Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
6,953
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
264
Comments
0
Likes
5

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK BAHAGIAN A : BIDANG SENI KREATIF SENI LUKIS KUMPULAN UPSI-A33(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU D20102045368 012-6425254NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN 1
  • 2. ISI KANDUNGANPERKARA HALAMAN 1. PENDAHULUAN 3 2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS 4-5 3. JENIS - JENIS SENI LUKIS 6 4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS 7-8 5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN 9 6. TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS 10-12 7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS 13 8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 14-18 9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA 18-20 DI MALAYSIA 10. RUMUSAN 21 11. BIBLIOGRAFI 22 2
  • 3. 1. PENDAHULUAN Istilah kreatif adalah bermaksud jenis pemikiran yang spontan, bersifat baru,berimiginasi, berani dan penemuan sainstifik yang kadang-kadang berlawan dengan logik.MenurutKamus DEWAN(2002), kreatif didefinisikan sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru.Seseorang yang kraetif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tersebut : bersifat fleksibel,sensitif dan peka,gagasan idea yang tuelen, bersifat terbuka,berfikran bebas serta logik. Seiring dengan sains dan teknologi, Bidang Seni Lukis dapat menyumbang terhadap membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini dari segi kraetiviti reka cipta. Semua benda yang terdapat di sekeliling kita adalah dipengaruhi oleh seni dan ianya juga mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi rupa bentuk kenderaan seperti kereta reka cipta bentuknya sangat moden dan canggih.Secara tidak langsung ia juga akan menjadi komersial dan akan menyumbang kepada ekonomi.Warna juga sangat berpengaruh, contohnya pengaruh warna terhadap pakaian dan juga kediaman.Warna juga dapat mempengaruhi mood dan emosi seseorang warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Setiap individu yang dilahirkan mempunyai kreativiti secara semulajadi.Kreativiti setiap orang adalah berbeza mengikut idea masing- masing.Usaha dan minat dapat membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan kreativitinya.Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran dan ia juga dapat meneroka segenap ilmu yang berkaitan dengan kesenian. Bidang ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni lukis juga dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan 3
  • 4. berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS Seni lukis adalah satu cabang dari seni rupa. Menurut dasar pengertian yang sama,seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih kekal dari menggambar.Melukis merupakan kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu.Medium lukisan boleh berbentuk apa saja seperti kanvas, kertas, papan juga bahkan filem di dalam fotografi boleh dianggap sebagai media lukisan.Alatan yang digunakan juga terdapat dalam pelbagai jenis,dengan syarat ianya dapat digunakan dan diberi unsure seni kepada media tersebut. Seni bermaksud halus, unik, kecekapan dan kepandaian menghasilkan sesuatu manakala perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ iaitu aktiviti yang berhubung dengan tubuh badan. Beberapa buku menyatakan seni lukis adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Seni lukis juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Secara langsung seni lukis adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik.Pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika. Pada hakikatnya seni lukis bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia.Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.Lukisan-lukisan purba yang pernah dijumpai di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan dan ianya juga merupakan simbolik. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah 4
  • 5. yang gemilang. Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur. Seni Lukis juga menawarkan saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ole itu juga ianya boleh membangkitkan memori silam. Seni lukis berbentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan ini tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri. Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan seni lukis, antaranya ialah:a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karyayang terbaik. Rentetan sejarah seni lukis ialah :a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievelb. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik,Naturalismec. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Paintingd. Abad ke-18. Aliran Romantismee. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme,Seni Nouveauf. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,Surelesme, Abstrak Ekspresionismeg. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, SeniKonseptual, Seni Land. 5
  • 6. 3. JENIS - JENIS SENI LUKISJENIS - JENIS SENI LUKIS ATAU LUKISAN :1) Lukisan Figuratif : Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.2) Lukisan Kajian : Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh- tumbuhan dan haiwan.3) Lukisan Informasi : Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasaannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.4) Lukisan Teknikal : Merupakan cabang seni lukis yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.5) Lukisan Konseptual : Jarang sekali kedengaran. pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.6) Lukisan Artistik : 6
  • 7. Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.7) Lukisan Ilustrasi : Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS1) Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan. Contoh karya ahli teori kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita.2) Perspektif dan proposi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap.3) Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek.4) Jalinan dan Gesture: 7
  • 8. Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan. Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.5) Corak dan reka bentuk : Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang menarik.6) Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis.7) Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.8) Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN 8
  • 9. 1) Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera.2) Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik. 9
  • 10. 6. TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS 6.1 Teori-teori yang melibatkan aspek kognitif1. Teori Gestalt Prinsip asas teori ini meniktikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.Dalam ertikata lain,melihat objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu( tiang,lantai,dinding,pintu,tangga).Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif-minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.2. Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.3. Hukum Persamaan(Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.Individu ini akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai hubungkait di dalam kumpulan yang sama.4. Hukum Keintiman (Proximity) Menurut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan.Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubungkait di anatara satu sama lain akan diletakkkan dalam kumpulan yang sama.5. Hukum Lengkap(Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk melatakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.6. Hukum Kesinambungan Positif( Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan.Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.7. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut dan bukannya melihat setiap bahagian keseluran daripada objek tersebut.8. Teori Gestalt Mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.Di dalam konteks 10
  • 11. pembelajaran seni visual,teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.6.2 Teori-teori yang berkaitan dengan seni lukis seperti :1) Teori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian dan kebenaran dalam kehidupan.2) Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau menyatakan bahawa kecantikkan hanya sementara.3) Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia.4) Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seni yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan.5) Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.6) Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna. Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri.7) Teori seni kontemporari Susanne K. Langer memperkenalkan tujuh konsep seni yang meliputi bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej.8) Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam teori pendekatan konstruktivisme. Pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga, pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu.9) Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget meliputi pergerakkan, olahan, konkrit dan formal. 11
  • 12. 10) Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap, kesinambungan positif dan meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam alam.7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS Hasrat kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,oleh itu dalamhasrat tersebut melibatkan aspek kreatif dan inovatif.Bagi membangunkan insan yang kreatifdan inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan matapelajaran Pendidikan SeniVisual (KBSR) ataupun Dunia Seni Visual ( KSSR ) untuk memperkembangkan bakat danpotensi yang ada pada setiap murid. Masa pembelajaran diperuntukkan 1 jam bagi 1minggu.Walaupun mata pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran elektif tetapi jangandipandang remeh ataupun mudah.Mata pelajaran ini sangat penting kerana ia juga akanmenyumbang terhadap keperluan masa depan Negara. Menurut Leonardo da Vinci iaituseorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa penghayatan seniyang betul adalah penting, ia akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yangkreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Dalam bidang ini guru perlu kreatif dan inovatif bagi merangsang minda murid-muriddalam proses pembelajarannya.Contohnya apa yang dilihat murid di depan mata perlulahkreatif supaya murid mempunyai daya cipta atau rekaan yang lebih maju daripadaitu.Dengan itu juga melalui aktiviti seni lukis dapat membantu murid-murid melibatkan dirisecara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkanmurid-murid tersebut. Integrasi seni visual yang melibatkan aspek kinestetik, muzik dan pergerakandengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dankanan. Menurut Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otakkiri dan kanan, seni juga membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang.Gurumerupakan agen yang paling utama untuk melaksanakan proses pengajaran danpembelajaran dengan berkesan.Isi pelajaran yang disampaikan dalam bidang seni lukismestilah berbentuk kreativiti agar murid dapat meneroka idea tersendiri. Matlamat danobjektif utama pembelajaran seni visual adalah murid dapat mengenal,merekacipta,memanipulasi bahan serta menghargai hasil kerja.Justeru itu, guru perlu mensasarkanobjektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai. Dalam Teori Kecergasan Manusia, menurut Gardner (1983) mengesyorkan bahawaterdapat tujuh jenis kecergasan pelbagai, namun kebanyakkan sekolah memberi penekanan 12
  • 13. kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Teori tersebut perlu diberi peranan yangpenting dalam kurikulum supaya dapat diserapkan dalam pendidikan seni. Menurut beliaujuga manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melaluipelbagai teknik pengajaran. 13
  • 14. 8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARANKANAK-KANAK8.1 KANAK-KANAK DAN BIDANG SENI LUKIS Perkembangan seni kanak-kanak dapat dilihat dari aspek perkembangan kemahirandan kebolehan dalam bahasa tampaknya.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifatyang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaranmereka. Hasil kerja seni lukis atau visual yang dihasilkan berfungsi sebagaialat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Lazimnya kanak-kanakmelukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka.8.2 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAKTeori perkembangan artistik menurut Hurwiltz dan Day a) Peringkat Manipulatif atau zaman kanak-kanak (2-4 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan..Lukisan yang selalu dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Ia juga tidak bersifat realistic dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.Terdapat empat peringkat contengan garisan tidak terkawal,contengan garisan terkawal,contengan rupa terkawal dan contengan rupa. b) Peringkat Membuat Simbol(6-9 Tahun) Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan symbol.Pada peringkat ini,kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. c) Pra-Remaja(10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.8.3 KEPENTINGAN BIDANG SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 14
  • 15. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak- kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatanotot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 8.4 BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapatmegembangkan bakat.Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat menghasilkan apayang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jike diberi perhatian iadapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilanlukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi,sosial dan nilai estetika.Lukisanmerupakan simboli grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekelilingmereka.Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepadaempat,iaitu proses penajaman daya intuisi,persepsi,imiginasi dan konsepsi.Jikamatapelajaran ini diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semuaderia merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaanmereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Dengan itu iamembolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalianmelalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.Kanak-kanak mesti diberi peluang 15
  • 16. untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaransedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpasebarang perbezaan. Hasrat pendidikan seni visual dilaksanakan di sekolah rendah bertujuan untukmemberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni.Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik daningin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka.Kita juga mengerti bahawa tahapperkembangan kanak-kanak adalah berbeza.Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti senilukis berupaya memberikan ransangan dan pembangunan serta perkembangan daripelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selainmewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihatdaripada aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi.Perkembangan kanak-kanak dari aspek : (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi 16
  • 17. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.(e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Lukis Menurut Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak- kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak- kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semulajadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar. Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni Sejak lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi.Kanak-kanak akan menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya.Dengan ini kanak-kanak akan meneroka ilmu melalui perkembangan psikomotor dan kognitifnya.Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang 17
  • 18. terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAKTERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Pengajaran seni lukis dapat mendidik kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya diMalaysia.Penerapan nilai-nilai seni dan nilai-nilai murni oleh guru dapat murid dapatmenghargai hasil kesenian. Pendekatan konstruktivisme membimbing kanak-kanak belajar secara mudahberdasarkan pengalaman mereka. Menurut Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalampendekatan ini. Prinsip yang pertama, pengajaran perlu mengikut urutan yang mudahdifahami oleh kanak-kanak. Prinsip kedua, pengajaran perlu dirancang dengan mudah untukmembantu kanak-kanak mendapat ilmu. Prinsip yang ketiga,berdasarkan pengetahuansedia ada dan pengalaman murid, guru boleh meminta murid menggambar mana-manabudaya yang mereka tahu. Contohnya,murid diminta untuk menghasilkan gambar suasanaperayaan. Oleh itu mereka akan membayangkan pelbagai budaya di Malaysia dan ini akanmeningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Penerapan nilai kebudayaan kalangan murid yang terdapat di Malaysia dapatmelahirkan generasi yang menghargai tentang nilai seni,kebudayaan dan warisan yangunik. Dengan menggunakan teknik seni lukis juga, guru boleh mendedahkan tentang perihalkepelbagaian budaya di Malaysia secara langsung dan tidak langsung dalam bentuk yangmudah difahami. Contohnya guru meminta murid mewarna lukisan yang mempamerkankebudayaan di Malaysia seperti gambar beberapa orang pelbagai bangsa yang memakaibaju tradisional masing-masing. Oleh yang demikian,ia akan menambah pengetahuan dankesedaran mereka juga berkaitan kebudayaan, malah menjana pemikiran kreatif mereka. Menurut teori sosial-interaksi Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitifkanak-kanak iaitu pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman.Guru harusmenjadi pembimbing semasa proses pembelajaran untuk meningkatkan daya kreativitikanak-kanak tersebut. Pengetahuan sedia ada mereka masih tidak mencukupi, kreativitimereka perlu ditingkatkan agar hasil kerja yang dihasilkan lebih canggih.Oleh tu,kanak-kanak perlu dibimbing untuk membina pengetahuan secara aktif melalui pengalamanmasing-masing. Secara tidak langsung juga dalam bidang seni lukis guru dapatmenyampaikan ilmu pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Disamping itu juga kanak-kanak mendapat pengetahuan dengan bantuan interaksi sosialbersama rakan-rakan dan gurunya mengenai kepelbagaian budaya. 18
  • 19. Menurut teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliaumenyatakan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembanganbakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Oleh itumelnerusi bidang seni lukis, guru secara tidak langsung boleh merangsang pemikiran dankesedaran kanak-kanak mengenai budaya yang ada di Malaysia.Melalui aktiviti seni lukisyang dilaksanakan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deriapancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Dengan inimereka dapat menzahirkan pengetahuan mengenai kebudayaan melalui lukisan. Melalui bidang seni lukis warisan, seni budaya negara dapat juga dipupuk,dipulihara dan dikekalkan supaya tidak ditelan zaman.Di samping itu juga dapat memupuksemangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selarasdengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Bidangseni lukis bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, malah ia juga perlu dianggapsebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Senilukis juga boleh dianggap sebagai sistem yang membolehkan kanak-kanak berkongsipengalaman di samping mengenali seni kebudayaan di Malaysia yang perlu diwarisi. Kurikulum pendidikan seni visual yang mempunyai unsur nilai dalam melaluiaspresiasi seni yang memupuk dan meningkatkan kepelbagaian budaya Malaysiacontohnya dalam bidang seni kraf dan tradisional ia merupakan bidang yang perlu menjadiwarisan masyarakat Malaysia. Seni kraf yang perlu diperkenalkan dan diwarisi sepertianyaman,ukiran,wau,batik dan lain-lain lagi.Dalam bidang seni dalam kehidupan, objektifnyajelas mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.Dalam bidang Reka Bentuk Rumah Tradisional, objektifnya adalah memahami beberapa ciriyang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini. Pengajaran dan pembelajaran bidang seni lukis juga menyokong hasrat kerajaanMalaysia :i. Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya, berbudi bahasa danmempunyai nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negaraserta Gagasan 1Malaysia.ii. Sebagai langkah penerusan dan pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagaikaum di Malaysia yang merupakan warisan bersama.iii. Membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat1Malaysia.iv. Memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai jati diri melalui aktiviti seni lukisyang dijalankan. 19
  • 20. v. Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat.vi. Memperluaskan kegiatan seni dan budaya serta merangkumi kegiatan seni sebagaisebuah kerjaya pilihan untuk masyarakat dalam bidang seni dan budaya sebagai sektoryang menyumbangkepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Secara keseluruhannya bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapatmeningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangkusekolah lagi.Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanakkerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif padamasa akan datang.Di samping itu juga ia dapat menyumbang kepada masa depan Negarakhususnya dalam bidang ekonomi ataupun pelancongan. 10 RUMUSAN 20
  • 21. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri.Malahmanusia mempunyai kebolehan yang berbeza-beza tidak sama dengan orang lain.Denganbakat yang dimiliki kanak-kanak perlu meneroka dan mengembangkan bakatnya secaramenyeluruh.Bidang seni kreatif dapat membantu kanak-kanak mengembangkanbakatnya.Secara tidak lansung bakat yang dikembangkannya itu suatu hari nanti menjadikeperluan kepada Negara dan ia menjadi bidang yang komersial.Selain itu juga bidang senilukis dapat mengembangkan pemikran kanak-kanak. Seni lukis juga meningkatkan tahap kesedaran kanak-kanak terhadap kepelbagaianbudaya di Malaysia,di samping dapat menghargai segenap warisan dan kebudayaan. Olehyang demikian juga,mereka dapat mengenali asal usul diri mereka juga dapat ketahuitentang sejarah yang terdapat di Malaysia. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat kanak-kanak.Guru perlu merangsang minda kanak-kanak dengan menggunakan pelbagaiteknik,kaedah dan juga strategi.Dengan itu,kanak-kanak dapat meningkatkan bakat dankemahirannya menjurus kepada bidang seni.Guru perlu menitik beratkan hal ini kerana iamelibatkan masa depan negara juga.Oleh itu guru tidak seharusnya memandang remehterhadap bidang ini.11. BIBLIOGRAFI 21
  • 22. 1. Dokumen Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 dan Tahun 2, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2011 ).2. Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.3. Modul KAE 3013, Kreativiti Kanak-kanak ( 2011 ), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.4. Mok Soon Sang, Perkembangan Kanak-Kanak ( 2009 ), Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Selangor.5. Mohd.Azhar Abd.Hamid, Mohd.Nasir Markom, Othman A.Kassim, Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih ( 2004 ), PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd6. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K. L., 19797. http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visual- dalam.html8. http://psvisual.wordpress.com 22