LAMPIRAN C:                                                                                        1/7
PERATURAN-PERATURAN...
LAMPIRAN C:                                                                                        2/7
PERATURAN-PERATURAN...
LAMPIRAN C:                                                                                  3/7
PERATURAN-PERATURAN PROJE...
LAMPIRAN C:                                                                                     4/7
PERATURAN-PERATURAN PR...
LAMPIRAN C:                                                                                     5/7
PERATURAN-PERATURAN PR...
LAMPIRAN C:                                                                                     6/7
PERATURAN-PERATURAN PR...
LAMPIRAN C:                                                                                    7/7
PERATURAN-PERATURAN PRO...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Peraturan-Peraturan P3ST

1,298

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,298
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Peraturan-Peraturan P3ST"

  1. 1. LAMPIRAN C: 1/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME Peraturan I Penyertaan dan Pendaftaran (a) Pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja. (b) Pelajar yang ingin menjadi peserta Projek MALT Apprentice Programme (dari ini disebut MAP) mestilah mendaftarkan diri terlebih dahulu. (c) Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar naungan Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong (dari ini disebut Jemaah) dan pelajar-pelajar bukan naungan Jemaah. (d) Tiada yuran pendaftaran dan yuran bulanan dikenakan kepada pelajar naungan Jemaah. (e) Pelajar bukan naungan Jemaah dikenakan yuran pendaftaran dan bulanan. Yuran pendaftaran mesti dibayar semasa mendaftar sebagai peserta. Yuran bulanan mesti dibayar pada awal setiap bulan sebelum menggunakan fasiliti- fasiliti yang disediakan. Maksud fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang termaktub di dalam peraturan ini adalah terhad kepada perkakasan-perkakasan dan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan bagi tujuan MAP sahaja. Peserta yang tidak atau masih belum menjelaskan pembayaran yuran tidak dibenarkan untuk masuk ke makmal komputer MAP (dari ini disebut makmal) dan status pesertanya seperti dijelaskan di dalam Peraturan I(h) tidak terpakai selama tempoh itu. (f) Yuran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan MAP (dari ini disebut Pengurusan). Pembayaran yuran tidak boleh ditangguhkan atau dihutangkan atau apa-apa kaedah yang membawa kepada maksud yang sama seperti di dalam Peraturan I(f). (g) Pengurangan atau diskaun kepada jumlah yuran yang dikenakan bagi maksud promosi atau atas tujuan-tujuan lain yang difikirkan perlu adalah tertakluk kepada Pengurusan. Segala keputusan yang dibuat oleh Pengurusan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak. (h) Hanya pelajar berdaftar (dari ini disebut peserta) sahaja yang dibenarkan mengikuti program ini dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di dalam program ini termasuk penggunaan fasiliti. (i) Pendaftaran ini hanya dibuka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar yang tidak berminat tidak dibenarkan langsung menyertai MAP. (j) Setiap peserta adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan MAP. Pengingkaran kepada mana-mana peraturan akan disabitkan kesalahan dan boleh disingkirkan dari MAP. (k) Individu yang ingin menyertai MAP tetapi bukan berstatus pelajar sekolah, dibenarkan menjadi peserta dengan persetujuan dan kelulusan Pengurusan dan perlu mengikut prosedur-prosedur MAP dan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan MAP. (l) Peserta yang disingkirkan dari MAP tidak dibenarkan menggunakan fasiliti- fasiliti dan perlu membuat rayuan secara bertulis kepada Pengurusan bagi memohon untuk menyertai semula MAP.
  2. 2. LAMPIRAN C: 2/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME Peraturan II Kehadiran Ke Makmal (a) Kehadiran ke makmal adalah bagi tujuan utamanya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan atau bagi menghadiri sesi bimbingan sahaja. Kehadiran dan penggunaan komputer di makmal bagi tujuan selain akademik atau seperti yang dijelaskan dalam Peraturan II(a) adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapatkan keizinan dan persetujuan Pengurusan terlebih dahulu jika perlu. Peserta yang didapati menggunakan makmal bagi tujuan selain daripada tujuan yang dibenarkan atau jika didapati menyalahgunakan fasiliti yang disediakan, akan disingkirkan dari menjadi peserta MAP. Pengurusan boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (b) Peserta perlu menggunakan makmal dengan masa minimum selama satu jam bagi satu minggu. Tiada tempoh maksimum bagi penggunaan komputer di makmal. (c) Di dalam kes tertentu, jika terpakai, dan mendapat keizinan dari Pengurusan, peserta dibenar menggunakan makmal dengan masa minimum satu jam dalam tempoh sepuluh hari. (d) Peserta yang tidak memenuhi tempoh minimum penggunaan komputer di makmal akan dianggap sebagai tidak berminat dan akan disingkirkan dari MAP. Peraturan III Penggunaan Makmal dan Sesi Bimbingan (a) Penggunaan komputer di makmal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan wajib direkodkan di dalam buku log penggunaan komputer bagi tujuan keselamatan dan perekodan. Pengguna komputer berdaftar (dari ini disebut Pengguna Berdaftar) mesti mengisikan butiran penting seperti nama, jawatan, tujuan penggunaan dan tandatangan di buku log penggunaan komputer. Pengguna Berdaftar membawa maksud peserta, Pengurusan dan wakil sah atau wakil-wakil sah yang dilantik oleh Pengurusan untuk kerja-kerja penyelenggaraan makmal. (b) Hanya Pengguna Berdaftar sahaja yang dibenarkan menggunakan fasiliti- fasiliti yang disediakan di dalam makmal termasuk penggunaan media penyimpanan data yang disediakan. (c) Pengguna yang bukan Pengguna Berdaftar yang didapati menggunakan fasiliti-fasiliti akan didakwa menceroboh dan kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (d) Sesi bimbingan akan diadakan mengikut jadual dan peserta tidak diwajibkan untuk mengikuti sesi bimbingan. Sebarang perubahan pada jadual sesi bimbingan akan dihebahkan kepada peserta secara mel elektronik atau melalui laman web MAP. (e) Peserta yang ingin mengikuti sesi bimbingan perlu membuat tempahan awal. Hanya peserta yang membuat tempahan sahaja yang dibenarkan mengikuti sesi bimbingan. (f) Peserta yang tidak menghadirkan diri mengikut tempahan tanpa
  3. 3. LAMPIRAN C: 3/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME mengemukakan alasan yang kukuh atau alasan yang diberikan ditolak oleh Pengurusan di atas sebab-sebab tertentu, tidak dibenarkan untuk membuat tempahan di masa akan datang. (g) Peserta yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan III(f), masih menjadi peserta MAP dan boleh menggunakan fasiliti-fasiliti yang disediakan selagi tidak mengingkari peraturan-peraturan lain. (h) Peserta yang mengikuti sesi bimbingan mesti berada di dalam makmal dua minit lebih awal daripada jadual yang ditetapkan atau lewat tidak melebihi tempoh lima minit dari jadual yang ditetapkan. (i) Pelajar yang lewat tidak akan dibenarkan masuk dan dianggap sebagai tidak hadir seperti mana ditafsirkan di dalam Peraturan III(f). (j) Rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada Pengurusan dengan menyatakan sebab-sebab mengapa peserta perlu mengikuti sesi bimbingan dan menandatangani surat akujanji untuk mematuhi segala peraturan di masa akan datang. Peserta yang didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan III(i) bagi kali kedua sama ada secara berturutan atau tidak, akan digantung daripada menjadi peserta. (k) Sebuah komputer hanya boleh digunakan oleh seorang peserta sahaja. Peserta yang mengganggu atau membuat perkara yang mendatangkan gangguan kepada peserta lain di dalam makmal akan dihalau keluar dari makmal dan digantung dari menjadi peserta MAP. (l) Setiap peserta diwajibkan membawa buku catatan khas (dari ini disebut buku log) masing-masing semasa menghadiri sesi bimbingan dan tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana peserta lain. Kegunaan buku log adalah untuk mencatatkan apa-apa sahaja maklumat penting semasa sesi bimbingan dan untuk digunakan sebagai rujukan peserta sendiri. Peserta yang tidak membawa bersama buku log ketika menghadiri sesi bimbingan tidak akan dibenarkan masuk ke makmal dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan III(f). (m)Setiap peserta wajib menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan (dari ini disebut tugasan). Peserta yang tidak menyiapkan atau tidak menghantar tugasan tanpa alasan yang kukuh akan dianggap sebagai tidak berminat untuk menjadi peserta dan akan disingkirkan dari MAP. (n) Setiap peserta akan dibekalkan dengan media penyimpanan data (dari ini disebut media USB) untuk menyimpan segala kerja yang dibuat. Peserta adalah dilarang sama sekali untuk memasukkan apa-apa bahan atau perisian atau apa-apa jua kandungan selain daripada tugasan yang dibuat sendiri. Mana-mana peserta yang didapati mengingkari Peraturan III(n) akan disingkirkan dari MAP dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan untuk penyertaan semula. Jika didapati akibat daripada perbuatan peserta yang berkenaan memudaratkan fasiliti atau fasiliti-fasiliti, pihak pengurusan boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (o) Semua tugasan yang dibuat oleh peserta mesti disimpan di dalam media USB yang disediakan oleh Pengurusan. Segala tugasan oleh peserta yang disimpan di dalam cakera keras komputer akan dihapuskan tanpa amaran.
  4. 4. LAMPIRAN C: 4/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME (p) Setiap peserta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan media USB masing-masing termasuklah tugasan yang terkandung di dalamnya. (q) Media USB yang dibekalkan Pengurusan adalah hak milik Pengurusan dan hanya diberikan kepada peserta ketika peserta berada di makmal dan bertujuan untuk menyelesaikan tugasan seperti mana yang diterangkan di dalam Peraturan II(a). Media USB tidak boleh dibawa keluar dari makmal pada sebarang masa. Media USB mesti dipulangkan selepas digunakan dan sebelum keluar dari makmal. Peserta yang didapati mencuri atau menyebabkan Media USB yang dipinjamkan kepadanya hilang atau dirosakkan dengan sengaja atau dengan niat untuk merosakkan atau tanpa niat akan dikenakan disingkirkan dari MAP dan kes ini akan dibawa kepada pihak berkuasa dan akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang di dalam perlembagaan Malaysia. (r) Peserta tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang jenis dan bentuk media penyimpanan data ke dalam makmal selain daripada yang dibekalkan oleh Pengurusan. Peserta yang didapati mengingkari perintah ini akan digantung dan dihalau keluar dari makmal dengan serta-merta. (s) Sebarang kerosakan yang berlaku pada mana-mana unit komputer mestilah dilaporkan kepada Pengurusan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai kecuaian peserta dan peserta yang berkenaan akan disingkirkan dari MAP. (t) Peserta perlu memastikan makmal di dalam keadaan kemas dan tersusun setelah selesai digunakan termasuk memastikan bahawa semua suis telah dimatikan sebelum beredar keluar. Peraturan IV Tugasan dan Penilaian Peserta (a) Setiap peserta akan diberikan tugasan di dalam setiap fasa MAP. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan kefahaman peserta. (b) Setiap tugasan akan dinilai oleh panel penilai MAP yang dilantik oleh Pengurusan. (c) Secara umumnya, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek berikut: (1) Kekerapan menggunakan komputer yang disediakan di makmal (2) Kreativiti pengolahan dan persembahan tugasan. (d) Peserta yang didapati menipu, meniru, tidak jujur atau tidak menyelesaikan tugasan sendiri atau didapati menyeleweng dengan apa cara sekali pun akan disingkirkan serta merta dari MAP dan tidak dibenarkan membuat rayuan dan tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-fasiliti MAP. Peraturan V Perisian dan Perkakasan Komputer (a) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuat pengubahsuaian kepada
  5. 5. LAMPIRAN C: 5/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME sistem komputer dengan apa cara jua sekali pun termasuk memasang atau membuang perisian bagi semua komputer yang digunakan untuk tujuan MAP. (b) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuka atau memasang atau meleraikan atau menambah bahagian-bahagian komputer yang digunakan bagi tujuan MAP. (c) Peserta yang didapati bersalah melanggar Peraturan V(a) atau V(b) atau V(c) atau mana-mana pasangan atau ketiga-tiganya sekali akan didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia. (d) Perisian-perisian yang digunakan atau akan digunakan atau dirancang akan penggunaannya bagi tujuan MAP, mestilah terdiri daripada perisian-perisian yang dilesenkan di bawah mana-mana lesen-lesen sumber terbuka (open source licenses) atau yang dilesenkan di bawah perlesenan Creative Commons atau lesen percuma (Freeware) sahaja. Perisian dengan lesen tertutup dibenarkan dan adalah diterhadkan kepada sistem-sistem yang ditentukan oleh Pengurusan sahaja dan perlu mempunyai bukti perlesenan. Jika terdapat mana-mana perisian termasuklah sistem pengoperasian komputer yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini, maka seluruh sistem komputer berkenaan tidak boleh digunakan oleh mana- mana peserta dan sesiapa jua pun sebelum sistem komputer berkenaan diubah kepada keadaan yang ditetapkan di dalam Peraturan V(d) ini. Peraturan VI Format Dokumen-Dokumen (a) Semua format dokumen-dokumen yang digunapakai di dalam MAP dan urusan-urusan rasminya mestilah menggunakan dan mengikut piawaian Open Document Format oleh Organization for the Advancement Structured Information Standards (singkatannya OASIS). Maklumat mengenainya boleh didapati di laman web rasminya: http://oasis-open.org. Peraturan VII Polisi Penggunaan Internet (a) Pengguna makmal boleh menggunakan kemudahan internet dengan sekatan- sekatan tertentu iaitu: (1) Pelayaran internet dihadkan kepada laman-laman yang bersifat neutral, ilmiah, tidak prejudis, tidak meragukan, tidak merosakkan sistem komputer makmal, tidak mengandungi malicious code, tidak menyeleweng dan tidak bersifat hasutan sahaja. Pengguna yang didapati yang melayari laman-laman web yang mempunyai unsur lucah, keganasan, politik sempit, bersifat hasutan, perkauman, perjudian, permainan, hiburan melampau, menyeleweng, menghina agama Islam, meragukan, mempunyai malicious code, dan unsur- unsur yang dirasakan tidak sesuai oleh Pengurusan akan dihalau keluar serta-merta dan dilarang terus daripada memasuki makmal. Peraturan VIII Penyelenggaraan Makmal (a) Makmal perlu diselenggara dengan kadar minimum satu kali pada setiap
  6. 6. LAMPIRAN C: 6/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME bulan. (b) Penyelenggaraan makmal hanya boleh dilakukan oleh wakil yang dilantik oleh Pengurusan sahaja. Pihak lain tidak dibenarkan langsung dan tidak diberikan autoriti untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan makmal atau melantik wakil bagi tujuan penyelenggaraan dan tidak dibenarkan berada di dalam makmal semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Jika didapati ada pihak yang menyelenggara atau cuba menyelenggara atau akan menyelenggara fasiliti-fasiliti makmal tanpa kebenaran dan persetujuan dari Pengurusan atau berada di makmal semasa kerja-kerja penyelengaraan dijalankan, maka pihak yang berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perkara ini adalah dianggap telah melakukan kesalahan dan kes ini boleh dibawa ke pihak berkuasa dan boleh didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Peraturan IX Penggantungan, Penyingkiran dan Larangan Memasuki Makmal (a) Penggantungan peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan Peraturan III(j),(k),(r). Penggantungan membawa maksud penangguhan sementara status Pengguna Berdaftar bagi tempoh tiga minggu berturut- berturut bermula dari tarikh penggantungan. Individu yang digantung tidak dibenarkan memasuki makmal selama tempoh penggantungan berkuatkuasa. (b) Penyingkiran peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan Peraturan I(j),(l), Peraturan II(a),(d), Peraturan III(m),(n),(q),(s) dan Peraturan IV(d). Penyingkiran dan disingkirkan membawa maksud pemansuhan kekal status Pengguna Berdaftar. Individu yang disingkirkan tidak mempunyai akses dan kebenaran untuk memasuki makmal dan tidak dilarang menggunakan fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang disediakan dan tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari MAP tidak mengira apa-apa status yang disandangnya. (c) Larangan masuk ke makmal akan dilakukan mengikut peruntukan- peruntukan Peraturan III(k),(r), dan Peraturan VII(a)(1). Larangan masuk ke makmal membawa maksud pencegahan penggunaan fasiliti atau fasiliti- fasiliti kepada individu yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan IX(c), (a),(b) yang terpakai kepada Pengguna Berdaftar. Peraturan X Pendakwaan (a) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menuduh, mendakwa dan menghukum mana-mana Pengguna Berdaftar yang pada penafsiran berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP, telah mengingkari atau cuba mengingkari atau telah melanggar atau cuba melanggar atau dengan apa-apa cara sekali pun untuk tidak mematuhi mana-mana peraturan atau semua peraturan yang ditetapkan. (b) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk mendakwa mana-mana individu atau pihak yang bukan Pengguna Berdaftar dengan kadar serta-merta tanpa kompromi dan tanpa tangguh dan akan mendakwa dengan dakwaan maksimum yang diperuntukan di dalam peruntukan-peruntukan undang- undang di dalam perlembagaan Malaysia.
  7. 7. LAMPIRAN C: 7/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME (c) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menafsir mana-mana bahagian di dalam Peraturan-Peraturan MAP yang kurang jelas atau tidak jelas maksudnya dan penjelasannya bagi maksud dan tujuan penuduhan, pendakwaan dan penghukuman. (d) Mana-mana individu atau pihak yang pernah didakwa atau telah didakwa sedang didakwa (dari ini disebut orang yang didakwa) oleh Pengurusan mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP tidak dibenarkan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MAP. Jika didapati ada mana-mana pihak yang mempunyai urusan atau sedang berurusan dengan Pengurusan mempunyai kaitan langsung dengan orang yang didakwa, maka urusan yang sedang dijalankan akan dibatalkan. Peraturan XI Takrifan, Maksud-Maksud, Penguatkuasaan dan Pemakaian Peraturan (a) “akan” membawa maksud mesti dan wajib dilaksanakan tanpa kompromi dan tidak boleh ditangguhkan. (b) “boleh” membawa maksud pilihan sama ada mahu melaksanakan atau tidak mahu dilaksanakan dan adalah terletak di atas budi bicara Pengurusan (c) Tarikh penguatkuasaan Peraturan-Peraturan MAP adalah pada satu haribulan April tahun dua ribu sembilan dan berkuatkuasa bagi tempoh perlaksanaan. Peraturan-Peraturan MAP adalah terpakai kepada semua pihak yang terlibat secara langsung sama ada berdaftar atau tidak sebelum penguatkuasaan peraturan ini. Peraturan XII Pindaan (a) Pengurusan berhak melakukan pindaan, penambahan, pemansuhan, atau apa- apa jua bentuk perubahan kepada Peraturan-Peraturan Projek MALT Apprentice Programme tanpa sebarang sekatan dan tanpa perlu membuat makluman awal kepada semua pihak yang terlibat di dalam MAP. Peraturan XIII Format Perlaksanaan (a) Penyingkiran peserta akan dibuat pada setiap fasa sebagai suatu bentuk penapisan dan penyaringan peserta. Hanya peserta yang terbaik sahaja akan dipilih untuk dididik. (b) Peserta yang layak mara ke fasa lebih tinggi diwajibkan untuk memeterai perjanjian dengan Pengurusan sebelum dibenarkan berbuat demikian. Peserta yang enggan memeterai perjanjian akan disingkirkan.

×