Pengenalan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengenalan

on

  • 316 views

 

Statistics

Views

Total Views
316
Views on SlideShare
316
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
2
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengenalan Pengenalan Document Transcript

  • PENGENALANMalaysia berhasrat menukar wajah sistem pendidikan seiring dengan visi negara dalammemenuhi Wawasan 2020. Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari merupakan satu daripadatujuh aplikasi „flagship‟ dalam projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah Bestariacuan Malaysia berfokuskan kepada pembudayaan amalan berfikir untuk membina kekuatanminda di kalangan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran zaman mereka di masa mukadalam era teknologi maklumat dan perkembangan global. Secara amnya, pelaksanaan Sekolah Bestari mengubah paradigma proses pengurusan,kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum. Antara lain kurikulum sekolah akanmengambilkira kebolehan atau kemampuan pelajar. Sebagai contoh, pelajar cemerlang bolehmempelajari kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajaryang lemah akan meneruskan segala aktiviti pembelajaran sehingga mereka bersedia untukmempelajari kandungan yang lebih tinggi. Sementara sistem pengurusan sekolah, penilaianserta lain-lain komponen pengurusan juga melalui proses anjakan, selaras dengan arusperkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau‘Information CommunicationTechnology’(ICT). Walaupun pelaksanaan Sekolah Bestari menuntut sistem pendidikanmelaksanakantransformasi yang ketara, namun dua asas penting dalam sistem pendidikan diMalaysia iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan nilai-nilai moral tidak diketepikan.Kedua-dua asas perkara tersebut yang menekankan kepada pembinaan dan pembangunanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta pembentukan nilai-nilai murnimenjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.
  • Definisi Sekolah BestariKonsep Sekolah BestariSekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semulasecara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untukmembantu pelajar menghadapi era maklumat. Sekolah Bestari berkembang denganpembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Iaberasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar ( smart machine )melaluipendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat ( centralized) dan pengagihan kuasa pusat(decentralized). Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini, kedua-dua pendekatan inidigunakan secara serentak. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada perkembangan individu secaramenyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja kepada dominan intelektual tetapi jugadominan afektif. Justeru itu, teknologi terbaru digunakan untuk memperkembangkan perananpengajaran melampaui bilik darjah biasa, mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akseskendiri iaitu pmbelajaran berpusatkan pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu.Bilik darjah masih menjadi fokus pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru danpelajar lain akan terus menjadi bahagian penting dalam sekolah Bestari. Selain itu, kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancangsupaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, refletif, holistik, global dan terbukaberdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanakmaju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dankeperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak dididik dan digalakkan meningkatkankefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari ini, direka untuk membentuk pelajarmencapai perkembangan yang seimbang iaitu secara menyeluruh (systematically) dari prosespengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapicabaran zaman maklumat. Mulai tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahmenggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran
  • kritis dan kreatif. Penggunaan teknologi sebagai pengupaya atau pemboleh menjadikomponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila projek ini diwujudkan sebagai satudaripadaaplikasi perdana MSC. Menurut Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak,Sekolah Bestari merupakan:“An exciting development of our education system isthe creation of SmartSchools. Smartschools are being planned in stagesnationally, not only to meet the requirements of theMultimedia Super Corridor, but also to create a new generation of Malaysians – Malaysianswho aremore creative and innovative in their thinking, adopt with new technologies, and abletoaccess and manage completely the information explosion.” (Blueprint Projek RintisSekolah Bestari, 1998) Berlandaskan pernyataan di atas, Konsep Sekolah Bestari menurut Mashitoh Yaacobdan MaharamMamat (2001) adalah bermatlamatkan memberi penekanan kepadaperkembangan individu secara menyeluruh dengan memberikan fokus kepada bukan padadomain intelektual semata-mata tetapi juga domain afektif. Teknologi digunakan untukmemperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah, mempertingkatkan kualitipengajaran ke arah akses kendiri, terarah dan mengikut kadar pembelajaran individu. Denganlain perkataan. melalui program ini akan lahirlah individu yang berilmu, berakhlak mulia,cekap teknologi, bersifat global dan mampu beroperasi di persada antarabangsa.
  • RumusanWalaupun berdasarkan konsep universal, Sekolah Bestari di Malaysia adalahmengikutacuannya tersendiri. Di Malaysia, Sekolah Bestari akan memberi pendidikanmenggunakan pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat FPK,menggunakan teknologi sebagai kaedah utama serta disokong oleh polisi, proses dan dijanaoleh manusia yang berketerampilan dan berkemahiran. Usaha-usaha pendidikan melaluiSekolah Bestari adalah difokuskan untuk melahirkan ‘generasi bestari’ iaitu mereka yangkritis dan kreatif serta berupaya menjana maklumat baru