Skmk, sastera kepahlawanan.

1,837 views
1,624 views

Published on

nota sastera tingkatan enam.

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,837
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
40
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Skmk, sastera kepahlawanan.

  1. 1. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK.NUR AZIMAH SUTIRAN.BLOK 5, U6-7.SOALAN :APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA KEPAHLAWANAN? BINCANGKANPERANAN HIKAYAT HANG TUAH DALAM SASTERA EPIK MELAYU.Sastera kepahlawanan merupakan sebuah karya yang berkisar mengenaikepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak-watak. Watak manusiamenjadi contoh serta teladan yang dapatmemberi gambaran tentang sikap serta sifatsesebuah negara atau bangsa. Tokoh epik digambarkan dengan berlebih-lebihan sepertitaat setia yang tidak berbelah bahagi, kejujuran, kebijaksanaan dan memiliki kesaktian.Dalam pengertian yang lebih luas, sastera epik adalah karya yangmenggambarkan kepahlawanan dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kehebatan tokohtersebut bukan sahaja berjaya menampilkan kebiwaan dirinya, tetapi juga kerajaan dimana watak tersebut berada. Misalnya Hikayat Hang Tuah yang emnggambarkanketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal dirantau ini ketika itu. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yangditakrif sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera pahlawan berunsurkepahlawanan.Epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar pula berasal dari India. Epik dariIndia dikenali sebagai Mahabrata dan Ramayana. Walau bagaimanapun kedua-dua epikdari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnyaHikayat Pandewa Lima dan Hikayat Seri Rama.Manakala epik Melayu-Islam pula melibatkan kepahlawanan dari segi keislamaniaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Watak epik dari segikeislaman juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan leunggulansifat wira Melayu.Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik kebangsaan yang di dalamnya termuatdengan unsur-unsur metos, legenda, sejarah serta fiksyen. Jika kita lihat pada HikayatHang Tuah, ia mempunyai beberapa ciri-ciriyang sama dengan cerita-cerita yangdiketahui sebagai syair kepahlawanan atau saga. Misalnya tentang raja-rajanya,keadaan sosial bangsawan serta sifat keberanian, kesetiaan dan kemuliaan seseorang.Antara ciri-ciridan sifat-sifat epik dalam Hikayat Hang Tuah jika dibandingkandengan epik Hindu dan epik Melayu saduran ternyata Hikayat Hang Tuah adalah sebuahepik Melayu asli dan Hikayat Hang Tuah dengan watak heronya, Hang Tuah adalahcerita epik dan kepahlawanan bangsa Melayu.Ciri yang pertama ialah alam penceritaan atau latar tempat setiap cerita epikyang amat luas serta memakan masa yang panjang. Dalam Hikayat Hang Tuah, alampenceritaannya bermula di negeri kayangan untuk mengaitkan keturunan raja Melaka
  2. 2. dengan dewa-dewi. Selepas itu latar tempat berpindah ke dunia dengan KampungSungai Duyung iaitu tempat asal watak Hang Tuah. Dar Kampung Sungai Duyung, watakHang Tuah sekeluarga berpindah dan menetap di Bentan. Setelah negeri Melaka dibukaoleh Sang Maniaka, Hang Tuah sekeluarga berpindah pula ke sana. Hang Tuahberkhidmat sebagai biduanda istana dan laksamana di istana Melaka. Beliaumenjalankan tugasnya sehingga ke negara-negara antarabangsa seperti Majapahit, Cina,Siam, Benua Keling, Rom, Tanah Arab dan sebagainya. Hang Tuah pergi ke negara-negara tersebut kerana menjalankan tugasnya sebagai diplomat.Latar masa di dalam Hikayat Hang Tuah juga amat lama dan panjang, iaitu sesuaidengan latar masa cerita-cerita epik. Hikayat Hang Tuah bermula sebelum negeriMelaka dibuka oleh Sang Maniaka hinggalah negeri Melaka dibuka. Melaka mencapaikegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi dalamtahun 1511.Sifat dan ciri epik yang ada dalam Hikayat Hang Tuah adalah dari segi watak danperwatakan. Biasanya para pelaku dalam cerita-cerita epik adalah watak manusia biasa,bukannya dewa-dewi atau gergasi. Akan tetapi watak epik itu digambarkan memilikikuasa yang luar biasa iaitu mencapai kuasa yang luar biasa iaitu supernatural. DalamHikayat Hang Tuah dilukiskan watak utamanya ialah manusia biasa bernama HangTuah. Beliau digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa sehingga mencapai tarafsupernatural. Antara sifat-sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitukeris Taming Sari yang tidak lut dari sebarang senjata. Beliau juga dapat menjelmasebagai harimau untuk melawan musuh-musuhnya.Cerita epik mengandungi ramai watak sehingga melibatkan watak manusia,binatang dan watak dewa-dewi. Dalam teks Hikayat Hang Tuah juga melibatkan watakyang begitu ramai sehingga 130 orang watak. Antaranya melibatkan watak golonganistana, golongan rakyat jelata, dewa-dewi dan orang-orang asing serta watak binatang.Misalnya golongan istana terdiri daripada raja Melaka iaitu Sang Maniaka, PuteriGunung Ledang, Bendahara Paduka Raja, Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, HangJebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, sebagai watak-watak manusia. Manakala watak bukanmanusia seperti watak Sang Perta Dewa dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam.Watak binatang juga memainkan peranan yang tersendiri dalam Hikayat Hang Tuahterutama sebagai lambang, misalnya Pelanduk Putih, anjing, kuda tezi, buaya putih dansebagainya.Dari segi temanya, biasanya teme-tema epik ialah kepahlawanan bangsa. Begitujuga dengan Hiakat Hang Tuah sebagai sebuah karya sastera epik kebangsaanmengungkapkan tema kepahlawanan bangsa. Hikayat Hang Tuah menceritakan danmengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan ketokohannya sebagaiseorang pahlawan di Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan sertasemangat kebangsaan. Oleh itu, dalam Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengankewibawaan atau kedaulatan negeri Melaka. Malah sifat keperwiraan Hang Tuah bukanhanya diperlihatkan di negeri Melaka sahaja, malah menjangkau ke dunia luar sepertiSiam, China, Rom, Majapahit dan Benua Keling. Sifat Hang Tuah dengan sendirinyamengangkat keraajaan Melayu Melaka di mata masyarakat luar.
  3. 3. Satu lagi ciri epik dalam Hikayat Hang Tuah ialah wujudnya sifat objektifdaripada pihak pengarag dalam hikayat ini. Mengikut Kassim Ahmad memang wujudunsur dan sifat objektif daripada pihak pengarang Hikayat Hang Tuah. Antaranya ialahperistiwa-peristiwa yang diceritakan dalam hikayat ini seolah-olah pengarang itu asingsama sekali daripada apa yang sedang dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangandan tidak memberikan fikirannya serta meluahkan perasaannya. Misalnya, peristiwapertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat yang menderhaka adalah satu daripada sifatobjektif daripada pengarang itu.Jelaslah Hikayat Hang Tuah tergolong dalam sastera epik kebangsaan yang manawatak hang Tuah sebagai pahlawan bangsa yang menjadi kebanggaan orang-orangMelayu. Kelahirannya adalah terkemudian daripada epik Hindu dan epik Melayusaduran Hindu sebagai epik Melayu asli.

×