Belajar SEO 101 - Memahami Tag Nofollow - Presentation Transcript
SEO 101 – Memahami Tag
'No Follow'
Siri SEO 101 Terbitan JurnalSEM.com
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
2009. Amirul Faisyal, JurnalSEM.com
JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian,
tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). SEM itu bermaksud ‘Search Engine
Marketing‘.
Mengapa SEM?
Secara ringkasnya, SEM adalah gabungan pemasaran yang dilakukan di enjin carian
samada berbayar (Pay Per Click-PPC) atau percuma (Search Engine Optimization-SEO).
Antara enjin carian yang mempunyai peratus penguasaan pasaran yang besar adalah :
http://www.google.com
http://search.yahoo.com
http://search.msn.com
http://www.ask.com
*Sumber : http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Pemasaran melalui enjin carian dilihat sebagai salah satu cara pemasaran terbaik di
Internet, dimana enjin carian menjadi sebagai penghubung diantara prospek (pengguna
enjin carian yang membuat carian) dan juga pemilik perniagaan (yang menawarkan
produk/servis yang dicari oleh prospek).
Samada melalui kaedah percuma (SEO) mahupun berbayar (PPC), kedua-duanya
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SEO lebih dilihat sebagai
pemasaran jangka panjang manakala PPC sebagai pemasaran jangka pendek.
Lazimnya pemasaran melalui PPC akan digunakan terlebih dahulu bagi menentukan kata
kunci yang sesuai (yang mampu membawa leads atau jualan) sebelum ia digunakan di
dalam proses SEO.
Setakat ini kesemua kandungan JurnalSEM ditulis oleh Amirul Faisyal, yang mempunyai
pengalaman 3 tahun di dalam bidang pemasaran melalui Internet.
Dan minat beliau di dalam pemasaran melalui enjin carian terutamanya berkenaan SEO
(Search Engine Optimization) diterjemahkan di dalam JurnalSEM ini.
Selain dari SEO, Amirul Faisyal juga akan menyelitkan artikel-artikel berupa pendapat
peribadi berkenaan industri dan juga artikel yang berkait rapat dengan keusahawanan.
Juga jangan lupa tambah Amirul Faisyal sebagai rakan anda di Facebook. :)
Mission Statement JurnalSEM
“Mengembangkan industri pemasaran melalui enjin carian di Malaysia untuk pemilik-
pemilik laman web perniagaan dengan memberi pendidikan dan liputan yang secukupnya
berkenaan topik pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing).”
Follow perkembangan terkini JurnalSEM di Twitter : http://twitter.com/jurnalsem
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
SEO 101 adalah satu siri entri terkini di JurnalSEM dimana anda akan mempelajari asas-
asas didalam SEO.
*Jika anda mahu mempelajari mana-mana topik asas di dalam SEO, anda boleh request
dengan menghubungi saya di sini :
http://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/
Untuk minggu ini anda akan mempelajari dan memahami apa itu tag “no follow”,
fungsinya dan apa faedahnya kepada laman web anda.
Apa Itu Tag “No Follow” ?
“No follow” adalah satu kod attribute HTML yang digunakan pada sesuatu link URL,
dimana enjin carian akan dimaklumkan bahawa link URL tersebut ‘tidak begitu penting’
dan ianya tidak akan mendapat sebarang kredit untuk ranking di SERP.
Contoh Ringkas Penggunaaan Tag “No Follow”?
Contoh jika anda mempunyai blog, dan di dalam entri blog anda, anda masukkan satu
link URL untuk ke laman A (katakan - http://www.LamanA.com).
Laman A dilihat meragukan kerana terlibat di dalam aktiviti yang memungkinkan ianya
diberikan penalti oleh enjin carian - contoh laman web yang menjual paid links secara
terang-terangan yang berisiko tinggi untuk di-ban oleh enjin carian.
Jadi, untuk tidak memberikan sebarang ‘kredit’ kepada laman A, anda boleh
menggunakan tag “no follow” ini kepada setiap URL laman A di dalam entri blog anda.
Kenapa “No Follow” ?
Jika dilihat balik sejarah “no follow” ini, ianya sebenar lahir apabila Google melihat
peningkatan komen-komen spam di blog-blog yang mengambil kesempatan untuk
meningkatkan ranking laman web mereka di SERP dengan membuat komen yang
menggunakan kata kunci target sebagai anchor text.
Menurut Google sendiri :
“From now on, when Google sees the attribute (rel=”nofollow”) on hyperlinks, those
links won’t get any credit when we rank websites in our search results. This isn’t a
negative vote for the site where the comment was posted; it’s just a way to make sure
that spammers get no benefit from abusing public areas like blog comments, trackbacks,
and referrer lists.”
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Bagaimana Cara Untuk Guna “No Follow” ?
Caranya dengan memasukkan tag rel=”nofollow” selepas link URL yang anda mahu “no
follow”-kan. Contoh jika URL seperti ini :
<a href=”http://www.LamanA.com/”>klik sini</a>
Anda ubahkan kepada :
<a href=”http://www.LamanA.com/”rel=”nofollow” >klik sini</a>
Anda guna Wordpress? Plugin dibawah boleh membantu anda membina link “no follow”
dengan mudah :
http://blog.bunkbedsnow.com/nofollow/
Contoh penggunaan plugin “no follow” seperti screenshot dibawah :
Anda hanya perlu klik pada kotak “NoFollow” dan secara automatik link URL pilihan anda
akan di-nofollow-kan.
Bagaimana Untuk Memeriksa Sesuatu Link Itu “No Follow” Atau
Tidak?
Terdapat beberapa cara yang membolehkan anda mengetahui samada sesuatu link url itu
telah di-tag sebagai “no follow” ataupun tidak.
Cara #1 : Lihat Source Code
Cara yang paling tidak praktikal (bagi saya) kerana ia hanya memakan masa yang banyak
untuk anda mencari kod seterusnya mengesahkan link itu di-no follow-kan atau tidak.
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Cara #2 : Guna add ons Firefox
Terdapat beberapa add on Firefox yang anda boleh gunakan untuk memeriksa link “no
follow’ ini. Dan untuk tujuan ini sahaja saya menyarankan add on ‘NoDoFollow 1.1′. Anda
boleh install melalui link dibawah :
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/5687
Dan contoh cara penggunaan adalah dengan membuat right click kemudiannya pilih
NoDoFollow. Lihat contoh screenshot dibawah :
Contoh yang akan dilihat apabila anda mengaktifkan fungsi ‘NoDoFollow’ :
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Manakala add ons yang lain yang anda boleh cuba seperti :
1. SEO Quake
2. SEO Link Analysis
3. SEO For Firefox
Apa Faedah “No Follow” Pada Laman Web Saya?
Sekali anda bertanyakan soalan ini, saya rasa ianya sudah masuk kepada topik yang lebih
advance, iaitu Page Rank Sculpting.
Tetapi jangan risau, saya tidak akan menyentuh topik itu, dan saya akan cuba menjawab
sebaik mungkin soalan diatas ini.
Secara ringkasnya, tag “no follow” ini memberi ‘kuasa’ kepada anda untuk mengawal
jenis link di laman web anda (outbound links).
Lihat balik contoh saya diatas (berkenaan Laman A), anda masih hendak mention laman
web tersebut di blog anda, tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu dilihat oleh
enjin carian sebagai membuat endorsement kepada link laman A tersebut.
Jadi, dengan cara menggunakan tag “no follow” inilah dilihat sebagai kaedah yang
terbaik.
Selain itu anda juga akan melihat jumlah komen-komen yang berbentuk SPAM akan
berkurangan sekali anda menggunakan tag “no follow” pada blog anda. (Jika anda
menggunakan Wordpress, ianya telah dibuat secara automatik. Bermakna anda tak perlu
risau akan tag “no follow” ini untuk bahagian komen blog anda).
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Artikel ini adalah sambungan kepada siri pertama SEO 101 dan jika anda masih belum
membaca siri pertama tersebut anda boleh klik link dibawah :
http://jurnalsem.com/seo-101-memahami-tag-no-follow/
Untuk minggu ini anda akan mempelajari sambungan kepada topik SEO 101 minggu lepas
iaitu tag “no follow”.
Jika minggu lepas kita telah mempelajari tag “no follow” bagi link level, untuk minggu
ini kita akan memahami pula penggunaan “no follow” bagi page/URL level.
Kembali Kepada Asas
Jika kita imbas kembali panduan SEO 101 minggu lepas, cuba lihat kembali apakah
fungsi, dan sebab tag “no follow” itu sendiri digunakan.
Dan dari situ kita dapat buat kesimpulan bahawa penggunaan “no follow” ini adalah
sebenarnya untuk mengawal pengaliran link juice (atau Page Rank) dari laman kita ke
laman URL yang diletakkan di laman web kita (outbound links).
‘No Follow’ - Kawal Pengaliran Keluar Link Juice Laman Web Anda
Secara logiknya, mahukah anda memberikan link juice laman web anda kepada laman-
laman web yang berisiko untuk di-ban dari Google?
Pastinya tidak, kan?
Jadi, pilihan untuk membuat “no follow” adalah satu tindakan yang tepat.
Memahami Link Level dan Page/URL Level
Pastinya mungkin ada yang bertanya;
“Apa itu link level dan page/URL level?”
Baiklah, saya akan menjawab dari perspektif ‘no follow’ itu sendiri untuk memudahkan
anda.
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
“No Follow” Untuk Link Level
Mengawal “no follow” melalui link level bermaksud anda mengawal pengaliran keluar
link juice dari laman web anda secara link basis.
Sebagai contoh di dalam satu laman di laman web anda (www.LamanA.com/belajar-
seo.html), terdapat beberapa outbound links yang anda telah letakkan:
Dari empat outbound links tersebut anda memilih untuk tidak mahu memberi link juice
kepada Link 2, kerana anda melihat Link 2 ini telah melanggar Guidelines Google (kerana
menjual paid links secara terbuka) dan membuat keputusan untuk “no follow”-kan link
tersebut.
Untuk link-link lain anda masih mahukan ianya di “do follow” kan.
Jadi disini anda telah membuat pengawalan link juice anda dari segi link level, dimana
anda membuat “no follow” secara satu per satu.
“Saya Nak Cara Lagi Mudah. Senang Cerita Saya Nak “No Follow” Kan Semua
Outbound Links Di Laman A Web Saya”
Baiklah, jika itu kehendak anda, pilihan untuk “no follow” melalui Page/URL Level
adalah yang terbaik untuk anda.
“No Follow” Untuk Page/URL Level
Untuk kaedah ini, apa yang anda akan lakukan adalah dengan membuat sedikit meta tag
tambahan pada bahagian <head> </head> laman web anda, seperti dibawah :
<meta name=“robots” content=“nofollow”>
Disini, semua link di dalam laman yang anda masukkan meta tag ini secara automatik
akan menjadi “no follow”.
NOTA : Jika anda membuat semakan menggunakan add on Firefox seperti yang
disarankan minggu lepas, anda mungkin akan melihat sesetengah link masih lagi
‘kelihatan’ “do follow” (untuk laman yang anda buat semakan), tetapi pada hakikatnya
ianya telah di “no follow” kan oleh meta tag ini. Jadi jangan terkeliru dengan hal ini.
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
Contoh yang saya boleh berikan adalah laman social bookmark Delicious. Jika anda pergi
ke satu-satu bookmark itu dan membuat semakan “no follow”, anda mungkin melihat
paparan seperti dibawah :
Tetapi, apabila anda membuat semakan meta tag, anda akan melihat kod dibawah :
Jadi, keseluruhan link di laman ini telah menjadi “no follow” dan tiada pengaliran link
juice akan berlaku.
Dan disini anda telah dapat melihat bagaimana “no follow” itu diaplikasikan di dalam
URL/Page level.
Page/URL Level Untuk Wordpress
Untuk anda yang menggunakan Wordpress, terdapat satu plugin yang akan membantu
anda mengimplementasi tag “no follow” melalui page/URL level ini dengan mudah:
http://yoast.com/wordpress/meta-robots-wordpress-plugin/
Fungsi Robots Meta ini akan muncul dibahagian paling bawah post/page kolum
dashboard Wordpress anda.
Untuk memasukkan “no follow”, pilih ‘index, nofollow’. Default setting untuk Robots
Meta ini adalah ‘index, follow’.
*Untuk pilihan lain seperti ‘noindex, follow’ dan ‘noindex, nofollow’, saya akan
terangkan fungsinya di dalam siri SEO 101 akan datang.
SEO 101 – Memahami Tag 'No Follow'. Khas Terbitan Dari
1 comments
Comments 1 - 1 of 1 previous next Post a comment