Nikah khitbah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
671
On Slideshare
671
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
5
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapaOn 12/04/2011, in Uncategorized, by adminAssalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga diPerak? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.Na pun tak berapa jelas mengapa na nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni,jarang benar na tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, na selalu telefon sajaberbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang na tak boleh nakcakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.Dipendekkan cerita, na sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak danayah terkejut apabila na cakap macam ni. Na bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satutahun dari sekarang. Na nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakansebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, na akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarangmaksiat kepada Allah.Kadang-kala, na rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dangirlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkaraini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah iniiaitu dengan nikah. Na bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi na nak mak dan ayah boleh fahamkonsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkanberlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
  • 2. Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melaluibeberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuantanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangantunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkanperhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu.Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalahterdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan merekaada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaranuntuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akanmengganggu study adalah tidak tepat.Di universiti na, ramai pelajar yang „bercouple‟ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yangmereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah danmereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya?Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satulagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangankita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.Mengenai calon, na tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi na green light, masalah calon,mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Na lebih sukacalon tu na yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untukna.Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak na akan memberikan nafkah zahir dan batinkepada isteri yang na nikahi nanti. Seperti yang na katakan awal-awal tadi, na nak nikah bukan kerananafsu semata-mata. Dalam tempoh na belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedangmenuntut di unversiti, maka na akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulunafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan denganSayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyahmencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyahberumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil „nikah khitbah‟ atau„nikah gantung‟.Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapiselepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau natelefon dia, na dapat pahala, na rindu kat dia, na dapat pahala, na bagi hadiah kat dia, na dapat pahalamalahan kalau na keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yangber„couple‟. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulutdan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satudosa. Jadi, na nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknyauntuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarangpilihan di tangan kita.Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan na masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, makana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib na bagi sebagai
  • 3. suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50sebulan, maka na akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini,biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugasseorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementaramenunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah danberumah tangga).Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasankewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu makdengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minumkita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak danayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah janganrisau, sebelum na nak nikah, na akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri na. Kalau dia menyetujuinya,alhamdulillah, kalau tidak, na tangguh dulu. Apa-apa pun, na tegaskan sekali lagi, na nikah ni bukankerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dariterjebak ke lembah dosa.Na tengok semua sepupu na nikah awal dalam umur 22 tahun. Na cadang pun begitu juga. Banyak jugakelebihan kahwin awal ni antaranya waktu na tua nanti, na tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besardan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anakna nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen,nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak saraanak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyakberibadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan.Tua pun mati, yang muda pun mati. Na juga harap, anak-anak na nanti (kalau ada rezeki) akan dapatmenerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita daribermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Na tak nak na akanterjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihatanaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Na nak mak dan ayah terima surat sebagaisatu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi na, kalau namembicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab na pun seorang lelaki yang akhirnya akanbernikah jua. Mungkin saja na membicarakan hal nikah ni ketika mana na baru berusia 19 tahun (dalamtahun Islam, na dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat na ini.Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Natidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang na katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalamhakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengankeputusan na ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, na akan maklumkan kepadamereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruhkita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta
  • 4. dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebabayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.Akhirul kalam, doakan na di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengansemua keluarga di Selangor.Puteramu,Na