teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar

on

  • 10,575 views

 

Statistics

Views

Total Views
10,575
Views on SlideShare
10,575
Embed Views
0

Actions

Likes
7
Downloads
602
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar Document Transcript

  • 1. TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi Guru Pelatih DPLI UKM AbstrakKepelbagaian strategi pengajaran meliputi kaedah, pendekatan, teknik dan aktivitipengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk penglibatan pelajarsecara aktif dalam kelas. Satu kajian dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkanpenglibatan pelajar dalam kelas dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektifkajian ini adalah untuk meneroka proses meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasarendah diri serta rasa takut dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajarandilakukan serta mencungkil potensi diri, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktivitiyang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar yang mana meliputi 3kelas yang berlainan iaitu 2 buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan sebuahkelas aliran perdana. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar pendidikankhas kelas Matematik tingkatan 1, 8 orang pelajar pendidikan khas kelas Bahasa Melayutingkatan 4 dan 42 orang pelajar aliran perdana kelas Perdagangan tingkatan 4. Kajiantindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama dalam satukitaran. Kaedah temubual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan dalam prosespengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian aktiviti dengan penggunaanTeori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalamkelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, usaha yangberterusan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendapatkan kesan yang lebih baikpada masa hadapan.PENGENALANPendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju danmembangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semuapihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedahpenyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahirandan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaiankaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikanminat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987). Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran danpembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dilihat bahawa pelajar amat sukar untukmemberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan gurusemata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat danpenglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untukmengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranberjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yangdiajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalambilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantungkepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalamkelas. Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajardilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • 2. berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan perhatiansepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan fokus sistempersekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu verbal-linguistik yangmana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah tradisional tanpamenggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang bersesuaian dan membuatkanpelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas. Pengkaji berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluanguntuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihatmemberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, pengkajimengambil inisiatif untuk mengkaji usaha bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalamkelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Teori KecerdasanPelbagai mengikut subjek yang diajar.Teori Kecerdasan PelbagaiTeori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai “ Anintelligence is the ability to create products that are valued within one or more culturalsettings.” (Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonaldan Naturalis. Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalamlisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataandan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melaluiaktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga pekaterhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsangemosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakanstesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks,membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuatperbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakankomputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyakmenggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginanmenerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melaluikaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual danruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambarandalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dankreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta bolehmemberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakanidea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal sepertikoordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyaikecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiranmotor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukanserta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untukbelajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi,termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yangmudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suaramanusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjahyang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahapbakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
  • 3. muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melaluipengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiatserta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal bolehbekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan denganorang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada mood orang dewasa sekelilingnya. Kemahiraninterpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat oranglain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar denganlebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya sertapenglibatan dalam perbincangan kelas. Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri darisegi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkandiri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Merekayang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehandiri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan danrefleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargaitumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai sertasemua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehanmelihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupanhaiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesanmelalui aktiviti luar kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran danpembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu,pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu denganmengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Iajuga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran danpembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasanapembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikanbaru dalam pengajaran. Melalui pendekatan ini, para pengkaji menggunakan gabungan lima kecerdasan iaituVerbal-Linguistik, Logik-Matematik, Interpersonal, Intrapersonal dan juga kecerdasanKinestetik mengikut kesesuaian subjek, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kajianini.
  • 4. Pernyataan MasalahMelalui pemerhatian dan refleksi pengkaji pada semasa menjalani latihan mengajar disekolah, didapati penglibatan pelajar dalam kelas kurang memberangsangkan berdasarkankepada reaksi mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalamkelas. Pengalaman pengkaji sendiri mendapati kebanyakan pelajar kurang melibatkan diridalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka dilihat kurangkeyakinan diri, takut dan malas untuk melibatkan diri dengan pengajaran yang disampaikanoleh guru. Ada juga dikalangan mereka sukar memahami, mengingati serta tidak mahumengeluarkan idea atau pendapat ketika diminta. Kurangnya pendedahan awal kepadapendekatan berfikir merupakan salah satu kemungkinan mengapa permasalahan ini terjadi.Pembelajaran yang berlaku hanya melibatkan satu hala sahaja iaitu guru mengajar dihadapan manakala pelajar hanya mendengar di tempat duduk masing-masing tanpamelakukan apa-apa aktiviti. Oleh kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran, maka guru kurangmenghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikutkesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada pelajarmereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kiratahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelasmasing-masing. Justeru, kajian mengenai usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalamkelas menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai dilakukan untuk menanganipermasalahan yang berlaku. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :- 1. Meningkatkan keyakinan, rasa rendah diri dan juga rasa takut yang ada pada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2. Mendedahkan pelajar kepada proses berfikir dan penjanaan idea serta pendapat dalam aktiviti yang dilakukan. 3. Meneroka kelebihan, kebolehan, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. 4. Memupuk keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.KAJIAN KEPUSTAKAANMenurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang(i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu
  • 5. benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau batasan, (iv)keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan.Menurutnya lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan terhadap ilmu itusendiri, mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan yang sesuai danwajar agar dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang yang memiliki ilmu.Berdasarkan penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.Keadilan mesti dilaksanakan pada semua peringkat dan lapangan. Konsep keadilan dalampendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal dancara pembelajaran mereka. Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how weperceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawabentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta,pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan.(Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuanpelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka beberapadomain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan iaitudomain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor. Domain kognitif merupakanpembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda, manakala domain afektifmerupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan emosi sementaradomain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan anggota tubuhbadan. Merujuk pada pemikiran L. Dee Fink dalam sebuah tulisannya yang berjudul ActiveLearning, di bawah ini akan diuraikan konsep dasar pembelajaran aktif. Menurut L. DeeFink, pembelajaran aktif terdiri dari dua komponen utama yaitu: unsur pengalaman(experience), meliputi kegiatan melakukan (doing) dan pengamatan (observing) dandialogue, meliputi dialog dengan diri sendiri (self) dan dialog dengan orang lain(others)Dialog dengan Diri (Dialogue with Self) :Dialog dengan diri adalah bentuk belajar dimana para pelajar melakukan berfikir reflektifmengenai suatu topik. Mereka bertanya pada diri sendiri, apa yang sedang atau harusdifikirkan, apa yang mereka rasakan dari topik yang dipelajarinya. Mereka “memikirkantentang pemikirannya sendiri, (thinking about my own thinking)”, dalam cakupan pertanyaanyang lebih luas, dan tidak hanya berkaitan dengan aspek kognitif semata.
  • 6. Dialog dengan orang lain (Dialogue with Others) :Dalam pembelajaran tradisional, ketika pelajar membaca buku teks atau mendengarkanceramah, pada dasarnya mereka sedang berdialog dengan “mendengarkan” dari orang lain(guru, penulis buku), tetapi sifatnya sangat terbatas kerana di dalamnya tidak terjadi balikandan pertukaran pemikiran. L. Dee Fink menyebutnya sebagai “partial dialogue“ Bentuk lain dari dialog yang lebih dinamis adalah dengan membahagikan pelajar kedalam kelompok-kelompok kecil (small group), dimana para pelajar dapat berbincangmengenai topik-topik pelajaran secara intensif. Lebih dari itu., untuk melibatkan pelajar kedalam situasi dialog tertentu, guru dapat mengembangkan cara-cara kreatif, misalnyamengajak pelajar untuk berdialog dengan praktisi, ahli, dan sebagainya, baik yangberlangsung di dalam kelas mahupun di luar kelas, melalui interaksi langsung atau secarabertulis.Mengamati (Observing) :Kegiatan ini terjadi di mana para pelajar melihat dan mendengarkan ketika orang lain“melakukan sesuatu (doing something)” , terkait dengan apa yang sedang dipelajarinya.Misalnya, mengamati guru sedang melakukan sesuatu. Guru olah raga yang sedangmemperagakan cara menendang bola yang baik, guru komputer yang sedang melayariinternet dan sebagainya. Selain mengamati pelakuan yang ditampilkan gurunya, pelajar juga dapat diajakuntuk mendengarkan dan melihat dari orang lain, misalnya menyaksikan penampilanbagaimana cara kerja seorang doktor ketika sedang mengubati pesakitnya, menyaksikanseorang ahli muzik sedang memperagakan kemahirannya dalam memainkan alatmuziknya. Begitu juga pelajar dapat diajak untuk mengamati fenomena-fenomena lain,terkait dengan topik yang sedang dipelajari, misalnya fenomena alam, sosial, atau budaya. Tindakan mengamati dapat dilakukan secara “langsung” atau “tidak langsung”.Pengamatan langsung ertinya pelajar diajak mengamati kegiatan atau situasi nyata secaralangsung. Misalnya, untuk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar boleh dibawamengunjungi bank-bank yang ada di daerahnya. Sedangkan pengamatan tidak langsung,pelajar diajak melakukan pengamatan terhadap situasi atau kegiatan melalui simulasi darisituasi nyata, kajian kes atau diajak menonton filem (video). Misalnya unruk mempelajaribudaya kerja di bank, pelajar dapat diajak menyaksikan video tentang budaya kerja disebuah bank.Melakukan (Doing):Kegiatan ini menunjuk pada proses pembelajaran di mana pelajar benar-benar melakukansesuatu secara nyata. Misalnya, pelajar melakukan eksperimen (bidang ilmu-ilmu alam dansosial), menyelidiki sumber-sumber sejarah tempatan (sejarah), membuat pembentanganlisan, membuat cerpen dan puisi (bidang bahasa) dan sebagainya. Sama halnya denganmengamati (observing), kegiatan “melakukan” dapat dilaksanakan secara langsung atautidak langsung.Terkait dengan kebolehan mengimplementasikan konsep di atas, L. Dee Finkmenyampaikan 3 (tiga) saranan, sebagai berikut:1. Memperluas jenis pengalaman belajar.  Bentuk kelompok-kelompok kecil pelajar dan meminta mereka membuat keputusan atau menjawab sebuah pertanyaan tertentu secara berkala.  Temukan cara agar pelajar dapat terlibat dalam berbagai dialog dengan orang lain, selain teman-teman sekelasnya (di website, melalui email, atau dalam kehidupan nyata).  Dorong pelajar untuk membuat jurnal pembelajaran atau portofolio belajar. Guru boleh meminta para pelajar untuk menuliskan tentang apa yang mereka pelajari, bagaimana mereka belajar, apa peranan pengetahuan yang dipelajarinya untuk kehidupan mereka sendiri, bagaimana hal ini membuat mereka merasa, dan sebagainya.
  • 7.  Temukan cara untuk membantu pelajar agar dapat mengamati sesuatu yang ingin dipelajarinya, baik secara langsung mahupun tidak langsung.  Temukan cara yang memungkinkan pelajar untuk benar-benar melakukan sesuatu yang dipelajarinya, baik secara langsung maupun tidak langsung.2. Mengambil manfaat dari “Power of Interaction.”Dari keempat bentuk belajar di atas, masing-masing memiliki nilai tersendiri, tetapi apabilakeempat bentuk belajar tersebut (Dialogue with Self, Dialogue with Others, Observing, danDoing) dikombinasikan secara tepat, maka akan dapat memberikan kesan belajar yang lebihbermakna kepada pelajar. Para pendukung Problem-Based Learning menyarankan kepada para guru untukmengawalinya dengan kegiatan “Doing”, di mana guru terlebih dahulu mengajukan berbagaimasalah nyata (real problem) untuk diselesaikan oleh pelajarnya. Kemudian, pelajar dimintauntuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelilingnya (Dialogue with Others) untukmenemukan cara-cara terbaik untuk digunakan bagi memecahkan masalah nyata yang telah diajukan. Setelah para pelajar saling berkomunikasi dan berbincang, selanjutnya parapelajar akan melakukan berbagai macam bentuk belajar sesuai dengan pilihannya,termasuk di dalamnya melakukan Dialogue with Self dan Observing.3. Membuat dialektika antara pengalaman dan dialog.Melalui pengalaman (baik melalui doing dan observing) pelajar memperoleh perspektif barutentang apa yang benar (keyakinan) dan apa yang baik (nilai). Sementara melalui dialogdapat membantu pelajar untuk membina berbagai makna dan pemahamannya. Untuk menyempurnakan prinsip interaksi sebagaimana dijelaskan di atas iaitudengan melakukan dialektika antara kedua komponen tersebut. Dalam hal ini, secara kreatifguru dapat mengkonfigurasi dialektika antara pengalaman baru yang kaya dan mendalamdengan dialog yang bermakna, sehingga pada akhirnya pelajar benar-benar dapatmemperoleh pengalaman belajar yang signifikan dan bermakna. Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajaruntuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran(Keefe, 1979). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi carabelajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosio-ekonomi dan budayakeluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya. Atas perbezaan faktor-faktor tersebut,gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajaryang lain. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebihcenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran; terdapat jugapelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif; adajuga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesabelajar secara perseorangan (Felder, 1996). Walaupun seseorang pelajar dikatakanbertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan perananyang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaranyang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yang berpusatkan guru sepertisyarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang berpusatkan pelajar seperti mainperanan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaiangaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalanganguru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkinberlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambilperhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapaiprestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminatdalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untukmengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahamigaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untukmemenuhi kehendak pelajar dalam proses pembelajaran. Charmer (1988) telah menyenaraikan beberapa faktor penyebab berkenaan denganlepasan sekolah atau universiti yang tidak diterima bekerja oleh majikan. Di antara faktor-faktor penyebabnya adalah tahap pencapaian akademik dan gred yang rendah, tiadamotivasi untuk bertindak, tiada inisiatif untuk membuat keputusan yang drastik, kekurangan
  • 8. soft skills (bahasa, komunikasi, kemahiran), kekurangan tahap kematangan dan tiadapotensi untuk bertindak sebagai pemimpin. Perkara ini ada hubung kaitnya dengankecerdasan mental yang melibatkan skala prestasi. Abelson (1977), pelajar tidak akan menjadi seorang pelajar yang berkesan, fleksibelatau mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan sekiranyamereka tidak berupaya mengawal dan mengarahkan proses kognitif mereka. Habibah (1978), telah menjalankan kajian berkenaan dengan motivasi pencapaiandengan prestasi pelajar tahun lima. Seramai 90 orang subjek murid darjah enam daripada40 buah sekolah rendah di Selangor dan Wilayah Perseketuan telah diujikaji denganmenggunakan alat ujian kecerdasan Ravens Standard Progressive Matrices. Kajianmendapati terdapatnya hubungan yang tinggi diantara kecerdasan dengan pencapaiandalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Korelasi yang didapati di antara kecerdasandengan pencapaian adalah 0.839. Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yangberbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kirimempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggapmenggunakan sebelah otak sahaja. Seawal tahun 1904, Charles Spearman telah mengeluarkan Teori Dua-Faktorbahawa kesemua kebolehan kecerdasan manusia mempunyai pertindihan yang dipanggilfaktor „g‟ (general). Selain itu, setiap kebolehan kecerdasan tersebut juga mempunyai faktor„s‟(specific) sebagai pelengkap kecerdasan. Teori tersebut dihasilkan melalui analisis faktorterhadap beberapa ujian kecerdasan. Sebagai lanjutan daripada teori tersebut, Gardner(1983) memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan menyenaraikan dua domainsebagai faktor „g‟ iaitu kecerdasan VL dan LM, dan enam domain lain sebagai faktor „s‟.Terdapat Beberapa kajian di luar dan dalam negara yang telah membuktikan kebenaranteori tersebut. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Malm (2001) yang mendapatikecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal adalah dominan dalam kalanganpelajar kolej komuniti. Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Schirduan (2001), Franzen(1999) dan Harms (1998) membuktikan kecerdasan naturalis paling dominan dalamkalangan pelajar sekolah berbanding pelajar yang telah meninggalkan sekolah. Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah mengkaji kecerdasan pelbagai (MultipleIntelligence) dalam konteks pendidik sekolah di Malaysia. Ia juga membincangkan keperluanKP dalam sukatan kurikulum, pedagogi dan sistem penilaian dalam konteks pendidikan dinegara ini. KP yang dicipta oleh Howard Gardner (1983) adalah satu set kemahiran yangmembolehkan seseorang menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atauperkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Terdapat lapan konstruk kecerdasan yangdikenalpasti dalam alat ujian KP iaitu visual-linguistik, logic-matematik, spatial, kinestetikbadan, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Kajian menunjukkan bahawakelas-kelas yang mengamalkan KP dalam pengajaran dan pembelajaran menghasilkanpembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan pembelajaran, skor pencapaian yangmeningkat dan perubahan harga diri dan moral sekolah ke arah yang lebih positif.Kerangka TeorikalSecara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa usaha untukmeningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan strategi pengajarandan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan iniguru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang agak pasif dalam kelas untukmelibatkannya bergerak aktif dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segipendekatan P & P di bilik darjah. Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategipengajaran khususnya dari segi kaedah dan aktiviti yang dirancang dan seterusnyadilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kerangka kerjakonseptual dalam Rajah 1 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancanganpada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti
  • 9. penggunaan permainan, kaedah simulasi, latih tubi bertindak sebagai pemboleh ubah bebasuntuk menguji kecerdasan pelajar. Hal ini disokong dengan pendekatan Teori KecerdasanPelbagai, yang mengakui bahawa setiap pelajar memiliki pelbagai kecerdasan dan caraseseorang pelajar berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan dengan seorang muridyang lain. Terdapat lima daripada lapan jenis kecerdasan yang telah dikenal pasti olehpengkaji untuk melibatkan kecenderungan potensi pelajar dalam bentuk verbal linguistik,logik-matematik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Seterusnya, gabungan antarastrategi pengajaran yang dirancang guru bersama-sama dengan pendekatan TeoriKecerdasan Pelbagai ini dilihat sama ada berjaya atau tidak untuk meningkatkanpenglibatan pelajar dalam kelas. Strategi pengajaran Meningkatkan Penerapan Teori penglibatan KecerdasanKepelbagaian aktiviti pelajar Pelbagai dalam kaedah pengajaran -Pelajar aktif Verbal linguistik Rajah 1 -Tidak malu bertanya Logik – Matematik -Berani menyatakan Kinestetik pendapat Interpersonal -Kreativiti Intrapersonal Rajah 1: Kerangka Teoritikal
  • 10. METODOLOGI KAJIANKajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin (1947) yang telahdiadaptasikan daripada model asal ditunjukkan seperti rajah berikut : Identifying a general or initial idea  Mengenal pasti isu dan masalah kajian Reconnaissance or fact finding  Menganalisis masalah  Tinjauan pada kajian lepas Take first action step Planning  Pelaksanaan tindakan  Pembentukan pelan tindakan  Mengutip data dan penetapan aktiviti Evaluate  Refleksi dan penilaian Planning  Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti Take second action step  Pelaksanaan tindakan  Mengutip data Rajah 2 : Model Kurt LewinKajian ini telah berlangsung selama 6 minggu ( dalam lingkungan bulan Februari hinggaApril, 2010) melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. Limatahap utama dalam suatu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu dan masalahkajian sebagai permulaan kajian. Kemudian diikuti dengan penganalisisan masalah yangdidapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Setelah itu pelan dibentuk untuk
  • 11. merancang dan menetapkan aktiviti yang bersesuai dengan pengajaran. Seterusnya melaluipelan terhadap aktiviti yang telah dirancang itu, pemerhatian dilakukan terhadap tingkahlaku dan penglibatan pelajar pada aktiviti berkenaan. Pada akhir lingkaran, refleksi danpenilaian akan dilakukan. Permasalahan kajian akan dinilai semula dan proses kajian akandijalankan pada lingkaran seterusnya.Kajian ini dilaksanakan secara kajian tindakan kolaboratif antara 3 orang guru pelatih yangberperanan sebagai pengkaji dalam penyelidikan ini. Kajian dijalankan dalam tempoh 6minggu pada masa pengajaran dan pembelajaran bagi 3 mata pelajaran yang berbeza di 3kelas yang berlainan. Dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, perancangan padastrategi pengajaran khususnya yang melibatkan kaedah dan kepelbagaian aktiviti diperlukanbagi membolehkan pelajar aktif dan turut bersama-sama dalam sesi P & P. Secara tidaklangsung telah menunjukkan bahawa pelajar itu sendiri dan bahan pelajaran yang sesuaiberperanan untuk „menghidupkan‟ bilik darjah melalui penglibatan aktif mereka. Kajian initelah dijalankan ke atas 3 kelas berlainan di mana 2 daripadanya adalah daripada kelaspendidikan khas masalah pendengaran dan 1 daripadanya adalah daripada kelas aliranperdana. Keseluruhannya, kajian ini melibatkan 60 orang pelajar. Hal ini diperincikan sepertiberikut :Kelas Aliran Khas Kelas Mata Pelajaran Bilangan Pelajar Tingkatan 1 Matematik 10 Tingkatan 4 Bahasa Melayu 8Kelas Aliran Perdana Tingkatan 4 Perdagangan 42 Jumlah 60Kajian ini keseluruhannya melibatkan pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif.Instrumen yang digunakan adalah meliputi pemerhatian dan temu bual dengan pelajar sertarefleksi pengkaji. Teknik pemerhatian digunakan sebelum dan semasa proses pengajarandan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Antara beberapa perkara yang menjadiperhatian pengkaji adalah penglibatan dan keaktifan pelajar kepada setiap aktiviti dankaedah pengajaran yang digunakan. Maklum balas dan respon ini dilihat melalui perubahanperubahan tingkah laku yang ditunjukkan seperti penglibatan aktif pelajar menyatakanpendapat, menumpukan perhatian terhadap pengajaran serta mengambil bahagian dalamsetiap aktiviti yang telah dirancang. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalamkelas dan seterusnya direkod dalam borang pemerhatian. Selain daripada pemerhatian,pengkaji turut menjalankan temu bual dengan beberapa orang pelajar yang dipilih secararawak daripada tiga kelas yang berasingan. Temu bual dilaksanakan adalah bertujuan untukmengetahui persepsi atau pendapat pelajar itu sendiri terhadap beberapa aktiviti yangdigabungjalinkan dalam kaedah pengajaran semasa proses P & P dijalankan dalam kelastersebut. Temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur dan soalan yang diajukanberbentuk tidak formal bagi membolehkan pelajar menyatakan pendapatnya dengan selesadan bebas. Seterusnya pengkaji membuat refleksi ke atas intervensi yang dilakukansemasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, berdasarkan model Kurt Lewin yang ditunjukkan dalam Rajah 2, menunjukkanterdapat lingkaran yang melibatkan prosedur atau langkah yang dilalui oleh pengkajisepanjang menjalankan kajian ini. Proses atau langkah kajian melibatkan tahap-tahapseperti berikut : 1. Mengenal pasti isu dan masalah kajian 2. Menganalisis masalah dan tinjauan pada kajian-kajian lepas 3. Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti 4. Pelaksanaan tindakan dan kutipan data 5. Refleksi dan penilaian
  • 12. Proses-proses ini dijalankan mengikut lingkaran khususnya pada lingkaran pertama, namun begitu proses ketiga yakni pembentukan pelan dan penetapan aktiviti akan berperanan sebagai permulaan sebagai lingkaran kedua dan lingkaran seterusnya bagi kajian ini sekiranya terdapat perubahan dalam proses tersebut. Pengulangan pada lingkaran ini akan dilakukan sehinggalah pengkaji menemui jawapan bagi menangani permasalahan yang dihadapi pelajar. Prosedur kajian ini diperkuatkan lagi melalui penerangan pada suatu proses perancangan seperti berikut :Tahap Prosedur Penerangan proseduri) Mengenal pasti isu Pada permulaan, pengkaji membuat pemerhatian awal untuk dan masalah kajian mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung khususnya di kelas-kelas yang dijadikan sampel kajian. Pemerhatian ditumpukan terhadap respon pelajar dalam kelas serta tingkah laku yang merupakan sebahagian dalam pengajaran guru setelah diterapkan teori kecerdasan pelbagai pada sesuatu aktiviti pengajaran. Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji mendapati pelajar kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan hanya bergantung kepada guru sekiranya berlangsung sesi soal jawab berkenaan dengan suatu pengajaran dan juga hanya mendengar penerangan guru serta hanya melakukan latihan seperti yang diarahkan. Dengan kata lain, pelajar kelihatan kurang aktif dalam kelas khususnya untuk menyatakan pendapat dan sumbangsaran. Pengkaji merasakan suatu perubahan yang berterusan perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar.ii) Menganalisis Melalui permasalahan dan isu yang telah dikenal pasti oleh masalah dan pengkaji, maka tinjauan terhadap kajian-kajian oleh pengkaji tinjauan pada terdahulu dilakukan untuk melihat sama ada permasalahan kajian-kajian lepas yang sama atau lebih kurang pernah dialami oleh pelajar di sesebuah sekolah atau institusi tertentu, dan sekiranya ada, apakah cara yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu bagi mengatasi masalah tersebut. Seterusnya dapat dijadikan rujukan kepada kajian ini.iii) Pembentukan pelan Setelah pemerhatian awal dan tinjauan pada kajian lepas tindakan dan dijalankan, pelan untuk membuatkan pelajar aktif melibatkan penetapan aktiviti diri dalam pengajaran dirancang sepanjang tempoh kajian ini. Peringkat ini memainkan peranan penting kerana perancangan pada aktiviti dan kaedah pengajaran untuk pelajar berperanan untuk melihat perubahan pada penglibatan pelajar dalam kelas.iv) Pelaksanaan Seterusnya, melalui pelan tindakan yang dirancang, maka tindakan dan aktiviti dilaksanakan dalam kelas pada satu masa pengajaran kutipan data di setiap minggu persekolahan. Aktiviti ini sememangnya digunakan oleh guru bagi mengumpan pelajar memberi tumpuan pada pengajaran dan seterusnya terlibat aktif pada aktiviti berkenaan. Dalam masa yang sama, Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar bagi sesuatu mata pelajaran. Ekoran daripada penglibatan pelajar, maka data dikumpul melalui pemerhatian yang berperanan sebagai instrumen utama kajian ini.
  • 13. Tahap Prosedur Penerangan prosedurv) Refleksi dan Tahap ini melibatkan penilaian, penganalisisan, penjelasan penilaian dan kesimpulan. Penilaian dilakukan dengan berdasarkan pemerhatian yang direkod pada borang pemerhatian yang disediakan untuk menilai sama ada aktiviti yang digunakan dalam kelas pengajaran mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, refleksi memandang hasil yang telah dicapai sebagai akibat daripada tindakan yang telah dilakukan pada pelajar dalam kelas-kelas tersebut. Tahap ini amat penting untuk mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bertindak sebagai suatu usaha yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas.DAPATAN KAJIANMerujuk data yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan, didapati peratusanpenglibatan pelajar semakin meningkat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapatipenglibatan, tingkah laku, keyakinan dan minat pelajar terhadap pembelajaran juga turutmeningkat. Bilangan pelajar yang pasif pula semakin menurun. Jadual 1: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Matematik Masalah Pendengaran (10 pelajar) Peratus Penglibatan Lingkaran Penglibatan Minggu Aktiviti pelajar secara Pelajar secara Suka rela Suka rela Aktiviti 1 2 Menyusun dan 2 20% Suai Padan Latih Tubi di 4 Papan Putih 2 20% (Rawak) 2 Kuliah dan 8 Perbincangan 4 40% Kumpulan Latih Tubi di 9 Papan Putih 5 50% (Sukarela) 3 Silang Kata 10 9 90% Matematik 11 Kuiz Matematik 10 100%Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan olehguru dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran danpembelajaran. Melalui lingkaran pertama iaitu pada minggu kedua, aktiviti menyusun danmenyuaipadan yang digunakan dalam subjek matematik dilihat mula mendapat perhatiandaripada pelajar. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru mengenai cara-cara iadilaksanakan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar keluar ke hadapan kelas dan menyusunjawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepadapelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapaian tinggi
  • 14. akan dapat bertindak dengan pantas manakala pelajar yang berpencapaian rendah akanlebih tertumpu kepada perbincangan bersama rakan dan penerangan guru. Langkah-langkah ini melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik, Kinestetik dan Interpersonal yangmana ianya menguji kemahiran bertindak, menyelesaikan masalah dan keaktifan pelajar.Permulaannya, pelajar kelihatan takut, kurang yakin dan tidak mahu keluar ke hadapankelas untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Namun, setelah diberikan sedikit motivasi olehguru, pelajar cuba melakukannya dan akhirnya berjaya. Untuk minggu seterusnya, iaitu pada lingkaran kedua, aktiviti latih tubi dijalankan.Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan kelas untukmembina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar kelihatan malu dan seganuntuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah. Namun, lama-kelamaan perasaantersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan motivasi yang diberikan oleh guru danpelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecerdasan Interpersonaldan Intrapersonal iaitu kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut danmalu mereka serta kebolehan individu memahami perasaan orang lain dan memberikanmotivasi kepada individu lain. Di samping itu, guru juga dapat mencungkil kebolehan pelajaryang cekap dalam pengiraan. Aktiviti pembelajaran secara kuliah dan berkumpulan yang dijalankan pula dilihatdapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar sesuai dengan Teori KecerdasanInterpersonal yang menitikberatkan kebolehan mereka memberi dan menerima pendapatorang lain dalam sesuatu perbincangan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulandan setiap kumpulan diberikan beberapa set soalan. Setiap kumpulan dikehendakiberbincang dan mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Kumpulan yang berjayamenjawab kesemua soalan dengan betul akan diberi ganjaran sebagai peneguhan. Aktivitiini bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Logik-Matematik yang menekankan kebolehanpelajar menggunakan nombor dengan berkesan termasuk memahami prinsip sebab danakibat yang amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada minggu berikutnya iaitu pada lingkaran yang ketiga, pengkaji sekali lagimenggunakan aktiviti latih tubi untuk pengajaran. Kali ini pelajar diminta secara sukarelamenjawab soalan serta membuat penerangan di hadapan kelas. Didapati penglibatanpelajar semakin memberansangkan. Tanpa perlu dipanggil, pelajar dengan sendirinyamenawarkan diri untuk menjawab soalan latih tubi tersebut. Peningkatan ini berlakudisebabkan pelajar telah mula terdedah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh gurusepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jadi, perasaan takut, malu dankurang yakin semakin hilang. Keseronokan dan minat terhadap aktiviti yang dijalankanmendorong pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas. Seterusnya, aktiviti silang kata Matematik dan juga kuiz Matematik dijalankan. Untukkedua-dua aktiviti ini, penglibatan daripada pelajar dilihat sangat tinggi, memberansangkandan menyeluruh. Bagi aktiviti silang kata Matematik, papan silangkata ditampal di papanputih. Kemudian, guru menulis satu persatu soalan di papan putih. Pelajar yang paling cepatmendapat jawapan dibenarkan menyelesaikan silang kata tersebut. Keadaan tersebutdiulang sehingga tamat soalan. Aktiviti ini dilihat dapat menguji kepantasan pelajarmenggunakan nombor, menjawab soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar disamping menguji kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Kesemuakemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu KecerdasanKinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal. Bagi kuiz Matematik pula, pelajar diberikansatu set soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan kepantasan pelajar memberikanjawapan. Daripada kuiz ini, guru dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalamsubjek ini, juga pelajar yang lemah. Di sini Teori Kecerdasan Intrapersonal digunakan. Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji didapatidapat menarik minat dan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
  • 15. Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Bahasa Melayu Masalah Pendengaran (8 pelajar) Penglibatan Peratus pelajar secara Penglibatan Lingkaran Minggu Aktiviti Suka rela Pelajar secara Suka rela Perbincangan dan 1 2 pembentangan 2 25% kumpulan Melengkapkan peta 2 4 minda 4 50% Membentuk peta 8 6 75% minda Permainan “Teka 9 8 100% silang Kata” Kuiz – balingan dadu dan pemilihan 10 8 100% 3 kertas soalan berwarna Permainan „Mencari 11 perkataan 8 100% tersembunyiBerdasarkan data yang diperolehi daripada jadual di atas, dapat dilihat bahawa melaluiaktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada minggu-minggu tersebut menunjukkan peningkatandari segi bilangan penglibatan pelajar secara suka rela. Pada lingkaran pertama, aktivitiperbincangan dan pembentangan dijalankan untuk mengenal pasti isi-isi tersurat yangterdapat dalam petikan. Pelajar dibentuk kepada tiga kumpulan dan dikehendaki melakukanperbincangan antara ahli kumpulan. Pelajar dilihat tidak yakin dengan jawapan masing-masing sehinggakan tidak berani untuk tampil ke hadapan secara suka rela apabiladiarahkan oleh guru. Hanya dua orang pelajar dilihat cuba untuk menyatakan jawapandaripada hasil perbincangan. Pada lingkaran kedua, beberapa aktiviti dilakukan untuk memperkenalkan bentukpeta minda kepada pelajar, antaranya pada minggu keempat, guru telah menyediakan satupeta minda berbentuk himpunan belon-belon yang mengandungi gambaran ciri-ciri yangterdapat pada sesuatu watak. Beberapa kad imbasan yang mengandungi watak-watakditunjukkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar dikehendaki melengkapkan peta mindatersebut dengan watak-watak yang telah disediakan oleh guru. Dalam aktiviti ini, gurumengaplikasikan Kecerdasan Verbal-Lingustik secara tidak langsung kepada pelajar. Pelajarperlu menghubungkaitkan kad imbasan tersebut dengan ciri-ciri yang ditunjukkan dalampeta minda tersebut. Guru meminta kepada pelajar yang suka rela untuk melengkapkanpeta minda tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa hanya empat orang belajar yang beraniuntuk mencuba, selebihnya memerlukan galakan daripada guru untuk tampil ke hadapan.Untuk minggu seterusnya pula, murid diuji dengan Kecerdasan Interpersonal danIntrapersonal apabila murid perlu bekerja dalam kumpulan untuk membentuk peta mindamengikut kreativiti masing-masing. Pada minggu ini, dilihat terdapat peningkatan padapenglibatan pelajar, apabila ada antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk melakarbentuk minda dan membentangkannya di hadapan semua. Guru sentiasa memberidorongan kepada pelajar untuk menyatakan idea dan sedia membetulkan jawapansekiranya tidak tepat. Kreativiti dan usaha pelajar yang paling utama dinilai oleh guru. Seterusnya pada lingkaran ketiga, yakni dalam lingkungan minggu ke-9 hingga ke-11, beberapa aktiviti seperti permainan teka silang kata, kuiz dan mencari perkataan
  • 16. tersembunyi dilaksanakan dalam kelas. Penglibatan pelajar dilihat menyeluruh dan pelajarcuba untuk menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan oleh guru walaupun masihberasa keraguan pada jawapan. Namun begitu, pelajar kelihatan lebih yakin dan beraniterutama apabila rangsangan yang diberikan oleh guru seperti ganjaran token dan hadiahkepada sesiapa yang mendapat markah yang tinggi. Usaha-usaha ini secara tidak langsungtelah memperlihatkan respon dan kesan yang positif kepada pelajar untuk berdaya saingdan seterusnya bertindak dalam aktif dalam setiap aktiviti tersebut. Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Perdagangan Aliran Perdana (42 pelajar)Lingkaran Minggu Aktiviti Penglibatan Peratus pelajar secara Penglibatan Suka rela Pelajar secara Suka rela 1 2 Simulasi 0 0% 4 Permainan 12 29% 2 teka silang kata 8 Permainan 16 38% mencari perkataan tersembunyi 9 Pertandingan 32 76% 3 peta minda kreatif berkumpulan 10 Simulasi 33 79% 11 Kuiz roda 33 79% impianPada lingkaran pertama iaitu minggu kedua pengajaran dan pembelajaran, guru melihatpenglibatan pelajar sangat kurang aktif. Pada minggu kedua, guru telah menjalankan aktivitisimulasi. Apabila pelajar diminta oleh guru secara sukarela ke hadapan untuk melakonkanwatak yang disediakan, tiada yang menawarkan diri. Apabila guru memanggil pelajar secararawak untuk ke hadapan, mereka kelihatan masih malu dan kurang keyakinan. Duadaripada enam pelajar yang dipanggil ke hadapan dilihat menggigil sewaktu melakonkanwatak yang diberikan. Berdasarkan temu ramah tidak berstruktur yang dilakukan, keadaanini disebabkan pelajar kurang keyakinan diri dan juga kurang pendedahan dengan aktiviti-aktiviti yang berpusatkan pelajar. Para pelajar sebelum ini lebih banyak didedahkan denganpengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Pada lingkaran kedua, guru menjalankan aktiviti permainan silang kata dan mencariperkataan tersembunyi. Dalam lingkaran kedua ini, guru mengaplikasikan Teori KecerdasanPelbagai di mana Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehanmembangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan danpengajaran yang sesuai.Guru memberi galakan kepada pelajar untuk ke hadapan secarasukarela. Galakan yang diberi oleh guru adalah dengan cara tidak melihat kepada betul atausalah jawapan seseorang pelajar tetapi lebih tertumpu kepada keberanian pelajar untukmenjawab soalan. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang salah, guru tidak akanmenghukum atau memberikan reaksi yang boleh merendahkan motivasi pelajar tetapimemuji pelajar berkenaan kerana berani mencuba. Dari segi aktiviti pula, gurumempelbagaikan cara penyampaian di mana guru membaca soalan-soalan dan dalammasa yang sama juga mengedarkan kertas yang mengandungi soalan yang siap ditaip.Inikerana guru mengambil kira kecenderungan pelajar kerana menurut Gardner terdapat
  • 17. individu yang lebih cenderung memahami sesuatu melalui pendengaran dan ada juga yangcenderung memahami sesuatu melalui pembacaan.Daripada pemerhatian yang dibuat,didapati bahawa dengan adanya galakan dan kepelbagaian dalam penyampaian, pelajarmenjadi lebih yakin dan berani untuk ke hadapan. Bagi aktiviti silang kata yang dijalankanpada minggu ke empat, 12 orang pelajar yang sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaranlalu kelihatan kurang berkeyakinan mula menunjukkan keaktifan di dalam kelas. Apabilasoalan dibaca mereka dengan sendirinya menawarkan diri untuk menjawab soalan. Bagiaktiviti mencari perkataan tersembunyi yang dijalankan pada minggu ke lapan pula, bilanganpelajar yang menunjukkan keaktifan adalah seramai 16 orang. Pada minggu ke lapan ini,pelajar dilihat sudah mula terbiasa dengan aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar yangdijalankan guru. Pada lingkaran ketiga, guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang menerapkan pelbagaijenis kecerdasan. Pada minggu ke sembilan misalnya, guru mengadakan aktiviti melakarpeta minda kreatif secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan memperkembangkankecerdasan-kecerdasan pelajar, misalnya aktiviti melukis peta minda merujuk kepadakecerdasan ruang, kerja berkumpulan merujuk kepada kecerdasan interpersonal danintrapersonal dan seterusnya pembentangan yang perlu dilakukan oleh pelajar dihadapankawan-kawan sekelas merujuk kepada kecerdasan bahasa. Kesemua kecerdasan-kecerdasan ini digabungkan di dalam satu aktiviti untuk menggalakkan keaktifan pelajar.Bagi aktiviti simulasi dan kuiz roda impian yang dijalankan pada minggu ke sepuluh dankesebelas juga, guru mempelbagaikan penyampaian permainan ini kepada pelajar. Sebagaicontoh, untuk aktiviti simulasi,guru tidak hanya memberikan dialog di atas kertas bersaizkecil kepada pemegang watak tetapi guru menulis skrip drama pada kad manila danmenampal kad manila tersebut pada papan putih. Tujuan guru adalah supaya semua pelajardapat menghayati dialog melalui pembacaan dan pendengaran (melalui lakonan daripadarakan pelajar) secara serentak. Menerusi aktiviti simulasi ini, guru menggabungkankecerdasan bahasa, ruang, kinestetik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi aktivitiseterusnya iaitu kuiz berkumpulan roda impian pula, guru menggabungkan kecerdasan logikmatematik, visual ruang, kinestetik, intrapersonal dan interpersonal. Hasil pemerhatian,selain galakan berterusan yang dilakukan oleh guru, gabungan beberapa kecerdasan yangditerapkan di dalam satu-satu aktiviti telah menjadikan pelajar aktif sewaktu prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini diperkukuhkan lagi dengan data yangdiperolehi hasil daripada pemerhatian pada minggu ke-9, 10 dan 11 di mana hampir satukelas iaitu seramai 32 orang pelajar (melakar peta minda) / 33 orang pelajar (simulas danroda impian) mula berani dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yangdijalankan. Pelajar dilihat sudah pandai mengenal pasti kebolehan diri mengikutkecenderungan masing-masing hasil daripada pelaksanaan pelbagai aktiviti yangdipelbagaikan mengikut Teori Kecerdasan Gardner (1983) sepanjang proses pengajarandan pembelajaran berlangsung.PERBINCANGAN KAJIANKajian ini mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sebuah kelas aliranperdana dan dua buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran di mana pelajardidapati masih kekok dan janggal dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pelajarsukar memberikan kerjasama apabila diminta menjawab soalan secara sukarela dannampak kurang berkeyakinan dan takut apabila dipanggil kehadapan untuk terlibat denganaktiviti berpusatkan pelajar seperti pembentangan dan simulasi Bagi mengatasi masalahpelajar, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam sesipengajaran dan pembelajaran di mana setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjahtelah diubahsuai atau telah dijalankan dengan mengambil kira prisip Teori KecerdasanPelbagai. Pengkaji telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai kerana Howard Gardner (1983)menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan(intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yangwujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-
  • 18. matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak salingbergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlangdalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individumempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-bezadari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusipendidikan, pengalaman dan persekitaran Kajian ini dijalankan mengikut prosedur berikut : pertama, setelah mengesanmasalah yang wujud dikalangan responden, pengkaji telah menyediakan satu aktivitisewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam aktiviti ini, guru tidakmengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang mana aktiviti yang diadakan tidak disertakanatau diselitkan dengan galakan dan pengayaan. Guru memantau reaksi pelajar. Seterusnyapada minggu berikutnya guru prinsip-prinsip yang terdapat pada Teori Kecerdasn Pelbagaidiaplikasikan dalam aktiviti yang dijalankan. Guru memberi galakan kepada pelajar untukterlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga diubahsuaiagar dapat membantu pelajar mengembangkan dan meningkatkan potensi diri. Daripada hasil kajian yang diperolehi, dengan mengaplikasikan Teori KecerdasanPelbagai, pelajar dilihat semakin berminat dan seronok melibatkan diri dengan aktiviti yangdisediakan oleh pengkaji. Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai dalam sesi pengajaranmampu meningkatkan minat, keyakinan serta mencungkil kecenderungan dan kebolehanpelajar dalam sesi pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang digunakan semasa sesipengajaran dan pembelajaran dilihat mampu menarik perhatian dan fokus pelajar.Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran danpembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.Implikasi KajianMelalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi dapat dilihat dari perspektifpelajar dan guru. Melalui strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah,pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan, pengkaji mendapati ianya dapat membantumeningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatanaktif mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran danpembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan TeoriKecerdasan Pelbagai memberi kesan dan impak yang besar terhadap persepsi pelajartentang pembelajaran. Kaedah yang berpusatkan pelajar dan bahan bantu mengajar ini jugasecara tidak langsung dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dankritis. Pelajar perlu meneroka sendiri apa yang ingin dipelajari dan guru hanya sebagaipembimbing supaya pembelajaran pelajar tidak tersasar dari matlamat yang telahditetapkan. Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepadaguru lain supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Ini kerana penggunaanbahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza dapat merangsang minda pelajar untukmengeluarkan idea-idea dan pendapat yang bernas. Pelajar juga lebih berkeyakinan danberani menyuarakan pendapat ketika berada di dalam kelas. Selain dapat meningkatkanprestasi pelajar di dalam akademik, prestasi guru juga akan ditingkatkan.Cadangan KajianDaripada kajian yang dijalankan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaikibagi tujuan penambahbaikan terhadap kajian ini. Antaranya ialah: 1. Aktiviti yang dijalankan oleh guru perlu menyeluruh iaitu sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar. 2. Guru perlu memberikan lebih galakan kepada pelajar untuk lebih kuat berusaha dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 19. 3. Guru harus lebih kreatif mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada boleh didapati melalui pembacaan ataupun menggunakan aktiviti-aktiviti seperti yang lazimnya digunakan dalam latihan dalam kumpulan (LDK). 4. Guru perlu mencungkil dan meneroka bakat serta kebolehan yang ada dalam diri pelajar supaya dapat dimanfaatkan untuk masa depan mereka. 5. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan dapat memberi tumpuan pada pengajaran guruRUMUSANSecara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran(P&P) secara konvensional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnyaapabila digabungkan dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh keranakepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap pelajaruntuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak seiringandengan pengajaran tersebut. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehandan potensi yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Hal iniperlu bagi membolehkan pelajar mempunyai inisiatif sendiri melibatkan diri dalam kelassecara suka rela tanpa ada paksaan atau sebagainya. Dalam masa yang sama, penglibatanini membuahkan hasil dan kelebihan pada diri pelajar. Ini boleh dilihat apabila pelajar dapatmemahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ekoran daripada penglibatan aktifpelajar dalam kelas. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jelas menunjukkan bahawaperancangan strategi pengajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar dan bahan bantumengajar dapat bertindak dan berperanan sebagai usaha-usaha yang dapat meningkatkanpenglibatan pelajar dalam kelas. Perkara ini disokong lagi dengan pengaplikasian TeoriKecerdasan Pelbagai untuk menjadikan suasana pengajaran yang lebih menyeronokkan.Dengan ini, usaha-usaha tersebut dilihat mempunyai potensi yang baik dan perlu diteruskanuntuk manfaat pelajar. Segala penambahbaikan terhadap strategi pengajaransememangnya dialu-alukan dalam dunia pendidikan pada masa kini.
  • 20. RUJUKANBushro binti Ali & Halimah Badioze Zaman (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-MathS). Retrieved from EbscoHost Database 5, 41-63.Gan Teck Hock (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Retrieved from www.scribd.comGiam Kah How (1999). Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jabatan Sains dan Matematik Maktab Perguruan Seri Kota, Jilid 2. Retrieved from apps.emoe.gov.my Bil 3. 57 – 63.Jurulatih utama (2002). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada April 22, 2010, daripada www.docstoc.com.Ng Choo Tang (1999). Teori pelbagai kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai baik hati tahap 1 pendidikan moral KBSR – satu cadangan. Jurnal PendidikanTigaenf . Retrieved from apps.emoe.gov.my.Noran Fauziah Yaaku, Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias Rohani Ahmad Tarmizi (2006). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam pendidikan perakaunan. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya.Retreived from myais.fsktm.um.edu.my. 37 – 60.Rizal Ariffin, Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Psikologi. Retrieved from www.usm.mySiti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohmed Makki (2008). Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan, Retrieved from myais.fsktm.um.edu.my.Teor Gok Hwa (2004). Masalah pembelajaran sejarah : satu kajian tindakan. Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Dicapai pada April 21, 2010 daripada www.psb1.uum.edu.my