Saat sayang bertaut
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Saat sayang bertaut

  • 890 views
Uploaded on

Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team (MESAT). Semoga kita semua......

Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team (MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana “Islam itu Mudah dan Fitrah”

More in: Spiritual , Technology
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
890
On Slideshare
890
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
11
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Saat Sayang Bertaut By: Bro Muhamad Na’im (jacknaim)Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban NabawiUSMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team(MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui programkesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana“Islam itu Mudah dan Fitrah” *******Alang menyedut rokok daun sedalam-dalamnya sambil bersandar di dinding rumahnya yangdi perbuat dari buluh. Seketika kemudian, asap rokok itu dihembus keluar dari ronggapernafasannya. Asap yang pada mulanya berkepul-kepul itu akhirnya menipis di udara danakhirnya menghilang.Isterinya Tina sedang menyental pucuk ubi kayu yang baru di rebusnya bagi menyediakanlauk tengah hari mereka. Sambil menghancurkan pucuk ubi itu, dia merebus pula terungmanggoi untuk dimasak bersama pucuk ubi nanti.
  • 2. Dia menghalakan wajahnya ke muka pintu. Terik mentari menyinari wajahnya. “Masih belumsampai lagi anak-anak. Sudah tengah hari! Mungkin petang nanti mereka sampai.”“Tak sabar sungguh apak menunggu anak! Bukan kah jauh jarak perjalanan. Sabar saja. Nantisampai lah mereka.” Isterinya pula membalas.“Iyalah Tina.” Rokok yang dihisapnya tadi sudah pun habis. Dia melontarkan puntung rokokmelalui jendela rumahnya. Otaknya ligat memikirkan saat kedatangan sebuah land cruiserkepunyaan ABIM beberapa hari yang lampau.Kata mereka, ada sekumpulan anak-anak pelajar dari Universiti Sains Malaysia KubangKerian ingin datang ke kampung mereka untuk program anak angkat dan membuka klinikbergerak bagi merawat kesakitan orang kampung.Tentu sahaja Alang berasa gembira apabila ditawarkan untuk menerima anak angkat.Masakan tidak, perjalanan dari Kuala Betis dan Tohoi ke Pos Simpor mengambil masa selamahampir empat jam dengan menaiki Hillux atau Land Cruiser. Laluan yang menggunakan jalanbalak itu cukup mencabar sekali kerana sempit. Ada bukit yang hampir sahaja menegak dan iacukup berbahaya sekali untuk dinaiki. Andai tidak bernasib baik, akan ada sahaja tanah runtuhyang berlaku.Alang berdoa pada roh nenek moyangnya agar hari tidak hujan kerana dia tahu bahawa jalanke Simpor pasti tidak dapat dilalui jika hujan. Tanahnya terlalu licin dan kenderaan bisasahaja terbabas ke dalam gaung dalam di tepi laluan balak itu.Di sebalik kegembiraannya, Alang berasa bimbang juga. Takut kalau-kalau dia tidak mampumenyediakan layanan terbaik buat anak-anak angkat mereka nanti. Dia masih teringat bahawadua tahun dahulu, ada juga rombongan orang luar datang untuk program anak angkat. Diasedikit berasa hati apabila anak-anak angkat tidak mahu menjamah makanan yang dimasakTina. Biarpun mereka memberi alasan tidak lapar atau sudah makan di Surau, tetapi bagiorang asli, mereka sedikit terhina jika makanan yang dihidang tidak disentuh tetamu.Mungkin juga orang luar berpandangan bahawa mereka kotor dan masakan mereka tidaksedap. Takut juga andai mereka berpandangan bahawa makanan mereka tidak ubah sepertimakanan cuak (anjing).
  • 3. Selain itu, dia juga tertanya-tanya apa motif mereka ingin bertandang ke Simpor. Tambahanpula mereka datang bersama ABIM yang selalu datang berdakwah untuk mengajak merekamemeluk Islam.Beberapa tahun dulu, ada pendakwah yang entah dari kumpulan mana datang ke Simporuntuk berdakwah. Kata mereka, Islam agama yang betul dan diterima oleh TUHAN. BukanAlang tidak mahu menerimanya, tetapi dia sayang akan adat sewang tinggalan nenekmoyangnya. Kalau jadi Islam nanti, sudah tidak boleh bersewang untuk tujuan menghantardan memanggil roh hutan.Tambahan pula, pakaian pendakwah itu yang berjubah membuatkan dia berfikir bahawaitulah pakaian yang harus dipakainya nanti. Bagaimana dia ingin memburu tupai di hutan ataumemanjat pokok untuk mengambil madu andai terpaksa memakai pakain tersebut.Bolehkah juga dia menjalankan ibadat orang islam seperti bersembahyang sebanyak limawaktu.Ah. Kalau anak angkat datang nanti, aku tipu sahaja mereka dengan mengatakan bahawa akusudah Islam. Tentu mereka tidak akan bercerita panjang tentang agama padanya nanti.“Alang. Mari makan nasi dulu. Nanti sejuk tidak sedap.” Panggilan Tina menghentikanlamunannya.“Kamu panggil Andak, Hitam dengan Betty makan sekali.” Arah Alang pada isterinya agarmembawa anak-anak mereka makan bersama.Mereka cukup berselera sekali menjamah hidangan tengah hari itu. Bagi mereka, hidangannasi dengan sayur pucuk ubi campur terung manggoi bersama dengan Ikan Tengas gorengsudah cukup mewah. Dua pinggan nasi boleh habis dalam masa yang cukup sekejap sahaja.Selesai makan, Alang berehat di ruang tamu. Hasratnya untuk ke hutan bagi mencari TongkatAli dan kacip fatimah dibatalkan sahaja kerana menunggu ketibaan anak angkat mereka. *******Matahari sudah mula menyembunyikan diri sewaktu Amat datang menurutnya di rumah. KataAmat, anak-anak angkat sudah datang dan mereka mesti berkumpul di dewan untuk sesipenyerahan anak angkat. Seramai 11 keluarga dari 22 keluarga penduduk Simpor bersetujuuntuk menerima anak angkat. Hanya keluarganya dengan Amat yang bukan beragama Islam.
  • 4. Penduduk lain pula enggan menerima anak angkat kerana risau kedatangan mereka adalahuntuk memaksa mereka memeluk Islam.Alang dan Tina bergegas turun dari rumah mereka untuk menuju ke dewan yang terletaksejauh kira-kira lima minit perjalanan. Andak dan Hitam dari tadi lagi tiada dari rumah.Mungkin mereka bermain di sungai. Betty yang baru berusia setahun itu pula dikendong olehisterinya.Di dewan, kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula memenuhi kawasan sekitar. Limabuah land cruiser, sebuah lori dan empat buah land rover disusun dengan kemas di tepidewan. Kenderaan itu membawa sejumlah 36 orang peserta. 30 pelajar USM dan 6 orang ahliABIM.Ayah Man yang merupakan wakil dari ABIM memanggil semua keluarga angkat dan pelajarUSM untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi pembahagian anak angkat. Majlis berlangsungdengan sederhana tetapi meriah dengan sorakan dan tepukan tangan dari para hadirin yangbegitu teruja sekali kerana mendapat keluarga baru.30 minit kemudian, majlis tamat dan tibalah masa untuk anak-anak angkat berkunjung kerumah keluarga angkat masing-masing. Alang mendapat tiga orang anak angkat, duaperempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka bergegas pulang ke rumah. Anak-anakangkatnya pula membimbit sedikit buah tangan berupa teh, biskut dan gandum. *******“Bagaimana perjalanan anak-anak tadi? Seronok tak?” Tegur Alang sewaktu mereka bersiladi ruang tamu. Tina pula sedang membancuh air kopi sambil di bantu oleh Syakira yangmerupakan salah seorang peserta program.“Satu pengalaman baru Apak. Kali pertama datang sini. Teruja sangat-sangat.” Jawab Anas.“Cantik pemandangan sepanjang laluan datang sini. Bukit bukau yang cantik, pepohon yangmenghijau dan burung pelbagai warna yang berterbangan bebas. Sungguh menakjubkanApak. Udaranya juga segar dan jauh dari kesibukan bandar.” Sambung Shahila pula.“Iya Apak. Betul tu. Empat jam naik land cruiser. Jalannya yang berlubang-lubang danberdebu itu sungguh mencabar. Ada masa kami semua terpaksa berjalan kaki sebab kudrat
  • 5. kenderaan tidak kuat untuk mendaki bukit. Tadi sahaja, sebiji land cruiser kami terbalik.Nasib baik semua selamat.” Anas pula semakin bersemangat untuk bercerita.“Minum kopi dulu. Lepas tu sambung cerita lagi.”Tina bersuara dari dapur sambil berjalandengan membawa air kopi. Syakira pula membawa sepinggan biskut kering yang dibawamereka tadi.“Terima kasih amek. Mesti sedap kopi yang Amek buat ni. Sayang Amek.” Usik Anas denganmanja. Tina tersenyum mendengar pujian tersebut. Memang orang asli suka di puji.Senyuman mereka melebar hingga ke telinga jika dipuji oleh orang luar.Anas mengirup kopinya dan memuji berkali-kali rasa kopi tersebut. Alang hanya tersenyummelihat telatah anak angkatnya itu. Dia sudah menganggap anak-anak angkat nya itu sepertianak kandung sendiri. Sayang sudah pun bertaut pada mereka semua. Dia gembira dengankemesraan anak-anaknya itu.“Tidur sahaja di rumah Apak malam nanti.”“Wah seronoknya kalau macam tu.” Jawab Anas.“Tapi sayang kan Anas. Kami tidur di Surau aja Apak. Sebabnya banyak lagi program.Tambahan pula, senang untuk kami melakukan perbincangan apa-apa nanti.” Syahila pulamembalas dengan wajah sedih.“Iya lah apak. Apak jangan salah faham pula! Bukan kami tak sudi. Nanti esok pagi-pagi lagikami datang rumah Apak.”“Malam ni ada program apa? Tanya Amek pula.”“Erm, malam ini kami akan solat maghrib dan Isyak. Antaranya pula ada ceramah dari ustaz.Lebih kurang jam sembilan malam, ada makan-makan. Nanti saya datang jemput Amekdengan Apak bila kami sudah mula makan.” Terang Anas dengan panjang lebar.“Oh. Tak perlu susah-susah Anak. Nanti apak dengan amek pergi terus sahaja. Boleh bawaadik-adik sekali tak?” Soal Apak pula.“Eh mesti la boleh Apak. Tak kan tak boleh pula. Tapi, takut Apak terasa pula sebab nantikami bercerita tentang Islam.”
  • 6. “Tak apa, kami juga mahu dengar apa yang dicakap oleh Ustaz nanti.” *********Alang terjaga dari tidur nya cukup awal sekali. Matahari masih belum naik dan kegelapanmasih menyelubungi perkampungan Simpor. Entah mengapa dia merasakan seolah-olah adasatu getaran pada dirinya. Dari jauh, sayup-sayup kedengaran bunyi azan dari Surau. Sudahdua tahun azan tidak berkumandang di Surau walaupun ada penduduk yang beragama Islam.Maklumlah mereka tidak tahu langsung untuk bersolat. Islam mereka hanya pada namasahaja.Entah mengapa hatinya berasa sayu. Dia tidak faham akan maksud seruan azan itu. Tapi, iabegitu menggetarkan jiwanya. Dadanya berombak menahan sebak. Mungkinkah sesuatu akanberlaku. Bicara ustaz tentang keindahan islam pada malam tadi juga turut menarik minatnyadan isteri.Dia turun dari rumah dan berjalan pantas menuju ke surau. Dalam kegelapan malam, diaduduk membatu sambil matanya liar memerhati kelakuan pengunjung dari USM menjalaniibadat solat mereka. Usai solat, kelihatan anak angkatnya memberikan tazkirah kepada parahadirin.Sahabat yang disayangi. Ingatlah kedatangan kita ke sini adalah untuk memberi kasih sayangkepada keluarga orang asli di sini. Di samping itu, kita ingin merasai pengalaman barudengan mengikuti aktiviti harian mereka. Selain itu, jangan kita lupa untuk mengajarkeluarga yang sudah islam tentang cara-cara bersolat. Bagi yang mendapat keluarga angkatbukan Islam, jangan pula kalian memaksa mereka memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yangdilarang dalam agama. Berkasih sayanglah dengan mereka kerana TUHAN sukakanperbuatan ini.Alang terdiam mendengar ucapan anaknya itu. Sangkaan dia meleset. Rupanya, mereka bukandatang untuk memaksa mereka memeluk islam tetapi untuk merasai kehidupan di kampungorang asli. Dia berasa insaf dengan sangkaan buruknya itu. ********“Selamat pagi apak, Amek.” Kedengaran suara ketiga-tiga anak angkat Alang dan Tinamemecah kesunyian pagi. Kopi dan Ubi Pesaud telah pun disediakan awal-awal bagimenyambut kedatangan anak-anak mereka. Mereka sudah diberi taklimat oleh Amat bahawa
  • 7. anak-anak angkat akan menghabiskan masa selama tiga hari untuk mengikuti aktiviti keluargaangkat. Di hari terakhir mereka di sini, mereka akan membawa para doktor untuk memeriksakesihatan mereka.Alang sudah pun mengasah tajam-tajam parangnya kerana ingin membawa anaknya mencariherba di hutan. Jika bernasib baik, mereka akan menemui tongkat Ali, kacip fatimah, bungapakma dan kulat yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ubat-ubatan itu akan diberisebagai buah tangan kepada anak-anaknya itu.“Masuk dulu Anak-anak. Minum kopi dan makan ubi pesaud.” Laung Tina dari dapur.Ketiga-tiga mereka pantas naik ke rumah sambil membawa makanan lagi. Ada beras, daging,sardin dan telur. “Wah, kemarin sudah bawa makanan.” Tegur Tina lagi.“Itu kemarin Amek. Ini untuk buat masak hari ni. Nanti kita makan bersama-sama.” UjarSyakira.Tina hanya tersengih. Sementara itu, anak-anak yang lain sudah pun mula menjamah sarapanpagi.“Apak nak pergi mana nanti? Saya mau ikut?” bicara Anas walaupun mulutnya masih berisiubi.“Hari ini bapak mahu pergi cari akar kayu di hutan. Mahu ikut?”“Eh mesti la apak. Nak rasa kehidupan di hutan.”“Kami pun nak pergi juga.” Sampuk Shahila pula.“Eh tak apa ke anak-anak perempuan pergi?”“Tak apa. Kami ni kuat apak.” Jawab Syakira bersungguh-sungguh. ********“Cantik sungguh langit tu ye Apak. Cat nya sungguh cantik sekali. Hebat betul Tuhanmencipta langit itu. Tidak pernah warna cat itu luntur. Cat di dewan yang baru berusiabeberapa tahun itu pun sudah pudar. Paling hebat apabila langit tidak bertiang. Hebat betulTUHAN yang mencipta langit tersebut.” Anas memecahkan kesunyian sewaktu merekasedang berehat setelah selesai mencabut dua batang pokok tongkat ali.
  • 8. Alang tersentap mendengar kata-kata tersebut. Hatinya berdebar lagi. Kata-kata anaknya itumemang benar sekali. Hebat sungguh pencipta langit tersebut.“Hutan yang luas ini pula penuh dengan hasil hutan yang mujarab seperti tongkat ali, kacipfatimah dan lain-lain. Banyak pula haiwan yang diburu. Semuanya untuk kita! Banyaksungguh nikmat yang TUHAN berikan ini.” terang Anas lagi.Alang mengakui di dalam hati akan kebenaran kata-kata anaknya itu. Entah mengapa, hatinyadirasakan cukup lembut sekali mendengar tutur bicara Anas. Mungkinkah kerana kasihsayang mereka sudah bertaut.“Anak, jom pulang, dah banyak akar kayu kita dapat. Balik tolong Amek masak pula. Nantiboleh makan sama-sama.” Kata Alang. ***********“Apak! Saya ada benda nak minta izin apak.” Tegur Anas perlahan sewaktu mereka berehat diruang tamu. Syakira dan Syahila pula sedang membantu amek memasak di dapur.“Ada apa anak?” sampuk Alang pula.“Kami nak minta izin untuk bersembahyang di rumah apak boleh? Kami semua beragamaIslam. Jadi kami kena sembahyang untuk mengingati TUHAN dan berterima kasihpadaNYA.”“Eh. Tak apa ke sembahyang di rumah Apak?”“Tak apa punyalah Apak.”“Sembahyang aja kalau macam tu. Lepas sembahyang kita makan.”Alang mengambil pisau dan menajamkan batang bertam yang dikerat sebesar lidi bagidijadikan peluru sumpit. Sambil itu matanya sesekali dikerling pada perbuatan anak-anaknyayang sedang solat di ruang tamu. Perbuatan itu menarik minatnya walaupun dia tidak fahamakan perbuatan tersebut.Selesai bersolat, Anas membaca pula doa dalam bahasa melayu dengan sedikit kuat. Syakiradan Syahila pula khusyuk mendengar doa Anas.
  • 9. “Ya Allah. Aku bersyukur padaMU kerana menemukan aku dengan Apak dan Amek. Kamisayang dengan Apak dan Amek kami. Ya Allah, engkau limpahkanlah rezeki untuk mereka.kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka. Jauhkan mereka dari bahaya dan engkausayangi mereka seperti mana kami menyayangi ibu-bapa kandung kami. Ameen.”Air mata Alang bercucuran jatuh sewaktu mendengar bait-bait doa yang diucapkan olehanaknya itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya itu berdoa dengan TUHAN nyauntuk keselamatan dan kesejahteraan orang asli kafir sepertinya. Hatinya semakin kagumdengan agama islam.“Apak jom kita makan.” Ajak Anas pada apaknya. Alang segera menyembunyikan wajahnyakerana tidak mahu anaknya melihat dia menangis. Dia tidak mahu hal tersebut diketahuianaknya.Mereka segera menikmati makan tengah hari dengan penuh berseleranya. Alang berasagembira sekali kerana anak-anak angkat barunya ini tidak berasa geli untuk makan di rumahmereka. Tentu sekali dia berasa teruja apabila melihat Anas menambah nasi. Syakira danSyahila pula makan lauk dengan berselera sekali. Alang tahu, perempuan tidak makanbanyak. Oleh itu, dia sudah gembira hanya dengan melihat anak perempuannya itu makan.Usai makan, Alang bertanyakan sesuatu pada anaknya. Dia ingin tahu mengapa adasesetengah orang luar yang tidak mahu makan di rumah orang Asli.Anas hanya tersengih dan memberitahu bahawa kemungkinan besar mereka takut sekiranyapinggan yang digunakan untuk makan itu juga digunakan untuk mengisi babi.Alang ketawa berdekah-dekah mendengar kenyataan Anas itu. Anas pula pelik melihatgelagat Apaknya itu. Adakah jawapan yang diberinya itu silap.“Kamu tak perlu risau itu semua. Orang asli memang makan babi. Tapi bukan senang mahumakan babi tau.”Anas mendengar dengan penuh minat. Walaupun dia teruja, tapi dia cukup berhati-hati untuktidak memotong percakapan apak nya itu. Maklumlah, orang asli kurang suka andaipercakapan mereka di potong.“ Bukan semua orang asli boleh makan babi. Hanya orang lelaki sahaja yang boleh makan. Itupun mereka tak boleh makan di rumah. Harus di makan jauh di kebun atau hutan. Bekas yang
  • 10. digunakan untuk makan babi pula biasanya dibuat dari buluh dan dibuang. Ini kerana, bekastersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Selain itu ada banyak lagi pantang kalau nakmakan babi. Contohnya kalau sakit atau isteri melahirkan anak kecil, mereka tidak dibenarkanuntuk memakan babi. Orang wanita pun tak boleh makan babi, begitu juga anak-anak yangbelum cukup umur.”Ketiga-tiga mereka terkejut mendengar cerita Alang. Maklumlah, itu merupakan suatu yangbetul-betul baru buat mereka. ***********Masa berlalu dengan cukup pantas sekali dan akhirnya tiba lah masa untuk mereka berpisah.Alang dan Tina berasa terlalu sedih dan tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak-anak mereka. Beberapa hari bersama mereka cukup bermakna. Selain mencari akar kayu,mereka juga ke sungai untuk menangkap ikan dan ke hutan untuk menjerat burung. Burungyang diperolehi akan disembelih oleh anaknya dan mereka akan makan bersama-sama.Selain itu, mereka juga memasak untuk anak-anak mereka dengan menggunakan buluh. Adanasi, ubi dan juga sayur. Bau harum dari buluh menambahkan lagi selera anak-anak merekauntuk makan. Hati mereka benar-benar terhibur sekali.Sewaktu doktor datang, mereka dilayan dengan begitu baik sekali dan diberi ubat-ubatpanadol dan cirit birit yang sangat diperlukan mereka.Paling menyedihkan apabila Anas datang memeluknya untuk mengucapkan terima kasih ataslayanan darinya. Sepanjang berada bersama mereka, anak-anak cukup rajin sekali membantudia dan Tina. Walaupun mereka beragama Islam. Tidak pernah pula mereka memaksa dia danisterinya memeluk islam.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak angkat begitu menyentuh hati mereka. Dalampelukan erat Anas, Alang akhirnya berbicara. Satu perasaan yang sudah terbuku di hatinya ituperlu diluahkan agar tidak terus memakan dirinya.“Apak mahu masuk Islam yang menjadi agama anak.”Anas terkejut walaupun hatinya bersyukur. Tidak disangka bahawa kedatangan merekamembuka pintu hidayah buat Apaknya itu. Dia tidak menaruh harapan besar agar apaknyamemeluk islam dan bersolat. Baginya cukuplah jika apaknya mempercayai tauhid seperti
  • 11. mana yang digariskan dalam surah Al-Ikhlas. Dan kenyataan apaknya itu cukupmengharukannya. Di saat mereka ingin pulang, sayang yang bertaut semakin memuncakhingga menyentuh hati pasangan yang berada jauh dalam hutan itu untuk memeluk Islam.Anas, Syakira dan Syahila menangis kerana terharu dengan keputusan yang dibuat olehkeluarga angkat mereka itu. Benarlah kasih sayang itu merupakan senjata yang cukup berbisasekali untuk menyentuh hati-hati manusia. Di saat sayang bertaut, pasti seribu keajaiban akanberlaku. Dan ini adalah keajaiban yang paling berharga sekali. --TAMAT--