Hadiah termahal dari allah

1,125 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,125
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
33
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Hadiah termahal dari allah

  1. 1. Hadiah Termahal dari Allah Oleh: Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jacknaim)“Islam is derived from the word aslam which means submission. It also came from the wordsalam, which means peace.Both of it are arabic words,” aku menarik nafas panjang.Kering rasanya tekak ini. Aku memandang ke segenap penjuru dewan. Kelihatan merekakhusyuk sekali mendengar biarpun ucapanku belum pun sampai sepuluh minit. Berdebar rasanyahati ini. Maklumlah ini kali pertama aku berhadapan dengan non muslim secara terbuka dalammenyebarkan dakwah islamiyyah. Lututku terasa begitu lemah sekali. Ku gagahinya diri iniuntuk berdiri. Teringat kata-kata Bro Azmi. Tenang dan jelas. Itulah yang paling penting dalamberdakwah.Aku memandang syiling Dewan Kuliah C, University Of Michigan. Ku telan air liur yang mulamembuak keluar dari kelenjar saliva ini. Kepalaku ligat untuk menyusun fakta. Segalanya mestisempurna, kemas dan padat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Doa ku sendirian.
  2. 2. “So from those two rootwords, we can make a definition of islam which means peace that comesfrom total submission towards the ALMIGHTY GOD. However the concept of God in Islam isdifferent from your religion. It is different from the Trinitarian concept like what some of youbelieve.” Kelihatan beberapa orang pelajar mencatat di atas kertas mengenai apa yang akunyatakan.Ternyata pelajar-pelajar barat ini cukup terbuka sekali dalam membincangkan soal ketuhanandan agama. Ketakutan mereka disebabkan oleh peristiwa 11 September sebenarnya telahmenyebabkan mereka tertanya-tanya konsep sebenar mengenai Islam. Maklumlah sebelum ini,Kerajaan mereka begitu lantang sekali menyalahkan islam ke atas isu keganasan yang berlakuterhadap dunia global. Mereka yang disogokkan dengan khabar-khabar palsu mengenai Islamternyata bangkit untuk mencari kebenaran disebaliknya.Benarlah kata-kata sahabatku semasa menuntut di kelas Comparative Religion di Malaysia.Setiap manusia pasti mempunyai naluri untuk mengenali Islam. Setiap mereka dilahirkan dalamkeadaan fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada untuk menjadi islam,Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.“If In Trinitarian concept, you believe that three entity of god make up the concept of God whichare God the father, Jesus Christ and Holy Spirit. But they are all one God. However in Islam theconcept of God is totally different. What type of god that we worship? It is stated in the HolyQuran, Surah al Ikhlas or sincerity in chapter 112, verses 1-4 saying that God is one and only. Heis the eternal and absolute. He begetteth not, nor he is begotten. And nothing shall ever becompared to him. So other than this concept we can not accept it. So before I go further with oursharing session, is there any of you would like to ask anything? Because I do believe that twoways discussion will give us more benefit.”Aku duduk seketika di atas kerusi. Botol air mineral di atas meja itu aku gapai dan tuangkansedikit air ke dalam gelas. Air yang jernih itu aku teguk buat membelai tekak ku yang nyata
  3. 3. kekeringan. Mataku melilau kesegenap dewan, mencari sesiapa sahaja yang ingin bertanyakansoalan.“Excuse me brother. You said that Islam is the religion of Peace. But why the nowadays, it isMuslim who commit the suicide bombing and sabotaging facilities.” Seorang gadis cina yangberambut panjang, bercermin mata bangun dan bertanya soalan.“Thank you sister for your question. Yes, you indeed right. Most of the terrorism involves theMuslim. But have you ever consider the Holoucast and Nazism. What is the religion behindthose people.”Aku memandang ke arahnya dan melontarkan sebutir senyuman. Tanpa membiarkan diamenjawab pertanyaanku, aku menyambung hujah.“Of Course not Islam, right. And those who kills the Civilians in Vietnam also not a muslim. It isa co-incidence that the recent terrorism action is done by Muslim. But many of them are simplyan accusal but without a sufficient proof. Take a look at September, 11 tragedies. It’s beingdoubted that the explosive from the aeroplane fuels can cause the steel tower to collapse. Plus,William Rodriquez who is the last survivor of the big event mentions that he heard severalexplosion at the base of the building. And the most important point is. If Muslim did thebombing, why he reverted to Islam. Don’t you think that it is a stupid action? Besides, Islamvalue life as a very important thing. Let me quote this verse from you.”“…if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - itwould be as if he slew the whole people: and if any one saved a life, it would be as if he saved thelife of the whole people..”[5:32]Para hadirin mengangguk-anggukkan kepala. Gadis itu, kulihat tersenyum. Ku harap dia berpuashati dengan jawapan yang aku berikan. Ku lihat jam di tanganku sudah merangkak ke angka12.30 tengah hari. Segera ku teringat janji ku dengan Prof Klaskliew yang ingin bertemukukerana ingin mendapatkan senaskah al-quran.
  4. 4. “Well, ladies and gentlemen I’m afraid that I can not continue this session due to myappointment with Prof Klaskliew. I promise that we’ll have this kind of session again wheneverwe’ve a gap between our lectures.” Aku mengemas nota-notaku dan memasukkannya ke dalambeg galasku.Baru beberapa langkah aku meninggalkan dewan, kedengaran suara lembut memanggilku.Rupanya gadis yang bertanyakan soalan tadi.“Hi Bro ricky, boleh kita berbicara,” tegurnya.“Wow, pandai bercakap melayu rupanya saudari ni ya.” Ucapku kagum“Saya berasal dari Malaysia lah. Anyway, my name is Cindy.” Dia menghulurkan tangan untukbersalam.“Ermm… Sorry banyak-banyak Cindy, dalam islam lelaki dan wanita tidak sepatutnyabersentuhan tangan. It is to keep the girl’s modesty actually.” Aku menolak lembut pelawaannya.“Well it’s ok. Anyway, That was a very nice speech. I like it.” Cindy tersenyum, menampakkanlesung pipitnya yang nyata menyerlahkan lagi keayuan gadis itu.“Erm, Cindy.. Nice to meet you. Unfortunately I have an appointment. Very urgent. Can I seeyou later.”“Well, it’s ok Ricky. I understand. Can I have your contact number. I have a lot to ask aboutIslam.”
  5. 5. Aku memberikan kad namaku kepadanya. Dia menerimanya lalu melontarkan senyuman yangamat manis sekali. Ya Allah, aku ni nak berdakwah. Teguhkanlah imanku. Lantas aku punberlalu pergi. ****************************“Macam mana sesi perkongsian Ricky tadi,” tanya Suria sewaktu ku bertandang di rumahnya.Aunty Halimah keluar dari dapur membawa dulang berisi se-jug air dan sedikit kuih. Diamenuang air sirap ke dalam gelas dihadapanku lalu duduk di atas sofa di sebelah Suria.“Alhamdulillah Suria, syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada Ricky. Agakgemuruh juga. Maklumlah kali pertama. Tapi mereka agak berfikiran terbuka juga. Eh, Unclemana?”“ Daddy ke rumah Mr Smith sekejap. Katanya ada urusan berkenaan dengan ladang epaljagaannya. Sekejap lagi pulanglah tu.” Balas Suria mesra.Aku mengangguk tanda faham. Memang Uncle Khalid sentiasa sibuk. Maklumlah kerjanyasebagai Pengurus Ladang Epal terbesar sekali di daerah Michigan. Aku turut berbanggadengannya. Siang sibuk dengan ladang epal, malam pula diisi dengan memberikan kuliah-kuliahberkenaan islam kepada saudara seagama yang baru menerima hidayah. Sekiranyaberkelapangan, aku turut membantunya.Tatkala aku ingin berbicara, telefon bimbit ku berbunyi tanda ada sms yang masuk. Ku lihatmesej dari Cindy. Katanya ada hal ingin dibincangkan. Dia mengharapkan agar aku menemuinyadi Coffee House berdekatan dengan apartment tempat tinggal pelajar malam nanti. Aku berfikirseketika. Antara janji ingin makan malam bersama-sama Suria dan keluarga atau bertemudengan gadis yang baru aku ketemui beberapa hari yang lepas. Aku memandang wajah Suria danaunty Halimah. Serba-salah pula aku dibuatnya.
  6. 6. “Ermm.. Aunty dah masak ke untuk malam ni?” Soalku.“Kenapa Ricky?” soalnya.“Serba-salah saya dibuatnya aunty. Tiba-tiba pula ada temujanji.” Aku cuba menjelaskan.“Ricky memang selalu macam ni. Ada-ada je kerjanya. Mengalahkan menteri pula,” Suriamemotong percakapanku. Dia menarik muka masam. Merajuk agaknya.“Suria, tak baik cakap macam tu dengan Ricky. Aunty tak masak lagi pun sebenarnya. KalauRicky betul-betul ada hal aunty masak untuk tengah hari esoklah.”“Tapi mak, Ricky ni selalu macam ni. Ada-ada sahaja alasannya. Esok mungkin tak boleh kot.Suria ada kelas dissection.”“Lor apa susahnya. Ricky makan lah tanpa Suria. Suria menghadap aja lah cadaver tu.” Akumengembalikan ejekannya. Suria masam memuncung. Geli juga hatiku dengan karenahnya itu.“Ricky! Mak tengok Ricky ni, dia main-mainkan Suria. You better stop it before I won’t talk toyou anymore.”“Ok, Ricky tak kisah apa-apa pun. Suria pergi lah bercakap dengan Cadaver tu ye.Kirim salambanyak-banyak kat dia. ”“Ok. Suria kahwin dengan cadaver tu baru padan muka Ricky.”Aunty halimah ketawa dengan gelagat kami berdua. Dia menggeleng kepala melihat gelagatkuyang mengusik Suria. Kemudian aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membalas mesej Cindymenyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya. Aku meminta izin untuk pulang keasramaku. Maklumlah jam sudah pun meniti ke pukul 5.30 petang. Sementara menanti detik danketika untukku menemui Cindy, boleh juga aku selesaikan learning issue berkenaan Ischaemic
  7. 7. heart disease. Maklumlah, setiap detik amat berharga sekali dalam kamus hidup pelajarperubatan. Tambahan pula, aku harus membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Dakwahdan pelajaran sama pentingnya. ****************************“Assalamu’alaikum,” sapa ku kepada Cindy sewaktu aku mendekatinya.“Huh..Erm saya bukan islam. Kenapa Ricky ucap salam kepada saya.” Balas Cindy.“ Tak ada masalahnya Cindy, maksud perkataan tu adalah salam sejahtera ke atas kamu. Taksalah kita mendoakan kesejahteraan terhadap seseorang. Itulah tuntutan Islam.” Ujarku.“Oh begitu, dulu sewaktu di Malaysia, pernah rakan memarahi Cindy kerana memberi ucapansalam. Katanya, salam tu hanya untuk orang islam. Orang kafir macam saya ni tidak layak untukmemberkan salam. Eh Ricky duduklah.”“Ermmm.. Cindy kata datang dengan kawan. Mana dia?” Soalku tanpa terus duduk.“Dia ada hal sedikit. Eh duduklah, saya bukannya makan orang pun.” Pelawanya lagi.Aku berasa sedikit janggal. Apa pula nanti jika terlihat oleh akhi-akhi ku. Nanti salah fahamakan timbul. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk duduk.“Oh ya, saya sebenarnya masih belum mengenali Cindy lagi.Tak perasan pula saya akan kalibatCindy sebelum ni”“Oh ya. Saya sebenarnya pelajar tahun satu. Mungkin Ricky tak perasan.”“Mungkin juga.” Balasku pendek. “Cindy kata asal dari Malaysia.” Tegurku.
  8. 8. “Yup. Saya berasal dari penang. Bukit Mertajam. Ricky?”“Saya berasal dari Kelantan. Oh ya, kata Cindy ada hal yang ingin dibicarakan. Boleh Cindyceritakan.” Kataku lagi.“ Saja je. Ricky kelihatan bagus sekali semasa berhujah. Saya ingin mengenali Islam denganlebih lanjut lagi. Semasa di malaysia, tidak ada peluang langsung. Sahabat melayu ada, tapimereka tidak menunjukkan kesediaan untuk berkongsi.” Cindy menundukkan mukanya, kakinyamenguis-nguis lantai.Seorang gadis berkulit putih muncul dari belakang untuk mengambil pesanan. Aku memesansecawan kopi cappucino manakala Cindy memesan segelas jus oren. Sebaik sahaja pelayanCoffee House berlalu pergi, kami menyambung kembali bicara.“Maksud cindy? Kenapa mereka enggan. Mungkin Cindy yang tak bertanya.” Soalku.“Mereka tidak suka membicarakan tentang Islam. Cindy pun senyap je lah. Malu juga nakbertanya. Lagipun mereka pernah memarahi Cindy kerana mengucap salam kepada mereka.”Ujarnya menjelaskan perkara yang berlaku sewaktu di Malaysia.“Apa yang Cindy tahu pasal islam setakat ni?”“Cindy ada membacanya melalui buku-buku dan majalah. Tapi Cindy keliru. Ajarannya hampirsama dengan ajaran tuhan Jesus tetapi ia kelihatan lebih kompleks. Berbanding dengan TuhanJesus, TUHAN ALLAH agak kejam.”“Kejam. Maksud Cindy?” sengaja aku bertanya. Aku ingin menguji setakat manapengetahuannya berkenaan Islam. Aku tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyaisalah faham terhadap islam.
  9. 9. “Iya lah, kenapa mesti ALLAH masukkan manusia ke dalam neraka. Kenapa mesti dia menyiksamanusia di dalam api yang panas. Setiap kali tumbuh kulit yang baru, dibakarnya lagi. Bukankahkejam namanya tu.”“Baiklah, sebelum Ricky menjawabnya, Cindy tahu apa lagi mengenai Islam?”“Banyak lagi yang cindy ingin tanyakan. Kenapa mesti Islam menindas wanita dan meletakkanmereka di bawah kongkongan lelaki. Darjah seorang wanita kurang berbanding lelaki kan. Itukata Al-Quran, betul tak Ricky?”“Baiklah Cindy, untuk soalan pertama. Memang betul ALLAH ada nyatakan seksaan terhadaporang yang mati dalam keadaan kafir. Itu adalah harga yang harus mereka bayar kerana menolakIslam. Allah telah memberi banyak peluang untuk manusia bertaubat, yakni kembalikepadaNYA setelah melakukan kesilapan. Banyak sekali peluang yang ALLAH berikan.”“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[39:53]“Tapi adil kah ALLAH masukkan orang kafir ke dalam Neraka sedangkan mereka begitu baiksekali di dunia. Adakah Cindy akan masuk neraka apabila mati kelak?” tanya Cindy secara tiba-tiba.“Tidak semestinya,” ujarku.“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam surga-surga yang penuhkenikmatan.”[5:65]“Ricky tidak tahu. Tiada siapa yang tahu. Cuma ALLAH menjanjikan syurga buat mereka yangberiman. Sebenarnya ada juga orang yang beriman di kalangan ahli kitab. Selagi mana mereka
  10. 10. mengakui keesaan ALLAH yang satu maka islamlah dia. Ricky pun belum tahu samada Ricky ditempatkan di syurga ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada ALLAH. Jadi kita mestilahsentiasa berdoa kepadanya. Sebenarnya, Allah mengampunkan semua dosa kita kecuali dosasyirik. Iaitu mempersekutukannya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Termasuklah denganmengatakan Jesus sebagai tuhan.” Balasku.“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosayang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yangmempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”[4:48]“Maknanya orang islam tidak mengiktiraf Tuhan Jesus. Dia begitu baik sekali. Sanggup mati ditiang salib demi menebus dosa manusia.” Ujar Cindy mempertahankan hujahnya.“Orang Islam wajib menyayangi Jesus. Tidak sempurna iman seseorang islam sekiranya diatidak menyayagi Jesus. Jesus merupakan antara lima Rasul terhebat ALLAH selain Noah,Abraham, Mosses dan Muhammad. Tapi dia hanyalah manusia biasa yang dilahirkan secaraajaib. Tapi dia bukannya tuhan.”“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamumengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryamitu, adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nyakepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH danrasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapanitu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAHdari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. CukuplahALLAH menjadi Pemelihara.” [4:171]Cindy diam. Mungkin dia mengakui kata-kataku. Minta dibuka pintu hatinya oleh Allah, doaku.Aku cuba menguji Cindy. “Cindy katakan yang Jesus mati untuk menebus dosa kita. Dosaapakah itu?”
  11. 11. “Dosa warisan daripada Adam dan hawa kerana memakan buah epal. Setiap daripada kitadilahirkan berdosa. Terima kasih kepada Jesus kerana menebus dosa itu.”“Kalau begitu, kita wajar berterima kasih kepada Adam dan Hawa. Kerananya, Jesusditurunkan untuk menebus dosa kita. Tapi bagaimana dengan manusia sebelum Jesus. Ke nerakakah dia kerana belum sempat untuk diampuni dosanya dengan menerima Jesus. Bagaimanadengan bayi yang baru dilahirkan dan meninggal. Ke nerakah mereka? Nampaknya ALLAHdalam Islam tidak lah sekejam mana kerana bayi yang dilahirkan suci daripada dosa.”“Dan mengapa kamu tidak beriman kepada ALLAH padahal Rasul menyeru kamu supaya kamuberiman kepada TUHANmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamuadalah orang-orang yang beriman”[57:8]“Cindy, kalau dilihat dalam bible sekalipun. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas dosa yangdilakukan oleh Adam dan Hawa kerana memakan epal larangan. Setiap daripada kitamenanggung dosa sendiri. Kedua-dua Bible dan Al-Quran bersetuju bahawa kita menanggungapa yang kita lakukan.” Ujarku.“The one who sins is the one who will die. The child will not share the guilt of the parent, norwill the parent share the guilt of the child. The righteousness of the righteous will be credited tothem, and the wickedness of the wicked will be charged against them” [Ezekial 18:20]“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [35:18]“Mungkin betul apa yang Ricky katakan itu. Entahlah, Cindy pun keliru.” Wajah Cindy bagaikanpesakit liver cirrhosis yang terkena hepatic encepalopathy. Termanggu-manggu dan terpingga-pingga dia. Mungkin kepeningan dan ragu-ragu.“Cindy, sekarang pun dah pukul 10 malam. Boleh tak kita sambung kemudian soalan Cindy.”“Baiklah,” nanti Cindy sms Ricky ya.
  12. 12. “Oh ya, by the way. Can we make it at the noon or something. Tak manis dipandang orang kitakeluar berdua begini. Nanti menimbulkan fitnah pula.” Ujarku.“Ricky tidak suka keluar dengan Cindy.”“Bukan tidak suka, tapi tak manis kan lelaki dan perempuan bersama-sama begini. Kita nibagaikan magnet. Saling tertarik antara satu sama lain. Sehebat mana pun kita mengawalnya,tidak mustahil niat baik ini mengundang ketawa syaitan. Memang dia sentiasa ingin melihathamba Allah melakukan kemaksiatan.”“Hurmm. Apa-apalah Ricky ya.” ****************************Kringgg…. Jam loceng ku mula menjerit menandakan sudah jam 5.00 pagi. Berat rasanya mataini untuk melihat keindahan alam. Aku menarik selimut dan kupejamkan kembali mata ini. Entahmengapa, wajah Cindy terbayang di mindaku. Tingkah laku gadis itu amat molek sekali.Senyumannya semanis madu. Mampu memberikan kesegaran kepada mana-mana jejaka yangmelihatnya. Suaranya yang manja memukau kalbu ini. Astaghfiurllah! Sampai ke situ pulafikiranku. Aku bingkas dari katilku. Ku tepuk dahi ini kerana berfikir yang bukan-bukan. Akuhanyalah manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan.Ku gapai perkakasan mandi ku lalu menuju ke bilik air. Kalaulah tiada pemanas air, nescaya akutidak akan mandi. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Nyilu sangat-sangat. Selesai mandi danberwudhu’ aku menghadap tikar sejadah bersolat tahjud. Tahjud itu kekuatan. Kerana itulahSalahuddin Al Ayubi menjadikan mereka yang bertahjud di malam hari sebagai barisan hadapanpertahanan tentera sewaktu menawan kota Palestin dari Richard the Lion Heart. Itulah yangpernah disampaikan Uncle Khalid sewaktu aku bersembang dengannya. Selesai tahjud, akumengejutkan rakan sebilikku untuk sama-sama ke surau kecil yang sebenarnya merupakan bilikapartment bagi mengerjakan solat Subuh. Surau itu kami sewa menggunakan duit yang dikumpul
  13. 13. sedikit-sebanyak daripada pelajar muslim melalui Persatuan Mahasiswa Islam Michigan yangterdiri daripada mahasiswa daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.Pulang dari surau, aku teringatkan Suria. Ingatanku tentang pertemuan dengan Cindy segerahilang. Aku bersalah terhadapmu Suria. Aku mengingati gadis lain sedang kau adalah tunangku.Ku gapai telefon bimbitku lalu ku tekan kekuncinya dan menelefon Suria. Gembira dia apabilamendengar suaraku. Alah bukan lama pun. Baru petang semalam berjumpa. Cuma rasa bersalahkerana membayangkan gadis lain menyebabkan aku menelefonnya. Tapi tidak kunyatakan sebabitu. Hati perempuan ini cukup rapuh sekali. Maunya dia tidak merajuk sekiranya dia tahu bakalsuaminya memikirkan gadis lain. Lagipun, dakwah bukan alasannya untuk aku hanyut.Setelah lebih kurang lima minit aku berbicara dengan Suria, aku menggapai buku ClinicalMedicine ku yang terletak di atas rak untuk menghabiskan bacaanku semalam. Pelajaran harusdiutamakan. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada dakwah yang dijalankan. Itulah prinsipyang ku pegang selama ini.Setelah setengah jam menelaah pelajaran, terasa perutku berkeroncong. Jam baru menunjukkanpukul 7.45 pagi. Kelas hari ini hanya bermula pada pukul 11 pagi. Aku mengambil beg duitkulalu ke kedai roti kebab syed Ali. Di situ lah kedai yang betul-betul diyakini halal. Walaupuntirai kedai baru diangkat, sudah ramai yang bertandang.Entah mengapa di satu sudut, seorang gadis melambai ke arahku. Ya Allah, Cindy rupanya.“Assalamu’alaikum Ricky,” sapa Cindy sewaktu menghampirinya.“Waalaikum’ salam. Awal Cindy turun.” Balasku“Saja je. Nak jumpa Ricky. Ricky selalu makan di sini kan. Dah banyak kali Cindy lihat Rickysebelum ni. Ricky je yang tak perasankan Cindy.” Jawabnya sebelum sempat aku bertanya.“Oh,” jawabku.
  14. 14. “So, can you continue answering my last night’s question?”“Now, it’s very crowded here. You won’t listen to my point.”“You’re weird Ricky, you’re complaining about you meeting me alone and yet you stillcomplaining about meeting me in the crowded.”“It’s not like that Cindy, but the situation didn’t permit us to discuss about it. It’s too noisy here.Shall we meet up at library later? Are you free at 2 P.M?”“Ermm. Not at that time I guess. I got histology class at that time. Shall we make it at 4something?”“Ermm.. Sure. Well I got to go now, still lot of thing to read up.” Ujarku setelah menghabiskancebisan terakhir roti kebab ke mulutku,“You are not drinking any water Ricky?”“Alamak… Saya lupa nak pesan minuman.”“You can have mine.” Pelawa Cindy sambil menghulurkan gelasnya.“Tak apa lah Cindy. I’ll drink something later at my apartment. See you!” ****************************“Islam tidak pernah menindas wanita. Jika disingkap sejarah pada zaman jahiliyyah. Wanitahanya dijadikan bahan mainan. Mereka hanya alat pemuas nafsu lelaki. Anak-anak perempuanditanam hidup-hidup. Islamlah yang membela mereka. Selepas Nabi Muhammad di angkat
  15. 15. menjadi Rasul, hak-hak mereka dibela. Mereka dibenarkan memiliki harta, menuntut ilmu dandilayan seperti manusia.”“Tapi, bukankah lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada wanita?” Soal Cindy“Ya memang betul. Ada dinyatakan dalam Al-Quran.”“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” [2:228]“Jadi betullah Islam menindas wanita.”“Bukan begitu, maksud ayat di atas adalah dari segi tanggungjawab suami kepada isteri dalammenjaga keselamatan isteri dan kesejahteraan rumah tangga. Tapi kalau dalam konsep beribadat,sama sahaja taraf lelaki dan perempuan itu. Tidak ada beza sedikit pun. Masing-masing akanmendapat janji ALLAH di akhirat kelak.”"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baiklaki-laki atau perempuan” [3:195]“supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yangmengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupikesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisiALLAH” [48:5] ****************************“Ricky, tolong Cindy. Cindy tak tahu apa yang nak dibuatkan lagi. Selamatkan Cindy.”Tercungap-cungap suara Cindy sewaktu menelefonku.Aku bingung memikirkan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan Cindy baru menjangkaubeberapa bulan. Dia seorang yang ceria sebelum ini. Ketawa nya riang sekali. Tapi sebentar tadi
  16. 16. dia dalam ketakutan. Takut yang amat sangat. Aku sendiri berasa pelik yang amat sangat. Tanpaberlengah, aku bergegas ke apartmentnya.Sampai di bahagian bawah apartment nya, aku mendail nombor telefonnya. Sebentar kemudiandia turun berlari-lari sambil membawa beg pakaian. Mukanya pucat. Ada air mata di pipinya.“Selamatkan CindyTolong!” Dia memegang tanganku erat.Aku cuba untuk mengungkai tangannya. Malu dengan orang ramai yang memandang. Malu lagidengan Allah. Pendakwah seperti ku berpegangan tangan dengan wanita yang bukan muhrimku.“Cindy apa yang terjadi ni.” Pujukku.“Bawa Cindy pergi Ricky, tolonglah.”Ke mana harus ku bawanya. Aku bingung. Akhirnya aku membawanya ke rumah Dr Mariah.Hanya dia yang terlintas di fikiranku buat masa sekarang. Dr Mariah turut terkejut melihatkeadaan Cindy. Hampir sahaja dia salah sangka yang aku berkelakuan tidak senonoh terhadapCindy.“Saya sendiri bingung Dr. dari tadi dia meracau meminta tolong.”“Bertenang Cindy, ceritakan kepada saya kenapa anda begini.” Katanya lembut.Dr Azman, suami Dr Mariah keluar dari bilik. Aku bersalaman dengannya. Dia memandangkehairanan. Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.“Bapa saya Dr…” Cindy memulakan bicara dengan terketar-ketar.“Kenapa dengan bapa kamu Cindy?” Dr Mariah bertanya.
  17. 17. “Dia sudah tahu mengenai pengislaman saya. Dia dalam perjalanan dari Malaysia. Mati saya Dr.katanya dia akan bawa saya pulang. Dia nak kurung saya selagi mana saya tidak murtad.”Astaghfiurllah! Aku terkejut dengan berita itu. Ya Allah, mengapa hebat sekali dugaan muterhadap hamba-hambamu. Belum pun sempat dia belajar ilmu fardhu ain sehingga pandai,sudah mendapat penentangan keluarga. Besar sungguh harga akidah yang dibeli oleh Cindy.“Rakan senegeri saya yang melaporkannya kepada bapa. Bapa cukup marah sekali. Entah apayang harus saya lakukan. Saya sayangkan Islam. Itu jalan pilihan saya. Saya tidak relameninggalkannya setelah menerimanya.”“Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan kamu dalam masa yang singkat ini. Jangan risau,perjalanan untuk sampai ke sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama setengah hari.Kamu boleh menolong Cindy, Ricky.” Dr Azman pula berbicara setelah memahami kemelutyang melanda Cindy.“Apa yang saya boleh buat Dr? katakan sahaja, saya sanggup lakukan. Saya tidak rela akidahyang dibina dicabut begitu sahaja.” ****************************"Kau berkahwin dengan Cindy." Ujar Dr Azman pada Ricky. suaranya mendatar dan mukanyakelihatan serius. Tiada sebarang tanda bahawa doktor itu bergurau."Dr. Apa yang Dr cuba sampaikan ini?""Apabila Cindy menjadi isterimu, maka kau boleh melindunginya. Lagipun, Cindy sudahmencapai usia untuk bebas membuat keputusan beliau sendiri""MasyaALLAH doktor! saya sudah bertunang doktor. Haram saya memutuskan pertunangan ini"
  18. 18. "Astaghfirullah hal azim!", Dr Azman beristighfar panjang memikirkan cadangan yang barusahaja dikemukakannya itu. Entah kenapa idea itu diutarakannya. Syaitan mana yangmerasuknya.“Cindy sekarang masih berada di bawah tanggungan keluarganya. Perbelanjaan di Michigan iniagak besar walaupun menerima tajaan biasiswa. Mahu tidak mahu, dia harus mengekalkanhubungan baik dengan keluarga.” Ucap Dr Mariah tenang.“Maksud doctor?”, soal Cindy.“ Dalam situasi ini, ada beberapa cadangan yang boleh kita cuba laksanakan. Terpulang padaCindy untuk memilihnya”“InsyaALLAH saya sedia doctor. Demi akidah yang menjadi nyawa saya ini.”“Begini Cindy. Pertama, kita boleh berjumpa dengan keluarga Cindy nanti. Saya, Dr Azman danRicky boleh berbincang dengan mereka. insyaALLAH kita jelaskan dengan cara yang baiknanti.” Sambung Dr Mariah.“Bagaimana jika mereka masih menentang?”, Cindy memandang tepat anak mata Dr Mariah.“Jika Cindy mampu maka Cindy boleh ambil keputusan untuk tetap isytiharkan keislamanCindy. Namun, kesannya mungkin Cindy akan dibuang oleh keluarga. Perjalanan Cindy sebagaipelajar masih berbaki enam tahun. Mungkin akan mengalami banyak masalah apatah lagi tanpasokongan keluarga. Tapi hal itu jangan dirisaukan yang itu kerana kami berdua sedia membantuCindy”“Saya sayangkan keluarga saya doctor. Saya juga tak sanggup melihat mereka kekal dengankekafiran mereka. Saya juga mahu mereka mendapat nikmat islam ini.”, ucap Cundy penuh sayu.
  19. 19. “Kalau Cindy bertegas untuk memeluk Islam, di awalnya memang perit. Mereka akanmembuang Cindy jauh dari hidup mereka. Tapi yakinlah, lama-kelamaan hati mereka akanlembut. Tambah-tambah lagi ibu Cindy. Naluri keibuan memang kuat apatah lagi diamengandungkan Cindy Selama Sembilan bulan, menyusu dan membesarkan Cindy. Namun,saya tidak berani jamin bila mereka dapat menerima Cindy kembali.” Terang Dr Mariah denganpenjang lebar.“Saya pun terfikirkan satu lagi cadangan doctor.” Samput Ricky“Apa dia Ricky?” soal Cindy kembali.Dr Azman hanya diam. Mungkin kerana cadangan peliknya sebentar tadi menyebabkan diamemilih untuk menjadi penonton sahaja.“ Cindy boleh sahaja berpura-pura keluar dari Islam. Namun di hati, Cindy masih teguh denganislam. Jangan tonjolkan keislaman Cindy. Bila Cindy sudah bekerja nanti dan ada kemampuandari segi kewangan dan sebagainya, maka boleh sahaja isytihar kembali.”“Subhanallah! Ricky suruh Cindy murtad dan masuk islam kembali? Bagaimana kalau Cindymati dalam kekafiran?”, balas Cindy.“Ya Allah! Bila pula saya suruh Cindy murtad. Saya suruh berpura-pura sahaja. Lagipun, haticindy sudah teguh berpegang pada Islam. Sekarang ni dikira sebagai darurat. insyaALLAHdalam islam ada jalan keluar untuk setiap kemudharatan. Sewaktu Islam masih belum bertapakdengan kukuh dahulu, Yasir juga murtad kerana ingin menyelamatkan nyawanya dari dibunuh.Namun, kemurtadan itu tidak dikira kerana dia melakukannya atas sebab mudharat.”“Ricky, Cindy tidak mahu menjadi pembohong. Walaupun ia mungkin untuk kesenangan Cindy.Ini bukan prinsip hidup Cindy. Cindy pilih cadangan Dr Mariah. Cindy mahu berterus terangpada papa dan mama. Jika mereka ingin buang Cindy sebagai anak mereka, Cindy terima.InsyaALLAH, Cindy yakin yang Cindy mampu untuk hadapi dugaan ini. Soal kewangan,
  20. 20. insyaALLAH biasiswa yang ada lebih dari cukup untuk hidup. Cuma tidak mampu untukbermewah seperti sekarang. Pada masa sama, Cindy tak kan putus asa untuk berdakwah padamereka.”“Hurm!”, Ricky tidak mampu untuk bersuara.“Cuma, saya pohon dari kamu semua untuk menemani saya bertemu papa dan mama. Saya tiadakekuatan untuk menemui mereka sendirian.”“Apa Cindy sudah tetap dengan keputusan ini. Cadangan Ricky tadi pun agak bernas juga,”sampuk Dr Mariah.“Ya doctor! Saya nekad. Saya tidak mahu berbohong walaupun ia dibolehkan. Saya anggap inisemua ujian dari Allah untuk saya. Ricky juga pernah beritahu bahawa tidak beriman seseorangitu selagi mana tidak di uji. Mungkin ini ujian yang ingin Allah berikan pada saya. Demi akidahini, saya rela berkorban. Akidah ini hadiah termahal dari Allah yang harus saya pertahankan.”“Subhanallah! Besar sungguh pengorbanan Cindy itu. Moga Allah memberikan kekuatanpadamu. insyaALLAH, kami akan bersama Cindy menghadapi ujian ini”,akhirnya Dr Azmankembali bersuara.Cindy merenung ke luar tingkap. Salji mula turun menandakan musim sejuk sudah pun bermula.Moga hati mama dan papanya turut sejuk dalam menerima pengislamannya. Moga mereka jugadiberi hidayah oleh Allah S.W.T. dalam hatinya, dia berharap agar segala ujian ini dapatditempuhi dengan penuh sabar. Moga kekuatan terus bersamanya. ~TAMAT ~

×