Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Asgmnt..kesusasteraan melayu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Asgmnt..kesusasteraan melayu

  • 4,786 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
4,786
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
83
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PengenalanDato Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang SasterawanNegara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan namapenanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketikahayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis,Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato‟ Paduka oleh Sultan PerakDarulRidzuan yang membawa gelaran Dato‟.Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lamamenghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke UsmanAwang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnyaseorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melaluialam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampubelajar setakat darjah enam sahaja.Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayusahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalambidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di KualaSedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seoranganak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awangpernah menjadi „budak pejabat‟ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliaumemasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,pihak Jepun menyerah kalah.Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembacapruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itubekerja di Mingguan Melayusebagai sidang pengarang.Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidangpengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang UtusanZaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, UtusanMelayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegangjawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan UtusanMelayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudianbeliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatanpertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau
  • 2. menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudiandi tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliaumenjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalambeberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina.Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan.Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubunganantara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hinggatahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga2001.SumbanganUsman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden denganmenulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu danperikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahajadi kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir dikalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak.Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “NasibBuruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmonipantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya,beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpamelemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada padaUsman Awang.Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembutdan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yangmalang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China danRusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telahditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai,Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorangyang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budayanegara.Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan jugatelah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadisetiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanahair.Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh UniversitiMalaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun
  • 3. 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakankemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanahair. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenalbeliau adalah :-Novel : Tulang2 BerserakanCerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di BukitKenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popidan lain-lain.Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awangamat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan sajahidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yangberani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-anbeliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau jugaadalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, CempakaBerbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi DuaSeni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” jugaadalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyakdiperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji danpeminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara.Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang teruskreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalahseorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zamandan situasi.
  • 4. Hasil KaryaDalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antarajudul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah Bunga Popi Gadis Kecil Ke Makam Bonda Kekasih Kurang Ajar Pak Utih Suara Dari PusaraDramanya yang terkenal ialah: Matinya Seorang Pahlawan Tamu Bukit Kenny Serunai Malam Malam KemerdekaanDrama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu"Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskayadengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)Dato Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa,Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award1982 dan Ijazah Kehormat Doktor PersuratanUniversiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato Paduka oleh Baginda SultanPerak yang membawa gelaran Dato.
  • 5. Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya : 1. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009. 2. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007. 3. Key concepts in Usman Awangs short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006. 4. Kami yang terlibat : DBP, 2006. 5. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP, 2006 6. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006. 7. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006. 8. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004 9. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors, 2002. 10.Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP, 1995. 11.Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995. 12.Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994. 13.Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ; terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992. 14.Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992 15.Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988. 16.Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987. 17.Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa Moden, 1986. 18.Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986. 19.Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman Awang. : DBP, 1984. 20.Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984. 21.Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar Bakti, 1983. 22.Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982. 23.Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981. 24.Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail Ahmad.: DBP, 1980. 25.Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976. 26.Three South East Asian plays/ Usman Awang dll[sunting]Sifat
  • 6. Dato Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-halbesar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudahberani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasaMelayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepadakemampuan bahasa kebangsaan.”Dato Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 padabulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman TunDr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara,Keris Mas dan kiniTongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr AnwarRidhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggamdan Profesor Muhammad Haji Salleh.[sunting]Terjemahan ke dalam bahasa RusiaKulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981) Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny Almanakh(Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267 Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963. Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973. Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B. Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen
  • 7. Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977. Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, № 1, hlm. 76- 77. Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya Poyetov Azii(Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981. Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest i Rasskazi (Tulang-Tulang Berserakan. Novel dan Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981 [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel). Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu (cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva] Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di Pinggir Jalan. Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i Sovremennaya Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 5- 87647-006-6 Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari Pusara - in: Pokoryat Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-S, 2009. ISBN 978-5-93136-089-8