Your SlideShare is downloading. ×
SKALA PEMARKAHAN
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

SKALA PEMARKAHAN

7,631
views

Published on

Published in: Travel, Business

2 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
7,631
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
71
Comments
2
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SKALA PEMARKAHAN Gred F - 00 – 09 m = Gagal Gred E - 10 -12 m = Lulus Gred D - 13 – 15 m = Kepujian (Rendah) Gred C - 16 – 19 m = Kepujian (Tinggi) Gred B - 20 – 22 m = Baik Gred A - 23 – 25 m = Cemerlang
  • 2. 00 – 04 markah - terlalu lemah, jawapan terpesong atau tidak relevan. 05 – 09 markah - Jawapan lemah, calon faham kehendak soalan tetapi jawapan terlalu umum, tidak tersusun dan berulang-ulang. 10 -12 markah - kualiti jawapan minimum. Kualiti analisis, pemahaman konsep dan kebolehan interpretasi adalah terhad. Jawapan adalah lebih kepada bentuk naratif daripada bentuk analitik. 13 – 15 markah - Lulus sederhana baik. Jawapan relevan, logik dan jelas tetapi tidak mencapai darjah tinggi dalam beberapa perkara seperti fakta yang boleh menyokong hujah atau huraian. 16 – 19 markah - Jawapan baik, lebih terperinci dan berbentuk analitik dari bentuk naratif. 20 – 22 markah - Jawapan baik. Ketepatan fakta dan pengetahuan luas, berkesan dalam persembahan, kedalaman analisis, rujukan atau sumber dan persembahan yang menarik. 23 – 25 markah - Jawapan yang cemerlang dan sukar diperbaiki. Persembahan baik, jitu di samping menunjukkan pendekatan yang tulen (authentic) kepada soalan dan kesimpulan.
  • 3.
    • PENILAIAN DAN PENENTUAN MARKAH
      • Penilaian dan penentuan markah berdasarkan kaedah analitik dan impression.
      • Penilaian dibuat berdasarkan kriteria berikut :-
      • Isi
      • Jawapan perlu relevan dengan soalan yang ditanya
      • Ketepatan fakta
      • Pengetahuan fakta yang luas
      • Kekesanan dalam persembahan
      • Kedalaman analisis
      • Rujukan atau sumber
      • Pengetahuan yang luas tentang subjek
    • (b) Impression
      • Persembahan
      • Kebolehan menganalisis
      • Kedalaman menghujah
      • Perspektif
      • Pertimbangan dan konteks sejarah
      • Bahasa dan gaya
  • 4. PEMAHAMAN SOALAN BENTUK-BENTUK SOALAN
      • PENGETAHUAN
    • (a) Takrifkan
    • Contoh : Takrifkan konsep Imperialisme
    • (b) Huraikan
    • Contoh : Huraikan faktor-faktor ekonomi yang menyebabkan campurtangan
    • Inggeris di Tanah Melayu.
    • (c) Perihalkan
    • Contoh : Perihalkan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874.
    • (d) Galurkan
    • Contoh : Galurkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu
    • (e) Nyatakan
    • Contoh :Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan
    • terhadap Negeri-Negeri Melayu.
    • SOALAN ARAS PENGETAHUAN MUDAH
    • DAN HANYA PERLU LUAHKAN FAKTA SAHAJA.
  • 5.
      • BENTUK KEFAHAMAN
    • (a) Jelaskan
    • Contoh : Jelaskan faktor-faktor campurtangan Inggeris di Tanah Melayu.
    • (b) Terangkan
    • Contoh : Terangkan peranan golongan ulama dalam membangkitkan
    • semangat nasionalisme.
    • SOALAN ARAS KEFAHAMAN BERBENTUK LANGSUNG.
    • CALON PERLU MENERANGKAN IDEA SECARA
    • LANGSUNG MENGENAI SESUATU PERISTIWA.
  • 6.
      • BENTUK PENGGUNAAN
    • (a) Bagaimanakah
    • Contoh : Bagaimanakah Siam tidak dijajah?
    • ARAS SOALAN RENDAH. CALON HANYA PERLU
    • GUNA FAKTA SEJARAH UNTUK
    • MENYELESAIKAN SESUATU ISU.
  • 7.
      • BENTUK ANALISIS
    • (a) Analisiskan
    • Contoh : Analisakan secara kritikal kesan-kesan kemasukan orang-orang
    • Cina dan India di Tanah Melayu.
    • (b) Bezakan
    • Contoh : Bezakan sistem pentadbiran Siam dan Jepun selepas
    • Perang Dunia ke-2.
    • (c ) Bandingkan
    • Contoh : Bandingkan sistem ekonomi di Tanah Melayu sebelum dan
    • selepas kedatangan Inggeris.
    • (d) Mengapakah
    • Contoh : Mengapakah Tok Janggut melakukan penentangan?
    • ARAS SOALAN SUKAR. CALON PERLU
    • MEMBEZA SESUATU ISU DAN MENGENALPASTI
    • FAKTA DENGAN TEPAT.
  • 8.
      • BENTUK SINTESIS
    • (a) Kategorikan
    • Contoh : Kategorikan tahap-tahap perkembangan nasionalisme
    • di Indonesia.
    • (b) Rumusan
    • Contoh : Rumuskan bagaimana syarat-syarat Perjanjian Bangkok
    • telah merintis kepada campurtangan secara langsung.
  • 9.
      • BENTUK PENILAIAN
    • (a) Ulaskan
    • Contoh : Ulaskan tindak balas masyarakat tempatan terhadap pentadbiran
    • negeri di Tanah Melayu.
    • (b) Sejauhmanakah
    • Contoh : Sejauhmanakah peranan akhbar membantu perkembangan
    • nasionalisme di Tanah Melayu.
    • (c ) Adakah
    • Contoh : Campurtangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh
    • faktor kemanusiaan. Setujukah anda dengan pernyataan ini?
    • (d) Nilaikan
    • Contoh : Nilaikan sebab-sebab penentangan Abdul Rahman Limbung.
    • SOALAN-SOALAN DALAM BENTUK INI SUKAR.
    • CALON PERLU MENILAI SESUATU DENGAN
    • LOGIK DAN PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN
    • DENGAN TEPAT.
  • 10.
      • BAHAGIAN SOALAN
    • Soalan-soalan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
    • satu bahagian
    • dua bahagian
    • tiga bahagian
      • NEGARA / KAWASAN
    • sebahagian daripada kehendak soalan
    • menerangkan tema soalan
      • JANGKA MASA
        • tahun
        • abad
        • zaman
        • sebelum abad ke-19
        • awal abad ke-20
        • Contoh soalan :
        • Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? Bincangkan faktor-faktor
        • Luar dan dalaman yang mempengaruhi gerakan nasionalisme.
  • 11. Tiga bahagian iaitu :  Takrif nasionalisme  Faktor-faktor luar  Faktor-faktor dalaman Contoh soalan : Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan berlakunya darurat di Tanah Melayu. Dua bahagian iaitu :  Sebab-sebab  Kesan-kesan Contoh soalan : Bincangkan sebab-sebab Inggeris tidak campurtangan di Johor sehingga awal abad ke-20.  Satu bahagian
  • 12.
    • Contoh Pemahaman Soalan
      • Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan-kesan terhadap Negeri-negeri
    • Melayu.
      • Bentuk soalan : Pengetahuan
      • Bahagian : Dua bahagian iaitu - (i) Syarat-syarat Perjanjian Burney
            • (ii) Kesan-kesan Perjanjian Burney
            • Pemarkahan
    Berdasarkan : -  Analitikal  Impression / penyampaian (mempengaruhi markah sama ada mendapat markah yang baik atau sebaliknya). Aspek-aspek yang dinilai ialah :-  bahasa  struktur ayat yang sesuai  perenggan  tulisan  kekemasan
  • 13.
      • Pembahagian markah berdasarkan :-
    •  Pendahuluan
    •  Isi
    •  Kesimpulan
    • (i) Ciri-ciri pendahuluan :-
    • (a) Huraikan tentang kehendak soalan.
    • (b) Apa yang hendak dibincangkan di dalam isi secara umum.
    • (c) Kaitkan dengan kehendak soalan.
  • 14. Contoh 1 Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 di China dan Gerakan Golongan Ponyi di Burma. Pendahuluan Gerakan 4 Mei ialah tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar universiti dan maktab di Peking, China. Gerakan ini memberi kesedaran politik, sosial dan menyebabkan wujudnya revolusi budaya. Ia melahirkan pelbagai pengertian di kalangan rakyat seperti anti imperialisme, anti hulubalang dan sebagainya. Manakala gerakan golongan Ponyi ialah gerakan yang dimainkan oleh golongan sami- sami Buddha kerana kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah-sekolah agama Buddha. Mereka mahu menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha masyarakat Myanmar.
  • 15. Contoh 2 Bincangkan mengapakah berlakunya perkembangan ekonomi yang pesat di NNM pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pendahuluan Inggeris campurtangan di NNM bermula selepas Perjanjian Pangkor 1874. Selepas perjanjian tersebut, Inggeris telah cuba mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi seperti bijih timah dan getah. Inggeris juga mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan menjadi NNM sebuah negeri yang aman. Dengan ini pelbagai kemudahan infrastruktur dapat disediakan oleh Inggeris seperti sistem jalan raya dan keretapi yang dapat mempercepatkan perkembangan ekonomi.
  • 16. Isi Perlu ada :-  Fakta  Huraian  Contoh Fakta Bilangan fakta bergantung kepada bahagian iaitu :-  Satu bahagian perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga tujuh isi.  Lebih daripada satu bahagian perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.  Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh.  Setiap fakta dicatat dalam perenggan. Huraian Huraian menjadi penerang kepada fakta. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah :-  Mengapa / kenapa  Bagaimana  Apakah implikasinya Satu fakta memadai dengan dua huraian.
  • 17. Contoh Merupakan bukti kepada fakta atau huraian. Soalan yang mendorong kepada contoh ialah :  Bila (tarikh, tahun, abad)  Siapa ( nama, kaum, bangsa)  Di mana ( tempat)  Banyak mana (kadar, bilangan)  Peristiwa apa Kesimpulan Kesimpulan dikaitkan dengan apa yang dibincang secara umum dalam isi. Cuba kaitkan dengan perkara yang dibincangkan itu dengan peristiwa atau perkara- perkara yang akan berlaku selepas itu.
  • 18. Contoh 1 Gerakan 4 Mei telah membawa banyak perubahan kepada China dari segi sosial dan politik. Idea-idea Barat telah menjadikan China sebagai sebuah negara moden pada tahun 1920an. Gerakan ini juga dikenali sebagai “revolusi mental”. Gerakan ini telah berjaya menanam semangat imperialisme dan anti warlordisme yang menjadi penghalang kepada kemajuan China. Manakala gerakan Ponyi semakin merosot selepas tahun 1935. Walaubagaimanapun pengaruh politik mereka di kalangan petani tetap kuat. Gerakan Ponyi telah menjadi asas kepada gerakan-gerakan nasionalisme yang lebih radikal yang telah menuntut kemerdekaan Myanmar daripada Inggeris. Contoh 2 Kesimpulannya perkembangan ekonomi di NNM berkembang dengan pesatnya selepas campurtangan Inggeris. Ini disebabkan Inggeris memperkenalkan pelbagai perubahan-perubahan dari segi politik dan ekonomi di NNM. Inggeris juga telah memperkenalkan sistem jalan raya dan keretapi yang telah membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi NNM. Dasar-dasar Inggeris telah menggalakkan berlakunya penghijrahan orang-orang China dan India di NNM untuk menceburi dalam perusahaan bijih timah dan getah. Keadaaan ini telah menjadikan NNM sebuah negara majmuk.
  • 19. SEKIAN TERIMA KASIH