Your SlideShare is downloading. ×
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Usul fiqh, nasakh.

2,619

Published on

nota syariah tingkatan enam.

nota syariah tingkatan enam.

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,619
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. USUL FIQH.NASAKH.PENGERTIAN.DARI SEGI BAHASA :Nasakh berasal daripada perkataan al-Naskh yang membawa maksud perubahan darisatu keadaan kepada keadaan yang lain.Nasakh juga bererti penghapusan.Nasakh bermaksud berpindah dari suatu tempat.DARI SEGI ISTILAH :Terhentinya sesuatu hukum syarak dengana ada dalil syarak lain yangmembatalkannya atau wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yangterdapat dalam wahyu terdahulu.Nas yang menghapus hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumnyadengan dalil syarak atau nas yang baru. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksudayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yangdihapuskan hukumnya.Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengansebab ada perubahan hukum daripada nas lain.Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 234 :“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkanisteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu enahan diri mereka (beriddah) selama empatbulan sepuluh hari..”Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contohnasakh yang berlaku terhadap syariat Nabi Musa : Di mana umatnya dilarangmenangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi pekerjaan tersebut diharuskan kepada umatMuhammad.Dalam kitab Taurat ada menyatakan, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengananak perempuan, tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang ia tidak boleh.Selain itu juga Allah enegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkansemua agama sebelumnya.Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 85 :“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterimadaripadanya.DALIL BERLAKU NASAKH.
  • 2. DALIL AL – QURAN :HADITH RASULULLAH :SYARAT – SYARAT NASAKH.Hukum yang dinasakhkan itu adalah hukum syarak yang bukan ditetapkan atau bukantelah diwajibkan kerana zatnya.Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh mestilah datang kemudian danberasingan daripada hukum yang dinasikhkan atau al-Mansukh.Hukum yang dinasakhkan adalah sabit dengan nas dan tidak ditentukanpenggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan untuk selama-lamanya.Cara nasakh mestilah berdasarkan syarak dan dengan hukum syarak.Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yangdinasakhkan dari sudut kekuatan sabit dan dilalahnya.Menurut pendapat imam Syafi’e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalahbertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya,tetapi sama dari segi jenis.Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyaikeahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan di sampingmenasakhkan hukum sebelumnya.CARA MENGETAHUI NASAKH.Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melaluisalah satu daripada cara berikut :1. Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh.2. Salah satu daripada dua nas nasikh dan mansukh itu terbukti datangnya terkemudiandi antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat leh Nabi.3. Penegasan melalui ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas nasikh dan mansukhitu memang datang kemudian di antara satu sama lain.4. Melalui perbuatan dan amalan nabi.BAHAGIAN – BAHAGIAN NASAKH.
  • 3. Terbahagi kepada EMPAT bahagian :1. Nasakh secara terang atau soreh.2. Nasakh secara kandungan atau dhimmi.3. Nasakh keseluruhan atau kulli.4. Nasakh sebahagian atau juz’i.NASAKH SECARA TERANG ATAU SOREH.Syarak menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syariat kemudian membatalkanatau menasakhkan syariat terdahulu.NASAKH SECARA KANDUNGAN ATAU DHIMMI.Syarak mensyariatkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu sehinggatidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut melainkan dengan dibatalkan salahsatu daripadanya. Hukum yang terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahuluwalaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkanhukum terdahulu.NASAKH KESELURUHAN ATAU KULLI.Syarak membatalkan keseluruhan hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf.NASAKH SEBAHAGIAN ATAU JUZ’I.Syarak telah mensyariatkan hukum secara umum yang merangkumi setiap mukallaf,kemudiannya syarak telah membatalkan hukum itu untuk atau terhadap sebahagianmukallaf sahaja.CARA – CARA BERLAKU NASAKH.Terbahagi kepada DUA bahagian :1. Nasakh Ada Ganti.2. Nasakh Tiada Ganti.NASAKH ADA GANTI.Dengan menasakhkan hukum terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baru.Cara nasakh ini dapat dipecahkan kepada TIGA bahagian :1. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan.2. Ganti hukum lebih ringan daripada yang dinasakhkan.3. Ganti hukum lebih berat daripada yang dinasakhkan.GANTI HUKUM SAMA DENGAN YANG DINASAKHKAN.Berlaku sebagaimana contohnya : dinasakhkan hukum menghadap kiblat ke Baitul-Muqaddisdan digantikan dengan mengadap kiblat ke Baitullah (Kaabah) ketikasembahyang.Sebagimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 :
  • 4. “Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah kelangit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.”GANTI HUKUM LEBIH RINGAN DARIPADA YANG DINASAKHKAN.Hukum awal dan dahulu ada dalam nas al-Quran.Contohnya, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 65 :“Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskandua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratusorang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.”Daripada dalil tersebut Allah mewajibkan orang islam emlawan musuh dan tidak bolehmeninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh 200 orang.…………………………………………………………………………………………….GANTI HUKUM LEBIH BERAT DARIPADA YANG DINASAKHKAN.Berlaku sebagaimana firman Allah tentang hukumpengharaman arak. Iaitu konseppengharaman arak yang diturunkan dalam tiga peringkat :1. Peringkat pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudahdunyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya.2. Peringkat kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak mengerjakansembahyang. Hal itu kerana ada sahabat yang menunaikan sembahyang dalamkeadaan mabuk, menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap.3. Peringkat ketiga : Arak diharamkan terus.NASAKH TIADA GANTI.Ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi hukumnya dan tidak ada apa-apagantian dengan hukum baru.Contohnya sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 :“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap rasulullah(mengenai sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin)sebelum kamu memulakan pengadapan itu.”Dalam ayat ini Allah mmenyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemuiRasulullah perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut hukumnya dimansukhkanmelalui ayat berikutnya.Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Majadalah, ayat 13 :“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi sedekahsebelum memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak melakukan (perintah)itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu)..”
  • 5. Dalam ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah tidak perlumembawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya dinasakhkan tanpasebarang gantian dengan hukum lain.MASA BERLAKU NASAKH.Jumhur ulama sepakat mengatakkan nasakh hanya berlaku semasa Nabi Muhammadmasih hidup sahaja. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyusahaja dan wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja.Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama sekali kerana wahyutiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat nabi dan tidakpula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalahtetap walaupun selepas kewafatan baginda. Hal itu kerana baginda adalah Rasulterakhir.Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 40 :“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yangsebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dankesudahan segala Nabi-nabi.”DALIL – DALIL YANG MENASAKHKAN.1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran atau Hadith.Ulama sepakat mengatakan al-Quran HARUS menasakhkan nas al-Quran yang lainapabila dilalah kedua-duanya adalah sama kerana ia dikira sama di segi kekuatan.Manakala penasakhan al-Quran dengan Hadith, ulama berselisih pendapat tentangkeharusannya :(a) Pendapat jumhur ulama : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatirkerana ia dikira setaraf di segi kekuatan.(b) Pendapat ulama Hanafi : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir danHadith masyhur kerana Hadith Masyhur dikira hampir setaraf dengan al-Quran darisegi kekuatan. Walaupun begitu, al-Quran tidak boleh dinasakhkan dengan HadithAhad kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih.(c) Pendapat sebahagian ulama dan Imam Syafi’ie : Tidak Harus dinasakhkan al-Qurandengan Hadith walaupun Hadith Mutawatir atau hadith Masyhur.2. Nasakh Hadith dengan Hadith.(a) Pendapat jumhur ulama : Mereka sepakat mengatakan HARUS hadith menasakhkanhadith juga jika kedua0duanya setaraf dari segi sabit dan dilalahnya. Dalamperkara ini, ulama sepakat mengatakan hadith mutawatir dapat menasakhkanhadith mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya hadith Ahad hanya dapat menasakhhadith Ahad sahaja dan tidak dapat menasakh hadith Mutawatir.(b) Pendapat Ulama Hanafi : Hadith Ahad HARUS dinasakh dengan HadithMutawatirdan Hadith Masyhur kerana kedua-duanya lebih kuat daripada HadithAhad.
  • 6. 3. Nasakh Hadith dengan al-Quran.- Jumhur ulama berpendapat al-Quran HARUS menasakhkan Hadith.- Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah baitul Muqaddis ketikasembahyang.- Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : “Sesungguhnyanabi pernah mengadap ke arah Baitul Muqaddis sebagai kiblat ketika sembahyangselama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan nabi diarahkan menukar kiblat keKaabah pula.”Nas al-Quran yang menasakhkan hadith tersebut sebagaimana firman Allah dalamSurah al-Baqarah, ayat 144 :“Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknyaKaabah).”4. Nasakh dengan Ijmak.Jumhur ulama mengatakan Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan nas al-Quran dan Hadithkerana apabila sesuatu nas itu qat’I maka tidak mungkin berlaku ijmak yangmenyalahinya.Seandainya pula ia Zanni, maka kemungkinan berlaku ijmak menyalahinya. Namunbegitu, ijmak hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandanganulama yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.5. Nasakh Ijmak dengan al-Quran atau Hadith.Sebagaimana TIDAK HARUS ijmak manasakhkan al-Quran atau Hadith, begitu juga al-Quran atau Hadith tidak harus menasakhkan ijmak. Hal itu kerana yang enasakhkan itumestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Quran dan Hadithmendahului ijmak, kerana ijmak diperlukan selepas kewafata Nabi.6. Nasakh Ijmak dengan Ijmak.Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan ijmak yang lain. Hal tersebut kerana apabila ijmakterlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.7. Nasakh al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas.TIDAK HARUS dinasakhkan al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas, begitu jugatidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Quran atau Hadith atau Ijmak. Hal tersebutkerana syarat sah qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Quran dan hadith danIjmak. Sekiranya qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidakboleh beramal dengannya.8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas.TIDAK HARUS Qiyas menasakhkan Qiyas lain.
  • 7. NAS YANG TIDAK BOLEH DINASAKH.Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperti sifat-sifat Allah,kekuasaanNya, perkara-perkara Samiyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnyatentang alam Barzakh, syurga, neraka dan sebagainya.Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi danumat Islam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu.Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.wserta melalui ijmak ulama.Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengansebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya keadilah, kebenaran, sifat amanah,menzalimi dan lainnya.Hukum-hukum tentang furu’ atau cabang syarak yang telah dijelaskan berkekalnyaoleh syarak. Contohnya berjihad.HIKMAT NASAKH.Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia di mana kadang-kadangkemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkansecara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerimapembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. Contohnya terhadap hukum pengharamanriba.Untuk mengemaskinikan hukum syarak dan mengembangkan perundangan Islam. Halitu memandangkan ada sesetengah hukum-hukum Islam yang diturunkan padaperingkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itusahaja.Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Quran secara beransur-ansur adalahbertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan merekamemahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syariat dengan lebih senang.Hikmat lain juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam,khususnya masyarakat Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliahmeninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur.Hasil kerja Jimoh S. ♥

×