Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,093
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
56
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENDAHULUAN Kebanyakan murid mengenali huruf-huruf abjad. Pada hari ini, murid hidup dalam sekitar yang penuh dengan huruf dan lambing. Penggunaan sistem ejaaan BM alphabetik dan fonemik. Penggunaan suku kata Bahasa Melayu mudah dan jelas serta Kebanyakan murid mempunyai kosa kata yang sama dan asas PENDEKATAN KOMUNIKATIF Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut: • Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. • Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain. • Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. • Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud. • Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. • Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. • Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.
  • 2. Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday. Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif. Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara. Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar. Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.
  • 3. Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif. Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid- murid. Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin. Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
  • 4. KAEDAH FONIK Kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’(grapheme phoneme relationship) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. € Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi· huruf. Oleh itu, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya Misalnya ‘a’· dibunyikan ‘aa’·, ‘t’· ² tah·, ‘s’· ‘ss’·. ‘u’· ² ‘uu’«·, ‘z’· ² ‘zz’« dan sebagainya. € Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’·, ‘da’·, ‘tu’·, ‘ka’·, ‘lu’·, ‘mi’ dan sebagainya. € Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ² ‘dada’·, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya. € Sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’ Dan juga suku kata perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan- perkataan Melayu. € Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut
  • 5. Cara penyampaian Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) sebagai contoh murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya, Huruf a dibunyikan aa dan z dibunyikan zi. Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya : ba tanpa membunyikan be dan aa Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan bu + ta = buta bu + ka = buka Pembacaan ayat-ayat mudah : Ibu beli buku. Ibu buka buku. Ibu baca buku. Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka. Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa. Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyibunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya. Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan bahawa sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.
  • 6. KAEDAH PANDANG SEBUT Cara penyampaian Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian, murid-murid diperkenalkan kepada ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya: Saya ada buku. Buku saya baru. Saya suka baca buku. Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut. Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid. Proses mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman, pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka
  • 7. KAEDAH KOMUNIKATIF Kaedah ini berasaskan teori interaksi. Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa, maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa (tatabahasa) serta kecekapan komunikatif (ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar- pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa, tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini, pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh
  • 8. guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam konteks social yang diberi. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam praakktiviti. Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.