju untuk berkahwin dengan Ponniah. 4.2.1.2 Farid Gambar 2 Nama sebenar Farid ialah Farid Kamil. Beliau memegang watak utama dalam filem Estet. Farid merupakan seorang pekerja Estet Cinta Manis. Farid digambarkan sebagai seorang yang suka menolong orang lain dimana beliau menolong keluarga Geetha untuk
  • 28. 28 melangsaikan hutang dengan menyertai perlawanan bola sepak. Farid juga tertawan dengan kecantikan Geetha dan lalu jatuh cintanya. 4.2.1.3 Shasi Gambar 3 Nama sebenar Shasi ialah Shasitharan. Shasi merupakan seorang pekerja Estet Cinta Manis. Shasi juga berkawan rapat dengan Farid sejak kecil lagi. Shasi digambarkan sebagai seorang suka menolong orang lain dimana beliau menjadi harapan pekerja Estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani Estet iaitu Ponniah. Shsai juga digambarkan sebagai seorang yang menghormati dan berkasih sayang kepada Ibubapa.
  • 29. 29 4.2.1.4 Ponniah Gambar 4 Nama sebenar Ponniah ialah S.Veerasingam. Ponniah merupakan seorang kerani dan juga pada Estet Cinta Manis. Beliau digambarkan sebagai seorang yang jahat dalam keseluruhan filem. Ponniah juga mencuba untuk mendapatkan Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya dalam filem Estet. 4.2.1.5 Junna Gambar 5 Nama sebenar Junna ialah Sofi Jikan. Junna merupakan seorang samseng bersama dengan Ponniah. Beliau juga mengetuai pasukan bola sepak Estet Red Cobra. Junna digambarkan sebagai seorang jahat dimana beliau sanggup melukakan badan pemain pasukan Cinta Manis untuk memenangi perlawanan bola sepak.
  • 30. 30 4.2.2 Sinopsis Filem Estet Gambar 6 Filem Estet adalah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air! Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja Estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja Estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani Estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu. Setiap penghuni Estet ingin mewakili Estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa
  • 31. 31 Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu. Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa- rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak Estet itu dahulu dimana kaki beliau telah dipatah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng Estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa. Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja Estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang. Akhirnya pasukan Estet Cinta Manis telah menjuarai perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah.
  • 32. 32 4.3 Perincian Analisis data 4.3.1 Jenis-jenis budaya India terdapat dalam filem Estet 4.3.1.1 Pakaian Gambar 7 Gambar 8 Masa: 00:28:31 minit Shot: MS Masa: 00:50:35 minit Shot: ES 4.3.1.1.1 diolog Gambar 7 : Geetha: “ahh...oi...awak nyanyok ke pe...nanti bapa kita nampak...dia garang tau!”. Farid : “kenapa gugup jika degupan jantung itu adalah kerana kehadiran aku di Hadapan mu sahaja?”... Gambar 8 : Mohan: “pesipakarene!”. (Bahasa Tamil) –akan bertanya dengan mereka Isteri Mohan: “yenge kuddhama varanga!”... (Bahasa Tamil)- bang, mereka datang secara berkumpulan!
  • 33. 33 4.3.1.1.2 Lakon layar a. Dhoti Lelaki India atau Pria memakai dhoti dilengkapi dengan turban. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki. Mereka memakai dhoti untuk kehidupan seharian mahupun upacara dan pesta. Hal ini tergambar dalam beberapa shot dimana watak bernama Mohan dan juga Subramaniam memakai dhoti dalam filem ini. b. Sari Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Sari merupakan sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang bergantung kepada individu yang memakainya yang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut. Mereka memakai sari untuk kehidupan seharian mahupun upacara dan pesta. Malah anak dara memakai tavani iaitu sejenis sari yang dijahit berpisah dengan selendang, „skirt‟ panjang dan juga „blouse‟ pendek. Hal ini tergambar dimana Geetha memakai tavani dan juga Isteri Mohan memakai sari dalam beberapa shot filem ini. c. Adat Pottu Kaum India mengamalkan budaya meletakkan tanda atau pottu di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai taligam. Pottu berwarna hitam dipakai oleh perempuan yang belum kahwin, manakala pottu berwarna merah dipakai oleh perempuan yang sudah bernikah. Adat ini tergambar dalam filem ini dimana Geetha meletakkan pottu berwarna hitam menunjukkan Geetha belum berkahwin dan ibu Geetha, ibu Shasi dan Isteri Mohan meletakkan pottu berwarna merah menunjukkan mereka sudah berkahwin.
  • 34. 34 4.3.1.1.3 Metafora a. Sari Sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu. Sari kuning dipakai apabila seseorang membawa kavadi atau membayar nazar di kuil dan wanita yang kematian suami memakai sari hitam semasa majlis pengebumian. b. Dhoti Dhoti yang berwarna putih menggambarkan peribadi atau suasana hati yang tidak menggebu-gebu serta kalem. c. pottu Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir.
  • 35. 35 4.3.1.2 Makanan Gambar 9 Gambar 10 Masa: 00:14:49 Shot: ES Masa: 00:14:53 Shot: ES 4.3.1.2.1 Diolog Gambar 9 & Gambar 10: Ibu Shasi: “dia dah lupa, dulu dia lah orang yang pertama sekali menegakkan kepentingan pekerja semua, tapi sekarang segalanya musnah kerana sam su”. 4.3.1.2.2 Lakon layar Masakan India ditandai dengan penggunaan Rempah-rempah dan bahan Herbal yang menakjubkan. Setiap jenis masakan ini ditandai dengan berbagai hidangan dan teknik memasak. Masakan India meliputi Ayam, kambing, domba, ikan merupakan menu utama yang paling sering disajikan untuk makanan „non-vegetarian‟. Kaum India juga mengamalkan budaya makan bersama keluarga. Hal ini tergambar dalam filem ini
  • 36. 36 apabila keluarga Shasi dan keluarga farid makan bersama dengan masakan India yang berbagai hidangan. Seterusnya keluarga Shasi menghibur tamu iaitu keluarga Farid di rumah mereka. 4.2.1.2.3 Metafora Kaum India suka menghibur tamu di rumah mereka, restoran, klub pribadi, atau tempat publik lainnya. Kebanyakan orang India makan dengan tangan. Kaum India beragama Hindu tidak makan daging sapi. Orang India yang menyembah „Brahmin‟ makan sayur- sayuran sahaja atau „vegetarian‟ disebabkan mereka percaya bahawa haiwan atau binatang merupakan lambang kepada tuhan. Kaum India percaya bahawa budaya makan bersama dengan keluarga dapat membantu mengeratkan hubungan ahli keluarga dan sebarang masalah keluarga, pertelingkahan faham mudah dapat diselesaikan.
  • 37. 37 4.3.1.3 Sistem Kepercayaan dan Agama Gambar 11 Gambar 12 Masa: 00:57:53 Shot: MS Masa: 00:58:10 Shot: MS 4.3.1.3.1 Diolog Gambar 11 & Gambar 12 : Tiada diolog tetapi terdapat latar bunyi iaitu Muzik tradisional India. 4.3.1.3.2 Lakon layar Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah).
  • 38. 38 Konsep ketuhanan Hindu juga berasaskan kepada penyembahan patung dan berhala yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Ada tuhan disembah berupa manusia seperti Rama, Subramaniam, Krishna, dll, haiwan seperti monyet, lembu, ular, dll dan alam semula jadi seperti api, matahari, gunung-ganang, dll. Mereka juga meletakkan serbuk suci (thiruniru), tanda merah (kum kum), tanda kuning atau cendana di atas dahi mereka sebagai tanda seseorang baru menghabiskan sembayang. Hal ini tergambar dalam filem ini dimana watak Subramanian pergi ke Kuil untuk menyembah tuhan dan juga meletakkan serbuk suci (thiruniru), tanda merah (kum kum) dan tanda kuning atau cendana di atas dahi sebagai tanda beliau menghabiskan sembayang. 4.3.1.3.3 Metafora Serbuk suci (thiruniru) adalah lambang kesucian, tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa maksud Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati : Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru. a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk.
  • 39. 39 c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam keluarga yang lebih berada untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkatkan tarafnya sehingga ia tidak boleh dan tidak perlu dilahirkan semula. e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.
  • 40. 40 4.3.1.4 Wanita kebanyakan adalah berumah tangga Gambar 13: Ibu Geetha Gambar 14: Ibu Shasi Masa: 00:38:40 Shot: MCU Masa: 01:03:32 Shot: Knee Shot 4.3.1.4.1 Diolog Gambar 13: Siti: “Geetha, Mak engkau dah ceritakan semuanya, engkau jangan takut eh, kita akan menangkan Farid?”. Farid: “Betul! Kami akan berlawan bermatian”. Geetha: “Bukan itu yang kita fikirkan”. Gambar 14: Shasi: “ah lah appa dah sombong, jadi jurulatih Malaysia, betul tak mak?”. Ibu Shasi: “takdir lagi sayang kita Shasi, kalau tak dia dah lari lah cari perempuan Lain”.
  • 41. 41 4.3.1.4.2 Lakon layar Dalam budaya India, wanita tidak harus bekerja untuk mendapatkan wang atau penghasilan. Malah wanita bekerja sebagai ibu rumah tangga yang melakukan banyak kerja. Pekerjaan wanita sebagai ibu rumah tanga, pada umumnya adalah melakukan kegiatan seperti mencuci baju, menjaga anak, memasak dan sebagainya. Hal ini tergambar dalam beberapa adegan di filem Estet , di mana Ibu Shasi dan juga Ibu Geetha menjadi ibu rumah tangga dengan melakukan kegiatan rumah seperti memasak, menjaga anak dan sebagainya. 4.3.1.4.3 Metafora Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian. Dengan ini, wanita yang berumah tangga amat berperanan dalam membentuk peribadi anak mereka dengan baik.
  • 42. 42 4.3.1.5 Tarian Gambar 15 Gambar 16 Masa: 00:01:29 Shot: TS Masa: 00:57:06 Shot: MS 4.3.1.5.1 Diolog Gambar 15: Lagu Ayuh kawan “ oh kawanku, oh temanku lanjutkan langkah yang kita diniatkan”... (lirik lagu) Gambar 16: Lagu Cahaya Kemenangan “hadirkan lagi dirimu, dengan cahaya kemenangan, terangkan jiwamu, lapangkan nyalamu bersumpah beajanji”...(lirik lagu)
  • 43. 43 4.3.1.5.2 Lakon Layar Kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India. Tarian India boleh dibahagiakan kepada gaya klasik, gaya tradisional dan gaya moden. Pada masa kini, tarian India kebanyakkan adalah campuran dari gerakan folk dan gerakan klasik yang telah dimodifikasi oleh para Seniman India sendiri, sering menjadi daya tarik pembuatan filem. Dalam filem Estet seringkali ditampilkan tarian yang telah dimodifikasi dengan pelbagai gerakan folk atau moden. Tarian India cenderung memiliki irama yang mengentak dan gerakan penarinya yang lincah serta berbagai eksperisi kegembiraan. Hal ini tergambar dalam filem Eastet dengan pada gambar 15 dan gambar 16 terdapat eksperisi yang diunjukkan oleh pelakon Shasi dan pelakon Geetha yang sedang benyanyi. Eksperisi yang ditunjukkan oleh Shasi telah memberi gambaran tentang perpaduan dan eksperisi yang ditunjukkan oleh Geetha telah menggambarkan perasaan cinta yang sejati. 4.3.1.5.3 Metafora Dalam tarian India, setiap gerakan yang ditunjukkan oleh pelakon memberi gambaran sebenar mengenai sesuatu situasi berdasarkan lagu. Gerakan-gerakan dalam tarian India sering menampilkan hal-hal erotis. Para penari dengan lihai dapat meliuk-liukan tubuh mereka sesuai dengan irama dalam musiknya. Misalnya, Kathak adalah tarian India yang menggambarkan mengenai kehidupan manusia. Kathak sendiri berasal dari bahasa Sansekerta yang bererti „seseorang yang sedang bercerita‟. Mitologi-mitologi India menjadi tema dari tarian ini.
  • 44. 44 4.3.1.6 Musik Gambar 17 Gambar 18 Gambar 19 Masa:00:03:27 Shot: ES Masa:00:56:09 Shot: MS Masa:01:10:20 Shot: TS 4.3.1.6.1 Dialog Gambar 17: Lagu Ayuh kawan ...berganding bahu satukan hati! satukan kata! satukan jiwa! sudah tiba masanya, jika ini saatnya...(lirik lagu) Gambar 18: Lagu Cahaya kemenangan ...jangan lagi kau berseri segalanya akan gerak walaupun begeni, walau sendiri...(lirik lagu) Gambar 19: Alat-alat Musik Tradisional India ...Musik Serunai (naatasvaram) dan Gendang (meelam)
  • 45. 45 4.3.1.6.2 Lakon Layar Musik India dipercayai dimulakan oleh seorang bernama Purandaradasa. Beliau telah menciptakan lebih daripada 435,000 lagu dan baru ditemukan 1000 diantaranya. Namun, ia menjadi cikal bakal musik India masa kini yang sangat khas, dimana kini telah tercampur dengan aliran folk, pop mahupun dance musik. Musik menjadi salah satu daya tarik utama India. Dalam filem Estet, terdapat musik yang telah dimodifikasi dengan berbagai genre atau jenis musik, misalnya musik lagu Ayuh kawan dan juga lagu Cahaya kemenangan. Selain itu, filem ini juga terdapat shot yang menggunakan alat musik India iaitu serunai (naatasvaram) dan gendang (meelam). 4.3.1.6.3 Metafora Adat membunyikan loceng di kuil dan memainkan alat-alat muzik seperti gendang (melam) dan Serunai (naathaswaram) adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara-suara yang sumbang dari didengar oleh tuhan.
  • 46. 46 4.3.1.7 Sistem Teater Gambar 20 Masa: 00:26:51 Shot: ES 4.3.1.7.1 Dialog Gambar 20: Tiada dialog dan terdapat latar musik. 4.3.1.7.2 Lakon Layar Teater memandukan musik, tari, dan dialog yang memakai skenario atau improvisasi. Kisahnya sering didasarkan pada mitologi Hindu, namun sebagian di antaranya mengambil idea dari kisah percintaan abad pertengahan, sambil menyinggung peristiwa-peristiwa sosial dan politik. Sistem Teater juga menjadi salah satu alat hiburan audio dan visual. Hal ini tergambar dalam filem Estet, sistem teater telah dipraktikan oleh kaum India di Estet sewaktu Perayaan. Dimana penduduk sekitar di Estet berkumpul dan menonton bersama panggung wayang tersebut.
  • 47. 47 4.3.1.8 Bahasa 4.3.1.8.1 Dialog Tamil Masa: 00:02:39 Muyatci enum malliyam kol Porumai enum enrinil sel sontha kogaiyil maramudi nil kaigal yavum kadiniyam sel (lirik lagu Ayuh Kawan) Masa: 00:11:20 Farid : Pa! Shasi : Vanakam Pa! Masa : 00:12:39 Aru : Ipadi keduttarlah! Masa: 00:28:00 Farid : Nee mattum ennoda iruntal inthe ulagame enkaile. (Sajak Tamil) Masa: 00:36:00 Gandhi: Subra vaa vaa! vaa Subra vaa vaa! Masa: 00:36:42 Gandhi: ta ta...Kudi kudi.. Masa: 00:50:31 Jaysri: Ninge etavathu velai pesi kudukka kudata? Aru : Ille pesikudukkalam...rombe piraccanai irukunu sollikittu irukkarule.
  • 48. 48 Masa: 01:01:58 Pemuda: Eh, bag le enna veccirukke? Mohan : Onnum ille Anne. Masa : 01:03:41 Gandhi : vithi en kalai udaicirucci, atanalatan kudumbattu mele enaku anbu atigamairucci. vithiye nan manniccitten. Masa: 01:07:11 Aru : Oduvum kilambuvuma? Jaysri: sikiram. Aru : ah ah sikiram.ok Atane patten, pei pisasu ennalam iruku. 4.3.1.8.2 Lakon Layar Bahasa India terdiri daripada Tamil, Malayalam, Telugu, Hindi, Urdu, Bengali, Kannada dan sebagainya. Malah bahasa Tamil merupakan bahasa Ibunda atau bahasa pertuturan masyarakat India di Malaysia. Tamil merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Bahasa Tamil Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil. Hal ini tergambar dalam filem Estet, dimana masyarakat India dalam filem bertutur dalam bahasa Tamil sesama mereka. Dialog-Dialog di atas merupakan antara dialog Tamil yang digunakan dalam filem Estet.
  • 49. 49 4.3.1.8.3 Metafora Bahasa Tamil ditulis dengan sistem tulisan bergelar vatteluttu, iaitu sejenis abugida yang tergolong dalam famili Brahmi. Skrip Tamil merangkumi 12 huruf vokal, 18 konsonan dan satu aksara khas, iaitu ayutam. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan saling bergabung untuk membentuk 216 gugusan aksara, menjadikannya sejumlah 247 aksara. Vokal-vokal Tamil bergelar uyireḻ uttu (uyir -nyawa, eluttu- huruf). Vokal-vokal ini dikelaskan kepada vokal pendek (kuril) dan panjang (netil) (lima bunyi vokal bagi setiap kelas) serta dua diftong, /ai/ dan /au/, dan tiga vokal "dipendekkan" (kurriyal).
  • 50. 50 4.3.1.9 Tanda Hormat Gambar 21 Gambar 22 Masa:00:11:23 Shot: MS Masa:00:43:59 Shot: ES 4.3.1.9.1 Diolog Gamabar 21 : Farid : Pa! (Bapa) Shasi : Vanakam Pa. (Salam Bapa) Gandhi : Sampai bila kamu nak jadi gangster ah? mana aku sorok muka aku ni Shasi? Gambar 22 : Pakcik Geetha : oh masuk masuk masuk! aiya lama tak mari oh. masuk masuk! Jiran Geetha : Ponniah! jangan buat ini macam. Kita hidup banyak baik. Pakcik Geetha : ha ha ha...Kirim salam... Ada baik baik ka? Ada baik eh. duduk duduk. makan makan.
  • 51. 51 4.3.1.9.2 Lakon Layar Dalam budaya India “vanakam” atau “Namaste” adalah ucapan salam untuk menyapa pendatang dan orang yang lebih tua. Kaum India sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Hal ini tergambar dalam filem ini, dimana Shasi mengucapkan salam (Vanakam Pa) kepada Bapa (Gandhi). Seterusnya terdapat shot yang menggambarkan bahawa Keluarga Geetha menjamu tetamu dengan hormatnya dan memberi makanan dan minuman kepada mereka. 4.3.1.9.3 Metafora Ucapan salam ini bukan sekadar menunjukkan penghormatan melainkan juga membuat pendatang merasakan keakraban. Budaya India menyentuh kaki kedua orang tua adalah sebagai simbol penghormatan. Budaya India menyentuh kaki yang seakan-akan menyembah orang yang lebih tua atau berpangkat lebih tinggi dalam keluarga untuk memohon restu. Setelah itu, orang yang diberi penghormatan itu akan meletakkan tangan ke atas kepala orang yang menyentuh kakinya sebagai tanda memberi restu.
  • 52. 52 4.3.1.10 Perayaan Thirivila Gambar 23 Masa: 00:26:20 Shot: MS 4.3.1.10.1 Dialog Gambar 23: Tiada dialog tetapi terdapat musik tradisi India yang dihasilkan daripada serunai (naathasvaram) dan gendang (meelam). 4.3.1.10.2 Lakon Layar Kaum India kaya dengan banyak perayaan. Perayaan Thiruvila merupakan upacara keagamaan yang dirayakan oleh penganut yang beragama Hindu di Kuil. Perayaan ini sama seperti perayaan Thaipusam tetapi perayaan Thiruvila lebih ditujukan kepada Dewi Hindu. Thiruvila merupakan hari yang mulia atau khas kepada Dewa-Dewi. Perayaan ini disambut secara meriah oleh Penganut Hindu. Pada hari Thiruvila, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewi di atas pedati perak iaitu dikenali sebagai „Ratham‟ dan diarak dengan muzik tradisi. Hal ini tergambar dalam filem Estet,
  • 53. 53 dimana masyarakat India di Estet bersama-sama merayakan Perayaan Thiruvila dan membawa patung Dewi di atas pedati perak (Ratham). 4.3.1.10.3 Metafora Perayaan Thiruvila dirayakan untuk menghormati dan memberi kebahagiaan kepada Dewi Hindu. Sebelum menyambut Perayaan Thiruvila, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Perayaan ini juga disambut untuk mengeratkan perpaduan masyarakat India.
  • 54. 54 4.3.2 Pertembungan Budaya India dengan budaya Melayu dalam filem Estet. 4.3.2.1 Makanan Gambar 24 Gambar 25 Masa:00:14:49 Shot: ES Masa:00:14:53 Shot: ES 4.3.2.1.1 Diolog Gambar 24 & Gambar 25: Ibu Shasi: “dia dah lupa, dulu dia lah orang yang pertama sekali menegakkan kepentingan pekerja semua, tapi sekarang segalanya musnah kerana sam su”. 4.3.2.1.2 Lakon Layar Pertembungan budaya antara masyarakat India dengan masyarakat Melayu terjadi melalui makanan. Masakan India dikagumi oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mengggunakan rempah-rempah kari dan bahan herbal dalam masakan mereka.
  • 55. 55 Mereka juga suka makan makan tradisional India seperti tosai, vadai, cappati, atirasam,puttu, murukku dan sebagainya. Masyarakat Melayu juga mengamalkan budaya makan bersama keluarga. Hal ini tergambar dalam filem ini apabila keluarga Shasi dan keluarga farid makan bersama dengan masakan India yang berbagai hidangan. 4.3.2.2.3 Metafora Masyarakat Melayu juga suka menghibur tamu di rumah mereka. Kebanyakan orang Melayu makan dengan tangan.
  • 56. 56 4.3.2.2 Pakaian Gambar 26 Gambar 27 Gambar 28 Masa:00:25:18 Shot: LS Masa:00:52:53 Shot: MS Masa:01:00:26 Shot: Knee Shot 4.3.2.2.1 Dialog Gambar 26: Junna : “Pooda che! dei, ini kami datang untuk beri awak last warning pertama kali. Permainan bola selesai di padang saja. kalau tidak, buruk pada anda”. Shasi : “Selesai di padang! apa makna ni coach?” Subra : “Mitch, bagi bola tu!” Gambar 27: Lina : “Pegi bagi kat dia. Pegilah!”. Geetha : “Tunggu, tunggu”.
  • 57. 57 Gambar 28: Pooniah :“Mister lapor pun berjanji akan memberi kita saham. Jika ladang ini berjaya dibankrapkan dengan keuntungan berkurangan dan semangat Estet ini jatuh niat saya semuanya kita akan dapat secepat mungkin”. Yaakob : “Estet Cinta Manis vs Estet Red Cobra akan bersatu. Tak lama lagi akan kita jadi board Director”. 4.3.2.2.2. Lakon Layar Pertembungan budaya India dengan budaya Melayu berlaku menerusi pakaian. Masyarakat Melayu suka memakai pakaian tradisional India seperti pakaian sari, dhoti, punjabi dan sebagainya. Ada di antara mereka juga menggunakan sari untuk menjahit baju kurung, baju kebaya dan sebagainya. Hal ini tergambar dalam filem Estet, dimana gambar 26 menunjukkan pelakon bernama Junna memakai dhoti dalam sepanjang filem. Gambar 27 juga menunjukkan pelakon bernama Lina memakai baju kurung yang dijahit daripada sejenis sari. Selain itu, dalam gambar 28 pelakon bernama Yaakop memakai sari untuk menutup badan.
  • 58. 58 4.3.2.2.3 Metafora Masyarakat Melayu juga memberikan kepentingan untuk warna pakaian berdasarkan situasi. Mereka memakai pakaian yang berwarna putih semasa upacara penguburan dan memakai pakaian berwarna-warni semasa majlis perkahwinan.
  • 59. 59 4.3.2.3 Tarian Gambar 29 Gambar 30 Masa:00:01:12 Shot: ES Masa:00:56:32 Shot: Two Shot 4.3.2.3.1 Dialog Gambar 29 : Lagu Ayuh Kawan: ...suka duka, riang riang dalam susah senang terus bersama sahabatku letakan di dalam dianamu...(Lirik lagu) Gambar 30 : Lagu Cahaya Kemenangan ...tersumpah berjanji bersamamu marilah tegurkan sumpah...(Lirik lagu)
  • 60. 60 4.3.2.3.2 Lakon Layar Tarian India telah mempengaruhi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu suka mempelajari tarian India yang mengandungi gerakan-gerakan yang berbeza. Hal ini tergambar dalam filem Estet, dimana masyarakat Melayu dan masyarakat India bersama menari dalam Lagu Ayuh Kawan. Dalam lagu ini juga mereka mengikuti gerakan-gerakan dihasilkan oleh Masyarakat India. Selain itu, Farid juga menunjukkan eksperisi yang cukup menawan seperti Hero filem Tamil dalam lagu Cahaya Kemenangan. 4.3.2.3.3 Metafora Seperti budaya Tarian India, budaya Tarian Melayu juga mempunyai maksud tersendiri. Misalnya, Tarian Mak Yong merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja dan dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand. Seterusnya Tarian Sumazau merupakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
  • 61. 61 4.3.2.4 Bahasa 4.3.2.4.1 Dialog Masa: 00:11:22 Farid : Pa! Shasi : Vanakam Pa! Masa: 00:12:08 Gandhi : Berapa kali aku cakap! berapa kali aku cakap!, jangan campur urusan management Kita sama Kuli, kita sama kuli di sini. Shasi : “Appa, saya dilahirkan dari keluarga Kuli, dibesarkan dengan hasil Kuli ini Pa, saya tahu, tapi takkan kerana kita ini hanya Kuli, tapi diam diri haja bila ditindas Appa!” Masa: 00:20:55 Subra : “Kami dulu macam harimau bengkal,... kuat, garang dan bertenaga. Kami dulu sihat dan kuat bukan kerana minum milo sahaja. Kita jahit jessy sendiri”. Masa: 00:29:23 Geetha: “...tak sangka, awak pandai bersajak eh, ok! esok jam 3 dekat Kedai Runcit Harun ok, bye, sweet dreams...” Masa: 00:34:26 Gublai Khan: “Kenapa Ayah?” Gandhi: “Saya tak tahu jalan balik ke rumah”.
  • 62. 62 Masa: 00:55:07 Geetha: “Abang nak minim? kita nak ucap berterima kasih ye, kerana Abang berpakat beramai-ramai menolong Ayah kita”. Farid : “Kitakan sekeluarga”. Masa: 00:55:28 Farid : “Tak lah, Abang pun tak tahu macam mana cakap. Jiwa kacankan”. Geetha: “Pandainya, Abang bermada. Jiwa kacau je!” Masa: 01:02:49 Gandhi : “Masa itu, bola sepak macam Rukun Negara ke enam, Appa ada ingat lagi...” Masa: 01:03:29 Shasi : “Ah lah Appa dah sombong,jadi jurulatih Malaysia. Betul tak Mak?” 4.3.2.4.2 Lakon Layar Pertembungan budaya India dengan budaya Melayu berlaku melalui bahasa. Masyarakat Melayu menggunakan beberapa perkataan Tamil dalam bahasa mereka iaitu bahasa Melayu. Perkataan-perkataan tersebut telah dijadikan sebagai kata pinjaman daripada bahasa Tamil. Sehubungan itu, dalam filem Estet juga terdapat shot yang menggunakan perkataan pinjaman tersebut. Antaranya
  • 63. 63 Bahasa Tamil - Bahasa Melayu 1. Appa - Bapa 2. Kuli - kuli 3. Arima - Harimau 4. Kedai - Kedai 5. Ayyah - Ayah 6. Uccari - Ucap 7. Jeevan - Jiwa 8. Nagaram - Negara 9. Amma - Emak
  • 64. 64 4.3.2.5 Tanda Hormat Gambar 31 Gambar 32 Masa:00:14:49 Shot: ES Masa:00:52:37 Shot: MCU 4.3.2.5.1 Dialog Gambar 31: Ibu Shasi: “dia dah lupa, dulu dia lah orang yang pertama sekali menegakkan kepentingan pekerja semua, tapi sekarang segalanya musnah kerana sam su”. Gambar 32 : Kublai Khan: “Selamat Sejahtera! boleh saya berlatih bersama-sama? 4.3.2.5.2 Lakon Layar Pertembungan budaya India dengan budaya berlaku melalui pemberian tanda hormat, Masyarakat Melayu juga mengucapkan „Wassalammalaikum‟ atau Selamat Pagi untuk menyapa pendatang dan orang yang lebih tua. Masyarakat Melayu juga
  • 65. 65 bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Mereka juga menjamu Tetamu dengan memberi minuman atau makanan. 4.3.2.6.3 Metafora Kaum Melayu juga mempunyai tanda hormat tersendiri iaitu mereka mencium tangan kanan ketika mengucapakan salam.
  • 66. 66 4.4 Perbincangan Keputusan hasil dari analisis filem Estet mendapati bahawa budaya India dipaparkan dalam beberapa shot filem tersebut. Walaupun tidah kesemua budaya India ditonjolkkan dalam filem Estet, namun didapati kebanyakkan budaya India ditonjolkan oleh Masyarakat India dalam Filem tersebut. Antara budaya India yang terdapat dalam filem Estet ialah dari segi dalam pakaian, makanan, tarian, muzik, tanda hormat, Wanita kebanyakan berumah tangga, sistem kepercayaan dan Agama, bahasa, sistem teater dan perayaan Thiruvila. Seterusnya, pertembungan budaya India dengan budaya Melayu telah wujud dalam dari segi pakaian, makanan, tarian, bahasa dan tanda hormat. 4.5 Penutup Secara keseluruhan, budaya India dipaparkan oleh Masyarakat India dalam filem Estet. Walaupun budaya India tidak dipaparkan secara mendalam dalam filem Estet, tetapi masyarakat dapat mengesan atau mengenali shot yang menggambarkan budaya India. Malah terdapat juga pertembungan budaya India dengan budaya Melayu.
  • 67. 67 BAB 5 RINGKASAN KAJIAN, KESIMPULAN DAN KAJIAN AKAN DATANG 5.1 Pengenalan Bab ini membincangkan ringkasan kajian, kesimpulan dan cadangan untuk kajian akan datang. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, kajian yang dijalankan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai budaya India yang dipaparkan dalam filem Estet kepada masyarakat di Malaysia. 5.2 Ringkasan Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai rekabentuk kajian terhadap filem Estet yang berformat DVD untuk mengetahui paparan budaya India dalam filem berdasarkan jenis-jenis budaya India, kesahihan budaya India dan pertembungan budaya India dengan budaya Melayu dalam filem Estet. Filem Estet berformat DVD telah dikaji berdasarkan imej, dialog, lakon layar dan metafora. Setelah melalui kajian dengan menonton filem Estet, pengkaji mendapati bahawa terdapat budaya India dan pertembungan budaya India dengan budaya Melayu dalam filem Estet. Antara budaya India yang terdapat ialah budaya pakaian, makanan, tarian, musik, wanita kebanyakan berumah tangga, sistem kepercayaan dan agama, bahasa, sistem teater, tanda hormat dan perayaan Thiruvila. Seterusnya, pertembungan budaya
  • 68. 68 India dengan budaya Melayu dapat dlihat dalam makanan, pakaian, tarian, bahasa dan tanda hormat. 5.3 Kesimpulan Kajian ini dijalankan untuk mengetahui paparan budaya India dalam filem Estet. Kajian dijalankan dengan menggunakan filem Estet berformat DVD yang dikaji berdasarkan imej, dialog, lakon layar dan metafora. Setelah melalui proses mentranskripsi data dengan menggunakan kaedah menonton filem Estet, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat budaya India dipaparkan dalam filem Estet dan juga terdapat pertembungan budaya India dengan budaya Melayu. Dalam filem ini, budaya India sangat kental dilihat, hampir kebanyakan shot yang ada dalam filem ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah menonton filem Estet berformat DVD dan kemudian mentranskripsikan. Pengkaji membuat tinjauan terlebih dahulu filem tempatan manakah yang terdapat paparan budaya India. Setelah hampir enam bulan tinjauan dibuat pengkaji mendapati bahawa budaya India dipaparkan dalam filem Estet. Disebabkan inilah pengkaji membangunkan kajian ini agar dapat mengetahui paparan budaya India dalam filem Estet. Sebanyak 3 soalan telah dirangka untuk membuat kajian ini. Ketiga-tiga soalan yang diajukan dibina berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan.
  • 69. 69 5.4 Kajian akan datang Kajian akan datang diharapkan dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual. Filem Estet bukan sahaja diminati oleh masyarakat India di Malaysia tetapi seluruh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, kajian ini boleh dijalankan ke atas masyarakat yang pernah menonton filem Estet. Daripda temu bual ini, mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai paparan budaya India dalam filem Estet. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik berbentuk esei yang merangkumi beberapa soalan berkenaan dengan paparan budaya India dalam filem Estet. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dapat dijalankan dengan menggunakan laman sosial seperti facebook, twitter, rilek Malaysia dan blog. Laman sosial ini membantu untuk menyalurkan semua soalan yang akan dikaji dengan lebih mudah. Pengguaan laman sosial juga dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat atau jawapan dengan lebih cepat dan murah. 5.5 Penutup Menurut YAB Datuk Seri Utama DR. Raiz Yatim (2007) “filem sekarang tidak boleh dijadikan sebagai jambatan semata-mata untuk membaiki kepincangan masyarakat. Filem mesti ada jalan cerita yang menarik. Pertama, dalam jalan cerita menarik atau pun dalam temanya diselitkan pengajaran menerusi jalan cerita, bukan menerusi khutbah yang seharusnya dicontohi. Kebanyakan orang berfikiran, filem dijadikan tempat bersyarah. Jika ia dilakukan, maka filem tidak laku, justeru mesti membangkitkan
  • 70. 70 beberapa cara penceritaan yang menarik. Saya sentiasa menegaskan dalam hubungan kaum akan terdapat jalinan konflik, jalinan cerita yang lebih baik, hubungan orang Melayu masyarakat keturunan Cina atau India, hubungan anak-anak di universiti, hubungan dalam menjayakan perniagaan pelbagai kaum, banyak konflik boleh wujud”. Filem Estet merupakan salah satu filem yang telah mengangkat tema perpaduan antara kaum di Malaysia. Filem ini telah dilakonkan oleh pelakon yang terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina. Filem Estet mengisahkan tentang kehidupan masyarakat India di Estet dan budaya mereka. Filem ini meraih dua Anugerah dalam Filem Festival Malaysia tahun 2010. Walaupun filem ini gagal dari segi kutipan, tetapi filem ini menarik perhatian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum iaitu khususnya Melayu, India dan Cina. Dengan ini, pihak kerajaan menggalakkan para penerbit atau pengarah Filem memperbanyakkan lagi untuk membuat filem yang bertemakan perpaduan, warisan budaya Malaysia dan sebagainya.
  • 71. 71 RUJUKAN Kottak, C.P. (2009) . Cultural Anthropology (3rd Ed.). Library of Congress cataloging- in-Publication Data. Koentjaraningrat (1987). Sejarah Teori Antropologi. Penerbit Universitas Indonesia. Serenda Nanda (1987) . Cultural Anthropology. John Jay College of Criminal Justice City University of New York. Rama Aditya Krista Roselisa (2009). Representasi Budaya India dalam Filem Slumdog Millionaire. Skripsi. Universitas Kristan Petra Surabaya. Muhammad Fitri Abdullah (2009). Strategik Dakwah Kepada Masyarakat India Kertas Pembentangan Seminar. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Esan. Thilagavathi Vasudevan (2006). Perayaan Tamilar Tirunaal (Tamil Festival) di Malaysia :Memperkukuhkan Warisan Sosio-budaya Masyarakat India. Geran Projek Penyelidikan Jangka Pendek. Universiti Sains Malaysia. Warisan Budaya India dari pmr.penerangan.gov.my/...kebudayaan.../5729-wa.... Warisan Budaya India : Adat Resam: Masyarakat India dari malaysiana.pnm.my/01/0103ind_pengenalan.htm. Kategori : Budaya India dari ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Budaya_India. Kebudayaan India dari ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_India. Budaya Orang India dari ml.scribd.com/doc/27268868/Budaya-Orang-India. Wikipedia Ensiklopedia (2009). India. Retrived June 21,2009 dari ms.wikipedia.org/wiki/Estet_(filem).
  • 72. 72 Sinema Malaysia . Estet: Portal Perfileman Malaysia dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Amirah AmAly Syafaat (2009). Estet oh...Estet...Keratan Akhbar : Akhbar Utusan Malaysia dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Faizal Fauzi (2009). Cahaya Kemenangan Mamat Khalid Dalam Estet. Berita di Sinema Malaysia.com dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Estet Bersama Cahaya Kemenangan Di Istana Budaya (2009). Berita di Sinema Malaysia.com dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Serimah Mohd Sallehddin (2011). Idea Mamat Khalid Unik. Keratan Akhbar : Berita Harian dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Estet Filem Bagus Kutipan Sedih (2010). Keratan Akhbar : Harian Metro dari www.sinemamalaysia.com.my › Filem. Prof. Madya Dr. Jamal Ali, Dr.Fauzi Hussin, Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2010). Kaedah Penyelidikan: Dengan Analisis SPSS. Universiti Utara Malaysia. Jamal Ali, Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Fauzi Hussin (2006). Kaedah Penyelidikan Sosial Ekonomi. Universiti Utara Malaysia. Mamat Khalid (Penerbit & Pengarah). (2010). Estet ( Naga VXS Snd.Bhd). Malaysia.
  • 73. 73 LAMPIRAN Poster Filem Estet
  • 74. 74 Estet Pengarah : Mamat Khalid Syarikat Penerbit : Naga VXS Sdn. Bhd. Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Aksi, Komedi Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum Tarikh Tayangan : 04 November 2010 Durasi : 101 min Format : 35mm INFO FILM Pengarah Mamat Khalid Penulis: Mamat Khalid : (Lakon layar) Mamat Khalid : (Cerita Asal) Mamat Khalid : (Scriptwriter) Lakonan: Farid Kamil : Farid (Pelakon Utama) Shoffi Jikan : Junna (Pelakon Utama) Jasmin : Geetha (Pelakon Utama) Gandii Nathen : Apaa Shashi (Pelakon Pembantu) Kamarul : Yaakop (Pelakon Pembantu) Mislina Mustaffa : Kak Lina (Pelakon Pembantu)
  • 75. 75 Mohan : (Pelakon Pembantu) Jayasree : Jayasree (Pelakon Pembantu) Rosyam Nor : Kublai Khan (Artis Jemputan) K.S Maniam : Maniam (Pelakon Pembantu) Shashi Tharan : Sashi (Pelakon Pembantu) Krew: Abang : (Pengarah Fotografi) Zappa Khalid : (Penyunting) Mamat Khalid : (Pengarah Seni) Dewa : (Pengarah Seni) R. Lawrence : (Muzik) Azman Hassan : (Kesan Bunyi) R. Lawrence : (Lagu Tema) Penerbit: Mamat Khalid : (Penerbit) Mohd Nizam : (Penyelaras Penerbitan) Anugerah: Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Anugerah Khas Juri 3 Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Pelakon Harapan Lelaki Anugerah (Pencalonan): Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Poster Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Penataan Seni Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Sinematografi Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) : Pelakon Wanita Terbaik
  • 76. 76 CAHAYA KEMENANGAN MAMAT KHALID DALAM ESTET Oleh : Faizal Fauzi MERIAH ... rakaman muzik video filem Estet. Kehangatan filem „Estet‟ arahan sutradara Mamat Khalid, semakin dirasai apabila baru-baru ini menjalani pengambaran muzik videonya iaitu „Ayuh Kawan‟ dan „Cahaya Kemenangan,‟ bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Keunikkan muzik video „Ayuh Kawan,‟ ialah dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanahair iaitu, Awie. Manakala Farid Kamil, Jasmin Michael dan Shashi Tharan membintangi video muzik berkenaan. Farid Kamil bersama Jasmin Michael.
  • 77. 77 Gerak tari menarik juga pakaian berwarna-warni menjadi muzik video „Ayuh Kawan,‟ satu ekstravaganza yang tidak dapat dilupakan. Dengan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia, buat julung kalinya, video muzik ini dinyanyikan secara kombinasi di dalam bahasa Melayu dan Tamil, oleh Awie juga penyanyi Tamil popular, Siva. Dengan mendapat sentuhan pengarah terkenal, iaitu sutradara Mamat Khalid, serta tenaga kerja kreatif yang terbaik, „Ayuh Kawan,‟ juga „Cahaya Kemenangan,‟ pastinya menambat hati peminat-peminat . Dalam pada itu juga „Ayuh Kawan‟ bakal ditayangkan di MTV Asia nanti. Filem genre komedi ini menggandingkan Farid Kamil sebagai Farid jatuh yang hati dengan gadis berketurunan India bernama Geetha lakonan Jasmine Michael. Menggunakan pendekatan filem Tamil dari selatan India, filem Estet menceritakan mengenai penindasan, perebutan gadis, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Filem „Estet‟ dijangka akan ditayang kepada umum pada penghujung tahun ini. Nantikan „Estet‟ di pawagam nanti. Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar >Harian Metro Keratan Akhbar 23 November 2010 : Harian Metro Estet Filem Bagus, Kutipan Sedih SS tak tahu nak cakap apa. Tapi SS simpati dengan nasib filem Estet yang mendapat kutipan yang agak menyedihkan, kira-kira RM500,000 saja selepas dua minggu tayangan. Kalau tanya SS, SS sendiri suka dengan filem bercorak 1Malaysia itu kerana jenakanya mencuit hati. Masa SS tengok minggu lalu, memang ada babak yang buat orang ketawa berdekah-dekah seperti bola yang ditendang terpelanting lesap ke langit dan akhirnya singgah ke kedai runcit David Arumugam! Selain itu, SS juga ketawa melihat ada pondan India „drag‟ siap pakai sari mencari pelanggan di lorong gelap pada waktu malam. Lucunya, sebelah siang „pondan drag‟ itu lasak bermain bola di padang estet! Selain itu kita dapat melihat telatah dan insiden yang biasa kita dengar berlaku di estet seperti kejadian hendak gantung diri apabila terjebak dengan masalah. Namun, Mamat cuba sampaikan dalam babak yang kelakar! Sebenarnya apa yang boleh SS katakan, filem Estet mengingatkan SS kepada karya Othman Hafsham iaitu Mekanik. Malah pemikiran Mamat juga macam arwah Yasmin Ahmad yang mahu menyatupadukan orang Malaysia dalam filem, tetapi Mamat buat dalam bentuk jenaka. Sayangnya, mungkin promosi untuk filem ini „kureng‟ membuatkan ramai kurang teruja hendak melihat Estet. Sekarang SS nak tengok pula sejauh mana promosi filem 2 Alam yang dilakukan Datuk Dr Rozmeymembawa hasil yang gempak terhadap filem Melayu. Mungkin kalau berjaya, ramai produser kita kena berguru dengan Dr Rozmey kerana dia sebelum ini cukup berjaya mempromosikan produk kesihatannya itu. Apa yang SS harapkan, Mamat Khalid dan „team‟ beliau tidak akan berputus asa dengan apa yang dilalui kerana kadangkala inilah risiko orang buat filem. Profil Berkaitan Estet Mamat Khalid
  • 78. 78 Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Utusan Malaysia Keratan Akhbar 14 November 2010 :UtusanMalaysia Ester Oh..Estet.. Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT KEISTIMEWAAN Estet terletak kepada gabungan budaya kaum Melayu dan India yang saling berhubung rapat, menjadi intipati utama keseluruhan perjalanan filem ini. Orientasi sukan kegemaran ramai, bola sepak pula menjadi subjek utama menghubungkan penduduk Estet Cintamanis dan Estet Red Cobra yang selama ini bermusuhan kerana acara itu. Paparan kehidupan masyarakat tradisional di bahagian India Selatan dirujuk sepenuhnya dalam penghasilan filem ini. Penggunaan sari, doti, dialog Tamil, muzik dan tarian seiring dengan jiwa hakiki mereka. Lantaran itu menjadikan jalan cerita Estet amat mudah dan ringan dengan mengisahkan perlawanan dua pasukan bola sepak yang saling berlawanan sejak 20 tahun lalu. Estet Red Cobra yang diketuai oleh Junna (lakonan Shoffi Jikan), yang terkenal dengan permainan kotor cuba mencari helah untuk menumpaskan pasukan Estet Cintamanis yang dilatih oleh Subramaniam. Penampilan Farid (Farid Kamil) sebagai hero yang berkawan rapat dengan Sashi (Shashi Taran) secara simbolik sudah menterjemahkan idea perpaduan daripada sang pengarah, penulis skrip dan pelakon layar filem ini iaitu Mamat Khalid. Suntikan elemen cinta antara dua bangsa melibatkan heroin utama, Jasmine Michael (Geetha) yang menjadi wanita idaman kaum Adam termasuk kerani Estet Cintamanis, Pooniah. Penyamaran Kublai Khan (Rosyam Nor) ke pejabat pengurusan Estet Cinta Manis menyebabkan Pooniah merasa curiga tentang kehadiran lelaki itu secara tiba- tiba. Siapa sebenarnya Kublai Khan ini terjawab pada 10 minit terakhir filem berdurasi 101 minit ini. Di sinilah berlaku beberapa adegan yang mencuit hati apabila terdapat babak pergaduhan, bercampur baur dengan aksi lucu dua pasukan estet seperti dalam filem Shaolin Soccer yang diarahkan oleh Stephen Chow. Resipi Mamat yang menampilkan hero Tamil versi Melayu secara realistik cukup menghiburkan apatah lagi semua dialog yang digunakan dalam bahasa kebangsaan. Bagaimanapun terdapat beberapa maksud dialog yang kurang difahami tatkala sang pelakon berbicara bahasa Tamil. Meski pun hanya 20 peratus penggunaan bahasa berkenaan tetapi mencacatkan mood penonton yang mahu penterjemahan. Mungkin Mamat terlepas pandang mengenai perkara ini. Selain itu, pengunjung dapat mengagak kesudahan filem Estet iaitu penamat yang menggembirakan seperti mana yang ditonton dalam kebanyakan filem Tamil di televisyen. Kebiasaan itu membuatkan keseluruhan filem Estet terasa hambar walaupun penuh dengan mesej tauladan terutama buat masyarakat Melayu dan India di negara ini. Saksikan Estet yang sudah mula ditayangkan di pawagam berdekatan sejak 4 November sehingga 17 November untuk mengetahui kesudahan filem yang memenangi Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia Ke-23 baru-baru ini.
  • 79. 79 Anda berada di : Utama > Artikel > Berita Berita 19 Oktober 2009 ESTET BERSAMA CAHAYA KEMENANGAN DI ISTANA BUDAYA Pada hari ini, telah diadakan majlis pelancaran untuk muzik video filem „Estet,‟ sebuah filem terbitan Naga VXS Sdn Bhd, juga buku untuk filem yang diterbitkan oleh Matahari Publication. Muzik video yang dihasilkan dari dua buah lagu tema filem „Estet‟ iaitu „Ayuh Kawan‟ dan „Cahaya Kemenangan‟ adalah bertujuan untuk dijadikan medium promosi awal bagi filem ini sebelum ditayangkan di pawagam. Dengan mendapat sentuhan dari pengarah, Mamat Khalid, serta kolabrasi dengan R. Lawrence, seorang komposer muzik aliran Tamil yang cukup disegani, maka terhasilah karya yang pasti diingati. Ditambah pula, penyanyi rock popular tanahair, Awie, serta Siva, berpadu suara dalam „Ayuh Kawan,‟ memberikan impak yang berkesan. „Ayuh Kawan,‟ adalah sebuah karya yang penuh dengan kelainan. Ianya sebuah karya gabungan antara nyanyian juga tarian yang cukup memukau, sesuatu yang unik, ditambah pula dengan gabungan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Tamil. Selain itu, karya „Cahaya Kemenangan‟ juga diberi sentuhan yang cukup mengasyikkan oleh R. Lawrence dan senikata oleh Iqbal Putra dan didendangkan oleh Sunganya dan Razif Rashid, bakal menyentuh perasaan dengan alunan melodi dan lirik tersendiri. Muzik video untuk kedua-dua lagu ini, „Cahaya Kemenangan‟ dan „Ayuh Kawan,‟ telah diarahkan oleh Mamat Khalid, bertempat di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Sungai Buloh, Selangor. Selain itu, gerak tari yang hebat dalam muzik video ini telah mendapat sentuhan Ruben Nair, seorang pereka tari juga penyelaras aksi lasak untuk filem „Estet.‟ Bermula dari detik ini, muzik video juga lagu „Ayuh Kawan‟ dan „Cahaya Kemenangan‟ bakal ditayang di stesen televisyen juga diputarkan di stesen radio.
  • 80. 80 Bagi Matahari Publication pula, penghasilan buku untuk filem „Estet‟ ini mampu memberi maklumat kepada peminat- peminat juga orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana sesebuah filem dihasilkan. Dengan itu, diharap, lagu-lagu ini akan mendapat sambutan orang ramai. Mungkin dengan bantuan promosi dari pihak media, orang ramai mampu menyanyi bersama-sama ketika filem ini ditayangkan nanti. Majlis pelancaran ini telah mendapat kerjasama dari Istana Budaya, Special Appearance Sdn Bhd, Coffea Omega (M) Sdn Bhd, Digilogic Sdn Bhd dan Yang Mulia Raja Azmi. Naga VXS Sdn Bhd telah ditubuhkan semenjak tahun 2004. Ianya diterajui oleh Mamat Khalid, selaku Pengarah Urusan dan Norhazifa Mohamed (Kak Jib), selaku Penerbit Eksekutif.
  • 81. 81 Setakat ini telah terlibat dalam penghasilan pelbagai penerbitan drama, telemovie, promo, iklan, video korporat, dokumentari dan sebagainya. „Estet‟ merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh syarikat ini, manakala „Zombie Kilang Biskut‟ merupakan filem kedua yang akan dihasilkan pada awal 2010. Selain itu, pada pertengahan tahun 2010, „Estet‟ bakal dipentaskan di Istana Budaya. Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Berita Harian Keratan Akhbar 12 Januari 2011 : Berita Harian Idea Mamat Khalid Unik Oleh SERIMAH MOHD SALLEHUDDIN TUSB nafi main tarik tali, serius mahu terus bekerjasama dengan pengarah ini BIARPUN beberapa filem arahan Mamat Khalid terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) bermula dengan Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang diikuti dengan Estetgagal memberikan pulangan lumayan kepada penerbitnya. Namun ia tidak sedikitpun mempengaruhi Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai daripada terus bekerjasama dengan pengarah itu. Gayatri berkata, meskipun kebanyakan filem sentuhan Mamat kurang menjadi di panggung tetapi kebanyakan karya pengarah itu berjaya di TV. Contohnya filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang yang ditayangkan berulang kali oleh stesen televisyen. Kelainan karya Mamat Khalid begitu menarik hatinya kerana Gayatri berpendapat tidak ramai pengarah memiliki idea berbeza seperti yang dimiliki Mamat. Justeru, peluang untuk Mamat terus berkarya dengan TUSB sentiasa terbuka luas. “Sejak dulu hingga kini saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan Mamat Khalid. Saya juga tidak pernah membantah apa saja filem yang ingin Mamat hasilkan, walaupun filem arahannya tidak banyak yang mencatat kutipan box-office. “Setakat ini, terus terang saya suka dan masih lagi berminat untuk bekerja dengan Mamat kerana dia memiliki idea yang unik. Bagi saya bekerja dengan Mamat menyeronokkan,” kata Gayatri. Gayatri berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya TUSB tidak lagi berminat menjalin kerjasama dengan Mamat bagi menerbitkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 selepas kejayaan versi pertamanya yang mengutip RM 7 juta. Kutipan itu melakar sejarah tersendiri kepada Mamat kerana pertama kali berjaya meraih kutipan box-office, lebih-lebih lagi selepas kegagalan Estet yang hanya mampu mengutip RM 600,000 saja. TUSB juga dikatakan seakan cuba bermain tarik tali apabila gagal memberikan jawapan mengikut tarikh yang dijanjikan menyebabkan ada syarikat produksi lain sudah menunjukkan minat untuk menyambar Mamat kerana yakin Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 akan memberikan pulangan lumayan. Menjelaskan perkara itu, Gayatri berkata, TUSB tidak pernah cuba bermain tarik tali kerana perjanjian sudah termeterai sejak awal antara TUSB dan pengarah itu bahawa dua filem susulan akan diterbitkan selepas Zombie Kampung Pisang. Salah satu darinya ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah diikuti dengan Zombie Ultimatum. Tambah Gayatri lagi, dia juga tidak kisah seandainya pengarah itu tidak mahu mengekalkan rancangan asal menghasilkan Zombie Ultimatum sebaliknya menggantikannya dengan sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana memahami kejayaan yang diraih itu membuatkan semangat Mamat berkobar. “Saya tidak tahu menahu mengenai dakwaan mengatakan saya dan TUSB tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan Mamat. Setahu saya, sejak Zombie Kampung Pisang, Mamat sudah pun menyatakan hasratnya untuk menghasilkan dua lagi filem, susulan kepada filem itu malah saya sudah pun bersetuju. “Saya tidak kisah jika Mamat mahu kekal dengan Zombie Ultimatum ataupun menghasilkan apa saja judul kerana kami masih lagi berminat untuk bekerja dengannya. Kami serahkan segala-galanya kepada Mamat. Mengikut kontrak, Mamat tidak boleh beralih ke syarikat produksi lain kerana judul Zombie hak milik TUSB. “Mengenai dakwaan mengatakan saya tidak memberi jawapan mengikut tarikh yang dijanjikan, saya rasa itu tidak benar. Seperti saya katakan, perjanjian untuk menerbitkan sekuel ini sudah termeterai lama. Saya perlu menyiasat bagaimana isu ini boleh timbul. “Kami memang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan Mamat. Tetapi jika dia mahu bekerja dengan syarikat lain, keputusan terletak di tangan Mamat. Bagi pihak TUSB, karya Mamat masih lagi diperlukan,” katanya.
  • 82. 82

×