SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
PEMARKAHAN




          KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
                        FALSAFAH DAN DASAR


                              TAJUK


   Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Standard Guru Malaysia
        ke Arah Memartabatkan Profesionalisme Keguruan
                          Di Malaysia.


                          DISEDIAKAN OLEH
             NAMA                     NO. ID        Tanda Tangan
    JAMALIAH BINTI AB KADIR        D20111049678


            PUSAT PEMBELAJARAN: KOLEJ MARA, SEREMBAN


NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN NORILA BINTI MD SALLE
TARIKH SERAH: 07 APRIL 2012
TUGASAN: ARTIKEL ILMIAH
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ) DAN STANDARD GURU MALAYSIA KE
ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN DI MALAYSIA.


PENGENALAN:
       “ Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat
lilin yang membakar diri, begitukah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan
sebagai lilin yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah
pengorbanan yang dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan
kepercayaan guru terhadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat
gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap ilmunya.
       Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “ Guru
adalah segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young ( 1968 ). Tugas
guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni
yang agung. Seoran guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat
meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman.
Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan
merawat sehingga sembuh. Malah guru juga diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih
daripada itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu?
       Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan itu
satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru
sebagai agen sosialisasi dan egen perubahan memainkan peranan penting untuk
mentranfomasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) menerusi kurikulum
untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah
pancaran daripada pemikiran mereka terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Guru ( FPG )
yang didokumentasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982, dan menjadi
panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.


DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN:
         Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati, seterusnya dapat merealisasikan
Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.
         Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Daripada kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi
makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal, dilihat dan
dinilai oleh masyarakat daripada sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa.


ETIKA:
Etika membawa maksud:
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Dewan Bahasa & Pustaka,
1995 )
2. Prinsip moral atau set prinsip moral ( Kamus Oxford, 1994 ).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.


MAKSUD ETIKA PROFESIONAL:
       Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin
dalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan, nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop
Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga danl ain-lain. Dalam Islam, etika
ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.


MAKSUD ETIKA PERGURUAN:
       Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara,
pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.
– sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru
yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan -
kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. – membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas
dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – pengalaman
etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi
( INTAN, 1991).
         Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika
perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ):

         Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang
nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat
negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak ( 1956 ), Laporan
Rahman Talib ( 1961 ), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan
Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju
pendidikan guru di Malaysia iaitu:
   i-       Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk
            mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembang
            lagi potensi pelajar.
   ii-      Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan itu, pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian
Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk
menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-
guru di Malaysia. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ), Falsafah
Pendidikan Guru ( FPG ) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru.
   "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."


HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU :
       Falsafah Pendidikan Guru yang digubal mengandungi sembilan perkara yang
membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan:
1. Berpekerti mulia – guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain
   ( murid, ibu bapa, masyarakat ) melebihi dirinya.
2. Berpandangan progresif dan saintifik – guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif
   dan motivatif. Mempunyai minda yang ke hadapan dan sentiasa memperkembang ilmunya.
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara – guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan
   matlamat Negara sebagai yang utama.
4. Menyanjung warisan kebudayaan negara - meletakkan diri sebagai role model untuk
   mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan Negara agar menjadi teladan
   kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.
5. Menjamin perkembangan individu – sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan
   setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti
   pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi
6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu – guru perlu mengekalkan keharmonian
   dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang
   dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu
   sama lain.
7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik – sentiasa memberi peluang kepada
   murid-murid untuk membuat keputusan, berlaku adil dalam membuat keputusan dan
   bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.
8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif – memberi penekanan kepada aspek
   inovatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk
   murid-murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan
   kaedah inkuiri penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan
   mereka cipta.
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin – memastikan keharmonian, keselamatan
   dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid-
   murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.


MATLAMAT PENDIDIKAN GURU:
       Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat
pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial
dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta
berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan
dalam abad ke-21.
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU:
        Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan Falsafah Pendidikan
Guru dan Matlamat Pendidikan Negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga
dimensi utama iaitu:
1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan
    dan kepatuhan kepada ajaran agama.
2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan
    dan agen sosialisasi.
3. Kendiri : penekanan pembinaan kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta
    pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
    Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi
tiga aspek asas iaitu :
1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam
kehidupan.
2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,
berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion
keguruan.
        Ketiga-tiga aspek ini disepadu dan dilaksanakan merentas semua disiplin dan program
perguruan yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program
pendidikan. Di samping itu juga, model tersebut menekankan matlamat untuk mengembangkan
potensi guru secara seimbang dan bersepadu daripada segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.
Model Konseptual Pendidikan guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia
digubal dan diimplimentasikan
STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM ):
       Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda
utama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan. Standard Guru Malaysia ( SGM ) merupakan sebuah dokumen yang
digubal sebagai panduan dan rujukan kepada para guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan dalam usaha untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM
menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap
kompetensi yang ditetapkan.
       Kompetensi merujuk kepada kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai
profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
SGM akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut
ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. Usaha yang
dilakukan ini selaras dengan prinsip Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) untuk
memartabatkan profesion keguruan.
       Berdasarkan SGM, guru akan membuat penarafan kendiri dengan melihat instrumen,
melihat dirinya berbanding standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan
kendiri adalah untuk guru menambahbaik kualiti diri dan tugas masing-masing. Guru yang baik
adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan melihat di mana diri mereka samada
berada pada standard yang telah ditetapkan atau tidak.
       Perincian Standard dan Keperluan SGM adalah berasaskan kepada beberapa aspek iaitu
Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPK),
Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. SGM juga digubal berdasarkan rujukan
dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa
buah negara maju. SGM mempunyai dua kompenan utama yang saling berkait iaitu Standard
dan Keperluan. Standard di sini merujuk kepada pernyataan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru, manakala keperluan pula merujuk kepada pernyataan aspek latihan perguruan
yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
       Standard terdiri daripada tiga aspek iaitu amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Amalan
nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institusi Pendidikan Guru (IPG),
Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam
Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas.
       Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan diga domain utama iaitu domain diri, domain sosial dan domain profesion.
Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan
supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi
mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Domain profesion pula merujuk kepada pegangan
nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
Bagi domain sosial, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat.
       Standard yang kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman memperincikan kompetensi ilmu
pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Standard ketiga iaitu kemahiran pengajaran
dan pembelajaran memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Berdasarkan Model SGM,
ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan: membawa
maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan
bersepadu.
       Terdapat beberapa Keperluan yang perlu disedia dan dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan. Keperluan tersebut ialah kelayakan dan prosuder pengambilan
calon program latihan perguruan; latihan, pentaksiran dan penilaian; infrastruktur dan
infostruktur; dan jaminan kualiti. Perincian Standard dan Keperluan yang digariskan amat
penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang
kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Berdasarkan Model SGM juga, lingkaran besar
putih yang melingkari Standard menggambarkan asas Keperluan utama yang patut disediakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai
Standard.
        Berdasarkan model SGM juga, lingkaran besar yang memagari Keperluan
menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, FPK, FPG,
Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. Glob di tengah-tengah lingkaran Standard
pula merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan
modal insan berminda kelas pertama.
       SGM menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini
dan akan datang.


MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN:
       Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru
memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru perlu memahami,
memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
          “...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure,
on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high
quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005)
          Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan
kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, agen perubahan dan
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.


DASAR DAN MATLAMAT:
          Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan
kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan
profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam
pembinaan generasi masa hadapan negara.
     Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan
adalah:
     • menambah baik sistem pemilihan calon guru;
     • memantapkan latihan perguruan;
     • memantapkan kerjaya guru;
     • menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan
     • memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti tetapi juga memastikan
mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang
tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan
bagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha
untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion keguruan ini akan
dimantapkan lagi dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru
(IPG), dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB).
Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan
guru.
        KPM juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan dengan
menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI) yang telah diumumkan oleh Y.A.B
Perdana Menteri semasa menutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Rendah
Kementerian Pelajaran Kali Pertama 2006. IPPI yang dicadangkan ialah sebuah institusi
penyelidikan, latihan dan pengajian yang bertanggungjawab terhadap perkembangan,
pembangunan dan kemajuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Malaysia.



STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKE-9:
          Pada tahun 2005, terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolah
rendah dan 41.8 peratus di sekolah menengah. Daripada segi kelulusan akademik, 38.0 peratus
adalah guru siswazah dan 56.4 peratus guru bukan siswazah. Manakala 5.60 peratus adalah guru
ambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1
peratus guru sekolah rendah dan 82.4 peratus guru sekolah menengah adalah guru siwazah.
Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50 peratus guru di
sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri daripada siswazah terlatih
menjelang tahun 2010.
KPM telah mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005.
Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti,
peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding
dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan peranan penting dalam
menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini, terdapat 27 IPG di seluruh negara
dengan bilangan pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk meningkatkan
kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, satu garis panduan
iaitu Malaysian Quality Framework digunakan. Cabaran KPM adalah untuk menjenamakan dan
merangkaikan IPG dengan universiti dan kolej terkenal di luar negara serta dalam negeri seperti
mewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-
Bahasa Antarabangsa.
     Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihan
calon guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Cabaran KPM
adalah bagi memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan
mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan
bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.
     Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum Bersama
KPM dan KPTM yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara
Kementerian dalam latihan keguruan dan keluaran guru. Memorandum ini juga telah meluluskan
norma guru daripada 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas).
Peningkatan norma ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan beban
tugas guru seperti yang disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru yang
dijalankan oleh KPM.
KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen
semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran
kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara
usaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidang
pendidikan di IPG dan IPT. Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya masalah
graduan menganggur.
     Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikan
keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan supaya lebih kondusif.
Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafan
dan sokongan. Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar
akan disediakan secukupnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan
menyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman.
     Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian
Skim Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
termasuk yang telah bersara atau telah meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan
kebajikan guru sentiasa diberikan perhatian.
     Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran pada
peringkat sarjana dan kedoktoran juga tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal terutamanya
yang berkhidmat pada peringkat pengurusan. Malah kepakaran mereka tidak diiktiraf berbanding
dengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah. Cabaran KPM adalah untuk
menyediakan insentif yang sewajar dengan kelayakan dan kepakaran seseorang bagi
mengelakkan pengaliran keluar PPPS yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi. Bilangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di Jabatan/Bahagian di KPM seramai 1,549
orang iaitu 1,086 adalah siswazah dan 453 bukan siswazah. Bilangan pegawai PPPS di JPN dan
PPD/G adalah seramai 2,730 orang iaitu 1,884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM
adalah untuk memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih
menarik dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi



FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN:
        Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:
Menambah baik sistem pemilihan calon guru:
-   Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon
-   Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temu
    duga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris
-   Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan
    keperluan opsyen
-   Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi
-   Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
    Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum
Memantapkan latihan perguruan:
-   Menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat
    ijazah sarjana muda pendidikan.
-   Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan
    Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
    -   Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru
    -   Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem
        Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management
        System
-   Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi,
        kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care
    -   Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi
        Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan
        Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas
    -   Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan
        penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru
    -   Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program
        ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat
        menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara.
    -   Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber
        tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan
        profesionalisme guru
    -   Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan
        Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta
        gabungan PJJ dan sepenuh masa
-       Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan
-       Meluaskan dan meningkat R&D
Memantapkan kerjaya guru:
    -   Menambah baik penjawatan guru
    -   Menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G
Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru:
    -   Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
-   Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar
       bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru
       sedia ada
   -   Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan
       memelihara kepentingan dan kebajikan guru
   -   Mensifarkan GSTT
   -   Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan
   -   Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan
       tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran
   -   Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan
       pedalaman
   -   Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan
       kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru
   -   Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan
       – Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen
       – Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen
         dan lokasi
Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia:
   -   Penyediaan mekanisme bekalan guru
   -   Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru
   -   Memantapkan mekanisme unjuran guru
   -   Menambahbaik sistem maklumat guru
   -   Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman
CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN:

       Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru.
Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namun
sambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa dan
pengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan.


       Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insan
guru diraikan dengan cara tersendiri. Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimana
sajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianya
tidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guru
yang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri?


CABARAN GURU MASA KINI:
       Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan. Guru kini diasak
dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Konsep
langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang
membawa kebaikan ataupun keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk
menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jati
diri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran .


       Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran, janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata
menelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang
perguruan. Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke
peringkat Ijazah pendidikan , malah ada dalam kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana
dan Phd.
        Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembangan
bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival
pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan. Segalanya demi ingin melihat modal
insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi
yang mampu melonjak kecemerlangan diri. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa,
wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di
bilik darjah.
        Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita. Mengajar,
mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah
berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saat
kecemasan. Begitulah erti keperihatan seorang guru.
        Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan
pelbagai keadaan. Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan
guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remaja
yang tidak ketentuan. Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kita
bagi setiap saat dan detik? Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi
memantau pergerakan para pelajar. Namun persoalannya selesakah kita berada di bawah
pengawasan 24 jam CCTV? Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebas
hidup tanpa dikawal dan diperhatikan.


        Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru. Adakalanya
mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu.
Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu. Justeru, tema
Perayaan Hari Guru kali ini, ’Guru Cemerlang Negara Terbilang’ memberikan semangat baru
dengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbang
kepada negara terbilang.
       Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan
menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)
Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan
kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini
melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan
Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
       Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan
usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran
kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagai
strategi memperkasakan kerjaya perguruan.
       Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi
latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi
memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang.
       Manakala menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan
Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya
perguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri
dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan.
       Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa
strategi dirancang melalui PIPP iaitu:

 Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru
Memantapkan mekanisme unjuran guru

 Menambahbaik sistem maklumat guru

       Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha
memartabatkan profesion perguruan. Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalan
data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil dan
rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru.
       Namun, walau apapun usaha Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion
perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke
arah kecemerlangan. Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut
kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya
membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang.


PENUTUP:
       Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut
perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh
dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang
mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik
layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan
kebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terus
diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru
berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.
Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekali
gus memartabatkan profesion ini.
RUJUKAN:
Abd. Halim Abd. Rashid. ( 2005 ). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. DBP.
Sufean Hussin. ( 2002 ). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teorai dan Analisis. DBP.
Zaini bin Abdullah, Mohmad Noor bin Mohmad Taib, Ikhsan bin Othman, Norila binti Md.
Salleh, Abu Bakar bin Yusuf, abdul Talib bin Mohamed Hashim. ( 2011 ). KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-Pendidikan-Guru
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru
http://www.scribd.com/doc/36772001/Scribd
kademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-
perguruan/
http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdf
http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/sgm/124/model-standard-guru-malaysia
http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/pengenalan/16/falsafah-pendidikan
http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_dalam_Pendidikan_
Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdf
http://www.slideshare.net/ramgc/pemantapan-profesion-guru

More Related Content

What's hot

Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbsFa Zurin
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213Nani Noh
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06Profesor Laut
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETafinde
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Rainne Lee
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5Rainne Lee
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 

What's hot (20)

Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
 
Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 

Similar to Tugasan KPF Esei Ilmiah

Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifM Haris Wijaya
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
KODE ETIK - PPT.pptx
KODE ETIK - PPT.pptxKODE ETIK - PPT.pptx
KODE ETIK - PPT.pptxDanielEllo4
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zonierdiansyah
 
Ilmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan IslamIlmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan Islampita pulungan
 
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taMakalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taKholikul Anwar
 
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan IslamProjek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan IslamMohammadAkmal21
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggulSerene Chua
 
Strategi Peningkatan Profesionalisme Berkelanjutan
Strategi Peningkatan Profesionalisme BerkelanjutanStrategi Peningkatan Profesionalisme Berkelanjutan
Strategi Peningkatan Profesionalisme BerkelanjutanFitri Yusmaniah
 

Similar to Tugasan KPF Esei Ilmiah (20)

Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Guru
GuruGuru
Guru
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
KODE ETIK - PPT.pptx
KODE ETIK - PPT.pptxKODE ETIK - PPT.pptx
KODE ETIK - PPT.pptx
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435Zoni erdiansyah.1102435
Zoni erdiansyah.1102435
 
Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Ilmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan IslamIlmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan Islam
 
BAB 1.pptx
BAB 1.pptxBAB 1.pptx
BAB 1.pptx
 
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taMakalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
 
Makalah iii b staim
Makalah iii b staimMakalah iii b staim
Makalah iii b staim
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan IslamProjek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
Strategi Peningkatan Profesionalisme Berkelanjutan
Strategi Peningkatan Profesionalisme BerkelanjutanStrategi Peningkatan Profesionalisme Berkelanjutan
Strategi Peningkatan Profesionalisme Berkelanjutan
 

Tugasan KPF Esei Ilmiah

  • 1. PEMARKAHAN KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Standard Guru Malaysia ke Arah Memartabatkan Profesionalisme Keguruan Di Malaysia. DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID Tanda Tangan JAMALIAH BINTI AB KADIR D20111049678 PUSAT PEMBELAJARAN: KOLEJ MARA, SEREMBAN NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN NORILA BINTI MD SALLE TARIKH SERAH: 07 APRIL 2012
  • 2. TUGASAN: ARTIKEL ILMIAH FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ) DAN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN DI MALAYSIA. PENGENALAN: “ Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitukah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “ Guru adalah segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young ( 1968 ). Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. Seoran guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. Malah guru juga diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih daripada itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru sebagai agen sosialisasi dan egen perubahan memainkan peranan penting untuk mentranfomasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran daripada pemikiran mereka terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Guru ( FPG )
  • 3. yang didokumentasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982, dan menjadi panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia. DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN: Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati, seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Daripada kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal, dilihat dan dinilai oleh masyarakat daripada sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa. ETIKA: Etika membawa maksud: 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 ) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral ( Kamus Oxford, 1994 ). 3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
  • 4. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. MAKSUD ETIKA PROFESIONAL: Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan, nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga danl ain-lain. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. MAKSUD ETIKA PERGURUAN: Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  • 5. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan - kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi ( INTAN, 1991). Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ): Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak ( 1956 ), Laporan Rahman Talib ( 1961 ), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: i- Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembang lagi potensi pelajar. ii- Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
  • 6. Sehubungan itu, pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru- guru di Malaysia. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ), Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru. "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU : Falsafah Pendidikan Guru yang digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan: 1. Berpekerti mulia – guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain ( murid, ibu bapa, masyarakat ) melebihi dirinya. 2. Berpandangan progresif dan saintifik – guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang ke hadapan dan sentiasa memperkembang ilmunya. 3. Bersedia menjunjung aspirasi negara – guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat Negara sebagai yang utama. 4. Menyanjung warisan kebudayaan negara - meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan Negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat. 5. Menjamin perkembangan individu – sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  • 7. yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi 6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu – guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. 7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik – sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan, berlaku adil dalam membuat keputusan dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar. 8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif – memberi penekanan kepada aspek inovatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid-murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta. 9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin – memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid- murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang. MATLAMAT PENDIDIKAN GURU: Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
  • 8. MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU: Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan Negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaitu: 1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi. 3. Kendiri : penekanan pembinaan kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas iaitu : 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadu dan dilaksanakan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program pendidikan. Di samping itu juga, model tersebut menekankan matlamat untuk mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu daripada segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual Pendidikan guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan diimplimentasikan
  • 9. STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM ): Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Standard Guru Malaysia ( SGM ) merupakan sebuah dokumen yang digubal sebagai panduan dan rujukan kepada para guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kompetensi merujuk kepada kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. SGM akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. Usaha yang dilakukan ini selaras dengan prinsip Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan SGM, guru akan membuat penarafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya berbanding standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan kendiri adalah untuk guru menambahbaik kualiti diri dan tugas masing-masing. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan melihat di mana diri mereka samada berada pada standard yang telah ditetapkan atau tidak. Perincian Standard dan Keperluan SGM adalah berasaskan kepada beberapa aspek iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPK), Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. SGM juga digubal berdasarkan rujukan
  • 10. dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa buah negara maju. SGM mempunyai dua kompenan utama yang saling berkait iaitu Standard dan Keperluan. Standard di sini merujuk kepada pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, manakala keperluan pula merujuk kepada pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Standard terdiri daripada tiga aspek iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institusi Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas. Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan diga domain utama iaitu domain diri, domain sosial dan domain profesion. Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Domain profesion pula merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Bagi domain sosial, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Standard yang kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Standard ketiga iaitu kemahiran pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Berdasarkan Model SGM,
  • 11. ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan: membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. Terdapat beberapa Keperluan yang perlu disedia dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Keperluan tersebut ialah kelayakan dan prosuder pengambilan calon program latihan perguruan; latihan, pentaksiran dan penilaian; infrastruktur dan infostruktur; dan jaminan kualiti. Perincian Standard dan Keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Berdasarkan Model SGM juga, lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan asas Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Berdasarkan model SGM juga, lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, FPK, FPG, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. Glob di tengah-tengah lingkaran Standard pula merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama. SGM menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN: Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru perlu memahami,
  • 12. memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. “...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.” (Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005) Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. DASAR DAN MATLAMAT: Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan adalah: • menambah baik sistem pemilihan calon guru; • memantapkan latihan perguruan; • memantapkan kerjaya guru; • menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan • memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
  • 13. KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion keguruan ini akan dimantapkan lagi dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru. KPM juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI) yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri semasa menutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Kali Pertama 2006. IPPI yang dicadangkan ialah sebuah institusi penyelidikan, latihan dan pengajian yang bertanggungjawab terhadap perkembangan, pembangunan dan kemajuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Malaysia. STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKE-9: Pada tahun 2005, terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolah rendah dan 41.8 peratus di sekolah menengah. Daripada segi kelulusan akademik, 38.0 peratus adalah guru siswazah dan 56.4 peratus guru bukan siswazah. Manakala 5.60 peratus adalah guru ambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1 peratus guru sekolah rendah dan 82.4 peratus guru sekolah menengah adalah guru siwazah. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50 peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri daripada siswazah terlatih menjelang tahun 2010.
  • 14. KPM telah mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini, terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk meningkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, satu garis panduan iaitu Malaysian Quality Framework digunakan. Cabaran KPM adalah untuk menjenamakan dan merangkaikan IPG dengan universiti dan kolej terkenal di luar negara serta dalam negeri seperti mewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa- Bahasa Antarabangsa. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Cabaran KPM adalah bagi memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum Bersama KPM dan KPTM yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara Kementerian dalam latihan keguruan dan keluaran guru. Memorandum ini juga telah meluluskan norma guru daripada 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas). Peningkatan norma ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan beban tugas guru seperti yang disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru yang dijalankan oleh KPM.
  • 15. KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara usaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidang pendidikan di IPG dan IPT. Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya masalah graduan menganggur. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikan keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan supaya lebih kondusif. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafan dan sokongan. Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan secukupnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan menyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian Skim Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk yang telah bersara atau telah meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan kebajikan guru sentiasa diberikan perhatian. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dan kedoktoran juga tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal terutamanya yang berkhidmat pada peringkat pengurusan. Malah kepakaran mereka tidak diiktiraf berbanding dengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan insentif yang sewajar dengan kelayakan dan kepakaran seseorang bagi mengelakkan pengaliran keluar PPPS yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi. Bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di Jabatan/Bahagian di KPM seramai 1,549 orang iaitu 1,086 adalah siswazah dan 453 bukan siswazah. Bilangan pegawai PPPS di JPN dan PPD/G adalah seramai 2,730 orang iaitu 1,884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM
  • 16. adalah untuk memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih menarik dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN: Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: Menambah baik sistem pemilihan calon guru: - Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon - Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temu duga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris - Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen - Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi - Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum Memantapkan latihan perguruan: - Menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. - Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. - Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru - Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System
  • 17. - Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care - Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas - Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru - Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara. - Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru - Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa - Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan - Meluaskan dan meningkat R&D Memantapkan kerjaya guru: - Menambah baik penjawatan guru - Menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru: - Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
  • 18. - Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada - Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru - Mensifarkan GSTT - Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan - Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran - Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman - Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru - Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan – Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen – Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia: - Penyediaan mekanisme bekalan guru - Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru - Memantapkan mekanisme unjuran guru - Menambahbaik sistem maklumat guru - Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman
  • 19. CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN: Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru. Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namun sambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan. Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insan guru diraikan dengan cara tersendiri. Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimana sajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianya tidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guru yang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri? CABARAN GURU MASA KINI: Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan. Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang membawa kebaikan ataupun keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jati diri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran . Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata menelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan. Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke
  • 20. peringkat Ijazah pendidikan , malah ada dalam kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana dan Phd. Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembangan bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan. Segalanya demi ingin melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah. Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita. Mengajar, mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saat kecemasan. Begitulah erti keperihatan seorang guru. Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan pelbagai keadaan. Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remaja yang tidak ketentuan. Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kita bagi setiap saat dan detik? Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi memantau pergerakan para pelajar. Namun persoalannya selesakah kita berada di bawah pengawasan 24 jam CCTV? Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebas hidup tanpa dikawal dan diperhatikan. Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru. Adakalanya mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu. Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu. Justeru, tema
  • 21. Perayaan Hari Guru kali ini, ’Guru Cemerlang Negara Terbilang’ memberikan semangat baru dengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbang kepada negara terbilang. Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagai strategi memperkasakan kerjaya perguruan. Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang. Manakala menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya perguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan. Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu: Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru
  • 22. Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guru Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha memartabatkan profesion perguruan. Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru. Namun, walau apapun usaha Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan. Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang. PENUTUP: Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain. Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekali gus memartabatkan profesion ini.
  • 23. RUJUKAN: Abd. Halim Abd. Rashid. ( 2005 ). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. DBP. Sufean Hussin. ( 2002 ). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teorai dan Analisis. DBP. Zaini bin Abdullah, Mohmad Noor bin Mohmad Taib, Ikhsan bin Othman, Norila binti Md. Salleh, Abu Bakar bin Yusuf, abdul Talib bin Mohamed Hashim. ( 2011 ). KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-Pendidikan-Guru http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru http://www.scribd.com/doc/36772001/Scribd kademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion- perguruan/ http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdf http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/sgm/124/model-standard-guru-malaysia http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/pengenalan/16/falsafah-pendidikan http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_dalam_Pendidikan_ Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdf http://www.slideshare.net/ramgc/pemantapan-profesion-guru