• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Sejarah lari pecut
 

Sejarah lari pecut

on

  • 6,249 views

lari pecut

lari pecut

Statistics

Views

Total Views
6,249
Views on SlideShare
6,249
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
226
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • thank you for sharing!
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Sejarah lari pecut Sejarah lari pecut Document Transcript

    • SEJARAH LARI PECUTLari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.2.0 LARI PECUTLari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.A. Arahan PermulaanUntuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan perlumbaan adalah “ ke garisan, sedia, ‘bang’ “.B. Teknik Mula Lari PecutTerdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.2.1 Gaya BerdiriGaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.2.1.1 PersediaanPeserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan ‘ diberi.2.1.2 Ke garisanPelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang , kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan.Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.Condongkan badan ke hadapan.Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.rajah 2.1.2 Ke garisan2.1.3 ‘Sedia’Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.Bengkokkan lutut kaki hadapan.Kaki belakang tolak ke tanah.Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun tiupan wisel.rajah 2.1.3 Sedia2.1.4 ‘bang’ atau ‘mula’Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.rajah 2.1.4 ‘Bang’ atau Mula2.2 Gaya DekamSejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.2.3 Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari PecutMengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:1) Fasa permulaan2) Fasa lariana) Fasa pecutanb) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuanc) Fasa larian di selekoh3) Fasa penamat2.3.1 Fasa PermulaanBukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)2. Gaya sederhana (Medium Start)3. Gaya Panjang (Elongated Start)Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan1. Gaya pelurua) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.2. Gaya sederhanaa) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.3. Gaya panjanga) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOKBlok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985).Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:1) Gaya peluru- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.2) Gaya sederhana- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.3) Gaya panjang- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPATChris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55 Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42 Contoh = 86 cmPenempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cmJarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cmrajah 1:blok permulaan padang rajah 2:blok permulaan trekPENEMPATAN BIOK DI SELEKOHAcara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.2.3.2 Fasa PecutanSelepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.KEDUDUKAN TANGAN:Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.LUTUTLutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUANFasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.TEKNIK LARIAN DI SELEKOHPada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam2.3.3 Teknik PenamatFaktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.