• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kerangka oumm3203
 

Kerangka oumm3203

on

  • 1,836 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,836
Views on SlideShare
1,836
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
50
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kerangka oumm3203 Kerangka oumm3203 Document Transcript

    • (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2013 OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS NO. MATRIKULASI : 751007115183-001 NO. KAD PENGNEALAN : 751007-11-5183 NO. TELEFON : +6019-4461973 E-MEL : benuaterengganu@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TERENGGANU
    • OUMM3203 ARAHAN  Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.  Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.  Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan.  Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.  Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.  Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.  Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS. 2
    • OUMM3203 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Rasuah 3 1.2 Sejarah Rasuah 4 1.3 Punca berlakunya Rasuah 5 2.0 Kandungan 2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah 6 2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah 7-8 2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah 2.3.1 Teori Eternal Law (Undang-undang Kekal Abadi) 7 2.3.2 Teori Utilitarianism (Kemudahan) 7 2.3.3 Teori Universalism 7-8 2.3.4 Teori Distributive Justice (Adil Pembahagi) 8-13 2.3.5 Teori Personal Liberty (Kebebasan Peribadi) 3.0 Kesimpulan 3.1 Evolusi Perubahan 14 3.2 Cadangan 14-15 4.0 Rujukan 16 3
    • OUMM3203 PENGENALAN Definisi Rasuah Menentukan tindakan rasuah. Menggunakan pendekatan ekonomi, undang-undang dan etika, menganalisis isu rasuah untuk meyakinkan menunjukkan kedudukannya dari sudut moral pandangan. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. 4
    • OUMM3203 (al-Baqarah : 188) 5
    • OUMM3203 Sejarah Rasuah Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud : “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini. 6
    • OUMM3203 Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap: 1. Tamak dan haloba. 2. Dengki dan khianat. 3. Sombong dan Takabbur. 4. Suka berbuat yang haram. 5. Tiada keberkatan Hidup 6. Nafsu serakah. 7. Gila Kuasa. 8. Menafikan hak orang lain. 9. Ingin menunjuk-nunjuk. 10. Zalim dan kasar. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh: 1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu. 7
    • OUMM3203 Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan. Allah swt telah berfirman: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 188) 2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. 3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). 4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, 8
    • OUMM3203 individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya. 5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. 7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting. Antara punca berlakunya rasuah ialah : a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. 9
    • OUMM3203 b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. 10
    • OUMM3203 ANALISA EKONOMI TERHADAP AMALAN RASUAH 11
    • OUMM3203 ANALISA UNDANG-UNDANG TERHADAP AMALAN RASUAH 12
    • OUMM3203 ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH 2.3.1 Teori Utilitarianism Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna”. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu' dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum. Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut zaman dan tempat). (contoh:huraianberkaitanseranganGeogiakeatasAbhazia) - Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak bermoral kerana tindakanini menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak. 13
    • OUMM3203 - Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat- rakyat. Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak turutmenjadi pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka kehilangan ahli keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga yang bahagia. - Tambahan pula, penggunaan bom yang mengandungi bahan kimia menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan seseorang mendapat penyakit barah. - Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap bangunan-bangunan di negara yangterlibat dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan tersebut. 14
    • OUMM3203 2.3.2 Teori Duty / Deontologis Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan. Contoh huraian… Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan sebagainya). 15
    • OUMM3203 2.3.3 Teori Keperibadian Mulia Teori Keperibadian Mulia menekan kepada perlunya manusia memilikikeperibadianmuliasebelumdapatmemahamifungsidanautoritiperaturan.Teoriini berkait rapat dengan sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapatdidefinisikan sebagai suatu kualiti yang terbaik dan istimewa. Maka, kita bolehmenyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait yang baik dengan keperibadianmulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini merangkumikehidupan baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidakmenggalakkan perbuatan yang hanya memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau keseronokanfizikal. Contohhuraian… Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahanharta benda manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidakberdosa. Di samping itu, bom atom mempunyai kuasa pemusnah yang amatserius. Hal ini jelas menunjukkan peperangan membawa lebih banyak keburukandaripada kebaikan, terutamanya peperangan akan menyebabkan pengorbananrakyat jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan menyebabkan rakyat kehilangan tempat perlindungan danahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan juga akan merosotkan ekonomisesebuah negara kerana tiada orang mahu melabur di negara yang berkeadaanhuru-hara.Jadi,peperangandianggaptidakwajardantidakbermoral. 16
    • OUMM3203 2.3.4 Teori Kemoralan Sosial Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial. Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing. (Contoh huraian bab peperangan) Dalam kod kemoralan sejagat, peperangan merupakan sesuatu tindakan yang tidak bermoral kerana kedaulatan antara negara yang berperang terancam dan kemudahan seperti bekalan air dan pendidikan akan terjejas. Tertib dan tatasusila masyarakat antara negara tidak dapat dipelihara, masyarakat tidak dapat memajukan negara. Di samping itu, mereka tidak dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa kerana menghadapi tekanan dan takut peperangan akan berlaku lagi. Tindakan mereka dalam membuat keputusan untuk peperangan adalah tidak bermoral kerana umat manusia harus bekerjasama untuk memastikan keadaan tenteram terus wujud demi kebaikan dan kepentingan manusia. Peperangan dianggap tidak bermoral kerana mengganggu kemerdekaaan dan kedaulatan sesebuah negara untuk meluaskan kuasa dan tanah jajahan negara. Pengorbanan tentera-tentera akan menjadi sia-sia kerana melakukan perbuatan yang tidak diterima oleh kod kemoralan sejagat iaitu untuk menjaga keamanan antara masyarakat antarabangsa. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan dibantah di bawah Teori Kemoralan Sosial. 17
    • OUMM3203 2.3.5 Teori Keperibadian Mulia Teori ini mengetengahkan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni sehingga menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Contoh huraian: - Tindakan Georgia yang menyerang republik Ossetia Selatan dan Abkhazia demi kepentingan sendirinya dianggap tidak bermoral kerana Georgia telah tidak mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap, tingkah laku dan sifat-sifat lain yang melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sebagai contohnya, Georgia mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah melalui peperangan yang menjejeskan keharmonian masyarakat sedangkan perundingan juga merupakan satu alternatif yang baik. - Dalam kes ini, tindakan Georgia yang melampaui batasan telah menyebabkan pengorbanan askar-askar dan rakyat sehingga menjejeskan kedamaian dan keharmonian masyarakat. - Dari sudut yang lain, serangan Georgia terhadap republik Ossetia Selatan dan Abkhazia telah memusnahkan harta benda di dunia ini, seperti kehilangan tempat tinggal dan kerosakan hasil tanaman. Keharmonian masyarakat terjejas apabila rakyat terpaksa hidup dalam keadaan penderitaan. 18
    • OUMM3203 KESIMPULAN 3.1 Menilai Perubahan Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. 19
    • OUMM3203 3.2 Cadangan Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut : 1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. 2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan -Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. 3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. 4.Memudahkan urusan menggunakan ICT -Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. 20
    • OUMM3203 APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Nota kuliah. Capaian-capaian Internet. 21