Tika hujan turun

1,028 views
920 views

Published on

Cerpen ini ditulis khas buat adik-adik peserta SKSPM 2006/2007 dan 2007/2008 serta adik-adikku dan sahabat sekalian. Semoga kita cekal menghadapi hidup. Semoga kita meniti kehidupan ini sambil memandang ke kiri dan kanan kita. Sesungguhnya masih banyak bangsa kita yang berada dalam seribu satu kesusahan. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan untuk memenuhkan oerut kita sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memajukan bangsa. Inilah masa untuk Revolusi kita bagi mengembalikan kegemilangan ketamadunan kita.

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,028
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
12
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tika hujan turun

  1. 1. Tika Hujan Turun Oleh: Bro Muhamad Na’im (jacknaim)Cerpen ini ditulis khas buat adik-adik peserta SKSPM 2006/2007 dan 2007/2008 serta adik-adikku dan sahabat sekalian. Semoga kita cekal menghadapi hidup. Semoga kita menitikehidupan ini sambil memandang ke kiri dan kanan kita. Sesungguhnya masih banyak bangsakita yang berada dalam seribu satu kesusahan. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan untukmemenuhkan oerut kita sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memajukan bangsa. Inilahmasa untuk Revolusi kita bagi mengembalikan kegemilangan ketamadunan kita. *************Manik-manik hujan yang turun merenyai sejak dari petang tadi semakin menunjukkan taringbila malam semakin melewati manusia yang sedang dibuai mimpi-mimpi indah. Nampaknya,tiada sebarang tanda yang ia kan berhenti malahan terus menggila. Jam sudah menunjukkanpukul dua pagi. Bertemankan lampu minyak tanah, Mak Zah mengasah pisau toreh buruknya.Itulah yang telah membantunya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarganya.Dia memerhatikan titisan air yang berderai jatuh dari lubang-lubang pada atap zink rumahnyayang sudah berkarat. Atap itu tidak pernah berganti sejak empat tahun lalu. Air itu melompat-
  2. 2. lompat tatkala jatuh ke dalam besen yang ditadah di bawah lubang tersebut. Bunyi hujan yangmenimpa zink didengarinya sebagai satu irama duka yang mensayukan hatinya. Dia sedar,sekiranya hujan tidak berhenti maka dia akan dilanda masalah yang besar.Diperhatikannya bilik Su, anaknya. Terbayang kalibat anaknya yang masih lagi belajar. Gigihbenar anaknya itu. Tetap setia dengan bukunya walau terpaksa menelaah di bawah cahayapelita malap. Hatinya pilu melihatkan keadaan anak sulungnya itu. Ya, tahun ini anaknya ituakan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapannya besar sekali untuk melihatanaknya berjaya. Tapi, mampukah dia untuk menyediakan yang terbaik buat permata hatinyaitu.Di tepi tiang seri pula, dua lagi anaknya iaitu Zam dan Afiq sedang lena tidur walaupunmeringkuk kesejukan. Dilihatnya anaknya itu menggigil. Lantas dia bingkas bangun danmenyelimuti anak-anaknya itu dengan kain batik lusuh kepunyaannya. Anak-anaknya ituterlalu kecil untuk menanggung penderitaan mereka. Zam baru darjah satu, manakala Afiqbaru berusia empat tahun.Mak Zah kembali mengasah pisaunya. Dia menoreh sedikit kukunya untuk memastikan yangpisau itu benar-benar tajam. Setelah berpuas hati, dia menyarungkannya dan membungkusdengan kain buruk. Pisau itu disangkutnya ke dinding. Dia cuba untuk baring, tapi kesejukanmalam itu telah menggigit urat betisnya yang sudah sedia lenguh. Di capainya minyak urut,tapi hampa apabila mendapati botolnya telah kosong.“Abang, besar sungguh dugaan Allah terhadah Zah. Sejak abang pergi menemui Ilahi, nasibkita semakin susah Bang.” Getus hati kecilnya.Hati Mak Zah sayu mengingatkan kejadian yang berlaku empat tahun dahulu. Hujan yangturun mengingatkannya akan musim bah yang berlaku sewaktu dia sedang bertarung denganmaut untuk melahirkan Afiq. Ya, tika itu, hujan turun mencurah-curah dan waktu sebeginilahdia terlantar di biliknya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Perit bukan kepalanglagi. Dia masih ingat akan kasih suaminya. Memegang erat tangannya memeberikan sokongat
  3. 3. keramat bagi meringankan kesakitan itu. Apabila dia sudah tidak tertanggung lagi ujian itu,suaminya turun meredah kesepian malam bertemankan hujan yang turun mencurah untukmeminta pertolongan. Perkarangan rumah mereka sudah pun dinaiki air separas betis.Memang rumah mereka agak hampir dengan sungai. Hanya beberapa depa sahaja. Anaknyayang sulung mengambil alih tugas untuk menemaninya. Namun sehingga ke Dinihari,suaminya tidak pulang-pulang juga. Dan ketika azan subuh bergema, lahirlah anak ketiganyatanpa dibidankan oleh sesiapa. Tak mengapalah, Siti Mariam juga berseorangan di padangpasir sewaktu melahirkan Nabi Allah, Isa Al Masih.Tapi, sehingga ke pagi suaminya masih belum pulang ke rumah. Hatinya bimbang sekali.Bayi yang masih merah itu dipangkunya dengan penuh kasih-sayang. Walaupun lemah tiadaberdaya, namun dia cukup gembira sekali melihat puteranya itu. Masih diingatnya lagi,secawan teh tanpa gula yang dikacau oleh Su itulah yang menjadi bekalan tenaganya.Dia menunggu-nunggu hingga ke tengah hari namun, kalibat suami kesayangannya masihbelum kelihatan. Zam menangis teresak-esak kerana lapar tetapi dia tiada berdaya untukmemasak. Su ingin sekali membantunya untuk memasak nasi, tapi apakan daya bila berassudah tidak berbaki. Mana suaminya?Menjelang Asar, Tok penghulu datang dengan ditemani beberapa orang penduduk kampung.Hujan sudah mula reda. Terkejut Tok Penghulu melihatkan keadaannya yang baru lepasbersalin dan ditambah pula dengan kelesuan anak-anaknya yang masih belum makan. MukaTok Penghulu kelihatan berkerut. Lantas dia menyuruh anak-anak buahnya untuk pulangmendapatkan makanan. Tok Penghulu sendiri menghilangkan diri dan beberapa ketikakemudian, Mak Kiah isteri penghulu datang merapatinya.Mak Kiah memangku anak kecil itu.Masih diingat, kelembutan tangan mak Kiah yangmemegang bahunya.“Kiah, kau ada nampak suami aku tak. Dari semalam dia turun nak cari Mak Bidan tapi takbalik-balik.” Ujarnya lemah.
  4. 4. “Zah..” Mak Kiah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.“Kenapa Kiah?”“Zah, sabar Zah. Aku nak kau bersabar Zah.”“Kenapa ni Kiah? Janganlah begini Kiah.”“Zah, penduduk kampung jumpa Abang Mat. Tadi suami aku datang nak maklumkan kepadakau. Tapi, dia tak tahu pula yang kau baru melahirkan anak.”“Mana suami aku Kiah.”“Zah, mereka jumpa mayat Abang Mat tersangkut di rumpun buluh di hilir sungai. Dia lemasZah”“Zah! Apa yang kau katakan ni Zah.. Mayat? Mayat apa Zah?” dan dia rasakan pandangannyaberpinar. *************“Mak, kenapa mak menangis ni mak?” Su mengusap-ngusap bahu ibunya.“Su, mak teringatkan detik kita kehilangan bapamu.” Tangisan mak Zah gugur membasahibumi.
  5. 5. “Mak, jangan macam ni. Mak kena kuat. Kalau Mak tak kuat, macam mana Su nak teruskanhidup?”“Su, pergilah tidur nak. Esok kau nak ke sekolah.”“Tak kan Su nak tinggalkan mak macam ni.?”“Mak tak ada apa-apa Su. Mak Cuma terkenangkan arwah sahaja.”“Mak!” Su berkira-kira samada dia ingin meneruskan ucapannya itu ataupun tidak.“Kenapa Su?”“Tak mengapalah Mak. Mak, su masuk tidur dulu ye. Mak pun terus tidur ye. Dah pukul tigapagi ni.”“Iya lah Su. Su pergi tidur ya, sayang anak mak.”Mak Zah memerhatikan anaknya itu berjalan ke biliknya. Dia kemudiannya cuba melelapkanmata sambil mengibau kembali kenangan bersama arwah suaminya. Matanya bergenangdengan titis-titis air jernih suam-suam kuku.Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia terlelap. Sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukkanjam 5.15 pagi. Hujan telah pun berhenti. Bersyukurlah kepada Allah, dapatlah dia pergimenoreh. Dia segera bangkit menuju ke dapur. Setelah membasuh muka, diambilnya sebijibesen besar. Dicapainya tepung, telur dan sebekas air bersih. Bahan-bahan tadi digaulnya dankemudian dicampurkan dengan sedikit garam.
  6. 6. Dia memanaskan minyak di dalam sebuah kuali dan kemudiannya mula menggoreng kuihcucur yang dibuatnya. Sambil menggoreng, dia menguli tepung lagi. Kali ini dia membuatkuih roti goreng pula. Itulah rutin hariannya untuk menambah pendapatan. Membuat kuihuntuk ditinggalkan di Warung Senah dekat dengan kebun getahnya. Dia tahu yang dia tidakboleh bergantung kepada hasil jualan susu getah semata-mata. Jika tidak, manakan diamampu untuk menyara diri mereka empat beranak.Selesai menggoreng kuih, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dilihatnya anakperempuan kesayangannya telap pun siap berpakaian sekolah.“Su, tolong kejutkan Zam. Bantu adik bersiap. Mak nak solat. Su dah solat?” Tegurnya.“Baiklah mak. Su dah solat dah pun. Dari tadi lagi.”Selesai solat, Mak zah menadah tangan menolong kebaikan dari Hadrat Allah S.W.T. Diamemohon agar dimurahkan rezekinya serta diberikan kekuatan untuknya mencari rezeki.Sebagai ibu, dia juga tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak-anaknya. Dia tahuyang pada masa kini, hanya pelajaranlah yang mampu mengubah nasib seseorang. Dia tidakmahu anaknya hidup susah sepertinya. Terpaksa mengerah segala keringat yang ada,membanting tulang empat kerat semata-mata ingin mendapatkan duit barang seringgit-dua.Dia tahu yang dirinya orang susah. Tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tapi dia tahu yang dia tidak boleh mengeluh. Teringat pesan arwah suaminya.Biarlah mereka hidup susah, bekerja separuh mati asalkan rezeki yang mereka dapatkan untukanak-anak mereka itu halal. Makanan itu akan menjadi darah daging mereka dan makananitulah yang akan mencorakkan sekeping darah beku dalam diri mereka. Ya,sesungguhnya baikatau buruknya hati seseorang bergantung kepada makanan jasmani yang mereka suap setiaphari. Kerana itulah, dia sanggup bersusah-payah melakukan pelbagai kerja. Dia tahu bahawadi sebalik kepayahan itu, pasti ada kemudahan yang telah Allah sediakan. Dia cukup yakinsekali dengan kalimah itu.
  7. 7. “Mak..” Su menegur lembut.Lamunan Mak Zah terhenti. Dia segera mengemas telekung sembahyangnya dan melipatsejadah.“Ada apa Su?” Balasnya sambil tersenyum. Senyuman yang sedikit sebanyak mampu untukmenyorokkan wajah cekung dan kerut-kerut di mukanya. Dia tidaklah setua mana. Cumakerja kampung yang dilakukannya menyebabkan wajahnya kelihatan seperti berumur 60-anSu serba-salah untuk menjawabnya. Dari semalam dia memikirkan ayat-ayat terbaik untukdisampaikan kepada ibunya. Dia takut untuk menyusahkan ibunya.“Mak, cikgu dah minta duit yuran peperiksaan SPM. Su seorang sahaja lagi yang takmembayarnya mak. Cikgu kata, kalau tak bayar yuran tak boleh ambil periksa.”Mak Zah termenung. Dia teringat yang Su telah memberitahunya pasal yuran peperiksaan daribulan lepas lagi. Tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menyediakannya. Tapi dia telahmenyimpan sedikit demi sedikit hasil lebihan makan-minum mereka.“Su, kalau mak bagi separuh dulu macam mana?” ujarnya lemah.“Tak pa lah mak, kalau mak tak ada duit. Nanti Su minta tangguh lagi dengan cikgu.”Mak Zah hanya mengangguk.“Erm, mak. Su pergi dulu ya. Dah lewat ni.”“Ye lah Su. Hantar adik dulu tau. Pasal duit tu, nanti mak usahakan. Mak janji dengan kaunak.”
  8. 8. Su mencium tangan ibunya itu dan memimpin Zam. Tapi, Zam tak nak ke sekolah. Diamenepis tangan Su. Entah apa kena pada Zam. Mak Zah memujuk Zam dengan lembut.Katanya, Zam harus belajar sampai pandai. Nanti boleh jaga Mak.Air mata Mak Zah tumpah lagi apabila Zam memberitahu yang dia malu untuk ke sekolah.Rakan-rakannya sering mengejek Zam kerana pakai baju sekolah yang bertampal sana-sini.Kasutnya juga koyak-rabak. Dirinya dirasakan begitu dayus sekali kerana tidak mampumenyediakan pakaian yang elok-elok buat anaknya. Kalaulah hari itu dia menerima lamaransahabat arwah suaminya untuk dijadikan isteri kedua, tentu nasibnya tidaklah seteruk ini. Diatahu yang sahabat arwah ingin membantunya. Tapi, kerana kasih yang tidak berbelah bagiterhadap arwah hasrat itu dibuangnya jauh-jauh. Tambahan pula, dia tidak mahu digelarsebagai perampas suami orang. Biarlah dia bersusah asalkan dia tidak menyusahkan hiduporang lain.Setelah dipujuk, Zam akhirnya ke sekolah juga. Nasib baiklah anaknya itu mengerti keadaanmereka walaupun dia masih kecil. Semoga anaknya itu menjadi orang hebat-hebat suatuketika nanti. *************Mak zah menyusun kuih-kuih yang telah siap digoreng ke dalam raga yang diperbuat daripadarotan. Dia mengenakan sehelai pakaian lusuh dan mengikat seutas tali rafia di pinggangnya.Pisau toreh yang tersangkut di dinding rumah itu diselitkan di pinggangnya. Mak Kiahmengejutkan Afiq dari tidur. Anak kecil itu menggeliat malas. Disuapnya sebiji kuih cucur.Kemudian, dia menggendong anak kecil itu di atas belakangnya.Langkahnya diatur deras menuju ke kebun getah. Sampai di Gerai Senah, dia meninggalkankuih itu.“Sikit kuih kau buat hari ni Zah.” Sapa Mak senah.
  9. 9. “Aku terlewat bangun tadi Senah oi. Dua jenis kuih je yang aku sempat buat. Ni pun dalam 40biji je. Lagipun aku dah tak larat Senah. Urat-urat ni dah berpintal-pintal dah. Lenguh sangat-sangat.”“Sikit pun sikit lah Zah. Nak buat macam mana. Dah takat tu rezeki.“Aku pergi dulu lah senah. Dah lewat dah ni.”“Ah, iyalah. Zamil, mari ambil si Afiq ni !” Senah menjerit memanggil anaknya.Mak Zah bersyukur yang Senah sanggup menerima kuih untuk dijual di warung kopinya. Takterbalas jasa sahabatnya itu. Maklumlah, Senah hanya ambil kuih daripadanya sahaja dantidak menerimanya daripada orang lain. Senah juga sanggup untuk menolongnya menjagaAfiq. Dia terharu dengan pertolongan Senah itu. Mereka sememangnya kawan sejak dari kecillagi tambahan pula, Senahlah yang memperkenalkan arwah suaminya kepada dia. Arwah danSenah sepupu jadi dia nak sangat sepupunya itu berkahwin dengan Zah sahabat karibnya.Mak Zah menoreh dari pagi sampai ke pukul 11.30 tengah hari. Selesai menoreh,diamengambil Afiq dari kedai Senah dan bergegas pulang ke rumah untuk memasak nasi bagimenjamu anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah. Selesai menanak nasi, dia ke kebunsayur di belakang rumahnya untuk membetulkan anak terung yang patah dek kerana hujansemalam. Selesai membetulkan anak terung, dia membuat para pula untuk mengikat pohonpetola yang sudah pun tumbuh menjalar itu. Pokok-pokok sawi dan kangkung sebanyakempat batas sudah pun besar. Lagi dua atau tiga hari, bolehlah dipetik untuk dijual. Diaberkira-kira dengan hasil jualan itu dapatlah barang 20 ringgit. Dicampur dengansimpanannya sebanyak 80 ringgit, maka dia hanya memerlukan lagi 20 ringgit untukmelangsaikan yuran peperiksaan Su.Seperti biasa, anak-anaknya pulang ke rumah pada pukul 1.30 tengah hari. Mak Zah melayananak-anaknya makan. Setelah memastikan yang anak-anaknya sudah kenyang, barulah dia
  10. 10. menyuap mulutnya pula. Dia tidak kisah sekiranya makan sisa sahaja. Yang penting anaknyakenyang. Naluri keibuannya tidak akan membenarkan sama sekali anak-anaknya kelaparan.Su yang sudah pun solat zuhur mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang dia sedih yanganaknya itu tidak dapat bersama rakan-rakan yang lain ke kelas tambahan. Terpaksalahanaknya itu bergelut seorang diri dengan buku-bukunya. Hendak juga dia membantu, tapiapakan daya dia hanya bersekolah sampai darjah enam sahaja.Selesai makan, dia mandi dan solat. Tugasnya pada hari itu masih belum selesai lagi. Diaharus kembali ke Kebun getah untuk mencampur susu getah yang sudah dikutipnya beberapahari lepas dengan cuka getah bagi membuang air dan membekukan getah. Dengan itu,harganya akan tinggi sedikit berbanding susu getah semata-mata. Selesai kerja-kerja di kebungetah, dia ke warung senah untuk memungut wang hasil jualan kuih. Dapatlah RM8. Denganwang itu, dia ke kedai runcit untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih dan sedikitbarang dapur.Sesampainya di rumah, azan asar sudah pun berkumandang. Dia segera solat dan ke kebunsayur untuk menyiram tanamannya. Kerjanya hari itu agak senang sedikit kerana tanah masihlembab lagi akibat hujan semalam.Seterusnya, dia mencapai baur kail yang diperbuat daripada batang salak lalu menuju kesungai. Di tebing sungai, dia menguis-nguis tanah untuk mencari cacing. Setelahmemperolehinya, dia ke lubuk yang terletak di tepi sungai untuk memancing ikan untukdijadikan lauk makan malam. Setelah setengah jam menunggu, dapatlah dia beberapa ekoranak seluang sebesar ibu jari tangan dan seekor ikan puyu sebesar tapak tangan. Cukuplahuntuk makan malam dan pagi esok.Dalam perjalanan pulang, dia mengutip pucuk kemiding yang tumbuh liar di sekitar semak ditebing sungai. Pucuk kemiding yang bewarna oren kecoklatan itu memang sedap sekalidimasak lemak. Tentu anak-anaknya berselera makan malam nanti. Dia tersenyum sendirian. *************
  11. 11. Malamnya, selepas solat Isya’ Mak Zah mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Su sudahpunkhatam al-Quran, Cuma bacaan tajwidnya sahaja yang perlu diperbetulkan. Selesai mengaji,Mak Zah memberkan tazkirah pula kepada anak-anaknya. Dia tidak mampu untuk memberitazkirah sehebat ustaz yang mengajar di masjid-masjid maklumlah dia bukannya ditarbiyyahdengan terbiah Islam secara syumul sewaktu kecil. Tapi, dia hanya mampu untuk menasihatianak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh dan melakukan semua amalan hanya keranaAllah semata-mata. Dia tahu yang dia akan ditanya oleh Sang Pencipta di hari kebangkitankelak samada dia melaksanakan tugasnya sebagai ibu ataupun tidak sewaktu hayatnya.Selepas itu, dia mengayam mengkuang untuk dijadikan tikar. Husin suami Senah selalu kehutan. Tiap kali balik dari hutan, dia akan membawakan daun-daun mengkuang kepadanyauntuk dijadikan tikar. Walaupun upah yang diterimanya tidaklah setinggi mana, tapi itu sudahcukup untuk membantunya. Keluarga Senah memang sahabat yang sejati. Walaupun merekabukan orang berada tapi mereka cukup baik sekali. Husin pernah memberitahunya sesuatusewaktu dia bertandang ke rumah Senah. Katanya, tidak beriman seseorang selagi mana diatidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi diri sendiri.Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, kenapa orang yang tidak berada sangat-sangatmementingka soal ukhuwah, soal tolong-menolong saudara yang berada dalam kesusahan.Mengapa orang-orang kaya tidak pula berfikrah begitu. Di kampung mereka, bukan seorang-dua yang kaya malahan banyak juga yang boleh dikatakan orang senang. Tapi merekatidaklah seperti keluarga Husin. Dia tidak pernah mengharapkan pun bantuan daripadamereka tapi kadang-kadang dia terasa juga dengan golongan kaya ni. Kalaulah merekamengikut apa yang betul-betul diajarkan oleh Islam, tentu mereka tidak susah sebegini.Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya harta tidak melekakan mereka dari beribadatkepada Allah. Nabi dulu pun hidup miskin walaupun dia pemerintah sebuah kerajaan yangagung. Nabi pun selalu berlapar. Begitu juga Abu Bakar. Seluruh hartanya diinfak kejalanIslam. Keluarga Ali dan Fatimah pun tiada apa-apa harta. Mungkin disebabkan itulah merekatekun beribadat kepada Allah.
  12. 12. “Mak, mak penat ye. Mari su urutkan mak.” Su mengurut belakangnya.Lamunannya terhenti. Dia memandang wajah anak kesayangannya itu.“Tak apalah Su, kau pergilah baca buku tu. Peperiksaan kan dah dekat.”“Tak apa mak. Ni kan tanggung-jawab Su. Mak pun ada hak yang patut su laksanakan.”Mak Zah senyum. Bangga dengan anaknya. Tangannya yang pedih terkena duri mengkuangbagaikan hilang dek kerana kasih-sayang yang ditunjukkan anaknya itu. Penderitaannya jugaterasa begitu ringan sekali. Syukurlah Allah menganugerahkan anak yang solehah. Itulah yangdiharapkannya. Anak yang solehah itulah harta peninggalan yang berguna sekiranya diameninggal kelak. Tak mengapa jika tidak berharta kerana harta takkan dapat mendoakankesejahteraannya di dalam kubur tetapi anak yang soleh akan menjamin keselesaannya di sanananti.“Su, Insha Allah minggu depan mak bagi duit yuran peperiksaan kau.”“Mak, mak dah banyak berkorban untuk Su. Su ingat lepas ni Su dah tak nak belajar lagi. Sunak kerja.”“Jangan Su. Mak tak bagi Su kerja.”“Tapi Su dah tak sanggup tengok mak bekerja siang-malam. Apa yang mak tak buat?Menoreh, jual kuih, tanam sayur, berkebun. Semua Mak dah buat. Biarlah Su pula yangberkorban.”“Su, kau nak kerja apa dengan kelayakan kau tu. Sekarang zaman maju Su. Kalau kau tiada
  13. 13. ilmu, kau akan ditindas. Manusia kat luar sana sentiasa menanti peluang untuk menjadikankau mangsa mereka. Kau kena belajar Su. Mak rela gadai tanah kita yang sekangkang kera niasalkan kau dapat belajar di Universiti.”“Masa Su kerja nanti, Su boleh simpan duit. Bila dah ada duit nanti Su sambung belajar lamak.”“Keputusan mak tetap Su. Walau apa pun, kau kena belajar sampai peringkat tertinggi. Kaukena ubah nasib kita Su. Ingat, Tuhan tak kan bagi kesenangan kepada kita sewenag-wenangnya. Tuhan suruh kota berusaha Su. Itulah suruhannya kepada Adam sejak diadikeluarkan dari syurga. Dan itulah juga suruhannya kepada umat Muhammad.” *************Mak Zah mengesat air matanya. Kerusi sofa itu terasa begitu empuk sekali. Badannya seolah-olah ingin tenggelam dalam keempukan kerusi itu. Seorang pembantu rumah membawakanse-jug air dan aneka kek untuk dijadikan alas perut sementara menunggu makanan tengah harisiap. Anaknya Su masih di bilik. Entah apa-apa yang dibuatnya.Mak Zah sayu lagi. Dia tidak menyesal mencagarkan tanahnya untuk membiayai kemasukanSu ke Universiti selepas Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.Sekarang anaknya itu sudah pun bergelar Doktor. Satu pangkat yang sangat-sangat dihormatimasyarakat. Dia teringat kembali zaman mudanya bergelumang dengan kerja-kerja kampung.Teringat air mata yang dititiskan setiap kali ditimpa masalah. Segala-galanya sudah terbayarsekarang. Dia tidak perlu bekerja lagi. Anaknya itu hanya mahu dia berehat sahaja di rumah.Pembantu rumah disediakan. Dan jika dia sakit, Su sendiri yang merawatnya. Benarlah apayang dikatakan pada anaknya dulu, Tuhan tak kan mengubah nasib kita melainkan kita sendiriyang mengubahnya. Anaknya yang kedua pula sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh.Selalu mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan beberapa kali mewakilinegara dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris peringkat Asia.
  14. 14. “Mak. Mak dah bersiap ke?” Su menghampirinya.“Nak bersiap ke mana Su?”“Mak, hari ni kan ulang tahun kematian ayah. Mak dah lupa ke?”“Mak tak pernah lupa nak. Kebetulan, sekarang pun hujan kan.” Kata Mak Zah sambilmemerhati ke jendela.Hujan turun renyai-renyai di luar rumah. Keadaan itulah yang selalu menghiasi kelendarDisember di Negeri Kelantan yang sememangnya mempunyai dua musim. Musim panas danmusim sejuk. Musim sejuk merupakan musim turunnya hujan dan matahari bersembunyimalu di balik awan. Tidak mahu menunjukkan rupa.“Su dah ambil cuti hari ni mak. Su nak melawat pusara ayah dengan mak.”“Su memang anak yang baik. Tak sia-sia mak melahirkan kamu.” Ujar Mak Zah sambilmengusap kepala anaknya itu.Su mendekatkan dirinya pada ibunya. Dia ingin berada dalam pelukan ibunya. Terlalu besarjasa dan pengorbanan ibunya itu.“Tapi Su, kau sepatutnya sudah memulakan keluarga kau sendiri. Bila Su nak Kahwin?”“Mak, Su tak pernah pun berfikir lagi soal tu. Biarlah Su jaga mak seperti mana mak menjagaSu suatu masa dahulu. Su nak balas jasa-jasa mak. Lagipun, adik masih bersekolah lagi. BiarSu jaga mereka pula. Su nak jalankan tanggung-jawab Su sebagai anak dan kakak.”
  15. 15. “Terpulanglah dekat kau Su. Tapi kalau kau kahwin pun, kau masih lagi boleh jaga mak danadik-adik.”“Mak, jom kita pergi ke pusara ayah sekarang.”Mereka pun berjalan beriringan tangan sambil membawa sekali segala kisah duka. Kisah dukaitu sudah pun berakhir. Nasib mereka pun sudah berubah dan mereka tidak perlu berlapar lagi,tidak perlu hidup dalam kegelapan malam dan tidak perlu menangis lagi. Itulah harga untuksebuah pengorbanan. Kejayaan yang disulami dengan keredhaan Allah sangat-sangat berhargadan dinilai seisi dunia.Namun, hujan tetap turun jua walau di mana mereka berada. dan yang pastinya, tika hujanturun, memori lama akan bermain kembali difikiran mereka. Namun semua itu akanmenambah lagi kekuatan mereka dan membuat mereka sentiasa ingat bahawa mereka pernahmengalami saat kesusahan dan keadaan itu boleh kembali berlaku pada anak-cucu merekaandainya mereka lalai dan sentiasa memikirkan yang mereka di takuk yang selamat. --TAMAT --

×