Tanaman Tomato

13,038 views

Published on

Published in: Business, Technology
2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Obat ejakulasi dini foredi gel selain legal juga terpercaya sebab direkomendasikan langsung oleh pakar kesehatan reproduksi ternama Indonesia yaitu Boyke Dian Nugraha yang tentu anda kenal. adapun bentuk Foredi Gel kecil dan mungil dalam kemasan sacet. 1 BOX berisi 3 sachet kecil, lihat gambar dibawah . 1 sachet Foredi gel dapat digunakan untuk 2-3x pemakaian sesuai kebutuhan. Walaupun kecil dan mungil Foredi Gel sangat dahsyat atasi ejakulasi dini pria sehingga pria tambah perkasa saat bercinta dengan pasangan.

    Obat ejakulasi dini foredi gel terbuat dari ramuan herbal tradisional Menes Banten 100% ASLi INDONESIA & PERTAMA ada DIDUNIA! khusus untuk pria dewasa (untuk pemakaian luar bukan untuk diminum) dalam bentuk GEL (cairan kental).


    http://obatherbalejakulasidinipadapria.blogspot.com/
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • good info. keep it up.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
13,038
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
42
Actions
Shares
0
Downloads
403
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tanaman Tomato

  1. 1. Tanaman Tomato Pengenalan Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah meluas ke semua negara beriklim tropika. Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highland. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato ialah di negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar. Botani Tanaman Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Perbezaan juga terdapat pada ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan kulvitar-kulvitarnya. Ciri-ciri am pokok adalah seperti :- Akar - akar tunjang yang kuat dan banyak akar- akar serabut Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku Daun - berbulu dan terdapat banyak bentuk Bunga - berwarna kuning dan berukuran lebih 1cm Buah - banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji Cara pendebungan - persenyawaan sendiri
  2. 2. Keperluan Asas Tanaman Faktor Iklim Tomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaubagaimana terdapat juga kultivar tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai adalah 18 – 32oc. Jumlah hujan pula ialah sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik. Faktor Tanah Tanaman tomato sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir ( BRIS dan bekas lombong ) dan tanah gambut. Yang paling penting bagi tanaman tomato adalah saliran serta pengudaraan yang baik. Tanah yang mempunyai nilai pH 5.5 – 8.0 adalah amat sesuai. Keperluan topografi adalah seperti berikut. Sifat – sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman tomato Kesesuaian untuk tanaman tomato Sifat Tanah Sesuai Sederhana sesuai Kecerunan 0 – 60 6 - 120 Saliran Tak sempurna salir ke salir Kurang salir dan agak sangat salir ke sangat salir Kedalaman tanah yang berkesan > 50 cm 25 – 50 cm Tekstur dan struktur Selain dari pasir Pasir yang tak berstruktur berstruktur dan lempung. Kemasinan < 1 mmhos 1 – 2 mmhos
  3. 3. Kedalaman lapisan asid sulfat > 50 cm 0 – 50 cm Ketebalan gambut Tidak menghalang - Keberbatuan Tiada halangan pada 25 cm - kedalaman tanah Ketidak seimbangan unsur Tiada keracunan kelebihan CEC rendah mikro nutrien atau CEC rendah Sumber : Wong ( 1986 ) Kultivar-kultivat yang disyorkan
  4. 4. Sifat Kultivar pokok L 24 MT 1 MT 11 Serdang 2 King Kong ( F1) Tabiat Tegak, rimbun Tegak, rimbun, Rimbun, Tegak, rimbun, Tegak, separa pokok dan berterusan sederhana besar, separa sepera berterusan ( indeterminate) separa berterusan berterusan berterusan ( indeterminate) (semideterminate) (indeterminate) (indeterminate) Berat Besar Kecil Sederhana Sederhana Besar (lebih 60 g/biji) (25-30 g/biji) (40-80 g/biji) (40-80 g/biji) (100-150g/biji) Warna Merah Merah cerah Merah Merah Merah Kegunaan Segar Segar/proses Segar Segar Segar Hasil 18-30 tan/ha 15-25 tan/ha 15-28 tan/ha 20-25 tan/ha 25-30 tan/ha Amalan Kultur Program Kerja Program gerak kerja bagi tomato terdapat seperti jadual berikut.
  5. 5. Program Kerja Untuk Sehektar Tomato Hari Aktiviti Input Catatan Bahan Kadar - 46 Penyediaan semaian (untuk lebih a. kotak 70 Saiz 60X60cm kurang 10000 pokok) semaian b. beg plastik 10000 Saiz 12X12cm c. batas 5 Saiz 100X15cm -40 Rawatan biji benih Racun Thiram 3g/1000g benih Benih ditanam sedalam 0.5cm -30 Menyembur baja daun Baja daun Ikut syor label Sembur seminggu sekali hingga mengubah -26 Kawalan penyakit dan perosak Racun kimia Ikut syor label Sembur bila perlu -16 Pembersihan kawasan trektor - - -14 Pengapuran GML 3-5 tan/ha Kadar untu tanah mineral -7 Pembajaan asas Tahi ayam 5 tan/ha Digaul ke dalam batas -3 Layout, penyediaan batas, Trektor 40 gulung - menutup batas dengan plastik Plastik silver shine 0 Mengubah anak benih Anak pokok 1 pokok/ lubang Jarak 0.6 X 0.6m 7 Menyulam Anak pokok - - 14 Pembajaan i NPK 12:12:17:2 300 kg/ha Baja ditabur sekeliling pokok 15 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu 27 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu 28 Pembajaan ii NPK 12:12:17:2 600 kg/ha Baja ditabur sekeliling pokok 30 Kawalan Rumpai Racun Kimia Ikut syor label Racun antara batas. Gunakan penyembur 32 Memasang penyokong & dawai Penyokong kayu 16000 batang - 40 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu
  6. 6. 42 Mencantas - - Membuang tunas sisi dan daun berlebihan. 54 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu 55 Kawalan Rumpai Racun Kimia Ikut syor label Racun antara batas. 56 Pembajaan ii NPK 12:12:17:2 600 kg/ha Baja ditabur sekeliling pokok 56-60 Hasil mula dipungut Bakul - Jangka masa kutipan hasil 30-45 hari 68 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu 82 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu 96 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan jika perlu Penyediaan Anak Benih Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan adalah 300g/ha.biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g/1000g biji benih. Biji beni perlu disemai sekurang – kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviri sulaman. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga. Semasa peingkat semaian, anak benih boleh boleh disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda – tanda serangan perosak. Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan i. Semaian batas ii. Semaian polibeg iii. Semaian kotak
  7. 7. i. Semaian batas Campuran tanah 7:3:2 ( tanah, bahan organik, pasir ) digunakan bagi batas semaian berukuran 1m lebar X 15cm tinggi. Semai biji benih sedalam 0.5cm dalam jalur dengan jarak 5cm. Tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.siram batas dan tutup dengan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar. ii. Semaian Polibeg Isi polibeg berukuran 12cm X 20cm X 1mm dengan tanah campuran 7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.2cm. Tinggalkan hanya satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga. iii. Semaian kotak Kotak yang dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60cm X 60cm diisi dengan tanah campuran 7:3:2. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawah supaya air tidak bertakung. Biji benih ditanah sedalam 0.5cm dan tabut tanah halus diatasnya. Kotak semaian diatur di atas meja panjang di dalam bangsal semaian. Bangsal semian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap. Dinding bangsal boleh ditutup
  8. 8. dengan jaring untuk mengawal kemasukan serangga. Pengairan oleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Penyediaan Kawasan Penyedian kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah dibajak dan digembukan sedalam 15cm-22cm. Batas dibentuk selebar 1.2m lebar X 20-30cm tinggi. Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5. pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Megnesium Limestone ( GML ) dengan kada 3-5 tan/ha. Penanaman di Ladang Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Hanya anak benih yang sihat sahaja dipilh. Sebelum mengubah, anak benih perlu mengalami proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur. Ubah anak benih ketika cuaca redup atau pada waktu petang duikuti dengan siraman air. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60cm X 60cm. Penggunaan sungkupan plastik silver shine digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun. Pilih kawasan yang belum ditanam dengan tanaman jenis Solanaceae. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang disahat perlu disulam.
  9. 9. Penyediaan Sokangan Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh. Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap batas. Rentang dawai pada kedua-dua kayu dan ikat tiap-tiap pokok tomato di batas kepada dawai.. biasanya tinggi penyokong ialah 50-70cm. Pembajaan Kadar pembajaan tanaman tomato berbeza mengikut jenis tanah. Jadual dibawah menunjukkan kadar baja yang disyorkan untuk tanaman tomato. Kadar pembajaan tanaman tomato bersungkupan plastik bagi beberapa jenis tanah Jenis Tanah Baja Jenis Kadar Masa (MLT) Cara (Tan / ha / Minggu musim) Lepas Tuai BRIS - Rudua Tahi Ayam 10 -1* Gaul dalam tanah NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok
  10. 10. - Baging Tahi Ayam 25 -1* Gaul dalam tanah NPK 12:12:17:2 3 2,4 & 8 Keliling pokok Bekas Lombong Tahi Ayam 25 -1* Gaul dalam tanah - Pasir NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok Gambut NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok Mineral Tahi Ayam 5 -1* Gaul dalam tanah NPK 12:12:17:2 1.5 2,4 & 8 Keliling pokok Pemangkasan Pemangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik. Pengurusan Air Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – R 8000 sehektar. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah antara 1.5 – 2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/ saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.
  11. 11. Pengurusan Perosak Kawalan Penyakit dan Serangga Kawalan Serangga Nama perosak : Ulat pengorek buah (Chloridea obsoleta F.) Bahagian serangan : Buah, daun, tunas dan bunga Peringkat serangan : Peringkat berbunga dan buah Simptom : Buah berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat Kawalan : Sembur pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari. Kutip buah yang diserang dan musnahkan. Nama perosak : Lalat buah (Bactrocera sp) Bahagian serangan : Buah
  12. 12. Peringkat serangan : Peringkat berbuah Simptom : Buah berlubang dan reput. Buah gugur atau busuk sebelum matang Kawalan : Kutip buah yang diserang dan musnahkan secara tanam atau bakar Sebagai kawalan gunakan attractant seperti methyleugenol Nama perosak : Hamama merah (tetranychus truncatus) Bahagian serangan : Daun dan bunga Peringkat serangan : Semua peringkat Simptom : Daun – daun yang diserang berkerekot dan bertompok kuning. Pertumbuhan terbantut dan bunga tidak terbentuk Kawalan : Sembur pokok dengan racun serangga seperti dicofol atau propagite Kawalan Penyakit Penyakit : Hawar Phytophthora Penyebab : Phytophthora infestans (kulat) Bahagian diserang : Daun dan Buah Cara merebak : Tanah dan air Simpton : Daun bertompok perang dan hitam. Daun tua berair di bahagian hujung. Bahagian belakang daun bertompok putih. Pada buah, terdapat bintik lecuh (water soak), bahagian yang diserang berkedut. Pokok akan mati pada akhirnya. Kawalan – Sembur racun kulat – maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide. – Bakar bahagian berpenyakit. – Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. – Jaga kebersihan kawasan tanaman.
  13. 13. Penyakit : Antraknos buah Penyebab : Colletotrichum sp Bahagian diserang : Buah Cara merebak : Biji benih dan angin Simpton : Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput. Kawalan - Guna biji benih yang sihat. - Bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah Jika terdapat serangan - Musnahkan buah-buah yang berpenyakit - Sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb. Penyakit : Hawar alternaria Penyebab : Alternaria solani Bahagian diserang : Batang, daun dan buah Cara merebak : Angin Simptom : Terdapat bintik berwarna perang pada bstsng dan daun tua. Bintik kemudian membesar menjadi tompok pusar hitam Tisu daun di keliling tompok bertukar menjadi kuning Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora hitam. Kawalan - Sembur dengan racun kulat – cooper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil - Bakar bahagian yang berpenyakit
  14. 14. Penyakit : Reput Pangkal Penyebab : Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp Bahagian diserang : Pangkal pokok Cara merebak : Tanah Simptom : Daun-daun kelihatan layu Terdapat masalah putih pada pangkal pokok Akhirnya pangkal akan menjadi hitam dan reput Kawalan - Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. - Musnahkan pokok yang diserang. Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada tempoh larangan mengutip hasil (TDMH) yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak yang berkenaan. Jadual dibawah adalah panduan tempoh mengutip hasil. Panduan tempoh dilarang mengutip hasil (TDMH) racun perosak yang disyorkan bagi tomato Racun Perosak TDMH ( Bil. Hari ) acephate 21 benomyl 3 Bacillus Thuringiensis Tiada captafol 14 carbendazim 3 cuprous oxide Tiada chlorothalonil 7 dicofol 7 malathion 3
  15. 15. mancozeb 14 maneb 14 permethrin 5 propagite 7 Panduan pengiraan racun perosak tanaman adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna supaya racun yang digunakan pada kadar yang disyorkan tanpa pembaziran dan ia juga dapat mengelakkan dari pencemaran udara. Syor berdasarkan % bahan aktif Formula : V1 x C1 = V2 x C2 V1 = V2 x C2 C1 Di mana : V1 = Isipadu ( volume ) racun perosak kormesil C1 = Kepekatan bahan aktif racun perosak kormesil V2 = Jumlah isipadu semburan ( spray volume ) racun perosak dan air C2 = Kepekatan bahan aktif racun perosak yang disyorkan Contoh Pengiraan 450 liter isipadu semburan racun malathion ( kandungan bahan aktif 52% ) disyorkan untuk mengawal kepinding dengan kadar 0.1% bahan aktif. Berapa banyakkah (liter) racun malathion diperlukan? Menggunakan formula di atas :
  16. 16. V2 = 450 liter C1 = 52% C2 = 0.1% V1 = 450 liter X 0.1 % 52 % = 0.86 liter ( 860 ml ) Jawapan : Gunakan 0.86 liter ( 860 ml ) racun malathion dengan isupadu senburan 450 liter Kawalan Rumpai Rumpai bersaing untuk mendapatkan zat makanan, air dan cahaya. Rumpai yang tumbuh di atas batas perlu di cabut dengan menggunakan tangan, cangkul atau dikawal menggunakan sungkupan. Sungkupan dengan menggunakan plastik silver shine adalah teknik sungkupan yang paling berkesan. Bagi rumpai yang tumbuh di antara batas boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) sebelum peringkat berbuah. Ketika menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.
  17. 17. Kematangan dan Pengutipan Hasil Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buah akan masak 30 selepas berbunga dan tempoh mengeluarkan hasil adalah 30 – 45 hari selepas kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah. Buah-buah dipetik dengan menggunakan tangan sebiji demi sebiji dengan memastikan kulit buah tidak tercedera. Buah yang telah dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang beralas kertas dengan muatan tidak melebihi 30kg. Dalam keadaan ambien, buah tomato masak boleh disimpan selama 2 hari. Jangka masa penyimpanan boleh ditingkatkan ke 1-2 minggu jika disimpan di bilik sejuk pada sushu 5-100c dengan kelembapan di antara 90-95%. Kualiti buah yang dikehendaki di pasaran adalah seperti berikut:- Ukuran – Saiz Garis Pusat (cm) Besar - >6 cm Sederhana - 5-6 cm Kecil - <5 cm Bentuk - bulat dan tidak cacat Warna - 90% warna hijau dan 10% kuning Tekstur - lembut, bila dibelah terdapat rongga udara
  18. 18. Keadaan - Bebas dari serangan penyakit, kerosakan dan kekotoran Ekonomi Pengeluaran Kos Perbelanjaan Pada umumnya anggaran kos perbelanjaan tanaman tomato boleh dibahagikan kepada kos tetap, kos bahan dan kos tenaga kerja. Kos tetap Kos tetap merangkumi perbelanjaan bagi cukai dan alat-alat pengairan. Anggaran kos tetap bagi sehektar tanaman tomato ialah sebanyak RM756.25. Kos Bahan Jumlah kos bahan untuk pengeluaran sehektar tanaman tomato ialah sebanykan RM6529.30. perbelanjaan ini adalah diperlukan untuk bahan seperti benih, baja, racun dan alat-alat ladang. Kos Tenaga Kos tanaga kerja untuk mengusahakan sehektar tanaman tomato ialah sebanyak RM1910.00 semusim. Perbelanjaan yang paling tinggi adalah kos tenaga kerja untuk memungut hasil iaitu RM450.00.
  19. 19. Anggaran Kos Pengeluaran Tomato Seluas Sehektar Butir - butir Kuantiti Kos ( RM ) Kos Bahan Input i. Benih 0.3 kg @ RM250 75.00 ii. Baja - Tahi ayam 5 tan @ RM120 600.00 - Kapur 2.5 tan @ RM100 250.00 - NPK 12:12:17:2 30 bag @ RM43 1290.00 iii. Racun Kimia 8% dari jmlah kos bahan 439.00 iv. Plastik silver shine 40 gulung @ RM70 2800.00 v. Kayu penyokong 16000 batang @ RM0.40 320.00* vi. Dawai 15 gulung @ RM43 134.00** vii. Tali rafia 6 gulung @ RM4.50 27.00 viii. Kontigensi 10% dari jumlah kos bahan 593.00 Jumlah kecil I 6529.30 Kos Input Tenaga hari (t.h)@ RM15.00 i. Penyediaan tanah Kontrak 230.00 ii. Membuat batas 12 tenaga hari 180.00 iii. Menanam 8 tenaga hari 120.00 iv. Memasang penyokong dan dawai 20 tenaga hari 300.00 v. Menyiram 16 tenaga hari 240.00 vi. Mengawal rumpai 8 tenaga hari 120.00 vii. Membaja 8 tenaga hari 120.00 viii. Menjalarkan pokok 6 tenaga hari 90.00
  20. 20. ix. Mengawal serangga/penyakit 4 tenaga hari 60.00 x. Memungut hasil 30 tenaga hari 450.00 Jumlah kecil II 1910.00 Kos Tetap i. Cukai tanah 5 bulan @ RM 15/tahun 6.25 ii. Alat-alat pengairan 5 bulan @ RM 1800/tahun 750.00 Jumlah kecil III 756.00 Jumlah Kos Pengeluaran ( I+II+III ) 9195.55 • kayu penyokong boleh digunakan selama 2 musim. Kos semusim : RM 640/2 = RM 320 • Dawai boleh digunakan selama 2 tahun. Kos semusim : RM 645/24 X 5 = RM 134.30 Anggaran pendapatan petani dan harga pulangan modal ( Andaian : Hasil 16000kg/ha dan harga pada RM0.80/kg ) Perkara Menggunakan tenaga Menggunakan tenaga keluarga (RM) upah (RM) a. Pendapatan kasar 12800.00 12800.00 b. Kos Pengeluaran 7515.85* 9195.00 c. Pendapatan bersih 5284.15 3604.15 d. Pulangan bagi setiap RM pelaburan 1.70 1.39 e. Harga pulangan modal 0.47 0.57 ( kos pengeluaran/kg) * Tidak termasuk kos input tenaga hari yang terlibat dalam aktiviti II b hingga II j tetapi termasuk kos penyediaan tanah secara kontrak ( aktiviti II a ) Pendapatan bersih mengikut perubahan hasil dan tenaga Jenis tenaga Harga / kg Hasil 8000 16000 25000 ( RM ) Tenaga 0.60 2715.85 2084.15 7484.15 Keluarga 0.80 1115.85 5284.15 12484.15 1.00 484.15 8481.15 17484.15 Tenaga Upah 0.60 4395.85 404.15 5804.15
  21. 21. 0.80 2795.85 3604.15 10804.15 1.00 1195.85 6804.15 15804.15 Rujukan 1. FAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7. Kuala Lumpur : FAMA. 2. Jabatan Pertanian, (1985). Tomato Tanah Pamah. Risalah Pertanian Bil. 6. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. 3. MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDI 4. Vimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI. 5. Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
  22. 22. LAMPIRAN Penyakit yang biasa menyerang tomato Lalat buah ketidakseragaman saiz Serangan pada bunga Serangan pada daun Serangan daun Serangan daun
  23. 23. LAMPIRAN Penanaman Tomato
  24. 24. LAMPIRAN Hasil dan pemprosesan tomato sebelum dipasarkan
  25. 25. LAMPIRAN Kerja Pembungkusan tomato

×