KPT 6044  PEMBELAJARAN BERASASKAN     ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 – ULASAN JURNAL             DISEDIAKAN OLEH:           ...
TAJUK: KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DIKALANGAN PELAJARPOLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIOLEH : FARIDAH BINTI JAMIL...
OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dilaksanakan untuk :a) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-l...
2) Hasil dapatan persoalan kajian yang kedua iaitu tentang sikap pelajar terhadap       penggunaan e-learning di mana hasi...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Ulasan jurnal

1,751

Published on

Published in: Education
2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
1,751
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
73
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan jurnal

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 – ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH: JULIANA BT MOHD JAMIL SARJANA PENDIDIKAN PERAKAUNAN M20102000978 DISEMAK OLEH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPORFAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
  2. 2. TAJUK: KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DIKALANGAN PELAJARPOLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIOLEH : FARIDAH BINTI JAMIL @ AMAT, ZAIN BINTI RETASPENDAHULUANPoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Agenda Transformasi denganmemperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara e-learning. Ini berikutan untukmerealisasikan Rancangan Malaysia Ke 10(RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yangberpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis.Pelaksanaannya adalah di setiap peringkat organisasi merangkumi penjenamaan semulaPoliteknik dan diselaraskan dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)sera Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menurut Yusof (2011), melalui keselarasanini, ia berupaya meningkatkan politeknik agar menjadi laluan alternatif untuk melahirkan modalinsane berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharuyang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Oleh itu, Bahagian Pembangunan dan PenilaianKurikulum Jabatan Pengajian Politeknik telah membangunkan sistem PembangunanPembelajaran Sumber Terbuka dan dikenali sebagai Curriculum Information Online System(CIDOS) untuk diguna pakai oleh kesemua 27 buah Politeknik sebagai alternatifmempelbagaikan kaedah pengajaran sedia ada.SOROTAN PENULISANPerisian sumber terbuka (open source) iaitu Moodle digunakan sebagai platform e-learning yangdipertanggungjawabkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dalammembangunkan perisian tersebut. Menurut Moodle dalam moodle.org (2011) mentakrifkan e-learning sebagai satu pakej perisian sumber terbuka yang diperolehi secara percuma dan direkabentuk untuk membantu pendidik semasa membina kursus atas talian. Atan et.al (2006)menyatakan kebaikan utama Moodle adalah reka bentuknya yang berasakan pendekatankonstruktivisme iaitu member ruang dan peluang kepada pelajar untuk membina dan menimbailmu pengetahuan melalui aktiviti perkongsian maklumat dan perbincangan di atas talian. Sisteme-learning yang digunakan di Politeknik Merlimau Melaka dikenali sebagai LearningManagement System Polytechnic Merlimau atau LMSPMM dan boleh dicapai menerusi URLhttp://www.cidos.edu.my .Juliana-M20102000978 1
  3. 3. OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dilaksanakan untuk :a) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning.b) Mengenal pasti sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning.c) Mengenal pasti tahap motivasi pelajar dalam penggunaan e-learning.PERSOALAN KAJIANTerdapat tiga persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik adalah seperti berikut : a) Sejauh mana tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning? b) Bagaimanakah sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning? c) Apakah tahap motivasi pelajar dalam penggunaan e-learning?KAEDAH KAJIANKaedah yang digunakan oleh penyelidik di dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajarJabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau sesi Mei 2011 di mana ia melibatkan seramai174 orang pelajar yang mengikuti kuliah peringkat sijil dan diploma. Responden juga terdiridaripada pelbagai pengkhususan iaitu Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik danKejuruteraan Komputer. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yangtelah diubah suai daripada kajian yang lepas iaitu Yahaya dan Ning (2011) dan terbahagi kepadadua bahagian. Bahagian A merupakan demografi pelajar di mana ia digunakan untuk mendapatmaklumat latar belakang responden. Manakala bahagian B pula terdiri soal selidik yangmenggunakan kaedah Skala Likert yang berkenaan dengan soalan tahap pengetahuan e-learning,sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning dan motivasi pelajar terhadap penggunaan e-learning. Penyelidik menggunakan perisian SPSS versi 17 dalam menganalisiskebolehpercayaan soal selidik tersebut.DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANAnalisis dapatan kajian yang diperolehi adalah berdasarkan persoalan kajian yang telahdikemukakan oleh penyelidik iaitu terbahagi kepada tiga perkara iaitu : 1) Hasil dapatan persoalan kajian yang pertama iaitu tentang tahap pengetahuan pelajar dalam penggunaan e-learning yang menunjukkan bahawa nilai purata min yang diperolehi iaitu 3.67. Ini menggambarkan nilai positif responden terhadap kesediaan penggunaan e-learning dikalangan pelajar dan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning yang tinggi. Ini dibuktikan dalam penyataan pelajar bahawa mereka bersetuju menggunakan e-learning kerana bahan pembelajaran boleh diperolehi pada bila-bila masa dan akan ketinggalan jika tidak menggunakannya.Juliana-M20102000978 2
  4. 4. 2) Hasil dapatan persoalan kajian yang kedua iaitu tentang sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning di mana hasil kajian mendapati bahawa nilai purata min yang diperolehi iaitu 3.17 yang menunjukkan tahap sederhana. Keadaan ini berlaku disebabkan bukan semua kursus yang diambil menggunakan e-learning dan ini mendorong pelajar menganggap bahawa kaedah pembelajaran secara e-learning bukanlah pilihan utama berbanding kaedah konvensional. 3) Hasil dapatan persoalan yang ketiga pula iaitu tahap motivasi pelajar dalam penggunaan e-learning menunjukkan nilai purata min yang diperolehi iaitu 3.28 dan masih berada ditahap sederhana. Kajian yang dibuat mendapati terdapat faktor halangan seperti kemudahan internet di Politeknik tidak mencukupi, akses kepada e-learning yang perlahan dan sering mengalami gangguan talian internet yang menjejaskan persediaan pelajar menggunakan e-learning.KESIMPULANDaripada analisis kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar mempunyai tahap kesediaan yangsederhana terhadap penggunaan e-learning. Walaupun kajian mendapati pengetahuan pelajarterhadap e-learning adalah tinggi namun sikap dan motivasi pelajar masih ditahap sederhana.Oleh yang demikian, untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan e-learning,maka mereka perlu berusaha mengubah sikap dan meningkatkan motivasi agar tidak ketinggalandalam era pembelajaran yang berpusatkan pelajar atau Outcome Base Education agar agendatransformasi Politeknik Pengajian Tinggi dapat dicapai.Sumber:www.pmm.edu.my/jke3/index2.phpJuliana-M20102000978 3

×