Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tugasan KPF Esei Ilmiah

10,661

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,661
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
458
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PEMARKAHAN KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Standard Guru Malaysia ke Arah Memartabatkan Profesionalisme Keguruan Di Malaysia. DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID Tanda Tangan JAMALIAH BINTI AB KADIR D20111049678 PUSAT PEMBELAJARAN: KOLEJ MARA, SEREMBANNAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN NORILA BINTI MD SALLETARIKH SERAH: 07 APRIL 2012
  • 2. TUGASAN: ARTIKEL ILMIAHFALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ) DAN STANDARD GURU MALAYSIA KEARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN DI MALAYSIA.PENGENALAN: “ Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibaratlilin yang membakar diri, begitukah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakansebagai lilin yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakahpengorbanan yang dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dankepercayaan guru terhadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapatgelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “ Guruadalah segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young ( 1968 ). Tugasguru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seniyang agung. Seoran guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebatmeniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman.Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan danmerawat sehingga sembuh. Malah guru juga diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebihdaripada itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan itusatu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Gurusebagai agen sosialisasi dan egen perubahan memainkan peranan penting untukmentranfomasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) menerusi kurikulumuntuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalahpancaran daripada pemikiran mereka terhadap pendidikan. Falsafah Pendidikan Guru ( FPG )
  • 3. yang didokumentasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982, dan menjadipanduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.DEFINISI DAN KONSEP KEGURUAN: Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaanyang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruanmerupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individudan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks danmencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkandari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati, seterusnya dapat merealisasikanMisi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam RancanganMalaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukanpelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas dantanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Daripada kedua-dua pengertian tersebut, ia memberimakna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal, dilihat dandinilai oleh masyarakat daripada sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa.ETIKA:Etika membawa maksud:1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Dewan Bahasa & Pustaka,1995 )2. Prinsip moral atau set prinsip moral ( Kamus Oxford, 1994 ).3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
  • 4. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran danketakwaan kepada Allah.MAKSUD ETIKA PROFESIONAL: Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplindalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan denganperaturan dan peradaban, peranan, nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. SkopEtika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yangbenar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga danl ain-lain. Dalam Islam, etikaialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.MAKSUD ETIKA PERGURUAN: Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara,pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demimemartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.– sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadappemegang amanah dalam bidang pendidikan. – guru lebih faham dan jelas tentangtanggungjawab mereka atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guruyang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkanperbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – guru dapat melihat keunikan etika yangdiamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  • 5. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan -kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya bolehdipertahankan dan dikuatkuasakan.5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitamputih dan rasmi. – membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luasdan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – pengalamanetika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas sertamemupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi( INTAN, 1991). Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etikaperguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG ): Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yangnyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamatnegara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak ( 1956 ), LaporanRahman Talib ( 1961 ), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan RancanganMalaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatujupendidikan guru di Malaysia iaitu: i- Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembang lagi potensi pelajar. ii- Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
  • 6. Sehubungan itu, pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi BahagianPendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untukmenjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ), FalsafahPendidikan Guru ( FPG ) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dansumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru. "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjungaspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunanindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif danberdisiplin."HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU : Falsafah Pendidikan Guru yang digubal mengandungi sembilan perkara yangmembentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan:1. Berpekerti mulia – guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain ( murid, ibu bapa, masyarakat ) melebihi dirinya.2. Berpandangan progresif dan saintifik – guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang ke hadapan dan sentiasa memperkembang ilmunya.3. Bersedia menjunjung aspirasi negara – guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat Negara sebagai yang utama.4. Menyanjung warisan kebudayaan negara - meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan Negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.5. Menjamin perkembangan individu – sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  • 7. yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu – guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik – sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan, berlaku adil dalam membuat keputusan dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif – memberi penekanan kepada aspek inovatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid-murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin – memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid- murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.MATLAMAT PENDIDIKAN GURU: Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamatpendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosialdan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan sertaberupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikandalam abad ke-21.
  • 8. MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU: Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan Falsafah PendidikanGuru dan Matlamat Pendidikan Negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tigadimensi utama iaitu:1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi.3. Kendiri : penekanan pembinaan kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumitiga aspek asas iaitu :1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalamkehidupan.2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengantujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesionkeguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadu dan dilaksanakan merentas semua disiplin dan programperguruan yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan programpendidikan. Di samping itu juga, model tersebut menekankan matlamat untuk mengembangkanpotensi guru secara seimbang dan bersepadu daripada segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.Model Konseptual Pendidikan guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysiadigubal dan diimplimentasikan
  • 9. STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM ): Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agendautama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yangtinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkankualiti pendidikan. Standard Guru Malaysia ( SGM ) merupakan sebuah dokumen yangdigubal sebagai panduan dan rujukan kepada para guru, pendidik guru, agensi dan institusilatihan perguruan dalam usaha untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGMmenggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patutdisediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahapkompetensi yang ditetapkan. Kompetensi merujuk kepada kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilaiprofesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.SGM akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patutditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. Usaha yangdilakukan ini selaras dengan prinsip Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) untukmemartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan SGM, guru akan membuat penarafan kendiri dengan melihat instrumen,melihat dirinya berbanding standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafankendiri adalah untuk guru menambahbaik kualiti diri dan tugas masing-masing. Guru yang baikadalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan melihat di mana diri mereka samadaberada pada standard yang telah ditetapkan atau tidak. Perincian Standard dan Keperluan SGM adalah berasaskan kepada beberapa aspek iaituMisi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPK),Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. SGM juga digubal berdasarkan rujukan
  • 10. dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapabuah negara maju. SGM mempunyai dua kompenan utama yang saling berkait iaitu Standarddan Keperluan. Standard di sini merujuk kepada pernyataan kompetensi profesional yang patutdicapai oleh guru, manakala keperluan pula merujuk kepada pernyataan aspek latihan perguruanyang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Standard terdiri daripada tiga aspek iaitu amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Amalannilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institusi Pendidikan Guru (IPG),Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalamPerkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas. Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruanberdasarkan diga domain utama iaitu domain diri, domain sosial dan domain profesion.Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkansupaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagimencapai matlamat sistem pendidikan negara. Domain profesion pula merujuk kepada pegangannilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorangguru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan adalah kecintaan terhadap profesion,berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.Bagi domain sosial, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalammasyarakat. Standard yang kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman memperincikan kompetensi ilmupengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dankokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Standard ketiga iaitu kemahiran pengajarandan pembelajaran memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan danpenilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Berdasarkan Model SGM,
  • 11. ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan: membawamaksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait danbersepadu. Terdapat beberapa Keperluan yang perlu disedia dan dilaksanakan oleh agensidan institusi latihan perguruan. Keperluan tersebut ialah kelayakan dan prosuder pengambilancalon program latihan perguruan; latihan, pentaksiran dan penilaian; infrastruktur daninfostruktur; dan jaminan kualiti. Perincian Standard dan Keperluan yang digariskan amatpenting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yangkompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Berdasarkan Model SGM juga, lingkaran besarputih yang melingkari Standard menggambarkan asas Keperluan utama yang patut disediakanoleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapaiStandard. Berdasarkan model SGM juga, lingkaran besar yang memagari Keperluanmenggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, FPK, FPG,Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja KPM. Glob di tengah-tengah lingkaran Standardpula merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkanmodal insan berminda kelas pertama. SGM menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guruuntuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kinidan akan datang.MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN: Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan gurumemainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru perlu memahami,
  • 12. memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif danpendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. “...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to schoolimprovement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure,on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of highquality, and that all students have access to high quality teaching.”(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005) Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasukpengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuankepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, agen perubahan dansumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistempenyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.DASAR DAN MATLAMAT: Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkankualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikanprofesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalampembinaan generasi masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruanadalah: • menambah baik sistem pemilihan calon guru; • memantapkan latihan perguruan; • memantapkan kerjaya guru; • menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan • memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
  • 13. KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti tetapi juga memastikanmereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjangtempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkanbagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usahauntuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion keguruan ini akandimantapkan lagi dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru(IPG), dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB).Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikanguru. KPM juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan denganmenubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI) yang telah diumumkan oleh Y.A.BPerdana Menteri semasa menutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah RendahKementerian Pelajaran Kali Pertama 2006. IPPI yang dicadangkan ialah sebuah institusipenyelidikan, latihan dan pengajian yang bertanggungjawab terhadap perkembangan,pembangunan dan kemajuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Malaysia.STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKE-9: Pada tahun 2005, terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolahrendah dan 41.8 peratus di sekolah menengah. Daripada segi kelulusan akademik, 38.0 peratusadalah guru siswazah dan 56.4 peratus guru bukan siswazah. Manakala 5.60 peratus adalah guruambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1peratus guru sekolah rendah dan 82.4 peratus guru sekolah menengah adalah guru siwazah.Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50 peratus guru disekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri daripada siswazah terlatihmenjelang tahun 2010.
  • 14. KPM telah mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada InstitutPendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005.Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti,peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbandingdengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan peranan penting dalammenyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini, terdapat 27 IPG di seluruh negaradengan bilangan pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk meningkatkankelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, satu garis panduaniaitu Malaysian Quality Framework digunakan. Cabaran KPM adalah untuk menjenamakan danmerangkaikan IPG dengan universiti dan kolej terkenal di luar negara serta dalam negeri sepertimewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana MudaPerguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihancalon guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Cabaran KPMadalah bagi memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat danmempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkanbagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum BersamaKPM dan KPTM yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antaraKementerian dalam latihan keguruan dan keluaran guru. Memorandum ini juga telah meluluskannorma guru daripada 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas).Peningkatan norma ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan bebantugas guru seperti yang disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru yangdijalankan oleh KPM.
  • 15. KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyensemasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajarankritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antarausaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidangpendidikan di IPG dan IPT. Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya masalahgraduan menganggur. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikankeselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan supaya lebih kondusif.Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafandan sokongan. Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besarakan disediakan secukupnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru danmenyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberianSkim Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikantermasuk yang telah bersara atau telah meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikankebajikan guru sentiasa diberikan perhatian. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran padaperingkat sarjana dan kedoktoran juga tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal terutamanyayang berkhidmat pada peringkat pengurusan. Malah kepakaran mereka tidak diiktiraf berbandingdengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah. Cabaran KPM adalah untukmenyediakan insentif yang sewajar dengan kelayakan dan kepakaran seseorang bagimengelakkan pengaliran keluar PPPS yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi. BilanganPegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di Jabatan/Bahagian di KPM seramai 1,549orang iaitu 1,086 adalah siswazah dan 453 bukan siswazah. Bilangan pegawai PPPS di JPN danPPD/G adalah seramai 2,730 orang iaitu 1,884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM
  • 16. adalah untuk memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebihmenarik dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggiFOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN: Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberitumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:Menambah baik sistem pemilihan calon guru:- Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon- Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temu duga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris- Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen- Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi- Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimumMemantapkan latihan perguruan:- Menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.- Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. - Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru - Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System
  • 17. - Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care - Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas - Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru - Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara. - Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru - Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa- Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan- Meluaskan dan meningkat R&DMemantapkan kerjaya guru: - Menambah baik penjawatan guru - Menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/GMenambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru: - Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
  • 18. - Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada - Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru - Mensifarkan GSTT - Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan - Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran - Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman - Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru - Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan – Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen – Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasiMemantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia: - Penyediaan mekanisme bekalan guru - Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru - Memantapkan mekanisme unjuran guru - Menambahbaik sistem maklumat guru - Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman
  • 19. CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN: Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru.Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namunsambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa danpengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan. Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insanguru diraikan dengan cara tersendiri. Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimanasajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianyatidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guruyang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri?CABARAN GURU MASA KINI: Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan. Guru kini diasakdengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Konseplangit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yangmembawa kebaikan ataupun keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untukmenyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran . Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesipengajaran dan pembelajaran, janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang matamenelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidangperguruan. Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke
  • 20. peringkat Ijazah pendidikan , malah ada dalam kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjanadan Phd. Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembanganbakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnivalpendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan. Segalanya demi ingin melihat modalinsan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensiyang mampu melonjak kecemerlangan diri. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa,wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka dibilik darjah. Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita. Mengajar,mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolahberhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saatkecemasan. Begitulah erti keperihatan seorang guru. Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil denganpelbagai keadaan. Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkanguru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remajayang tidak ketentuan. Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kitabagi setiap saat dan detik? Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagimemantau pergerakan para pelajar. Namun persoalannya selesakah kita berada di bawahpengawasan 24 jam CCTV? Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebashidup tanpa dikawal dan diperhatikan. Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru. Adakalanyamereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu.Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu. Justeru, tema
  • 21. Perayaan Hari Guru kali ini, ’Guru Cemerlang Negara Terbilang’ memberikan semangat barudengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbangkepada negara terbilang. Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruanmenjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruankepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti inimelahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program IjazahSarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) danProgram Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskanusaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitarankerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagaistrategi memperkasakan kerjaya perguruan. Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberilatihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagimemastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang. Manakala menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untukPegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / JabatanPendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjayaperguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diridengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan. Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapastrategi dirancang melalui PIPP iaitu: Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru
  • 22. Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guru Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usahamemartabatkan profesion perguruan. Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalandata yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil danrekod serta pembangunan kerjaya guru-guru. Namun, walau apapun usaha Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesionperguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju kearah kecemerlangan. Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikutkemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnyamembangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang.PENUTUP: Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntutperubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak bolehdianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yangmempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidiklayak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapankebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terusdiperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guruberpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekaligus memartabatkan profesion ini.
  • 23. RUJUKAN:Abd. Halim Abd. Rashid. ( 2005 ). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. DBP.Sufean Hussin. ( 2002 ). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teorai dan Analisis. DBP.Zaini bin Abdullah, Mohmad Noor bin Mohmad Taib, Ikhsan bin Othman, Norila binti Md.Salleh, Abu Bakar bin Yusuf, abdul Talib bin Mohamed Hashim. ( 2011 ). KPF 3012Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-Pendidikan-Guruhttp://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guruhttp://www.scribd.com/doc/36772001/Scribdkademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/index.php/page/sgm/124/model-standard-guru-malaysiahttp://www.ipislam.edu.my/index.php/page/pengenalan/16/falsafah-pendidikanhttp://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_dalam_Pendidikan_Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdfhttp://www.slideshare.net/ramgc/pemantapan-profesion-guru

×