• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bahan bm dari internet
 

Bahan bm dari internet

on

  • 21,975 views

 

Statistics

Views

Total Views
21,975
Views on SlideShare
21,975
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
79
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bahan bm dari internet Bahan bm dari internet Document Transcript

    • Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998 8 April 2010 POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah. Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah ) Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.1. KEPENTINGAN NILAI MURNI  Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat  Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.  Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.  Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.  Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN  Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.  Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.  Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.  Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.  Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL Kebaikan  Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).  Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian  secara manual.  Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.  Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
    •  Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya. Keburukan  Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.  Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.  Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama/tradisional.  Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang terhad.  Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan.4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL  Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.  Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.  Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.  Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).  Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)  Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.  Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun terjejas. 5. PERANAN LEBUH RAYA  Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)  Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol  Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala, tempat rehat dan solat serta lain-lain.  Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).  Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.  Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas  Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan.6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA  Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.  Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.  Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.  Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
    •  Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah daripada kedai runcit.  Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.  Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.  Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.  Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.  Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN  Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.  Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.  Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan  Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.  Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri  Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan persidangan antarabangsa  Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN  Tahun Melawat Malaysia 2007  Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat  Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing  Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk Citrawarna.  Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong  Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA  Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan  Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.  Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah  Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah  Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah  Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan  Keterampilan pemimpin pelajar  Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik  Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun  Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas  Keceriaan sekolah diberi keutamaan  Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN  Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani  Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.
    •  Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan  Meningkatkan eksport barangan makanan  Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara  Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini  Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi  Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik  Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik  Meningkatkan aplikasi teknologi moden  Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA  Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda  Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.  Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni  Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja  Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum  Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga  Tidak mengikut mana-mana model dari luar  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003  Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.  Pelaksanaan sejak tahun 2004.  Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.  Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan  Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan  Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program terhadap negara  Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara.11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM  Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)  Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan  Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta  Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan- kerajaan negeri mulai 1 April 2001.  Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir  Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
    •  Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid  Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.  Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.  Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA  Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.  Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.  Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni  Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja  Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum  Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga  Tidak mengikut mana-mana model dari luar  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003  Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.  Pelaksanaan sejak tahun 2004.  Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.  Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan  Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan Sumber: http://www.scribd.com/doc/2965593/POINPOIN-RINGKAS-UNTUK- PENULISAN-KARANGAN-BAHASA-MELAYU-SPM © BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama BAHASA MELAYU 1 Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya. (Tun Perak) KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. APAKAH PERENGGAN ? Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam
    • penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingindisampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakanperenggan baru.PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.2. Ada kesatuan dan pertautan isi.3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selainitu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.1. Perenggan pengenalan2. Perenggan isi3. Perenggan kesimpulanPERENGGAN PENGENALAN :Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :1. Ayat rangsangan.2. Ayat arah.AYAT RANGSANGAN :Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan.Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayatrangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terusberlaku ?(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-ratakawasan di dunia ini.(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yangmempunyai idealogi yang bertentangan.(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yangingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amarankepada negara lain.(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negaraSerbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.
    • AYAT ARAH :Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjuruskepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangankarangan.Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terusberlaku ?Ayat arah :Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yangnegatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.PERENGGAN ISI :1. APAKAH AYAT TOPIK ?Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayattopik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkarapokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokuskepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisanisi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan.2. APAKAH AYAT HURAIAN ?Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isisokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa,sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti,menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayattopik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi danpenulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVENDENGAN TOPIK YANG DISENTUH.Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terusberlaku ?Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:
    • 1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.2. Jong pecah yu kenyang.3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.4. Air mata jatuh ke perut.PERENGGAN PENUTUP :Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi.Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangandalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakantidak lengkap atau tidak sempurna.JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:1. Ayat kesimpulan umum2. Ayat pendapat3. Ayat cadangan4. Ayat komen5. Ayat penilaian6. Ayat harapan7. Ayat penutupAyat kesimpulan umum : Masalah disiplin.Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid disekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.Ayat pendapat : Kesan peperangan.Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia inibanyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negaralain.Ayat cadangan : Kesan peperangan.Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaikatau berunding supaya peperangan dapat dielakkan.Ayat komen : Ulasan cerpen.Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapakejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat,dan kemahuan yang tinggi.Ayat penilaian : Kesan peperangan.Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah ataumenerima kesan daripada peperangan tersebut.Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh,
    • maka susah untuk mewujudkannya semula.Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kitaroboh.Ayat Penutup: Kesan peperanganPeperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawakebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalahjadi abu, menang jadi arang.Rujukan:1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman.TEMA KARANGAN TINGKATAN 4TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITAMasyarakat Malaysia Alaf BaruTradisi Kejiranan Dalam MasyarakatUnit 2 : AMBANG REMAJARemaja dan CabaranRemaja dan KeluargaDisiplin Remaja dan KokurikulumUnit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIHKad ElektronikBudaya Teknologi Maklumat dan TelekomunikasiE-mel dan andaUnit 4 : KERANAMU MalaysiaPatriotismeMalaysia Alaf BaruPengorbanankuUnit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITARPendidikan Alam SekitarKualiti UdaraPencemaran Sungai KitaUnit 6 : RIADAHHobi, Sukan dan RekreasiCabaran di Puncak KinabaluHobi dan CabarannyaUnit 7 : GENERASI KITA
    • Wawasan Generasi KitaPatriotisme Generasi MudaGenerasi PelapisUnit 8 : GAYA HIDUP SIHATAmalan Gaya Hidup SihatRemaja dan KesihatanObesiti dan PencegahannyaUnit 9 : KERJAYAMinggu KerjayaCita-cita dan KerjayaSurat PermohonanUnit 10 : WARISAN BANGSAPemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan BersejarahWarisan Seni Bina MelayuTradisionalPemuliharaan Warisan SejarahUnit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIAKebudayaan dan PelanconganMalaysia dan Destinasi PelanconganWarna-warna Malaysia<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->TEMA KARANGAN TINGKATAN 5UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIARumah Terbuka AidilfitriRumah Terbuka MalaysiaKemanusiaan SejagatUNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INIE-PendidikanPendidikan MayaKepentingan Ilmu Dalam Era GlobalisasiUNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INITren ERLKejayaan Negara dalam Perindustrian Tren LajuHarapan Masa DepanUNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIABandar dalam TamanPutrajaya Mercu Tanda Kemajuan NegaraPerpaduan Menjamin Keamanan
    • UNIT 5 : ALAM PEKERJAANKerjaya Masa DepanKejayaan dalam kerjayaImpian, Usaha dan KejayaanUNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRIPendidikan Industri di IPTPendidikan Industri Teras Pembangunan NegaraCabaran Pendidikan IndustriUNIT 7 : BIOLEMBANGANKejayaan Melalui PertanianBioteknologi dalam PertanianPerkembangan PertanianUNIT 8 : PELABURANPelaburan Mengubah Masa DepanPelaburan Menerusi Saham AmanahPelaburan Dalam Sektor HartanahUNIT 9 : TELEPERUBATANKesihatan Sepanjang HayatAmalan Pemakanan SeimbangCegah Sebelum ParahUNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIAMalaysia Jaguh Sukan SEASukan Mengharumkan Nama NegaraMalaysia Penganjur Sukan AntarabangsaUNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBALMykad Ciptaan KitaInternet dan Dunia Tanpa SempadanSeni Sastera Khazanah BangsaUNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISANMemelihara Budaya BangsaAnugerah Seni NegaraAdat Perkahwinan Masyarakat Malaysia<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKATAHUN SOALAN
    • 2004 Masyarakat Malaysia masih(N) kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.2005 (J) Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.2005 ”Bulat air kerana pembetung, bulat(N) manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.2006 (J) Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik. Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.2006 Penghayatan nilai-nilai murni(N) dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.2007 (J) Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai- nilai murni dalam diri murid. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.2007 Tulis sebuah cerpen atau skrip(N) drama yang berakhir dengan
    • dialog di bawah. Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini memang salah ! Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat untuk engkau kembali ke pangkal jalan2008 (J) Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.2008 5. Yang kurik itu kundi(N) Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSATAHUN SOALAN2004 Dunia hari ini penuh dengan(N) persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara. Bincangkan.2005 Pada masa ini, persengketaan dan
    • (N) peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah. Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->2006 Masalah jerebu yang berlaku(N) dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’. Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->2007 Kemiskinan masih menjadi(N) masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia. Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-
    • negara miskin.2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.2008 Penyertaan setiap negara dalam(N) pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->TAHUN SOALAN2004 Anda mempunyai tokoh sanjungan(N) kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan. Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia” Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.2005 Pencapaian beberapa jenis sukan di(N) negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.
    • Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.2006 Industri pertanian memberikan(N) sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’. Tulis rencana itu selengkapnya.2007 Kerajaan telah menubuhkan(N) banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.
    • Tulis teks pidato itu selengkapnya.2008 Penyakit demam denggi yang(N) berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->DIMENSI KELUARGATAHUN SOALAN2004 Anda akan mewakili sekolah anda(N) dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ” Tulis syarahan itu selengkapnya.2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.2005 Keluarga memainkan peranan(N) penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan. Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.2006 Ibu bapa merupakan insan(N) terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena
    • sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut. Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.2007 Pelaksanaan waktu bekerja lima(N) hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara. Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Bincangkan.2008 Setiap orang ingin akan kawasan(N) petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->TAHUN SOALAN2004 (N) Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga
    • hasrat tersebut2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.2005 (N) Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Ulas pernyataan di atas2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat- cermat. Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’ Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang. Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
    • 2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnyaSelasa, 2010 April 06MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUSoalan:Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkatdaerah.Sediakan teks pidato itu selengkapnya.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakimyang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnyahadirin sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “MemartabatkanBahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkanslogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnyasebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perludiutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasayang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasaMelayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaingdengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akanmenjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untukmenjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.Saudara saudari yang dihormati sekalian,Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedarantentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedarantersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentuperanan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibubapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita danjuga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungankerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejakkecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudahpasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.
    • Hadirin sekalian,Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihakberkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untukmemartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu DewanBahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupukkesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagaicontohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajiantinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arahmemartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untukmemartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikiankerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yangdemikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkanpenggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasaMelayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk samarendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulahmenguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasaMelayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung,pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan denganpenggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedangmeneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagimemberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidakmenggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat,penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perludipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebutmenyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian,sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.Hadirin sekalian,Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihakberkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihakpenguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitandengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untukmengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yangtelah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa iniperlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidakmengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasaMelayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akandijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang
    • berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepadapihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusanseharian.Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkanbahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulahberganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum.Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akandipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita.Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasaini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap katadan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Oleh: Cikgu Mohd Khir KassimBlog: http://khirkassim.blogspot.comDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:22 0 ulasanMENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYUPeranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa MelayuPERENGGAN ISI:Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidakakan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyatMalaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagaisalah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialahkita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri.Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kitaditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahumenerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kitamestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkanbahasa Melayu di negara sendiri.Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kitasebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong,atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayudengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajarrakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatianmereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersediauntuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasakita.
    • Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabatkedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaanMalaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akanlebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. PepatahMelayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyaisemangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhanuntuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilahmemanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahliakademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayumelalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati danmempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di dunimencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambilkesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakanmedium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kitamestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayuke seantero dunia.Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melaluifilem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudahpasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerimafilem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami danmempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbitfilem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsaseperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dansebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untukmenyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan danmengantarabangsakan filem Melayu juga.Sumber: Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:32 0 ulasanSEMANGAT PATRIOTIKUsaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dinegara kitaSemangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masaini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukanperkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah merekaperlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkanpendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dantidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kitatidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
    • dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapatditingkatkan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangatpatriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah denganmemberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangkusekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajarseperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranyasemangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akanterus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini pentingkerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidakmelakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian danmemberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolahdan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akanmemahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalammata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formaldi dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupanseharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubarimurid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikanmereka di institusi pengajian tinggi.Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik iniakan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotikdalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia,di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untukmenyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Denganperkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yangdapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklahmenayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitandengan semangat cinta akan negara.Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yangbersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalanganmasyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan dikampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutanhari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan.Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forumtentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagaibangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatumasa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahandapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
    • Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahamanpolitik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpinmereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalumengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapaihasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu danmenghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yangdinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranyaperkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yangdinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepadagenerasi yang akan datang.Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulahdijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik inipenting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadiindividu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yangmemiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukandiri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setandingdengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupukdalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara danmenyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahudan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dandisuburkan dalam kalangan masyarakat.Sumber : Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:30 0 ulasanKEPENTINGAN PERPADUANBagai aur dengan tebing merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupanmasyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangattolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatupadu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidakmungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuahnegara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduriyang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduanmasyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telahmembuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yangharus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangatkekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala enau dalam belukar, melepaskanpucuk masing-masing. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
    • kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negaraAmerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yangmewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulithitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkaumanberdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkanperpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapatmembangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysiaakan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budayamasyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmonidi bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengankemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satusama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminatuntuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkantaraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara lain.Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yangdapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkanperanan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatanmasyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini.Laungan Malaysia Boleh perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia inidigeruni oleh negara luar.Sumber : Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:29 0 ulasanKEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAHPembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan namaMalaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyakkilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yangluas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telahdibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isumeruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusanmuktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapatjuga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebutdiruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannyakita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunanbersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu eraatau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan BahasaEdisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atauperistiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,
    • kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugismasih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu,bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akandatang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawasejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakansesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagaicontohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abadke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ,Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detiksejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikanberlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu padaakhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monumannegara tidak wajar dilaksanakan.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perludiruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapatmemberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yangmempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunanbersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayatisejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripadaperistiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangikesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota AFamosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibinaoleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinandan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadinegara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambilmudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah dinegara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan.Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapatmenarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untukmelawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancongbercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium,galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasadi beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjayamelindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usahaseperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadisumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunanbersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selainmenikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium
    • dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapatmembantu industri pelancongan negara.Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang pentingdalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmuyang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama.Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitarDataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di KualaLumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam erakolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatanpada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibinabagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yangberkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengankepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan JalanRaja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seoranginspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatankemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”.Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yangtersendiri.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasimuda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunandan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi darisatu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharuakan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akanmembentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan ataupemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulahmewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh halyang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunanbersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.Sumber : Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:27 0 ulasanBIOLEMBANGAN - HUTANKEPENTINGAN HUTAN :1. Habitat flora dan fauna2. Mengimbangi suhu bumi3. Kawasan tadahan air4. Ekopelancongan5. Sumber bahan mentah perubatan tradisional6. Asas industri hiliran seperti perabot7. Medan penyelidikan oleh saintis8. Sumber makanan orang asli9. Sumber ekonomi - aktiviti pembalakan yang dirancang.
    • PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN:1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal/ dilakukan secara haram.2. Bencana alam - kebakaran hutan3. Membuka kawasan petempatan dan industri4. Membuka kawasan pertanian seperti ladang.5. Pembinaan empangan6. Hakisan ombak - pokok bakau di tepi laut7. PeperanganKESAN KEMUSNAHAN HUTAN1. Perubahan suhu di suatu kawasan.2. Bencana alam - tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya3. Kemusnahan habitat flora dan fauna4. Kehilangan daya tarikan ekopelancongan5. Kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan orang asli6. Negara kehilangan sumber hasil seperti balak.7. Industri hiliran akan terjejas.LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN HUTAN1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.2. Memberi latihan yang berkesan kepada pasukan penguatkuasa.3. Pendidikan mengenai hutan dalam kurikulum sekolah.4. Pertubuhan bukan kerajaan, contoh : Sahabat Alam Malaysia5. Media massa- elektronik dan cetak.6. Tanam semula hutan secara terancang dan berterusan.7. Mengehadkan lesen dan kawasan pembalakan.8. Wujudkan taman negara.Soalan contoh : Karangan berformat.1. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat dari luar negara yang memintaditerangkan langkah-langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memulihara hutan.2. Anda diminta menyampaikan ucapan bersempena hari bumi yang bertemakan,"HutanSebagai Warisan Sejagat yang Perlu dipelihara"3. Anda dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan di peringatdaerah. Tajuk syarahan, "Kepentingan Memelihara Hutan".4. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan ala parlimen sebagai pihak pencadang.Usul yang ditetapkan ialah, "Keperluan Terhadap Pembangunan Menyebabkan HutanSemakin dimusnahkan".
    • 5. Anda telah menonton satu filem rencana yang memaparkan kesan kemusnahan hutan.Anda ingin mencadangkan idea tertentu kepada penerbit filem tersebut supayamenerbitkan sebuah filem rencana yang memaparkan langkah-langkah berkesan untukmemulihara dan memelihara hutan. Tulis surat kepada penerbit tersebut.6. Sebagai editor sebuah akhbar arus perdana, anda ingin menulis sebuah rencana yangbertajuk, " Punca-punca Kemusnahan Hutan". Tulis rencana itu selengkapnya.7. Anda telah mewawancara seorang tokoh dalam bidang perhutanan berkaitan punca dankesan kemusnahan hutan. Tulis wawancara itu selengkapnya.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:40 0 ulasanKEBAIKAN PLKNProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004.Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilaipatriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripadakerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program inimenggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial,budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkankebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin lunturdalam kalangan remaja pada hari ini.MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kinimenjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidupgenerasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahuinama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalamkalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut JabatanLatihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangatpatriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memilikisemangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui halkenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalamdan dari luar negara.APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diriremaja. (MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ininamun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percayabahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anakmereka.
    • BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamatpeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapatmendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapatmematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mentaldan fizikal. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membinaseperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai halatuju yang jelas.KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkanrata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaumjuga dapat memperkukuh integrasi nasional.(MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaummelayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagidan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untukmewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum.(BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan danagama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduankaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama.Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanahair, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.(KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatanintegrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormatiantara satu sama lain.Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkankebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agarmenyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang,gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalahdengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negaradalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepadamasyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahutseruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.Sumber : Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:36 0 ulasanPUNCA TANAH RUNTUH
    • Pendahuluan:Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berhargaKini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnyaBerjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibatkepupusan flora dan faunaMenatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuhKenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin masakanpokok bergoyangPunca:Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akanmenyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadilonggar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudahruntuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan ataularian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukitPembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan danpembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidakselamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktivitipemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuramancerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruhlitupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidakdijadikan iktibar oleh pihakpemajuAktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian,perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario iniberlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepashujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutupbumi menyebabkan tanah runtuh.Penutup:harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawamanusia yang tidak berdosa dalam sekelip mataalam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesukahati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai bencana alambersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersamaPosted by Cikgu Anelyza WMS at 5:12 AM 0 commentsSumber: Blog Cikgu AnelyzaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:34 0 ulasanAhad, 2010 April 04MAKLUMAN KEPADA PEMBACASaya mengambil keputusan untuk menutup kotak mesej kerana telah disalgunakan olehpengguna yang "gila" dan "tidak bermoral"..atau kalau dapat dikatakan memang"keturunan tak baik kerana tidak terdidik". Blog ini tidak mengalu-alukan siapa sahaja
    • yang bersifat perkauman dan mencaci perkataan "babi" kepada satu bangsa. Rakan gurudan pelajar yang mempunyai kemusykilan, sila e-mel kepada saya. Terima kasih.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:50 0 ulasanKhamis, 2010 April 01INDUSTRI KRAFTANGAN DI MALAYSIASoalan :1. Kepentingan memajukan industri kraftangan di Malaysia2. Cara-cara memajukan industri kraftangan di MalaysiaKarangan Berformat :1. Surat kiriman tak rasmiBalas surat daripada rakan yang tinggal di luar negara yang meminta maklumat berkaitanusaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.2. Rencana akhbarKepentingan strategik industri kraftangan di Malaysia.3. Syarahan (pertandingan)Peranan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk memajukan industri kraftangan diMalaysia.4. Ucapan (perasmian karnival/ ekspo produk kraftangan)Kekangan yang membantutkan usaha untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia5. Perbahasan ala-parlimenUsul- Agensi kerajaan dan GLC lebih berperanan untuk memajukan industri kraftangandi Malaysia.6. WawancaraTemu bual dengan tokoh dalam industri kraftangan berkaitan pengalaman memajukanperniagaan berbentuk kraftangan.Tajuk karangan berdasarkan dimensi.Dimensi individu dengan individuPersiapan fizikal dan mental individu untuk menjadi usahawan kraftangan yang berjaya.Dimensi individu dengan keluarga.Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang keusahawanankraftangan.Dimensi individu dengan masyarakat/ negara.Peranan kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.Dimensi individu dengan masyarakat antarabangsa.
    • Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan karaftangan ke luar negara.Dimensi komsasTulis sebuah cerpen yang bertemakan kegigihan seorang usahawan untuk memajukanperniagaan kraftangan.FAKTA AWAL.1. Apakah maksud kraftangan?2. Mengapakah kraftangan dikategorikan sebagai sebuah industri?3. Nyatakan penjenisan produk kraftangan di Malaysia.4. Adakah anda bersetuju bahawa industri kraftangan mempunyai masa depan yangcerah? Sila kemukakan alasan.5. Mengapakah industri kraftangan ini sukar untuk dimajukan?6. Apakah keistimewaan produk kraftangan Malaysia?7. Apakah kesan mengembang jika industri kraftangan dimajukan?8. Nyatakan usaha proaktif untuk penjenamaan semula produk kraftangan di Malaysiaagar dapat bersaing di persada antarabangsa.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:39 0 ulasanSabtu, 2010 Mac 27SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKANPERENGGAN PENGENALAN.1. Terdiri daripada ayat rangsangan dan ayat arah.2. Tidak boleh memasukkan isi karangan iaitu sebab-sebab.3. Masukkan peribahasa berbentuk simpulan bahasa, perumpamaan atau bidalan.4. Gunakan kosa kata/ laras ekonomi yang sesuai.Ayat rangsangan contoh.1. Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam NegaraKasar negara pada tahun 1960-an sehingga tahun 1970-an.2. Peranan sektor pertanian sebagai penyumbang utama KDNK telah beralih arah kepadasektor industri dan pembinaan serta perkhidmatan pada masa ini.3. Sektor pertanian jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh menjadi periuknasi yang menguntungkan kepada rakyat tempatan yang ringan tulang.4. Sektor pertanian merupakan tulang belakang yang membekalkan sumber makananyang menjadi keperluan asas kepada rakyat di sebuah negara.5. Sektor pertanian tidak wajar dijadikan kambing hitam walaupun sesebuah negara lebihmengutamakan sektor perindustrian dan perkhidmatan.6. Sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatandan asing yang ada akal dan ringan tulang.
    • SEBAB-SEBAB SUKAR DIMAJUKAN.1. Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga.2. Tidak menggunakan teknologi moden yang lebih sofistikated.3. Tidak mengkomersialkan hasil penyelidikan saintis dalam bidang pertanian.4. Kekangan modal.5. Modal insan yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman.6. Tidak menggunakan teknik pengurusan ladang yang cekap.7. Stretagi pemasaran produk yang tidak berkesan.8. Faktor cuaca yang sentiasa berubah-ubah/ bencana alam.9. Tidak menarik minat masyarakat dari segi upah, keuntungan dan keseronokan bekerja.AYAT ISI.Isi 1 (Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga)Ayat Topik: Sektor pertanian di Malaysua sukar dimajukan kerana harga produk yangdihasilkan oleh sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. (APA)HURAIAN :1. Harga produk pertanian sentiasa turun dan naik pada setiap masa.2. Petani sukar meramalkan harga produk tersebut apabila siap untuk dituai dan dijual.3. Petani terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk proses membajak tanah,membaja, menanam dan seterusnya menuai hasil misalnya kos baja, kos racun serangga,upah buruh dan sebagainya.4. Apabila tanaman siap untuk dituai dan dijual, harga produk tersebut mengalamikejatuhan teruk di pasaran antarabangsa dan di dalam negara.5. Hal ini menyebabkan petani mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh daripadajualan tidak dapat menampung kos untuk mengusahakan tanaman tersebut.AYAT CONTOH :1. Seorang petani mula menanam semula getah ketika harga getah sedang melambungtinggi di pasaran antarabangsa.2. Pokok getah memerlukan masa sehingga 7 tahun untuk memperoleh susu getah yangboleh dijual dalam bentuk susu getah atau getah skrap.3. Harga getah di pasaran antarabangsa bergantung kepada permintaan dan penawarangetah dalam kalangan industralis di seluruh dunia.4. Apabila berlaku masalah kekurangan permintaan terhadap getah, harga getah akanjatuh hingga ke paras yang terlalu rendah.5. Jika petani tidak bernasib baik, getah yang siap untuk ditoreh terpaksa dijual denganharga di bawah kos pengeluaran menyebabkan rugi.6. Justeru itu kebanyakan petani lebih suka menanam tanaman kontan lain yang mudahuntuk dihasilkan dan dijual kerana kurang terdedah kepada risiko penurunan harga secaramendadak.Nota tambahan :
    • Maksud keanjalan ialah mengukur tindak balas dalam kuantiti satu barang yang dimintakesan daripada perubahan harga barang itu, perubahan dalam pendapatan atau perubahanharga barang lain.Contoh 1 : Jika harga rokok dinaikkan sebanyak 10 %, adakah permintaan terhadap rokokakan berkurangan, bertambah atau tidak mengalami sebarang perubahan. Jika permintaanterhadap rokok jatuh sebanyak kurang daripada 10 %, maka dikatakan permintaanterhadap rokok tidak anjal dari segi harga.Contoh 2: Jika kerajaan menaikkan harga gula pasir sebanyak 10 %, berapakahperubahan permintaan terhadap gula pasir? Adakah permintaannya jatuh kurang daripada10 %, lebih daripada 10% atau tidak mengalami sebarang perubahan.PERINGATAN :Isi dan huraian di atas perlu disusun semula agar menjadi satu kesatuan ayat yangbersangkut-paut antara satu sama lain.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:12 0 ulasanSelasa, 2010 Mac 23KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA(1) Karangan Wawancara.Tema : Melindungi hidupan liar yang terancam oleh pemburuan secara haram.Perenggan Isi :1. Ayat Format : Pihak yang mewawancara akan bertanyakan soalan khusus kepada pihakyang diwawancara .Contoh :Editor : Pada pendapat tuan, apakah langkah proaktif yang boleh menyelamatkan hidupanliar daripada mengalami kepupusan ? (Ayat Format)VIP: Terma kasih atas soalan yang saudara kemukakan. (AF). Mengikut pengalamansaya, langkah pertama adalah meminda undang-undang berkaitan hidupan liar supayamengenakan hukuman lebih berat kepada pemburu tidak berlesen. (Ayat Topik). APA.Hal ini demikian kerana undang-undang yang lebih berat akan menakutkan pemburuharam daripada membunuh hidupan liar yang dilindungi oleh undang-undangsepenuhnya. Mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan yangmenyalahi undang-undang seperti ini. SEBABContoh terbaik adalah langkah kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi danhukuman penjara mandatori sekiranya seorang pemburu haram didapati melakukankesalahan meburu binatang yang dilindungi. Bukan setakat denda dan penjara, bahkanlesen untuk memiliki senjata api untuk tujuan memburu boleh digantung atau dibatalkanterus jika pemburu tersebut melakukan kesalahan membunuh binatang yang dilindungi
    • oleh undang-undang. BAGAIMANAPenguatkuasaan undang-undang oleh pihak Perhilitan perlu berjalan pada setiap masa.Jika terdapat aduan mengenai pemburuan binatang secara haram, mereka perlu bertindakdengan segera melalui modus operandi yang tersusun. BILA.Masukkan peribahasa yang sesuai. Contoh :1. Mengabui mata (memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui tujuan/ keadaansebenar.2. Ada akal (mempunyai idea)3. Ada gigi (ada kuasa dan berani bertindak)4. Akal belut (tipu muslihat yang licik)5. Duit kopi (wang yang diberi kepada seseorang sebagai upah untuk mendapatkansesuatu).6. Hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu)Ayat penegas: Sememangnya tiada kompromi kepada pihak yang melakukan perbuatanyang menyalahi undang-undang seperti memburu secara haram kerana perbuatan ini akanmenyebabkan generasi akan datang berputih mata daripada melihat spesies hidupan liartersebut.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 01:54 0 ulasanAhad, 2010 Mac 21ULASAN NOVEL BERFORMAT1. Format karangan berbentuk ulasan.2. Isi karangan.Format : Tajuk ulasan dan nama pengulas novel.Isi karangan :1. Pengenalan - ayat rangsangan dan ayat arah.2. Perenggan isi : WAJIB menyatakan sinopsis novel secara keseluruhan. Jika tidaknyatakan sinopsis akan menjejaskan penilaian terhadap karangan anda.3. Boleh memilih 4 atau 5 aspek ulasan novel iaitu :a. Tema dan persoalan.b. Watak dan perwatakanc. Plot noveld. Teknik plote. Nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatanf. Pengajarang. Latar masa, tempat dan masyarakath. Gaya bahasa3. Perenggan Kesimpulan :
    • a. ayat kesimpulan umumb. ayat pendapatc. ayat cadangand. ayat penilaianMasukkan dua atau lebih peribahasa atau ungkapan menarik.Soalan karangan ulasan novel telah dikemukakan dalam peperikaan SPM 2009(November). Harap maklum.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:57 0 ulasanSabtu, 2010 Mac 20MENDUNIAKAN BAHASA MELAYUTerdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan isu menjadikan bahasa Melayusebagai bahasa antarabangsa. Sila rujuk majalah DEWAN BAHASA keluaran bulanNOVEMBER 2009 untuk lebih memahami usaha untuk mengantarabangsakan bahasaMelayu.1. Menduniakan Bahasa Melayu(Disesuaikan daripada teks ucapan oleh YAB Menteri Besar Johor2. Bahasa Melayu Bahasa Dunia (Impian yang Boleh Menjadi KenyataanOleh : Nik Safiah Karim3. Bahasa Melayu Bahasa AntarabangsaOleh : Teo Kok Seong4. Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa MelayuOleh : Noresah Baharom5. Globalisas : Ruang Besar kepada Bahasa MelayuOleh : Azman Ismail6. "Mengantarabangsakan Bahasa Melayu, Kuasa Politik Penentunya"Bual bahasa dengan Prof Madya Dr Victor PagadaevSila dapatkan majalah tersebut di kedai buku Dawama atau berhubung dengan pihakDewan Bahasa dan Pustaka. Artikel-artikel tersebut tidak boleh disiarkan di blog keranaboleh melanggar hakcipta penulis dan penerbit.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 15:19 0 ulasanJumaat, 2010 Mac 19WARGA ASING RAIH KEMEWAHAN DI NEGARA KITAMENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Parlimen kelmarinberkata, sesi pemantauan akan dilakukan ke atas semua premis yang menggunakankhidmat pekerja asing bagi memastikan majikan menjaga kebajikan mereka, terutamanyamembabitkan aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempatkerja.
    • Langkah tersebut sejajar dengan sumbangan yang telah diberikan oleh golongan tersebutterhadap pembangunan ekonomi negara dan menganggap beberapa sektor akan lumpuhjika tiada khidmat pekerja asing berkenaan.Sehingga awal tahun ini, jumlah keseluruhan pekerja asing yang direkodkan pada masaini adalah seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranyapembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran.Sebanyak RM12.2 bilion wang keluar dari negara ini hasil daripada aktiviti pekerjaanyang dilakukan oleh tenaga asing di Malaysia sehingga akhir 2008.Jika direnungi, angka di atas membawa dua mesej penting iaitu pertama, negara memangkekurangan tenaga kerja tempatan terutama dalam sektor kritikal. Kedua, kita memilikitenaga kerja mencukupi tetapi terpaksa mengimport orang luar atas alasan peluang dalambidang pekerjaan yang dibuka tidak diminati orang kita.Ketika banyak sektor menggalakkan penggunaan khidmat pekerja asing, ramai warga kitasendiri masih terus bergelar penganggur.Jawapannya sudah pasti kebergantungan ini memang tidak dapat dielakkan terutamapermintaan yang amat tinggi dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembanturumah.Kehadiran ramai pekerja warga asing telah lama membantu menjana ekonomi negarakerana mereka turut mengeluarkan perbelanjaan harian yang banyak sehinggameningkatkan pendapatan penduduk setempat.Namun begitu, perlu diingat bahawa mereka juga membawa keluar berbilion ringgitwang kita ke negara mereka. Kita tentu pernah membaca cerita seorang wargaBangladesh yang bekerja di sebuah kilang elektronik.Beliau menyatakan bahawa hasil wang yang dikumpul sejak 10 tahun bekerja di negaraini, dia sudah berjaya membuka sebuah kedai pakaian dan membeli sebidang tanah dinegaranya yang kini diuruskan ibu dan adiknya.Kini, dia sudah pun menikmati gaji empat angka dan mempunyai simpanan untuk hari tuadengan gaji permulaan hanya sekitar RM500."Malaysia ibarat syurga bagi kami", kata beliau.Hakikatnya, ramai lagi orang luar sepertinya yang berjaya sampai ke tahap itu.Walaupun terpaksa melalui pelbagai ranjau di peringkat awal untuk bekerja di sini, sudahramai pekerja warga asing yang menumpang kemakmuran dan kekayaan bumi Malaysia.
    • Biarpun kerajaan pada dasarnya mahukan 40,000 jawatan dalam sektor swasta negaraketika ini diisi dengan pekerja tempatan, namun disebabkan faktor sikap, hasrat itu tidakdapat direalisasikan.Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan bahawaseramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannyaadalah 57,072 Bumiputera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus.Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan adalah tiadapengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak sesuaidengan pekerjaan yang ditawarkan.Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggunakan khidmat pekerja warga asing atasalasan mereka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turutmenyumbang kepada situasi itu.Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskankomoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikanmereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit.Ketika kenaikan harga sawit dan getah sekarang, pekerja warga asing berlumba-lumbamendapatkan pekerjaan dengan tawaran dan terma kerja menarik daripada majikan.Kisah seorang graduan yang mendedahkan dia memperoleh pendapatan sehinggaRM8,000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah, baru-baru ini wajar dijadikaniktibar.Namun, berapa ramai kalangan graduan menganggur yang sanggup memegang pisautoreh dan bergelumang bau busuk getah sekerap setiap hari?Rasa malu dengan orang di sekeliling yang menyindir apabila terpaksa bekerja sebagaipetani atau penoreh walaupun menggenggam segulung ijazah menyebabkan mereka terusberada dalam dilema.Kenapa kita tidak mahu mengambil contoh masyarakat Jepun yang mana lulusanuniversiti di negara matahari terbit itu diberikan jawatan rendah ketika memulakan tugasdalam sesebuah organisasi.Sikap itu sebenarnya merugikan kita sendiri dan akhirnya mereka yang untung adalahorang seperti rakyat Bangladesh tadi.WAN MARZUKI WAN RAMLIPasir Mas, KelantanSumber: Utusan Malaysia
    • Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:10 0 ulasanJika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijilhalal Jakim.Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkintidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak kesana?Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi merekamendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksamereka untuk mendapatkan sijil halal?Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukanjika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedaimakanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiamini adalah masalah orang Melayu elit.Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islamsecara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untukberniaga.Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksamemaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita danmemaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusahakopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam takperlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu.FAUZI ASMARAGuar Chempedak,KedahSumber: Utusan MalaysiaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:07 0 ulasanRUGI JIKA LANGKAWI DIABAIBARU-BARU ini saya berkunjung ke Pulau Phuket, Thailand dengan tujuan untukbercuti bersama isteri dan anak-anak. Ini merupakan lawatan kedua saya ke pulau
    • peranginan itu. Kali pertama ketika dibawa oleh keluarga 13 tahun lalu. Ketika itu sayamembandingkan Pulau Phuket dengan Pulau Langkawi tidak banyak bezanya.Malahan dalam beberapa aspek Pulau Langkawi mendahului Pulau Phuket dalamkemajuan dan keunikan produk pelancongannya.Namun begitu, pada hari ini Pulau Phuket umpama intan belian kepada negara Thailand.Pembangunan prasarana dan produk pelancongannya amat menarik sekali. Kebersihandan keindahannya telah meninggalkan jauh Pulau Langkawi di belakang. Denganpembangunan disusun rapi, ramai pelabur dalam dan luar negara membuka pelbagaiperniagaan berasaskan pelancongan dan hospitaliti di sana.Pelancong luar terutamanya Eropah dan Asia Timur berduyun-duyun ke sana. Satu-satutempat kadangkala kelihatan penduduk tempatan seakan minoriti malah jika di restoransaya terasa seperti berada di negara Eropah kerana bilangan mereka mendominasi.Kehadiran begitu ramai pelancong telah menyumbang kepada pendapatan penduduksetempat dan juga hasil kepada negara gajah putih itu. Sesekali perasaan iri hati dancemburu terlintas di hati saya melihat kepada keadaan Pulau Phuket pada hari ini.Kenapa Pulau Langkawi tidak seperti itu? Apa kurangnya pulau kita ini? Baru-baru inisatu kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DatukMukhriz Tun Mahathir menyatakan kerajaan negeri Kedah telah gagal mempromosiLangkawi sebagai pusat pelancongan terbaik di Malaysia amat tepat dan kena padamasanya.Kenyataan tersebut berdasarkan fakta bahawa jumlah pelancong ke Langkawi semakinhari semakin berkurangan. Malah saya melihat industri pelancongan di Langkawi padaketika ini hanya disokong oleh pelancong domestik sahaja, yang datang pada musim cutisekolah atau cuti-cuti perayaan.Sudah pasti tempat yang dituju hanya kedai-kedai coklat dan pinggan mangkuk sahaja.Apalah sangat tempiasnya kepada kemakmuran penduduk tempatan mahupun kepadanegara jika dibandingkan perbelanjaan yang akan dibuat oleh pelancong asingterutamanya Eropah, sudah tentu ia berlipat kali ganda.Saya terpaksa akui bahawa kegemilangan Langkawi sebagai pulau peranginanantarabangsa semakin lenyap di peta ejen-ejen pelancongan antarabangsa. Persaraan TunDr. Mahathir sebagai Perdana Menteri turut mengakibatkan Langkawi ‘dibersarakan’juga.Namun begitu, masih ada harapan dan doa agar kerajaan negeri dan Persekutuan tidakmelupakan Langkawi sebagai intan belian Malaysia, malah kerajaan Kedahmenggelarkan Langkawi sebagai Permata Kedah. Jika benar ia permata, maka tunjukkanbukti dan komitmen yang jitu agar permata ini terus bersinar dan mampu membericahaya kepada penduduk dam negara.
    • Dalam memberi nafas baru kepada Langkawi, saya sebagai anak tempatan ingin memberibeberapa cadangan realistik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.Pertama, bina hospital pakar swasta yang serba lengkap di Langkawi. Buat masa ini tiadahospital pakar swasta wujud di pulau peranginan ini. Ia bertujuan menggalakkan‘pelancongan kesihatan’ seperti mana dilaksanakan di Singapura dan Thailand yang telahmemberi pendapatan lumayan kepada negara.Kedua, kerajaan mesti mewujudkan produk baru pelancongan dalam usaha menarikperhatian dan keghairahan pelancong untuk datang. Contoh produk baru ialah taman temaseakan Disneyland, ladang buah-buahan tropika, pulau joran yang dikhaskan untukaktiviti memancing, akuarium dasar laut, kereta Api mengelilingi Langkawi dan Eye ofLangkawi.Ketiga, modenkan prasarana dan kemudahan di situ terutamanya jalan raya danperkhidmatan feri. Selain itu jaringan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewadipertingkatkan dan mengelak diskriminasi harga ketika musim tertentu yang secaralangsung menganiaya pelancong yang datang.Keempat, majukan sektor perikanan yang berpotensi tinggi di perairan negara kita.Selama ini hasil laut kita banyak dikaut oleh nelayan asing seperti Thailand danIndonesia yang menceroboh masuk secara haram. Jika aktiviti perikanan maju, ia bolehmewujudkan pelbagai produk hiliran yang lain dan secara tidak langsung menarik minatorang luar untuk melihat hasil produk perikanan kita.Kelima, kerajaan hendaklah memberi galakan kepada pihak swasta dalam memajukanhartanah di Langkawi. Ketika ini amat sukar mendapatkan ejen hartanah di Langkawiberbanding di Phuket yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Agensi hartanahboleh berperanan melariskan hartanah sama ada disewa atau dijual dan kemudianmerangsang syarikat pembinaan melabur hartanah bernilai tinggi di Langkawi.Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada negara jiran dalam memajukan industripelancongan mereka yang memberi hasil amat lumayan.Allah SWT telah menganugerahkan sebuah pulau yang cantik kepada Malaysia, jadisebagai hambaNya sama-sama kita makmurkan anugerah ini.Kembalikan kegemilangan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang tersohor suatuketika dulu demi kemakmuran dan kesejahteraan 1Malaysia.Kampung Air HangatLangkawiSumber: Utusan MalaysiaDicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:45 0 ulasanAhad, 2010 Mac 07PERIBAHASA DALAM KARANGANTAJUK : INDUSTRI KRAF TANGAN NEGARA.Tajuk karangan :1. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang
    • perniagaan.2. Cara-cara untuk memajukan industri kraf tangan negara.3. Halangan dalam memajukan industri kraf tangan negara.4. Kepentingan industri kraf tangan negara.Peribahasa yang sesuai digunakan :1. Acuh tak acuh2. Ada nama3. Ada bakat4. Akal Panjang5. Dalam tangan6. Ambil bahagian7. Ambil berat8. Ambil hati9. Angkat bendera putih10. Asam garam11. Banyak tangan12. Batu loncatan13. Batu penghalang14. Bekas tangan15. Beralih angin16. Ringan tulang17. Berat tulang18. Buah tangan19. Buka mata20. Buka mulut21. Buka pintu22. Cari akal23. Hangat-hangat tahi ayam24. Gulung tikar25. Harga matiMaksud peribahasa dan penggunaan :1. Acuh tak acuh (sikap tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara)Usahawan dalam bidang kraf tangan tidak boleh bersikap acuh tak acuh ketikamerekabentuk hasil kraf tangan.2. Ada nama (terkenal)Usahawan bidang kraf tangan perlu berusaha gigih untuk mempastikan produk keluaranmereka ada nama bukan sahaja di dalam negara bahkan ke persada antarabangsa.3. Ada bakat. (Berkebolehan)Usahawan bidang kraf tangan perlu berkebolehan dalam pelbagai bidang termasukmerekabentuk produk, memasarkan produk dan mengurus kewangan.
    • 4. Akal panjang. ( berfikiran matang )Usahawan bidang kraf tangan ini perlu mempunyai akal panjang dalam menembusipasaran tempatan dan antarabangsa.5. Dalam tangan. (Sesuatu yang pasti akan dimiliki)Usahawan bidang ini akan menikmati untung dalam tangan jika sentiasa gigih dan tabahdalam mengusahakan perniagaan.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:58 0 ulasanSelasa, 2010 Februari 02FAHAMI KEHENDAK SOALAN 2Topik : Amalan membaca.Kepentingan/ Faedah/ Manfaat membaca :Mengapa kita perlu membaca?1. Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperolehmelalui amalan membaca.2. Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah,di samping menyuburkan perkembangan jiwa seseorang.3. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segalabidang.4. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkanbuku yang dibacanya.5. Orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan6. Akan sentiasa dihormati oleh orang lain.7. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan penguasaanbahasanya dan8. Membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.9. Hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapaisekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.Cara-cara menggalakkan amalan membaca :1. Peranan Ibu Bapa- menjadi "role model" iaitu mesti rajin membaca.- mengeluarkan duit untuk membelikan anak-anak bahan-bahan bacaan yang sesuai- wujudkan perpustakaan mini di rumah
    • 2. Peranan Kerajaan- memberi subsidi kepada penerbit buku supaya dapat merendahkan harga buku.- memberi pelepasan cukai pendapatan terhadap pembelian buku.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 07:50 0 ulasanFAHAMI KEHENDAK SOALANAssalamualaikum,Pelajar harus memahami kehendak atau arahan soalan sebelum mula menulis karangan.CONTOH : ISU KEMALANGAN JALAN RAYA.Punca : Faktor-faktor yang wujud sebelum kemalangan jalan raya itu berlaku.Contoh : (1) Faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara secara berkala(2) Sikap pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang di jalan raya.Kesan : Masalah/ Padah/ Bencana yang berlaku selepas kemalangan itu terjadi.Contoh : (1) Kecederaan parah anggota badan(2) Kerugian harta benda(3) Kematian.Langkah-langkah mencegah : Usaha proaktif untuk mengelakkan kemalangan jalan rayadaripada berlaku.Contoh : (1) Memperkenalkan pendidikan jalan raya di sekolah rendah(2) Memperkukuh kurikulum latihan memandu untuk melahirkan pemandu yanglebih bertanggungjawab.Langkah-langkah mengatasi : Usaha penambahbaikan kesan daripada kemalangan jalanraya yang berlaku.Contoh : (1) Memantau keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan, berlubang, tidakrata.(2) Meminda undang-undang jalan raya supaya mengenakan hukuman yang lebihberat terhadap pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya.Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 07:35 0 ulasanCatatan LamaSubscribe to: Catatan (Atom)Jumlah PengunjungFree Counter
    • Pengendali BlogCikgu Abd Razak Bin HassanSMK Sri TebrauTaman Sri Tebrau80050 Johor BahruE-mel : ajak8407@hotmail.comHP : 017-7901718BLOG CIKGU BM1. Blog BM2 Cikgu Razak2. Blog Cikgu Abdul Ghalib3. Blog BM Maya4. Blog Cikgu Rubiyah5. Blog Cikgu Tan6. Blog Cikgu Azman7. Blog Dr Ghazali Latih8. Blog Cikgu Syed9. Blog Cikgu Khir KassimKoleksi Tn Hj Samat BuangA. Kemalangan Jalan RayaB. Warga TuaC. Rangkaian Jalur LebarD. Telefon Bimbit/ SMSE. Program TV RealitiF. Industri Kecil & SederhanaG. Pelancongan DomestikH. Inap Desa/ EcotourismI. Hobi Masa LapangJ. MerokokK. Perpaduan KaumL. Bencana AlamM. DadahN. Pengguna BijakO. Tradisi Hidup berjiranP. Jenayah Siber
    • Q. Kemerdekaan NegaraR. Angkasawan NegaraS. Pencemaran SungaiKoleksi Cikgu Md.RadziKarangan Bahan Rangsanganblogger templates | Make Money Online