Your SlideShare is downloading. ×
Artikel multimedia dlm tvet
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Artikel multimedia dlm tvet

1,853

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,853
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
110
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Parit Raja,86400 Batu Pahat,Johor Darul Takzim http://www.uthm.edu.my SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT & APLIKASI MULTIMEDIA (MBC 10104) TUGASAN 1: ARTIKELPEMBELAJARAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALDISEDIAKAN UNTUK: PUAN. HAJAH. ZURINA BINTI YASAKDISEDIAKAN OLEH:NAMA : SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSINNO. MATRIK : HB100027SEKSYEN :2TARIKH : 31 OCTOBER 2011
  • 2. Pembelajaran Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) .Abstrak : Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah objektif utama dalamsesuatu proses pengajaran. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalamproses pengajaran. Pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu pendekatanyang amat efektif. Komputer pada era ini bukan sahaja dapat menerima danmenyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang dibuat secaraelektronik malah kita mampu bergerak lebih jauh kerana teknologi maklumat(IT)mampu menggabungkan antara komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuksistem bagi menguruskan maklumat. Justeru, artikel ini akan mengupas mengenaipembelajaran yang berasaskan komputer dalam pendidikan teknikal dan vokasional.Seterusnya dapat menghasilan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Artikel ini tidak membincang secara menyeluruh hanya membincangkan aspek kebaikandan kelemahan pendekatan PBK ini.Kata kunci: Pembelajaran dan pengajaran berkesan, Pembelajaran berasaskan komputer(PBK),PengenalanPendidikan Teknikal dan Vokasional telah berkembang maju seiring denganperkembangan teknologi di Malaysia. Kepesatan perkembangan teknologi ini dapatdilihat daripada pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagaiaspek kehidupan juga bidang pendidikan. Salah satu daripada pendekatan pembelajaranberasaskan komputer dengan menggunakan “Information and communicationstechnology” (ICT) ialah pembelajaran melalui web. Web merupakan satu bentukmultimedia. Menurut Boling. et.al (1999) multimedia melibatkan persembahan bahanserentak maklumat dalam bentuk rajah, teks, grafik, animasi, video, bunyi atau audio,dan sebagainya. Gabungan dari media-media ini telah membawa revolusi kepadabudaya pembelajaran dikalangan pelajar. Pelajar terdorong untuk mempraktikanpendekatan ini kerana multimedia memberi kebebasan kepada mereka untukmempelbagaikan corak pembelajaran supaya tidak berasa bosan. Kerajaan amatprihatin terhadap perubahan yang membawa kebaikan kepada sistem pendidikan. Initerbukti apabila kerajaan memperuntukkan 10 buah komputer di setiap sekolah padatahun 1992 dan seterusnya mencadangkan setiap sekolah mestilah mempunyai sebuahmakmal komputer pada tahun 1998 hingga kini (Yasak, Z., & Tasir. Z.,2006 ).
  • 3. Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Teknik Dan VokasionalPerkembangan teknologi maklumat yang pesat hari ini sewajarnya dimanfaatkan olehsemua pendidik sebagai satu medium alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi tujuanpengajaran dan pembelajaran yang lebih `versatile`. Komputer merupakan satu mediumpembelajaran yang mudah dipelajari dan mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapatbanyak faedah dan kebaikan yang diperolehi jika kita mengaplikasikan komputer dalampengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan adalah seperti yang dinyatakan oleh B.Aris (2004) iaitu: i. Pendekatan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui gabungan grafik, animasi, bunyi, video akan memberangsangkan dan tidak menjemukan. Maklum balas serta merta, pelajar menerima maklum balas serta merta apabila melakukan sesuatu atau menanyakan sesuatu. ii. Melibatkan deria yang lebih dari satu – PBK biasanya mempunyai unsur video dan audio yang memerlukan penggunaan deria pendengaran, disamping menggunakan deria penglihatan. Menngikut kajian penggunaan deria yang lebih daripada satu boleh memastikan bahawa pelajaran itu diingati dan tidak menjemukan. Bagi pelajar yang kurang upaya, penggunaan multimedia merupakan satu medium pengajaran yang sangat diperlukan. Menurut Lee Lay Wah (2007) “Multimedia software and multimedia learning environments have been proven to be effective in helping children with disabilities to develop skills in domains as varied as academic domains of literacy and numeracy, life skills and social interaction.” iii. Pengaplikasian pendekatan simulasi berasaskan web dapat memberi pengalaman pelajar belajar dalam keadaan sebenar pekerjaan. Menurut S. Md Salleh & Z. Tasir (2011) Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme sebagai strategi penyampaian hendaklah dilanjutkan ke kursus yang lain. Ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat maju. Ini jelas menunjukkan perkembangan pesat teknologi memberi kesan yang positif keatas pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kita sedia maklum bahawa pendekatan simulasi secara tradisi tidak lagi dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar lebih minat dengan pendekatan pengajaran yang lebih bersifat konstruktif.Menurut A. A. Rahman (2001) pembelajaran berasaskan komputer ini merupakan satupendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatudengan usaha sendiri. Dengan kata lain, pelajar lebih bersifat kontruktivis. Dalam duniayang semakin membangun ini, penggunaan komputer adalah amat praktikal.Menurut N. Bariman (2004) komputer akan menjadi salah satu alat untuk memudahkanproses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan selaras dengan era globalisasi
  • 4. yang sedang kita hadapi. Justeru itu, kita perlu menguasai pelbagai kemahiran danmaklumat untuk mengiringi perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakinberkembang pesat pada abad ini. Guru yang berfikiran kritis dan kreatif sentiasaberusaha menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif. Menurut Abdul Rahman,.M. Z. (2004) secara umumnya, pembangunan bahan bantu pembelajaran yangberasaskan sistem maklumat ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan prosespembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesananpembelajaren berasaskan komputer ini. Antaranya adalah kajian kesesuaian pembinaanpanduan menghasilkan projek bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuittho dalampersekitaran latihan berasaskan komputer yang dijalan oleh A. Ab Rahman (2001)mendapati bahawa rekabentuk skrin, motivasi, kesesuaian pengguna dan kefahamanadalah sesuai manakala rekabentuk antaramuka berada pada tahap kurang sesuai.Manakala kajian mengenai membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputeruntuk subjek sistem kenderaan di kolej komuniti bukit beruang, melaka (L. Zakaria,2003) . Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa bahan pengajaranberasaskan komputer dapat diterima oleh pensyarah dan pelajar denganmengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. N. Bariman (2003)pula membuat kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran prosestuangan menggunakan media pengajaran berasaskan komputer. Dapatan kajian ini jugasama iaitu pensyarah dan pelajar bersetuju dengan perlaksanaan perisian multimediacd-rom proses tuangan ini sebagai abbm dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hashim, H. (2003), pula menjalankan kajian mengenai keperluan model pengajaran danpembelajaran berasaskan komputer bagi matapelajaran litar AU di Kolej Komuniti.Hasil dapatan kajian ini menunjukkan modul yang dihasilakan adalah satu keperluankerana ia dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan,pembelajaran dan motivasi. Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Jaafar, F. (2003),menkaji keberkesanan pembelajaran berbantu komputer bagi subjek Penyaman Udaradalam topik beban haba. Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan yang dihasilkanmemudahkan proses pembelajaran, ia sangat sesuai bagi tujuan pembelajaran dan ia jugamenaplikasikan penggunaan laman web secara menyeluruh. Daripada kajian-kajianyang telah dijalankan ini dapat kita simpulkan bahawa kesesuaian pendekatanpengajaran adalah berbeza mengikut subjek-subjek tertentu. Guru hendaklah bijakmengatur strategi supaya pendekatan dapat disesuaikan dengan suasana/ keadaanpembelajaran tersebut.Pastinya setiap kelebihan akan ada kekurangan, antara kekurangan PBK adalah sepertiyang dinyatakan oleh B. Aris (2004) iaitu: i. Tertakluk kepada kemudahan perkakasan dan perisian – walaupun komputer dikatakan mudah alih dan versetile, tetapi kebolehan komputer untuk melaksanakan sesuatu PBK masih tertakluk kepada perkakasan dan perisian komputer yang digunakan. Sesebuah komputer yang tidak mempunyai perkakas tertentu seperti kad bunyi, tidak akan dapat melaksanakan perisian yang mengintegrasikan bunyi dan video seperti yang diharapkan.
  • 5. ii. Masa pembangunan lama- pembinaan PBK memerlukan masa yang lama. iii. Kepakaran yang tinggi – Pembinaan PBK memerlukan kepakaran serta komitment yang tinggi berbanding alat bantuan mengajar yang lain. iv. Kos yang tinggi- pembinaan PBK melibatkan kos yang tinggi untuk membeli perkakasan, perisian dan pembayaran kepada tenaga pakar yang membina perisian tersebut. v. Terlalu menyeronokkan – PBK mungkin boleh menjadi terlalu menyeronokkan sehinggakan menghalang pembelajaran.Kelemahan-kelemahan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya adalah denganmenyediakan persediaan yang secukupnya untuk guru-guru yang terlibat. Persoalantentang persediaan guru dalam mengaplikasikan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran sering diutarakan. Seperti di dalam kajian yang dijalankan oleh Arsat, M& Khalip, H. (2011) meninjau penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guruTeknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di empat buah sekolah MenengahTeknik di Daerah Johor Bahru. Justeru, kursus-kursus kemahiran komputer sepertikursus intensif, bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian perlumultimedia berkait dengan matapelajaran yang diajar perlu diperbanyakkan.Di dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd. Nor et.al (2007), penghasilan bahanpengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kosyang tinggi. Akan tetapi jika pendekatan Objek Pembelajaran Digital(OPD) masa dankos dapat dijimatkan. OPD ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula,pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna. Jika kelemahan pendekatan ini adalah terlalu menyeronokkan, guru perlumemainkan peranan penting. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Tiong. L. L & Z.Tasir (2008)yang mengkaji potensi dan keberkesanan pendekatan pembelajarankemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer di negarakita.dapatan kajian ini yang dijalankan terhadap subjek sejarah menunjukkan hasilgabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, bunyi, visual, grafik berwarna, video danlain-lain yang berkaitan dengan pendegaran dan penglihatan seterusnya diproses olehpemikiran untuk membentuk satu maklumat yang bermakna. Disamping itu, pengajaranteknik penceritaan secara digital telah dapat menyokong proses pembelajaran lebihmendalam (deep learning) dengan lahirnya rasa patriotisme untuk Negara, semangatberkorban untuk Negara, menanamkan taat setia kepada Negara dan sebagainyadikalangan para pelajar. Pengawasan dan penilaian secara sistematik daripada pihakguru adalah perlu untuk memastikan objektif utama pembelajaran dapat dicapai. Didalam kajian yang dijalankan oleh M. I. Mohd. Hamzah & N. Attan (2007) untuk tahapkesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputerdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya tahap kesediaanpenggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi guru-guru sains ini adalahsederhana. Tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dan sikap pula, didapati tiada
  • 6. perbezaan yang signifikan di antara guru dari kumpulan perkhidmatan siswazah danbukan siswazah. Dapatan kajian ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan PBK. Guru perlu mempunyai kesediaan yang lengkap untuk memberi keyakinankepada para pelajar seterusnya dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yangberkesan. Dengan pendekatan ini juga pelajar akan didedahkan dengan pendekatanpembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi,permainan dan juga kuiz berperingkat. Oleh yang demikian, semua golongan pendidikseharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sertamencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikanpenggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus berkaitanmultimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya semua perkara inidapat dilaksanakan, tahap pendidikan negara akan berkembang seiring dengan teknologikini.PenutupSebagai kesimpulannya mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang berkesanmerupakan matlamat setiap guru dan pelajar. Guru memainkan peranan yang sangatpenting dalam membimbing pelajar dalam mencapai objektif sesuatu pembelajaran.Justeru, guru hendaklah bijak dalam memilih pendekatan pengajaran supaya pelajardapat menikmati pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam dunia yang serba moden ini,penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakanpendekatan yang sangat relevan. Guru haruslah memanfaatkan teknologi yang semakinberkembang pesat ini.
  • 7. RujukanAbdul Rahman, M. Z. (2003). Pembangunan bahan bantu pembelajaran berasaskan sistem maklumat berkomputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1424/Ab Rahman, A. (2002). Kajian Kesesuaian Pembinaan Panduan Menghasilkan Projek Bagi Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrk Kuittho Dalam Persekitaran Latihan Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/936/Ahmad, I. , Aris, B. and Harun, J. (2004). Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains Komputer. In: Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI, 9-10 August 2004, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. (Unpublished). Dicapai dari 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/2238/Arsat, M. & Khalip, H. (2011) . Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru teknikal.unspecified . pp. 1-10. (Unpublished). Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/11908/Bariman, N. (2003). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Proses Tuangan Menggunakan Media Pengajaran Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1452/Boling, Nancy, Robinson, Daniel, H. (1999). Individual Study, Interactive Multimedia Or Cooperative Learning: Which Activity Best Supp;Ements Lectrure-Based Distance Education?. Journal of Education Psycology, Vol 91(1), 169-174.Hashim, .H. (2003). Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di Kolej Komuniti. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1008/Jaafar, F. (2003) . Pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web mata pelajaran penyamanan udara bagi tajuk beban haba. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October , dari http://eprints.uthm.edu.my/677/Lee Lay Wah(2007). Development of Multimedia Learning Resources For Children
  • 8. With Learning Disabilities in An Undergraduate Special Education Technology Course. MEDC Journal, Vol(1), 29-36Mohd. Hamzah, M. I. & Attan, N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi Proses (46E). pp. 45-60. ISSN 0127-9696. Dicapai pada 2 October, dari http://eprints.utm.my/6286/Mohd. Nor, S. N. R. , Ahmad Shukri, N. H. & Tasir, Z. (2007). Reka Bentuk Dan Pembinaan Personalized Learning Courseware Berasaskan Konsep Objek Pembelajaran Digital Bagi Pembelajaran Animasi Dan Rangkaian Komputer. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/5995/Tiong, L. L. & Tasir, Z. (2008). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada 2 October, dari http://eprints.utm.my/7904/Zakaria, L. (2003). Membangunkan Bahan Pengajaran Berasaskan Komputer Untuk Subjek Sistem Kenderaan Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1261/Z. Yasak & Tasir. Z.,(2006). Carapelajar pendidikan teknik dan Vokasional Mempelajari Kemahiran Teknikal Dengan Menggunakan Laman Web (SWEB-TECH). In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished). Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/2277/

×