Ulasan jurnal (kpt 6044)

  • 1,162 views
Uploaded on

Tugasan: Pembelajaran Berasaskan Elektronik & Web (KPT 6044) (UPSI)

Tugasan: Pembelajaran Berasaskan Elektronik & Web (KPT 6044) (UPSI)

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,162
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
41
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. ULASAN JURNAL : Jurnal Pendidikan 34(1)(2009):155-172. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik (Rubiah Omar & Jamilah Hj.Ahmad). PENGENALAN Umumnya e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000).PENYATAAN MASALAH a. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. b. Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih lagi diragui. c. Tahap pelaksanaan E-Pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat seperti yang diharapkan. d. Pelaksanaan E-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang, berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik. 1
  • 2. e. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk melihat sejauh manakah kesediaan ahli akademik khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini.OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian secara spesifik adalah untuk memantau e-pembelajaran daripada aspek berikut:i. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.ii. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e- pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik.iii. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.METODOLOGI Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk tinjauan dan kaedah non-probability. Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian yang dipilih terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian dan sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. 2
  • 3. DAPATAN KAJIAN a. Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu kesedaran terhadap lima konsep e- pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di USM, secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman responden berada pada tahap yang tinggi yang ditunjukkan oleh nilai-nilai min bermula dari 3.99 hingga min paling tinggi iaitu 4.52 (rujuk Jadual 2). b. Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian bagi objektif yang kedua iaitu kesediaan pembelajaran arahan kendiri responden di mana pengkaji mendapati bahawa ia hanya berada di tahap sederhana sahaja pada nilai min antara 3.13 hingga 3.26 (rujuk Jadual 1). c. Dapatan kajian bagi objektif yang ketiga pula iaitu penerimaan penggunaan e- pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang menyenaraikan empat tanggungjawab, menunjukkan bahawa dua tanggungjawab berada pada tahap min tinggi iaitu 3.75 dan 3.99 sementara dua tanggungjawab lagi pada tahap min sederhana iaitu 3.51 dan 3.55 (rujuk Jadual 3). d. Pengkaji juga mendapati bahawa 12 faktor yang mempengaruhi ahli akademik di USM untuk melaksanakan e-pembelajaran dipersetujui oleh responden di mana nilai min berada di tahap 3.05 hingga 4.59 (rujuk Jadual 4).IMPLIKASI KAJIAN DAN PERBINCANGANHasil yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awalkajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM terhadape-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik,sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Terdapatlima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Daripada kelima-limakonsep ini, konsep kedua iaitu salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICTmenunjukkan nilai min paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentangkepentingan ICT bagi memastikan mereka dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalampersekitaran pendidikan era baru. Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Ambigapathy(2004) yang menyatakan bahawa majoriti daripada ahli akademik menerima program ICTdalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Tahap min paling rendah puladitunjukkan pada konsep ketiga iaitu memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajarandan pembelajaran. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaranmemerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Penemuan ini tidaksejajar dengan hasil kajian oleh Norwati dan Zaini (2007) yang membuktikan bahawa faktorkomitmen pelajar dan ahli akademik adalah salah satu faktor dalam memastikan e- 3
  • 4. pembelajaran dapat dicapai. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan majoritiahli akademik USM bersetuju dan sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistempengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawatahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubunganyang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahapsederhana. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer (Mohamed Noor, 2001)dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademiksahaja. Terdapat ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer dan ICT. Iniakan mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Halini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkemungkinan menggagalkan matlamatuniversiti untuk mencapai visi dan misinya. Ahli akademik perlu mempunyai kemahirandalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan.RUMUSANDaripada dapatan keseluruhan kajian ini, pengkaji mendapati ahli akademik di USMmempunyai kesedaran positif terhadap e-pembelajaran walaupun masih ada yang tidakmenyokongnya. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan diantara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiripula, didapati berada pada tahap sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktorlain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor memiliki kemudahankomputer peribadi. Sementara dari segi penerimaan penggunaan e-pembelajaran pula,didapati ianya diterima secara positif oleh ahli-ahli akademik. Penggunaan teknologi barusebagai alat dalam perlaksanaan e-pembelajaran membolehkan ahli akademik menjadifasilitator pembelajaran yang efektif dan mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajarlebih inovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahan-bahan kuliah dan tutorial sertaperlaksanaan pelbagai aplikasi pembelajaran yang berasaskan laman web, ahli akademikjuga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam perbincanganakademik serta menyumbang ilmu di dunia siber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkanbukan hanya graduan yang menjadi pekerja berilmu dan cerdik IT, tetapi juga berdikari danberani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi dan globalisasi.DISEDIAKAN OLEH:JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAM(NO.MATRIK: M2000111206) 4