Kbk 3073
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kbk 3073

on

  • 10,682 views

 

Statistics

Views

Total Views
10,682
Views on SlideShare
10,682
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
368
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kbk 3073 Document Transcript

  • 1. KOD & NAMA KURSUS KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK TUGASAN 1 & 2 1.Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas. (AUTISME) 2. a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran(KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif,Palsi Cerebral,Epilepsi,Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan. c) Kanak-kanak bermaslah pendengaran. KUMPULAN UPSI-A33 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU D20102045368 0126425254NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK SARIB BIN SELAMATTARIKH SERAH:PENGENALAN
  • 2. Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakanuntuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yangmengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan ataudarjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturanPendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dankemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khasintegrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, danpendengaran.Kanak-kanak keperluan khas masalah pembelajaran adalah kanak-kanakSindrom Down, autisme, kurang tumpuan dan hiperaktif yang juga dikenali sebagai AttentionDeficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectualimpairment). Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, masalahpenglihatan, masalah pembelajaran terencat akal, cacat anggota, cerebral palsi(ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawalkoordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan), gangguanemosi,kurang upaya mental dan perkembangan lambat (Wolfgang,1992). Kanak-kanak berkeperluan khas tersebut memerlukan penjagaan, perhatian, malahpendidikan yang khusus. Salah satu kanak-kanak berkeperluan khas tersebut ialah autisme.TUGASAN 1: (C) Autisme
  • 3. Definisi Autisme masih belum dapat dikenal pasti penyebab utamanya. Namun penyebabautisme adalah berdasarkan genetik, kognitif, dan tingkat saraf yang khas untuk autismedengan gejala tiga serangkai. (Happé, 2008). Melalui kajian yang dijalankan oleh Autism Research Institute di San Diego, jumlahindividu autism pada tahun 1987 adalah 1:5000 anak. Jumlah ini meningkat dengan mendadakdan pada tahun 2005 sudah menjadi 1:160 anak. Autisme lebih banyak terjadi kepada lelakidaripada wanita, dengan nisbah 4:1. Gejala autisme adalah sangat pelbagai. Sebahagiannya penghidap autisme akanbersifat hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderunguntuk sukar mengendalikan emosinya dan sering temper tantrum (laku radang). Kadang-kadang mereka menangis, ketawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas. Autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalamiautism tidak mempunyai kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial dengan orang lainseperti murid normal. Sheila & Samsilah (2006). Kanak-kanak autisme biasanya sukabersendirian, tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain, tidakgemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan, suka menjauhkan diri danduduk di suatu sudut. Ciri-ciri yang khas yang menimbulkan risiko timbulnya autisme di awalusianya ialah seperti: • tidak mahu tersenyum bila diajak senyum • tidak member reaksi bila namanya dipanggil • temperamen yang pasif pada umur 6 bulan, diikuti dengan sifat kegarangan yang tinggi • kecenderungan sangat terpukau dengan sesuatu • interaksi sosial yang kurang • ekspresi muka yang kurang hidup pada saat mendekati umur 12 bulan. • pada umur satu tahun anak-anak ini lebih jelas menunjukkan gangguan komunikasi dan berbahasa. • bahasa tubuhnya kurang • pengertian bahasa mudah dan mengekpresikan perasaan yang rendah.
  • 4. Autisme (autistik) diklasifikasikan sebagai perkembangan neuro atau kecacatan neurologiyang abnormal yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal dan masalah kemampuanuntuk berkomunikasi. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisikan autisme sebagaiketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanakitu sebelum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruanneurologikal yang mengganggu fungsi otak. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia(NASOM) pula bagaimanapun mendefinisikan autism sebgai satu kekurangan seumur hidupdan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seseorang bayi.Istilah ‘Autisme’ berasal dari perkataan ‘Autos’ bermaksud diri sendiri dan ‘Isme’ bermaksudsuatu aliran. Oleh itu, autisme bermaksud keadaan yang menyebabkan seseorang kanak-kanakmemberi penumpuan dan perhatian dalam dunianya sendiri. Leo Kanner merupakan ahlipsikatri kanak-kanak yang berasal dari Amerika yang menemui penyakit autisme pada tahun1943. Oleh yang demikian, autisme juga dikenali sebagai Sindrom Kanner. Selain itu autismejuga dikenali sebagai sindrom Asperger yang berbentuk austisme tahap sederhana.Dianggarkan 1 daripada 500 individu yang mendapat penyakit autisme. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.Bagaimanapun, individu autisme menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, kemahiranmekanikal ataupun bidang muzik dan sebagainya. Menurut sejarah autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika ,Leo Kanner pada tahun 1934 di pusat perubatan John Hopkin. Leo Kanner menjalankan kajianke atas 11 orang kanak-kanak selama beberapa tahun.Kanak-kanak itu mempunyai masalahsosial , sering bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang senangdengan perubahan disekeliling dan berminat pada benda yang luar biasa.Sebahagian daripadakanak-kanak itu tidak menggunakan bahasa .Menurut Leo Kanner, kanak-kanak itu jugamempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik. Austisme berlaku sejak awal dan kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-kanak.Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan sebanyakempat kali ganda. Austisme tidak mengenal mangsa tanpa mengira agama,bangsa,kaum dantaraf sosial serta ekonomi.
  • 5. .Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yangbererti suatu aliran.Austisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukanperhatian dalam duniannya sendiri.Austisme adalah gangguan dalam perkembangan mentalkanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan , komunikasi, interaksisocial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luarbiasa. Pengertian Autis kadang-kadang dikaitkan dengan pengklasifikasian sebagaigangguan perkembangan pervasif, kategori gangguan yang sering digambarkan secarabergantian dengan spektrum yang luas dari gangguan perkembangan yang mempengaruhianak-anak dan orang dewasa yang disebut gangguan spektrum autistik (ASD). Kitarangangguan gejala autis ini bervariasi dari individu sangat terganggu dengan autisme kepadaindividu-individu lain yang memiliki kelainan interaksi sosial tetapi kecerdasan normal (sindromAsperger). Selain itu, autisme dapat dijelaskan berhubungan dengan gangguan lain sepertikecelaruan fikiran dan kondisi perasaan tertentu. Peringkat gejala autisme dapat bermula dariringan ke peringkat parah. Penderita autis yang ringan mungkin saja tampak normal, namunpada gejala autisme yang parah mungkin memiliki cacat intelektual yang ekstrim. Ciri-ciri autism lebih ketara apabila bayi tersebut berusia dua tahun atau tiga tahun.Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal daripadaperingkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa yang lain. Kanak-kanak autisme mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidakmengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala mereka tidak memahami apa yangdilihat dan apa yang didengar.Mereka seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Masalahutamanya adalah kemahiran komunikasi. Mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakanatau melibatkan diri dalam komunikasi.Masalah ini boleh menjadi serius kalau dibiarkanberterusan.Sekiranya diberi rawatan atau tidak dibantu mempertingkatkan kemahirankomunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosialnya pada masa hadapan.Kanak-kanakaustisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal.Apabila berana ditengah khalayak ramai , kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu, namun ada kalanya mereka memaparkan tingkahlakudan pola perkembangan yang berbeza.Apabila lambat ditangani, ia memberikan kesan yangserius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang
  • 6. kemahiran sosial dan komunikasi.Ibubapa memainkan peranan penting bagi mengenalpastimasalah kanak-kanak autisme diperingkat awal kerana pengesanan di peringkat awal akanmemberikan kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Punca-Punca Kecacatan Autisme Dalam kebanyakkan kes, punca autisme adalah kompleks dan sukar untuk diketahui.Kajian-kajian yang terkini tentang punca-punca autisme lebih menjurus kepada masalahgenetik, kefungsian otak dan faktor-faktor imunilogikal. Faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaanautistik kepada kanak-kanak.Punca autisme disebabkan oleh satu masalah biologi yangmenggangu perkembangan dan sistem saraf otak . Kajian mendapati faktor genetik jugamemainkan peranan utama. Kajian menunjukkan sekiranya salah seorang daripada kembarseiras mengalami autisme, risiko untuk kembarnya menghidap autisme atau masalah interaksisosial dan kefahaman bahasa amat tinggi.Selain daripada teori genetik terhadap beberapa teorilain yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di seluruh dunia seperti teori kelebihan opioid,teorigluten atau casean dan hubungan pekait celiac, kolokistokinin, oksitosin dan vasopressin,metilation,imunitasi teori autoimun dan alegi makanan,zat darah penyerang kuman ke mayelinprotien basic,teori infleksi kerana virus vaksinasi,teori sekratin,teori kelainan salurancerna( hipermeabilities intestinal/leaky gut),orphanin protrin: prophanin kekurangan vitamin,mineral nutrisi tertentu.,Selain daripada itu, penyakit yang mempunyai ciri autisme termasukFragile X-Syndrome,Phenylketonuria,Turberous Sclerosis,Neurofibromatosis,SindromAsperger,Sindrom Rett. Jangkitan virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil sepertiRubella,Toxo,Herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, jugamempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya mengganggu fungsi otak bayi yangdikandungi terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi. Dari segi genetik, adik beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autismeberbanding orang lain terutamanya pasangan kembar seiras. Masalah perubatan seperti FragileX Syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phennylketonuria (PKU) dikaitkan dengan kecelaruangenetik. Selain itu, masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autismeseperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigensemasa semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (Mumps). Susunan kedudukan
  • 7. adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme iaitu anak sulung dalamkeluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yangmempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003). Terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam Mumps dan Rubella yangmengandungi zat pengawet Thimerosal boleh mengakibatkan penyakit autisme. Ini adalahkerana zat pengawet Thimerosal terdiri daripada Etilmerkuri yang menjadi penyebab utamaSindrom Autism Spectrum Disorder. Vaksin biasanya mengandungi plumbum, merkuri danaluminium. Kebanyakkan vaksin diimport dari luar negara dan vaksin-vaksin tersebut ditambahdengan ekstrak punggung babi, anjing dan monyet. Usia ketika mahu mendapatkan anak juga merupakan salah satu faktor yangmenyumbang kepada penyakit autisme. Hasil penemuan kajian pada tahun 2010 menyatakanbahawa, perempuan yang berusia 40 tahun lebih berisiko mendapat anak yang menghidapiautisme berbanding perempuan yang berusia 20 hingga 29 tahun. Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimunne dan jugafaktor persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapafaktor persekitaran terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidakdapat dicernakan dengan baik menyebakan protein daripada makanan ini tidakbertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akhirnya dibuangmelalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasukialiran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dan gliadorfin, yangmerosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang tergangguadalah yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan perhatian, dan tingkah laku (Jamila K.AMohamed, 2005). Kefungsian Otak,bahagian otak seperti serebelum, system limbic dan kemungkinan jugatemporal lobe dan cortex yang tidak berfungsi menyumbang kepada terjadinya autisme kepadaseseorang individu. Ketidakseimbangan neurotransmitter seperti dopamine dan serotonin jugaboleh menyebabkan autisme.
  • 8. Faktor Imunilogikal, sesetengah individu yang mengalami alahan kepada makanan sepertisusu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik mengalami ‘Immune dysfunction’(ketida kfungsian pelalian) yang menyumbang kepada faktor imunilogikal dan persekitaran.Makanan yang tidak dapat dicernakan dengan baik menyebabkan protein daripada makanantidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akan dibuangmelalui urin. Bagi kanak-kanak autisme, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki alirandarah yang membawa terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dan gliadorfinyang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Masalah pencernaan , turut dikenalpasti sebagai punca autisme.Lebih daripada 60%kanak-kanak autisme memiliki sistem pencernaan yang kurang baik.Makanan seperti susuberasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik.Protein daripadamakanan ini tidak bertukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang.Ia diserap kembalioleh tubuh, memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomerfindan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak. Ini menyebabkan fungsi otak terganggu yangmelibatkan fungsi kognitif, komuniksi reseptif,perhatian dan tingkah laku. Terdapat juga beberapa pendapat yang mengatakan antara punca lain adalah daripadakekurangan bahan organik didalam badan akan menyebabkan kerosakan otak( 30%mengalami epilepsi) kekurangan bahan biokimia akan menyebabkan gangguanmetabolisme.Selain itu kekurangan imunologi HLA atau Human Leucocyle Antigen yangterdapat dalam serum ibu bapa.Faktor sekeliling juga mempengaruhi autisme seperti sikap ibubapa yang kurang mesra serta mempunyai personaliti yang obsesif.Salah satu punca autismejuga adalah disebabkan pendedahan pada bahan toksikatau keracunan arsenik yangmenyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah sepertiSistem imun yang lemah,Alergi padasesuatu makanan,Masalah gastrointestinal,Gangguan tidur,Isu neurologi seperti gangguanpertuturan,Mengasingkan diri,Perasaan bimbang,Gangguan masalah koordinasi motor halusdan motor kasar,Mudah tertekan,Murung Pengesanan awal austisme,ia tidak dapat di kesan sejak lahir kerana ia tidakmenunukkan sebarang tanda-tanda kelainan.Cuma apabila kanak-kanak itu berusia dalamlingkungan 18 bulan, terdapat kelainan yang dapat dikesan .Sering kali ibu bapa merekamengenai perubahan yang terdapat dalam diri anak-anak mereka jika kanak-kanak itu masih
  • 9. belum dapat bercakap ataupun berjalan. Pengesanan awal dapat dilakukan dengan memerhatitanda-tanda berikut antaranya seperti tidak mahu disusui dengan susu ibu dimana beliau akanmenolak atau menangis apabila cuba diberikan.Seterusnya tidak mengenali ibu bapa merekadan melayani semua orang sama sahaja bagi kanak-kanak ini selain mereka tidak memberitindak balas terhadap orang dewasa.Kanak-kanak ini juga turut menagis apabila lapar danbasah tetapi bukan untuk menarik perhatian , mereka juga sukar untuk tidur kerana kerapterjaga waktu malam dan menggangu orang disekelilingnya .Meraka juga tidak menunjukkanminat pada matahari,cahaya, bunyi atau sesuatau pergerakkan dan juga tidak berminat padabenda pelik-pelikseperti sius lampu, pita rakaman atau barangan elektrik.Mereka juga tidakberminat kepada barang permainan seperti kanak-kanak biasa yang lain ynag mudah tertarikkepada alat permainan dan mereka gemar bermain bersendirian dan tidak takut untukditinggalkan.Kanak-kanak autisme menggunakan tangan untuk menyampaikan sesuatu sepertiuntuk mendapatkan minuman mereka akan mengheret tangan ibubapa ke dapur atau peti aisuntuk mendapatkan minuman untuk mereka.Selain itu, mereka tidak gemar disentuh, beliauakan mengeraskan badan apabila di pegang dan tidak dapat mengikut pergerakkan yang diajarcontohnya melabai tangan. Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal,Kognitif & Sosial a) Komunikasi Kanak-kanak autisme mengalami masalah perkembangan bahasa yang lambat atautiada langsung.Kanak-kanak tersebut juga kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidakmengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.Mereka jarang menggunakan bahasadan sukar diajak bercakap.Kadangkala mereka dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketikasahaja.Kebiasaannya perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai denganpertanyaan.Sering kali mengeluarkan bahasa yang tidak difahami juga suka menarik tanganorang lain apabila meminta sesuatu. Kanak- kanak autisme juga akan mengalami kelemahan dalam pertuturan sekurang-kurangnya satu daripada berikut seperti lambat memulakan pertuturan, manakala tiadababbling, gerak laku , isyarat atau percakapan. Tidak menggunakan isyarat dalam perhubungansemula jadi dan kelainan dalam pertuturan. Contohnya, pic, nada, ritma dan intonasi yang tidaksekata.Mereka kadang-kadang mengulangi percakapan yang didengar iaitu Echolalia iaitu dantidak berupaya mengikut perbualan. Mereka juga bercakap sesuatu yang tidak difahami oleh
  • 10. orang lain. Kelemahan komunikasi,pada peringkat yang paling teruk kanak-kanak ini tiadakeinginan untuk berhubung dengan orang lain manakala pada peringkat sederhana merekahanya bercakap untuk meluahkan sesuatu yang perlu sahaja.Bagi mereka yang berkebolehanbertutur mereka kan bercakap sesuatu yang berfakta tetapi tidak menepati keadaan sosial atautidak bersangkutan dengan topik.Mereka juga bercakap banyak tetapi gagal bertindak balasdalam komunikasidua hala. b) Interaksi sosial Kanak-kanak autisme kebiasaannya suka bersendirian dan gemar menjauhkan diriduduk di suatu sudut.Semasa berdepan dengan orang lain mereka iada kontak mata dansentiasa mengelak daripada memandang orang lain.Kanak-kanak autisme juga memaparkankeganjilan dalam pergaulan sosial seperti tidak memperdulikan perasaan orang lain,tidak adasikap memujuk atau simpati pada orang lain. Tidak gemar bermain dengan rakan dan seringmenolak ajakan rakan malah tidak suka disentuh.Ini kerana mereka sukan memahami perasaanorang lain kerana mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sukan untuk duduk diam danbergerak kesana dan kemari. Ada juga sebilangan mereka yang takut pada air dan kebisingan,mereka akan menjerit ketakutan sehingga berasa letih.Kadangkala mereka juga menggigit,menampar, meghantukkan kepala,menumbuk atau melukakan diri sendiri, tetapi ia jarangberlaku. Mereka juga tidak menunjukkan kesakitan yang dialaminya. Apabila terjatuh danlututnya luka,mereka akan menagis seperti yang sering dipamerkan oleh kanak-kanak lain. c) Gangguan deria Kanak-kanak ini juga sensitif pada sentuhan,mereka tidak suka dipegang ataudipeluk.Malahan mereka juga sangat sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutuptelinga.Kadang kala juga mereka suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain sertakurang sensitif pada rasa sakit atau takut. d) Pola bermain Kanak-kanak demikian juga tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya dantidak suka bermain dengan rakan sebaya.Tidak bermain mengikut cara biasa dan sukamemutar-mutar atau melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang
  • 11. dipegangnya.Mereka suka dengan objek-objek yang diputar seperti kipas dan apabila menyukaisesuatu, benda terus dibawa ke mana-mana sahaja. e) Tingkah laku Masalah tingkah laku kanak- kanak autisme selalunya hiperaktif atau hipoaktif.Namun ,kebanyakkannya adalah hiperaktif. Mereka juga sering melakukan perbuatan yang sama danberulang-ulang seperti menepuk-nepuk tangan.Kanak-kanak ini juga tidak suka padaperubahan daripada apa yang dilakukannya.Malah mereka dapat duduk lama tanpa berbuatapa-apa dan tanpa sebarang reaksi.Mereka sering berlari ke sana dan kemari tanpa sebarangtujuan.Tidak boleh duduk diam dan gemar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Mungkin beliau juga akan menggaru kepala atau apa sahaja tingkah laku yang sering dilakukan berulang-ulang. Namun tingkah laku ini dapat di hentikan dengan memberikan alternatifyang berbeza.Pehatian mereka yang singkat pada sesuatu perkara sehingga menyebabkanmereka tidak dapat menumpukan perhatian pada perkara itu dengan sepenuhnya.Tumpuannyayang singkat, menyebabkan mereka mudah jemu dan tidak dapat memberikan tumpuan denganbaik.Sebagai guru, ataupun ibu bapa, kita perlu mempelbagaikan aktiviti mereka supayamereka tidak jemu melakukannya. Cara kanak-kanak ini bermain adalah berbeza dan tidak mengikut pola bermain carabiasa. Mereka gemar memutar, melambung atau melempar alat permainan atau apa sahajabarangan yang di pegang.Mereka juga lebih gemar pada objek yang berputar seperti kipasangin dan ada yang sering menghampiri kipas angin.Apabila kanak-kanak ini menggemarisesuatu benda, mereka akan terus memegangnya dan membawanya kemana-mana sahaja.Mereka tidak peduli sama ada barangan tersebut milik orang lain ataupun milik mereka danakan berusaha mendapatkannya. Sekiranya dilarang berbuat demikian , mereka akanmenunjukkan tingkah laku yang agresif dan meragam bagi mengzahirkan perasaan tidak puashati. Namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang hanya merenung tajam ke arah bendatersebut kerana teringin atau tertarik terhadapnya. f) Imiginasi sosial
  • 12. Kelemahan imiginasi sosial dan kefahaman,menurut Baron, Chohen, et al. ( 1985),absence of a theory of mind mentafsirkan ia adalah kegagalan memhami bahawa orang lainjuga mempunyai fikiran atau kegagalan memahami pemikiran dan perasaan orang lain. Iaterbahagi kepada kepada peringkat teruk iaitu meniru dan tidak memperdulikn orang lain, padaperingkat sederhanan mereka meniru dan mengikut orang di sekeliling tetapi tidak faham akanmakna dan tujuan dan juga pengulangan atau stereotaip di dalam pergaulan tanpa variasi atauempati.Orang-orang yang mengalami autisme pada peringkat dewasa dapat merasai apa yangdifikirkan oleh orang lain tetapi tidak memahami bagaimana hendak mencungkil apa yangsedang difikirkan , Mereka juga dapat mengenali perasaan orang lain tetapi pada tahapintelektual sahaja tanpa perkongsian emosi secara empati. Selain itu kanak-kanak autisme mengalami pengawalan terhad dalam aktiviti, minat danperkembangan imaginasi sekurang-kurangnya satu daripada berikut seperti pergerakan badanstereotaip, bermain sesuatu yang sama dalam aktiviti tertentu. Tidak ada pelbagai atau variasidalam permainan.Mengalami tekanan sekiranya aktiviti atau sesuatu rutin diubah, contohnyamengubah atau menukarkan jenis-jenis pakaian, permainan dan laluan yang baru.Mereka tiadaada variasi, imaginasi dan penzahiran simbolik dan membuat sesuatu tanpa makna dantujuan.Kanak-kanak ini juga mempunyai IQ ditahap rendah dalam sesetengah kes namunterdapat juga kanak-kanak ini menyelesaikan kes tertentu dengan menggunakan IQ yang tinggi.Kanak austisme juga akan menggerakkan badan berulang-ulang contohnya, meghayun tanganberkali-kali, menggelengkan kepalanya dan apabila berjalan tumit tidak menapak kebumi.Mereka juga mengenali sesuatu dengan cara menghidu atau menjilat contohnya,menghidu makanan sebelum dimakan atau menjilat bole sebelum bermain. g) Pengiktirafan sosial Masalah pengiktirafan sosial,pada peringkat yang sangat teruk kanak-kanak ini tidakmemperdulikan orang lain.Pada peringkat sederhana kanak-kanak ini menunjukkan persaandan sikap yang baik terhadap orang lain tetapi pasif dan tidak tahu memulakn interaksi.Merekajuga terlalu aktif di dalam memulakan interaksi tetapi menunjukkan keganjilan dan lebihbersikap sebelah pihak sahaja walaupun caranya tidak sesuai.Mereka juga tidak memahami ertipergaulan sosial.Kanak-kanak ini selalu melanggar peraturan dalam interaksi sosial dan tiadsikap persefahaman terhadap orang lain. Dalam sosial kanak –kanak ini tidak gemar bergauldengan rakan-rakan lain.Mereka tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan oranglain.Mereka tidak dapat memberikan kerjasama pada aktiviti berkumpulan.Mereka tidak
  • 13. gemarbermain denganrakan dan sering menolak ajakan rakan.Mereka lebih gemar bermainsendirian.Mereka tidak gemar di sentuh namaun ada juga dikalangan mereka suka di peluk.Mereka akan menghulurkan tangan supaya didukung ataupun dipeluk.Mereka gemarbermanja dan sering gembira apabila ditujkukkan kasih sayang padanya.Kanak-kanak autismeadalah kanak-kanak yang lasak dan gemarkan permainan yang lasak.Namun , mereka tidakdapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain.Mereka akan bermainpermainan yang pelik seperti mengumpul botol kosong dan penutup botol yang tidak dilakukanoleh kanak-kanak lain.Mereka juga tidak gemar berkongsi barang permainan dengan kana-kanak lain.Mereka merasakan hak mereka dirampas oleh orang lain atau mereka kehilangansesuatu penghargaan yang dimiliki selama ini. h) Perwatakan Perwatakan kanak-kanak autisme adalah seperti kanak-kanak biasa.Apabila kitamelihatnya sepintas lalu, kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Kanak-kanak ini mempunyai wajah yang selamba ataupun terlalu bersungguh-sungguh. Beliau tidak akan memandang ke arah kita dan langsung tidak mempedulikankehadiran kita di sebelahnya.Tidak ada komunikasi mata atau eye contact dan sentiasamengelak daripada memandang muka orang lain.Walaupun beliau sedang bercakap dengankita. Namun , kanak-kanak itu sebenarnya mendengar kata-kata kita.Terdapat juga kanak-kanak autisme yang terlalu merenung ke arah kita, sehingga tidak berkelip.Kadangkala kanak-kanak ini akan merapatkan wajah kita dan merenung tajam. i) Postur dan pergerakkan Postur dan gerak laku kanak-kanak ini kadangkala melucukan. Mungkin cara kanak-kanak ini berdiri ataupun bergerak tidak stabil atai seolah-seolah seprti menari. Ada jugakanak-kanak autisme yang berjalan kaku seperti robot.selain daripada itu mereka juga tidakmenggunakan sebarang semula jadi dalam pergerakkannya.Mereka tidak tahu.bagaimana danmasa yang sesuai menggunakan pergerakan isyarat semula jadi. j) Emosi
  • 14. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab itulah ciri-ciri yang ditunjukkan olehkanak-kanak autisme. Mengamuk tidak terkawal jika tidak ditutruti kemahuannya atau dilarangmelakukan sesuatu yang diingininya juga merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jikaemosinya terganggu. Ada kalanya mencederakan diri sendiri Tidak rasa simpati dan tidakmemahami perasaan orang lain.kebiasaanya mereka tidak tahu mempamerkan mimik mukasemasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka seperti tersenyum, berkerut, masam ,sedih dan sebagainya.Wajah mereka seolah-olah mendatar dan orang lain tidak dapatmengagak perasaannya menerusi mimik mukanya.Kanak-kanak autisme tidak tahu bagaimanahendak melahirkan perasaan yang halus kerana mereka hanya dapat melahirkan perasaandalam keadaan terlalu gembira atau terlalu agresif.Kanak-kanak ini sukar hendak memahamiperasaan orang lain.Apabila rakan mereka mengalami kesedihan dan kesakitan, mereka tidakdapat mengerti.Mereka tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan perasaan sedih ataupunmuram pada sesuatu.Walaupun kadangkala rakan mereka memukul mereka, namun merekamasih ketawa dan menunjukkan perasaan gembira.Kadangkala terdapat juga kanak-kanakautisme yang genar tersenyum atau ketawa sepanjang masa.Hatinya sentiasa riang dangembira.Seolah-seolah mereka tidak mempunyai sebarang masalah.Kadangkala mereka sukamenepuk tangan bagi melahirkan rasa gembiranya.Mungkin juga mereka akan mencederakandiri sendiri bagi melahirkan keresahan atau kesedihan yang dialaminya.Mereka tidak dapatmelahirkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka dengan betul. Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Sosial Perkembangan kanak-kanak autism boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti kognitif,bahasa, komunikasi, sosial dan emosi.a) Perkembangan kognitif Dari segi kognitif, ada segelintir kanak-kanak autism mempunyai daya kognitif yang lemahmanakala ada juga yang menunjukkan keupayaan kognitif yang sangat tinggi. Kognitif kanak-kanak autism berbeza dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak yang menghidap autism initidak dapat memberikan tumpuan yang lama tentang sesuatu perkara tetapi dapat memberikantumpuan yang baik pada perkara yang mereka sukai.
  • 15. Mereka juga tidak mampu untuk memilih maklumat yang penting daripada input-input yangdiberikan kepada mereka dan maklumat itu jugak tidak mampu dikekalkan untuk jangka masayang lama. Mereka tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimanakebiasaan kanak-kanak normal. Disamping itu juga, kanak-kanak istimewa ini tidak berupayamenumpukan perhatian terhadap perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatanmasa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga sukarmemahami jenaka, membuat analogi dan sebagainya kerana mereka tidak dapat melihatperkaitan antara dua perkara. Namun ada juga individu autism yang mempunyai keupayaankognitif yang tinggi atau bakat yang luar biasa dalam muzik, matematik dan seni lukis. Sebagaicontoh, Jacob Barnett berumur 12 tahun penghidap ‘Asperges Syndrom’ dari Amerika dapatmemecahkan teori konsep rumusan metamatik yang sangat rumit. Setelah dijalankan ujian IQ,tahap kebijaksanaan Jacob melebihi Albert Einstein. b) Perkembangan bahasa Antara bahasa yang digunakan oleh penghidap autisme ketika berkomunikasi dan bertuturterdiri daripada :i. Fonologi nonsegmental Pertuturan yang dihasilkan oleh penghidap autism adalah seperti berikut: • Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan • Pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa • Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad • Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi percakapanii. Bahasa idiosinkratik Idiosinkratik adalah bermaskud ciri-ciri tingkah laku yang pelik yang ditujukkan oleh individuataupun kumpulan. Oleh yang demikian, bahasa idiosinkratik bermaksud segala bentuk bahasa
  • 16. yang dituturkan oleh penghidap penyakit auitsme ini ada pelik dan unik. Bentuk bahasa yangdikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kurang kefahaman.iii. Masalah kata ganti nama Bagi individu yang menghidap autism, penggunaan kata ganti nama mengelirukan merekaterutamanya yang melibatkan jantina seperti ‘he’ atau ‘she’. Disamping itu, mereka jugamenggunakan kata ganti nama diri kedua seperti ‘awk’, ‘anda’, ‘kamu’ untuk diri mereka sendiri.Ini adalah kerana mereka sukar memahami penggunaan perkataan yang berubah maknamengikut konteks.iv. Ekolalia Ekolalia bermaksud, penghidap autism menuturkan percakapanya secara berulang-ulangkali bukan kerana mahu berinteraksi dan ianya berlaku secara automatik. Terdapat tiga jenisekolalia yang boleh kita bezakan pada penutur autisme iaitu :a. Ekolalia serta-merta i. Pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebutb. Ekolalia lewat ii. Diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan tersebutc. Ekolalia ringan iii. Pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.
  • 17. c) Perkembangan komunikasi Kanak-kanak autism sangat mempunyai masalah dalam berkomunikasi. Mereka tidakakan memberitahu dan tidak akan menunjukkan kepada ibu bapa barang atau perkara yangmereka inginkan. Sebaliknya kanak-kanak ini akan memegang tangan ibu bapa dan membawamereka ke tampat terletaknya barang tersebut. Selain itu, penghidap autism juga tidak memberiperhatian atau tumpuan kepada perkara-perkara yang diperkatakan oleh orang lain keranamereka seakan berada didalam dunianya sendiri. Mereka juga sukar untuk memahami ekspresidan perasaan orang lain.d) Perkembangan sosial Kanak-kanak autism sering menjauhkan diri daripada orang lain. Mereka jugan akanmengelak segala bentuk interaksi sosial apabila terdapat individu yang cuba mahu berinteraksidengan mereka. Sesetangah kanak-kanak autism tidak akan mengelak daripada berinteraksitetapi mereka tidak mengambil peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka hanyaakan berinteraksi dengan orang lain apabila mereka memerlukan sesuatu. Tidak dinafikan juga,ada segelintir penghidap penyakit ini yang cuba mahu berkawan dengan orang lain tetapi,hubungan itu tidak akan kekal lama kerana sifat kanak-kanak autism ini yang lebih memikirkandiri mereka sendiri dan tidak memahami perasaan orang lain.e) Perkembangan emosi Kanak-kanak autism tidak akan menyembunyikan perasaan suka atau tidak sukakepada orang lain. Mereka sukar untuk membuat hubungan dalam cara yang tidak di salahfaham dan terkadang juga mereka menunjukkan sifat kemesraan yang melampau. Langkah Pencegahan Terdapat beberapa cara untuk mencegah anak-anak daripada mendapat penyakitautism. Antaranya adalah :
  • 18. 1. Faktor kehamilan Pasangan yang berkahwin hendaklah cuba mengelakkan mendapatkan anak dalam usia40 tahun.Para ibu haruslah menjaga kandungan dengan baik dan cuba mengelakkankandungan daripada mendapat masalah sepanjang tempoh kehamilan.Perbanyakkanmemakan buah-buahan untuk menggantikan asid folik dalam badan. 2. Faktor bahan kimia Hindarkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia yang banyak keranabahan kimia dapat menyumbang kepada berlakunya penyakit autism.Ubat-ubatan yangmempunyai bahan kimia yang boleh menyumbang kepada penyakit autism juga disarankanuntuk tidak mengambilnya secara berlebihan. 3. Terapi autisme i)Applied Behavioral Analysis (ABA) ABA adalah jenis terapi yang telah lama dipakai, telah dilakukan penelitian dan disahkan khusus untuk kanak-kanak autisme. Sistem yang dipakai adalah memberi latihan khusus kepada mereka dengan memberikan positive reinforcement (hadiah/pujian). Jenis terapi ini bias diukur kemajuannya. ii)Terapi Sosial Kekurangan yang paling ketara bagi kanak-kanak autisme adalah dalam bidang komunikasi dan interaksi. Ramai kanak-kanak ini memerlukan bantuan dalam ketrampilan berkomunikasi 2 hala, dijadikan rakan dan main bersama ditempat bermain. Seorang pakar terapi sosial membantu dengan memberikan kemudahan pada mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. iii)Terapi Perilaku
  • 19. Kanak-kanak autisme mudah merasa putus asa. Orang di sekeliling sukar untuk memahami mereka. Mereka sukar untuk mengekspresikan kemahuannya. Mereka terlalu sensitif terhadap suara, cahaya dan sentuhan. Ia tidak menghairankan apabila mereka sering mengamuk. Seorang pakar terapi tingkah-laku diperlukan untuk mencari latar belakang dari tingkah-laku negatif tersebut dan mencari penyelesaiannya dengan mendokumentasikan perubahan lingkungan dan rutin kanak-kanak tersebut untuk memperbaiki tingkah-lakunya. 4. Ubat-ubatan Rawatan yang perlu dijalankan bagi kanak-kanak autisme dengan kaedah ubatan-ubatan sering digunakan bagi menagani masalah emosi dan tingkah laku yang terdapat dikalangan kanak-kanak autisme. Ini termasuklah hiperaktif, masalah tumpuan, tantrum danagresif yang menyebabkan kanak-kanak itu sentiasa resah dan sukar untuk tidur.Pada masa inihanya risperidon yang diluluskan yang berusia 5 hingga 16 tahun yang mengalami masalahagresif.Diet atau pemakanan yang seimbang juga dapat mengurangkan masalahautisme.Sesestengah kanak-kanak autisme menunjukkan tindak balas yang positif apabiladiberikan pemakanan tanpa gluten atau tanpa casein.Gluten didapati di dalam makanan yangmengandungi gandum, barli atau bijirin.Casein pula terdapat didalam susu,keju atau bahantenusu yang lain.Walaupun ada yang tidak sependapat mengenai diet sedemikian, namun iabergabtung pada kanak-kanak tersebut.Walau bagaimanapun, ia perlu di rujuk pakar gastro danpakar pemakanan yang secukupnya dari segi kalori, nutrien dan makanan.Kanak-kanak yangmengalami sawan sering kali mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pakarperubatan.Ada kalanya mereka akan mengalami sawan kerana tidak mengambil ubat tepatpada waktunya ataupun sebab lain seperti tekanan atau cuaca.Walaupun sawan hanya berlakuselama beberapa minit sahaja tetapi kanak-kanak itu akn mengalami sakit kepala selama sejamataupun lebih. Terdapat juga kanak- kanak yang sering mendapat sawan perlu diletakkandaripada berjemur panas atau terlalu lama berada didalam bilik berhawa dingin. 5. Diet
  • 20. Kanak-kanak autisme sukar memberikan tumpuan pada kita. Kita perlu pastikan beliau berminatdengan apa yang kita ajar. Jika tidak, kita akan menghadapi masalah. Sekirannya kanak-kanakitu kelihatan bosan, kita tidak boleh memaksanya. Kita hendaklah memberikan sesuatu yangbaru untuk mengembalikan minatnya.Sekiranya kanak-kanak itutelah menyiapkan tugasan yangdiberi, usah ditambahkan tugasan untuknya kerana ini dapat membuatkan beliaubosan.Mungkin kita boleh memberikan pilihan kepadanya membuat pilihan untuk melakukansesuatu yang digemari. Mungkin beliau lebih gemar mewarna atau mungkin juga beliau inginbermain dengan plastisin.Terdapat juga kanak-kanak yang dapat menunjukkan tindak balasyang lebih baik dan memberikan tumpuan yang lebih sekiranya merekaberada diatas buaianataupun semasa mereka berguling di tikar.Input sensori daripada buaian dan tekanan daripadalantai kadangkala dapat membantu meningkatkan pertuturan.Adalah lebih baik kanak-kanak ituberseronok semasa berada di buaian dan jangan sesekali memaksanya melakukan sesuatuyang tidak digemari kerana ada kalanya hal ini dapat membuatkan mereka memaparkantingkah laku yang tidak diingini. 6. PersekitaranPersekitaran selesa diperlukan oleh kanak-kanak autisme memerlukan suasana yang teranguntuk belajar. Semasa mengajarnya pada peringkat awal, langkah baik yang dapat dilakukanadalah menutup tingkap dan pintu. Tindakan ini dapat memberikannya suasana yang selesadan mereka dapat menberikan tumpukan yang lebih semasa belajar.Kita boleh membukasemua tingkap dan pintu apabila mereka dapat beradaptasi dengan suasana itu.Kadangkalaseorang kanak-kanak autisme lebih mudah mengingati sesuatu yang dipelajarinya apabilaberada berada di luar bilik darjah. Dengan bermain buaian atau bermain di tanam, merekamudah mengingati lagu yang dipelajari. Barang permainan dapat meransang kanak-kanak autisme belajar.Walaubagaimanapun, kita harus mengelakkan daripada membeli terlalu banyak barang permainanpada satu masa. Tumpukan perhatian pada satu barang permainan pada satu masa. Melaluibarang permainan itu, kita dapat mengajarnya bahasa dan kemahiran sosial dengan baik.Kitajuga dapat mewujudkan permainan dengan melakonkan situasi menggunakan barangpermainan tersebut ataupun bercerita dengannya.Bagi mengenalkan konsep nombor, lebihmudah menggunakan alat bantu mengajar berupa bahan konkrit contohnya barang permainansupaya mudah bagi mereka mengingatinya. Set blok pembagai ukuran dan warna juga dapat
  • 21. membantu mengajar mereka konsep nombor.Melalui aktiviti ini juga kita dapat mengajarnyakemahiran menambah dan menolak. 7. Kecenderungan kepada sesuatu perkara. Kanak-kanak autisme juga mereka sering cenderung kepada sesuatu perkara. Apabilamereka lebih cenderung pada bunga, bacakan buku mengenai bunga pada mereka.Adakahbuku skrap dengan pelbagai koleksi bunga.Bawa mereka ke kebun bunga dan ajar merekamenanam bunga . Gunakan bunga semasa mengajar mereka bahasa dan pertuturan.Sebutnama-nama bunga.Gunakan juga bunga dalam matapelajaran matematik seperti aktivitimengasingkan kuantiti dan membilang.Sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yangmenarik hatinya, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah.Mereka seronok belajardan lebih bermotivasi lagi.Kawalan kelas juga tidak akan menjadi masalah.Kadangkala merekacenderung kepada satu jenis sahaja.Contohnya seorang kanak-kanak gemar makan oren yangmempunyai label tertentu .Bagi menggalakkan beliau memakan buah-buahan lain, letakkanlabel yang sama pada buah tersebut.Seorang ibu pernah menggunakan pembalut makanansegera bagi membalut roti yang dibeli supaya kanak-kanak memakannya. 8. Galakkan Berdikari Galakan berdikari serta motivasi adalah perlu. kanak-kanak ini melakukannya sendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Tugasan yang sukar boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian supaya beliau mudah melakukannya. Pada peringkatpermulaan mungkin kita perlu membantunya , namun pada akhirnya belau dapat melakukannnya sendiri.Apabila seorang kanak-kanak masih belum tahu mengikat tali kasutnya, kita tidak boleh membantu mengikatnya .Jika kita tidak mendidiknya , beliau sentiasa mengharap pertolongan kita. Kita boleh mengajarnya supaya beliau dapat menguasai kemahiran itu.Lama kelamaan sudah pasti mereka dapat melakukan sendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas perlu sentiasa diberikan perhatian agar mereka tidakterus ketinggalan. Ibu bapa sewajarnya sentiasa mengawasi perkembangan dan pertumbuhananakmereka sejak lahir kerana ini adalah cara mengenal pasti sekiranya terdapat sebarangtanda-tanda luar biasa yang ditunjukkan oleh sianak. Intervensi awal penting bagimeminimumkan kesukaran yang bakal dihadapi oleh anak yang mungkin menghadapi msalahitu. (Jamila K.A Mohamed, 2005). Kekurangan yang dialami kanak-kanak tersebut
  • 22. membolehkan ia dikesan dari awal agar masalah yang dihadapi tidak menyukarkan semuapihak di kemudian hari. Pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini juga perludiketahui oleh setiap anggota masyarakat bukan hanya kepada para ibu bapa dan para guru.Masyarakat di sekeliling perlu memberi dorongan dan sokongan kepada mereka. Oleh itu, setiap kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian dan bimbingansempurna agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna untuk membentukmasa depannya.Tugasan 2: Soalan a & c(a) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran Impian ibu bapa adalah untuk memiliki zuriat yang sempurna iaitu tiadakekurangan.Harapan mereka adalah untuk memiliki anak yang cemerlang dari segi akedemikdan juga bidang yang diceburi. Namun tidak semua ibu bapa akan memiliki anak zuriat yangsempurna dari fizikal dan mental.Sebaiknya ibu bapa yang memliki anak yang bermasalah darisegi keacatan haruslah menerima hakikat dan dugaan tersebut.Kesediaan dari segi mentalharus ada pada diri ibu bapa tersebut untuk membesarkan anak-anak yang sedemikian. Masalah pembelajaran kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kategori seperti SindromDown, Perkembangan Lewat,Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi danMasalah Pertuturan.Masalah seperti ini akan membantutkan proses pembelajaran kanak-kanak.Kanak-kanak tersebut sangat berbeza daripada kanak-kanak yang normal.Kanak-kanakyang normal boleh berdikari sendiri manakala kanak-kanak seperti ini memerlukan perhatianyang lebih daripada orang dewasa untuk membimbing mereka. Sindrom Down Sindrom down merupakan kecacatan genetik berpunca daripada kehadiran sebahagianatau kesemua kromosom 21. Ia dinamakan sempena namaJohn Langdon Down, doktor Britishyang pertama kali menemui sindrom tersebut pada tahun 1866. Ia juga dan tidak boleh diubati.Dianggarkan Sindrom Down terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. KebangkalianSindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran Sindrom
  • 23. Down berlaku daripada gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. SindromDown mengakibatkan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif),tumbesaran kanak-kanak danjuga perwatakan muka. Sindrom Down boleh dikenal pasti semasa kelahiran. Kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down biasanya mempunyai keupayaankognitif lebih rendah berbanding purata, juga impak sedikit keterencatan akal. Kelemahanperkembangan ialah kecenderungan terhadap pemikiran konkrit. Sejumlah kecil ianyaberhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Pengidap Sindrom Down boleh berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuanorang lain jika dididik dengan cara yang betul. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaituTrisomi, Translocation dan Mosaic.Kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenali melalui rautwajah mereka yang seiras. Kanak-kanak istimewa ini juga menghadapi masalah bahasa ataupertuturan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa serta guru harus memberiperhatian yang lebih kepada anak-anak seperti ini. Bimbingan didikan dan tunjuk ajar yangberkesan dapat membantu mereka berdikari apabila tamat persekolahan nanti.Terdapat jurangperbezaan yang sangat ketara diantara mereka dengan kanak-kanak biasa dari segi fizikal,kognitif, emosi dan sosial. Kesannya pertumbuhan, perkembangan dan personaliti merekaadalah tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Punca ini adalah disebabkan oleh kecacatanyang mereka alami dari segi mental dan fizikal sejaklahir. Kita sebagai warga pendidik perlubijak menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom Down ini. Perkembangan Lewat Perkembangan lewat bermaksud apabila perubahan atau perkembangan tidak berlakukepada kanak-kanak pada masa yang seharusnya dalam tempoh usianya. Masalahperkembangan lewat melibatkan masalah bahasa,pertuturan,kemahiran social danpsikomotor.Contohnya,pada kebiasaan seseorang kanak-kanak seharusnya boleh mulaberjalan apabila mencapai umur antara 9-15 bulan.Jika kanak-kanak itu tidak dapat berjalandalam tempoh tersebut maka kanak-kanak itu mengalami masalah lewat perkembangan. Masalah psikomotor yang biasanya dialami oleh kanak-kanak tersebut iaitu sepertiketidakupayaan mengikat tali kasut,memegang pensil dengan cara salah,tulisan tidakkemas,melakar dan mewarna tidak tepat. Mereka juga menghadapi masalah seperticemerkap,gaya berjalan tidak betul atau kesukaran menjalankan aktiviti seperti mengayuhbasikal.Kanak-kanak seperti ini juga menghadapi maslah pertuturan seperti perbendaharaankata yang terhad, cenderung menggunakkan ayat-ayat yang pendek,kurang menyumbangdalam perbincangan dan sebutan kerap kali salah. Dari segi masalah kemahiran social pula mereka menghadapi masalah untuk bergauldan berintekasi dengan rakan sebaya.Kebiasaanya kanak-kanak tersebut sukar bergaulkhususnya dalam persekitaran yang baharu atau kurang memberikan respon.Faktor masalahlewat perkembangan mungkin disebabkan oleh factor genetic atau persekitaran.Masalah sepertiini dapat dikenalpasti oleh pakar atau ahli psikologi melalui penilaian-penilaian tertentu.
  • 24. Cara-cara untuk mendidik kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan intervensi awalpada umumnya murid-murid belajar mengikut urutan. Jikalau kanak-kanak tersebut tidak dapatmempelajari sesuatu yang perlu pada peringkat awal ia akan mempengaruhi pembelajaranseterusnya.Langkah-langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan seperti penggunaan teknologibagi membantu pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak ini juga perlu menjalani rawatan danperubatan dengan pakar bagi membantu perkembangannya.Rawatan fizikal terapi juga perludijalankan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dapat menguasai kemahiranbelajar.Makanan seimbang juga dapat mempengaruhi kesihatan tubuh badan dan kecergasanotak kanak-kanak demikian sekiranya dapat diamalkan dengan baik.Bagi memastikan tahapperkembangan dan kebolehan kanak-kanak tersebut perkhidmatan psikologi dapat dijalankanagar kanak-kanak itu dapat mencapai keperluan yang seharusnya. Autisme Kanak-kanak autisme memang misteri kerana tiada siapa dapat membaca kehendakdan fikiran mereka. Kebiasaannya kanak-kanak istimewa ini mula menunjukkan perangai pelikseperti berlagak pekak, menjadi terganggu dengan perubahan kecil pada persekitaran danmencederakan diri sendiri.Kanak-kanak ini juga kurang berminat dan enggan menggunakanalat permainan, tidak mahu bertentang mata dan tiada ekspresi muka apabila bercakap sertalebih suka bermain sendiri. Di sebalik kekurangan ini, kelebihan yang ada pada sesetengahkanak-kanak autisme mempunyai bakat mengagumkan dalam seni lukis, muzik dan matematik. Autisme merupakan gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungansosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkahlaku terhad dan berulang biasanya berkaitan minat terhadap aktiviti dan jugaperangai.Gangguan tersebut dikenalpasti berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapabahagian otak.Saiz otak kanak-kanak autisme tidak sama seperti kanak-kanak normal keranasaiznya lebih besar. Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Hal ini biasanya disedari olehkebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Sehingga kini,para pakar belummenemukan cara untuk menyembuhkan maslah autisme. Sindrom autisme boleh dirawatdengan menjalani terapi ataupun rawatan awal yang mampu memberi kehidupan lebih baikkepada kanak-kanak istimewa ini. Menurut kajian kesihatan yang telah dijalankan, dianggarkan seorang bayi daripada1,000 kelahiran mengalami autisme. Terdapat kajian lain pula mengatakan kekerapan antaradua hingga enam kes bagi setiap 1,000 kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai rekodadik beradik menghidap autisme mempunyai kebarangkalian lebih tinggi iaitu dua hingga limaperatus akan menghadapi masalah yang sama.Masalah autisme berlaku tiga hingga empatkali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kanak-kanak autismemempunyai sifat yang berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak bolehmembesar dan hidup berdikari, manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuansepanjang hayat. Menurut Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC), iaitu Dr NorHamidah Mohd Salleh, secara umumnya kanak-kanak autistikmenghadapi tiga masalah utama
  • 25. iaitu tidak mampu bersosial,tidak boleh bertutur dan berkomunikasi serta mempunyai maslahdalam pemikiran dan perlakuan. Masalah tidak mampu bersosial melibatkan perkembangan sosial pesakit biasanyaberlaku sangat perlahan, dan mengakibatkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakansebaya. Di samping itu juga mereka menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada kanak-kanak normal seperti,tidak menghiraukan orang lain,juga kelihatan tidak sensitif padakeperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.Mereka juga mengelak dari bertentang mataatau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.Kanak-kanak ini juga tidak suka akansentuhan contohnya tidak mahu dipeluk atau dipegangGolongan ini juga susah memberkerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. Disebaliknya mereka lebih suka bermain sendiriantetapi tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. Masalah tidak boleh bertutur dan berkomunikasi ialah lambat bercakap.Antara masalahyang dihadapi ialah sukar bercakap dan tidak memahami percakapan orang lain.Mereka jugatidak boleh berkomunikasi dengan baik contohnya mereka bercakap dalam nada pelik sepertimenyanyi atau bercakap seperti robot juga sukar memulakan perbualan.Biasanya kanak-kanakini sering kali mengulangi perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.Kanak-kanak autistikdengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaranseperti orang dewasa. Masalah dalam pemikiran dan perlakuan biasanya mereka suka melakukan perkarasama atau berulang dan tidak mahu menerima apa-apa perubahan sekalipun. Emosi merekaakan mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.Pada umumnya mereka gemarmenunjukkan minat yang pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda keretamainan yang berpusing.Kanak-kanak tersebut juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyicontohnya emosi mereka akan terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar danmenunjukkan tingkah laku di luar kawalan.Mereka juga menunjukkan pergerakan badan yangpelik dan melakukannya berulang-ulang kali dan sentiasa bergerak. Pemasalahan yang dapat dikenalpasti juga adalah masalah tingkah laku.Pada masasama, kanak-kanak autisme ada masalah tingkah laku yang boleh dibahagikan kepada empatjenis iaitu suka mengasingkan diri,kumpulan pasif,tidak tahu bersosial serta aktif tetapiberperangai pelik.Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah,dan agresif yang tidak ditujukan kepada sesiapaatau perlakuan seperti mencederakan diri. Kumpulan pasif tidak peka dan faham keadaansemasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.Mereka biasanya terjerumussesara tidak sengaja dan tanpa disedari dalam masalah yang dicetuskan orang lain.Golonganini juga tidak tahu bersosial atau bergaul dengan akan sebaya.Contohnya jika melakukankesalahan ia sangat mudah dikesan.Golongan ini juga aktif tetapi berperangai pelik contohnyakanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya merekadiejek atau dibuli oleh rakan-rakan yang lain.Jika tingkah laku yang suka mencederakan dirimenandakan autisme teruk biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang daripada20. Namun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan. Aspek-aspek yang boleh mempengaruhi proses perkembangan pembelajaran individuautisme iaitu pendidikan yang sewajarnya iaitu dengan mendapat rawatan dan pendidikan awaldapat memberi kesan lebih baik. Ia juga menggalakkan kanak-kanak autistik berdikari sepertikanak-kanak normal yang lain. Disamping itu juga sokongan moral serta motivasi dan kaedahpenjagaan di rumah juga memberi pengaruh besar kepada perkembangan individu ini. Keadaan
  • 26. persekitaran.Golongan autistik mempunyai buah fikiran dan pandangan sendiri terhadapkehidupan di dunia,sebagai ibu bapa harus menerima dan menghargai pandangan merekajuga memahami serta menangani perlakuan golongan istimewa berkenaan. Menurut para pakar dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat, merekamendapati bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan bahawa mereka lebih tertarik denganpembelajaran yang mempunyai kaedah pemulihan dengan interaksi berkomputer berbandingkaedah rawatan tradisional (tanpa komputer). Pakar-pakar juga telah telah menghasilkanperkakasan dan perisian terkini bagi membantu masalah perkembangan kanak-kanak autisme.Didapati kumpulan kanak-kanak ini lebih responsif, peka dan bermotivasi sepanjang sesi terapiyang dijalankan. Dengan kaedah seperti itu mereka mampu menguasai lebih banyak kosakata. Kanak-kanak autisme juga mengalami ketidakupayaan dalam membuat pilihan ataumembuat keutamaan. Berpandukan perisian komputer, kanak-kanak autisme diajar membuatperbandingan dari segi persepsi terhadap sifat objek seperti berat atau ringan, perlahan ataulaju dan sebagainya.Perisian komputer yang dihasilkan kebanyakkannya memfokuskan kepadausaha untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk belajar menghasilkanperlakuan yang betul. Mereka juga dilatih untuk memahami konsep-konsep asas tertentu.Misi utama kaedah ini dijalankan adalah untuk menjana keupayaan bertutur di kalangan kanak-kanak autisme tersebut. Tindakan atau kaedah yang dicadangkan bagi mengatasi masalah pembelajaranautisme di dalam kelas pendidikan khas dengan mengambil guru tambahan atau sokongan didalam bilik darjah.Kemahiran asas yang perlu diajar iaitu mengajar kemahiran melaluiperbuatan. Guru perlu duduk bersama pelajar autisme dan membantu pelajar tersebutmengangkat tanganuntuk memanggil cikgu. Ini adalah salah satu latihan untuk memberitahupelajar tersebut bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilikdarjah sekiranya mengalami masalah.Guru pula perlu memberi pujian pada tindakan yang baikpelajar itu.Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang agak lama untuk mendapathasilnya. Ibu bapa juga perlu membantu guru jika untuk mendapat kesan yang lebih cepat,dengan melatih kaedah ini di rumah.Guru juga perlu menggunakan cara yang mudah difahami,contohnya menggunakan gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Kanak-kanak ini jugaperlu diajar cara yang sesuai untuk meminta atau memberi sesuatu contohnya jika barangyang dikehendaki dengan mengggunakan cara perhubungan atau komunikasi yang baik. Jikatidak dilatih dengan baik, dia akan kembali kepada cara yang negatif iaitu dengan caramengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.Guru juga perlu peka terhadap keperluankanak-kanak tersebut dengan mengenal pasti apa yang dia suka ataupun tidak. Pada peringkatawal, guru harus guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut tahapkemampuan kanak-kanak. Gunakan konsep pembayang awal jika mahu menghentikan sesuatuaktiviti dengan memberi amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit lagisupaya kanak-kanak itu bersedia. Elakkan berhenti secara mendadak ketika mahumenghentikan aktiviti kerana walaupun mereka tahu bercakap tetapi kanak-kanak autismemempunyai masalah mengenali konsep masa.Contohnya petunjuk yang diberikan seperti ‘lagilima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guruperlu mengira penurunan masa dengan jelas supaya kanak-kanak autisme mendengarnyadengan betul.Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme agarsentiasa bersedia untuk peralihan aktiviti. Jika selepas tamat tempoh masa tetapi kanak-kanaktidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidakkanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secarakonsisten sama ada di sekolah atau rumah.Namun jika mereka terlalu asyik main, jangangunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
  • 27. Kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan,lain pula bagikanak-kanak autism perubahan rutin akan membuatkan mereka berasa lebih cemas dangelisah, terutamanya bagi mereka yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terimaperubahan jika ia sudah dijangka. Ibu bapa juga perlu didik anak-anak ini melakukan kerja dirumah supaya dapat melatih mereka berdikari.Pastikan kerja yang dilakukan mempunyai tujuanatau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil baju yang dijemur,mengemakatil l atau buku setelah digunakan.Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyakmasa lapang sebaliknya isikan masa lapang itu dengan aktiviti yang berfaedah untukperkambangan dirinya. Konsep sakit pula iaitu mendidik anak mengenali anggota badan danmenghargaitubuhbadan. Keadaan ini bagi mengelak mereka mencederakan diri sendiri.Prosesini mungkin mengambil jangka masa lama untuk mereka fahami. Guru dan pelajar ini perlumembina hubungan positif.Kanak-kanak autisme lebih banyak menggunakan hubungan matadan bercakap ketika bermain.Oleh itu mereka perlu diberitahu supaya menyayangi anggotatubuh badan sendiri.Kanak-kanak ini juga perlu diberi peluang untuk membuat pilihanterutamanya berkaitan dengan aspek kehidupan mereka.Contohnya ketika melakukan urutankerja yang diwajibkan,semasa membuat pilihan baju, makanan yang digemari serta aktivitimasa lapang.Ibu bapa dan guru perlu berbincang tentang perkembangan pembelajaran anak-anak ini supaya pendekatan yang digunakan di sekolah boleh digunakan di rumah juga.Hal inijuga dapat membantu proses pembelajaran kanak-kanak autisme dengan cepat. Hiperaktif Hiperaktif (Attentsion Deficit Hyperactive Disorder (ADHD))merupakan istilah perubatanyang digunakan terhadap kanak-kanak yang mempunyai maslah tingkah laku dan kognitif. Iajuga merupakan satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Iamelibatkan tiga jenis kepayahan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati(Impulsiviti).Satu kajian telah dijalankan ke atas kanak-kanak Malaysia berumur dalamlinkungan 5 hingga 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD dankebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama yang ditemui,kemungkinan berpunca dari faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalamotak sehingga menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Tanda atau gejala seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD iaitusekiranya mempunyai lebih daripada enam tanda dari ktegori kurang tumpuan dan hiperaktif.Kurang tumpuan kanak-kanak ini sentiasa melakukan banyak kesilapan di rumah atau disekolah.Faktor lain juga dapat dikesan jika dia melakukan kesilapan banyak kali ketikamembuat kerja sekolah.Di samping itu juga dia mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya juga seringkali kehilangan barang di rumah dan di sekolah.Kanak-kanak tersebutjuga tidak dapat menyelesaikan tugasnya dan tidak memberi tumpuan yang baik ketika orangyang sedang bercakap dengannya.Kanak-kanak seperti ini juga sering menimbulkan masalahdan tidak berupaya mematuhi arahan atau peraturan telah ditetapkan.Mereka juga selalumengelakkan diri daripada aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran. Mereka mudahhilang perhatian dan pelupa.Gejala hiperaktif jika anak-kanak sering menggoyang-goyangkantangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya.Sering meninggalkankerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ, berlari-lari dan memanjat-manjat
  • 28. dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa).Perlakuan kanak-kanak ini bising sewaktubermain juga sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) serta banyakbercakap.Menurut kata hati (Impulsiviti) kebiasaannya gejala ini menunjukkan ciri-ciri sepertimenjawab soalan dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum selesai,tidak sabarmenunggu giliran,sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain sertasering menimbulkan suasana konflik dengan rakan sebayanya. Sekiranya terdapat ciri-ciri tingkahlaku sedimikian di rumah atau di sekolah ibu bapaatau guruperlu berhubung dengan segera untuk mendapat bantuan professional. Gejala gejalaini biasanya dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun.Jangka masa gejala yangdikenalpasti mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan.Perubahan tingkah laku ini dapat dikesanjika berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, dan tempatawam.Ciri perubahan kelakuan jika dilihat tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu.Kanak-kanak seperti ini juga tidak mempunyai masalah tumbesaran atau kesihatan.Namun demikianberpunca daripada factor perubahan perlakuan akan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu ketika di sekolah, semasa bergaul dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya. Komplikasi ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan(Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala,pemarah dan pembangkang.Kesan daripada gejala ini juga akan menimbulkan masalah hargadiri kerana kesusahan yang dilaluinya di sekolah, rumah dan bersama-sama rakansebayanya.Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini kerana tidakdapat memberi tumpuan pada sesi pelajaran di sekolah ketika gurunya sedang mengajar. Penyelesaikan kepada ADHD ialah dengan membawa kanak-kanak ini berjumpadengan pakar bagi menjalani rawatan yang rapi.Pengambilan ubat yang sesuai seperti yangdinasihatkan oleh pakar dapat membantu perkembangan kanak-kanak ini bagi menurunkankadar hiperaktiviti kanak-kanak ini.Dengan bantuan ubat-ubatan ia juga dapat membantukanak-kanak ini untuk belajar dengan lebih baik. Jika pengambilan ubat untuk ADHD yangdalam jangkamasa panjang pastikan ia adalah selamat untuk digunakan.Kebiasaannya ubat inidisarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Jenis ubat yang biasa digunakan ialahMethylphenidate (Ritalin) untuk membantu kanak-kanak ADHD. Pengambilan ubat ini akanmember kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badandan mengalami gangguan tidur.Pengambilan ubat ini perlu mendapat nasihat dari pakarpegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.Selain daripada perubatan teknikpengubahsuaian kelakuan(behavioural modification) perlu dilaksanakan.Teknik ini merupakancara yang berkesan di mana memerlukan tunjuk pakar psikologi supaya dapat dilakkukandengan teknik yang betul.Langkah seterusnya menjalankan pendekatan pembelajaran(educational approach). Cara tersebut bertujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak-kanakmanakala melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktivitiyang berpotensi memperkembangkan intelek mereka. Langkah terbaik untuk mengatasi kanak-kanak masalah ADHD dengan melaksanakanaktiviti pemulihan seperti pelaksanaan intervensi tingkah laku. Guru bersama ibu bapa jugaharus saling berbincanga mengenai masalah dan perkembangan pembelajaran anak-anakmereka.Teknik yang diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh dipraktikkan olehguru di sekolah.Sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru-guru perlu memberikanarahan dengan jelas. Semasa memberikan arahan pastikan bahawa kanak-kanak tersebutmemberi perhatian dan memahaminya.Guru juga perlu memberi pujian dan mitivasi sekiranyamereka membuat sesuatu dengan baik. Dengan cara tersebut kanak-kanak itu akan berasa
  • 29. seronok dan akan menaikkan rasa harga dirinya. Pujian yang diberikan perlu spesifik atautepat.Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok guru juga perlu memberiganjaran seperti hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Di dalam kelas guru jugaperlu mewujudkan Carta Bintang (hyperlink) sebagai satu cara yang bagus untuk membantukanak- kanak agar berkelakuan dengan lebih baik.Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supayakanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari agar lebih berdisiplin dan mematuhiperaturan yang telah ditetapkan.Bimbing kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka denganmenyediakan senarai semak atau membuat jadual harian untuk memastikan tugasnyadisempurnakan.Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulusebelum mengeluarkan kata-kata.Motivasi dan dorongan perlu diberi bagi membina semangatdan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu, sebaliknya jangan menitik beratkan padakelemahannya sahaja.Kanak-kanak hiperatif perlu ditempatkan di bahagian barisan hadapankelas. Guru perlu mencatitkan kerja sekolah di dalam buku khas supaya kanak-kanak ini bolehmenunjukkannya kepada ibu bapa semasa di rumah nanti. Palsi Cerebral Masalah Palsi Cerebral atau ‘spastik’ bermaksud ketidakupayaan menggunakansebahagian daripada anggota tubuh disebabkan kecederaan pada otak. Cerebral merujukkepada otak manakala palsi pula bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun poster.Kanak-kanak yang mengalami serebrum palsi bermaksud mereka tidak dapat menggunakansebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakandalam otak. Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelahiran,disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yangmembawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan ataupunkekurangan oksigen. Pendarahan di dalam otak ataupun jangkitan menyebabkan berlakunyapalsi serebrum. Ada kalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitandalam otak ataupun trauma membawa kepada palsi serebrum. Keadaan ini menjejaskan tonaotot iaitu tahap ketegangan otot yang mengganggu pergerakan spontan dan melambatkanperkembangan motor kasar dan motor hales. Palsi cerebral bukan tidak dapat diubati walaupun pendidikan, terapi dan teknologi dapatmembantu individu yang mengalaminya menjalani kehidupan yang produktif. Walaupun begitu,perlu diketahui palsi serebral bukan satu jenis penyakit, malah ia tidak berjangkit dan tidakmenjadi lebih teruk. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan palsi serebral terus mengalaminyasepanjang hayat mereka.Palsi serebral adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsikawalan motor, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Bergantung pada bahagian otak yangrosak, satu ataupun lebih daripada yang berikut berlaku sperti ketegangan otot,pergerakantanpa diarah,gangguan dalam mobility,sensasi dan persepsi yang abnormal,kecacatan dalampenglihatan, pendengaran dan pertuturan serta sakit secara tiba-tiba.Punca kerosakan otakkenungkinan berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelahiran. Terdapat dua masalah yangmenyebabkan kerosakan otak yang membawa kepada palsi serebrum iaitu kegagalan otakuntuk berkembang dengan baik dan juga kerosakan saraf di dalam otak bayi yang sedangberkembang.Tahap kerosakan otak biasanya bergantung pada jenis dan masa kecederaan ituberlaku. Bagi bayi pramatang ataupun dilahirkan tidak cukup bulan, pendarahan ke dalam otakboleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Lagi lama bayi di dalam kandungan tidak mendapatoksigen, lebih besar peluangnya untuk mendapat kerosakan dalam tisu otak. Terdapat tiga jenis palsi cerebral yang utama iaitu palsi serabral spastik,palsi serebralathetosis, dan palsi serebral ataxia.Palsi cerebral spastik pesakit mengalami ketegangan ototadalah pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti. Otot dan
  • 30. sendi adalah ketat dan kaku serta pergerakan adalah terhad.Palsi cerebral athetosis pulamengalami ketegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya daripadaketegangan normal ke tahap tinggi. Tiada koordinasi daripada segi pergerakan dan tidakterkawal.Palsi serebral ataxia menagalami masalah yang teruk daripada segi imbangan dankoordinasi.Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami satu jenis palsi cerebral ataupunkombinasi daripada beberapa jenis yang dinyatakan di atas. Bentuk dan tahap dalampergerakan fizikal adalah berbeza antara kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain, malahbahagian badan yang terlibat juga berbeza. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kecacatanini di satu bahagian badan sahaja iaitu di satu tangan dan satu kaki, yang dinamakan sebagaihemiplegia. Bagi kanak-kanak yang mengalaminya pada keseluruhan badan tetapi keadaankaki lebih teruk daripada tangan, dinamakan diplegia. Manakala yang mengalami dikeseluruhan anggota badan baik badan mahupun kedua-dua tangan dan kaki, dinamakanquadriplegia. Masalah lain yang timbul akibat kecacatan ini termasuk masalah pembelajaran, terencatakal, epilepsi, masalah pertuturan, kesukaran untuk makan, masalah deria dan lain-lain. Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum yang ringan memerlukan ahli terapi bagi membantumereka memperkembangkan kemahiran motor yang lebih baik. Manakala bagi mereka yang mengalami masalah ini pada peringkat sederhana,memerlukan lebih banyak masa dan usaha bagi memastikan mereka melibatkan diri dalamaktiviti yang dirancang. Mereka dapat berjalan tetapi dalam kadar yang lambat berbandingkanak-kanak normal. Di samping itu mereka juga memerlukan kerusi roda dan peralatan lainbagi membantu mereka bergerak. Bagi kanak-kanak dalam kategori teruk, bantuan dalamaktiviti kehidupan seharian diperlukan. Biasanya mereka tidak dapat berjalan, berdikari ataupunbercakap. Oleh itu pembelajaran bagi mereka adalah dengan melihat dan mendengar.Disebabkan mobiliti mereka yang terhad, kedudukan mereka perlu diubah dari semasa kesemasa. Kanak-kanak palsi serebrum juga mungkin turut mengalami masalah lain sepertimasalah penglihatan, pendengaran ataupun pembelajaran. Namun begitu, hampir 40% kanak-kanak palsi serebrum ini mempunyai kebolehan kognitifyang normal ataupun lebih baik daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya. Inimenunjukkan ketidakupayaan fizikal dan komunikasi yang ada pada mereka tidak bermaknamereka mengalami terencat akal. Kesan-kesan awal apabila kanak-kanak mengalami kerosakan otak, pelbagai gejala yangditunjukkan boleh membuatkan para doktor dan ibu bapa dapat membuat andaian sesuatu yangtidak kena sedang berlaku terhadap kanak-kanak itu. Dalam beberapa bulan pertama kelahiran,bagi dengan kerosakan otak mungkin menunjukkan gejala seperti kelihatan lesu dan kurangsedar,tidak selesa dan sukar dijaga,abnormal, sering menangis dengan kuat,tangan dan kakimenggeletar,sukar menghisap dan menelan,ketegangan otot yang rendah,postur yangabnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja,diserang sakit yang tiba-tiba,mata selaluberkelip-kelip,badan tersentak-sentak serta refleks yang abnormal.Dalam tempoh enam bulanpertama, tanda-tanda yang berkaitan dengan kerosakan otak juga dapat dilihat dalamketegangan otot dan postur bayi, seperti ketegangan otot mungkin berubah perlahan-lahandaripada ketegangan yang rendah kepada ketegangan yang tinggi hingga ia menjadi kaku.Bayi mungkin menggenggam tangannya.Kemungkinan juga berlaku pergerakan simetri, iaitusatu bahagian badan dapat bergerak dengan lebih mudah berbanding bahagian sebelah lagi.Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan kerana lidahnya menolak makanan keluar. Apabila bayi yang mengalami kerosakan otak mencapai umur enam bulan, biasanyakemahiran pergerakan bagi bayi itu menjadi sangat lambat, seperti menggulingkan badan,merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan bercakap. Biasanya ibu bapa dapat mengesankelambatan ini serta tingkah laku yang abnormal dan menyatakan kebimbangan mereka
  • 31. kepada pakar perubatan. Kebiasaannya para profesional tidak menggunakan istilah palsicerebral pada peringkat awal.Istilah berikut yang diberikan seperti perkembangan lambat dalamperkembangan bayi normal,perkembangan lambat dalam sistem saraf dan ketidakupayaanmotor Para profesional tidak terus melabelkan bayi sebagai bayi palsi cerebral kerana biasanyadalam sistem saraf bayi, ia mampu untuk sembuh apabila berlakunya kecederaan. Otak kanak-kanak mempunyai peluang yang besar untuk pulih berbanding otak orang dewasa. Jikakecederaan otak berlaku awal, bahagian-bahagian otak yang tidak terlibat dapat mengambil alihfungsi bahagian otak yang rosak. Ini membolehkan kanak-kanak yang mungkin mengalamikecacatan motor tertentu, berjaya ataupun berkembang dengan baik dalam kemahiran motoryang lain.Ini menunjukkan berdasarkan tanda awal, diagnosis tidak dapat dijalankan dalammasa yang singkat. Perkembangan bayi ataupun kanak-kanak itu perlu dipantau oleh kumpulanpelbagai disiplin yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menjalankan penilaian danmenganalisis kekuatan dan keperluan bayi itu. Apa yang dapat dipastikan, kebiasaannya palsiserebrum tidak menjadi semakin teruk daripada keadaan yang dialami.Walaupun keadaan kanak-kanak sedemikian namun mereka juga adalah manusia biasa yangmemerlukan perhatian dan kasih sayang.Mereka juga ingin hidup seperti kanak-kanak normaldan memerlukan pendidikan.Penilaian multi disiplin adalah penting bagi memastikan semuaaspek palsi cerebral diambil kira semasa merancang rancangan pendidikan kanak-kanak itu.Keperluan pembelajaran bagi kanak-kanak dalam kategori ini merangkumi pelbagai aspekdengan panduan berikut tahap kecacatan dan kesulitan yang wujud perlu diambil kira dalamsemua aspek seperti kognitif, fizikal, motor, pertuturan, penglihatan, pendengaran, persepsi dantingkah laku.Perhatian perlu diberi terhadap aspek motor seperti koordinasi dan kawalan motorkerana ini semua mempengaruhi perkembangan pembelajaran amnya bagi kecacatan motor.Bantuan mungkin melibatkan penunjuk kepala (head pointers), kerusi roda individu, alatbantuan elektronik, dan pelbagai peralatan yang diubah suai. Program khusus bagi bahasa adalah penting jika berlaku masalah pertuturan, dengansokongan teknologi maklumat dan komunikasi.Terapi fizikal perlu dimasukkan dalam programharian. Penilaian berterusan adalah penting bagi keperluan keupayaan kanak-kanak palsicerebral, seiring dengan perkembangan rawatan perubatan, terapi dan pengajaran.Banyak rawatan yang dapat diberi bagi membantu kanak-kanak mencapai tahap kefungsiansemaksimum mungkin. Memandangkan tidak semua kanak-kanak mengalami palsi cerebralyang sama, program rawatan secara individu adalah berbeza antara satu sama lain.Disebabkan semua kanak-kanak palsi cerebral mengalami masalah berkaitan pergerakan, olehitu rawatan utama bagi mereka ialah program latihan terapeutik. Bergantung pada keperluankanak-kanak itu, profesional pelbagai disiplin bersama-sama membantu kanak-kanak itu iaituahli fisioterapi, ahli terapi cara kerja dan patologi pertuturan. Kanak-kanak yang menerimarawatan yang terbaik bukan sahaja mengalami batasan pergerakan yang minima tetapi jugamemperoleh postur, perkembangan otot dan keupayaan bagi mengurus diri dalam kehidupanseharian. Epilepsi Epilepsi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otakyang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkanseseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa bergantungkepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi. Biasanya serangan sawan yengterjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius dan melibatkan semua peringkat umurmanusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Selepas seseorang itu mengalami
  • 32. serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak mampu mengigati apa yang telahterjadi kepada dirinya. Pada abad ke 18 dan 19 Hippocrates telah memperkenalkan ubatantileptik pertama yang dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan diseluruh dunia.MenurutHans Berger (Jerman) 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekodkehadiran pelepasan elektrik didalam otak, yang telah memungkinkan pembedahan dilakukantiga dekad kemudian.Secara puratanya kadar kekerapan berlakunya serangan sawan adalahbergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang mereka hadapi.Biasanya, jangkaanberlakunya serangan sawan epilepsi dikalangan kanak-kanak adalah selama 10-20 minit danyang paling cepat boleh terjadi adalah selam Punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan terperinci.Antara punca-punca epilepsi ialah kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktukelahiran,penyakit keturunan atau genetic seperti tuberos sclerosis,akibat komplikasi selepasstrok,ketumbuhan dibahagian otak, saluran darah luar biasaatau kecacatan saluran darahdibahagian otak,kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman,parasit,alcohol atau bahantoksik.kecederaan parah di bahagian otak serta kecederaan teruk dibahagian otak.Punca lainepilepsi ialah seperti faktor biasa kecederaan di kepala, faktor genetic dan penyakit tumorotak,faktor orang dewasa ialah penyalahgunaan alcohol, jangkitan kuman,pendedahan kepadabahan kimia dan penyakit kerosakan otak dan faktor kanak-kanak ialah demam yangkuat,kecacatan sewaktu lahir,keracunan,kecederaan di kepala dan suntikan vaksin-sawan. Ciri-ciri penghidap epilepsi meibatkan aspek fizikal ,tingkah laku social,kognitif danmotor.Ciri-ciri fizikal serangan pada bahagian fizikal pesakit akan mengalami rebah, kaku,kejang, tidak sedarkan diri, pernafasan tidak teratur,air ludah berbuih dan tidak mampumengawal pembuangan air kecil dan besar.Dari segi ciri-ciri tingkahlaku pula,mereka hanyamempamerkan sikap atau tindakan yang luar biasa setelah diserang sawan.Ciri-ciri sosialpesakit akan mempamerkan ciri-ciri seperti sukar berkawan dengan rakan sebayanereka,menghadapi dan masalah kemurungan.Ciri-ciri kognitif pesakit tidak dapatmenumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengikuti persekolahan seperti kanak-kanakbiasa yang lain.Ciri-ciri motor pesakit berada dalam keadaan binggung,mengulangi perbuatanyang sama, tidak dapat bersukan dan melakukan aktiviti berat. Langkah untuk mengurangkan risiko penyakit ini dengan menjalankan intervensi danperubatatan.Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyakitsawan seperti ujian paras kalsium dan magnesium dalama darah,ujian paras glukosa dalamdarah,ujian fungsi hati dan buah pinggang,elektroensefalogen (EEG),pemantauan video-EEG,penilaian neuropsikologi serta paras GABA.GABA ialah sejenis asid amino yang terdapatdalam system saraf pusat manusia tertumanya dibahagian otak manusia.Kebiasaanya jenisrawatan yang diberikan adalah ubat anti-epileptik (AEDS) yang mengandungi satu atau lebihbahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.Contohnya sodium valporat, Phenobarbital danphenytoin.Rawatan alternatif yang lain seperti pembedahan, diet pemakanan khas,ransangansaraf vegas dan Intervensi dari segi pendidikan Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsi seringtidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalamsehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegahsawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantudengan ubat - ubat stimulant tertentu dan kaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behaviouralmodification method ). Murid -murid yang lemah daya ingatan digalakkan menggariskan perkara-perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang
  • 33. kali supaya mudah diingat. Gangguan Emosi Masalah gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan sesuatulebih karasteristik oleh murid-murid. Menurut istilah Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberimaksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapatdiselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama adamelalui pertuturan atau perlakuantertentu.Gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri danmempunyai emosiyang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialahantisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktorintelektual,kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara amnya gangguan emosiboleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosimurid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupanseseorang murid. gangguan emosi adalah satuperkara yang amat serius pada usia persekolahan.mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Punca Gangguan Emosi dalam kalangan murid menurut Terri Mauro (2004),terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antarapunca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalamkeluarga,pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.Gangguan emosidalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnyagangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang bolehmewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapatyang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti PengajianPendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapatibahawa kecenderungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan disekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasanapersekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.Keadaan ini berlaku kerana keadaansekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesakepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada muridnakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akanmengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.Selain itu,peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalamkeluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid.Peristiwa dalam hidup mungkinbersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yangtersayang.Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,kematian,muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.Manakala peristiwa hidup yangpositif termasuk perkahwinan, mengandung,kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwadalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorangmurid.Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akanmenunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasasusah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah,resah dan lain-lain lagi.Di samping itu, keluarga yangsering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai,terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkahlaku,murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain.Sesetengahnya adayang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkansebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satusama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
  • 34. keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yangmelihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahandan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kesan gangguan emosi di Kalangan Murid berpunca daripada tekanan yang tidak dapatdikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif.Terdapatsesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimyacara sedemikian akan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya denganmengambil dadah dan alkohol,tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar.Penemuan menurut datakajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan denganpenghargaan kendiri yang rendah,lokus kawalan yang lemah, kemurungan dan masalahpenyalahgunaan.Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yangtidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya. Justeru,identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu masalah berkenaan. Antarasimptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguantidur.Pelajar tersebeut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebebkan matanya merah danselalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidakcukup tidur.Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadianbiasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yangabnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan makihamun mana mana pelajar jika terlanggarnya ditangga.Kesan yang seterusnya ialah ,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadappencapaian diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademikataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapian tersebutdan hanya mengambilnya pencapaian tersebut dengan tanpa makna.Pelajar-pelajar yang telahmengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga,menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakitperut atau sakit kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untukmendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilangsifatkelucuan.Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakanmenunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yangmengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalamigangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkangolongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa merekamenunjukkan slmptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan leblh awal sebelum kesan negatifyangmungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar. Langkah-langkah menangani masalah gangguan emosi di kalangan murid menurut ahlifalsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranyaseseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telahmengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengankebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambiloleh guru,ibu-bapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti menerapka amalkan sikap kepimpinandemokratik.Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkaninteraksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,mesra dan harmonis di antara gurudengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang danmenggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya ataumengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-muridberinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan dirisecara aktif dalam aktiviti kumpulan.
  • 35. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepadamurid-murid untukberinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang danmenguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-muridmenjalankan aktiviti pengayaan,aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz,permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebeginiakan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akanberasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkanbakat yang terpendan dalam dirimereka.Menggunakan percakapan yang sesuai sebagaimana yangtelah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan dibawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untukmewujudkaninteraksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus bolehmenggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guruboleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberikepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil danberseuaian.Guru membantu murid yang bermasalah.Sekiranya terdapat murid yang mempunyaimasalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesikaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkanmereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus jugamendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalamkumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapatmengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.Pihak sekolah Unit Bimbingan danKaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakansokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yangmempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkankemahiran social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkankonsep kendiri murid-murid.Murid bersifat self-efficacy menurut Albert Bandura, murid haruslahbersifat self-officacy iaitu murid yangboleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari puncakekalahan,memikir bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukanmembimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secaraoptimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknikmeningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguanemosi. Ibu bapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing. Guru atau ibu bapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkahlaku yang tidakdiingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anakyang merokok. Murid perlu diberi peluanguntuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untukmemperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebutwujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnyadan anak itu tidak akanmemperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkananak atau murid itu mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dankaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepadaahli psikologi, kaunselor dan personelyang berkelayakan atau bertauliah.Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itumendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawab. Ini keranaibu bapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anakmereka. Perbincangaantara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untukmenangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Pada peringkat kanak-kanak, rakansebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai perananyang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosidalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibubapa.Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangatpenting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan
  • 36. melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik danmenyeronokkan.Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan ideayang baik. Murid yangtidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan merekayang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diridari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak.Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marahterhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguanemosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya bolehdiberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. Kaunseling memerlukanpenglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannyaboleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanakberkenaan. Murid- murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingankerjaya.Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif.Langkah-langkahdiatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yangmengalami gangguan emosi untukmenguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutandengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Masalah Pertuturan Pertuturan merupakan aspek penting dalam kehidupan untuk manusia salingberinteraksi antara satu sama lain.Namun begitu terdapat juga masalah pertuturan yangdihadapi oleh manusia.Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkandaripada alat sebutan articulator. Menurut Kamarudin Hj.Husin bertutur merupakan kemahiranberinteraksi dalam suasana berbahasa manusia.Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanakhasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa yang beradadisekelilingnya.Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannyamengulangi perkataan yang disebutnya sehingga yang lebih kompleks. Apabila kemahiranbertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain disekelilingnya.Oleh yang demikian seharusnya orang dewasa perlu menunjukkan modelpertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur denganberkesan. Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan inidalam bentuk salah sebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap.Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah jika pertuturannya berbeza dariindividu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama. Pertuturannyasukar difahami apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain. Masalah pertuturan yang telah dikenal pasti terdiri daripada gagap,masalahartikulasi/telor,masalah suara,pelat, meninggalkan atau menambah imbuhan dan afasia. Gagapmerupakan pertuturan yang tidak lancar disebabkan teragak-agak dan pengulangan ataupemanjangan pertuturan.Masalah artikulasi / telor tidak dapat menyebut bunyi pertuturandengan betul.Masalah suara penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai, suaraserak, sengau atau garau.Pelat dipengaruhi oleh slanga kenegerian. Contohnya, Sarawak,
  • 37. Sabah, Kelantan, Terengganu.Meninggalkan atau menambah imbuhan serta Afasiahilang keupayaan bertutur disebabkan penyakit strok atau kecederaan kepala. Aspek-aspek pertuturan merangkumi sebutan,tekanan,mora(panjang pendek),jeda(persendian),intonasi,nada,tatabahasa,kelancaran,kefasihan dan laras Bahasa.Sebutan adalahmembunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perludilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yangmendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendakdisampaikan tidak dapat difahami.Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurunketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia bolehmembawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yangtertentu.Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, danteratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaranbertutur yang serius.Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancartetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing. Punca masalah pertuturan berpunca dari factor masalah hilang pendengaran,palsiserebral,kecederaan kepala yang teruk,strok sindrom down lelangit bercelah / sumbing dananser pita suaraBagi merujuk maslah seperti ini dengan lebih lanjut ibu bapa harus merujukkepada pakar kesihatan untuk mendapat khidmat nasihat serta ubat untuk membantu masalahyang dihadapi oleh anak mereka. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi mengatasi mengatasi masalah pertuturan guru perlumempergiatkan gerakerja atau aktiviti lisan untuk murid untuk memperbaiki tahap pertuturannyajuga harus memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi.Selain itu juga guru harusmempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping menjalankan peneguhan danpengukuhan serta-merta.Kaedah lain juga guru menggabungjalinkan aktiviti lisan dalamkemahiran-kemahiran lain bahasa, iaitu bacaan dan tulisan serta mewujudkan situasi-situasiyang menggalakkan murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain.Mengadakanrangsangan yang dapat membolehkan murid bercakap mengenai perkara-perkara tertentuserta memastikan setiap murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh guru dan murid lain.(c) Kanak-kanak bermasalah pendengaranKanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelaswalaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama ada dengan cara bacaan bibir atau cara-caralain.Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran,kanak-kanakyang mengalami masalah ini akan ketinggalan di dalam pembelajaran.Terdapat dua kategori masalah pekakiaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akanmembolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikansebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangankeupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagaipekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolongsebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60decibel.Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenalpasti apabilakanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanakyang menunjukkan masalah inimenunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka jugamenghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak initidaklancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai nada suara yangtinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.Semasa mendengar radio atau televisyenkanak-kanak ini akan meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat.Masalah pendengaranmenjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesankepada perkembangan sosial,emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.
  • 38. Ciri-ciri masalah pendengaran seperti kurang memberi perhatian,susah mengikutperaturan,tidak aktif dalam perbincangan,selalu berkhayal,perlukan bantuan rakan,carapercakapan yang ganjil serta mempunyai masalah kesihatan.Terdapat pelbagai jenis-jenismasalah pendengaran. Masalah hilang pendengaran jenis konduktif, bunyi tidak dapat bergerakdari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada laluanini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jeniskonduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.Hilang Pendengaranjenis sensori neural pula masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan sarafpendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan danmasalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapunia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.Seterusnya masalah hilang pendengaran jeniscampuran kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural. Peringkat-peringkat masalah pendengaran mempunyai tahap ringan sehingalah ketahap yang kritikal. Tahap ringan keupayaan untuk mendengar bunyi antara 25dB - 40 dB.Kanak-kanak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan dalam jarak yang dekat dan berupayauntuk berkomunikasi dengan orang yang normal.Pada tahap sederhana keupayaan untukmendengar bunyi antara 41 dB - 60dB. Kanak-kanak perlu diberi bantuan alat bantupendengaran dan terapi pertuturan. Peringkat sed.teruk tahap teruk keupayaan untukmendengar bunyi antara 61 dB - 70 Db.Kanak-kanak sukar untuk mendengar bunyi- bunyiPertuturan dan pertuturan kanak-kanak ini tidak jelas kerana pengalaman yang terhad. TahapTeruk keupayaan untuk mendengar bunyi antara 71 dB - 90 dB. Pada tahap ini kanak-kanaksukar untuk memperolehi pertuturan. Peringkat amat teruk keupayaan untuk mendengar bunyi91 dB dan ke atas . Kanak-kanak sukar untuk mendengar, bertutur dan memerlukan alatbantuan pendengaran serta terapi pertuturan. Pada tahap ini juga, kanak-kanak ini memerlukanbahasa isyarat untuk tujuan berkomunikasi. Punca masalah pendengaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu sebelumkelahiran baka yang disebabkan oleh gen manakala factor bukan baka, jangkitan sebelum lahir sepertivirus (rubella, demam glandular) atau semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia sepertikuanin serta toksemia pada peringkat kelahiran.Penyebab lain pula semasa lahir tempoh kelahiranyang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga,kelahiran tidak cukup bulan ataukecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga.Masalah ini juga mungkin terjadi selepaskelahiran iaitu kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria danvirus, kemalangan yang mencederakan bahagian telinga dan terdedah kepada bunyi yang terlalu kuatdalam jangka masa yang lama. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah kebiasaanya mereka tidakbertindak balas terhadap bunyi,panggilan nama sendiri serta tidak memahami atau silap memahamiarahan.Mereka juga kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun,kelihatan nakal,tidak mempedulikan orang lain serta sangat pasif dan menyendiri juga lebih banyak menunggu dan melihatapa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas.Akibat daripadamasalah pendengaran mereka akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangandaripada mendengar .Mereka juga akan mengalami pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yangberkaitan bahasa.Selain itu juga mereka lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap kitaberkomunikasi serta menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan juga seringmengalami telinga berair atau bernanah. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini perkembangannya akan terbantut dari segi aspekbahasa dan komunikasi.Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasi
  • 39. secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan pakar pertuturan, kanak-kanak bermasalah pendengaranmungkin mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.Dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung padapengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meluahkanperasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi merekamemberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.Dari segi perkembangan kognitif iaitu merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus duniamereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat,klasifikasi,mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalahpendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka.Perkembangan fizikal danmotor melibatkan perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalahpendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal. Bagi mengatasi masalah ketidaksempurnaan masalah pendengaran terdapatbeberapa langkah atau cara untuk mengatasinya. Pada peringkat awal ujian pengesanan harusdijalankan untuk mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan kanak-kanak iaituujian tarikan(distraction test) dan ujian pertuturan(speech test).Kaedah auditory oral,kaedah inimenekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebihberkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alatbantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh.Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerakbibir (lip reading ).Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiranmendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan merekamendiskriminasikanbunyi-bunyi yang berbeza.Kaedah bacaan bibir memfokuskan dan menekankan penggunaanpenglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengantepat dan dalamsituasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.Kaedah bahasa isyaratsecara amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkanperkataan denganmakna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk AmericanSign Language, Pidgin SingLanguage (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan BahasaMelayu (KTBM).Teknik lain pula ialah kaedah komunikasi seluruh,kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkanejaan jari, isyarat, bacaan bibir,pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialahpenggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.Pertuturan isyarat (cued speech)kaedah tersebutdiperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuktangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan(kiu),ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuktangan menentukan bunyiperkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuktangan bagimenentukan bunyi huruf vokal.Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan merupakan orang yangbertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaandan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanakmanakala ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengaran danpertuturan kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar,membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yangmemberi impliksi terbaik kepadakanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaandan latihan yang perlu. Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akandilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa.
  • 40. KESIMPULAN Kesimpulannya, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran iniseharusnya tidak dilemparkan dengan pelbagai pandangan atau tanggapan yang negativemalah mereka harus diberikan perhatian. Ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam menilaianak-anak mereka supaya andaian yang dilakukan tidak tersalah. Oleh itu, sekiranyaibu bapa mengalami keraguan dalam menentukan sama ada anak-anak merekadikategorikan dalam masalah pembelajaran, ibu bapa perlu merujuk doktor atau pakarkanak-kanak untuk melakukan penilaian yang selanjutnya.Jika benar anak mereka disahkanmengalami seperti masalah-masalah, ibu bapa seharusnyamemberikan garis panduanatau membimbing anak-anak supaya mereka dapat menguruskan diri sendiri dengan baikwalaupun dalam keadaan sedemikian. Dengan bantuan pihak lain seperti guru danpara doktor, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kekeruangan yang terdapat didalam diri mereka.Memang masalah ini akan berterusan sehingga dewasa, tetapidengan rawatan dan terapi yangdilakukan ke atas kanak-kanak ini sedikit sebanyak akandapat membantu mereka semasa dewasa kelak.Oleh itu mereka dapat membina masa depanyang lebih cerah jika diberi sokongan moral,motivasi serta didikan yang sempurna.
  • 41. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEMSdn. Bhd..Haliza Hamzah, (2008). Buku Panduan Instrumen Penempatan Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran (IPP):Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Gargiulo, R. M. (2003). Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. Belmont CA: WADSWORTH, Thomson Learning, Inc. Haliza Hamzah,(2008). Perkembangan Kanak -kanak:Untuk Program IjazahSarjana Muda Perguruan:Edisi Kedua.Institut Perguruan Teknik,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Hallahan, D. & Kauffman. 2003. Exceptional Children: Introduction to special education. Boston: Ally and Bacon Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Jamila K.A Mohamed, (2008).Pendidikan Khas untuk Kanak -kanak Istimewa.Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
  • 42. Lusia Kus Anna, Selasa, 11 Januari 2011 | 09:50 WIB: Lima Faktor Penyebab Autisme Manual.Selangor: Absolute Master Printers Sdn.Bhd.. Nanny V.B. Copyright © 2009 Nural: http://www.nural.com.my/BM/autism.htmlPERSATUAN KEBANGSAAN AUTISME MALAYSIA. The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) No. Pendaftaran: 497/87 (Wilayah Persekutuan) Wolfgang, Charles H & Wolfgang, Mary E., (1992) School for Young Children: Development Appropriate Practice.,US:Allyn and Bacon http://health.kompas.com/read/2011/01/11/09501535/Lima.Faktor.Penyebab.Autisme http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/07/autisme-sindrom- asperger-dan-sindrom.html