Jadual spesifikasi ujian
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Jadual spesifikasi ujian

on

  • 13,235 views

 

Statistics

Views

Total Views
13,235
Views on SlideShare
13,235
Embed Views
0

Actions

Likes
8
Downloads
900
Comments
6

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

15 of 6 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Jadual spesifikasi ujian Jadual spesifikasi ujian Document Transcript

  • JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. • Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) JSU mengandungi maklumat tentang: • Bentuk dan panjangnya ujian • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. • Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. • Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
  • Langkah pertama 1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji 2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar. Langkah dua 1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) 2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik. Langkah tiga 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU) 3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. Langkah empat 1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format) Langkah Lima 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan. Langkah enam 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.
  • Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal. Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira. Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956) TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS Pengetahuan •Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas •nyatakan, •terangkan, •namakan, •labelkan Kefahaman View slide
  • •Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. •pilih, •terangkan, •tulis semula Penggunaan / Aplikasi •Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll. •selesaikan, •ramalkan, •cari, •kesilapan, •bina alat. Analisis •Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi. •bezakan, •pasti, •pilih Sintesis •Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. •bina, •hasilkan, •susun, View slide
  • •kembangkan Penilaian •Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik •pilih, •berikan, •alasan, •kritikan, •buktikan