Unit Penerbitan KIDU                                      http://kidu.edu.myPAS DAN TAHALLUF SIASI DENGAN DAP      “PAS ti...
Unit Penerbitan KIDU                                         http://kidu.edu.myPAS BERPEGANG DENGAN PRINSIPPAS bemula di z...
Unit Penerbitan KIDU                                           http://kidu.edu.my           dan pentadbiran, ekonomi dan s...
Unit Penerbitan KIDU                                           http://kidu.edu.my           (7) Mempertahankan Bahasa Mala...
Unit Penerbitan KIDU                                            http://kidu.edu.myMaka, kerjasama dengan DAP adalah mencak...
Unit Penerbitan KIDU                                                                      http://kidu.edu.my         Nik A...
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my            "Begitu...
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.myPada 4 Disember 20...
Unit Penerbitan KIDU                                         http://kidu.edu.myPAS jelas dengan pendiriannya iaitu kita be...
Unit Penerbitan KIDU                                                                       http://kidu.edu.my           di...
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.my        hak seluru...
Unit Penerbitan KIDU                                     http://kidu.edu.myBegitu juga dalam konteks ini. PAS dan DAP suda...
Unit Penerbitan KIDU                                                                      http://kidu.edu.my      10. untu...
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.my        "Ianya dib...
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.my           DAP ...
Unit Penerbitan KIDU                                                                       http://kidu.edu.mySelain itu, T...
Unit Penerbitan KIDU                                                                http://kidu.edu.my           Day if it...
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my           The gove...
Unit Penerbitan KIDU                                       http://kidu.edu.mySecara umumnya adalah kerana DAP lebih jelas ...
Unit Penerbitan KIDU                                                                        http://kidu.edu.myPresiden MCA...
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.myIni diperkuatkan ...
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.myPengerusi DAP, Ka...
Unit Penerbitan KIDU                                                                    http://kidu.edu.myTimbalan Setiaus...
Unit Penerbitan KIDU                                          http://kidu.edu.myExco Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagaima...
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.my     Amar said st...
Unit Penerbitan KIDU                                            http://kidu.edu.mypandangan mereka) adalah kerana kelemaha...
Unit Penerbitan KIDU                                                                           http://kidu.edu.my         ...
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.mySila pembaca ba...
Unit Penerbitan KIDU                                               http://kidu.edu.my           kini Pas gagal membangunka...
Unit Penerbitan KIDU                                                                http://kidu.edu.myDAP tidak menentang ...
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.my      undang at...
Unit Penerbitan KIDU                                               http://kidu.edu.myHal ini boleh dilihat dalam laporan b...
Unit Penerbitan KIDU                                                 http://kidu.edu.my         before it could sit down a...
Unit Penerbitan KIDU                                          http://kidu.edu.my       dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri D...
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my        nak nampak ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

PAS dan tahalluf siasi dengan DAP

862 views
782 views

Published on

Ini adalah satu kaedah berpolitik..Baca ia untuk pencerahan minda

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
862
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
21
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PAS dan tahalluf siasi dengan DAP

  1. 1. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPAS DAN TAHALLUF SIASI DENGAN DAP “PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat. Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalamkomponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asalmereka. Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan.”Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 1 November, Kota Bharu 1
  2. 2. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPAS BERPEGANG DENGAN PRINSIPPAS bemula di zaman penubuhannya hingga ke saat ini tidak pernahmenggadaikan prinsip untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negaraini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnyabilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah danmempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatannegara sebagaimana tercatat di dalam perlembagaan PAS fasal 5 (1) dan(2) berkenaan dengan tujuan PAS.Selain itu, PAS juga memberikan sepenuh komitmen untuk mengembelingsegenap usaha bagi memastikan tujuan dan matlamat PAS tercapaisebagaimana yang tercatat di dalam fasal 6 perlembagaan PAS berkenaandengan usaha-usaha. Berikut adalah maklumat bagi usaha-usaha PAS: (1) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. (2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan 2
  3. 3. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. (3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan- pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan- persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang- undang negara. 3
  4. 4. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my (7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran. (8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas- batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar. 4
  5. 5. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myMaka, kerjasama dengan DAP adalah mencakupi maksud (6), (9) dan (11)perlembagaan PAS. Maka, bukankah itu cukup untuk membuktikanbahawasanya PAS tidak pernah melanggar prinsipnya?PAS VS DAP DALAM ISU TAHALLUFTuan Guru Nik Abdul Aziz sudah berkali-kali menegaskan bahawasanyaPAS tidak akan mengubah pendiriannya untuk melaksanakan nilai-nilaiislam dalam undang-undang sekiranya diberi peluang untuk memerintahsuatu haru nanti. Hal ini boleh dilihat dalam banyak siri-siri kenyataanbeliau dalam isu ini. 5
  6. 6. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.1 PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.2Selain itu, para pimpinan juga telah memberi penjelasan yang konkritbahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah pada perkara-perkara yang disepakati dan akan saling bertolak ansur pada perkara yangtidak disepakati.Tuan Guru Presiden juga telah menegaskan perkara yang sama beberapakali. Perkara ini kembali ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangketika menyampaikan ceramah di Alor Star dalam Konvensyen PakatanRakyat ke-3 sebagaimana yang dilaporkanoleh akhbar rasmi Harakahdailybertarikh 14 Januari 2012:1 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-harap-hudud-dilaksana-jika-pakatan-terajui-putrajaya/2 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47897&tid=92&cid=2 6
  7. 7. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my "Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati. "Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud3,"Berkenaan apakah perkara-perkara yang disepakati antara PAS danDAP,maka Tuan Guru telahpun memperjelaskannya di dalam KonvensyenPakatan Rakyat pada tahun 2010 yang lalu. Berikut adalah petikanTuanGuru Presiden berkenaan perkara sedemikian: 15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.43 Bertasamuh (bukan bertasamud) yang bermaksud bertolak ansur4 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=290:ucapan-di-konvesnyen-pakatan-rakyat&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56 7
  8. 8. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPada 4 Disember 2011 sekali Tuan Guru Haji Hadi Awang sekali lagimenyebut di Stadium Malawati, Shah Alam sewaktu majlis Rapat Rakyatbahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah di atas titikkesamaan antara dua parti tersebut. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.Ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.5PAS VS KEADILAN DALAM ISU ISRAEL5 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=358:biarlah-pas-diperkuda-dari-umno-diperlembu&catid=1:berita&Itemid=106 8
  9. 9. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPAS jelas dengan pendiriannya iaitu kita bersama-sama membantu dalamperkara yang disepakati, namun akan bertolak ansur dalam perkara-perkara yang dipersilisihkan tanpa mengenepikan prinsip.Sebagai contoh satu kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ SeriAnwar Ibrahim kononnya menyokong negara haram Israel, Mursyid ‘AmPAS membuat satu kenyataan media menyatakan bantahan terhadapkenyataan tersebut.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertarikh 13Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan Harakahdaily memberikankenyataan seperti berikut: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti 9
  10. 10. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.6Pada 22 Febuari 2012, setelah bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahimuntuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut, ini adalahrespon Tuan Guru Mursyid ‘am PAS: Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak,mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas6 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8087-israel-anwar-tarik-balik-kenyataan-atau-saman-wsj 10
  11. 11. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.7Lihat, PAS jelas tidak bersama dalam perkara yang bercanggah denganprinsip PAS.7 http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=760:datuk-seri-anwar-palestine-dan-israel&catid=80:kenyataan-mursyidul-am-2011-2013&Itemid=500 11
  12. 12. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myBegitu juga dalam konteks ini. PAS dan DAP sudah diketahui umummempunyai pusat ideologi yang berbeza, namun ia tidak sepatutnyamenjadi pokok perbincangan utama kerana persamaan antara kedua-duanya lebih banyak berbanding dengan perbezaan.DAP dan PAS sama-sama menentang: 1. kezaliman, 2. kronisme, 3. penyalahgunaan kuasa dan sama-sama berjuang untuk mencapai: 4. keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh, 5. melakukan pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan legislatif, 6. ketelusan, 7. demokrasi yang telus dan tulen untuk 8. memperkasakan ketuanan rakyat, 9. memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan 12
  13. 13. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my 10. untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil dan 11. hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara8. Yang berbeza hanyalah tentang status hukuman dalam Islam sepertihudud, qisas dan ta’zir, adakah ia bercanggah dengan perlembagaanMalaysia. Itu sahaja perbezaan yang paling ketara setakat ini.Maka jelas, banyak sekali perkara yang disepakati berbanding perkarayang tidak disepakati. Tuan Guru Presiden memberikan komen tentangperkara ini pada 17 Ogos 2011: Kerjasama yang dibuat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain adalah berdasarkan kepada prinsip persefahaman yang saling menerima prinsip dan dasar perjuangan parti masing- masing.8 http://blog.drdzul.com/2012/01/14/tawaran-jingga-pakatan-rakyat-bersihkan-malaysia/. Dr Dzulkifli Ahmad ialahAhli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Buku Jingga. 13
  14. 14. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my "Ianya dibuat tanpa meruntuhkan dasar dan prinsip perbezaan ideologi untuk mengadakan kerjasama selain tidak mencetuskan perkara yang boleh membakar jambatan yang telah dibina. "Apa yang penting, semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing bagi memastikan agenda untuk memartabatkan Islam serta memberi khidmat kepada rakyat terlaksana."9Namun begitu, dalam isu-isu yang dipersilisihkan, kedua-dua pihak salingbertolak ansur dalam menguruskannya.Sebagai contoh dalam isu berkenaan Valentine Day. Sikap PAS yangkonsisten menolak dan mempromosi umat Islam untuk menolak sambutanhari berkenaan mengundang kritikan pihak Presiden DAP.Bertarikh 11 Febuari 2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh TheStarKarpal Singh menggesa PAS agar mengubah pendirian berkenaanSambutan Hari Kekasih. Ini kerana menurut beliau menolak sambutan inibercanggah dengan hak kebebasan hak asasi manusia.9 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=110:pakatan-rakyat-pas-tidak-akan-bakar-jambatan-yang-dibina&catid=1:berita&Itemid=106 14
  15. 15. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my DAP chairman Karpal Singh hopes that PAS will review its stand which opposes Valentines Day celebrations in the country. He told a press conference here that any attempt to stop activities related to the celebration "is an affront to human rights and freedom."10Bagaimanapun hal ini dijawab oleh Presiden PAS sebagaimana yangdilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Febuari 2012 sepertiberikut: Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja. "Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.1110 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation11 http://www.sinarharian.com.my/nasional/hadi-pas-tetap-tentang-sambutan-hari-kekasih-1.23470 15
  16. 16. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.mySelain itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Azizpada tarikh yang sama di akhbar yang sama memberikan komentarberikut: Karpal Singh (perlu) belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.12Namun, yang penulis kesalkan ialah kenyataan pimpinan UMNO yangsangat senada dengan bukan dalam perkara ini.Pada 8 Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar New StraitsTime, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memberikan sepertiberikut: Pakatan Rakyat must direct Pas Youth to immediately retract their statement that Valentines Day celebrations promote "immoral activities". "Pas Youth must stop their continuous insults over the years towards those celebrating Valentines Day." He said there was nothing wrong for Pas Youth to discourage Muslims from celebrating Valentines12 http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-nasihat-karpal-hormati-agama-lain-1.23451 16
  17. 17. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Day if it was against the teachings of Islam. "However, in doing so, they should not allege that Valentines Day celebrations will promote immoral activities. "This implies that non-Muslim Malaysians who celebrate Valentines Day will be involved in such activities."13Berturutan daripada kenyataan berikut, pada 12 Febuari 2012, MCA pulamemberikan kenyataan yang sama. Kenyataan ini dikeluarkan olehSetiausaha Agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha sebagaimana yangdilaporkan oleh akhbar TheStar: MCA has urged PAS to stop insulting Malaysians who want to celebrate Valentine’s Day and stop saying it is immoral to do so.14Setelah itu pada keesokan harinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteriyang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri MohamedNazri Abdul Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar New StraitsTimes memberikan respon berikut:13 http://www.nst.com.my/latest/pas-youth-just-being-paranoid-1.4349414 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation 17
  18. 18. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my The government was against any form of protest against Valentines Day as all Malaysians were entitled to the right of freedom of expression. "What is wrong with celebrating Valentines Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down? "What proof has Pas got to substantiate such claims? We should not pay attention to them ... they are a confused lot," There was no statistics to show that celebrating Valentines Day would create immoral values among the people.15PERBEZAAN ANTARA DAP DAN MCANamun begitu, sekiranya dibuat perbandingan kenapa PAS memilih untuksetuju bekerjasama dengan DAP berbanding MCA?15 http://www.nst.com.my/local/politics/don-t-politicise-valentine-s-day-1.45804 18
  19. 19. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.mySecara umumnya adalah kerana DAP lebih jelas lebih mirip dankecenderungan mereka kepada nilai Islam berbanding MCA.Apa yang bakal penulis paparkan di sini adalah satu kenyataan sebenaryang dibuat oleh pemimpin tersebut. Penulis tidak menaqalkan mana-manakenyataan pemimpin tersebut kecuali dari sumber yang autentik atau darisumber pakatan mereka.PERBEZAAN 1DAP menentang hudud kerana pada pandangan mereka iabertentangan dengan perlembagaan, manakala MCA secara terang-terangan menghina dan merendah-rendahkan hudud.Hal ini pembaca boleh amati dalam kenyataan-kenyataan berikut: 19
  20. 20. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPresiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek pada 4 Disember 2012 di WismaMCA selepas merasmikan Forum Hudud berkata Investors will flee Malaysia if hudud is made federal law. This was because hudud was not fair to all, in particular women, and also prescribed cruel punishments for crimes, contrary to international convention. “When our record on human rights is not good and the punishment is perceived to be cruel, Malaysia’s international standing will drop. “Then we will have difficulty in attracting investment and even existing investors may pull out. the stock market will likely fall 10 to 20 per cent once the Islamic law was enacted and would hit the pockets of local investors as well.16 “When all sectors of the economy are affected, all Malaysians regardless of religion... will be affected.1716 Boleh merujuk ke laman youtube.com dengan carian hudud dari kacamata chua soi lek (3 bahagian). Setakatdiakses pada 19 Disember 2012 jam 1.24 pagi.17 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-bad-for-business-says-soi-lek/ 20
  21. 21. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myIni diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr WeeKa Siong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada 7Disember 2011: MCA’s position against hudud law remains unshaken all this while, and we will never negotiate with any parties. Malaysia is a multiracial country. Implementation of hudud law will definitely affect non-Muslims. As pointed out by the speakers at the MCA-organised public forum on Hudud and its Implications on non-Muslims in Malaysia, hudud law will be applied to all irrespective of religion, although the weight of the witnesses’ evidences differs between Muslims and non-Muslims. Hudud law divides and impacts negatively against the entire society. Therefore, it is not suitable to be implemented in Malaysia.18Sekarang cuba para pembaca kenyataan pimpinan-pimpinan DAPberkenaan SEBAB ketegasan mereka menentang hudud.18 http://www.mca.org.my/en/mca-will-not-budge-from-position-against-hudud-will-quit-bn-if-umno-implements-hudud-mca-youth-to-terengganu-mb/ 21
  22. 22. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myPengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Oktober 2011 sepertimana yangdilaporkan oleh Malay Mail menyebutkan seperti berikut: The countrys constitution was the highest law and as such, state legislation should be aligned with the constitution and any law inconsistent with it would be declared as void. "DAP would not agree to any amendment to the constitution for the enactment of hudud law, including the proposal made by PAS in the Kelantan and Terengganu state assemblies in 1993 as it was not in line with the constitution.19Selain itu, beliau juga mengulangi pendirian yang sama pada 11 Febuari2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar TheStar: Karpal stressed that DAP is opposed to PAS aspirations for the establishment of an Islamic state and implementation of hudud law as it is contradictory to the Federal Constitution.2019 http://www.mmail.com.my/content/83534-dap-wont-budge-hudud-issue20 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation 22
  23. 23. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myTimbalan Setiausaha Agung DAP, Zulkifli Mohd Noor sepertimanadilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2002 menyebutkan sepertiberikut: Zulkifli also urged non-Muslims to initiate legal action against Terengganus hudud law as it contravenes the Federal Constitution.21Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah menyebut seperi berikut: Pada masa yang sama, mereka (PAS) juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan. "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN 2221 http://www.malaysiakini.com/news/1252322 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5724-hudud-dap-tetap-bersama-pas-lawan-bn 23
  24. 24. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myExco Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagaimana yang dilaporkan olehakhbar Harakah pada 19 Disember 2011 menjelaskan perbezaan antaradua perkara ini seperti berikut: While DAP based its argument on the legality of the Hudud enactments from its own understanding of the Constitution, the MCA and its president Dr Chua Soi Lek had been belittling the laws by claiming that Hudud would drive away investors and would lead to Malaysias destruction. As such, Amar, who is also Kelantans spokesman on matters related to the states Hudud enactment, said MCAs opposition was rooted in its anti-Islam character and this explained why its leaders had been passing derogatory and unsubstantiated remarks about the Islamic deterrent punishments for serious crimes. “(Chua) Soi Lek goes on telling that investors would run away and the country will be destroyed if Hudud laws were implemented. In contrast, DAP leaders do not indulge in such vehement opposition, but argue their case based on their opinion that Hudud contradict the Constitution," he added. 24
  25. 25. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Amar said state government representatives from Kelantan had discussions with top Pakatan Rakyat leaders including DAPs Karpal Singh and PKRs Anwar Ibrahim to deliberate on the issue of Hudud enactment in Kelantan.23PERBEZAAN 2TUJUAN DAP melawan UMNO, dan TUJUAN MCA melawan PAS: yangmana lebih mempunyai nilai keislaman?DAP melawan UMNO (melayu Muslim) kerana UMNO mempertahankanrasuah, ketirisan dan kronisme, manakala MCA melawan PAS (pada23 http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4017-the-difference-between-mca-and-dap-on-opposition-to-hudud.html 25
  26. 26. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.mypandangan mereka) adalah kerana kelemahan dalam pentadbiranseperti kelembapan ekonomi dan peluang pekerjaan terhad.Secara perbandingan, yang manakah lebih ‘syari’e’ dalam pertembunganini? Penulis mengirakan pembaca amat bijak untuk membuat perbandinganini. Kenyataan-kenyataan berikut adalah buktinya.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011 antaranyamenyebutkan seperti berikut: "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama. "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN.24Beliau juga sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 10Oktober 2011 menyebut seperti berikut:24 ibid 26
  27. 27. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my “Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah25, lawan penyalahgunaan kuasa, lawan BN.26Sekarang, sila bandingkan pula tujuan MCA menentang PAS.Apa yang penulis paparkan di sini adalah perkataan sebenar yangdiungkapkan oleh pemimpin terbabit sebagaimana dilaporkan. Ini tidakbermakna penulis bersetuju dengan pandangan mereka. Ini kerana apayang disebut oleh pemimpin di bawah adalah retorika politik mereka yangtidak bersandarkan fakta atau bersandarkan fakta separuh masak.25 Hal ini boleh dilihat dalam pengakuan yang dibuat oleh Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), bekasTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan bekasTimbalan Menteri Dalam Negeri (1999), bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999) dan bekasMenteri Penerangan (2004), yang juga sekarang menjawat jawatan Timbalan Presiden NGO Angkatan AmanahMerdeka (Amanah)Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Harakah bertarikh 5 Januari 2012seperti berikut: Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi. "Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran. "Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah.” Sepatutnya, SPRM sudah boleh membuat penyiasatan atas pengakuan beliau ini. Tetapi setakat artikel ini ditulis, belum ada tindakan dibuat atas kenyataan beliau ini.http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil26 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPulangiamaran/Article 27
  28. 28. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.mySila pembaca bandingkan adakah tujuan MCA melawan PAS keranapenyelewengan, ketirisan, kronisme dan penyalahgunaan kuasasepertimana tujuan DAP menentang UMNO dan Barisan Nasional?Pengerusi MCA Kelantan Datuk Dr Fong Chan Onn pada 5 Mac 2004seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: Isu pembangunan lembab ekonomi Kelantan di bawah pemerintahan 14 tahun kerajaan PAS, merupakan antara beberapa isu yang akan diketengahkan MCA pada kempen pilihan raya umum kali ini. Isu lain yang akan diketengahkan MCA ialah mengenai dasar kerajaan PAS yang menyekat kebebasan masyarakat Cina termasuk dalam aktiviti kebudayaan dan sosial.27Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy pada 10 Mei 2007seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: MCA Kelantan akan menggunakan isu kegagalan ekonomi kerajaan Pas negeri dalam kempen pilihan raya umum akan datang. Sehingga27 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=71337&tid=60&cid=2. Selain itu pembaca boleh melihat kenyataanyang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA terdahulu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik pada 21 Jun 2002 dialamat ini http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74509&tid=58&cid=2. Selain itu pembaca boleh merujukkenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting seperti yang dilaporkan olehUtusan Malaysia bertarikh 27 November 2004. 28
  29. 29. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my kini Pas gagal membangunkan negeri sehingga ramai anak Kelantan yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi gagal mendapat pekerjaan ...kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.28Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting pada 3 Ogos 2007 seperti yangdilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: Selepas 17 tahun Pas mentadbir negeri Kelantan, nasib kaum Cina dan kaum minoriti yang lain di negeri itu masih tercicir dalam bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.29PERBEZAAN 328 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=59908&tid=63&cid=229 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47034&tid=63&cid=2 29
  30. 30. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myDAP tidak menentang PAS menguatkuasakan syariah tetapi MCAmenentang.KES 1: PerjudianPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 7 Mac 2011 menyebutkanseperti berikut: As such, Dr Chua said the party would encourage its central committee member Datuk Ti Lian Ker, also a lawyer by training, to haul PAS to court for banning gambling in Kelantan. “PAS, by banning gambling, is imposing Islamic values on non- Muslims.30Hal ini diperkuatkan lagi dengan laporan berita berikut: KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-30 http://www.mca.org.my/en/soi-lek-mca-to-haul-pas-to-court-over-gambling-ban/ 30
  31. 31. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri. Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu. Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Dato’ Ti Lian Ker31.KES 2: Syi’arSelain itu, dalam isu yang lain, MCA menentang hasrat kerajaan negeriyang diperintah PAS untuk meningkatkan syiar Islam di negeri itu denganmenyemarakkan tulisan jawi di papan tanda dan pemidang kain.31 Beliau merupakan ahli jawatankuasa pusat MCA merangkap ketua biro perhubungan NGO MCA. Sila rujukhttp://www.mca.org.my/en/press-statement-by-mca-ngo-liaison-bureau-chairman-datuk-ti-lian-ker-flailing-the-instruction-by-the-selangor-pakatan-rakyat-government-to-ban-all-symbols-and-logos-related-with-the-1malaysia/dan ahli jawatankuasa biro MCA pusat http://www.mca.org.my/en/about-us/about-mca/personnel/mca-leadership/mca-bureaus/ 31
  32. 32. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.myHal ini boleh dilihat dalam laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Oktober2001 seperti berikut: MCA Kelantan membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda dan pemidang kain di bandar ini. MPKB pada mesyuaratnya Khamis lepas mewajibkan penggunaan tulisan jawi itu di setiap papan tanda dan pemidang kain, malahan kedudukan tulisan itu perlu lebih besar dari tulisan bahasa lain. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Leong Su Siang berharap MPKB mengkaji semula arahan itu kerana jika tidak MCA akan mengambil tindakan undang-undang.32Selain itu, Dr Chua Soi Lek juga dilaporkan mengeluarkan kenyataanberikut kepada News Strait Times bertarikh 2 Mei 2011: The MCA is not opposing any possible cooperation between Umno and Pas for the sake of Malay-Muslim unity. However, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Pas had to first set aside its agenda to turn the country into an Islamic state32 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=56802&tid=57&cid=2 32
  33. 33. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold. "The prime minister is fully aware of our stand on the matter of Pas rejoining BN."33PERBEZAAN 4DAP lebih dekat dengan nilai syariat Islam berbanding MCA.Hal ini boleh dilihat dalam sikap DAP terhadap beberapa perkaraantaranya berkenaan isu pengharaman judi.DAP jelas meletakan prinsip mengharamkan judi. Berikut adalah intipatikenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan EngEng sebagaimana dilaporkan oleh akhbar harakahdaily: Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana judi bola, Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak rugi, ini mereka boleh buat untuk election fund (dana pilihan raya),33 http://e.nst.com.my/nst/articles/8cua/Article/art_print 33
  34. 34. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk orang Cina. Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini makan tau (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini berjudi sebagai budaya. Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang Cina....(ketawa). Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima. Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga 34
  35. 35. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini semua sudah terbalik. 34RUMUSANNah, sekarang semoga pembaca jelas berkenaan betapa ‘haramnya’kerjasama antara PAS dan DAP, dan betapa ‘islamiknya’ kerjasama antaraUMNO dan MCA sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapaindividu kebelakangan ini.Duhai golongan agamawan, jujurlah dengan ilmumu.Amanahlah.34 http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28529:umno-takut-kerana-saya-banyak-bantu-melayu-islam-guan-eng&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128 35

×