Your SlideShare is downloading. ×
NAMA          : KAMARUDDIN BIN MOHAMMED SAADNO MATRIK :M20102000965KURSUS        : KPT 6044TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUANPENS...
menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),2000).         Menyedari kepentingan dan ...
Pernyataan Masalah          Sekolah yang telah menerima bekalan Perisian ASSETBase dari Kementerian   Pelajaran Malaysia d...
Kepentingan KajianKajian ini adalah diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada:a) Guru Perakaunan       Kaji...
Populasi Kajian       Populasi kajian terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat yang belajar di SMJK YukChoy, Ipoh. Pel...
persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang. Persoalan yang ditanyamelibatkan aspek afektif bukan as...
Aspek kedua ialah berkaitan dengan penggunaan perisian. 60 orang responden tidakpernah mendengar atau didedahkan dengan pe...
SMJK Yuk Choy, Ipoh. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penggunaan perisian„ASSET base‟ dikalangan pelajar untuk ...
Justeru, pelajar perlu berkongsi cd perisian untuk memasukkan perisian ke dalam komputermasing-masing. Secara tidak langsu...
Guru perakaunan juga hendaklah mewajibkan pelajar menggunakan perisian ASSETbase sepenuhnya. Melalui cara ini pelajar terp...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tugasan 3 asse tbase kertas 3

354

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
354
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Tugasan 3 asse tbase kertas 3"

  1. 1. NAMA : KAMARUDDIN BIN MOHAMMED SAADNO MATRIK :M20102000965KURSUS : KPT 6044TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUANPENSYARAH: PROF.MADYA DR.HJ.ABD. LATIF BIN HJ.GAPORKajian Tinjauan :Penggunaan perisian “ASSET Base” Dalam Melaksanakan KerjaKursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 Di SMJK YUK CHOY, Ipoh, Perak.Pengenalan Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyaitanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalampengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputersemakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidikdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkanwujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaranglobal, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan inimemberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negaramembangun. Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amatpesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaranseseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah danmenyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaranberbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telahdibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran TeknologiMaklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah
  2. 2. menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),2000). Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan,kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yangbermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahmemperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidangpendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untukmemperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasianICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestariansekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajarandi sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakaninfrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba,projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitanICT. Pelbagai dasar telah digubal dan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagimemajukan bidang pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan teknologimaklumat kaedah pengajaran dan pembelajaran juga turut mengalami perubahan. Guru-gurudigesa untuk melengkapkan diri dengan pelbagai teknologi atau kemahiran yang berteraskanteknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang semakin mencabar. Di sinilahtitik tolak bermulanya era penggunaan komputer di sekolahsekolah yang mana komputertelah dijadikan sebagai alat bahan bantu pengajaran. Walaupun Malaysia telah mengalamiperkembangan yang pesat dalam teknologi perkakasannya tetapi penghasilan bahan-bahanpengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer masih ditahap yang rendah.Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran yang tertentu seharusnyamengambil peluang ini untuk menghasilkan perisian komputer yang bersifat ke Malaysiaandan direka khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka mengikut kesesuaian tahap,kebolehan, pengetahuan dan jangka masa tertentu.
  3. 3. Pernyataan Masalah Sekolah yang telah menerima bekalan Perisian ASSETBase dari Kementerian Pelajaran Malaysia dibekalkan bersama buku-buku dan bahan-bahan sokongan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan Perisian ASSETBase. Guru-guru Prinsip Perakaunan pula telah dikursuskan berkaitan pengaplikasian perisian tersebut. Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan mata pelajaran elektif, pihak sekolah boleh memilih untuk menawarkan mata pelajaran ini atau tidak kepada murid-muridnya. Walaupun penggunaan komputer tidak termasuk dalam sukatan pelajaran, namun apabila pihak kerajaan telah membekalkan Perisian ASSETBase ke sekolahsekolah terpilih yang menawarkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mengaplikasikan perisian ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berbantukan komputer. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian „ASSET base‟ yang digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 dikalangan pelajar Jurusan Perakaunan di SMJK Yuk Choy, Ipoh. Maka, kajian ini dilakukan untuk melihat kekerapan penggunaan perisian „ASSET base‟, potensi penggunaan dan halangannya. Objektif Kajian Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan perisian „ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan.a) Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.b) Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.c) Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.
  4. 4. Kepentingan KajianKajian ini adalah diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada:a) Guru Perakaunan Kajian ini penting bagi mendapatkan maklumat awal untuk melihat keberkesananpenggunaan perisian „ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip PerakaunanSPM Kertas 3. Ini kerana guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung dalampenggunaan perisian ini, disamping sentiasa berhadapan kesulitan serta cabaran ketikamelaksanakan pengajaran di sekolah.b) Pelajar Penggunaan perisian ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan Kertas 3Prinsip Perakaunan SPM. Ianya menggalakkan pelajar mencuba dan berdikari dalammelaksanakan tugasan yang diberi.c) Kementerian PelajaranMalaysia Kajian ini diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usahamenggubah sistem pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat . Melaluikajian ini, pihak kementerian boleh mengambil tindakan untuk membaiki kelemahan yangwujud daripada penggunaan perisian yang dibekalkan ini.Definisi IstilahPerisian “ASSET Base” ASSET Base adalah akronim bagi “Accounting Simulation Specially for Education &Training” (Simulasi Perakaunan Khas Untuk Pendidikan dan Latihan). Perisian ASSET Basedibangunkan sebagai alat pembelajaran dan pengajaran perakaunan untuk peringkat tingkatanempat dan lima. Perisian ASSET Base mengandungi bahan pembelajaran supaya pelajardapat membina pengetahuan dan kefahaman sebelum pelajar menggunakan Menu Simulasiuntuk menguji dan mengaplikasikan pengetahuan mengenai kesemua proses yang terlibatdalam satu kitaran perakaunan.
  5. 5. Populasi Kajian Populasi kajian terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat yang belajar di SMJK YukChoy, Ipoh. Pelajar-pelajar tersebut mengambil mata pelajaran perakaunan sebagaimatapelajaran elektif.Skop dan Batasan Kajian Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaanperisian‟ASSET base‟ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.Maka, kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil subjekPrinsip Perakaunan dalam SPM. Kajian ini melibatkan pelajar di SMJK Yuk Ch, Ipoh.Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah melalui soal selidik.MetodologiPopulasi Kajian Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukan cerapan atauukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Seluruh ahli populasi ini mestilahmempunyai salah satu ciri atau sifat yang boleh dicerap dan diukur antara satu sama lainMohd Majid (2004). Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidangmasalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Dalam kajian yang dijalankan ini populasi sasarannya terdiri daripada 68 orangpelajar di SMJK Yuk Choy, Ipoh iaitu di daerah Kinta Utara. Ianya terdiri daripada 29 pelajarperempuan dan 39 orang pelajar lelaki yang mengambil mata pelajaran perakaunan ditingkatan empat.Sampel Kajian Menurut Mohd Najib (1999), ahli penyelidik menyarankan 30 peratus dari populasiadalah telah cukup sesuai sebagai saiz sampel dan ada juga yang berkata 30 sampel telahmencukupi. Perkara yang lebih penting perlu di atasi selain daripada saiz sampel ialah sampelmesti dapat mewakili populasiInstrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah berbentuk soalselidik. Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,
  6. 6. persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang. Persoalan yang ditanyamelibatkan aspek afektif bukan aspek kognitif atau aspek kecerdasan fizikal Mohd Najib(1999). Instrumen soal selidik dipilih kerana bersesuaian dengan objektif kajian yangmelibatkan tahap pengetahuan yang melibatkan sikap efektif seperti mana yang telahditetapkan dalam kajian ini. Set soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian.Bahagian AMengandungi maklumat diri pelajar iaitu seperti jantina dan kelas. Ianya mengandungi duasoalan dan pelajar perlu mengisi pada ruang yang disediakan.Bahagian BMengandungi lima item yang bertujuan untuk mendapatkan latar belakang dan pengetahuansedia ada berkaitan subjek Prinsip Akaun.Bahagian CTerdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan penggunaan perisian.Bahagian DMengandungi soalan berkaitan masalah atau kekangan yang dihadapi daripada penggunaanperisian, di mana ianya terdiri daripada lapan soalan iaitu enam soalan menyediakan pilihanjawapan dan dua soalan terbuka. Tahap soalan disesuaikan dengan tahap pemikiran sampelkajian supaya dapat mewujudkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Dapatan Kajian Aspek latar belakang dan pengetahuan sedia ada berkaitan subjek Prinsip Perakaunanmenunjukkan 52 orang responden pernah mempelajari subjek ini sebelum ini. 50 orangresponden juga menunjukkan minat akan subjek Prinsip Akaun yang dipelajari di sekolah.Majoriti responden iaitu seramai 45 orang atau 66% memberi alasan memilih jurusanPerakaunan kerana yakin peluang pekerjaan yang baik ditawarkan selepas tamatpersekolahan. Item seterusnya menunjukkan 50 orang responden menyatakan sumber yangdigunakan untuk mempelajari Prinsip Akaun adalah berdasarkan kepada pengajaran guru danbuku teks. Bagi aspek kerasionalan kertas Prinsip Akaun Kertas 3 diwajibkan dalam soalanPrinsip Perakaunan SPM bermula tahun 2010 yang merupakan item terakhir dalam aspek inimenunjukkan 32 atau 47% orang responden berpendapat ianya dapat melatih pelajarmengaplikasikan konsep yang telah dipelajari di sekolah.
  7. 7. Aspek kedua ialah berkaitan dengan penggunaan perisian. 60 orang responden tidakpernah mendengar atau didedahkan dengan perisian „ASSET base‟ dalam jurusan ini. Hanyalapan daripada 68responden (12%) yang pernah mendengar atau didedahkan dengan perisian„ASSET base‟ dalam jurusan ini. Inipun mereka dapati daripada pelajar tingkatan limasebelum ini dan dari kawan di sekolah lain.. Item seterusnya menunjukkan bahawa 14%responden menggunakan perisian Microsoft Word, 74% responden menggunakan MicrosoftExcel, dan 12% responden menggunakan perisian „ASSET base‟. Majoriti respondenmemilih perisian Microsoft Excel kerana bagi responden ianya mudah dan mesra pengguna. Dapatan daripada bahagian D berkaitan dengan masalah dan kekangan semasamenggunakan perisian „ASSET base‟ didapati 80% responden tidak mempunyai masalahdalam menggunakan komputer (Microsoft Word dan Excel ) ketika melaksanakan tugasankertas 3 ini. 50% responden menyatakan bahawa perisian perakaunan „ASSET base‟ adalahpaling sukar bagi responden untuk diguna pakai. Item seterusnya menunjukkan 100%responden bersetuju bahawa penggunaan perisian komputer ini memudahkan kerja. 80%responden amat berpuas hati dengan perisian yang digunakan. Responden menyatakanbahawa ianya memudahkan kerja, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesalahanterutamanya dalam penggunaan perisian Microsoft Excel. Kesimpulan, daripada analisis data soal selidik berhubung keberkesanaan penggunaan„ASSET base‟ dalam menyiapkan kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM dikalangan pelajar jurusan Perakaunan, didapati bahawa perisian „ASSET base‟ sangat kurangdigunakan oleh responden berbanding perisian Microsoft Word dan Excel . Ini kerana bagiresponden, perisian „ASSET base‟ merupakan perisian yang baru bagi responden, tidak mesrapengguna serta mereka kurang didedahkan dengan perisian ini .Perbincangana) Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerjakursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.Persoalan kajian pertama dalam kajian ini adalah mengenai jenis media pengajaran yangkerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 di
  8. 8. SMJK Yuk Choy, Ipoh. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penggunaan perisian„ASSET base‟ dikalangan pelajar untuk melaksanakan kerja kursus Prinsip PerakaunanKertas 3 SPM ini amatlah tidak memberangsangkan. Hanya lapan orang responden daripada68 orang responden yang menggunakan perisian „ASSET base‟ ini. Kebanyakan mereka lebihbanyak menggunakan perisian lain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word dalammenyiapkan tugasan yang diberi.b) Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakankerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3. Dapatan kajian menunjukan potensi penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dilihat dapatmemudahkan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan pengiraan dalamperakaunan. Dengan menggunakan perisian ini, pelajar boleh mendapat jawapan secaralangsung setelah memasukkan data-data yang diperlukan. Perisian ini sendiri akanmemproses data-data yang dimasukkan tanpa perlu pelajar mengira secara manual.c) Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakankerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3. Dapatan kajian menunjukkan perisian ini jarang sekali digunakan oleh pelajar untukmelaksanakan tugasan. Ini adalah kerana bagi pelajar-pelajar, perisian ini adalah sukar untukdigunakan disebabkan tiada pendedahan yang mencukupi diberikan kepada mereka untukmenggunakannya. Mereka lebih kerap menggunakan perisian lain yang biasa digunakankerana mendapati ianya lebih mudah digunakan, diterokai dan tidak perlu bimbingan khasdaripada guru. Selain itu, penggunaan perisian ‟ASSET base‟ dikatakan kurang mendapat perhatiandikalangan pelajar kerana ianya memerlukan masa yang panjang untuk mempelajari carapenggunaannya. Ini kerana, pelajar terlebih dahulu perlu memasukkan perisian programsebelum ianya boleh digunakan. Pelajar perlu melihat kepada manual penggunaan sebelummereka boleh menggunakan perisian tersebut. Mereka menganggap ianya satu kerja yangremeh dan mengambil masa yang lama. Halangan yang ketiga ialah kesukaran untuk mendapatkan perisian ini. Ini kerana,perisian ini dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana, setiap sekolah hanyamenerima satu salinan perisian dan manual penggunaan. Ianya tidak terdapat di pasaran luar.
  9. 9. Justeru, pelajar perlu berkongsi cd perisian untuk memasukkan perisian ke dalam komputermasing-masing. Secara tidak langsung, ianya mengambil masa yang panjang semata-matauntuk memasukkan perisian tersebut ke dalam komputer masing-masing berbanding perisianlain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word yang telah sedia ada dan boleh terusdigunakan. Pelajar juga menghadapi masalah kerana kekurangan komputer di sekolah. Inidisebabkan kebanyakan sekolah hanya ada lebih kurang 20 ke 30 buah set komputer,sedangkan pelajar yang mengambil perakaunan melebihi 30 orang bagi setiap kelas. Pelajarterpaksa bergilir-gilir menggunakannya.Rumusan dan Penambahbaikan Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan perisian‟ ASSETBase‟ dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan SMJK Yuk Choy, Ipoh dalammelaksanakan Kerja Kursus Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM adalah sangat tidakmemberangsangkan. Hal ini kerana daripada 68 orang responden, hanya lapan orangresponden sahaja yang menggunakan perisian ini untuk menyiapkan tugasan kertas 3 ini.Rata-rata responden menyatakan pelbagai masalah yang dihadapi responden jikamenggunakan perisian ASSET Base yang dibekalkan oleh KPM. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yangdinyatakan di atas iaitu : Pihak sekolah perlu menambahkan lagi bilangan komputer di sekolah masing-masingkerana ianya tidak mencukupi untuk sebuah kelas yang pelajarnya melebihi tiga puluhorang.Secara tidak langsung ianya menjimatkan masa dan memudahkan guru-guru serta parapelajar. Guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa berfikiran terbuka terhadap ICT dan bersediapada bila-bila masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukankomputer sekiranya kemudahan yang diberikan mencukupi dan disenggara dengan baik sertasegala masalah yang dihapati dapat diberikan perhatian dan diatasi. Guru Prinsip Perakaunan perlu diberi pendedahan sepenuhnya ke atas penggunaanperisian ini sebelum mengajarnya kepada pelajar. Guru-guru perlulah dihantar mengikutibengkel amali penggunaan perisian ini. Pendedahan yang cukup membolehkan penyampaianyang betul diberikan kepada pelajar kelak.
  10. 10. Guru perakaunan juga hendaklah mewajibkan pelajar menggunakan perisian ASSETbase sepenuhnya. Melalui cara ini pelajar terpaksa belajar dan akan dapat menggunakansepenuhnya perisian ini walaupun sukar pada peringkat awalnya. Pelajar juga dibenarkan untuk memasukkan(install) perisian ini ke dalam komputermereka dirumah masing-masing tanpa mengharapkan komputer di makmal komputersekolah.Cara ini akan mempercepatkan lagi kerja dan menjimatkan masa.

×