Hazard dan risiko

  • 8,300 views
Uploaded on

 

More in: Lifestyle
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
8,300
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
240
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. HAZARD DAN RISIKOTAKRIF HAZARD DAN RISIKOPengenalanApabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, diamemperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibathazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensiberlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impakkemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan danditerima.Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risikokeselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya.TakrifHazardHazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampumengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yangmengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and HealthAssessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazardsebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalamkonteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitarantempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidakselamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.RisikoMenurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibatsesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabunganfaktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan
  • 2. tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.BahayaBahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifatperkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yangsentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding denganseseorang yang tidak terdedah kepada hazard.Perhubungan di antaras hazard, risiko dan bahayaPerhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakancontoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yangberpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepadasesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidakmemakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipetasid dengan hidroklorik dengan mulut.SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANSistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurusrisiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlaluramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, makapengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dankesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dansaling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusanrisiko bermula dengan peringkat:a)Mengenalpasti hazardb)Menilai risikoc)Mengawal risikod)Mengukur pencapaian
  • 3. Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau didalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatifdan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atausebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada ditahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterimadari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segalaperubahan kawalan yang lebih sesuaian.JENIS-JENIS HAZARDBerdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang bolehditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazardini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan mautatau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuhhanya yang berikut:(i) hazard fizikal(ii) hazard kimia(iii) hazard biologikal(iv) hazard ergonomik(i)Hazard fizikal.Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan.Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:a)Direka tidak selamat dan tidak sempurnab)Tidak diselenggara dengan baikc)Dijalankan oleh pekerja tidak terlatihd)Digunakan bukan untuk kerja sebenare)Digunakan dalam keadaan yang berbeza-bezaf)Ditukar/dipinda secara haramg)Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.
  • 4. (ii) Hazard KimiaAntara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahankimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkankecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut,simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambillangkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkantindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akanmeninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata,hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalahbergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahankimia.iii)Hazard BiologikalPekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada jangkitanpenyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:a)sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakitb)laluan masuk agen penyakit ke dalam badanc)ketahanan pekerja yang terdedahLaluan masuk ke dalam anggota badan adalah:a)penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melaluikulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemarb)inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di manaagen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.c)Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigitkuku dan makan tanpa mencuci tangand)Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
  • 5. pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.iv)Hazard ErgonomikHazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Iaselalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerjamemenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalamkeadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan „Tunnel CarpelSyndrome‟ dan sakit belakang.MENGENALPASTI HAZARDSebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazarddikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard bolehdikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh timbulkepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerjaSatu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah denganmenggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di dalamanalisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingindikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagaikaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazardini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakankelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerjadan sebagainya.Pemerhatian dan RujukanSeseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan
  • 6. prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta,peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazardyang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukansukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.Penggunaan kelengkapan khasTerdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itupancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukankelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro,sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.Aduan/laporan/cadanganSeseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dankadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semuahazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga bolehtimbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuatseorang pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARDTerdapat dua punca utama hazard iaitu:a)Keadaan di tempat kerja:i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerakii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.iii)lantai yang tidak rata dan liciniv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurnav) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna
  • 7. b)Pelakuan pekerja:i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskankesihatanii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan denganselamatiii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahayadengan selamat dan menjejaskan kesihataniv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betulv) tidak berbincang dengan majikanvi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerjaKELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADIKelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikanperlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contohkelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dankasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 4.1 menunjukkan beberapa jenis KelengkapanPerlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapanini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah pentingkelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yangberkesan.Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih secaraterancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum sertahad penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yangditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsidengan cekap dan berkesan apabila digunakan.
  • 8. Cermin Perlindungan dan “goggle‟Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yangbeterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaanpenglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata daripartikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Bolehdiperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianyamelindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.
  • 9. Pelindung dan topi kaledarPelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali digunakanbersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung penuh muka digunakanapabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar puladigunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan dikepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap.Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dangelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak danjuga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.Pemilihan Kasut dan but keselamatanAda banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda mengetahui adaperlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan penguatan keluli merupakankasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhirisatau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan ataubertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahankimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih sepertipercikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitrildigunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap ataumenggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan
  • 10. yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrikdireka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.Pemilihan Sarung tangan pelindungSarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya mengamalkancara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan pekerja bekerjadengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabilamenggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesadigunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:a)Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangandari kesan gatalb)Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggamdengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungitangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.c)Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api ataupengeseran pada permukaan kasar.d)Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.
  • 11. KOTA BHARU — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM) kinisedang berusaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadapkemalangan di tempat kerja.Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Dr. Johari Basri berkata, walaupun sudah ada kesedaran dalamkalangan mereka tetapi usaha ke arah itu perlu ditingkatkan kerana masih banyak kemalangan ditempat kerja berlaku di seluruh negara."Sikap tidak mengambil berat tentang menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerjamenyebabkan kadar kemalangan di tempat kerja terus meningkat,” katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan 2012 anjuran JKKPM peringkat Negeridi sini hari ini.Dr. Johari kesal kerana ada pekerja yang tidak mengindahkan peraturan yang ditetapkan majikanketika bekerja seperti pemakaian topi, jaket dan kasut keselamatan di kawasan kilang atau projekpembinaan.Menurutnya, JKKPM sebagai peneraju kepada keselamatan dan kesihatan negara terus komitedmelaksanakan tiga tanggungjawab utama iaitu penyediaan standard, penguatkuasaan danpromosi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terjamin. —BERNAMA